*terima kasih kerana sudi menjenguk lagi blog Myn untuk mengikuti kisah Umar dan Wawa. Selamat Membaca. harap Terhibur. Muah Ciked!
Bab 8
Setelah hampir tiga hari aku tidak masuk ofis, hari ini aku cuba gagahkan diri aku untuk kembali bekerja. Pujukan
daripada Catrina yang tidak mahu aku terus teringat dengan peristiwa hitam itu
adalah dengan bekerja. Aku tahu kalau aku terus menyendiri pastinya hidup aku
akan tetap dalam keadaan tertekan.
“Morning,
Cik Wawa.” Tegur Haslina. Dia bingkas bangun sebaik sahaja aku menghampiri
mejanya.
“Ada
apa-apa pesanan untuk saya?” Cermin mata hitam aku buka. Aku terpaksa
mengenakan cermin mata hitam kerana mata aku yang nampak sembab akibat daripada
menangis.
“Tak ada apa-apa
Cik Wawa. Semuanya telah diuruskan oleh Cik Catrina.” Haslina tersenyum.
Aku angguk dan
mengambil beg tangan aku semula. Aku mengangkat kaki melangkah masuk ke ofis
tetapi Haslina memanggil aku. Aku menghentikan langkah dan memandang dia.
“Cik Wawa okay?”
soal Haslina. Sesiapa yang tengok aku pasti akan tanya soalan yang sama.
“Okay. Jangan
risau.” Balas aku sambil tersenyum. Pintu ofis aku ditolak dan aku melangkah
masuk ke dalam bilik aku. Aku tarik kerusi dan menghempaskan badan aku di atas
kerusi.
Telefon bimbit
aku berdering. Nombor tak dikenali. Aku pantas menjawab. Mana tahu atas urusan
kerja.
“Hai sayang.”
Darah aku naik.
Berani dia telefon aku lagi. Tak puas ke apa yang telah dia lakukan pada aku?
Memang jantan tak guna!
“Kau nak apa
lagi?” suara aku cuba kawal.
Kedengaran Irhan
ketawa dari corong telefon. Sangat menyakitkan hati aku. Peristiwa itu yang aku
cuba lupakan kembali menjengah fikiran aku. Allah.
“Janganlah marah
sayang. Terima kasih atas layanan mesra itu.” Ujar Irhan membuatkan aku
mendengus kasar.
“Pergi mamposlah
kau Irhan. Kau fikir kau buat macam tu aku akan kembali melutut pada kau?
Sesekali pun tak akan!”
“Angkuhnya kau.
Aku terfikirkan tau macam manalah perasaan budak kampung tu bila tahu tubuh
bakal isterinya itu aku rasmi dulu?” Irhan ketawa lagi.
“Kau jangan nak
ganggu Umar ya. Sudah cukup baik aku tak laporkan benda ni pada pihak polis.
Kalau tidak meringkuk kau dalam penjara.”
“Kalau kau report pun tak ada bukti, sayang.”
“Sampai mati pun
aku tak akan maafkan kau. Lelaki tak guna!”
Terus panggilan
daripada lelaki itu aku matikan. Telefon bimbit aku lemparkan di atas meja.
Irhan benar-benar mencabar aku. Dia sangat kurang ajar. Dia fikir aku akan
biarkan dia pijak aku atas kekurangan diri aku ni? Jangan harap Irhan Adha. Aku
tak akan biarkan.
Telefon bimbit
aku berdering lagi. Aku mencapai dan terus menjawab tanpa melihat siapa
pemanggil terlebih dahulu.
“Apa lagi kau
nak? Jangan ganggu aku lagilah.” Marah aku berang.
Diam. Tiada
balasan daripada pemanggil. Eh, kenapa Irhan tiba-tiba diam saja? Aku melihat
skrin telefon semula. Terkedu aku apabila melihat nama pemanggil. Tak sepasal
dia kena marah. Itulah bila serbu tak ingat.
“Umar.” Tegur
aku perlahan. Aduh malunya.
“Siapa yang
ganggu hang ni, Wawa?”
“Tak ada siapa,
Umar.” Bohong aku. Aku pasti dia tak akan percaya.
“Irhan ganggu
hang lagi?”
Aku tidak
menjawab. Diam seribu bahasa. Panggilan itu sepi seketika sehinggalah Umar
bertanya lagi.
“Kalau ada yang
tak kena beritahu aku, Wawa. Jangan nak berahsia dengan aku.”
“Okay. Hang
telefon aku ni kenapa? Aku tengah kerja ni.”
“Nak tanya
khabar pun dah tak boleh?”
“Tak adalah.
Tiba-tiba sahaja call.” Balas aku.
“Aku cuma nak
ingatkan yang hari Rabu ni hang jangan lupa balik kampung. Aku nak bincang
serba sikit pasal kahwin kita.”
Aku melepaskan
keluhan. Aku belum bersedia untuk berhadapan dengan Umar apatah lagi keluarga
aku. Perlu ke aku memberitahu Umar perkara sebenar? Atau hanya membiarkan
kerana jika aku beritahu semua itu akan merosakan segala-galanya. Walaupun
kemungkinan kecil Umar akan terima aku tapi aku yakin dia akan berasa jijik
dengan aku. Ya Allah.
“Tangguh dulu
boleh?”
“Mana boleh,
sayang. Majlis kitakan tak lama lagi dah. Hang ada masalah apa ni? Tolong
bagitau aku.”
“Tak ada apalah.
Tengok dulu aku boleh balik ke tak. Aku takut aku ada hal hari tu.”
“Hang macam tak
mau kahwin dengan aku ja?”
“Kalau kita
batalkan perkahwinan ni boleh?” aku mencuba. Bukannya betul.
“Hang gila ka?
Hang jangan main-main, Wawa. Aku tak suka bergurau benda macam ni.”
Aku cuba untuk
tersenyum. Aku tak sanggup nak kecewakan hati Umar. Dia terlalu berharap untuk
berkahwin dengan aku. Cintanya juga tidak bertepuk sebelah tangan kerana aku
telah jatuh cinta pada jejaka warung itu.
“Aku melawak
sajalah. Tahu takut.” Usik aku.
“Serius tak
lawak langsung. Aku tak suka berlawak macam tu.” Suara Umar serius.
“Okaylah. Aku
cuba balik Rabu ni. Kalau tak balik aku rasa hang dah boleh cari penganti lain
untuk jadi isteri hang.”
“Sayang!” marah
Umar dari corong telefon membuatkan aku tergelak. Dalam ketawa itu air mata aku
mengalir laju.
“Okay. Nanti
kita borak lagi. Aku ada kerja ni.”
“Okay. Jaga
diri, jaga maruah diri dan jaga hati.
Pastikan hati itu hanya ada Umar
Al-Hafiz seorang sahaja. I love you.
”
“Hmm.” Malunya
aku nak balas ucapan itu. Tak akan aku balas.
“Tak nak balas
balik ke?”
“Tak akan! Okay
bye. Assalamualaikum.” Terus aku matikan.
Hari ini aku hanya bekerja setengah
hari sahaja. Kalau aku di ofis pun belum tentu aku dapat selesaikan kerja-kerja
aku yang tertangguh. Biarlah aku tenang dulu barulah aku boleh memulakan kerja.
Aku
ajak Catrina beli-belah. Beli-belah aku lain sikit iaitu beli-belah di kedai
gadget. Bukannya kedai baju atau kedai pakaian wanita. Aku tak berminat
langsung. Minat aku sama dengan Catrina. Mungkin sebab itu aku boleh jadi kawan
baik dia.
“Kau
nak beli apa, Wawa? Jadi ke kau nak ambil iPhone 6 tu?” soal Catrina. Dari tadi
aku membelek iPhone 6 keluaran Apple yang baru sahaja dilancarkan. Aku memang
pengguna Apple kerana barangnya yang berkualiti.
“Aku ingat nak
bagi untuk hantaran Umar nanti. Aku nak beli satu, nak hadiahkan pada dia
satu.”
“Wah, untunglah
Umar. Dapat iPhone 6 tu. Kat aku, kau tak nak hadiahkan ke?”
“Duit gaji
banyak. Beli sendirilah. Aku beli untuk abang kacak aku aje.” Ujar aku masih
lagi membelek iPhone 6 yang menjadi idaman aku sejak diwar-warkan lagi. Cuma
aku kecewa sedikit dengan bentuknya yang tidak kekal seperti iPhone 5s yang aku
guna sekarang ini.
Catrina tergelak
kecil. Dia menepuk bahu aku dan membisikan di telinga aku.
“Aku suka tengok
kau macam ni. Inilah Wawa yang aku kenal.”
Aku senyum. Aku
faham maksud Catrina. Selama peristiwa hitam itu aku menjadi murung. Itu bukan
diri aku dan Catrina sendiri menyedarinya. Alhamdulillah, hari ini aku cuba
untuk pulihkan kembali semangat aku. Aku tak nak Irhan ketawakan aku kerana lemah.
“Thank you Catrina for being my bestfriend.”
“Tak ada
hal. Jadi ke tak ni nak ambil iPhone 6
tu? Aku dah lapar ni.” Catrina mengaduh. Kasihan dia. Memang dari tadi kami
beli-belah langsung tak ingat nak makan.
“Jadilah kot.
Aku nak dulu satu. Untuk hantaran nanti aku datang balik.” iPhone 6 itu aku
berikan pada penjual telefon bimbit itu.
“Satu saja ka?
Tak mau kasi sama suami satu?” soal Cina kedai itu.
Aku tersenyum.
“Saya belum ada suamilah. Nanti kalau barang baik, saya datang angkat lagi
satulah. Saya cuba dulu.”
“Orang cantik
macam ni pun belum ada suami ya. Kamu memilih sama itu lelaki kot.” Amboi ini
apek. Banyak cakap pula. Geli hati aku mendengarnya.
“Tak adalah.
Cuma tak ada lelaki mau sama saya. Macam mana mau kahwin.” Balas aku. Ah Chong
ni memang aku dah kenal lama. Apa-apa barang yang ingin aku beli baru
kebanyakan aku beli dengan dia.
“Kalau saya mau,
kamu mau ka?”
Aku terkedu.
Catrina di sebelah sudah tergelak besar. Ah Chong janganlah begini. Hati aku
sudah ditawan oleh jejaka bernama Umar Al-Hafiz.
“Jangan
takutlah. Saya pun ada bini. Nanti saya kena hantam sama saya punya bini.”
Aku dan Catrina
tergelak. Nasib baik. Kalau tidak mahu aku lari tak cukup tanah sebab Ah Chong
masuk meminang aku.
“Main-main betul
kamu Ah Chong. Takut saya.”
“Okaylah. Kamu
mahu angkat ini iPhone 6 ya?”
Aku mengangguk. Kad
debit aku dikeluarkan lalu aku serahkan padanya. Aku melihat telefon bimbit
yang lain. Ada beberapa keluaran baru tapi aku lebih berminat untuk menggunakan
iPhone 6.
“Sayang!” ada
suara suara di sebelah aku. Pantas aku toleh.
Menyirap darah
aku apabila melihat wajah lelaki yang aku paling benci. Dengan rasa bersalah
dia menayangkan wajahnya lagi kepada aku.
“Kau memang
jantan tak gunakan, Irhan.” Catrina yang menyedari kehadiran Irhan terus
menerpa kepada Irhan. Jarinya menunjal pada Irhan.
“Janganlah
marah, Catrina. Aku cuma ambil hak aku. Itu saja.” Balas Irhan.
“Kau jangan
berani dekat lagi dengan Wawa. Kalau tidak aku buat laporan polis.” Catrina
betul-betul marah dengan peristiwa itu. Mukanya sudah bertukar rona merah.
Aku tidak
membalas apa-apa kerana aku tidak mahu bercakap dengan dia. Perasaan benci aku
begitu membuak-buak apatah lagi melihat wajah tidak bersalahnya.
“Aku tak takut,
Catrina. Aku akan buat apa sahaja demi dapatkan cinta Wawa.” Dia cuba memegang
tangan aku pantas aku tarik. Memang sangat menyakitkan hati.
“Sampai mati pun
aku tak akan pernah terima kau, Irhan. Kau tak layak untuk aku.” Balas aku
memandang matanya tajam.
Irhan tersenyum.
Dia menghampiri aku lalu tubuh aku dipeluk dari belakang. Aku meronta minta
dilepaskan tetapi tidak berjaya.
“Aku tunggu kau
melutut depan aku, Wawa.” Irhan membisik sebelum dia beredar dari situ.
Aku menarik
nafas lega. Walaupun rasa marah dan geram dengan sikap Irhan tetapi sikit lega
bila dia sudah pergi. Catrina memegang bahu aku dan cuba menenangkan aku.
“Jahanam punya
jantan!” marah Catrina.
Aku menarik
nafas paling dalam. Sakitnya hati aku dengan Irhan. Aku tak pernah sangka aku
pernah jatuh cinta dengan lelaki yang seperti itu. Langsung tak ada hati perut
dan hati yang nurani. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi kehendaknya sendiri.
“Aku rasa kau
memang patut buat laporan polis untuk perlindungan diri kau. Aku nampak dia
semakin melampau.” Tambah Catrina lagi.
Dia nampak kerisauan. Kasihan Catrina.
“Tak apalah,
Catrina. Aku rasa dia tak akan berani apa-apakan aku lagi. Aku kenal Irhan tu.”
Aku cuba untuk menenangkan hati Catrina walaupun dalam hati menyumpah seranah
sikap Irhan yang tidak sesuai dipanggil manusia itu.
“Kau masih nak
mempertahankan dia lagi?”
“Tak bukan itu
maksud aku. Aku cuma tak nak dipanjangkan benda ni. Penatlah nak fikir.
Daripada aku fikir tentang dia lebih baik aku fikir tentang perkahwinan aku
ni.”
Catrina
melepaskan keluhan kecil. Tidak puas hatilah tu. Tapi aku memang tak suka
memperbesarkan sesuatu kes. Biarlah dia nak buat kat aku apa- apa sekalipun aku
terima. Tapi aku yakin Irhan tak akan pernah cederakan aku. Cuma peristiwa itu,
aku tahu dia hanya berfikir menggunakan nafsu semata-mata.
“Itulah kau.
Ambil mudah sangat. Kalau lepas ni…” Belum sempat dia menghabiskan bicaranya
aku mencantas.
“Tak payah
berleter macam mak nenek. Nak ikut aku balik tak hari Rabu ni? Aku nak balik
kampung uruskan tentang hal perkahwinan aku.”
“Kau nak
beritahu Umar tak pasal tu?”
Aku menggeleng.
“Biarlah dia tak
tahu. Aku terima keputusan dia selepas kami berkahwin nanti.”
“Aku tak adalah
pandai agama tapi aku tahulah sikit-sikit. Soal kisah silam isteri tidak wajib
memberitahu kepada suami. Kalau suami tanya pun kita tak wajib jawab.”
Aku ada juga
mendengar ceramah Ustaz Janggut iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam Youtube. Serba
sedikit aku tahu tentang perkara itu. Entahlah. Aku rasa bersalah kalau tak
beritahu tapi kalau aku beritahu aku akan kehilangan Umar. Sungguh berat aku
nak buat keputusan ini.
“Tak tahulah
Catrina. Payah sangat jadi bini nombor dua Ah Chong ni ha.” Jawab aku sambil
tergelak.
Ah Chong yang
sedang membetulkan aplikasi di iPhone 6 yang bakal aku beli terus
terkejut. Lawak betul reaksi mukanya
ketika ini. Tadi dia kenakan aku, tak salah kalau aku kenakan dia balik.
“Oyoo! Kalau ini
macam mahu kena bakar sama saya punya wife
nanti. Tapi kalau betul kamu mahu jadi isteri nombor 2 saya kita kahwin di
Siamlah. Tak ada sapa tau.” Ah Chong tersengih.
“Tak sanggup nak
kahwin di Siam, Ah Chong. Kalau kamu mahu kahwin sama saya , kamu kena tukar
agamalah.” Balas aku.
Catrina hanya
menggelengkan kepalanya mendengar aku bergurau dengan Ah Chong. Mungkin dia
fikir kawan baiknya ini tak betul agaknya.
“Itu yang susah
tau amoi.” Ah Chong menjawab.
Aku sudah
tergelak besar. Nasib baik aku keluar jalan-jalan hari ini. Dapat juga aku
hiburkan hati aku yang tengah lara ini. Walaupun tak dapat nak lupakan tetapi
telah sedikit sebanyak membuatkan aku rasa tidak serabut lagi.
“Kau orang
berdua ni. Bila yang nak siap kalau asyik bergurau tak tentu pasal macam ni?”
Catrina menyampuk.
“Kamu kacaulah.
Saya mau masuk jarum sama kamu punya kawan. Jadi bini nombor dua saya.”
“Tak payah Ah
Chong. Dia pun dah nak kahwin. Naya saja kena hantam sama dia punya bakal
suami.”
Ah Chong tepuk
dahi. Dia nampak terkejut dengan pemberitahuan oleh Catrina.
“Terlepas
sudah!” ujar Ah Chong membuatkan kami berdua tergelak besar disambungi dengan
gelakan daripada Ah Chong.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH