Azan Subuh berkumandang. Frisya mengeliat panjang. Dia baru bangun tidur. Dia turun dari katil. Lantas mengemaskan katilnya yang bersepah. Walaupun mempunyai orang gaji, Frisya jenis tidak suka orang lain mengemas katilnya. Dia akan berasa lebih puas jika dikemas olehnya sendiri. Dia mengambil tuala lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri..
“Tuk!Tuk! Adik.!”ada orang mengetuk pintu biliknya.
Frisya tahu yang itu adalah mamanya. Frisya yang masih belum sempat mandi keluar dari bilik air. Dia membuka pintu. Terjengul wajah ayu Puan Alia. Itulah rutin Puan Alia. Dia akan mengejutkan Frisya.
“Yes, mama?”soal Frisya.
“Tak ada apalah. Mama cuma nak kejutkan Frisya. Ingatkan tak bangun lagi.”
“Thank you,mama. Ni yang adik sayang sangat dekat mama ni.!” Frisya mencium pipi Puan Alia.
“Adik! Habislah muka mama. Dahlah tak gosok gigi lagi.” Puan Alia menutup hidungnya dengan tangan. Dia ingin mengusik Frisya.
“ Wangikan mama? Nak cium lagi sekali boleh?”
Frisya mendekatkan wajahnya ke wajah Puan Alia. Dia seolah-olah mahu mencium mamanya sekali. Puan Alia yang sedar akan perbuatan Frisya menepis lembut muka Frisya.
“Tak mahu. Adik busuk. Tak mandi. Dahlah pergi masuk mandi. Lepas mandi nanti bolehlah cium mama.” Puan Alia tersenyum. Dia meninggalkan Frisya yang masih tersengih. Dia menutup kembali pintu biliknya dan menuju ke bilik air.
Selepas sembahyang Subuh, Frisya memakai baju yang telah dibeli ketika keluar bersama Hanis. Dia mengenakan baju kemeja putih yang mempunyai sedikit corak bunga-bungaan. Baju itu dipilih oleh Hanis. Frisya turut menyarungkan seluar slack hitam dan selendang berwarna merah jambu. Penampilan kelihatan agak elegan.
Frisya mencapai telefon bimbit dan beg tangannya di atas meja kerjanya. Ketika sedang menuruni tangga telefon bimbit berbunyi. Ada pesanan yang baru masuk. Frisya melihat skrin Iphonenya. Tiada nama pengirim. Frisya hairan.
Hye, dah pergi kerja ke belum?
Siapa pula ni yang hantar mesej macam ni. Tak pernah ada orang tanya aku pergi kerja ke tak. Takkan Hanis pula. Hanis kalau hantar mesej semuanya kasar-kasar. Frisya berkata perlahan. Dia membalas ringkas. Dia tidak berminat untuk mengetahui siapa pemilik nombor tersebut.
“Adik, berleter apa tu? Takkan pagi-pagi dah nak badmood kot.”
Tegur Tuan Faris sedang membaca surat khabar di meja makan. Frisya yang sedang berjalan menuju ke meja makan untuk bersarapan tersenyum.
“Tak adalah papa. Tengok ni adik senyum saja kan ?” Frisya menarik bangku duduk di sebelah Tuan Faris. Frisya menuangkan air kopi ke dalam cawannya dan Tuan Faris.
“Iyalah tu.”
Puan Alia baru datang dari dapur mencelah. Frisya bangun mengambil pinggan yang dibawa oleh mamanya dari dapur.
“Betullah. Tak percaya sudah. Bestnya mama masak mee goreng. Lama adik tak makan mee goreng mama.”
Frisya mengambil pinggan lalu dicedukkan mee goreng ke dalam pinggannya. Mee goreng adalah kegemaran Frisya. Frisya menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. Tuan Faris dan Puan Alia tergelak kecil.
“Bertuah punya budak. Kalau ya pun lapar, tolonglah cedukkan sekali untuk papa dan mama.” Puan Alia menampar perlahan bahu Frisya.
“Biarlah. Abang boleh buat sendiri. Kebulurlah tu. Dah lama tak makan mee goreng awaklah tu.” Tuan Faris menghirup kopi. Dia seronok melihat Frisya makan dengan bersungguh-sungguh.
“Abang tu selalu menangkan dia.” Puan Alia menjeling manja. Frisya yang tidak diam hanya tersengih.
“Anak saya. Mestilah kena defend dia.”
Frisya berhenti menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. Dia tersenyum lebar kerana Tuan Faris membelahi dia. Puan Alia pula sedikit masam.
“Papa, thank sebab defend adik. Give me five.”
Tangan Frisya dan Tuan Faris bertemu. Puan Alia hanya memerhati kelakuan suami dan anaknya itu.
“Iyalah tu. Sukalah tu papa sokong dia. Adik, nanti balik pukul berapa?” soal Puan Alia
Frisya menghabiskan sisa-sisa yang masih tinggal di dalam pinggannya.
“Tak tahulah mama. Adik rasa balik lewat kot sebab kerja bertimbun di office tu. Kenapa mama?” Frisya menolak pinggannya ke tepi. Dia sudah kekenyangan.
“Bukannya apa. Mama Hayyan nak datang petang ni. Saja nak melawat mama. Kalau boleh baliklah awal sikit. Boleh tak?”
“Tak berani janjilah mama. Tapi Mak Cik Rokiah nak melawat mamakan? Bukannya nak melawat adik. Tak ada kena mengena dengan adik. So tak payahlah adik balik awal-awal.” Frisya bangun sambil membawa pinggan kotor ke sinki lalu dicucinya.
“Iyalah. Mak Cik Rokiah nak bawa Hayyan sekali. Jadi dia nak temukan adik dengan Hayyan. Adikkan dah lama tak jumpa dengan Hayyan? Lagipun Hayyankan bakal suami adik… Bolehlah adik? Balik awal sikit yer?” pujuk Puan Alia.
“ Ish, mama ni. Adik tak naklah kat dia. Nantilah adik fikir-fikirkan. Adik tak nak janji.” Frisya mengalah. Dia juga merindui Datin Rokiah. Insan yang pernah memberi bantuan dan sokongan ketika keluarganya menghadapi kesusahan.
“Adik ni. Kalau adik tak nak dekat Hayyan adik bawa balik calon menantu untuk mama dalam masa seminggu. Kalau adik tak bawa balik juga, mama akan memberi persetujuan kepada keluarga Hayyan. Nak?” Puan Alia mengugut Frisya. Frisya terkejut.
“Mama! Takkan seminggu saja kot. Bagilah masa banyak sikit. Mana sempat nak cari.” Frisya menolak cadangan Puan Alia.
Puan Alia memandang tepat muka Frisya. Terkejut dengan kenyataan Frisya.
“Aik? Bukan adik kata adik dah ada teman lelaki ke? Kenapa nak kena cari pula?” Puan Alia hairan. Dia memandang muka Frisya.
Muka Frisya mengerut.
Aduh! Macam mana aku boleh terlepas cakap ni. Habislah aku. Mama mesti dah syak yang aku sebenarnya tiada teman lelaki. Nanti mesti mama paksa aku kahwin dengan si Hayyan tu. Aku tak mahu. Frisya bermonolog.
“Adik! Orang cakap dengan dia,boleh pula dok termenung. Adik tipu mama ya? Sampai hati adik tipu mama.”
Puan Alia merajuk. Mukannya masam. Dia memandang muka Tuan Faris yang seperti ingin ketawa.
“Haha! Mama dah kena tipu dengan adik. Itu bermakna adik tak nak kahwinlah dengan budak Hayyan tu lah Alia.” Tuan Faris terus mengelakkan Puan Alia. Frisya yang tadinya terkejut kerana terlepas cakap terus tergelak kecil.
“Betul tu mama. Lagipun, bukan sengaja adik nak tipu mama. Adik tak nak kahwin dengan dia. Suruhlah Mak Cik Rokiah cari calon menantu lain. Nanti kalau kahwin pun tak bahagia nak buat apa. Adik minta maaf ya mama.”
Frisya bangun memeluk mamanya. Dia tidak berniat langsung untuk membohongi mamanya. Dia berbuat demikian untuk mengelakkan dirinya terus dijodohkan dengan Hayyan.
“Kecil hati mama ni tau. Tapi mama happy sebab adik single. Jadi bolehlah mama bagi harapan kat Mak Cik Rokiah.” Puan Alia ketawa. Dia sudah dapat menjangka yang Frisya tidak mempunyai teman lelaki kerana Frisya selalu mengelak apabila membuka topik mengenai teman lelaki.
“Mama tak marah ka? Saja nak kenakan adikkan? Papa! Tolonglah adik. Adik tak nak kahwin dengan budak tu.” Frisya bersuara manja. Dia memandang muka sambil mengoyangkan lengan Tuan Faris. Tuan Faris tersenyum sumbing.
“Papa dah tak larat nak larang mama adik ni. Biarlah. Adik terima ajelah.” Cadang Tuan Faris.
Frisya membulatkan matanya. Tidak menyangka papanya menerima cadangan untuk menjodohkan dia dengan Hayyan.
“Tengok tu. Papa pun suruh adik kahwin dengan Hayyan tu. Sekarang ni dah tak ada alasan. Petang ni mama nak bincang pasal perkahwinan adik dengan Hayyan. No more excuse. Ok?” jawab Puan Alia tegas. Frisya terkejut.
“Please mama. Jangan paksa adik. Adik tak nak. Tolong!” Frisya membuat muka sedih.
“Mama bukan tak kesian kat adik tapi kita dah banyak terhutang budi dengan keluarga Hayyan. Mereka tak minta apa-apa balasan pun. Tapi Cuma inginkan adik jadi menantu mereka. Itu saja. Tolong mama. Apalah adik takut sangat kalau kahwin dengan Hayyan.”Puan Alia memujuk Frisya. Dia mengusap usap kepala Frisya.
“ Ikut mamalah. Malas nak fikir. Adik nak pergi kerja dulu. Dah lewat.” Frisya bangun menyalami Tuan Faris dan Puan Alia. Dia malas nak bertekak dengan Puan Alia
Frisya berjalan menuju ke pintu. Dia runsing. Puan Alia mengikut Frisya dari belakang. Puan Alia sedar yang Frisya kecewa. Puan Alia yakin Hayyan adalah calon terbaik untuk dibuat suami. Puan Alia tidak mahu Frisya berterusan menutup pintu hatinya. Dia mahu Frisya melupakan orang yang pernah Frisya membuat Frisya kecewa.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH