NASI PAPRIK CINTA BAB 6

*terima kasih kerana sudi menjenguk lagi untuk mengikuti kisah Umar dan Wawa. Sorry lambat update. Enjoy your reading! Muah Ciked!


Bab 6

Hari ini aku menemani Umar. Terpaksalah aku bawa dia jalan-jalan apabila Umar mengambil keputusan untuk tidak balik dulu ke Parit Buntar. Katanya nak bercuti di Kuala Lumpur dah alang-alang dia datang sini. Warung dia tutup sementara kerana tidak mahu menyusahkan mak dan ayahnya.

Semalam dia tidur di hotel berdekatan dengan rumah aku. Mana boleh bagi tumpang tidur. Naya sahaja nanti kalau tangkap basah. Katanya dia nak beli buah tangan untuk mak dan ayahnya. Aku bawa dia pergi dia beli-belah di Jalan Tar.

“Kalau tudung ni sesuai tak untuk mak?” soal Umar membuatkan aku membelek selendang yang dijual.

“Cantik. Sesuailah untuk mak.” Balas aku. Umar senyum. Dia mengambil selendang tersebut untuk dibayar.

“Lagi cantik kalau hang yang pakai, Wawa.”

Aku sengih. Bukan tak nak pakai tapi belum diberi kekuatan. Aku tahu tak tutup aurat tu berdosa tapi aku tak terbuka lagi pintu hati aku ini untuk bertudung. Abah beberapa kali tegur tapi aku tetap degil. Mungkin selepas kahwin? Eh!

“Aku tak maulah paksa. Tapi kalau boleh lepas kahwin aku tak nak orang lain tengok apa yang menjadi milik aku. Biar aku seorang sahaja yang tengok.” Umar tersenyum.

Aku mengangguk. Aku senang dengan cara dia menegur aku. Tak memaksa. Sudahlah aku ni tak suka orang yang memaksa ni. Nanti aku naik angin. Tapi cara Umar sangatlah aku hormati. Dia pandai menyentapkan hati aku dalam diam.

“InsyaAllah. Doakan aku ya.”

Umar senyum. Senyuman yang mampu mengoyahkan hati aku yang keras ini. Senyuman yang aku rasa hanya untuk aku.

“Hang lapar dah ke?” soal Umar.

“Sikitlah. Tapi tak apalah kalau hang nak shopping lagi. Aku boleh tahan lagi.”

“Macam tak boleh sambung satgi. Kedai baju bukannya nak lari.” Balas Umar.

Aku senyum. Boleh tahan juga Umar ni. Kaki shopping mengalahkan aku yang perempuan. Tapi aku memang tak suka datang tempat yang macam ni. Aku suka pergi kedai gadget dan kedai buku. Itulah dunia aku.

“Kita makan kat kedai mamak boleh ke?” soal Umar.

Aku angguk. Aku tak memilih dalam makanan. Semua kedai aku masuk tapi selagi halal dan tak adalah pengotor sangat. Mamak pun aku layan saja. Tapi dulu dengan Irhan jangan harap. Semua nak kedai yang mewah dan ada kelas. Aku ikutkan saja walaupun aku lebih selesa untuk makan di kedai biasa. Cintakan buta. Mata aku dibutakan dengan cinta palsu Irhan.

“Tak apa ke?” soal Umar lagi.

Haila! Dah kenapa dengan mamat ni? Soal banyak kali.

“Tak apalah. Awat, hang ingat aku ni pilih kedai ke nak makan?”

“Takut juga. Hang tu pengarah. Mana tau tak sesuai dengan hang.”

Aku pantas menampar lengan dia. Dia mengaduh kesakitan.

“Hang jangan nak mula, Umar. Aku balik tinggal hang kot kat sini.” Geram aku. Tak suka aku bila dibandingkan macam tu.

“Tak adalah. Aku tanyakan. Yang nak mengamuk tak tentu pasal ni dah pasai apa?” Umar menarik hidung aku.

Aku menarik muka. Kaki aku terus melangkah ke kedai mamak yang berhadapan dengan aku dan Umar. Malas nak layan Umar yang nampak macam nak membandingkan aku dengan dirinya. Aku tak suka. Aku tetap orang kampunglah!

“Marah ya kak?” Umar tersengih-sengih. Dia menarik kerusi dan duduk menghadap aku. Aku menghadiahkan jelingan buatnya.

“Tak adalah. Suka sangat!” satu cubitan ketam aku bagi padanya. Geram. Geram sangat!

Pelayan restoran datang mengambil order. Aku melihat menu yang diberikan.

“Sirap laici satu.”

“Makan?” Soal pelayan restoran.

“Saya nak makan nasi campur. Kejap lagi saya ambil sendiri.” Pelayan itu terus pergi.

“Aku tak sempat nak order lagikan.” Marah aku. Baru nak tengok menu tapi pelayan tu dah terus pergi.

“Tak apalah. Kan dah order sirap laici.”

“Satu saja?”

“Satu sajalah.”

“Habis hang?” soal aku masih tak faham. Tak pesan takut mahal ke si Umar ni?

Umar sengih. “Kita share. Baru sweet.”  

Bulat mata aku mendengar Umar berkata. Nak ber ‘sweet’ pula Umar ni. Tak kena tempat sungguh.

“Tak nak. Aku nak pesan lagi satu.”

“Tak payahlah. Tak salah kot kalau kita share.”

“Tak mau. Mulut hang busuk.”

Saja aku berkata begitu. Ini semua sebab aku tak nak kongsi minuman dengan dia. Malu kot. Lagipun apa pula orang tengok nanti. Nak bermanis-manis pun kat kedai mamak. Kalau kat restoran 5 bintang aku boleh terima lagi.

“Mana ada. Nah cuba bau.” Umar membuka mulutnya dan meniupkan pada aku. Segera hidung aku tutup. Tak senonoh!

“Pengotorlah hang ni. Aku tak mau. Aku nak hang pesan lagi satu.”

“Tak apalah. Kita ambil dua straw. Kita share dalam satu gelas air. Okey?” Umar masih lagi memujuk. Apa yang best sangat nak kongsi minuman pun tak tahulah.

“Tak mau! Malulah orang tengok.”

“Bukankah kongsi satu minuman tu akan mengeratkan lagi hubungan kita?”

“Itu bila dah kahwinlah.”

Dalam kami tengah bergaduh, pelayan datang menghantar minuman yang seperti dipesan. Aku tarik minuman itu dan aku genggam erat.

“Sirap laici lagi satu.” Pesan aku.

“Eh, cancel order. Cukup satu.” Balas Umar menghalang aku dari memesan minuman baru.

“Aku tak akan kongsi dengan hang!”

Umar tersengih-sengih. Mamat ni suka sungguh sengih. Patutlah muka tu nampak bersih dan berseri.

“Tunggu sat.” Umar bangun dari duduknya dan dia melangkah menuju ke tempat membuat air. Aku nampak dia ambil straw. Aku fikir dia nak memesan air baru.

“Sekarang ada dua straw. Kita share.”

“Tak nak!”

“Eh, Wawa. Kau ke ni?” soal satu suara. Aku toleh dan aku tersenyum paksa. Musuh aku masa sekolah dulu. Mana tak jadi musuh kalau suka hati saja dia tolak aku jatuh dalam kolam ikan. Sejak hari itu aku dah tak tegur dia.

“Oh Tiara.” Aku bersalaman dengan dia dan bangkit dari dudukku.

“Dari tadi aku perhati saja kau. Hebat dah kau sekarangkan? Dah jadi director popular.” Walaupun kata-kata itu satu pujian tapi bagi aku itu merupakan perlian atau kata sinis yang membuatkan aku rasa macam nak termuntah.

“Eh, tak adalah. Biasa – biasa saja.” Jawab aku penuh rasa rendah diri. Tak perlu aku rasa nak banggakan diri. Allah bagi itu pun dah cukup nikmat.

“Kau tak nak ambil aku berlakon ke?” soal Tiara.

Aku senyum paksa. Tak sudi aku nak ambil dia berlakon. Perangai mengalahkan mat lampir. Dulu dialah paling diva kat sekolah. Orang yang selekeh macam aku ni dia tolak masuk kolam ikan saja tau.

“Kena ikut prosedur. Bukan boleh tangkap muat saja.” Balasku. Umar kat depan aku jeling sekilas. Amboi! Khusyuknya dia tengok awek cun. Ni yang nak kena cubit ni.

Tiara nampak tergedik – gedik. Dia turut sama memandang Umar yang sedang leka itu.

“Ni siapa? Boyfriend you ke?” Banyak tanya pula Tiara ni. Macam nak rancangan tv3 yang soal jawab dah pula rasa.

“Tak. Bakal suami Wawa. Umar Al- Hafiz.” Umar bangun. Tiara menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Umar tetapi Umar hanya tersenyum. Nasib baik. Kalau hang terima huluran tu memang nak kena rejam. Tak kiralah kalau nak kata kejam ke tidak.

Handsome. Director juga ke? Saya tak pernah tengok awak pun.” Ujar Tiara sambil memandang muka Umar tidak berkelip. Dengan gaya tergedik- gediknya .

“Tak. Saya ni…”

“Ada syarikat sendiri.” Sampuk aku. Bukannya aku malu bila nak beritahu Umar kerja apa sebenarnya tetapi aku tidak mahu dia dipandang rendah.  Aku rasa aku bertanggungjawab untuk jaga maruah dia walaupun belum berkahwin.

Umar pandang aku. Dia tidak setuju dengan jawapan yang diberikan. Tetapi aku buat tak tahu.

“Hebat. Okaylah, Wawa. Aku balik dulu. Jangan lupa jemput ya. Bye, abang handsome.” Sempat lagi Tiara mencuit bahu Umar sebelum dia melangkah pergi. Geram pula rasa hati ini tapi sedikit lega Tiara sudah pergi.

Aku duduk kembali. Begitu juga dengan Umar.

“Awat yang tak bagitau benda betul?” soal Umar. Serius.

“Dia tu musuh aku. Tak akan aku nak memperkecilkan hang depan dia.” Aku berterus-terang. Risau kalau tersalah sangka.

“Oh, nasib baik alasan yang kukuh. Kalau tidak memang aku dah lari balik Perak.” Umar ketawa.

“Hang ingat aku kisah? Jangan harap aku nak pujuk eh.” Aku menjuihkan bibirku.

“Bakal isteriku brutal. Boleh jadi tajuk novel dah ni.”

Aku yang tengah minum air terus tersembur. Terkena pada muka Umar yang tersengih depan aku. Terkejut dia apabila tak sepasal saja kena sembur.

“Hoi! Apa yang hang buat ni?” marah Umar. Dia bingkas bangun dan memandang aku tidak puas hati.

“Siapa suruh buat lawak? Kan dah tersembur. Sorry.” Aku tayangkan muka bersalah. Ya Allah, kesiannya kat Umar. Apa kenalah dengan aku ni. Agak-agaklah nak tersembur pun. Aku ambil tisu dan menghampiri dia lalu aku lap air yang terkena pada mukanya. Nasib baik baju tak terkena sama. Kalau tidak terpaksalah tukar.

Umar hanya diam. Mungkin marah. Salah akukan tapi masalahnya aku bukan sengaja. Dia yang buat lawak tak kena tempat.

Sorrylah, Umar. Aku tak sengaja. Hang buat lawak. Aku tergelak terus tersembur.”

Umar diam. Dia berjalan menuju ke sinki. Aku nampak dia membasuh mukanya yang kacak itu. Serba salah aku dibuatnya. Tapi akukan tak sengaja!

“Abang Umar marah ya? Adik Wawa minta maaf. Tak sengaja.” Aku sekali lagi mencuba nasib. Mana tahu cair ke. Aku tayangkan muka tak bersalah aku dan muka minta penampar.

Kepala aku ditolak. Umar cuba tersenyum. Lega hatiku bila dia dah nampak tak marah. Tak boleh aku Umar marah. Kang aku yang balik Perak pujuk pula nanti.

“Buruk tahu muka macam tu.” Ujar Umar.

“Buruk pun hang jatuh cinta jugakan?”

“Tak malu mengaku aku cinta dia.” Umar mengejek lalu disambung dengan gelak kecil.

“Tak cintakan aku ke?”

“Tak!”

“Betul?” sekali lagi aku bertanya.

“Muktamad?”

Umar angguk. Aku mengetap bibir. Ais batu dalam mulut aku tiupkan terkena pada dia. Padan muka.

“Ganas betul bakal bini aku ni. Macam mat lampir.”

Aku tergelak. Teruk betul Umar ni. Ada pula samakan aku dengan Mat Lampir. Aku ni tak adalah tak segak macam mat lampir sangat.

“Suka orang kata dia mat lampir.”

“Makanlah. Dah lewat. Kang aku tinggal.” Ugut aku. Cuba untuk menyembunyikan tawaku.

“Hello, Cik Najwa.” Tegur satu suara. Aku pantas menoleh dan mengukirkan senyuman nipis. Siapa pula ni?

“Hello. Yes?” soal aku. Memang aku tak kenal.

“Saya Yusra. Wartawan dari Majalah Awan. Saya ada buat liputan di sini tadi. Kebetulan nampak pengarah muda kat sini. Boleh saya buat liputan sikit tentang Cik Najwa?”

Aku pandang Umar. Dia sedang tersenyum. Aku sendiri tak tahu kenapa dia senyum. Aku tak tahu sama ada aku perlu terima atau tidak. Kalau tolak risau dituduh berlagak, kalau terima nanti semua cerita pasal aku mereka nak tahu. Susah tau nak ada privasi sendiri dalam bidang macam ni.

“Nak buat liputan tentang apa ya?” soal aku.

“Sikit saja. Cuma nak tahu tentang perkembangan Cik Najwa.”

Aku angguk. Aku mengajaknya duduk di sebelah aku. Umar hanya memerhati. Mungkin dia tidak faham apa yang sedang berlaku.  Aku pasti mesti mereka akan bangkitkan tentang siapa lelaki yang ada di hadapan aku ini.

“Apa filem terbaru yang akan ditayangkan?” soal Yusra.

“Filem terbaru masih lagi dalam pembikinan. Tak lama lagi drama arahan Catrina bawah naungan syarikat saya akan menemui penonton di kaca televisyen. Drama adapatasi dari novel Hati Yang Aku Perlu.”

“Sebelum terlambat saya nak ucapkan tahniah pada Cik Najwa atas penganugerahan Pengarah Terbaik.”

“Terima kasih.” Aku senyum. Anugerah tu telah berlalu dua bulan yang lalu tapi masih ada yang ingat. Itu satu berita yang baik.

“Boleh saya tahu siapa lelaki kacak di hadapan Cik Najwa ini?” Kan aku dah agak. Mesti mereka akan tanya punya. Sesungguhnya aku pasti tadi kalau aku seorang diri mungkin mereka buat tak nampak ja aku ni.

Umar memandang aku. Sempat lagi dia menghadiahkan satu kenyitan buat aku. Nakal ya. Kang nampak kat budak wartawan ni dah jadi kontrovesi pula.

“Tak lama lagi awak akan tahu siapa dia.” Jawab cliché habis. Tapi itu saja yang aku mampu bagi tahu.

“Jadi adakah ini orang yang berjaya menakluki hati Cik Najwa?”

Aku senyum. “InsyaAllah.”

“Wah! Tahniah saya ucapkan. Jangan lupa jemput kami ni majalah Awan. Boleh saya tahu nama lelaki yang berjaya buat Cik Najwa ni jatuh hati?” soal Yusra kepada Umar pula.

“Al-Hafiz.” Jawab Umar seperti apa yang ditanya. Amboi, nama glamor. Kenapa yang tak bagitau nama biasa. Demand.

“Kalau begitu tak apalah. Saya rasa itu saja pertanyaan dari saya. Saya minta diri dulu. Terima kasih Cik Najwa dan Encik Al-Hafiz. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.”

Selepas bersalaman dengan aku, Yusra dan seorang lagi rakannya terus beredar. Umar memandang aku. Aku pandang dia.

“Al –Hafiz ya.” Perli aku.

Umar tergelak kecil. “ Nama glamor. Amboi, susah kot keluar dengan orang terkenal ni. Ada saja orang yang kenal.”

“Tunggulah esok berita ni tersebarlah. Privasi susah nak dapat. Semua ceruk aku pergi ada saja yang ikut.” Aku melepaskan keluhan. Padahal aku ni pengarah cabuk saja pun. Bukannya artis terkenal.

“Tak apalah. Aku boleh tumpang glamor.”

“Kalau gosip aku dengan Izzue Islam tak apalah juga. Ini gosip aku dengan hang? Macam tak perlu ja aku rasa.”

“Tak perlu pun bakal suami hang juga.”

Umar menarik muka. Aku melawak tarik muka pula mamat ni.

“Merajuk?”

Umar tak menjawab.

“Okay. Aku gerak dulu. Jangan lupa bayar.” Terus aku bangkit dari duduk dan melangkah keluar dari kedai makan.

Aku nampak Umar bingkas bangun dan ke kaunter bayaran. Tahu takut aku lari. Aku nikan tak suka dengan orang yang suka merajuk. Annoying!


2 comments:

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH