Ulasan Drama Andainya Takdir



Review Andainya Takdir

Baru nak buat review. Berakhir sudah 16 episod drama Andainya Takdir di mana setiap episode bohonglah jantung ini tak berdebar-debar menanti scene by scene yang akan dipertontonkan. Ini pertama kali tengok drama yg buat Min dan Min percaya semua penonton tak senang duduk.

Tahniah pengarah, Along Kamaludin atas karya yang sangat terbaik ini. Drama ini berat. Perlukan sentuhan yang terbaik untuk dpt hasil yang juga terbaik. Kebijaksanaan pengarah mengolah skrip kepada visual memberi satu impak kepada penonton di mana dia berjaya menghasilkan satu keunikan yg memberi pelbagai rasa. Sedih, marah, romantik, geram dan macam-macamlah.

Tahniah juga untuk penulis skrip yg selalu kita  terlepas pandang tentang mereka. Tanpa mereka, tak adalah jalan cerita. Min sejenis suka dengar dialog-dialog yg dipertuturkan. Dalam drama ini, banyak sangat dialog-dialog yg menarik yg secara tak langsung banyak menegur. Tahniah kepada semua kru produksi drama Andainya Takdir atas hasil kerja yang sangat-sangat berkualiti ini.

Drama ini sebenarnya banyak dah buka mata kita dan bagi kita kesedaran. Ya. Ada orang pertikaikan juga mana datangnya pengajaran kalau setiap hari scene yg sama, pukul bini, pukul anak lepas tu minta maaf. Cuba untuk menjadi penafsir dlm setiap apa yg dipertontonkan. Pasti akan temui sesuatu. Samalah juga macam setiap dugaan yg Allah bagi. Kalau kita asyik tengok pada dugaan dan ujian itu, kita tak akan jumpa hikmah. Okey, Sempat tazkirah. Haha.

“Abang akan tetap tunggu Tihah sebab setiap anak Adam ada kesilapan. Dan sebaik-baik orang berdosa adalah mereka yang bertaubat.” - Airil.

“Bersangka baiklah dengan Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan.” - Tihah.

Tak perlu kut Min cari pengajaran dalam drama ini sebab rasanya semua orang dah dapat pengajarannya, kan?

Kalau tahu sakit, buang ego pergi berubat. Daripada biar diri menyakiti org yang kita syg, lebih baik kita tebalkan muka untuk ubati sakit tu. Mulut jangan suka mengata dan mengutuk orang lain. Hari ini kita kata kat orang, esok lusa Allah akan balas benda yang sama kat kita balik. Jangan jadi batu api sehingga memecahbelahkan orang lain. Allah murka.

Dan, bila Allah uji kita macam tak diberi apa yang kita nak, jangan persoalkan dan cari salah Allah. Ya Allah kenapa aku tak dapat mcm orang lain dapat? Ya Allah, kenapa aku tak ada anak? Ya Allah, kenapa aku tak itu ini? Jangan. Kita patut cari balik apa salah kita sehingga Allah tangguhkan untuk beri apa yang kita nak. Mesti ada sebab yg Allah tak makbulkan permintaan kita.

Tentang lakonan, Shukri Yahya, I wish tahun depan dia akan menang mana-mana award. Dia layak sangat. Min suka dia berlakon dalam Dia Isteri Luar Biasa, Suami Tanpa Cinta, 7 Hari mencintaiku, Andainya Takdir. Romantik ke, jahat ke, anak derhaka ke apa semua dia tapau. Watak Airil memang dibawa baik oleh Shukri. Tiada siapa dapat menafikan sehingga menimbulkan rasa benci dan sakit hati dengan dia. Itu tandanya apa? Tandanya, dia betul-betul berjaya.

Nina Iskandar pula, omg! Dah jadi peminat dia. Dia betul-betul menjiwai watak sebagai Tihah.  Lakonan dia tu buat semua orang rasa apa yang dia rasa. Sakit dan derita dia apa semua dapat kita rasa,kan?. Oh sambil bayangkan kalau aku ditempatnya? Tak mungkin aku mampu.

Puteri Balqis, tahun lepas menangis sebab dia mati. Tahun ni menangis sebab jadi anak kepada bapa sakit mental. Gila sedih masa dia ketuk pintu ibu dia masa ayah dia kena tangkap tu. Aduhai. Dahlah tak boleh tengok budak-budak menangis ni. Terpaksa sorok-sorok nak menangis depan tv tu.

Mak Cik Normah? Nama apa tak tahu Min tak ingat. Min fikir pengarah nak matikan watak dia jer terus. Tak sempat bertaubat. Mati dengan lidah terjelir ke. Nanti jadi macam drama Tanah Kubur pula. Tapi, tak apalah. Buat dia bertaubat. Semua manusia diberi peluang untuk bertaubat...

Lin? Adik dia tu. Min tersentuh masa scene kat meja makan. Dia pandang Rahmat, Rahmat pandang dia. Kat situ Min nampak betapa menyesalnya dia dengan apa yang pernah dia buat sebelum ini. Walaupun tanpa dialog, tapi emosi saja sudah cukup menceritakan segalanya. Hebat!

Min suka dengan ending dia. Dah macam ending NH True Love dah. Terbuka.

“Andainya takdir jodoh itu milik kita saya pasti akan kembali ke pangkuan abang.” - Tihah.

Kita belajar untuk menyerah. Kalau Allah kata itu masih milik kita, tetap juga akan jadi milik kita. Tak perlu nak sesal, tak perlu nak mengeluh. Bila kita didik hati kita untuk menerima apa yang terjadi ini adalah rancangan Allah, kita tak akan mudah kecewa dan menyesal dengan apa yang jadi. Kita percaya Allah tengah tunggu masa nak bagi kita bahagia. Biar masa tentukan semuanya.

Itu sajalah review Min. Drama ini akan terus kekal sebagai antara drama terbaik yg pernah Min tonton. Dulu Min suka drama Syurgamu Ramadan. Sampai download. Masih duk ulang tengok juga kalau bosan.

Benda yang baik, kita ambil. Benda yang tak baik, jangan ambil. Sebelum buat apa-apa, letak akal yang waras di hadapan sebelum emosi yg tak stabil. Sebab kalau kita  letak emosi di hadapan, maka kita akan menyesal dengan apa yang kita buat nanti..