Kau Anugerah Terindah Bab 3



 Frisya yang baru saja pulang dari kerja terus melangkah ke bilik. Dia turut   menghempaskan badannya di atas katil. Selepas lebih kurang 2 minit berbaring, dia sedar dia belum menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah sejati. Frisya lekas bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
            Usai menunaikan solat Asar, Frisya yang agak keletihan terus membaringkan badannya di atas katilnya. Dia mencapai sebuah novel yang bertajuk “Cinta Tiga Suku” yang baru dibeli petang semalam. Frisya menyelak muka surat novel tersebut. Moodnya hilang. Fikirannya mula melayang. Dia teringatkan zaman persekolahannya.
“ Wey, budak senget tu dah datang. Cepat!cepat!”
Hayyan memanggil kawan-kawannya selepas dia melihat Frisya yg digelar budak senget itu akan melalui kaki lima kelas mereka. Dia dan kawan-kawannya menyorok di belakang pintu kelas. Niat mereka hanya satu, nak mengganggu Frisya. Hidup Hayyan tak lengkap tanpa mengenakan Frisya.
Frisya yang dalam perjalanan mahu pergi ke bilik guru telah disergah oleh Hayyan. Frisya yang terkejut lantas memeluk Hayyan. Spontan. Hayyan tidak sangka Frisya terlompat memeluk dirinya.
“ Wey, yang kau peluk aku ni apa hal? Dahlah kau tu busuk.Habis baju aku kotor.”
Hayyan yang tidak selesa kerana dipeluk oleh Frisya melenting. Dia mencari pelbagai alasan yang tidak munasabah untuk memarahi Frisya. Padahal dia yang bersalah.
“ Awak yang bagi saya terperanjat. Kalau tidak, tak ingin saya nak peluk awak.” Frisya menjawab sambil tunduk.
“Tak ingin konon. Entah-entah kau saja peluk aku. Geli aku!Eeee!” Hayyan membuat muka tanda dia geli dipeluk oleh Frisya.
“Sorrylah. Saya pergi dulu.” Frisya malas nak bertekak dengan Hayyan. Dia meminta diri.
 Dia geram dengan Hayyan. Selalu saja kena buli. Itu yang membuatkan dia tidak bersemangat untuk pergi ke sekolah. Dia sering diejek oleh rakan-rakan lelaki kerana kekurangan dirinya. Dia tidak cantik,dan miskin pula tu. Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh Frisya.
Namun begitu, dia tidak menolak kenyataan yang keluarga Hayyan terlalu baik dengan dia dan keluarganya. Ibu bapa Hayyan mempunyai hati yang mulia.  Mereka selalu menolong keluarga Frisya yang kerana Tuan Faris muflis. Kadang-kadang dia hairan dengan sikap Hayyan yang nakal itu. Tidak sama benar dengan perangai ibu bapanya.
Frisya tersedar daripada termenung setelah mendengar ketukan pintu. Dia tahu itu mesti Tuan Faris yang baru pulang dari pejabat. Dia melangkah lemah untuk membuka pintu biliknya. Terjengul muka Tuan Faris yang kelihatan keletihan setelah seharian penat bekerja.
“Papa. Baru balik ke?” soal Frisya.
“Taklah. Papa baru lepas bakar ikan.” Tuan Faris berseloroh.
“Iya ka? Papa ni! Adik tanya serius, papa main-main pula.”
Frisya memuncungkan bibirnya.
“Baru baliklah sayang oi. Selalulah buat muncung macam tu. Nanti jadi macam muncung itik baru tau. Tak cantik dahlah anak papa ni. Mama mana? Keluar ke?”
“Papa! Tak naklah jadi muncung itik. Mama keluar sebab ada mesyuarat persatuan katanya. Mama kata ada telefon papa, tapi papa tak jawab.”
“ Ya ka mama call? Tak dengar pun.”
Tuan Faris mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia melihat ada 3 panggilan yang tidak dijawab.
“ Betullah. Ada miscall ni. Patutlah tak dengar. Papa buat silent sebab tadinya ada mesyuarat.”
“Papa selalu lupa. Itu maknanya papa dah tua.” Frisya tersengih.
“ Amboi, kenakan papa ya? Oklah, papa letihlah. Papa masuk bilik dulu ye?”
“Iyalah. Adik pun ada kerja yang kena siapkan.”
Tuan Faris melangkah kaki menuju ke biliknya. Kesian sekali Frisya melihat papanya yang terpaksa menguruskan perniagaan walaupun telah dimamah usia. Aikal, abang kepada Frisya tidak dapat membantu papanya kerana telah mengambil keputusan untuk meyambung pelajaran di United Kingdom dalam bidang perniagaan.
_______________________________________________
Hujung minggu adalah hari yang agak membosankan bagi Frisya. Dia lebih suka bekerja daripada bercuti. Frisya sangat komited dengan kerjanya. Walaupun Tuan Faris mempunyai syarikat sendiri namun Frisya lebih suka bekerja sendiri. Dia tidak suka bergantung dengan keluarganya. Walaupun Frisya seorang anak yang manja tetapi dia amat tegas pendiriannya.
Frisya mengeluarkan iphone4nya. Jarinya ligat mendail no teman baiknya. Frisya runsing memikirkan permintaan mamanya yang masih mahu dia mengahwini Hayyan. Lelaki yang pernah membulinya dahulu.
“Hello, assalamualaikum, Hanis? Kau sibuk tak hari ni?” tanya Frisya.
“Waalaikumussalam, tak kot? Kenapa Frisya ku sayang? Kau ni mesti ada masalah. Kalau tak jangan harap nak telefon aku. Kau nak belanja aku makan ke?” soal Hanis panjang lebar.
“Pandai pun kau. Aku nak ajak kau keluar kejap hari ni. Nak tak? Kalau kau sudi keluar dengan aku, nanti aku belanja kau makan.”
“Nak ajak keluar pergi mana? Shopping ke? Aku tak kisah, asalkan perut aku kenyang.”
Terdengar Hanis ketawa di corong telefon.
“Aku kenal kau. Kalau bab makan free memang cekap. Tak payah pujuk-pujuk.”
“Kau nak shopping di mana?”
“Kita pergi shopping di KLCC nak tak? Aku nak beli baju kerja.”
Frisya meminta pendapat Hanis. Dia sudah lama tidak keluar membeli-belah. Apatah lagi beli pakaian baru. Dia sentiasa sibuk dengan kerjayanya.
“Aku tak kisah. Kita pergi pukul berapa ni?” soal Hanis.
Frisya melihat jam berbentuk hello kitty di dinding biliknya. Tinggal beberapa minit saja lagi masuk waktu asar. Dia harus mengerjakan kewajipannya terlebih dahulu.
“Aku ambil kau dalam pukul 5.15 petang. Lepas asar. Boleh?”
“Ok. Boleh.”
“Thank. Assalamualaikum.” Frisya memberi salam
Frisya menekan butang merah untuk menamatkan panggilan telefon. Azan asar berkumandang. Dia bergegas menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai muslim.
Selepas menunaikan solat asar, Frisya mencari-cari pakaian yang sesuai untuk dipakai. Dia tidak terlalu memilih tentang pakaian. Frisya lebih suka pakaian yang lebih santai dan ringkas tetapi menarik. Frisya telah memilih untuk mengenakan seluar jean jenama Levi’s dipadankan dengan blaus yang berwarna biru. Frisya turut mengenakan selendang biru untuk dipadankan dengan bajunya. Frisya turut mengenakan sedikit alat mekap di mukanya supaya tidak kelihatan pucat.
Setelah selesai bersiap, Frisya menyambar beg tangan. Dia menyusun langkah menuruni tangga. Ketika Frisya hendak menyarungkan kasut, dia ternampak mamanya sedang berkebun. Dia melangkah menuju ke Puan Alia. Dia ingin meminta izin untuk keluar.
“ Eh, nak keluar pergi mana ni?” soal Puan Alia yang menghentikan tangannya yang tadinya ligat mengemburkan tanah.
“ Nak keluar pergi shopping dengan Hanis jap. Nak pergi beli baju kerja. “
Frisya melihat jam jenama burberry yang dihadiahkan oleh Tuan Faris sempena dengan ulang tahun kelahiran Frisya. Dia yakin dia agak terlambat dari waktu yang dijanjikan.  
“ Ni mama, adik pergi dulu. Dah lewat ni. Nanti merajuk pula si Hanis tu.”
“Yalah, bawa kereta tu hati-hati. Kalau ada orang mencelah tu bersabar sikit. Jangan nak mengamuk tak tentu pasal tau.” Pesan Puan Alia sambil tersenyum.
“Iyalah,mama. Adik pergi dulu.”
Frisya menyalami Puan Alia. Dia jenis yang menepati masa. Jarang sekali melihat Frisya melengah-lengahkan masa begitu sahaja. Dia juga tidak suka membuat orang tertunggu-tunggu akan dirinya. Dia tergesa-gesa membuka pintu kereta dan terus menghidupkan enjinya. Frisya berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH