Bab 2
Lagu Kisah Hati nyanyian Alyah berkumandang di corong radio. Lagu itu memberi kesan yang mendalam dalam hidup Frisya. Sedang melayan lagu dalam kesesakan jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta mencelah dan berada di hadapan kereta Frisya.
“Biadap betullah kereta ni. Tak reti-reti nak sabar sikit. Tahu mencelah ja. Aku pun nak cepat juga, bukan dia sorang. Aku cukup benci dengan orang macam ni. Nanti kalau ada kemalangan sibuklah salah dia nilah, dia tulah.” Frisya mengomel perlahan.
Frisya bengang dengan sikap pemandu kereta jenis BMW x6 yang tiba-tiba mencelah di hadapan keretanya. Dia mengetap bibir. Geram.
Frisya cuba gerakkan keretanya di sebelah kereta tersebut. Setelah berasak-asak dengan pemandu lain dia akhirnya berjaya mencelah dan berjaya menghampiri kereta mewah tadi. Kereta dia sekarang bersebelahan dengan kereta BMW tersebut. Frisya membuka tingkap kereta. Dia menjengukkan kepalanya sedikit ke luar.
“ Hoi, tak reti nak beradab langsung ke ha? Orang lain pun nak cepat juga. Kau ni kan memang tak layak langsung guna jalan ni. Kau buat jalan ni macam jalan bapak kau punya ja. Suka hati ja nak mencelah orang. Pergi buat jalan sendiri lar!” Frisya melepaskan geramnya.
Dia langsung tidak mempedulikan sekeliling yang sedang memerhatikan sikap buruknya itu. Frisya sikap dia memang macam tu. Panas baran. Pemandu kereta BMW terkejut. DIa menurunkan sedikit lagi tingkap. Dia hairan dengan sikap Frisya.
“ Hey, kau nak marah-marah ni kenapa ha? Gila ke apa?” Lelaki itu menengking kembali.
“Kau tu yang gila. Ikut suka hati kau ja.”
“ Kenapa pula aku yang gila? Kau ni apa hal? Apa salah aku?” Lelaki itu mula beralah.
Frisya berang.
“Kau boleh tanya aku apa salah kau? Yang kau pergi mencelah tu apasal? Tak reti-reti nak sabar sikit ke? Kalau di Malaysia semua perangai macam kau, aku konfom makin meningkat rating kemalangan. Siot punya orang!” Frisya menjawab kasar.
Lelaki itu tersenyum sumbing. Dia menyedari kesilapannya yang telah menyebabkan Frisya marah dengannya.
“Oklah aku mintak maaf. Sorry kalau aku bagi kau marah. Aku mengaku aku salah tadi. Ok? 0-0 ?” Lelaki itu memohon maaf memandangkan kereta belakang telah membunyikan hon. Dia juga membuat kosong dengan jari kanannya.
“Tengoklah dulu kalau aku nak maafkan kau ke tidak! Itu hak akukan! Bye.” Frisya tetap dengan sikap keras kepalanya. Dia menekan butang untuk menutup kembali cermin tingkap keretanya. Dia berasa lega kerana telah berjaya meluahkan kemarahannya kepada pemandu yang dianggap biadab itu.
“Baru kau tahu siapa aku. Nak kurang ajar dengan aku sangat. Ambil kau. Padan muka. Tapi… harap-harap tak ada siapa yang kenal aku. Malulah kalau diaorang tahu sikap aku. Aduh. Bodoh betullah kau ni Frisya. Naik angin tak tentu pasal. Kan dah malu?” Frisya bercakap sendiri. Dia menumbuk perlahan kepalanya kerana dia bertindak atas kebodohannya sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------
“Assalamualaikum!” Frisya yang baru tiba di rumah kelihatan sungguh penat. Mana taknya, penat sebab bertekak tadi lah.
Puan Alia yang mendengar suara orang memberi salam bergegas ke pintu. Selepas Puan Alia membuka pintu, terjengul muka Frisya yang masam mencuka dan sedikit peluh di hidungnya.
“Waalaikumussalam, adik. Aik? Kenapa balik lewat sangat hari ni? Mama risau tau. Mama call pun adik tak jawab. Tak sedap hati mama!” leter Puan Alia.
Frisya tersenyum kelat. Dia tahu mesti mamanya risau kerana kelewatannya.
“Jalan jam, mama. Adik kan dah selamat sampai? Tak usah lar mama risau ye?” pujuk Frisya sambil melentokkan kepalanya ke bahu Puan Alia.
“ Mahu tak risaunya. Dalam kepala mama ni dah macam-macam mama fikir tau. Kenapa adik nampak letih ja?” Puan Alia menyisirkan rambut Frisya.
Frisya mengangkat kepalanya dari bahu Puan Alia. Dia ingin menceritakan kejadian yang menimpanya tadi.
“ Tahu tak kenapa adik nampak letih? Adik bergaduh dengan orang gila waktu traffic jam tadi. Adik penat berasak-asak, dia boleh datang celah ja. Mana tak panasnya!” Geram Frisya. Dia tidak dapat melupakan peristiwa itu.
“Lepas tu adik buat apa? Adik bertengkar dengan dia ke?”
Puan Alia sengaja menduga dengan menanyakan soalan sedemikian. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dilakukan oleh Frisya sekiranya ada yang membuatnya marah.
“Tunggu lagi. Mestilah. Dah kurang ajar sangat. Padan muka dia” Frisya bercerita bersungguh-sungguh.
Puan Alia menghela nafas panjang. Dia turut menggelengkan kepalanya.
“Adik…Adik…Nama saja perempuan tapi panas baran tu tak gaya perempuan. Bilalah adik nak buang sikap adik tu? Panas baran tak tentu pasal. Lagipun mencelah sajakan? Bukannya dia langgar kereta adik pun.” Rungut Puan Frisya.
“Adik geramlah mama. Suka hati dia saja. Macamlah jalan tu untuk dia sorang ja.”
Frisya menggenggam tangannya seperti penumbuk. Perasaan geram masih lagi tinggi di dalam dirinya.
Adik tu cuba-cubalah bawa bersabar sikit.”nasihat Puan Alia.
“Mamaku sayang, kalau dah geram ni semua benda boleh jadi tau.”
Puan Alia mencebik. Frisya pula bermain-main jari Puan Alia. Puan Alia membiarkan saja.
“Iyalah tu. Dahlah pergi naik atas mandi. Dah macam-macam bau dah ni.”
Frisya memandang muka mamanya. Puan Alia menutup hidungnya. Sengaja mengusik Frisya.
“Bukan adik wangi ke mama? Nah..cuba mama bau..”
Frisya mendekatkan mukanya kepada Puan Alia. Puan Alia menolak perlahan muka Frisya. Mereka ketawa.
Frisya mendekatkan mukanya kepada Puan Alia. Puan Alia menolak perlahan muka Frisya. Mereka ketawa.
“Dahlah. Pergi mandi cepat. Lepas mandi turun makan. Mama masak makanan kegemaran adik. Asam pedas ikan pari.”
“Yakah? Fuhh..sedapnya.Ni yang buat adik bertambah sayang kat mama ni.”
Frisya menunjukkan tanda bagus kepada Puan Alia. Dia turut mencium pipi Puan Alia.Dia lantas bangun dan terus menuju ke biliknya. Puan Alia pula berjalan menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam.
-----------------------------------
Usai makan malam, Frisya, Puan Alia dan Tuan Faris berehat di ruang tamu. Macam-macam yang dibincangkan oleh Tuan Faris dan Frisya. Puan Alia pula matanya tertancap di skrin televisyen yang sedang menayangkan drama kesukaannya.
“Adik, syarikat adik macam mana? Ok ke?”
Tuan Faris sering mengambil berat tentang syarikat yang diuruskan oleh anak perempuannya itu. Sekiranya Frisya mengalami masalah tentang syarikat, Tuan Farislah tempat dia merujuk.
“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Papa pula?”tanya Frisya pula.
“Semuanya okey. Tapi adalah beberapa masalah yang timbul. Papa dah cuba selesaikan. Lagipun ada Farid boleh bantu papa.”jelas Tuan Faris
Frisya menggangguk. Dia menoleh ke arah Puan Alia. Masih lagi khusyuk menonton televisyen. Timbul idea nakal di dalam kepalanya. Dia bangun dari sofa dan menuju ke televisyen. Dia segera menekan punat di televisyen. Skrin televisyen kosong.
“Adik! Cepat buka balik. Dah nak habis tu drama tu.”jerit Puan Alia.
Frisya tergelak besar melihat Puan Alia yang mencekak pinggang. Tuan Faris turut ketawa.
“Bukalah sendiri. Adik letihlah.” Frisya duduk semula di atas sofa.
Lantas Puan Alia mengambil bantal lalu dibalingkan kepada Frisya. Terus terkena kepala Frisya. Tuan Faris tersenyum melihat kelakuan isteri dan anaknya itu. Tidak ubah seperti budak-budak sedang bermain.
“Aduh. Sakitlah.” Frisya menggosok-gosok kepalanya. Dia juga memasamkan mukanya.
Puan Alia bangun untuk membuka semula televisyen yang telah ditutup oleh Frisya. Setelah skrin televisyen mengeluarkan gambar, Puan Alia duduk kembali.
“Padan muka. Adik…..tengok kan dah habis drama tu?”
Frisya melihat skrin televisyen. Kemudian, dia memandang muka Puan Alia sambil tersengih seperti kerang busuk. Puan Alia pula masam mencuka.
“Alah mama ni. Minggu depankan ada lagi drama ni.”
“Dah habislah. Minggu ni minggu akhir. Adik tahu, dari minggu lepas lagi mama ternanti-nantikan drama ni. Nak sangat tahu ending jadi macam mana. Tiba-tiba adik pula kacau daun.”jelas Puan Alia. Rasa terkilan tidak dapat mengetahui kesudahan cerita tersebut.
Frisya rasa bersalah. Niatnya hanya mahu mengusik Puan Alia. Dia bangun dan duduk bersebelahan dengan mamanya. Dia melentokkan kepalanya di atas bahu Puan Alia.
“Tak tahulah adik. Mama dah merajuk tu.” Tuan Faris menakutkan-nakutkan Frisya sambil memuncungkan mulutnya ke arah Puan Alia.
Frisya tersengih.
“Janganlah merajuk, mama. Adik tak tahu pun minggu ni minggu akhir drama mama tu. Sorrylah mama. Please….” Frisya memujuk Puan Alia.
“Habis tu, macam mana mama nak tengok ending drama tu? Bukannya ada ulangan pun.”Puan Alia masih lagi merajuk.
Frisya bermain-main dengan jari Puan Alia. Seperti selalu.
“Alah, Alia. Awak ni tak boleh tengok ending drama tu pun nak merajuk.”Tuan Faris menambahkan lagi rajuk Puan Alia.
Puan Alia menampar paha Tuan Faris. Geram dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Faris. Tuan Faris tersengih.
“Mama, tak usah risau. Zaman dah majulah. Semuanya di hujung jari. Mamakan boleh tengoklah dalam internet.”
Frisya memberi cadangan. Sejurus saja Puan Alia mengukirkan senyuman. Sedar bahawa zaman sekarang adalah zaman teknologi. Semuanya benda boleh menjadi mudah.
“Betul jugakan.”jawab Puan Alia ringkas sambil tersenyum.
“Mama..mama…benda kecil pun nak merajuk.”
“Mestilah. Drama favourite mama kot.”Puan Alia menutup televisyen.
Frisya menggelengkan kepalanya. Terkenangkan sikap mamanya yang suka sangat merajuk.
“Ni adik, hari itu adik dah janji nak cerita tentang teman lelaki adik tu. Cepatlah beritahu mama siapa lelaki tu?”
Frisya terlopong. Terkejut dengan pertanyaan Puan Alia. Dia menyangka Puan Alia sudah lupa tentang teman lelaki yang tak pernah wujud tu. Dia menggaru-garu kepalanya. Cuba mencari alasan untuk melepaskan diri dari pertanyaan Puan Alia.
Frisya mendapat idea untuk meloloskan diri. Dia berpura-pura mengantuk.
“Nanti-nantilah adik cerita kat mama. Adik mengantuklah. Adik nak naik tidur. Lagipun pagi-pagi esok adik ada mesyuarat dengan klien.” Frisya memberi alasan.
Frisya bangun dari sofa. Dia bergegas melangkah untuk menaiki tangga.
“Adik ni. Ada saja alasan. Tapi adik jangan ingat adik dah boleh lepas ye. Nanti mama akan tahu juga.”ugut Puan Alia.
Tuan Faris yang sedang membaca buku melihat muka isterinya. Kemudian dia menoleh pula melihat muka Frisya. Frisya sedang tersengih di atas tangga. Tuan Faris menunjukkan tanda bagus tanpa disedari oleh Puan Alia.
“Ok mama. Selamat malam. Assalamualaikum.” Frisya berlari menaiki tangga.
“Waalaikumussalam. Selalu mengelak kalau tanya pasal ni. Geram betul.” Puan Alia berkata sendiri.
Tuan Faris meneruskan bacaannya tanpa menghiraukan Puan Alia. Malas nak melayan Puan Alia.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH