* assalamualaikum. jemput baca bab 3 Nasi Paprik Cinta. Selamat membaca. Muah Ciked! :P *
BAB 3
HARI ini aku sudah mula bekerja
setelah hampir seminggu aku ambil cuti. Segala stress yang ada sebelum ini
telah aku lepaskan di kampung. Memang puas kali ini aku balik kampung. Walaupun
diganggu oleh Irhan tapi aku tetap seronok bila dapat meluangkan banyak masa
dengan keluarga.
Umar
tak habis-habis mengajak aku kahwin. Irhan pula tak juga berputus asa walaupun
kononnya aku sudah mahu berkahwin. Tapi aku nak lupakan seketika pasal mereka
berdua bila aku sudah mula masuk bekerja. Kerja adalah kerja. Tidak boleh
dibawa hal peribadi masuk sama.
“Macam
mana cuti? Best?” soal Catrina selaku
pembantu aku yang juga teman serumah dengan aku.
“Gila tak best. Bila balik kampung jumpa mak abah
dan adik-adik dunia ni rasa begitu indah tau.” Balas aku. Bibir aku mengukirkan
senyuman manis buat Catrina. Fikiran aku masih teringatkan kisah di kampung
seketika.
“Untunglah. Ada
keluarga. Aku ni ambil cuti pun duduk rumah saja.”
“Tak keluar
dengan Borhan ke?” Borhan adalah teman lelaki Catrina. Lelaki yang berjambang dan
tidak terurus itu menjadi pilihan Catrina. Walaupun begitu tetapi bagi aku
Borhan lelaki yang sangat romantik bila Catrina menceritakan pada aku.
Catrina
melepaskan keluhan hampa. Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan aku.
“Dia curang
belakang aku.”
Aku terkedu.
“Borhan?”
Catrina
mengangguk. Aku menyandarkan badan aku dibelakang kerusi.
“Itu nasib baik
aku terserempak dengan dia. Kalau tidak sampai sekarang aku tak tahu dia main
kayu tiga belakang aku. Katanya dah bertunang.”
Aku
menggelengkan kepala aku beberapa kali. Lelaki, lelaki. Catrina sudah cukup
baik untuk dijadikan pasangan tetapi tetap juga diduakan. Aku? Tak tahulah.
“Sudahlah. Kau
tu cantik. Kau boleh dapat yang lebih baik daripada dia.” Aku cuba menyedapkan
hati Catrina. Hidup tetap harus diteruskan.
“Aku pun dah tak
nak fikir. Sekarang kerjaya aku yang paling penting.”
“Aku suka itu.
Jadi sekarang mari kita tumpukan pada kerjaya kita. Penulis skrip dah setelkan
skrip untuk drama terbaru kita ni?”
“Dah. Semua crew
dah bersedia. Talent pun dah sign kontrak. Kita dah boleh mula
shooting.”
“Kali ni aku tak
nak turun padang. Aku nak kau jadi pengarahnya. Lagipun ini idea kau. Jadi good luck!”
Catrina tampak
terkejut. Mulutnya sedikit ternganga mungkin kerana teruja. Aku percaya pada kebolehan
Catrina sebagai pengarah wanita muda. Dia harus diberi peluang.
“Tak
main-mainkan?”
Aku angguk.
Tangan aku hulurkan sebagai tanda tahniah dan semangat buat Catrina. Tak lama
kemudian tangan itu disambut oleh Catrina dengan perasaan yang begitu teruja.
“Sayang kau.”
Ujar Catrina sebelum melangkah keluar dari bilik aku.
Aku kembali
duduk dan mengadap komputer riba. Meneruskan kerja aku yang tertangguh
sepanjang tempoh aku bercuti.
AKU keluar makan tengah hari
seorang diri hari ini. Selalunya aku keluar dengan Catrina tetapi memandangkan
dia tengah ada pengambaran aku terpaksalah keluar seorang diri. Lagipun
bukannya tak biasa.
Aku memilih
untuk makan di restoran masakan kampung. Tekak aku ni tetap tekak orang
kampung. Tak kenyang bila makan western. Nak juga cari nasi.
Kerusi hadapan aku ditarik. Aku yang sedang
melihat menu mengangkat kepala. Satu keluhan panjang aku lepaskan. Lelaki ini
tak serik-serik. Datang dengan muka tanpa rasa bersalah.
“Saya belanja
hari ini.” Ujar Irhan. Dia turut sama melihat menu untuk memesan makanan.
“Apa awak buat
disini?”
“Teman awak
makanlah.”
“Haha. Sweetnya.” Aku memerli Irhan. Serius tak
ada mood untuk melayan orang tak faham bahasa. Tak tahu nak cakap apa lagi.
“Umar mana?”
“Ada kat
kampunglah.”
“Serius saya
cakap, Umar langsung tak sesuai dengan awak.” Irhan mengomen. Suka hati dia
sajalah nak komen itu ini.
“Habis tu sesuai
dengan siapa? Awak?”
Irhan
mengangguk.
“Eee, tolonglah!
Cair tahi telinga ni dengar.” Aku membalas kasar tetapi diselangi dengan ketawa
kecil dari Irhan. Apa yang lawak sangat pun tak tahulah.
“Saya ni jauh
lebih sesuai daripada Umar. Saya kerja sebagai Ceo syarikat, ada rumah, kereta
BMW X6 dan ada segala-galanya. Awak senang hidup dengan saya nanti.” Irhan
mendabik dada.
Menyampah. Itu
satu perasaan aku ketika ini. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk sejak dulu
tidak pernah berubah. Suka sangat memandang rendah pada orang lain. Kononnya
dialah paling kaya. Kaya sahaja tetapi perangai serupa hantu tak guna juga.
“Saya tak
perlukan harta awak. Harta saya sudah lebih daripada cukup. Walaupun Umar itu
tiada apa-apa tetapi dia ada budi bahasa dan pandai menghargai perempuan.
Bukannya macam sesetengah lelaki yang bila perlu sahaja cari tapi bila senang,
main kayu tiga kat belakang.”
Wajah Irhan
berubah rona. Lantaklah. Tak perlu aku rasa nak jaga perasaan lelaki seperti
dia.
“Setakat gerai
buruk tu apa yang boleh dia bagi pada awak, Wawa. Saya cuma tidak mahu tengok
awak susah saja.”
Aku senyum
sinis. Sekarang ni nak cakap yang hang nak ambil tahu pasal aku? Tak payahlah,
Irhan. Aku boleh hidup sendiri tanpa lelaki.
“Geli hati bila
awak cakap macam tu, Irhan Buqari. Serius rasa macam nak gelak guling-guling.”
Irhan nampak
marah dengan perlian aku. Aku nampak dia menggenggamkan tangannya dan cuba
untuk menahan amarah. Berani sentuh aku akan rasa penyesalan nanti.
“Saya boleh jaga
awak, Wawa. Saya akan jadi lelaki yang bertanggungjawab bila kita kahwin
nanti.” Irhan masih tidak penat merayu-rayu.
Memang merosakan
mood aku untuk makan tengah hari. Aku bangkit dari duduk dan mencapai beg
tangannku. Tak ada selera sudah nak menjamu selera walaupun hakikatnya perut
terasa lapar.
“Wawa, awak nak
pergi mana?” Tangan aku digenggamnya cuba aku tarik. Tapi tidak berdaya.
“Lepaslah. Saya
cakap baik-baik ni. Jangan sampai saya menjerit dan tuduh awak nak perkosa
saya!” tegas aku.
Perlahan-lahan
Irhan melepaskan genggaman tangan itu. Terus aku mengangkat kaki pergi dari
situ.
“Aku tak akan
lepaskan kau, Wawa. Kau tunggu!” ugutan daripada Irhan tidak aku pedulikan. Aku
harus memikirkan sesuatu agar dia tidak akan mengganggu aku lagi selepas ini.
Penat.
AKU melemparkan beg tangan aku di
atas meja. Tadi serius aku sakit hati sangat dengan Irhan. Aku sendiri tak
faham apa tujuan dia lagi datang kembali dan merayu untuk aku balik pada dia.
Perut aku memang dah lapar gila dah ni. Nasib baik aku tak terkam si Irhan tu
tadi.
Pintu
ofis diketuk dari luar. Aku mengangguk suruh masuk. Terjengul wajah Catrina
yang nampak keletihan. Mungkin baru pulang dari set.
“Dah habis dah
kerja?” soal aku. Sekadar mahu melupakan peristiwa tadi.
“Malam ni
shooting pula. Kau dah makan belum, Wawa?”
Aku menggeleng.
Nak makan macam mana kalau ada mamat terdesak tu kat depan. Nasi nanti pun
boleh tertukar jadi beras.
“Kau tunggu aku
ke? Sorrylah sebab aku tak telefon kau cakap tak boleh lunch sekali.”
“Tak adalah,
Rina. Aku dah keluar nak makan dah tadi terjumpa pula mamat desperate.”
Catrina berkerut
dahi. Dia memang tahu tentang hubungan aku dengan Irhan dulu tetapi dia masih
belum tahu cerita terbaru.
“Irhan. Dia
datang ganggu aku lagi.” Ujar aku tanpa ditanya oleh Catrina. Sebelum dia tanya
baik aku beritahu siap-siap.
“Irhan? Ex kau
tu?”
Aku angguk.
“Dia nak apa
lagi?” soal Catrina.
“Dia nak aku
balik pada dia. Memang taklah aku nak terima. Walaupun tak ada lelaki yang nak
aku tak akan kembali pada dia. Serik.”
Catrina
tersenyum. “Kita ni memang patut jadi sahabatlah, Wawa.”
“Kenapa?”
Tiba-tiba pula Catrina ni.
“Sebab kisah
kita sama. Kekasih hati curang.” Catrina seperti tiada yang berlaku
tersengih-sengih. Mungkin dah boleh terima Borhan buat dia seperti itu.
Aku tergelak
kecil. Tidak lama kemudian, telefon bimbit aku berdering. Aku capai dan bibir
aku mengukirkan senyuman.
“Pakwe baru ke,
Wawa? Tersengih-sengih.” Tegur Catrina.
“Bukan. Bakal
suami.” Panggilan daripada Umar terus aku jawab.
Catrina pula
nampak terkejut. Dia masih tidak tahu cerita yang terjadi semasa aku di
kampung. Tak apalah. Nanti aku ceritakan. Sekarang aku nak selesaikan masalah
aku agar Irhan tidak lagi mengganggu aku.
“Wawa, aku
ganggu hang ke?” soal Umar dari corong telefon.
“Tak adalah.
Umar, jom kahwin!”
Terbeliak mata
Catrina di hadapan aku. Umar di corong telefon juga tidak kurangnya rasa
terkejut. Tak kisahlah asalkan hidup aku aman. Aku memang suka buat kejutan!
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH