Cinta Mekanik Cabuk


“Khay, mak nak hang putus dengan Fariz.  Budak tu tak ada masa depan. Banyak lagi laki kat luar sana yang boleh hang buat suami.”arah Mariam tegas sebaik saja Khaylia menjejakkan kaki ke ruang tamu.
                “Apa pula mak ni? Sebelum ni okey saja. Awat pula ni?”tanya Khaylia. Dia terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Mariam itu. Sebelum ni tak pernah maknya melarang dia berkawan dengan Fariz.
                “Sebelum ni mak tak terfikir lagi semua tu. Hang tu lulusan universiti. Memang tak sepadan langsung berkawan dengan Fariz yang entah apa-apa tu. Entah-entah SPM pun tak lulus apa.”sangka Mariam. Dia menjelingkan ke arah Khaylia yang sedang mengalirkan air mata.
                “Mak...cek tak kisahlah semua tu. Yang penting Fariz tu baik, hormat orang tua. Abah pun tak larang cek kawan dengan Fariz.”bantah Khaylia.
                “Memanglah sekarang ni cinta tutup segalanya. Tapi lepas kahwin nanti baru nampak betapa susahnya hidup kalau tak ada duit. Hang jangan nak bantah cakap mak. Mak nak hang putus juga dengan Fariz. Jangan nak jadi anak derhaka.” Amaran keras keluar dari mulut Mariam.
                Khaylia tergamam. Air mata mencurah-curah. Dia tidak menyangka Mariam akan membuat keputusan sejauh itu. Sebelum ni tiada siapa yang melarang dia berkawan dengan Fariz.
                Roslan yang baru saja pulang dari kerja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat Khaylia sedang menangis. Mariam pula sedang menonton televisyen. Roslan berjalan menuju ke arah Khaylia.
“Awat Khay?”tanya Roslan lembut.
                “Saya suruh dia putus dengan Fariz. Kan saya dah bagitau kat abang yang saya tak suka kat budak Fariz tu.”jelas Mariam tanpa disuruh.
                “Yam...Yam...Saya dah pesan jangan masuk campur hal anak-anak. Biarlah dia nak kawan dengan Fariz tu pun. Diakan budak baik. Lagipun saya suka dengan dia.”
                “Saya tak nak Khay ni hidup susah nanti. Setakat kerja mekanik tu berapalah sangat. Nak tanggung anak bini lagi lepas ni.  Hang nak ka hidup susah, Khay?”
                Khaylia mendongak memandang muka Roslan. Roslan yang faham dengan pandangan itu menjawab bagi pihak Khaylia yang sedang sedu-sedan menangis.
                “Okey apa kerja mekanik tu. Dia bukannya pergi buat kerja haram. Kalau ikutkan cukuplah kalau nak tanggung anak bini tu. Awak tu jangan dok pandang rendah sangat kat budak Fariz tu. Nanti takut awak yang terbeliak biji mata kot.”
                “Kenapa pula sampai nak terbeliak biji mata tu?”tanya Mariam ingin tahu.
                “Manalah tahu rezeki budak tu nanti. Kot-kot boleh buka bengkel sendiri. Jadi mekanik yang profesional. Masa depan kita tak tahu macam mana, Yam oi...Sudah-sudahlah tu awak dok halang depa tu kawan. Jangan suka sangat pandang rendah kat orang lain. Tak baik tau.”
                “Tak apa saya nak tengok... Tapi Khay mak nak hang putus juga dengan Fariz. Cari lelaki lain. Takkanlah kat tempat kerja hang tu tak ada siapa yang berkenan kot...”kata Mariam tegas.
                Roslan menggelengkan kepalanya. Khaylia pula tidak henti-henti menangis.
                “Kawan boleh kan mak? Tolonglah mak. Cek tak boleh tiba-tiba bagitahu kat Fariz yang kami kena putus. Bolehkan mak? Cek akan cuba...” Khaylia mengalah. Dia tidak mahu digelar anak derhaka. Sedangkan selama ini mak dan ayahnya sudah bersusah payah untuk dia menyambung pelajaran sehingga dia dapat menjawat jawatan Penolong Pengarah di sebuah syarikat terkemuka.
                “Setakat kawan tu boleh... Mak cuma tak nak hang hidup susah saja. Hang tu penolong pengarah sedangkan Fariz tu kerja pun tak tentu hala. Cuba fikir baik-baik.” Mariam mula bercakap lembut.
                “Sabarlah Khay... Kalau memang ada jodoh dengan Fariz tak kemana. Tak ada sapa boleh halang termasuk mak hang.”Roslan mencelah.
                Khaylia bangun dari sofa. Dia berjalan masuk ke dalam bilik. Air matanya mencurah-curah di pipi mulusnya. Tidak sanggup untuk memberitahu berita ini kepada Fariz. Sudah tiga kali dia gagal dalam percintaan.
                ---------------------------------------------
   Pada petang hari yang sama, Khaylia keluar dengan Fariz. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa. Khaylia akan sedaya upaya untuk memberitahu Fariz walaupun terasa begitu pahit untuk dilafazkan.
Seperti biasa, mereka akan menghabiskan masa di tepi tasik yang begitu indah pemandangannya. Itulah tempat wajib untuk mereka kunjungi.
“Abang....”panggil Khaylia. Fariz yang sedang memandang sekumpulan kanak-kanak bermain menoleh ke arah Khaylia sambil tersenyum.
“Yup... Awat ni? Abang nampak sayang sedih ja... Sayang ada masalah ka?”tanya Fariz ingin tahu. Dia memandang tepat muka Khaylia.
“Abang.... Khay ada bad news nak bagitahu kat abang. Tapi Khay tak sangguplah nak luahkan.”
“Apa news? Benda apa tu? Janganlah dok speaking-speaking ni. Abang mana faham.”kata Fariz sambil tergelak kecil.
Khaylia tersenyum. Kemudian mukanya kembali masam.
“Berita buruklah. Sebenarnya mak suruh Khay dengan abang.....”Khaylia tak mampu untuk menghabiskan cakapnya. Air matanya mula mengalir.
“Kahwin ka? Ini yang best ni. Tapi duit tak cukup lagi nak masuk meminang. Awat pula sayang menangis ni?”tanya Fariz. Dia mengangkat muka Khaylia yang sedang tunduk.
“Kalau kahwin tak apalah. Duit tak cukup tu Khay boleh tanggung. Tapi mak nak suruh kita putus!”
Fariz sedikit terkejut.
                “Awat pula mak suruh putus? Dia tak suka kat abang ka? Tapi awat sebelum ni okey ja.”tanya Fariz bertubi-tubi.
“Tak taulah kenapa mak suruh putus. Sebelum ni mak memang suka kat abang. Tapi pagi tadi tiba-tiba saja dia suruh putus.”
Fariz bangun dari kerusi. Dia berjalan menuju ke tepi tasik. Dia meraup mukanya beberapa kali.
“Mak kata apa kat abang? Abah macam mana?” Fariz kembali duduk di sebelah Khaylia.
“Sorrylah tapi Khay tetap kena beritahu. Mak kata abang tak ada masa depan. Dia takut Khay akan hidup susah kalau kahwin dengan abang. Khay minta maaf sangat-sangat. Khay dah beritahu kat mak yang Khay tak penting semua tu. Tapi mak tetap tak bagi Khay kawan dengan abang. Abah tak larang Khay kawan dengan abang.”beritahu Khaylia panjang lebar sambil air mata membasahi pipinya.
“Memanglah.  Takkan mak nak biarkan sayang kawan dengan abang. Abangkan mekanik cabuk ja. Sayang pula Penolong Pengarah. Abang terima semua tu. Memang patut pun mak kata abang ni tak ada masa depan.”
“Abang jangan cakap macam tu. Khay tak tengok semua tulah. Khay bersyukur sangat dapat kenal abang.”
Fariz tersenyum mengejek. Dia sudah dapat menjangka sejak awal sebelum Khaylia masuk ke universiti lagi. Dia pasti benda ini akan timbul juga.
“Habis tu macam mana?”tanya Khaylia.
“Tak apalah kalau macam tu. Dah orang tak suka kat kita. Takkan kita nak terhegeh-hegeh pulak kan? Kita ikutlah cakap mak Khay. Abang tak mau Khay jadi anak derhaka. Mungkin lepas ni Khay akan jumpa orang yang lebih hebat daripada abang. Abang Cuma mekanik cabuk ja. Tak layak langsung untuk Khay.”
Khaylia menangis kuat. Dia tidak menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut Fariz dengan semudah itu. Fariz tidak langsung  berusaha untuk menentang keputusan itu.
“Semudah tu abang lepaskan cinta kita? Abang memang dah tak nak kat Khay kan? Abang memang tunggukan saat-saat macam ni kan?”jerit Khaylia.
Fariz hanya mendiamkan diri. Dia tidak sanggup untuk menatap muka Khaylia yang sedang menangis. Bukannya dia nak semua itu berlaku. Tetapi disebabkan dia merasakan dirinya tidak layak langsung untuk berdampingan dengan Khaylia, dia rela untuk melepaskannya.
“Sudahlah Khay... Jom, abang hantar Khay balik. Nanti risau pula mak Khay. Dah lewat ni.”ajak Fariz. Dia tidak mahu terus berada di situ. Dia harus akur dengan keputusan yang dibuat. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
--------------------------------
“Fariz, awat aku nampak hang lain macam ja... Hang ada masalah  ka? Storylah kat aku. Mana tau kot-kot aku boleh tolong.”tanya Haikal kawan sekerja merangkap kawan baik Fariz.
“Lain macam? Aku biasa ja. Awat, hang nampak aku macam alien ka?” Fariz berseloroh. Dia sudah tidak mahu memikirkan semua yang terjadi.
“Main-main pula. Ketuk kepala sat lagi baru tau. Hang tak keluar dengan Khay ka hari ni? Selalunya hujung-hujung bulan ni jarang hang ada kat rumah. Memanjang dating.”
Fariz meletakkan spanar yang dipegangnya ditempat yang disediakan. Dia berjalan menuju ke kerusi. Haikal mengekorinya dari belakang.
“Tak. Aku dah putus dah dengan Khay.”kata Fariz bersahaja.
“Ha? Awat pula ni? Tiba-tiba saja putus. Hang tak ada masalahkan dengan dia?”
Fariz menggeleng.
“Habis tu? Hang ada perempuan lain ka?”tanya Haikal ingin tahu.
“Mana ada. Aku setia gila kot kat Khay. Biasalah... Aku ni mekanik cabuk ja. Khay pula Penolong Pengarah. Tak layak langsung nak berdamping dengan dia. Angan-angan mat jenin.”kata Fariz sedikit sebak.
Selepas bertemu dengan Khaylia tempoh hari, Khaylia masih lagi menghubungi Fariz. Tapi Fariz tidak langsung layan panggilan daripada Khaylia. Dia ingin Khaylia melupakannya. Namun Khaylia tidak berputus asa. Setiap hari pasti ada panggilan daripada Khaylia.
“Sat... Peliklah. Sebelum ni aku tengok Khay terima hang seadanya. Awat tiba-tiba ja jadi macam ni?” tanya Haikal lagi. Haikallah kawan sejati Fariz. Sekiranya dia ada masalah Haikal pasti ada disisinya.
“Mak dia. Dia kata aku ni tak dak masa depan. Nanti kalau kahwin dengan aku, Khay akan hidup susah. Biasalah. Zaman sekarang. Semua perlukan duit. Aku ni gaji berapalah sangat. Setiap mak mestilah nak yang terbaik untuk anaknya.”
“Tak apalah Fariz. Aku ada belakang hang. Aku akan bantu hang sedaya upaya aku.”kata Haikal sambil menepuk bahu Fariz.
“Aku dah buat keputusan. Aku nak berhenti kerja.”
Haikal terkejut. Haikal memandang tepat muka Fariz. Ingin mengetahui maksud disebalik kata-katanya itu.
“Habis tu hang nak pi mana? Hang nak kerja apa? Bukan senang nak cari kerja sekarang ni. Hang dah fikir betul-betul ka ni?”bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Haikal.
“ Aku pun tak tau aku nak pi mana. Yang pasti aku nak pi jauh dari sini. Aku tak mau Khay cari aku lagi.  Aku nak dia cari lelaki yang lebih baik daripada aku.”jelas Fariz.
“Kalau macam tu aku pun nak ikut hang jugalah. Aku tak sanggup nak pisah dengan hang. Kita susah senang kita bersama. Takkan aku nak biar hang selesaikan sorang-sorang.”
“Hang kawan aku dunia akhirat, Kal. Aku bersyukur dapat kawan macam hang. Thanks.”
-----------------------------------------------------------------------
Beberapa tahun kemudian....
“Fariz, petang ni kita ada appointment dengan  pengarah syarikat Kiroro Holdings. Jangan lupa pula. Syarikat ni baru first time berkerjasama dengan syarikat kita.” Haikal mengingatkan Fariz yang sedang menyemak fail-fail syarikat.
Fariz mengangguk sambil tersenyum. Dia menutup fail lalu diletakkan di sebelah.
“Insyaallah. Tak lupa punya. Aku harap sangat kita akan dapat tender tu. Kiroro Holding ni bukan calang-calang syarikat kot. Untung besar kalau dapat kerjasama dengan syarikat ni.”
“Aku pun sama. Akhirnya kita dapat juga buka syarikat ni. Aku bersyukur sangat-sangat dengan semua yang kita kecapi hari ni. Sekarang ni tak ada sapa boleh pandang rendah kat kita. Hang ada dengar apa-apa berita tentang Khay?”
Sudah lama tidak mendengar nama itu. Apa khabarlah Khaylia sekarang. Apalah yang dia sedang buat sekarang. Mesti sedang bahagia dengan suami tercinta. Sudah begitu lama dia berpisah dengan Khaylia. Tidak langsung mendengar berita.
“Hoi...!” Haikal menepuk meja.
Fariz terkejut. Dia membalingkan buku kepada Haikal kerana membuatkannya terkejut.
“Aku tanya boleh termenung pula. Ada tak dengar berita? Mana tau kot-kot dalam diam hang dok berhubung dengan dia.”duga Haikal.
“Tak adalah. Lepas kita pindah dulu, aku langsung tak dengar berita tentang dia. Mungkin sekarang dia dah kahwin. Entah-entah dah beranak-pinak pun. Dahlah malas nak imbas cerita lama. Sakit hati tau tak. Jom kita keluar makan sat. Lepas makan kita terus pi.” Fariz mengubah topik.
Haikal hanya menurut. Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat Fariz. Akhirnya Fariz dan Haikal membuka sebuah syarikat penjualan kereta-kereta mewah. Hasil susah payah mereka berdua selama ini.
----------------------------------------------
Fariz dan Haikal terlebih dahulu sampai di tempat temu janji. Mereka harus meyakinkan klien mereka dengan setiap servis yang ditawarkan oleh syarikat mereka walaupun baru sahaja menapak.
“Assalamualaikum...” Fariz dan Haikal menoleh ke arah suara yang memberi salam itu.
“Waalaikumussalam... Puan Laila ke?” tanya Fariz sejurus saja bangun dari kerusi sebagai tanda hormat.
“Minta maaf ye En...?”
“Hakimi dan Haikal.”Fariz memperkenalkan diri mereka. Selepas peristiwa yang menyedihkan itu, Fariz tidak lagi memperkenalkan dirinya sebagai Fariz. Dia menggunakan nama keduanya kepada sesiapa yang belum lagi mengenalinya. Nama Fariz sudah lama terkubur.
“Minta maaf Encik Hakimi dan Encik Haikal. Sebenarnya saya Camelia. Setiausaha Puan Laila. Puan Laila tidak dapat hadir pada hari ni. Jadi dia dah melantik penolongnya untuk mengendalikan appointment hari ni. Tapi Cik Fatiha belum sampai lagi. Katanya jalan sesak. Jadi kalau encik berdua tak kisah kita boleh tunggu sekejap sementara Cik Fatiha sampai.”terang Camelia panjang lebar.
“Eh...Tak kisah. Biasalah petang-petang macam ni. Memang sesaklah jalan kat KL ni. Jemputlah duduk.”kata Haikal ramah. Dia menarikkan kerusi untuk Camelia. Camelia tersenyum malu. Fariz pula menggelengkan kepalanya.
Sedang rancak berbual ada suara yang memberi salam. Mereka bertiga menoleh ke arah tuan punya suara itu. Fariz dan Haikal tercengang. Mereka mengenali wajah itu. Fatiha turut sedikit terkejut.
“Cik Fatiha, inilah owner syarikat yang kita nak kerjasama tu. Encik Hakimi dan Encik Haikal.”Camelia memperkenalkan Fariz dan Hakimi kepada Fatiha tanpa disuruh.
“Saya Fatiha. Sorrylah saya lambat. Jalan sesak.”Fatiha melarikan matanya dari terus menatap muka insan yang paling dirinduinya itu.
“Tak apalah. Kami faham. Jemputlah duduk Cik Fatiha. Kita boleh mulakan sekarang.”kata Haikal. Dia turut menguis perlahan kaki Fariz di bawah meja untuk mematikan lamunan Fariz. Fariz kembali ke alam nyata.
Perbincangan selama 1 jam lebih itu berakhir. Fatiha bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat Fariz. Sejurus saja perbincangan itu berakhir Fariz cepat-cepat berlalu pergi. Dia tidak mahu berjumpa dengan Fatiha. Dia belum bersedia.
------------------------------------------------------
Telefon bimbit Fariz berdering.  Fariz melihat tiada nama pemanggil. Jadi itu bermakna nombor baru. Fariz menekan butang untuk menjawab.
“Hello...Boleh saya bercakap dengan Fariz?”tanya pemanggil lembut.
“Saya Fariz... Ni siapa ya?”tanya Fariz kembali.
“Abang....”
Fariz terkejut. Dia baru dapat mengenali suara lembut itu. Dadanya berombak kencang.
“Khaylia...”ucap Fariz lembut.
“Abang memang dah benci ka kat Khay? Hari tu memang abang sengajakan nak lari daripada Khay? Dah lama Khay cari abang...”terdengar bunyi esakkan di corong telefon bimbitnya.
“Bukan macam tu. Nanti Fariz terangkan. Kita jumpa ya...”
“Okey...”
----------------------------------------------------------
“Awat abang lari daripada Khay? Selepas abang pergi dulu, Khay macam orang gila tahu tak. Khay tak pergi kerja dua bulan sebab Khay alami kemurungan . Selepas itu barulah Khay dapat terima kenyataan yang abang memang dah tak nak dekat Khay. Abang dah tinggalkan Khay. Sakit sangat.” Terang Khaylia selepas saja Fariz duduk disebelahnya. Air matanya berlinangan.
“Nasib baik sekarang ni tak jadi gila dah. Kalau tidak...”ayat Fariz berhenti di situ.
“Kalau tidak apa?” Khaylia mencekak pinggangnya sambil memandang muka Fariz yang seakan-akan mahu ketawa.
“Kalau tidak mesti abang tak dapat jumpa Khaylia dah. Sebab Khay kena masuk Hospital Bahagia.” Fariz ketawa terbahak-bahak.
Khaylia menjengilkan matanya. Dia mencubit lengan Fariz. Fariz mengaduh kesakitan. Ketawanya masih bersisa. Khaylia turut ketawa selepas itu.
“Confirm lepas Khay masuk hospital bahagia, abang mesti cari orang lain. Khaykan orang gila. Siapalah nak.”
“Mana ada. Abang akan bantu Khaylia sembuh. Nak tahu kenapa?”
Khaylia mengangguk. Dia menanti jawapan daripada Fariz.
“Sebab kerana abang, Khaylia jadi gila. Jadi abang mesti rasa bersalah tak sudah.”
“Habis tu kenapa abang tinggalkan Khay dulu?”
Fariz meraup-raup mukanya. Kemudian dia memandang muka Khaylia. Memandang tepat ke dalam anak mata Khaylia yang jernih itu.
“Bukannya abang sengaja nak tinggalkan Khay. Tapi abang tak nak Khay jadi anak derhaka. Abang perlu mulakan hidup baru. Abang nak buktikan abang juga mampu untuk setanding dengan Khay. Dan abang dah buktikan semua tu. Sekarang agak-agak layak tak lagi abang nak jadi suami Khay?” Fariz berseloroh sambil  memandang muka Khaylia yang masam mencuka.
Khaylia menampar perlahan bahu Fariz. Dia mengesatkan air matanya. Sudah terlalu banyak dia menangis.
“Tapi mesti tak layak jugakan nak jadi suami Khay?”
“Awat pula?”
“Abangkan mekanik cabuk. Mana layak nak berdampingan dengan Penolong Pengarah Syarikat Kiroro Holdings. Nak ke Khay hidup dengan mekanik cabuk ni?”duga Fariz.
“Abang perli Khay erk? Ketuk sat lagi kot.”
Fariz tergelak besar. Dia sengaja ingin menduga.
“Terasa ambillah. Abang memang mekanik cabuk ja pun. Syarikat tu syarikat Haikal. Bukannya syarikat abang. Abang Cuma jadi mekanik ja. Itu pun atas belas kasihan Haikal ambil abang bekerja dengan dia.”kata Fariz dengan nada sedih.
Khay memandang muka Fariz. Fariz dah lain sekarang. Dia nampak lebih kemas dengan kemeja dan seluar slack berbanding dulu. Pakaiannya dulu adalah seluar jean yang koyak-koyak kemudian penuh dengan kesan minyak.
“Jangan nak bohong Khay. Ingat Khay tak tahu yang abang pemegang saham terbesar syarikat tu. Khay dah check semuanya. Tapi kalau abang mekanik cabuk pun Khay akan tetap terima abang. Biarlah kalau mak dah tak nak terima pun. Khay sanggup kahwin lari. Sebab Khay dah tak sanggup nak berpisah dengan abang.”
“Betul ni sanggup kahwin lari? Abang tak sanggup. Abang dahlah ada penyakit asma. Tak pasal-pasal masuk hospital nanti. Tak sempat nak kahwin dengan Cik Fatiha ni.”Fariz berseloroh lagi
Khaylia mengetap bibir. Geram kerana dipermainkan.
“Main-main pula dia. Jom...”Khaylia bangun dari kerusi.
“Pi mana?”tanya Fariz yang masih kebingungan.
“Jumpa mak dan abahlah.”
“Jumpa buat apa?”Fariz menggaru kepalanya.
“Laillahaillahallah.... Abang ni lambat pick uplah. Kata nak kahwin. Mestilah kena jumpa mak dan abah dulu. Minta restu.”celoteh Khaylia panjang lebar.
Fariz tersengih seperti kerang busuk.
“Oh... Tak sabar nak jadi isteri abanglah tu. Tapi abang takutlah kalau-kalau mak tak terima abang.”
“Tak payah risau. Khay dah cerita dah segalanya kat mak. Insyaallah mak terima.”
“Kalau macam tu jom cepat. Kalau boleh hari ni jugak kita nikah. Dah lama tunggu saat macam ni.”
Fariz menarik tangan Khaylia masuk ke dalam kereta. Betapa gembira hatinya dapat bersama semula dengan insan yang paling dirinduinya. Insan yang telah banya mengubah hidupnya.
-----------------------------------------
Selepas sebulan bertunang, Muhammad Fariz Hakimi dan Nurul Khaylia Fatiha telah disatukan dalam satu majlis yang begitu meriah. Fariz bersyukur kerana ALLAH memberinya peluang untuk hidup bersama dengan insan yang amat bermakna dalam hidupnya.

3 comments:

  1. kak suka sgt ngn cerpen ini....serius..hati kak tersntuh bila bca cerpen nie....trus ngis msa mula2 bcaa....tp tersenyum bila da ending...
    hope...smua nie jd knyataan..amin...
    my happy ending..:)

    ReplyDelete

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH