*Terima kasih sudi menjenguk. Ikuti kisah Nasi Paprik Cinta. Semoga terhibur dan selamat membaca.Muah Ciked! :)
Bab 7
Bab 7
“Cut!” aku bingkas bangun dari bangku pengarah sebaik sahaja aku
tamatkan babak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar untuk filem kali
ini. Kerjasama yang baik membuatkan sebuah organisasi itu boleh menjadi hebat.
“Cik
Wawa, kita nak berhenti kat sini saja atau ada nak shooting babak lain pula?” soal Haris. Salah seorang pengurus
produksi syarikat aku.
“Cukup kot untuk
hari ini. Esok kita sambung semula. Kemas dan pastikan semua teratur ya.”
Arah aku kepada Haris. Topi yang aku pakai aku buka dan kibaskan. Cuaca yang panas walaupun malam membuatkan aku berpeluh.
Arah aku kepada Haris. Topi yang aku pakai aku buka dan kibaskan. Cuaca yang panas walaupun malam membuatkan aku berpeluh.
“Wawa, kau nak
balik terus ke apa?” soal Catrina. Dia turut sama serta walaupun di mana sahaja
aku ada.
“Balik teruslah.
Dah lewat.” Ujar aku. Kerja macam aku ni memang tak menentu masanya.
Kadang-kadang pagi baru aku sampai di rumah. Tapi apapun ini adalah minat aku.
Memang sejak dulu aku dah bersedia luar dan dalam untuk hadapi semua cabaran
yang mendatang.
“Aku hari ni
kena balik rumah makcik aku. Esok aku kena bawa makcik aku check up. Kau tak apa ke balik seorang diri?”
“Tak apa. Jangan
risau. Macam tak biasa.”
Catrina senyum.
Dia bersalaman dengan aku dan memeluk tubuh aku erat. Itulah kami bila
masing-masing nak berpisah walaupun sesaat dua.
“Drive baik-baik. Jangan gopoh sangat.
Dah sampai mesej aku.” Pesan Catrina.
“Baik Cik
Catrina. Aku balik dulu.”
“Bye.”
Aku masuk ke
dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan berderum meninggalkan kawasan
tersebut. Ketika dalam perjalanan, aku perhatikan ada sebuah kereta yang
seolah-olah mengikuti aku. Aku tidak mahu fikir negatif.
Sampai sahaja di
kawasan rumah, aku memarkirkan kereta aku di garaj. Beg dan segala peralatan
seperti fail-fail yang mengandungi skrip-skrip untuk aku semak disambar oleh
aku. Sementara nak tidur nanti boleh aku semak sepatah dua.
“Wawa.” Aku yang
sedang menunduk terus mengangkat. Terkejut aku melihat sebatang tubuh milik
lelaki yang paling aku kenal sedang tersenyum di hadapanku.
“Kau… buat apa
kat sini?” soal aku. Jantung aku berdebar gila. Terkejut kenapa dia boleh ada
di sini. Sudah pukul 3.00 pagi kot.
“Aku nak kau.”
Irhan tersenyum. Dia memandang aku dengan
pandangan tajam. Aku mula ketakutan.
“Kau buat apa
ni, Irhan? Dah pukul berapa dah ni? Tak elok datang rumah aku masa macam ni.”
Halau aku. Tak logik akal pukul 3 pagi tiba-tiba muncul. Betul ke ni Irhan atau
makhluk lain? Berkali-kali aku membaca ayat kursi bagi menghilangkan rasa
takut.
Irhan datang
menghampiri aku. Semakin aku melangkah ke belakang, semakin dia menghampiri
aku. Ya Allah, bantulah hambamu ini.
“Kau tak boleh
jadi milik orang lain. Kau hanya milik aku.” Ujar Irhan lalu cuba untuk memegang
salah satu tempat tubuhku tetapi pantas aku mengelak.
“Kau jangan buat
kerja gila, Irhan. Kau balik.” Pujuk aku. Walaupun keberanian aku sudah tiada
tapi aku sedaya upaya untuk terima. Nak jerit pun aku pasti tiada siapa dengar.
Irhan tergelak besar. Dia semakin menghampiri aku. Aku sudah tidak mampu melangkah ke belakang lagi kerana dihalangi oleh kereta. Kedua-dua belah tangannya melekap pada tangan kereta. Aku terperangkap di tengah-tengah.
“Jangan macam-macam Irhan.” Marah aku lagi. Aku sudah tidak tahu nak buat macam mana lagi.
“Jangan harap kau bahagia, Wawa. Aku tak akan biarkan kau bahagia.”
Irhan menarik
tangan aku. Pintu kereta dibuka dan dia menolak aku masuk ke dalam kereta.
Badannya menghempap badan aku. Aku cuba mengelak dan menendang tubuhnya tetapi
kudrat aku sebagai perempuan tidak mampu menghalang tubuh sasanya itu terus
memperlakukan aku seperti itu.
Aku menangis
sekuat hati. Aku tidak sangka Irhan sanggup melakukan sampai ke tahap ini. Ya
Allah bantulah hambamu ini.
“Irhan, tolong
jangan apa-apakan aku.”
Irhan tersenyum
sinis. “Kau yang mulakan dan aku akan sertai dalam permainan kau. Kau nak
sangatkan aku buat macam ni?”
“Aku minta
maaf.” Ujar aku tergagap.
“Aku dah cuba
tapi kau yang memaksa aku untuk lakukan semua ini.”
Aku
menggelengkan kepala aku.
“Kau jangan
apa-apakan aku, Irhan. Aku minta maaf.” Aku berharap agar Irhan boleh kawal
diri dan tidak bertindak dengan lebih jauh. Aku tak nak maruah aku dirobek
olehnya. Allah.
“Aku cuma datang
menuntut hak aku. Itu sahaja.” Ujar dia lagi sambil tersenyum dengan senyuman
yang sangat menyeramkan.
“Apa hak kau?”
Irhan senyum.
“Diri kau, Najwa Natasha.”
Terus Irhan
menerkam ke atas diri aku. Dengan kudrat aku sebagai seorang perempuan tidak
mampu aku menolak lagi. Aku hanya mampu menangis dan meraung melihat Irhan
sudah bagai dirasuk setan. Aku tewas di tangannya. Ya Allah, ujian apakah yang
Kau berikan ini?
Menangis. Itu sahaja yang mampu aku
lakukan ketika ini. Aku sudah tidak mampu untuk berbuat apa lagi. Maruah aku
sudah dirobek oleh lelaki durjana yang digelar Irhan Adha. Irhan memang tidak
punya hati perut. Dia sanggup lakukan semua ini demi kepuasan diri sendiri.
“Wawa,
kau okay ke?” Aku tak pasti bila Catrina masuk ke dalam bilik aku. Dia tak tahu
tentang kisah sebenar yang terjadi. Semalam adalah hari yang paling ngeri dalam
hidup aku. Aku tak mahu ingat lagi tapi bayangan peristiwa itu membuatkan aku
rasa aku sangat kotor.
“Okay…” jawab
aku sepatah. Sungguh aku tak bermaya. Hidup aku musnah.
“Kau ada masalah
ke? Kenapa kau nangis ni, Wawa? Bagitahu aku.” Pujuk Catrina.
Wajah dia aku
pandang dan aku. Aku tak pernah ada rahsia dengan Catrina. Aku tarik tubuhnya
dan peluk. Aku menangis teresak-esak di dalam pelukannya.
“Hey, Wawa.
Kenapa ni? Cuba ceritakan kat aku.”
“Aku kotor
Catrina. Aku kotor.”
“Kotor apa ni
Wawa? Wawa, sabar. Jangan macam ni. Cuba cerita baik-baik.”
“Aku tak nak
hidup. Aku nak mati.”
Catrina memegang
kedua-dua belah bahu aku. Dia tidak faham apa yang aku maksudkan. Aku malu
untuk bercerita dengannya. Aku tahu dia tidak pernah akan tinggalkan aku tapi
aku tak sanggup. Ya Allah, berat dugaan ini.
“Wawa… Aku tak
tahu cerita ni. Cuba kau bertenang dan cerita baik-baik.”
Aku cuba menarik
nafas yang paling dalam. Tangannya aku genggam dengan seeratnya. Air mata untuk
cuba aku halang dari terus menitis tetapi tetap jua keluar.
“Semalam Irhan
datang.” Aku memulakan cerita. Bagaimanapun Catrina perlu tahu. Aku tak boleh
rahsia semua ini daripadanya.
“Apa yang dia
nak?” soal Catrina yang nampak terkejut.
“Dia datang
tuntut hak dia.”
Catrina
mengerutkan dahinya. Dia masih tidak mengerti. Aku menarik nafas lagi dan
perlahan-lahan aku hembus.
“Hak?”
“Dia dah rampas
kesucian aku, Catrina. Dia durjana. Dia lelaki tak guna!” Saat aku katakan ini,
aku tidak mampu untuk bertahan lagi. Aku menangis semahu-mahu aku. Aku tahu
kesucian aku tidak akan dapat kembali walaupun aku menangis air mata darah
sekalipun.
“Maksud kau…”
Aku mengangguk.
“Aku dirogol, Catrina.”
Nafas Catrina
serta-merta tidak keruan. Matanya bercahaya cuba untuk menahan rasa marah.
“Tak guna!”
Catrina menumbuk katil.
“Aku tak sangka
dia sanggup buat sampai macam tu sekali.”
“Jom! Kita buat
laporan polis.”
Aku menggeleng.
“Kita kena buat
juga. Tak akan nak biar dia lepas, Wawa.” Catrina memaksa.
“Aku tak nak
tanggung malu, Catrina. Aku takut reputasi syarikat kita akan jatuh kalau
berita ini tersebar.”
Catrina
melepaskan keluhan berat. Airmatanya mengalir melihat keadaan aku. Dia menarik
tubuh aku dan dipeluk erat. Aku menangis lagi dalam pelukan dia.
“Wawa, kau nak
biarkan jantan tu macam tu saja?” lembut bicaranya. Tapi apapun aku tak akan buat laporan polis. Aku tak nak syarikat
aku dipandang serong bila pengarahnya dirogol.
“Biarlah. Kalau
aku tuntut pun maruah aku akan dapat kembali? Tak, Catrina. Tak.”
“Sekurang-kurangnya
kau tuntut hak kau sebagai mangsa. Biar dia hidup di penjara. Pedulikan kata
orang, Wawa. Aku tak rasa yang benda ini akan memberi kesan pada syarikat
kita.”
“Sedikit
sebanyak akan mencalarkan reputasi syarikat. Masyarakat pasti akan boikot atau
pandang serong terhadap syarikat kita. Mungkin kita akan jatuh. Aku tak sanggup
syarikat yang kita bina dengan penuh susah payah jatuh macam tu saja. Aku tak
sanggup.”
“Benda ni akan
sekejap saja, Wawa. Lepas orang dah lupa, mungkin akan kembali seperti biasa.”
Aku menggeleng.
Air mata aku sapukan dengan tangan. Aku tak akan memperjudikan syarikat aku.
“Biarlah jantan
itu terlepas. Aku yakin dia tak akan bahagia. Aku tak akan sesekali maafkan
dia.” Aku mengemam mulut. Wajah Catrina nampak kecewa dengan keputusan aku.
Tapi itulah yang terbaik.
“Umar macam
mana?”
Baru aku
teringat akan lelaki itu. Ya Allah, adakah Umar akan terima aku? Air mata aku
mengalir lagi. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku sudah mula sayangkan dia.
Tak lama lagi kami akan berkahwin. Mahukah dia menerima orang yang telah
dinodai ini? Aku menekupkan kepala aku di antara dua lutut. Serabutnya.
“Aku tak tahu,
Catrina. Aku takut kehilangan dia. Aku mengaku aku dah mula sayangkan dia. Aku
tak nak lagi kecewa, Catrina.”
“Sabar Wawa. Aku
yakin kalau dia jodoh kau pasti tak akan kemana.”
“Aku takut.”
“Kau yakinkan
Umar lelaki yang baik?”
Aku angguk.
“Dia pasti akan
terima kau, Wawa.”
Aku menangis
lagi di bahu Catrina. Hanya itu yang mampu menenangkan aku ketika ini. Perlu ke
aku beritahu Umar tentang semua ini?
Telefon bimbit aku dari tadi
berdering. Pastinya panggilan daripada Umar. Satu pun aku tak menjawab. Aku tak
boleh lagi nak bercakap dengannya. Aku belum diberikan kekuatan itu. Satu mesej
masuk dan mesej tersebut daripada Umar. Aku buka dan baca.
‘Sayang, hang pi mana? Awat tak jawab call aku?’
Tanpa dipaksa,
air mata ini mengalir lagi. Sanggupkah aku hidup dalam menipu dia nanti?
Perkahwinan kami semakin dekat kerana masing-masing sudah setuju untuk
bertunang dan bernikah pada tarikh yang sama. Separuh daripada persiapan sudah
siap dilakukan.
Untuk aku
batalkan perkahwinan ini, tidak mungkin. Mana keluarga aku nak letak muka
nanti? Macam mana dengan berita yang telah tersebar seluruh Malaysia yang aku
akan berkahwin tak lama lagi? Allah. Berat ujian ini.
Sekali lagi
telefon bimbit aku berdering. Aku tatap skrin. Umar Nasi Paprik, nama yang aku
letak di buku telefon bimbitku. Aku menarik nafas dalam lalu aku menyapu skrin
telefon untuk menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum,
Wawa?”
“Waalaikumussalam.”
Sebak bila mendengar suaranya. Aku cuba mengawal suara agar dia tidak perasan.
“Hang pi mana ni
, Wawa? Pasal apa aku call tak
jawab?”
“Aku sibuk.”
“Hang sihat ke
tidak?”
“Sihat. Ada apa
hang call aku?”
“Salah ke call bakal isteri sendiri? Aku cuma nak
tahu tentang keadaan hang. Selalunya hang akan mesej aku tapi dah dua hari hang
berdiam diri. Hang busy sangat ke
sampai tak boleh nak jawab call aku?”
Suaranya kedengaran agak marah.
“Janganlah marah
aku.” Balas aku.
“Aku bukan
marah, Wawa. Tapi hang buat aku risau. Aku takut hang lari ja sebab tak mau
kahwin dengan aku.”
Aku tergelak
kecil. Sempat lagi dia bergurau. Umar, kau terlalu baik untuk aku. Air mata aku
mengalir lagi. Senang sangat sekarang ni air mata menitis.
“Gelak pula dia.
Hang tak akan larikan?”
“Nak lari pergi
mana pula, Umar?”
“Mana tahu
kahwin dekat Siam dengan Izzue Islam.”
“Poyolah.” Aku
cuba untuk tersenyum.
“Rindu gila dua
hari tak dengar suara hang. Aku sikit lagi saja nak pecut pi KL tau. Nasib baik
hang angkat call aku ni. Kalau tidak, buka pintu wajah handsome abang Umar ni tersengih sambil bawa Nasi Paprik Cinta.”
“Aku rindu Nasi
Paprik hang, Umar.” Aku cuba mengawal suaraku yang semakin sebak. Ya Allah,
kuatkanlah hatiku ini.
“Wawa…”
“Hmm.”
“Hang ada
masalah ke?”
Aku menarik
nafas yang paling dalam lalu aku lepaskan perlahan-lahan. Bukan masa yang betul
untuk beritahu. Aku lemah dalam soal cinta. Aku seorang yang bila dah sayang
aku sangat takut kehilangannya.
“Tak adalah.
Awat?”
“Suara hang
lain. Hang tak sihat ke?”
“Tak adalah. Aku
okay ja.”
“Betul ni? Kalau
ada apa-apa bagi tahu aku. Kita ni dah nak jadi suami isteri. Kena biasakan
diri mengadu kat aku.”
“Betullah. Aku
tak ada apa-apa. Okaylah, Umar. Aku ada kerja. Bye. Assalamualaikum.”
Terus aku
matikan panggilan tersebut tanpa menunggu balasan daripada dia. Tak berapa
saat, mesej masuk.
‘aku tahu hang
ada masalah. Hang bukan Wawa yang aku kenal. Aku harap hang okay, sayang.’
Aku tekupkan
muka di atas bantal dan aku menjerit sekuat hati. Sungguh aku tidak tahu apa
yang harus aku lakukan. Aku tersepit dalam kebuntuan.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH