Kau Anugerah Terindah Bab 6


 
Frisya melangkah masuk ke pejabatnya. Mukanya tidak seceria selalu. Di dalam perjalanan tadi, fikirannya tidak henti-henti memikirkan cadangan mamanya. Frisya dapat mengerti perasaan mamanya yang mahukannya melupakan kisah cintanya yang telah lama terkubur.
“Selamat pagi Cik Frisya. Kenapa masam saja ni? Cik Frisya ada masalah ke?” Tegur Liaty. Setiausaha yang sentiasa yang sangat cekap dalam kerjanya.
“Selamat pagi. Ada masalah sikit saja. Abaikan. Malas nak fikirkan sangat. Adaapa-apa pesanan untuk saya tak?”
Frisya cuba mengelak. Dia mencuba untuk mempamerkan wajah yang ceria.
“ Tak ada. Cuma saya nak ingatkan yang pukul 11.00 pagi nanti Cik Frisya ada perjumpaan dengan lembaga pengarah. Cik Frisya ingat tak?” soal Liaty
“Iya ke? Tak tahu pula saya. Tak apalah. Maybe saya lupa kot.” Frisya tersenyum.
“Tak pernah Cik Frisya lupa kalau ada apa-apa mensyuarat. Mesti Cik Frisya teringat dekat someone ni? Betulkan Cik Frisya?”usik Liaty
“Mana ada. Sudahlah. Saya nak masuk bilik.”
Frisya berlalu. Mata Liaty masih menurut langkah Frisya. Dia tersenyum. Liaty tahu yang bos kesayangannya itu mempunyai masalah. Liaty kembali ke tempatnya. Dia meneruskan kerjanya yang tadi tertangguh sekejap. Ketika sedang asyik membuat kerja, interkom berbunyi. Kedengaran suara Frisya menyuruhnya membuat secawan kopi. Tanpa berlengah Liaty menjalankan arahan yang diarahkan oleh Frisya.
“Tuk!Tuk!” Liaty mengetuk pintu.


“Masuk.” Jawab Frisya. Frisya yang sedang menyelak dokumen-dokumen mengangkat muka. Kelihatan Liaty yang sedang menatang secawan kopi. Frisya tersenyum.
“Ni kopi yang Cik Frisya suruh buat tadi.” Liaty meletakkan cawan yang terisi air kopi di atas meja Frisya. Liaty berdiri menunggu arahan seterusnya.
“Liaty, saya nak tanya satu soalan boleh tak?” tanya Frisya
“Boleh. Tak ada hal. Tanyalah.
“Awak akan terima tak kalau mak awak suruh  kahwin dengan lelaki pilihan mak awak?” soal Frisya meminta penjelasan.
“Tengoklah dulu lelaki yang menjadi pilihan tu perangai dia macam mana. Kalau baik ,saya terima aja. Lagipun dengar cerita kalau pilihan keluarga ni selalunya bahagia. Kenapa cik? Puan Alia suruh Cik Frisya kahwin ke?”
Liaty tergelak kecil. Frisya menggangguk.
“Awak akan terima juga kalau lelaki yang menjadi pilihan keluarga itu adalah lelaki yang awak paling benci suatu ketika dulu?” tambah Frisya.
Cuba cik cerita apa masalah Cik Frisya sebenarnya ni? Siapa lelaki yang Puan Alia suruh kahwin tu?” Liaty berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh bosnya itu.
 “Duduk dulu.”arah Frisya.
Liaty hanya menurut. Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Frisya. Dia memandang tepat muka majikannya itu.
“Macam ni. Mama saya nak suruh saya kahwin dengan lelaki yang pernah saya benci ketika saya sekolah dulu. Lelaki itulah yang selalu buat saya menangis di sekolah. Hari-hari dia ejek saya. Hina saya. Dulu saya ni bukannya senang macam ni. Hodoh pula tu.” Frisya bercerita panjang.
“Tapi apa yang membuatkan mama Cik Frisya suruh berkahwin dengan lelaki tu?” tanya Liaty pendek.
“Keluarga lelaki ni dulu yang selalu bantu keluarga saya. Waktu tu papa saya muflis. Kebetulan pula waktu papa saya bersahabat baik dengan ayah lelaki tu. Itu yang membuatkan saya runsing sekarang ni.”
Frisya mengeluh panjang. Cuba meminta pendapat dari Liaty yang menjadi orang kepercayaannya.
“Oh… Begitu ceritanya. Sekarang ni perangai dia macam mana?” Liaty cubamengorek lagi cerita. Dia akan berusaha untuk memberi pendapat yang bernas.
“Saya tak tahu. Selepas tamat tingkatan 5, keluarga saya pindah. Tapi papa saya still bersahabat baik dengan keluarga dia. Papa saya ada juga cerita yang katanya Hayyan ni sambung belajar kat oversea. Study course kedoktoran.Tapi tak tahu pula di mana.” Jelas Frisya.
“Hayyan namanya. Sedap nama tu.” Liaty memuji.
Frisya membulatkan matanya. Geram kerana Liaty memuji Hayyan.
“Amboi. Puji pula. Pendapat awak macam mana? Patut tak saya terima saja  cadangan mama saya tu?” Frisya bertanya lagi.
“Kalau saya jadi Cik Frisya, saya cuba mengenali dia semula. Mungkin perangai dia dah tak macam dulu. Manusiakan boleh berubah. Tak gitu Cik Frisya? Handsome tak Hayyan tu?” usik Liaty.
Frisya yang runsing mencebikkan mulutnya. Dia tak kisah akan rupa dan harta. Baginya cukuplah lelaki itu baik dan kuat agamanya,pastinya dia akan terima. Frisya tidak yakin untuk berkahwin dengan Hayyan. Walaupun perkara yang membuatkan dia membenci lelaki itu telah lama berlalu, namun dia tetap dengan pendiriannya. Difikirannya hanya memikirkan bahawa Hayyan budak jahat.
“Cik Frisya! Termenung pula. Teringat dekat Hayyan la tu?” Liaty mengusik lagi.
“Tak ada pasal saya nak teringat dekat dia. Awak tanya apa tadi?” Frisya cubamengubah topik.
“Handsome tak si Hayyan tu? Kalau Cik Frisya tak nak, boleh pas dekat saya! Doktor tu.”
“Tak tahu. Tak pernah pun usha dia waktu sekolah dulu. Kalau awak nak, ambillah. Saya tak nak.”
Frisya menghirup kopi yang telah sejuk. Dia mengoyang-goyangkan pen di tangannya.
“ Cik Frisya ni. Orang suruh kahwin pun tak nak. Kahwin sajalah. Tak usah pening-pening lagi. Saya nak kahwin tapi malangnya tak ada calon. Cik Frisya ni pula tak nak kahwin. ” Liaty berseloroh.
“Sekarang awak nak suruh saya buat apa? Kenal-kenal dulu ke?” tanya Frisya bingung.
Liaty menggangguk. Dia memberi pendapat.
“Saya rasa itu cara terbaik. Mungkin sekarang ni kata tak nak. Entah-entah nanti tak boleh berpisah langsung. Haha!” Liaty ketawa kecil. Dia suka melihat muka Frisya yang merah selepas diusik.
“Entahlah. Awak rasa saya boleh bahagia tak? Saya takut dikecewakan untuk kali kedua. Saya nak juga rasa bahagia.” Ucap Frisya sebak.
Frisya sudah tidak mahu dipermainkan lagi oleh insan yang bergelar lelaki. Dia sudah cukup serik dipermainkan.
 “Insyaallah. Saya rasa Hayyan tu lelaki yang layak untuk Cik Frisya. Kalau tidak masakkan Puan Alia jodohkan dia dengan Cik Frisya. Cubalah Cik Frisya fikir baik-baik.”
“Amin. Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya. Saya dah tak tahu nak cerita dekat siapa.Awak janji simpan rahsia saya.” Frisya lega. Dia dapat meluahkan segalanya yang telah mengusutkan fikirannya selama ini.
“Saya janji. Cerita Cik Frisya selamat ditangan saya. Saya doakan Cik Frisya bahagia.” Liaty mendoakan Frisya. Dia akan berusaha menyimpan pesanan Frisya.
“Thank you sekali lagi.”
“Sama-sama. Kalau dah tak ada apa-apa boleh saya keluar sekarang?” pinta Liaty.
“Boleh. Silakan.”
Liaty melangkah keluar. Frisya menurut langkah Liaty dengan matanya. Selepas pintu tertutup fikirannya mula melayang. Dia rasa apa yang dicadangkan oleh Liaty tadi boleh diterima pakai. Cuba berkenalan semula. Salah satu langkah yang baik. Frisya memikirkan cadangan yang diberikan oleh Liaty. Dia akan cuba mempertimbangkan.
------------------------------------------------------------------
Perut Frisya berlagu riang. Minta untuk diisi. Frisya menghabiskan kerjanya dahulu. Selepas semuanya selesai, dia keluar dari biliknya untuk pergi makan tengahari. Suasana pejabat kelihatan sunyi. Kemudian, dia melihat Liaty masih lagi mengadap komputer. Frisya melangkah ke meja Liaty.
“Liaty, awak tak keluar lunch ke?”
Liaty yang sedikit terkejut menoleh ke arah Frisya. Dia tersenyum.
“Tak kot. Masih banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan.”jelas Liaty.
Frisya mengangguk. Dia menjengah sedikit kepalanya melihat skrin komputer di meja Liaty. Ingin melihat kerja yang dilakukan oleh Liaty.
“Banyak sangat ke sampai tak sempat nak makan? Dahlah. Tinggalah kejap kerja tu. Jom saya belanja awak makan hari ni.”ajak Frisya.
“Ehh..Tak usahlah. Lagipun tadi saya ambil lebih waktu sarapan. Saya kenyang lagi.”
Liaty menolak. Dia segan.
“Tak apa kalau awak tak nak makan pun, awak temankan saya makan. Bosanlah makan sorang-sorang. Tak ada partner nak berbual.”
Frisya mengajak Liaty sekali lagi. Sengaja mahu belanja Liaty tanda terima kasih atas pertolongannya menyelesaikan masalah Frisya.
“Kalau cik paksa juga, tak sanggup saya nak menolak.” Liaty tersengih.
Frisya menunggu Liaty mengemas kertas-kertas yang bertaburan di atas meja. Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju ke kedai makan yang terletak berdekatan dengan pejabat mereka.
--------------------------------------
Frisya dan Liaty mengambil tempat untuk makan. Seorang pelayan restoran datang memberi menu kepada mereka. Frisya memilih untuk makan makanan barat. Liaty pula hanya memesan minuman. Sementara menunggu makanan sampai, mereka berbual kosong.
“Assalamualaikum…”ada seorang lelaki memberi salam kepada mereka.
Frisya dan Liaty lantas menoleh melihat orang yang memberi salam. Lelaki itu tersenyum sumbing kepada mereka berdua.
“Waalaikumussalam” Frisya menjawab salam.
“Cik Frisyakan?”lelaki itu meneka.
Frisya hairan. Macam mana dia tahu nama aku. Aku tak kenal dia pun. Frisya berkata dalam hati.
“Ya..saya Frisya. Encik ni siapa ye?”
“Saya Zikri. Kita pernah berjumpa di KLCC minggu lepas.” Zikri memperkenalkan diri.
Frisya cuba mengingati yang dikatakan oleh Zikri. Dia juga dapat merasakan dia pernah berjumpa dengan Zikri.
“Owh..Awakkan yang langgar kawan saya hari tu?” Frisya sudah dapat mengingati semula.
Zikri mengangguk. Dia turut mengukirkan senyuman.
“Baguslah awak dah ingat. Saya ingat awak dah lupa.”
“Mestilah ingat. Sorrylah sebab hari tu. Saya naik angin tak tentu pasal. Seperti yang Hanis beritahu awak, saya ni panas baran sikit.”
Frisya mengakui tentang sikapnya. Zikri tersenyum.
“Oklah..enjoy your lunch. Saya minta diri dulu.” Zikri ingin berlalu. Tidak mahu jadi penganggu.
“Tak nak join sekali ke?” Liaty mencelah.
Frisya memandang muka Liaty. Kemudian dia menoleh melihat muka Zikri pula. Frisya mengangguk.
“Ehh..saya baru saja lepas makan. Terima kasih ye. Saya pergi dulu.” Zikri melangkah kaki pergi meninggalkan Frisya dan Liaty.
Zikri gembira dapat bertemu dengan Frisya. Dia akan sedaya upaya untuk memikat Frisya. Dia perlu menebus kembali kesalahan yang dilakukannya dahulu.

1 comment:

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH