*Terima kasih sudi menjenguk blog Myn. Jemput baca kisah seterusnya. Terima kasih atas sokongan. Komen kritikan sangat dialu-alukan. Hope enjoy. Muah ciked. Haha. :P
Bab 4
Baru sahaja aku balik kampung, hari
ini aku balik lagi. Mak aku telefon suruh balik juga. Kata mak, Umar ada
menyatakan hasrat padanya. Cepat sungguh Umar ni. Tetapi dari awal lagi aku dah tahu mak tak
berapa nak berkenan dekat Umar tu. Jadi nak aku balik untuk bincangkan perkara
ini.
Aku
pula rasa ini yang terbaik. Memang perkahwinan ini tidak boleh dibuat main tapi
aku senang dengan Umar. Mungkin sebab aku dah tahu sikap dia kot. Maklumlah
kawan dari sekolah.
“Hang dah fikir
habis ke, Wawa?” soal mak dah macam askar pencen aku tengok. Geli hati aku.
Abah tidak
menghiraukan. Dia lebih memilih untuk membaca suratkhabar daripada mencampuri
perbualan aku dengan mak.
“Wawa rasa itu
yang terbaik.” Jawab aku dengan tenang. Hati mau tenang baru semuanya berjalan
dengan lancar.
“Tapi mak tau
hang tu main tangkap muat saja dengan Umar tu. Hang nak kahwin sebab nak
larikan diri daripada Irhankan?” Mak ni ahli nujum sungguh. Semua benda dia
tau. Tak payah nak cerita.
“Salah satu
sebabnya itulah. Tapi sebelum ni pun mak suruh Wawa cari suami. Dah ada terima
sajalah, mak.”
“Mak nak tengok
hang bahagia, Wawa.”
“Mak, Wawa kenal
Umar tu dari zaman sekolah lagi. Hari-hari Wawa pi kedai dia nak makan nasi
paprik cinta. Jadi rasanya Wawa boleh bahagia dengan dia, mak.”
“Mak tak setuju.
Kalau betul hang nak kahwin, hang kenal dengan dia betul-betul dulu.”
“Jah, hang tak
setuju sebab dia tu kerja warung saja ka?” abah mula menyampuk. Dia menutup
suratkhabar dan memandang isteri kesayangannya itu aka mak aku.
Mak menarik
nafas panjang dan melepaskan perlahan. Aku nampak memang mak tak suka aku nak
berkahwin dengan Umar.
“Bukan abang.”
Mak menjawab.
“Habis tu?”
Aku garu kepala.
Aku boleh agak apa yang ada dalam fikiran mak. Memang dia tak setuju mungkin
sebab Umar ambil kesempatan atas aku nanti. Abah pula fikir Umar itu sesuai
untuk aku sebab abah memang agak rapat dengan Umar.
“
Jah cuma tak
mau anak kita yang tanggung laki dia nanti.” Kan aku dah cakap, itu sebenarnya
yang mak aku fikirkan.
“Mak jangan risaulah.
Anak mak ni ada ada karate tau.”
“Apa kena
mengena karate dengan berkahwin pula ni?” Mak tak faham. Aku pun tiba-tiba
masuk tanpa ketahuan punca.
“Kalau dia biar
anak kesayangan mak yang comel ni tanggung hidup dia, Wawa karate sampai patah
tulang. Setakat Umar cekeding tu hujung jari saja mak.” Aku cuba menceriakan
suasana. Tak naklah biarkan mak terlalu memikirkan semua ini. Takut darah
tinggi naik menyesal tak sudah aku.
Mak mencebik.
Abah sudah tergelak besar. Amboi abah. Suka pula bila aku kata macam tu.
“Hang ingat
adik-adik hang nak berkarate. Nanti bila dah jadi laki hang mana boleh buat
macam tu. Berdosa.” Mak bagi ceramah. Aku cuma nak buat lawak tapi mak ambil
serius. Itu maknanya tagline tak sampailah tu. Masuk Maharaja Lawak orang tak
gelak. Hambar.
“Wawa taulah
mak. Wawa cuma tak mau mak risau. Wawa rasa dia kot jodoh Wawa.”
Mak melepaskan
keluhan berat. Dia memang nampak berat hati nak melepaskan aku pada Umar Nasi
Paprik cinta tu.
“Jodoh ni bukan
boleh main rasa-rasa, Wawa.”
“Abah rasa lebih
baik hang buat solat istikharah. Minta petunjuk dari DIA lagi baik.” Pesan
abah.
Aku pun ada
terfikir juga untuk solat minta petunjuk. Risau juga kalau Umar bukan orang
yang betul tapi aku yakin. Walaupun aku tak cintakan dia tapi aku yakin dia
boleh jaga aku dengan baik. Bagi aku cinta boleh dipupuk selepas kahwin.
“InsyaAllah,
abah. Wawa cubalah.”
AKU parkirkan kereta Honda Civic
kesayangan aku depan warung Umar. Ada hal yang perlu aku bincangkan dengan Umar
sebelum aku balik Kuala Lumpur. Kerja yang ada aku serahkan pada Catrina
sementara aku menguruskan semua ini.
Umar
yang menyedari kehadiran aku nampak tersenyum lebar. Aku berjalan ke arah bakal
mak mentua aku kalau jadilah kan dan bersalam. Mak Umar ni aku takut sikit
sebab sedikit garang tapi tak adalah macam singa.
“Bila
hang balik, Wawa?” soal Mak Munah. Mak kepada Umar.
“Saya balik sini
pagi tadi. Petang ni nak bertolak balik KL.” Penat sungguh aku hari ini. Parit
Buntar dengan Kuala Lumpur bukannya dekat tapi disebabkan mak aku suruh aku
balik juga, aku ikutkan sajalah.
“Tak letih ka?”
“Dah biasa, mak
cik. Lagipun tekan minyak 180 km/j rasanya cepat saja.” Aku sengih. Aku buat lawak.
Buat apa nak cover-cover. Jadi diri sendiri sudahlah walaupun depan bakal mak
mentua.
Umar datang
menatang dua gelas air. Satu sirap laici kegemaranku dan satu lagi tea o ais
buat Mak Munah. Memang layak jadi suami ni. Mungkin boleh diiktiraf sebagai
suami mithali nanti. Senang aku nanti bila kahwin. Suami jadi suri rumah, aku
bekerja. Cewah! Berangan tak ingat.
“Memandu macam
palesit.” Sampuk Umar. Dia mengambil tempat sebelah Mak Munah berhadapan dengan
aku.
“Baru cepat
sampai. Bosan aku sorang-sorang memandu dari sini balik KL.” Aku merungut.
Memang bosan. Kadang-kadang dah macam orang gila menyanyi dalam kereta. Tak pun
beli stok makanan banyak-banyak dan simpan dalam kereta. Untuk dikunyah semasa
memandu.
“Lepas ni aku
boleh jadi pemandu hang. Tak adalah bosan.” Umar sengih. Amboi, gatal dah Umar
sekarang.
Mak Munah hanya
menjeling kepada Umar. “Umar ni memandu macam siput. Perjalanan kalau empat jam
mungkin dia bawa lapan jam.”
Aku tergelak.
Mak Munah mengata anak sendiri. Aku memandang muka Umar. Dah ketat dah.
“Biar lambat
asal selamat.” Umar mempertahankan diri.
“Tapi kalau bini
hang nak beranak nanti mesti beranak dalam kereta saja. Tak sempat nak sampai
hospital.”
“Amboi mak.
Mentang-mentang bakal menantu ada kat sini.”
Mak Munah
mematikan senyumannya. Jarang sekali nak tengok Mak Munah bergurau seperti itu.
Tapi hari ini lain pula.
“Betul ka hang
nak terima Umar ni jadi suami hang?” soalan daripada Mak Munah membuatkan aku
memandang Umar. Wajah Umar penuh pengharapan. Mengharap aku berkata ya mungkin.
“Betul mak. Eh,
mak cik.” Tersasul pula. Aku garu kepala. Rambut aku yang menutupi mata aku
tolak ke belakang. Mulut ni macam mana boleh tersasul. Kan dah nampak macam aku
yang tak sabar nak kahwin.
Umar sudah
tersengih-sengih. Suka nampak.
“Tapi dia tak
ada apa-apa. Dia hanya kerja kat warung ni dan ada satu motor kapcai saja.” Mak
Munah seperti merendah Umar. Tapi aku faham maksud Mak Munah tu.
“Mak ni. Umarkan
dah cakap yang Umar akan cari…”
“Hang diam. Mak
tanya Wawa. Bukan Umar Al-Hafiz kan?” Mak Munah menjengilkan matanya pada Umar.
Terus terdiam mamat warung tu. Itulah suka menyampuk lagi.
“Tak kisah mak
cik. Saya tak perlukan kekayaan. Saya cuma perlukan seseorang yang betul-betul
boleh jaga saya.” Cewah ayat. Tak boleh blah betul. Geli tekak aku.
Umar yang masam
terus tersenyum. Dia mengangkat kening memandang aku. Aku mengenyitkan matanya
kepadanya.
“Mak cik bukan
apa. Mak cik tak mau orang dok kata kat Umar ni ambil kesempatan kat hang,
Wawa. Anak mak cik ni nama saja ada ijazah tapi kerja warung.”
“Mulut orang
bukan boleh tutup, mak cik. Saya janji saya cuba untuk bantu Umar nanti.”
“Betul tu mak!”
Umar menyampuk.
Mak Munah
pandang Umar tanpa sebarang senyum. Air tea o ais yang dihidangkan dihirup
sebelum dia bangun dari duduknya.
“Mak cik tak
kisah cuma mak cik minta fikir baik-baik. Kalau jadi, mak cik akan masuk
meminang.” Ujar Mak Munah terus melangkah ke dapur.
“Yes! Green light.”
“Kemain seronok
lagi hangkan.” Aku bangkit dari duduk. Kunci kereta yang diletakan di atas meja
aku capai.
“Hang nak pi
mana?” soal Umar.
“Jom ikut aku
sat. Kita pi lepak kat sungai sana tu. Aku ada benda nak bincang.” Terus aku
angkat kaki ke kereta.
Umar turut ikut
aku dari belakang. Aku masuk ke tempat duduk pemandu tetapi Umar suruh aku
keluar.
“Aku drive.”
“Tak apalah.
Bukan jauh mana pun.” Aku menolak.
“Aku drive. Tak gentlemanlah kalau biar
perempuan drive.” Umar menghalang.
“Tak berani aku
nak bagi hang drive. Hang ni lesen
sah ke lesen terbang?” soal aku ragu-ragu. Aku tak pernah tahu pun yang Umar
boleh memandu. Selalu dia dok naik kapcai dia tu saja.
Umar tarik muka.
Dia melepaskan keluhan berat.
“Aku tahu kereta
hang tak layak untuk aku drive. Tak
apa. Aku naik motor follow hang dari
belakang.”
Aku garu kepala.
Merajuk ke mamat ni? Sudahlah aku ni tak pandai memujuk. Selalunya kalau ada
orang merajuk aku cuma biarkan saja. Geli aku nak pujuk- memujuk ni.
“Merajuk ke?”
Umar tidak
menjawab. Menonong dia berjalan ke motosikal kapcainya itu lalu motor itu
dihidupkan.
“Aku bukan tak
bagi hang memandu kereta aku tu tapi…”
“Tak payahlah.
Aku tahu hang takut kereta hang rosak kalau aku pandu. Aku tahu aku siapa,
Wawa.” Belum sempat habis dia dah menyampuk dahulu.
“Bukan…”
“Dahlah.
Pergilah naik kereta. Aku ikut dari belakang.” Umar langsung tak pandang muka
aku. Memang nampak macam marah sangat.
“Tak jadilah.
Aku naik dengan hang sajalah.”
“Tak payah!”
“Kenapa?” aku
angkat kening. Menyoal.
“Nanti apa pula
kat orang kampung.” Jawab Umar. Eleh, cakap sajalah yang hang tu tak mau aku
naik dengan hang.
“Tadi hang
sendiri cakap mulut orang tak boleh tutup.” Jawab aku. Kemain lagi tadi
menegakan yang pedulikan kata orang tapi sekarang. Memang sah merajuk dah ni.
Kuat merajuk juga mamat warung ni.
“Itu tadi.”
“Apa bezanya
tadi dan sekarang?”
“Tadi aku tak
merajuk. Sekarang aku merajuk.” Umar membalas membuatkan aku tersenyum. Bagi
hint nak minta dipujuk nampak.
“Hang tengah
merajuklah ni?”
Umar angguk.
“Tak apalah
kalau macam tu. Aku balik KL dululah. Bila hang tak merajuk hang telefon aku.
Aku balik lagi untuk bincang pasal kahwin.”
Terus aku mahu
angkat kaki melangkah ke kereta semula. Umar turun dari motornya dan terus
memaut lengan aku.
“Aku sekeh
kepala hang boleh tak?”
“Pasal apa
tiba-tiba pula ni?”
Umar tarik
hidung aku. Aku merengus kesakitan. Mesti merah. Hidung aku sensitif sikit.
Pantang disentuh. Nasib baik tuan dia tak sensitif macam hidungkan.
“Hang tu dari
dulu sampai sekarang tak pernahnya nak faham aku bagi hint kan?”
Aku kerut dahi.
“Hint?”
“Tadi tu aku
merajuk. Nak minta hang pujuk. Tapi hang tak faham-faham. Sakit hati betul aku
dengan hang ni, Wawa.”
“Tolong sikit
eh. Aku tak ada masa nak pujuk-pujuk. Daripada aku pujuk hang baik aku balik KL
setelkan kerja aku.” Aku mencebik.
“Tak romantik
langsung.” Umar menunjal dahi aku. Kepala aku kebelakang sedikit. Suka hati mak
nenek dia saja nak tunjal aku ikut suka. Kang buka karate baru tahu.
“So sekarang ni
nak ikut ke tidak? Kalau tak nak aku nak balik KL.”
“Naik.” Arah
Umar.
Aku gigit bibir.
Tak faham arahan daripada dia.
“Naik mana?”
“Naiklah motor
kapcai aku ni. Kita naik motor saja.” Umar sengih. Oh, baru aku faham. Cakap tu
biar terang. Aku sudahlah sedikit perlahan nak tangkap.
“Nanti apa pula
kata orang?”
Umar menarik aku
lalu dipakaikan topi kaledar di kepalaku.
“Peduli kata
orang, Wawa.”
“Aik tadi lain.”
Umar senyum.
“Kan dah cakap. Tadi merajuk tak bolehlah. Sekarang dah tak merajuk so pedulikan sajalah.”
Aku menumbuk
bahu Umar. Kelakarlah Umar ni. Memang masuk dengan jiwa aku. Kalau dulu dengan
Irhan itu ini tak boleh. Agak terkawal dengan dia tapi dulu hangat bercinta tak
kisahlah. Bila dah putus menyesal tak sudah.
Bakal suami pun
tak cukup segi.” Ujar aku sambil memanjat belakang motor. Kedua-dua belah
tangan aku memegang bahu Umar.
“Samalah macam
bakal isteri pun. Tak cukup akal.”
Aku tergelak
besar. Tanpa sedar, tangan aku terus menolak kepala Umar. Apa lagi bisinglah
mamat Nasi Paprik tu.
Satu saja aku
boleh katakan yang aku selesa dengan dia.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH