Bab 1
“Mama, adik tak nak kahwin dengan dia. Dia tu gilalah mama. Takkan mama nak suruh adik hidup dengan dia kot. Panas aja bila tengok muka dia.” Frisya melenting.
Dia berang dengan mamanya yang tak habis-habis menjodohkan dia dengan Hayyan. Dahlah lelaki itu yang paling dia benci. Dia cukup meluat apabila ada orang sebut pasal Hayyan.
“Pasal apa adik kata macam tu? Tak baik tau. Lagipun dia hensem apa. Mama tengok tak ada cacat kat mana-mana pon.” Puji Puan Alia yang menambahkan lagi geram di hati Frisya.
“Hensem apa? Lembu tok wan hensem lagi daripada dia. Lagi satu, mama kata dia tak cacat? Mama nak tahu tak dia cacat di mana?
Frisya membantah lagi. Padahal dia belum pernah melihat wajah Hayyan selepas keluarganya berpindah.
“Apalah adik ni. Ada pulak samakan dengan lembu. Cacat kat mana habaq mai?” Puan Alia mengeluarkan loghat utara dan terus memasang telinga.
“ Ni. Dia sebenarnya cacat otak.” Frisya meletakkan tangannya di kepala. Itulah sikapnya. Cepat sangat naik angin tambah-tambah pula mamanya cuba menjodohkan dia dengan lelaki yang paling dia benci.
Puan Alia menuju ke arah Frisya. Dia melabuhkkan punggungnya di sebelah Frisya. Di dalam hati dia bertekad akan terus memujuk Frisya supaya menerima Hayyan. Dia sangat berharap Hayyan menjadi menantunya. Keluarga dia telah banyak terhutang budi dengan keluarga Hayyan.
“Jangan macam ni adik. Mama nak sangat Hayyan jadi menantu mama. Dia baik, rupa pun ada dan yang paling penting dia kerja pun elok. Adik tak susah nanti kalau adik kahwin dengan dia.”pujuk Puan Alia.
Tuan Faris baru pulang dari pejabat. Dia dapat menangkap tajuk perbualan yang dibualkan oleh isteri dan anaknya.Tuan Faris menggelengkan kepala. Tidak habis-habis isterinya memujuk untuk menerima Hayyan.
“ Awak ni Alia, janganlah paksa dia. Dah dia tak nak, nak buat macam mana lagi? Bukan awak yang nak kahwin, dia yang nak kahwin. Lagipun biarlah dia buat pilihan dia sendiri.”
Frisya dan Puan Alia menoleh ke arah Tuan Faris. Puan Alia terus mengambil beg yang dijinjing oleh suaminya itu.
“Abang ni defend adik pulak. Bukan apa, Alia risau adik tak kahwin-kahwin lagi. Umur makin tua bukannya makin muda. Sesuai sangatlah kalau jadi bini orang. Adik nak tahu, mama kahwin dengan papa waktu umur 19 tahun. Lepas berapa bulan kahwin, mama mengandung kat abang Aikal. Sekarang bila jumpa kawan lama, diorang semua hairan sebab mama dah ada cucu. Tapi masih mantapkan?” Leter Puan Alia panjang sambil tersenyum.
Frisya mencebik. Tuan Faris turut begitu. Mereka tergelak besar mendengar Puan Alia yang memuji-muji dirinya sendiri.
“Itu dulu. Zaman dah berubahlah Alia. Tak ada yang kahwin awal-awal. Kalau ada pun 2-3 kerat ja. Tak usahlah teruskan misi awak tu. Pandailah adik nak cari.” Tuan Faris terus mempertahankan Frisya, anak perempuan tunggal kesayangannya itu.
Puan Alia mengetap bibir. Dia geram dengan Tuan Faris yang terus mempertahankan Frisya. Tidak sempat dia membuka mulut Frisya mencelah.
“Adik sokong papa. Buat apa kahwin awal-awal? Lagipun masa tak kahwin lar adik nak enjoy pun. Lepas kahwin mana boleh enjoy sebab kena jaga anaklah, suamilah. Leceh betul…
Frisya memuncungkan mulutnya. Dia tidak suka terikat kerana sejak kecil, dia tidak pernah di halang oleh sesiapa termasuklah Tuan Faris dan Puan Alia. Apa yang dia nak buat, tiada siapa larang. Frisya juga bimbang kebebasannya akan dihalang selepas dia berkahwin. Lagipun Frisya mempunyai prinsip iaitu tidak akan berkahwin selagi masih belum puas untuk menikmati zaman bujangnya.
“Awak dua ni memanglah. Semua yang mama cadangkan semua tak setuju.” Puan Alia merajuk.
Frisya memandang muka Puan Alia. Kemudian matanya tertancap pula di wajah Tuan Faris. Dia melihat Tuan Faris tersenyum sambil mengejitkan matanya. Tahu apa yang dimaksudkan oleh papanya itu.
“Bukan tak setuju, mama. Kalau lelaki lain bolehlah adik pertimbangkan, tapi kalau lelaki tu mama jangan harap adik nak terima. Mama tahukan yang adik meluat dekat dia dari sekolah. Lagipun bukannya mama tak tahu yang budak Hayyan yang selalu buli adik?”
“Itu dululah adik. Tak matang lagi. Takkan nak ambil hati lagi kot.”
Puan Alia menjeling. Tanda dia merajuk dengan Frisya dan Tuan Faris.
“ Adik tak bolehlah nak lupakan macam tu saja. Dahlah, adik malas nak fikir. Bikin kepala pening ja. Lagipun adik dah ada pilihan adik sendiri. Ok?”
Puan Alia terkejut dengan kata-kata Frisya. Mana taknya, Frisya tidak pernah menceritakan tentang siapa yang telah berjaya menakluk hati puteri tunggalnya itu. Puan Alia lantas bangun dan terus menuju ke sebelah Frisya. Puan Alia terus melabuhkan punggung di sofa.
“ Betul ker ni adik? Mama tak pernah tahu pun yang adik dah ada pilihan adik sendiri. Tak pernah adik cerita dekat mama pun. Ni yang nak merajuk ni.” Puan Alia menjuihkan bibirnya. Dia membuat muka seolah-olah di merajuk.
“ Alah, mama tak mau lah merajuk. Tak comelkan papa?” pujuk Frisya.
Frisya tidak segera menjawab soalan Puan Alia. Dia cuba mengubah topic perbualan mereka. Dia tidak mahu Puan Alia terus menanyakan tentang pilihan hatinya yang tidak pernah wujud itu. Dia memberitahu kononnya dia sudah mempunyai pilihan hati hanyalah untuk mengelakkan dirinya dijodohkan dengan lelaki yang paling dia benci itu.
“a’ah. Tapi kalau tak merajuk pun memang dah tak comel. Hehe…” usik Tuan Faris.
Puan Alia yang geram dengan usikan Tuan Faris menampar lembut bahu Tuan Faris.
“Iyalah. Abang saja yang hensem. Saya tak comel. Mentang-mentang dah tua”
“Haha..Dah terbukti abang memang hensem. Tak ada tualah. Kalau Alia tak comel takkan lah abang kahwin dengan Alia kan?
“Eleh. Adik tengok papa adik ni. Perasan tak habis-habis. Erm adik, macam mana?”
Frisya yang dari tersengih melihat kelakuan kedua ibubapanya itu mengerutkan dahinya.
“ Macam mana apa mama?”
Frisya menggaru kepala. Dia tidak dapat menangkap soalan mamanya itu.
“ Tentang pilihan adik tu lah. Cuba cerita sikit dekat mama. Nak jugak tahu siapa yang telah mencuri hati adik tu!”
Puan Alia beria-ria ingin tahu. Frisya memandang Tuan Faris. Tuan Faris tahu bahawa dia hanya berbohong tentang teman lelaki. Tuan Faris mengumitkan sesuatu kepada Frisya.
“Mama, lain kalilah adik cerita yer. Adik nak naik mandi jap?” Frisya lantas bangun dan mula menyusun langkah untuk menuju ke bilik.
“ Adik. Cerita lah sekarang.Mama dah tak sabar ni!.” Frisya yang tidak menghiraukan panggilan Puan Alia terus melangkah..
Aduh, macam mana ni? Tulah mulut ni gatal sangat. Kan dah susah. Apa yang aku nak cerita dengan mama aku ni?” Frisya yang sambil naik tangga merungut perlahan.
“ Apa dia adik?” soal Puan Alia.
“Eh, tak ada apa-apa.”
Frisya tersengih sambil menggarukan kepalanya. Dia pantas mengangkat kakinya menuju ke bilik. Dia turut menyumpah-nyumpah tentang kelancangannya tadi. Dia seolah-olah memberi harapan kepada Puan Alia. Dirinya diselubungi rasa bersalah.
--------------------------------
Frisya teringat akan kisah cintanya yang telah lama terkubur. Dia sudah tidak mahu kecewa lagi. Dia cukup serik untuk bercinta lagi. Bukannya tidak ada lelaki yang cuba memikatnya, ramai lelaki yang cuba untuk menakluki hatinya. Namun, Frisya menolak tepi semua itu. Dia tidak mudah untuk mempercayai lelaki. Fikirannya melayang.
Telefon Frisya berbunyi. Tertera di skrin telefonnya nama Taufiq. Taufiq akan menjadi suaminya beberapa jam saja lagi. Frisya menekan butang untuk menjawab.
“Helo, assalamualaikum, abang.”kata Frisya sejurus saja mengangkat telefon.
“Waalaikumussalam, Frisya ni abang ada sesuatu nak beritahu ni.”jawab Taufiq. Suaranya kedengaran resah.
“Apa dia abang?”Dada Frisya mula berdebar-debar. Dia berharap tiada apa yang akan berlaku.
“Abang nak minta maaf kat Frisya. Sebenarnya abang nak batalkan majlis perkahwinan kita.”beritahu Taufiq.
Seperti ada kilat yang menyambar. Terkejut Frisya tidak terkira. Air mata mula mengalir di pipinya. Kenapa Taufiq hendak membatalkan perkahwinan mereka? Adakah Taufiq hanya main-main dengan kata-katanya?
“Abang jangan main-main. Benda ni bukannya boleh dibuat main.” Frisya tidak mempercayai kata-kata Taufiq. Pasti Taufiq hanya berjenaka.
“Abang tak main-main. Abang sebenarnya dah buat keputusan. Ada masalah yang abang perlu selesaikan. Jadi abang harus membatalkan majlis ini. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang harap Frisya akan dapat melupakan abang. Abang harap Frisya juga akan dapat lelaki yang lebih baik daripada abang. Abang mintak maaf sekali lagi. Assalamualaikum.”
Telefon bimbit Frisya terlepas dari genggaman. Frisya menangis sekuat hati. Puan Alia yang terpinga-pinga masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Frisya. Puan Alia bingung. Kenapa anak daranya ini mengamuk sambil melemparkan-lemparkan barang hantaran yang terhias cantik di atas katil?
“Kenapa ni adik? Bertenang adik. Adik jangan menangis macam ni. Cuba cerita kat mama.” Puan Alia cuba mengenangkan Frisya. Frisya masih lagi menangis semahu-mahunya.
“Dia lelaki tak guna. Lelaki tak guna.” Frisya menjerit sekuat hati
“Siapa lelaki tak guna ni? Cuba adik bertenang dulu. Beritahu mama. Kenapa ni adik?”desak Puan Alia. Dia memeluk erat tubuh Frisya.
“Taufiq…Dia nak batalkan perkahwinan kami.”jelas Frisya yang masih lagi menangis.
Puan Alia terkejut. Dia memegang muka Frisya.
“Apa yang adik merepek ni? Adik jangan main-main benda macam ni. Majlis akan mula beberapa jam lagi saja.”
“Adik tak main-main. Tadi Taufiq telefon adik. Dia kata dia nak batalkan perkahwinan kami. Adik benci dia. Adik benci dia. Lelaki tak guna. Lelaki durjana.”jerit Frisya lagi.
Frisya masih lagi menangis. Dia tidak dapat menerima keputusan itu. Dia terlalu menyintai lelaki itu. Puan Alia memeluk erat tubuh anak perempuannya itu. Dia benar-benar kesal dengan tindakan Taufiq yang membatalkan majlis itu.
Frisya tersedar dari khayalannya. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Frisya sudah puas menangis. Dia tidak mahu mengingati lagi kisah yang sangat memalukannya itu. Frisya ingin memulakan hidup baru.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH