NASI PAPRIK CINTA BAB 5

*terima kasih sudi menjenguk untuk mengikuti kisah seterusnya. Selamat Membaca.*


Bab 5

AKU menyemak skrip yang baru sahaja sampai dalam tangan aku untuk telemovie seterusnya. Semalam aku balik kampung hari ini aku mula kerja kembali. Tak masuk ofis nanti kerja bertimbun.  Kasihan pula kat Catrina nak buat kerja seorang diri.

           Aku membuat aktiviti renggangan seketika. Lenguh badan aku dari tadi tegak saja baca skrip. Teringat aku kisah semalam. Bersama Umar di tepi sungai.

            “Hang betul ka nak kahwin dengan aku, Umar?” soal aku. Aku cuma nak kata akhir sebelum aku memutuskan apa-apa keputusan.

Umar datang duduk sebelah aku. “Awat? Tak percaya ke?”

“Bukan tak percaya tapi aku harap hang bukan macam lelaki lain.”

“Maksud hang?”

Aku mengeluh. “Ambil kesempatan atas aku. Cukuplah sekali Irhan buat aku macam tu.”

“Aku mungkin tak ada harta tapi maruah aku tinggi, Cik Najwa Natasha. Aku tak suka ambil kesempatan atas orang lain. Sebenarnya aku sedar kat mana bumi aku berpijak tapi aku yakin mungkin Allah dah aturkan yang terbaik.”

“Aku tak sangka aku akan kahwin dengan hang.”

“Habis tu? Hang sangka hang akan kahwin dengan siapa? Izzue Islam?”

Aku mengangguk.

“Laki orang tu. Naya ja kena seligi dengan bini dia nanti.”

Aku mencebik. Aku minat Izzue Islam sebab wajah dia yang babyface. Sangat comel. Tapi dah kahwin. Frust menonggeng aku tau.

“Lakikan boleh kahwin empat.” Balas aku.

“Kalau macam tu aku nak cari lagi tiga orang buat penuhi kuota.”

Perut Umar aku pulas dengan sekuat hatinya. Ada hati nak tambah cawangan lain ya.

“Sakitlah, bengong!” marah Umar sambil mengusap perutnya.

“Padan muka. Gatal lagi.” Aku menjeling. Lelaki bila sebut kahwin empat memang cukup laju. Tapi mampu ke nak tanggung semuanya. Bukan hanya kewangan tapi segala dosa-dosa lain.

“Aku takut sebenarnya nak kahwin dengan hang.” Umar berterus-terang.

Aku menanti bicara seterusnya daripada dia. “Awat?”

“Aku takut dituduh ambil kesempatan atas hang. Aku tak berharta. Harapkan rupa saja yang kacak. Itu memang tak dinafikanlah.”

Aku tolak bahu Umar dengan bahu aku. Perasan tak ingat. Tapi nak kata tak ada rupa tu adalah. Sedap mata memandang. Yang penting badan dia sado dan ada janggut sikit. Haha.

“Perasan nak mati hang ni.”

“Mana ada perasan. Fakta kot.” Umar senyum. Kakinya dimasukan ke dalam air sungai yang mengalir. Dia mengocakkan air dengan kakinya.

“Hang tak ada makwe ke?” soal aku. Aku tak  nak bila aku dah kahwin nanti tiba-tiba datang orang nak menuntut hak pula. Ingat sinetron ke apa.

“Tak ada. Aku ni single. Cinta aku hanya untuk hang seorang saja.”

“Uweekk! Muntah hijau aku.” Aku buat-buat nak termuntah. Umar ni bila jiwang tak ingat. Aku ni pula tak reti nak berjiwang sangat. Brutallah kononnya.

“Tapi aku nak minta tempoh kat hang ni. Aku rancang kita bertunang setahun dulu lepas tu baru kahwin.”

Aku mengerutkan dahiku. Lamanya. Dalam tempoh setahun tu macam mana aku nak lari daripada Irhan. Tak boleh, tak boleh.

“Tak setujulah. Lama sangat.” Aku bantah. Aku nak kahwin cepat pun sebab nak elakan diri daripada Irhan. Sekarang Umar nak minta tempoh bertunang pula. Kalau macam baik tak payah kahwin atau bertunang. Lari saja dari negara pergi merempat di negara orang.

“Hang ni jangan gelojoh sangat. Aku tahu hang tu tak sabar nak kahwin dengan abang handsome tapi bersabarlah sikit. Setahun tu bukan lama mana.” Umar tidak habis-habis nak meninggi diri. Menyampah pula aku mendengarnya.

“Masalahnya sekarang ni aku nak larikan diri daripada Irhan. Kalau nak ambil tempoh sampai setahun mana aku nak lari? Lebih baik tak payah kahwin cepat macam tu. Dalam tempoh setahun tu aku boleh cari lelaki yang lebih handsome dari hang.”

“Aku nak cari kerja dulu yang lebih baik, nak beli rumah dan kereta. Simpanan aku tu sekarang ni cukup untuk beli rumah saja untuk kita nanti. Tak akan aku nak menumpang harta hang. Tak maulah aku jadi suami yang tak ada tanggungjawab.”

“Ada aku minta ka semua tu?” aku angkat kening kiri. Aku tak pernah terfikir pun nak suruh Umar beli semua tu. Aku dah ada semuanya.

“Memanglah hang tak minta tapi aku ni bukannya dayus nak biar hang tanggung aku.”

Aku bangun dari duduk. Belakang seluar jean aku kibaskan. Mungkin ada kotoran yang melekat.

“Sekarang ni hang nak kahwin dengan aku ke tidak?”

“Nak! Gila hang tak mau.”

“Jadi buat apa yang aku suruh sudahlah. Rumah, kereta, kerja tu bukan satu masalah yang besar pun. Hang tu bukannya kerja mencuri ke, merompak ke apa. Duit yang hang simpan nak beli rumah tu baik hang deco hang punya gerai tu kepada yang lebih baik. Berniaga lagi best daripada kerja dengan orang.”

Umar mendecit. Nampak macam dia tak setuju dengan cadangan aku. Aku faham perasaan dia. Umar tak dinafikan memang ada sikap tanggungjawab. Aku boleh lihat bila dia yang bantu adik-adik dia yang tengah belajar kat universiti walaupun hanya dengan hasil warung itu sahaja. Tapi ingat orang kerja warung tak boleh kaya ka?

“Aku cuma nak jadi suami yang tak guna duit isteri.”

“Sekarang ni hang nak cakap hang ni macholah ya ada kerja?”

“Tak adalah sangat tapi sikit tu adalah juga. Bila orang tanya suami hang kerja apa, tak akanlah hang nak bagitau aku buka warung. Malu muka hang nanti.”

Aku melipatkan kaki seluarkan hingga ke paras betis. Perlahan-lahan aku masuk ke dalam air sungai. Sejuk. Kalau ikutkan hati nak saja mandi.

Sorry to say lah. Itu mungkin orang lain tapi bukan aku. Kalau aku demand nak suami aku kerja hebat aku tengok hang pun aku tak mau tau. Bukan setakat buka warung, pakaian pun selekeh. Mungkin orang akan kata pengarah filem Najwa Natasha tu tak ada taste.”

“Sekarang memang hang cakap tak kisah. Nanti kalau dah kahwin, aku direndah-rendahkan.”

Zupp! Terus darah aku naik. Cakap baik-baik sikit abang. Aku bukan yang macam tu. Tak percaya aku pula. Dia ingat aku sama macam perempuan lain ka? Aku terus berjalan naik ke darat. Kaki seluar yang aku sentengkan aku buka semula.

“Kalau hang tak percaya aku. kita tak payah kahwin!” Motor kapcai milik Umar aku hidupkan dan terus memecut semula ke warung untuk mengambil kereta dan terus balik Kuala Lumpur.

Kedengaran Umar menjerit memanggil aku tetapi tidak aku hiraukan. Buat apa nak bercakap dengan orang yang tak percayakan aku? Aku ni kalau benda betul orang tak percaya memang aku akan naik angin. Tak kisahlah kalau tak jadi kahwin pun. Aku boleh cari lelaki lain.

Tersengih aku seorang diri. Tak sangka aku boleh ambil keputusan yang macam tu. Bergaduh macam ni ingat sweet ke? Tak sweet langsung tau, Wawa!

“Kau gila ke senyum sorang-sorang?” teguran daripada Catrina mematikan lamunan aku.

“Bila kau masuk, Rina? Tak ketuk dulu ke?” Aku membetulkan duduk aku. Rambut aku sisirkan ke belakang. Aku pegang pen kembali.

“Sampai nak runtuh dah pintu tu, Wawa. Kau teringat apa ni sampai senyum seorang diri ni?”

Aku sengih. Tak akanlah aku nak cerita. Memang kena bahanlah kalau aku bagitau aku merajuk. Aku ni jarang merajuk sebab lelaki ni. Sebab bagi aku macam annoying gila. Umar asyik dok telefon aku tapi aku tak angkat. Biar dia fikir sikit.

“Tak ada apa-apalah. So far macam mana dengan drama arahan kau tu? Good?” soal aku. Nak tahu juga perkembangan. Sekarang ni jarang aku tengok dia di ofis. Drama 28 episod ni akan ditayangkan di televisyen tak lama lagi. Terpaksalah bekerja keras sedikit.
“Tak ada masalah sangat. Tenaga produksi bekerjasama cuma pelakonlah selalu yang buat hal. Datang lambat. Kau sendiri tahu aku ni punctual.”

Sebab tu aku suka bekerja dengan Catrina. Dia memang seorang ketua yang baik dan sangat menepati masa. Kalau pukul dua maka pukul dualah. Jangan ada yang lewat. Kalau lewat tahan sajalah telinga.

“Sabarlah. Biasalah tu bila bekerja ni. Macam-macam perangai kita boleh tengok.” 

“Kau ni sekarang aku nampak lainlah, Wawa. Macam mana dengan abang Umar kau tu?”

Aku sengih. Aku ada cerita serba sedikit pasal Umar dekat Catrina. Mulanya dia cakap ini semua kerja gila tapi kerja gila ni pun dia sokong aku untuk elakan diri Irhan Buqari.

“Okay saja.”

“Mesti kau sedang dilamun cintakan sekarang? Aku nak tengok muka abang Umar kau tu. Kacak tak?” 

Of course. Siapa boleh lawan taste aku.” Aku sengih. Bagi aku memang handsome tapi  bagi orang lain aku tak tahu. Mungkin ya mungkin tidak.

Interkom aku berbunyi. Aku menekan butang untuk mendengar.

“Yes, Haslina.”

“Ada orang nak jumpa Cik Wawa.”

“Siapa?”

“Katanya, Umar Al- Hafiz.”

Terbeliak mata aku mendengar nama itu. Tak akan dia datang? Macam mana dia tahu ofis aku? Tak akan sanggup datang sini nak pujuk aku?



“Aku bawakan nasi paprik cinta untuk hang.” Umar menghulurkan pada aku dalam bungkusan plastik. Aku memandang dia dengan pandangan tidak puas hati. Sanggupnya dia datang sini sampai sewa kereta semata-mata nak pujuk aku.

Bagi orang lain mungkin sweet tapi bagi aku itu sangat tidak patut. Aku bukannya merajuk sangat pun.

“Siapa suruh hang mai sini?” soal aku. Tidak menghiraukan huluran daripada Umar itu. Dalam ofis ni hanya tinggal aku dan dia. Catrina sudah aku halau keluar. Mana boleh ada orang lain nak berbincang masalah ini. Malu.

“Pujuk hanglah. Aku ni call tak mau angkat. Nasib baik ada Waze. Senang nak cari ofis hang.” Umar sengih. Dia ingat kacak?

“Aku tak suruh punkan. Aku tak sukalah macam ni.” Aku melepaskan keluhan. Memang aku tidak suka Umar buat macam ni sebab sebenarnya aku kasihankan dia.
“Lain kali tak payahlah angkat telefon lagi.”

Aku mendengus kasar. Aku menghempaskan badan aku ke atas sofa. Rasa bersalah yang aku rasa ketika ini.

“Nak salahkan aku?” Aku menunjukan jari aku pada diri aku. Orang dah datang pujuk tu terima sajalah, Najwa. Jual mahal pula. Tapi masalahnya, aku rasa aku dah menyusahkan dia.

“Bukan macam tu. Aku tau aku salah sebab tak percaya hang. Aku tak boleh duduk selagi tak minta maaf kat hang.” Umar berterus-terang. Mesej boleh kot. Aku bukannya kejam sangat tak maafkan dia. Tapi aku akan balas ke mesej jiwang itu nanti? Erkk!

“Tapi aku tak suka hang buat macam ni!”

“Aku dah datang pun. Jangan banyak bunyilah. Sekarang ni meh sini. Aku suapkan nasi paprik ni. Nanti hang lapar aku yang kenyang.” Umar berkata sambil membuka bungkusan yang berisi nasi paprik itu. Siap bersudu lagi.

Aku tidak mengendahkan. Masih lagi di sofa. Umar berjalan dan melabuhkan punggungnya menghadap aku. Dia menyuakan sudu yang berisi nasi paprik untuk disuapkan ke dalam mulut aku.

Jujur aku rasa lain macam. Aku rasa tak perlu kot jiwang sampai macam ni. Irhan dulu pun tak sesempoi ni. Dia tak pernah nak pujuk aku sampai macam ni. Apatah lagi nak datang jauh semata-mata untuk memujuk aku. Kalau aku merajuk dulu, akulah yang sendiri pujuk.

“Hang ingat sweetlah dapat suap aku macam ni?” Dalam tak nak tapi aku tetap menerima suapan itu.

Umar tergelak kecil. “Kesiannya sayang aku ni. Lapar ya. Ni mesti kes tunggu abang handsome datang pujuk ni.”

Aku menjuihkan bibirku. Hari ini aku belum menjamah apa-apa makanan lagi kerana tidak sempat keluar untuk makan. Perut pun tak ada nak buat hal. Mungkin banyak kerja sangat sampai tak sempat otak ini nak ingat makan.

Sorry, okay. Aku tak ada niat untuk tak percaya hang. Cuma aku rasa itu tanggungjawab aku.”

Aku menggelengkan kepala. Jari aku mengisyaratkan agar jangan buka lagi cerita itu. Nanti bakal spoilkan mood aku yang nak kembali pulih.

“Aku tak nak dengar apa-apa lagi lepas ni.”

“Kita jadi kahwinkan?” soal Umar.

“Siapa kata?” aku berdolak-dalih.

“Jangan macam tu. Hang tak kesian ke kat abang handsome hang ni. Datang jauh-jauh nak pujuk kekasih hati yang merajuk. Tapi tak jadi kahwin pula.”

“Tak suruh pun. Padan muka. Nak berjiwang pun tak kena tempat. Penat memandu, bang?” Aku menjelirkan lidah aku kepada Umar. Saja nak gundah-gulanakan perasaan dia.

“Dah biasa. Dulu pernah pandu Ferari. Setakat Perak ke KL tak ada rasa apapun.” Umar berlagak. Cakap besar. Padahal nampak muka tu letih.

“Nak lagi.” Minta aku untuk disuapkan lagi nasi paprik itu.

Umar hanya tersenyum manis. Sukalah tu. Aku lapar okay. Bukan sebab nak bermanja-manja ke apa.

“Rindulah tu Nasi Paprik Cinta abang handsome.

“Ee, perasan!”

Pintu ofis aku terkuak. Kelihatan Haslina yang merupakan setiausaha aku sedang tersenyum. Aku membetulkan dudukku.

“Ada orang nak jumpa.”

“Siapa?”

Belum sempat Haslina menjawab kelihatan satu susuk tubuh yang sememangnya aku kenali. Aku bingkas bangun dan perasaan aku membuak-buak menahan marah.

“Hai, sayang!” Irhan sedang memegang sejambak bunga masuk ke dalam ofis aku.

Aku pandang Umar. Umar nampak tidak puas hati. Jangan mamat handsome aku ni marah sudah. Takut juga bila Umar mengamuk. Kalah Hulk.

“Oh, budak warung ni pun ada sini.” Irhan menyindir.

“Irhan!” tengking aku. Mulut dia ni memang tak ada insuran.

“Saya datang ni nak ajak awak makan kat hotel.” Irhan memandang makanan yang ada di atas meja. “Setakat nasi paprik macam ni nanti akan buat awak sakit perut, Wawa.” Dia menambah lagi.

“Aku tak hadaplah hotel kau tu.” Tahap kemarahan aku semakin naik. Aku tidak boleh lagi berlembut dengan orang yang sesuka hati menghina orang lain. Kalau sekalipun Umar bukan sesiapa untuk aku, pasti aku akan mempertahankan dia daripada terus dihina oleh orang yang macam Irhan. Bajet bagus!

“Orang dah tak nak, terhegeh-hegeh apa lagi. Dia pilih aku.” Umar menyampuk.

Wajah Irhan berubah sedikit. Aku suka. Biar padan muka si Irhan ni. Tak semenanya Irhan datang mendekati aku lalu memegang tangan aku. Aku minta dilepaskan tetapi Irhan tidak peduli.

“Hang lepaskan tangan dia.” Umar masih nampak tenang. Aku ni tak tahan menahan genggaman tangan Irhan yang sangat erat.

“Tak ada siapa yang boleh ambil dia dari aku. Termasuk kau mamat warung!” Irhan tersenyum sinis.

Tanpa disangka, Umar menghampiri Irhan dan terus menumbuk muka Irhan. Pegangan erat tangan Irhan berjaya dilepaskan. Dia terdorong ke belakang.

“Tak apa. Sekarang ni kau boleh tunjuk kau hebat. Kau tunggu balasan daripada aku.” Irhan bangkit dan terus melangkah keluar dari ofis aku.

Umar memandang aku dan pergelangan tangan aku dibelek. Kesan merah di sekeliling pergelangan aku.

“Sakit?” Mata kuyu Umar memandang mata aku dengan suaranya yang lembut habis. Tiba-tiba rasa macam diawang-awangan.

Aku menggeleng. Dia tersenyum.

“Aku tak akan biarkan dia ganggu Wawa aku.” Janji Umar.

Aku menarik tangan aku dan terus menjarakan diri aku dengan Umar sedikit.

“Poyo!” balas aku.

Umar tergelak. “ Nak sambung makan nasi paprik cinta abang handsome?”

“Nak.” Jawab aku lembut.

Alahai. Dah kenapa dengan aku ni. Tiba-tiba tukar karakter. Mana kebrutalan aku ni? Mana? Adeh!


Aku duduk kembali dan menunggu suapan daripada Umar. Ternyata kehadiran Irhan langsung tak spoilkan selera aku menikmati nasi paprik cinta sambil disuap oleh Umar. Sangat mengada-ngada! 

No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH