Katakan Cinta 5

Bab 5

Aku cuba untuk elak berjumpa dia. Dia pula selalu mencari peluang nak jumpa aku. Tak puas hatilah tu. Itulah, sapa suruh buat aku macam tu.

Aku kena ke Seberang Jaya hari ni.  Sebab nak kena renew lesen perniagaan aku. Tak sepasal kena sita nanti. Tapi aku tak puas hati bila abah suruh mamat tu ikut.

“Jadi ka nak pi Sp, Rania?”

“Ya abah. Lesen dah mati semalam. Takut kena ada spotcheck mati Rania.”


“Tak apalah. Abah tak dapat teman. Mikael teman hang hari ni.” 

Terbeliak mata aku. Aku pandang dia dan dia tersenyum bahagia. Kot mana pun tak boleh nak lari. Kacau sungguh! 

“Tak apalah abah. Rania boleh pi sorang. Lagipun bukan jauh mana pun.” 

“Tak boleh. Satgi jadi apa-apa kat hang, abah tak mau. Mikael pun hari ni dia bercuti mengaji. 
Bolehlah bawak dia jalan-jalan pi mana-mana.”

Pulak dah. Siap suruh bawak pi berjalan lagi. Abah ni. Tolonglah faham anakmu ini tak nak berdua dengan mamat tu. Haru!

“ Mana boleh! Restoran buka hari ni.” Aku elak.

"Tak apa, Rania. Mak ada.” Mak mai dari dapur menyampuk.

Aku gigit bibir. Saja aku kerling tengok dia. Kemain seronok dan lebat lagi dia punya senyuman tu. Tampaq pala satgi baru tau!

“Mikael tak apa ka teman Rania sat?” 

“Tak apa pak cik. Mikael tak ada masalah. Lagipun teringin nak jalan-jalan.”

Mimik mulutku mengajuk cakapnya. Menyampah aku. Pantang ditawarkan pasti boleh saja.

“Awat tu Rania?” Soal mak.

Aku menggeleng. 

“Tak dak apa, mak. Saja ni tiba-tiba mulut ni gatal.” Jawab aku. Tak logik akal langsung.

“Pi lah lekas. Satgi orang ramai kat SSM tu.”

Aku capai kunci kereta dan melangkah keluar. Mikael pun ikut aku dari belakang. 

“Naik kereta aku.” 

“Awatnya kalau naik kereta aku? Tak suka sebab buatan Malaysia? Takut sakit badan?” Aku tidak mengendahkan. Lock kereta aku tekan dan aku hidupkan enjin.

“Kereta aku sedap sikit. Tak sakit badan.”

Aku menjeling. Kisah plak aku sakit badan hang.

“Nak ikut naik. Tak mau ikut boleh blah.” 

“Bagitau pak cik nanti.”ugut dia.

“Hek eleh! Macam budak tadika.  Sikit-sikit nak mengadu. Pergilah bagitau. Hang kena ingat itu abah aku. Bukan abah hang!”

“Silap haribulan boleh jadi abah aku juga. Abah mentua.” Mikael tersengih.

Aku mencebik. Bila masa aku nak kahwin dengan dia tak taulah.

“Betul ni?”

“Sikit tak heran!”

“Pak cik! Tengok Rania ni. Ada ke dok marah-marah pak cik lepaskan kat saya.” 

Aku terkejut. Aku cepat-cepat turun dari kereta dan aku tolak kepala dia. Geramnya. Aku sumbat selipar juga satgi kot.

“Bodoh!” 

“Nak naik ke tak kereta aku?” Mikael angkat kening.

“Apa kena dengan hangpa dua ni?” Jerit abah di pintu. Ini semua mamat ni punya pasal. Bukan main lagi suka mengadu.

“Bukalah kunci. Ke nak aku pecahkan?!” Sungguh berang. Suka memaksa. 

“Tak ada pak cik. Rania ni takut katak. Tadi kasut dia ada katak.” 

Guna nama aku lagi. Memang suka ambil kesempatan Mikael. Tak serik kena dengan aku hari tu.

“Lain kali jangan membantah cakap Abang Mikael. Nanti abah marah.” 

“Dah, tak payah cakap dengan aku. Meluat!”

“Meluat tu nanti jadi sayangkan tu…”

Aku mencebik. Walaupun tadi tak mau naik kereta dia tapi lepas dah naik, seronoklah pula. Selesa. Patutlah mahal. Kualiti tu tinggi.

“Kau kena jadi co-pilot aku. Bagi arahan. Aku mana tahu nak pi jalan mana.” 

“Sekarang ni zaman serba canggih. Tengoklah maps!” 

“Apa guna kau kat sebelah kalau guna maps?”

“Nak jadi pilot sangatkan! Pandai-pandailah.” 

“Hishh!” Dia mendengus.

Aku tersenyum menang. Padan muka. Sekarang ni memang dia dah bawa jalan salah. Ni jalan menghala ke Bukit Mertajam. Bukan tak boleh ikut jalan tu tapi jauhlah.

“Depan tu belok kiri.” Tak tahan aku tengok dia terkial-kial mencari arah. Nanti aku juga yang lambat.

“Berlagak! Nak jadi pilot konon. Padahal jalan tak tahu. Balik rumah tidurlah weyh!” Hantam aku. Memang aku geram sangat dah.

“Tak apa. Kalau kau pergi London nanti, jangan harap aku nak tunjuk jalan kat kau.” 

“Eleh, tak ada kerja nak pi London. Kalau pi pun bukan dengan hang.” 

“Tak nak jumpa mak dan nenek mentua ke?” Dia senyum senget.

Aku mencebik. Aku tak mau kat dia. Da lah kedekut, suka mengaduh dan suka memaksa. Itu bukan ciri lelaki yang aku nak tau.

Telefon Mikael berdering. Dia pakai earphone dan pantas menjawab panggilan itu.

“Yes, my dear.” 

Aku menjeling dengan ekor mata. 

“Of course. I miss you.” 

Amboi! Siapa my dear, I miss you bagai. Siapa pula tu dok telefon mamat tu? Hish! Hati aku tiba-tiba rasa lain macam. 

Cemburu?

Ah, memang taklah! 
The
Radio sengaja aku kuatkan sikit suaranya supaya tidak mendengar perbualan itu

No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH