Kau Anugerah Terindah Bab 4



Frisya memandu dengan penuh berhati-hati. Jalan ke rumah Hanis agak sesak. Frisya  sudah lali dengan jalan sesak. Tambahan pula, hari ini  hari minggu. Ramai yang keluar bersama keluarga. Frisya membelok masuk.
Dia mahu menjemput Hanis seperti yang dijanjikan. Dia melihat Hanis sudah tercegat di hadapan rumahnya. Frisya tersenyum melihat muka Hanis yang kelihatan seperti merajuk. Frisya memarkirkan keretanya betul-betul di hadapan rumah Hanis.Hanis membuka pintu kereta Frisya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Frisya.
“ Kenapa kau lambat? Kata lepas asar tapi sekarang kau tengok pukul berapa?” Hanis berleter.
“Aku minta maaf. Bukannya aku sengaja pun. Jalan sesaklah. Lagipun ini baru kali pertama aku lewat kan?”
Frisya memujuk.Dia memandang muka Hanis. Hanis dilihat tersenyum.
“Haha. Aku sebenarnya baru ja keluar rumah tu. Aku tertidur lepas kau call aku tadi. Aku ingatkan aku lewat, kau pun sama.” Hanis tersenyum. Dia suka mengusik Frisya.
“Kau ni kalau tak kenakan aku tak boleh ke? Aku cuba memandu secepat mungkin,tak nak kau tunggu. Tapi kau syok ja kenakan aku.” Frisya geram.
Dia menghidupkan enjin keretanya dan memandu untuk menuju ke destinasi.
“Alah. Takkan itu pun nak marah. Sikit punya hal saja.” Hanis bercakap loghat cina.
“Mana tak marah. Aku rasa tak jadilah aku nak belanja kau makan. Kau bayar sendiri.” Frisya mengenakan Hanis semula. Dia memandang ke sebelah. Dahi Hanis berkerut.
“Tak kisah. Jom pusing balik. Aku tak nak teman kau shopping .” Hanis seolah merajuk. Frisya sudah masak dengan perangai Hanis. Frisya menggeleng kepala sambil tergelak kecil.


“Eleh. Pusing balik konon. Aku tahu kau tu macam mana. Jenis tak makan ugutan.”
Frisya menjuihkan bibirnya. Hanis pula ketawa melihat kelakuan Frisya.
“Tahu pun. Kita nak pergi shopping di mana?”
“Bukannya aku dah bagitahu kau ke tadi dalam telefon?” Frisya hairan.
“Mana kau ada bagitahu aku.Aku Cuma dengar yang kau nak ajak aku keluar ja.”
Hanis menggaru kepala.
“Lupalah tu. Kita nak pergi KLCC. Kau nak shopping tempat lain ke?”
“Tak kisahlah di mana pun. Janji kau belanja aku.” Hanis tersengih macam kerang busuk. Ada saja yang diusiknya.
“Yalah.” Jawab Frisya ringkas
Frisya tersenyum. Dia suka berkawan dengan Hanis. Hanis yang berdarah kacukan melayu cina itu seorang yang sentiasa gembira. Hanis tidak suka menunjukkan kesedihan dikala dia sedih.  Dia suka senyum. Pada zaman persekolahan, Hanislah satu-satunya orang yang mahu berkawan dengannya. Hanis berasal dari keluarga yang berada. Namun dia tetap berkawan dengan Frisya walaupun pada ketika itu Frisya dilanda kemiskinan.
“ Kau termenung ke?” Hanis mengoyangkan bahu Frisya. Frisya yang sedang termenung terkejut.
“Eh, kau ni. Suka buat aku terkejut tau. Lemah jantung ni.” Frisya meletakkan tangannya di atas dada.
“Siapa suruh kau termenung? Kalau kau nak termenung, aku nak turun keretalah. Aku tak nak mati awal. Aku nak kahwin dulu.”
Hanis tersengih. Seronok dia dapat mengenakan Frisya.
“Gatalnya kau. Aku pun tak nak mati awal juga. Aku pun nak….”
“Nak apa? Nak kahwin jugakan? Eleh, kata orang. Dia pun sama.”
Ketawa tercetus sesama mereka.  Ketawa mereka terhenti apabila kereta belakang membunyikan hon. Kelam-kabut Frisya memasukkan gear dan meneruskan perjalanan.
“Kau lah ni. Tengokkan dah kena hon.” Frisya menyalahkan Hanis.
“Apa pula aku. Sekarang ni siapa yang bawa kereta? Kau kan?” Hanis menyalahkan Frisya kembali.
“Iyalah, aku ja yang salah. Kau tak salah.”
“Yes, aku dah menang.” Hanis mengenggam tangannya. Frisya geram.
Frisya membelok masuk ke tempat kereta KLCC untuk memakirkan kereta. Setelah memakirkan kereta di tempat yang betul mereka turun dan terus menuju ke pintu utama. Ketika dalam perjalanan, seorang lelaki tiba-tiba melanggar bahu Hanis. Hanis yang sedang mencari sesuatu di dalam tas tangannya menjerit. Frisya menoleh ke arah Hanis. Lelaki yang melanggarnya turut terkejut.
“Opocot. Aduh.”
Hanis memegang bahunya. Dia mengangkat muka untuk melihat orang yang telah melanggarnya. Hanis terkedu melihat wajah lelaki yang sangat kacak.
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Lelaki itu bersungguh meminta maaf sambil menekupkan tangannya di muka.
“Lain kali kalau jalan tu tengok depan. Tak adalah nak langgar orang.”marah Frisya. Dia cuba mengawal panas barannya.
“Eh, Frisya. Tak apalah. Dia tak sengaja tu.” Hanis mencelah. Di dalam hatinya, Frisya ni buta ke? Lelaki kacak macam ni pun kau nak marah. Agak-agaklah.
“Saya minta maaf sangat-sangat. Saya nak cepat tadi.” Lelaki itu separuh merayu.
“Kalau ya pun nak cepat jangan tahu langgar orang ikut kau ja.Dahlah Hanis. Jom.”
Frisya menarik tangan Hanis. Dia mahu cepat berlalu dari.  Kalau tak lagi teruk lelaki itu dihamunnya.
“Kejaplah. Nama saya Hanis. Tak apa. Saya tak kisah.  Maafkan kawan saya ya? Biasalah dia,panas baran sikit.” Hanis menghulurkan tangan tanda pengenalan.
Frisya mencubit perlahan lengan Hanis yang tidak dilepaskannya dari tadi. Muka Hanis mengerut.
“Saya Zikri. Memang patut pun saya kena marah. Kawan yang sebelah awak tu nama apa?”
Hayyan menyambut salam sambil mengerling  ke arah Frisya. Kemudian dia menghulurkan tangannya ke arah  Frisya pula. Namun Frisya tidak menyambut salam Zikri.
“Saya tak ada nama. Bye.”
Frisya menjawab kasar. Dia lekas berlalu meninggalkan Hanis yang masih tersengih dengan kata-katanya.
“Frisya. Tunggulah kejap.” Hanis menjerit kecil. Frisya tidak mengendahkannya terus berjalan.
“Oh, Frisya  ya? Sedap nama tu. Tak sangka kawan awak tu garang ye?” Zikri tergelak kecil.
“Sikap dia memang macam tu. Jangan ambil hati tau. Oklah saya pergi dulu. Nanti makin masam muka si Frisya tu. Bye.”
Hanis ingin melangkah. Namun, langkahnya terhenti apabila Zikri memanggilnya.
“Hanis, nanti kejap.” Zikri mengeluarkan dompetnya yang terselit di kocek belakang seluarnya.
“Ni kad saya. Kalau perlukan apa-apa pertolongan, bolehlah contact saya. Err…..Hanis!” Zikri menggaru kepala yang tidak gatal.
“Kenapa En.Zikri?” soal Hanis.
“Boleh tak awak bagi no telefon Cik Frisya tak? Awak jangan salah sangka. Saya Cuma nak minta maaf dengan dia ja.” Zikri tersenyum kambing.
“Saya boleh bagi tapi nanti takut dia marah. Kalau En. Zikri nak , jangan beritahu Frisya yang saya yang berikan ye? Janji tau?” Hanis memberi amaran. Jari telunjuknya di tujukan ke arah Zikri.
“Ok. Saya janji.”
Zikri mengangguk. Dia gembira kerana berjaya mendapatkan no telefon Frisya. Dia seperti pernah berjumpa dengan gadis genik itu. Namun, Zikri sendiri lupa dimana dia jumpa dengan Frisya.
“Oklah. Saya pergi dulu ya. Frisya dah hilang ke mana pun tak tahu.” Hanis melangkah pergi. Dia meninggalkan Zikri yang masih tersenyum memandang skrin telefon Blackberrynya.
Zikri tersenyum puas. Dia berasa dia sudah lama mengenali Frisya. Zikri melangkah pergi menuju ke parkir kereta. Ketika hendak masuk ke dalam kereta, Zikri terpandang kereta yang diparkirkan bersebelahan keretanya. Seolah-olah pernah melihat kereta itu.
Zikri melihat jam di pergelangan. Dia sudah terlewat. Kelam-kabut dia masuk ke kereta. Deruman kereta Zikri meninggalkan kompleks beli-belah. Ketika berhenti di traffic light, fikiran Zikri melayang memikirkan tentang kereta yang terpakir di sebelah keretanya. Akhirnya , Zikri teringat  akan peristiwa yang melibatkan kereta mewah itu. Zikri tersenyum.
------------------------------------------------------------

Hanis tercari-cari kelibat Frisya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg tangannya selepas tidak dapat menjejaki Frisya. Frisya yang dari tadi memerhatikan Hanis seronok melihat gelagatnya yang sedikit gelabah. Lagu Lazy Song sebagai nada dering telefon bimbit Frisya berkumandang. Dia melihat di skrin tentera nama kawannya, Hanis. Dia tersenyum. Frisya tidak menjawab panggilan Hanis. Dia ingin  mengenakan Hanis.
“Ish. Frisya ni pergi mana? Aku call tak jawab pula. Saja nak kenakan aku lah ni.” Hanis merungut.
Frisya tergelak kecil. Dilihat Hanis menekan-nekan telefon bimbitnya. Frisya mula berjalan menuju ke arah belakang Hanis. Dia menepuk kuat bahu Hanis. Hanis menjerit kuat. Tergelak besar melihat Hanis yang menekup mulutnya dengan tangan. Orang ramai yang lalu di situ menoleh ke arah mereka berdua.
“Kau ni. Saja nak bagi aku sakit jantung. Lemah semangat. Kau pergi mana? Aku telefon bukan reti nak jawab. Baik tak payah pakai telefon. Lempar saja telefon tu dalam sungai. Senang.” Hanis berleter panjang. Tangannya masih di atas dada. Terkejut.
“Aku saja tak nak jawab. Aku geram dengan kau. Ingatkan kau nak ikut lelaki tu tadi.Jadi aku terpaksalah aku shopping sendiri.Kau sembang apa lama sangat dengan lelaki sawan tu?”
“Hoi, kau ni. Ada panggil dia sawan. Handsome tu. Saja kenal-kenal. Untung beb kalau dapat boyfriend handsome macam tu. Sejuk mata memandang.” Hanis memuji Zikri. Mukanya tersenyum.
“Tak handsome pun. Kau saja yang lebih.” Nafi Frisya.
“Kau saja yang buta. Hah! Ni dia ada bagi kad dia.”
 Hanis menghulurkan kad nama yang diberi oleh Zikri kepada Frisya.
“ Buat apa kau beri kat aku? Tak berminat langsung.”
Frisya mencuihkan mulutnya.Dia berjalan meninggalkan Hanis.
“Tak nak sudah. Tapi tadi aku tengok dia dok perhatikan kau saja. Dia minat dekat kau kot? Biasalah orang comel.”
“Tak kuasa aku nak melayan. Aku malaslah nak fikir semua tu. Tapi satu kenyataan yang tak dapat dinafikan yang aku memang comel.” Frisya tergelak.
“Perasannya kau. Aku saja nak sedapkan hati kau ja. Tak pasallah aku nak kata kau comel. Aku comel lagi.”Hanis membalas.
Frisya tergelak mendengar Hanis yang memuji dirinya sendiri.
“Kau gelakkan aku? Aku tak kisah. Aku tahu kau jealous dengan aku.”
Frisya mencebik.
 “Tak ada kerja nak jealous kat kau. Dahlah, jom kita masuk kedai tu dulu. Aku nak cari baju kerja aku. Baju kerja aku semuanya dah buruk-buruk. Seganlah nak pakai dah. Kenalah jaga imej sikit.”
Frisya mengajak Hanis. Malas nak melayan Hanis yang agak gila-gila.
“Tahu pun. Lagipun kaukan bos. Kenalah tunjuk penampilan yang menarik” nasihat Hanis.
“ Bos? Aku tak pernah anggap diri aku bos tahu. Aku sama saja dengan pekerja lain.” Frisya tidak suka membanggakan diri.
“Yalah tu. Itu sebabnya aku suka kawan dengan kau. Kau ni walaupun dah senang, kau tak pernah menyombong diri. Cuma….” Hanis berhenti di situ.
“Cuma apa?”
Frisya memandang tepat muka Hanis. Dia ingin mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh kawan baiknya itu. Hanis tersenyum sambil berjalan ke depan terlebih dahulu.Frisya yang masih menunggu jawapan Hanis terkedek-kedek mengejar Hanis.
“Cuma apa, Hanis? Beritahulah aku cepat!” Frisya mendesak.
“Cuma kalau kau buang sikap panas baran tu, lagilah aku suka kawan dengan kau.” Hanis tergelak melihat muka Frisya yang masam mencuka.
“Kau nak tahu, bukan aku saja tau nanti suka kawan dengan kau, orang lain pun mudah nak mendekati kau. Percayalah cakap aku.” Tambah Hanis.
“Aku tak tahulah macam mana nak buang. Bukannya aku suka perangai aku macam ni. Tapi kau tahukan aku seperti apa. Sikit-sikit nak naik angin.”
 Frisya mengeluh sambil tangannya memilih baju.Hanis tahu Frisya sedaya upaya untuk mengawal sikap panas barannya. Hanis memegang bahu Frisya.
“Aku tahu kau boleh buang sikap kau tu. Sorrylah kalau aku buat kau terasa dengan aku.” Hanis memberi kata semangat. Dia juga tidak mahu Frisya mengambil hati dengan gurauannya tadi.
“Kau doakan aku supaya aku boleh kawal sikap panas baran aku ni.”
“Insyaallah. Dahlah tak naklah sedih-sedih. Kita datang nak seronokkan? Cepatlah pilih baju tu. Aku tengok dari tadi kau dok pegang baju tu saja. Lepas ni boleh kita pergi tengok wayang pula. Teringin nak tengok cerita Sekali Lagi. Romantik gitu.” Hanis mengubah topik perbualan mereka.
“ Nak habiskan duit akulah tu?” Frisya berseloroh.
“ Ish kau ni. Ingat aku ni teruk sangat ke? Tapi bukannya selalu aku habiskan duit kau. Kaukan duit banyak. Kalau bukan aku yang habiskan siapa lagi nak habiskan untuk kau.”  Hanis menjawab selamba. Ada saja yang diusikkan Hanis kepada Frisya.
“Tak payah habiskan. Aku nak simpan duitlah. Untuk masa depan. Tapi kerana kau sudi keluar dengan aku hari ni, semuanya aku belanja kau. Ok sayang?”cadang Frisya.
Hanis tersenyum. Dia terus memeluk Frisya. Tidak dihiraukan orang yang berada disekeliling mereka.
“Apa kau ni? Tak malu ke orang dok tengok tu?” Frisya meleraikan pelukan. Dia melihat ramai yang memerhati ke arah mereka.
“Biarlah. Yang pasti aku nak beritahu kau yang kaulah kawan aku dunia dan akhirat. Sayang kau.” Hanis terus memeluk Frisya di bahu.
“ Yalah. Aku tahu. Sudahlah kau ni. Lepaslah tangan kau ni. Aku nak pilih baju ni.”
Hanis mula meleraikan tanganya. Dia tersenyum meleret. Dia bahagia kerana mendapat kawan sebaik Frisya. Hanis melihat Frisya sibuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai ketika pergi ke kerja. Dia turut memberi pendapat mengenai baju yang dipilih oleh Frisya. 

No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH