Bab 3
Mikael pandang aku. Dari tadi tak berkelip. Aku pula naik rimas. Kena sampuk ke mamat ni dok pandang aku macam ni.
“Siapa Fakrul?” Soal dia. Dari semalam aku cuba mengelak dari bertemu dengannya tapi hari ini aku tak dapat. Ini sebab abahlah ni suruh Mikael teman aku pergi beli barang untuk restoran. Malam ni baru mula mengaji.
“Tak penting untuk hang tau.”
“Tak penting apanya kalau dah main nama aku untuk lepaskan diri. Kononnya nak bagi cemburu?”
“Mana adalah. Aku cuma tak mau dia soal banyak saja.” Aku cuba mengelak lagi. Selagi aku boleh elak dari berterus-terang, selagi tu aku cuba. Tak payah bagitau pun tak apa mamat ni. Buang karan.
“Aku tak kira. Kau yang mula dulu. Sekarang aku nak kau bagitau aku siapa Fakrul tu.” Dia memaksa.
Aku mendecit. Suka memaksa betullah Mikael ni. Nasib baik aku ingat tetamu saja. Kalau tidak, dah
lama aku pukul dengan senduk.
“Dia ex aku.” Akhirnya. Dah tak boleh simpan. Kalau simpan pun dia paksa.
“Kenapa putus?”
“Dialah bengong. Bercinta dengan aku bagai nak rak, last kahwin dengan orang lain. Dia ingat aku ni tunggul kayu kot.” Aku membalas geram. Memang aku sakit hati sangat tadi tengok depa bersanding. Patutnya aku pengantin perempuan tu.
“Kau tu dungu.”
Aku menoleh. Bibir aku ketap. Geram. Suka hati saja kata aku dungu.
Mikael tarik senyum. Tanpa aku sangka, dia tolak kepala aku.
“Hang pasaipa?”
“Kau rasa kononnya sweetlah dapat guna nama aku untuk bagi Fakrul cemburu dengan kau?”
“Mungkin. Aku sakit hati gila.”
“Padanlah muka kau. Percaya sangat kat lelaki. Dia tinggalkan sebab kau tu macam aku cakap tadi. Dungu.” Mikael gelak.
Aku mendengus kasar. Bukan nak bagi hati aku senang. Bagi hati aku sakit lagi adalah!
“Tapi aku tengok tadi dia orang bersanding, aku nampak lagi sweet. Tak dapat aku bayangkan kalau kau pengantin perempuan. Tak ada seri langsung.”
Cuba aku tahan semampu boleh. Mulut macam longkang. Sedap ikut keluar saja.
“Diamlah hang! Ni nasib baik sebab abah yang suruh. Kalau tidak, sampai Menara Alor star runtuh pun aku tak mau bawak hang.”
Orang yang ada di kedai runcit itu memerhati ke arah kami. Kan dah sedas kena tengking dengan aku.
“Marah pula.”
Aku menjeling sekilas ke arahnya. Sebelum kertas di tangan aku tatap untuk melihat barang apa yang belum dibeli. Tapi aku tak fokus pun. Sebab aku sakit hati.
“Sayang, nak masak apa hari ni?” Suara tu macam kenal. Aku menoleh ke belakang. Sejurus kemudian, aku kembali ke posisi aku.
“Macam manalah dia boleh ada kat sini juga? Sayang, sayang pula. Berbulu tekakku mendengarnya.” Rungut aku.
“Eh Fakrul! Kau pun ada sini.” Itu suara Mikael. Aku tepuk dahi. Yang kau pergi tegur mamat tu buat apalah, Mikael oi? Bala, bala.
“Mikael. Aku datang nak beli barang. Isteri aku nak masak special katanya.”
“Oh, aku pun teman Rania. Manja-manja pula dia ajak aku teman. Biasalah darah manis. Nak masak untuk aku juga. Marvelous! Rugi sapa yang tak rasa masakan dia..”
Bulat mata aku. Hoi! Apa kes hang ni, Mikael? Lebih-lebih nampak.
“Oh memang dia pandai masak.” Aku pasang telinga. Baru nak puji. Dulu masa aku dengan hang asyik kondem saja yang tau. Nasib baik aku sabaq dulu.
“Tahu mana?” Suara isterinya bergema.
“Err, diakan buka restoran.”
Aku geli hati. Nak tergelak aku dengar jawapan dia tu. Laki hang tu pernah jadi teman lelaki kononnya hidup semati aku dulu.
“Okaylah Fakrul. Aku teman Rania dulu. Nanti dia merajuk, susah nak pujuk. Manja sangat!”
Aku geleng kepala. Agak-agaklah nak berlakon sweet pun. Nanti orang menyampah.
“Kemain lagi hangkan.”
Mikae sengih. “Dah suruh berlakon sweet. Ke tak cukup sweet?”
Aku menjeling.
“Menyampah!”
Aku dengar dia ketawa. Kuat. Aku rasa dengar satu kedai agaknya. Bengong!
*******
“Kita mulakan dengan Al-fatihah.” Abah aku memulakan sesi pengajiannya. Abah aku bukanlah guru mengaji tapi dia mempunyai kepakaran mengajar. Abah lulusan Madrasah Idrus Salam dulu.
“Al-fatihah ni penting sangat. Kita nak solat, bacaan wajib adalah Al-Fatihah.”
Aku menggelengkan kepala. Tak sangka sampai Al-Fatihah pun dia tak tahu. Aku fikir dia hanya mahu belajar mengaji bagi habis tapi basic pun dia masih merangkak.
“Abah, boleh Rania menyampuk sikit?”
“Ya.”
“Bukan ke kalau kita warnakan rambut, kita tak boleh solat?”
Kemusykilan aku sejak hari pertama dia datang sini.
“Ya. Memang betul tapi ini rambut asal, Mikael.”
Aku berkerut dahi.
“Akukan dah cakap. Ini rambut asal. Kau tak percaya.” Tiba-tiba Mikael menyampuk.
“Tapi pak ngah bukan Melayu ke? Kot mana mai rambut dia perang macam Mat salleh ni?”
“Pak ngah hang tu dulu isteri pertamanya orang London. Hasil perkahwinan tu, dia dapat anak iaitu Mikael. Lepas depa bercerai, Mikael duduk dengan nenek dia sebelah mak dia. Nenek Mikael ni bukan Islam. Jadi Mikael dibesarkan cara bukan Islam. Sebab itulah , Mikael ni tak tahu apa-apa sampailah dua tahun lalu pak ngah pi London bagitau perkara sebenar kat Mikael.”
Okay. Aku dah faham. Patutlah dia tak tahu apa-apa. Aku dah salah tanggapan dah pada dia.
“Tak kan mak kau tak bagitau cerita sebenar bila hang besar?"
“ Aku ada menyoal siapa bapa aku tapi mak aku mengelak. Katanya aku tidak berbapa. Jadi aku ingat betullah mak aku cakap tu. Selepas papa aku datang tu, baru aku tahu aku ni Islam.”
“Macam mana hang boleh accept semua tu?”
“Aku ni walaupun gaya hidup aku Barat, tapi aku rasa macam ada tak kena. Aku rasa ini bukan cara hidup aku yang sebenar. Aku mengaku, aku tak pernah sentuh arak. Sikit pun tak sebab aku benci tengok orang mabuk.”
“Kepercayaan hang sebelum ni macam mana?”
Aku ingin tahu lagi. Selalu aku tengok dalam tv saja. Tapi sekarang ada rupanya ada kisah benar.
“Aku tak percaya apa yang diamalkan oleh nenek aku. Lagi pun kat sana, selepas umur 21 kita diberi kebebasan beragama. Aku tercari-cari agama aku sebenar. Selepas aku dapat tahun papa aku Islam, aku ucap syahadah. Aku Islam sekarang."
“Tapi tak akan semudah tu hang mai sini nak belajar mengaji?”
Dia senyum.
“Kau tengok macam senang tapi sebalik tu kau tak tahu apa yang aku hadapi.”
"Lagi satu. Loghat hang tu tak adalah slank mat salleh sangat." Patutlah kadang-kadang terkeluar juga slank mat salleh dia tu.
"Aku tetap orang Melayu. Dua tahun belajar cakap Melayu tau."
"Lagi satu. Loghat hang tu tak adalah slank mat salleh sangat." Patutlah kadang-kadang terkeluar juga slank mat salleh dia tu.
"Aku tetap orang Melayu. Dua tahun belajar cakap Melayu tau."
“Ehem!” Tiba-tiba abah berdehem. Perbualan kami terhenti disitu.
“Kalau hangpa nak interview, nanti-nantilah. Bagi abah habis mengajar dulu.”
Aku tarik sengih. Teruja sangat nak tau sampai tak sedar abah tengah mengajar.
“Entah minah ni. Tahulah Mikael ni hot stuff. Nak mengorat pun, mengoratlah masa lain.”
Kat situ ada hanger. Aku ambil dan libas belakang dia. Padan muka!
“Sakitlah oi.”
“Ya Allah, anak aku ni. Nanti kalau jadi laki dok buat macam tu, berdosa tau!”
“Bila masa orang nak berlakikan mangkuk ni? Tak nak abah. Menara Alor Star runtuh pun belum tentu Rania setuju.”
Aku bingkas bangun dan mahu melangkah ke dalam bilik.
“Kau tunggu balasan aku, mangkuk hayun!” Jerit Mikael bila aku dah masuk ke dalam bilik. Tapi telinga aku sempat menangkap pesanan abah.
“Sabar. Islam mengajar umatnya untuk bersabar, Mikael.”
Aku tersengih. Kena setempek dengan abah. Mikael tak membalas.
“Jom sambung mengaji.”
Mesti hati tu tak senang nak belajar mengaji. Itulah mulut tak tapis langsung. Kan dah kena dengan aku.
Best.nk n3 lg
ReplyDelete