*Jemput baca karya terbaru dari Mynfamieza. Harap komen dan kritikan mungkin. Thanks sudi singgah. Muah Ciked! :P
Bab
2
Telefon bimbit aku berdering.
Panggilan daripada Irhan. Lelaki ini masih tidak serik walaupun semalam
bermati-matian aku mengaku Umar itu adalah lelaki pilihan yang bakal menjadi
suami aku tak lama lagi.
“Nak apa lagi?”
“Saya nak jumpa
awak.” Ujar Irhan dari corong telefon.
Aku mendengus
kasar. Tak faham bahasa sungguh si Irhan ni. Itulah dulu. Semasa nak tinggal
aku punya main seronok sekarang ni nak terhegeh-hegeh balik kat aku? Tak tahu
malu sungguh. Kerja saja hebat tapi perangai macam budak-budak baru nak
bercinta.
Teringat lagi
ketika dia melafazkan kata putus kepada aku. Aku cuba memujuk tapi semua itu
tidak bermakna lagi untuk Irhan.
“Saya dah ada
orang lain.” Ujar Irhan.
Aku menggeleng
kepala beberapa kali. Bagaikan tidak percaya. Jadi selama ini aku siapa?
“Awak jangan
main-main, Han.”
“Saya tak
main-main. Saya dah ada orang lain dan ternyata dia lebih baik daripada awak.”
Bagaikan ada
batu besar yang menghempap kepalaku. Memang aku tidak percaya akan kenyataan
daripada Irhan itu.
“Jadi selama ini
aku apa?”
“Awak cuma
perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk lelaki walaupun ditipu
hidup-hidup.” Begitu sinis kata-kata daripada Irhan.
“Hebatnya hang.
Sanggup hang buat aku macam ni!”
Irhan tersenyum.
Senyuman itu sangat menyakitkan hati aku. Bagaikan ada hirisan demi hirisan di
hati ini.
“Maaflah. Awak
tak layak untuk saya.” Kata Irhan dan terus berlalu dari situ. Memang kejam!
Tanpa alasan yang munasabah dia tinggalkan aku. Tanpa rasa bersalah dia
mempermainkan perasaan aku.
Tapi kini dia
nak aku balik? Mana dia letak maruah dia? Dia tak malu ke merayu pada orang
yang dia hina dulu?
“Saya dah cakap.
Jangan ganggu saya lagi.” Balas aku kegeraman. Memang aku geram. Kalau boleh
aku nak saja tunjal-tunjal kepala dia. Biar dia rasa.
“Umar tu bukan
bakal suami awak kan?”
“Terpulanglah
pada awak nak percaya atau tidak. Tunggu kad jemputan daripada saya nanti. Bye.
Assalamualaikum.”
Terus panggilan
itu aku matikan. Tak boleh nak tengok orang aman sikit. Ada sahaja yang nak
diganggunya.
Aku angkat kaki
keluar dari bilik. Terus menuju ke ruang tamu. Mak dan abah sedang menonton
televisyen. Farhan sedang asyik dengan permainan videonya manakala Yaya pula
sedang sibuk dengan telefon bimbitnya. Mentang-mentang cuti semester. Telefon
tu tak lekang dari tangan. Aku ambil tempat sebelah abah.
“Semalam Yaya
kata Irhan jumpa hang, Wawa. Hang melayan ka?” soal abah. Soalan pertama yang
diajukan. Aku pandang Yaya tetapi Yaya buat tak tahu sahaja. Cepat sungguh
berita sampai.
“Tak adalah
abah. Dia yang mai jumpa Wawa.” Jawab aku bermalas-malasan. Memang aku malas
nak berbicara tentang mamat tak faham bahasa itu.
“Abah bukan apa.
Abah tak mau tengok anak abah kecewa lagi. Abah nak tengok anak abah bahagia.
Hang bahagia abah bahagia.” Steady sahaja jawapan daripada abah. Cakap sajalah
abah tak suka si Irhan tu, abah.
“Tak adalah
abah. Wawa pun dah serik dah. Tak mau benda yang sama ulang balik.”
“Tapi abang,
nasihat sikit anak abang tu. Kerana Irhan dia langsung tak percaya kat lelaki
dah sekarang ni.”
Aku menjeling
memandang mak. Wajah abah pula aku pandang. Menanti apa pula usulan kali ini
oleh abah.
“Jangan sampai
macam tu. Hang boleh dapat yang lebih baik. Kalau dah jumpa tu, kahwin terus.
Tak payah nak bercinta bagai nak rak last sekali putus macam tu saja. Hang tu
pun bukannya muda lagi.”
“Abah, semalam
kak dia kenalkan Umar tu sebagai bakal suami dia kat Irhan.”
Membulat mata
aku bila Yaya tiba-tiba menyampuk. Macam mana pula dia boleh tau? Oh lupa yang
Yaya duduk tidak jauh dari meja aku dan Irhan. Aku kerut dahi. Bawah bibir aku
gigit.
Mak nampak
terkejut. Abah masih steady. Itu satu yang aku suka dekat abah ni adalah
sikapnya yang sentiasa tenang. Kalau mak macam peluru berpandulah dia bagi
nanti.
“Betul ka,
Wawa?” tanya mak.
Aku angguk.
“Wawa cuma nak…” belum sempat aku habis mak terlebih dahulu membalas serangan.
“Hang jangan nak
main-main Wawa. Jangan suka hati saja nak mengaku itu ini suami hang. Takut
nanti ada yang menaruh harapan. Hang tu perempuan. Jangan suka sangat nak
main-main dengan benda ni.”
“Wawa cuma nak
larikan diri daripada Irhan saja.” Jawab aku mempertahankan usul aku. Mak kena
tahu cerita sebenar. Yaya siap hang. Aku cili mulut hang nanti.
“Tak boleh macam
tu. Mana tau kalau si Umar tu taruh harapan kat hang. Apa hang nak buat?”
Aku sengih.
“Kahwin sajalah. Apa susah?”
“Boleh makan
nasi paprik hari-hari ya kak?” sampuk Farhan sambil tersengih. Aku turut
tergelak. Keluarga aku ni memang tahu sangat aku ni minat sungguh dengan Nasi
Paprik kedai Umar tu. Bukan sebab Umar tapi memang sedap.
“Dia tak sesuai
dengan hang, Wawa. Dia tu hanya berniaga gerai. Hang tu bos. Mana sesuai.” Mak
menolak rancangan main-main aku. Amboi mak. Dah demand. Tapi tak salahkan mak.
Mak mesti nak yang terbaik untuk anak sulungnya ini.
Abah berdehem
beberapa kali. Abah ni kadang-kadang bajet garang tapi sebenarnya tak adalah
sangat. Cuma jangan bagi dia marah saja. Aku paling tak terkata apa kalau dia
marah.
“Hang ni Jah.
Kalau dah jodoh Wawa dengan Umar tu saya rasa tak salah kot. Lagipun dia buat
kerja halal. Bukannya dok mencuri ka apa.” Abah menyampuk. Menyangkal pendapat
mak.
“Saya tak suka.
Wawa kena cari lelaki yang ada kerja yang elok-elok. Saya tak mau nanti dia
yang tanggung laki dia nanti.”
“Jah, sebelum
kita senang macam ni kita susah jugakan? Jadi jangan nak membongkak diri
sangat. Jangan nak pandang serong pada orang yang macam Umar tu.” Tegur abah
membuatkan mak menarik muka.
Alahai mak abah
aku ni. Aku main-main sajalah nak berkahwin dengan Umar tu. Lagipun aku belum
bersedia nak berkahwin walaupun aku tak kisah pun siapa jodoh aku. Cukuplah
yang boleh jaga aku dan terima keluarga aku. Berharta atau tidak itu perkara
nombor dua.
“Mak, abah. Umar
tu hanya bakal suami palsu Wawa sajalah. Semua ni nak larikan diri daripada
Irhan. Tak habis-habis nak mengganggu Wawa.” Aku cuba membetulkan keadaan. Tak
nak mak dan abah bertengkar untuk perkara ini.
“Tapi apa
salahnya kalau betul Umar itu pilihan hang, Wawa. Abah suka budak tu. Budi
bahasa dia tinggi.” Puji Abah.
Mak diam tidak
terkata. Merajuklah tu. Abah pula yang macam terlebih rasa ni. Umar tu memang
tak dinafikanlah memang baik dan berbudi bahasa. Kawan sekelas aku dari sekolah
rendah sampailah sekolah menengah. Selepa situ kami berpisah kerana kami
berlainan universiti.
“Assalamualaikum.”
Kedengaran orang memberi salam dari luar. Farhan bangun nak menjenguk ke pintu.
“Kak, bakal
suami hang mai.” Farhan tersengih. Dia kembali duduk di sofa tempatnya tadi.
Aku pantas
bangun dari duduk dan terus melangkah keluar. Umar menongkat motosikalnya dan
aku ajak duduk di pangkin yang telah dibina oleh abah.
“Hang mai buat
apa?” soal aku.
“Tak salah kot
nak melawat bakal isteri sendiri.” Balas Umar selamba. Aku toleh dan pandang
dia. Bahu dia aku tolak. Main-main.
“Mengada. Aku
main-main sahaja ya semalam. Aku nak larikan diri mamat Irhan tu.”
“Aku tahulah aku
ni tak layak untuk hang.” Pasrahnya ayat si mamat Umar ni. Apa masalah dia
tiba-tiba nak tacing pula ni?
“
Tak payah nak
drama king sangat boleh tak?”
“Hang tu bos.
Aku ni kuli ja yang selalu masak nasi paprik untuk hang.” Tambah Umar lagi.
Aku garu kepala.
Wajah dia aku pandang dengan penuh tanda tanya. Apa sebenarnya yang lelaki
disebelah aku ini cuba nak sampaikan?
“Tak payahlah
nak merendah diri sangat boleh tak? Aku ni bos bila dalam syarikat sahaja tapi
bila kat sini taraf kita sama saja. Aku tetap orang kampung.”
Umar tersengih.
“Walaupun aku
rasa aku tak layak untuk hang, kalau aku nak ajak hang kahwin nak tak?”
Bulat mata aku
mendengar lamaran daripada Umar itu. Aku cuba pandang wajah dia
sedalam-dalamnya bagi mengerti apa maksud sebenar lelaki ini.
“Tak lawak
langsunglah, Umar.” Aku tergelak kecil. Tak percaya.
“Sungguh. Aku
nak ajak hang kahwin. Lagipun selepas ni tak adalah orang nak ganggu hang dah
sebab abang kacak ada disisi.”
Aku angkat
kening lalu aku turun dari pangkin. Pinggang aku dicekak sambil memandang ke
arahnya.
“Hang tahukan
aku main-main sahaja hari tu. Aku cuma nak lepaskan diri daripada Irhan. Aku
tak ada apa-apa perasaan pun dekat hang.” Aku berterus-terang. Tidak mahu Umar
menaruh harapan. Dulu ada juga perasaan kat dia tapi selepas Irhan datang aku lupakan perasaan aku itu.
Umar senyum. Dia
turut sama turun dari pangkin dan mendekati aku.
“Aku tahu. Tapi
bagi aku cinta itu boleh dipupuk kalau masing-masing nak rasa cinta itu.
Lagipun aku dah lama sukakan hang. Aku selalu bagi hint tapi hang saja yang tak
sedar.”
“Ya ka?
Bila?”
“Ada. Selalu
sangat. Dari tingkatan satu tau aku cuba pikat hang tapi mungkin aku ni seorang
yang loser. Tak juga hang sedar.”
Aku tergelak
besar. Bahu dia aku tolak sehingga dia tersenget sedikit badannya.
“Bagi aku masa.
Serius aku cakap, aku tak bersedia lagi.”
“Kalau hang
kahwin dengan aku, hari-hari aku masak nasi paprik untuk hang.”
Aku senyum. Mula
membuka langkah mahu masuk ke dalam rumah.
“Tak sweet langsung, Umar.”
Aku terus
melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Umar keseorangan sambil
tersengih-sengih. Entah apa yang disengihkan sangat pun tak tahulah.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH