"Terima kasih kerana sudi menjenguk lagi. Maaf lambat update. Enjoy reading! Muah CIked!
Debaran semakin terasa bila hari
yang dinantikan telah tiba. Walaupun buat persiapan di hari-hari terakhir
tetapi alhamdulillah semuanya sempat untuk disiapkan. Aku buat kenduri yang
sama pada hari pernikahan kerana mahu menjimatkan masa. Tapi aku akan adakan di
Kuala Lumpur bagi mereka yang tidak dapat hadir kerana kekangan masa.
Telefon
bimbit aku berdering. Catrina ada di sebelah aku mengambil telefon bimbit lalu
diberikan pada aku sambil tersengih-sengih.
“Kau apahal
sengih-sengih? Gila?” soal aku sambil menjeling ke arahnya. Catrina sahabat terbaik aku. Dia sentiasa ada di sebelah menyokong dan sentiasa memberi semangat buat aku.
“Kau ni dah nak
kahwin pun masih nak kasar-kasar macam ni. Cepatlah jawab call tu. Abang sayang
marah nanti.” Desak Catrina.
Aku menyapu
skrin dan meletakan telefon bimbit aku di telinga bagi menjawab panggilan
daripada Umar.
“Wawa, aku nervous gila.” Ayat pertama yang keluar
dari mulut Umar. Geli hati aku bila dia bercakap begitu. Bila bercakap bab kahwin
bukan main semangat. Tapi hari ini mengadu berdebar-debar pula.
“Pastikan sekali
sahaja ya. Kalau dua atau tiga kali, tidur luar seminggu.” Ugut aku. Berharap
semuanya berjalan dengan lancar.
“Ala, yang tu
tak suka dengar tu. Mana boleh tidur luar. Baru nak berkenalan dah kena tidur
luar.” Suara kecewanya kedengaran.
Aku tergelak.
Mamat ni kelakar. Memang boleh masuk dengan aku yang kasar ini.
“Apapun good luck tau untuk sat lagi.Baca
bismillah banyak-banyak.”
“Wawa, hang tak
akan larikan?”
Aku kerut dahi.
“Aku lari
sungguh baru tahu. Nak sangat aku lari ikut banglakan?”
“Eh, tak maulah.
Aku mahukan kepastian sahaja. Aku sayang hang tau.”
Aku mengukirkan
senyuman lebar. Aku tahu itu. Dia memang sayangkan aku. Satu-satunya lelaki
yang aku pernah jumpa yang sanggup melayan semua karenah aku. Tidak pada Irhan,
tidak pada lelaki lain. Tapi ada pada Umar.
Irhan masih lagi
mengganggu aku. Makin menyakitkan hati tapi aku layankan sahaja walaupun marah.
Kalau setakat mengganggu begitu sahaja tak apa tapi jika dia ambil tindakan
yang lebih buruk aku tak teragak-agak untuk berhadapan dengan dia.
“Okaylah. Aku
nak siap ni. Kita jumpa sat gi.” Aku ingin mematikan panggilan telefon. Debaran
sangat terasa. Macam nak terkeluar jantung aku tau. Lagipun aku tak selsai lagi
bersiap.
“Okay. Kita
jumpa satgi bukan lagi sebagai kawan tapi sebagai suami isteri. Tak sabar pula
rasa.” Ujar Umar dengan suaranya yang ceria.
“Okay. Bye.”
“Bye. Teringat
malam pertama pula ni.”
“Umar!” sempat
lagi dia bergurau sebelum mematikan panggilan telefon. Aku tersenyum. Tapi air
mata aku tiba-tiba mengalir laju.
“Kenapa ni,
Wawa?” Catrina menyoal. Cepat-cepat dia ambil tisu kerana bimbang solekan aku
rosak.
“Aku tak tahu
nak hadapi macam mana nanti, Catrina. Umar baik sangat dengan aku.”
“Dahlah. Tak
payah fikir pasal tu. Aku yakin dia akan terima buruk baik kau, Wawa.
Percayakan aku.”
“Tapi kalau
tak?”
“Wawa, kau kena
kuat. Jadi Wawa yang lama boleh tak? Hari ni hari bahagia kau. Tak elok kau
menangis macam ni.”
Aku memeluk
Catrina seketika sebelum melepaskan pelukan itu. Tiba-tiba pintu terkuak dari
luar. Terjengul wajah Yaya yang sedang tersenyum. Dia sudah segak berbaju
kurung yang telah ditempah khas untuk majlis aku.
“Abang Nasi
Paprik Cinta dah mai dah. Mak suruh keluar.” Ujar Yaya sambil tersengih-sengih.
Catrina
membetulkan solekan aku. Hati aku bertambah terasa debarannya. Ya Allah, semoga
semuanya selamat.
“Cantiknya hang,
kak. Tiba-tiba rasa macam bukan kakak Yaya ni.” Puji Yaya.
“Dah , tak payah
nak puji sangat. Tak dapat upah.” Balas
aku. Sengaja mahu mengusik Yaya disamping menghilangkan rasa takut aku.
“Boleh ke aku
lakukan semua ini, Catrina?”
Catrina
mengangguk. “Ya. Kau memang layak untuk rasai kebahagiaan.” Ujar sambil
tersenyum.
Aku membalas
senyuman itu. Tubuhnya aku tarik dan aku peluk erat.
“Terima kasih.
Kau sahabat dunia akhirat aku.”
Sekali lafaz, aku milik Umar
Al-Hafiz. Kini status aku bertukar menjadi isteri orang. Debaran tadi semakin
berkurang. Syukur pada keluarga yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk semua
ini disamping juga kehadiran seorang sahabat yang bernama Catrina. Dia sentiasa
ada ketika susah dan senang.
Umar
datang menghampiri aku. Tadi dia meminta kebenaran untuk bertemu dengan
sahabat-sahabatnya sebentar. Legalah sikit hati aku ni. Habis sahaja akad tadi,
tak habis-habis aku disakat olehnya. Bila dia tak ada terasa lapang sikit.
Barulah nak bernafas sikit.
“Dah habis dah jumpa kawan?”
Umar tersengih.
Dia memeluk bahu aku. Umar kelihatan segak berbaju pengantin. Di kepalanya
disematkan tengkolok yang menambahkan lagi kekacakan suami aku ni. Tak sangka
dah jadi suami isteri dah aku dengan dia.
“Dah. Depa dah
balik. Hang comel hari ni, Wawa. Geram aku.” Ujar Umar sambil mengigit bibirnya
menahan geram. Lain macam sungguh Umar hari ini.
Aku tergelak
kecil. “Hang ni. Jangan nak buat muka gatal sangat. Aku tumbuk satgi naya kot.”
“Hang ni ganas
sungguh. Dah jadi isteri orang dah pun. Tak sangka kita dah jadi suami isteri
dah, Wawa. Tertunai juga harapan aku nak berbinikan hang.”
“Aku pun tak
pernah sangka mamat Nasi Paprik Cinta ni juga yang jadi suami aku. Aku fikir
aku jadi isteri nombor dua Izzue Islam dah.” Aku sengih.
Umar memicit
hidung aku sehingga merah. Itulah kegemaran dia. Tahulah cemburu dengan hidung
aku yang mancung ni.
“Nasib baik
sekali lafaz saja. Kalau tidak mesti tidur luar malam ni. Tak dapat nak rasmi
dulu.” Bisik Umar di telinga aku.
Hati aku
tiba-tiba diundang rasa debarnya. Aku tidak mahu ingat lagi peristiwa hitam itu
tetapi ia datang kembali. Moga Umar tidak tahu selama-lamanya. Tuhan, izinkan
aku bahagia bersama insan istimewa ini.
“Hoi! Termenung
pula hang ni.” Umar menepuk bahu aku. Aku kembali ke alam nyata. Macam mana
boleh termenung pula ni?
“Hang ni. Suka
sangat terkejutkan aku. Nasib baik tak ada sakit jantung tau. Kalau ada aku
yakin mesti hari ini hang jadi duda.”
Umar memeluk
bahu aku erat. Dia memandang mata aku dan aku membalas pandangan itu.
“Aku tak nak
kehilangan hang. Aku akan cuba jaga rumahtangga yang kita bina ni dengan sebaik-baik.
Maafkan aku kalau aku tak mampu nak bagi kemewahan untuk hang tapi insyaAllah
aku mampu bagi cinta aku sepenuhnya.” Ujar Umar lembut.
Terharu aku bila
mendengar pengakuan ikhlas itu. Aku tak minta kemewahan tapi aku minta
kebahagiaan. Aku tahu kebahagiaan itu milik Dia tapi kalau bukan kita yang
berusaha untuk kebahagiaan itu mana mungkin Dia berikan begitu sahaja.
“Sweetnya aku dengar. Tapi cinta hang tu
boleh bagi aku makan ke?” aku membalas sarkastik. Mana boleh tunjuk aku ni dah
rasa macam nak peluk dia ketat-ketat dah ni. Brutal dan ego tetap kena ada. He!
“Cis!” Umar
menolak kepala aku sedikit. Main kasar sungguh suami aku ni. Dari sebelum
kahwin sampai dah kahwin suka sangat tolak kepala. Lama-lama isteri dia bengong
baru tahu. Dahlah tak berapa nak betul dah ni.
“Dari jauh mak
dok perati hangpa dua ni. Main-main tolak kepalalah, picit hidunglah apalah.
Hangpa ingat sweet ka macam tu?
Malulah kat tetamu yang mai ni. Depa dok perati ja perangai hangpa dua.” Tegur
Mak. Dari mana mak datang aku sendiri tidak pasti. Abah langsung tak nampak.
Mungkin sedang melayan tetamu yang hadir.
“Kami dah halal
dah mak.” Balas aku. Sengaja nak mencetuskan leteran mak aku lagi. Tak percaya
tengoklah.
“Mak tau. Tapi
tak payahlah nak tunjuk kat semua orang yang hangpa ni sweet. Nanti masuk bilik hangpa nak sweet-sweet lantak hangpalah. Mak tak larang.”
Aku tayangkan
sengihan buat mak. Umar di sebelah menggaru kepalanya.
“Ka mak jealous tengok kami dua?” usik aku lagi.
Mak membalas
dengan jelingan. “ Tak ada masa mak nak jealous.
Dahlah, mak nak masuk solat asar. Satgi kalau ada yang cari tuan rumah, hang
wakilkan sat.” pesan mak sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku memandang
Umar. Umar membalas pandangan aku. Kami berdua tergelak bersama-sama. Kadang-kadang
aku rasakan yang kami ni layak masuk Maharajalawak tak pun pertunjukan sarkas.
Perangai tak semena-mena.
“Assalamualaikum.”
Satu suara datang menegur. Aku dan Umar yang sedang menghabiskan sisa ketawa
memandang serentak.
Terkedu aku saat
terpandangkan wajah itu. Aku tak jemput tapi dia berani tunjukan muka. Allah.
Tiba-tiba hati aku berdebar kencang. Jangan dia cuba untuk buka cerita tentang
peristiwa itu.
“Waalaikumussalam.”
Umar yang menjawab salam daripadanya. Aku peluk tubuh dan kepala aku tunduk
memandang ke tanah.
“Tahniah atas
perkahwinan kau orang berdua.” Ujar Irhan. Aku sendiri tidak tahu apa muslihat
dia pula kali ini. Tapi aku memang meragui kehadiran dia. Iyalah tidak dijemput
tapi dengan rasa tak malu datang tunjukkan diri.
“Terima kasih.”
Jawab Umar. Aku tahu Umar tidak selesa dengan kehadiran Irhan.
“Aku fikir aku
akan dapat semula Wawa tapi kau yang dapat, Umar. Hebat juga aura Nasi Paprik
kau tu.”
Aku angkat
kepala dan memandang wajahnya tajam. Jangan bangkitkan kemarahan aku, Irhan.
“Jodoh aku
sememangnya dengan Wawa. Sorrylah
bro. Hang tak dapat nak memenangi hati Wawa lagi. Dia hanya milik aku.”
Irhan tergelak.
Matanya tidak lepas dari terus memandang aku. Sungguh aku benci dengan
pandangan itu. Sangat menyakitkan hati.
“Mana tahu satu
hari nanti aku akan dapat Wawa balik. Wawa mana boleh hidup dengan kau yang
kerja entah apa-apa ni. Kau nak tahu tak dia pernah bagitau aku yang dia nak
cari lelaki kaya. Setakat kau ni hanya untuk dia lepaskan diri daripada aku
saja.”
Pedas! Sangat
pedas kata-kata yang dilontarkan kepada Umar. Aku pandang Umar. Lelaki itu
hanya tersenyum. Tapi aku tahu dalam hatinya dia menahan amarah. Kalau ikutkan
hati nak saja aku halau lelaki durjana ini dari terus menyakitkan hati suamiku.
“Aku tak pernah
cakap ya, Irhan. Kau jangan nak memandai!” marah aku. Memang rasa nak tumbuk
biar pecah muka tak tahu malu tu.
Irhan tergelak.
Dia mengenyitkan mata kepadaku. Irhan memang berani. Dia langsung tidak
menghormati Umar di sebelah.
“Sayang, jangan
peduli orang yang terdesak macam ni.
Orang terdesak memang sanggup buat apa sahaja termasuklah fitnah hanya
kerana kemahuan hati tu tak tercapai. Tapi sebenarnya dia dah kalah.” Balas Umar
pula. Kali ini memang sinis.
“Umar, kau
jangan angkuh. Kau pernah tanya tak yang Wawa ni ada…”
“Irhan, stop it! Kau balik sekarang.” Aku mencantas.
Aku tahu apa yang dia nak cuba cakapkan. Sebelum terlambat baik Irhan pergi. Tolonglah
jangan ganggu hari bahagia aku.
Tubuh Irhan aku
tolak supaya pergi dari sini. Aku tak pernah merelakan dia datang ke majlis
aku.
“Okay sayang.
Aku pergi. Tapi jangan ingat kau orang akan bahagia. Aku tidak akan letih untuk
mengambil balik apa yang sememangnya adalah hak aku. Aku tetap cintakan Najwa
Natasha. Jangan berangan Umar kau dapat memiliki dia selamanya.” Irhan
mengingatkan sebelum dia melangkah pergi.
“Aku minta maaf.”
“Untuk apa?”
soal Umar.
“Pasal Irhan.
Aku tak sangka dia datang. Sumpah. Memang aku tak jemput dia pun.”
Umar senyum.
Kepala aku diusap lembut.
“Itulah hang. Hot sangat. Apalah yang hang janji
dengan dia sampai dia jadi meroyan macam tu.”
Aku mencubit perutnya.
Dia mengaduh kesakitan. Suka lagi melawak yang macam ni. Memanglah aku marah.
“Aku ragu-ragu
juga. Betul ke hang nak kahwin dengan lelaki kaya ja?”
“Hang jangan nak
mula Umar. Kita dah bercakapkan hal ini sebelum ni.” Aku memberi amaran.
Kadang-kadang aku rasa macam Umar ni sengaja nak cari gaduh dengan aku. Entah
apa yang syok sangat bergaduh dengan aku pun tak tahu.
“Irhankan kaya.
Aku ni apa yang ada. Majlis ni pun sebab duit simpanan aku tu. Kalau tidak
memanglah tak merasa aku nak kahwin.”
Aku hentak kaki
kegeraman. Aku pandang wajahnya dan mendengus geram. Dah malas nak layan, aku
masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik. Pintu aku tutup dan aku duduk di atas
katil. Irhan dan Umar ni masing-masing suka buat aku naik angin.
Pintu terkuak.
Wajah Umar yang sedang tersengih memandang aku. Aku buat tak endah sahaja. Aku
mengambil iPhone 6 yang baru sahaja aku guna itu dan melayan Whatsapp dari
kawan-kawan yang mengucap tahniah. Tak kurang juga yang mengatakan maaf kerana
tidak dapat hadir.
“Merajuk pula
sayang aku ni.” Ujar Umar sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Aku
tetap macam tadi. Asyik membalas Whatsapp.
Dia tidak puas
hati. Telefon aku dirampasnya. Aku memandang dia dengan pandangan tajam.
“Bak balik
telefon tu.” Minta aku. Main rampas-rampas pula. Siapa suruh cari pasal
tadikan?
“Tak nak.”
“Bak balik.
Orang nak balas Whatsapp tu lah.” Marah aku. Cuba merampas daripadanya tetapi
cepat tangan dia ke belakang.
“Kiss dulu.”
“Herr! Mengada-ngadalah
hang ni. Bagilah balik. Aku nak Whatsapp kawan-kawan akulah.”
“Sekarang ni
siapa lagi penting? Abang atau kawan-kawan sayang?”
Aku terkedu! Abang?
Sayang? Tiba-tiba tukar panggilan pula dah kenapa ni? Meremang bulu roma aku
saat dia berkata begitu. Aku cuba tersengih.
“Apa hang
merepek ni, Umar?”
“Jangan lupa.
Kita dah jadi suami isteri. Mana boleh hang aku dah.” Umar bangun. Dia
mendekati aku. Aku cuba menjauhkan diri tetapi dia makin dekat.
“Tapi gelilah
weyh!” Aku tidak setuju. Aku tahu sememangnya itulah panggilan yang patut aku
panggil kepada dia tetapi tak akanlah begitu drastik. Tiba-tiba nak panggil abang?
Herr!
“Practice make perfect, sayang. Kalau nak
telefon ni, sila panggil abang dulu.”
“Tapi…”
“Dan lagi satu. Gelarkan
diri tu sayang juga. Okay, bermula dari sekarang.” Umar melemparkan sengihannya
buat aku.
“Memang taklah
aku nak panggil macam tu. Tak sesuai langsung.”
“Jangan cabar
abang, sayang.”
Dia membuka
tengkolok yang masih tersemat di kepala lalu diletak tepi. Bahu aku dipegangnya
dan mata kami bertaut. Mukanya semakin dekat dengan muka aku. Aku tidak mampu
menolak. Hanya melayani pelakuannya kepadaku.
Bibir kami
hampir bertaut. Tiba-tiba pintu diketuk. Aku tersedar dari khayalan asmara yang
dibawa oleh Umar. Fuh! Nasib baik. Kalau tidak, tak sempat malam kami dah rasmi
dulu. Malunya Ya Allah.
“Tak bagi chance langsunglah.” Umar bangkit dari
duduk dan terus membuka pintu.
Terjengul wajah
mak sambil mencekak pinggang.
“Mak suruh
tunggu sat pun tak boleh sabar dah ka? Amboi, taulah hang pa dah halal tapi
sabar dulu. Tunggu malam nanti mak kasi peluang.”
Muka aku dah
merah. Umar pula tergelak kecil. Mak ni janganlah cakap macam tu. Malulah.
“Mak ni. Kami
mana ada buat apa pun. Nak berehat saja sat.” dalih aku. Umar sukalah bila mak
kata macam tu. Dia yang mulakan dulu.
“Mana boleh
percaya. Masing-masing darah muda. Sekarang ni hangpa dua keluar dulu dari
bilik ni. Kawan hangpa dok tunggu kat luar tu.”
Mak terus
berlalu. Tak semenanya aku mencubit perut Umar.
“Hanglah ni.
Gatal semacam.”
“Rugilah. Mak
kacau line. Nak kiss pun tak sempat.”
Aku mendengus
geram. Rambut aku betulkan dan aku pastikan semuanya kembali elok. Umar datang
dari belakang dan dipeluk tubuh aku. Terkejut juga. Minta dilepaskan tetapi Umar
meletakan kepalanya di atas bahu aku.
“Abang sayang
isteri abang ni. Abang harap sayang dapat terima abang seadanya.” Ujar Umar.
Sangat romantis kedengaran di telingaku.
‘Aku pun
sayangkan hang, Umar.’ Kata-kata itu hanya mampu dibalas di dalam hati. Tidak mampu
aku luahkan kerana perasaan malu yang teramat sangat. Tapi aku yakin sayang dan
cinta itu tak semestinya perlu diucapkan kalau betul-betul ikhlas. Pasangan
kita sendiri akan dapat merasainya.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH