Katakan Cinta 6

Bab 6

Aku berasa lega bila urusan aku di SSM ni dah selesai. Tak payah risau lagi tentang restoran aku untuk beroperasi macam biasa. Walaupun orang ramai sebab lewat datang tapi nasib baik kerani kaunter bekerja dengan pantas dan cepat. Ini semua gara-gara mamat tulah yang kononnya tahu jalan padahal habuk pun tak dak.


“Dah selesai dah?”

“Dah. Jom balik.”

“Ala, tak akan dah nak balik dah kot. Aku lapar.”

Aku melihat jam. Dah masuk waktu makan tengah hari. Patutlah aku rasa lapar gila.

“Balik makan kat rumah. Aku nak pi tengok restoran aku. Ada benda lagi tak siap.” Aku bagi alasan. Aku malas nak lama-lama dengan dia. Tak sah kalau tak cari gaduh dengan aku.

“Aku ada search dalam internet. Kat sini popular dengan Nasi Kandar Line Clear. Bawa aku pergi makan kat situ.”

“Memang taklah nak hadap ke Penang pula. Dahlah time lunch sekarang ni. Jammed kot jalan.”

“Bukan kau yang nak pandu. Aku yang pandu. Kau cuma bagitau jalan ja.” 

“Aku tak mau. Aku nak balik.” Aku meninggikan sedikit suara. Sukanya dia memaksa aku untuk mengikut kehendak dia.

Mikael tak puas hati. Beberapa pasang mata memerhati pada kami sebab SSM masih ramai dengan orang ramai.

“Tadi kau janji dengan abah nak bawa aku jalan-jalan.”

“Bila?”

“Tadi.”

“Aku tak mengaku pun nak bawa hang jalan-jalan dan aku tak suruh hang teman aku pun.”

“Aku tak kira. Aku nak kau teman juga.”

“Macam budak-budak. Pi lah ajak my dear hang tu teman.”

Mikael senyum senget.

“Aik, cemburu?”

“Tolong sikit. Setakat muka macam hang, sepuluh pun aku boleh dapat tau.”

“Memanglah kau boleh dapat tapi aku seorang saja yang akan setia dengan hang. Percaya cakap aku.”

Aku gigit bibir. Mamat ni dah kenapa tiba-tiba. Meroyan terlebih ke apa. Moga dijauhkanlah daripada jatuh hati dengan dia. Aku tak rela. Aku tak suka lelaki yang kawal aku. Aku tak suka lelaki yang suka memaksa aku. Aku rimas.

“Hey! Jomlah teman aku.”

“Tak mau.”

“Tak mau sudah. Kau balik sendiri. Jangan naik kereta dengan aku.”

“Hang fikir aku kisah? Aku tak takut pun kalau hang tinggal aku kat sini. Ni tempat aku. Aku taulah. Kot aku dah sampai hang dok terkial-kial lagi cari jalan pulang.”

Main ugut pula. Hanya kerana tak mau teman dia makan nasi kandar. Dia ingat aku kisah kot. Aku boleh saja balik naik bas. Tapi sebenarnya takut juga sebab aku pernah naik bas dulu sekali area sini. Tapi diganggu oleh mat bangla. Sejak tu aku tak naik bas lagi sebab abah tak bagi.

“Aku call abah sekarang juga. Kau nak aku call abah atau bawa aku makan nasi kandar?”

Aku tepuk dahi. Sakai betul Mikael ni. Sikit-sikit mengadu. Mahu aku rejam baru ada akal.

“Hang ni memang menyakitkan hati akulah.”

“Nak yang mana? Sikit lagi nak telefon abah ni. Lambat jawab aku tak kira. Aku bagitau abah.”

Aku cubit lengan dia. Berlapik okay. Dia menjerit kesakitan. Padan muka. Lelaki macam apalah mamat ni. Sikit-sikit mengadu. Macam nak saja cepuk sekali biar jangan mengada-ngada sangat.

“Apa hal?”

“Hang ni kurang kasih sayang ka apa eh? Sikit-sikit mengadu. Macam pondan.” Haa! Ambik kau. Geram aku aih. Kan dah kena setempek. Yalah. Selalunya bila bab mengadu ni perempuan saja macam ni.

“Kau kata aku apa?”

“Pondan!”

“Pondan tu apa?”

Aku garu kepala. Tak tahu rupanya. Aku ingat bolehlah dia terasa sat. Tapi tak faham pula.

“Macam hanglah.”

“Tak kisahlah. Nak teman aku ke tidak?”

“Hang lahir tahun apa ya? Mengada-ngada terlebih sangat ni. Hang kena faham. Aku ada kerja. Satgi kalau masuk Penang nak mengadap jammed lagi. Hang tak tau jalan kat Penang macam mana lagi. Takut hang yang berpeluh kot.”

“Ala. Aku lelaki. Aku boleh punya menghadapi segala rintangan tu.”

Aku mencebik.

“Lelaki rupanya. Ingatkan perempuan. Main ugut-ugut nak mengadu kat abah. Kalau macam nilah suami aku nanti aku pun tak tau macam. Lembik semacam jaa.”

“Eh, nak ke kahwin dengan aku?”

Aku tarik muka.

“Poyo!”

Dia tergelak. Aik. Suka pula bila aku sentuh bab tu. Aku nak suami yang bukan setakat badan sado tapi aku juga cari suami yang boleh memujuk dengan cara tersendiri. Dia ni bila nak pujuk tu bukan main paksa. Lepas tu siap nak guna abah lagi tu tak tahan.

“Cepatlah. Aku lapar ni. Kita naik ferry eh. Aku tak pernah naik lagi.”

“Jakun.”

“Perkataan apa pula tu sayang oi. Kau ni suka guna perkataan yang aku tak faham. Aku ni dahlah anak minah salleh.”

Deep seketika. Dia panggil aku sayang? Hoi! Jangan Rania. Dulu masa mula-mula perkenalan dengan Fakrul pun dia bermula dengan panggilan sayang juga. Lepas tu jatuh cinta tak ingat. Tapi tak juga kahwin.

“Dahlah. Mengada-ngada mat salleh ni. Jomlah. Tapi satgi jammed ka apa jangan nak merungut. Aku tak mau dengar.”

Dia sengih. Nasib baik aku ingat dia kesian saja tengok muka dia. Kalau tidak tak adanya aku nak tolong.

Ke dah rasa sesuatu yang lain, Rania?

Eh! Tak akanlah.
*************

“Wow! Syok gila naik ferry. Rasa macam naik Titanic pula.” Jerit Mikael ketika feri mula bergerak.

Padahal tadi punya takut. Takut karamlah. Takut feri rosaklah. Aku pula tambah perasa cakap yang baru-baru ni feri terbakar. Lagilah muka cuak habis.

“Jangan nak tunjuk bandar sangat, Mikael. Malu kat budak-budak tu.” Adalah beberapa orang budak sebaya adik aku tergelak tengok Mikael yang nampak jakun gila tu.

“Kau tangkap gambar aku jap. Aku nak send kat seseorang.”

Mikael menghulurkan telefon bimbitnya pada aku. Seseorang tu mesti istimewa dalam hidupnya. Hish! Apalah hang ni, Rania. Biar pi lah kat dia nak hantar kat sapa pun.

Semasa aku nak ambil gambar dia tu, aku tertekan butang tengah. Aplikasi tertutup dan terpapar home screen telefon bimbit Mikael. Gambar dia dan seseorang. Nampak muda lagi.

“Kau dah ambil belum?” jerit Mikael sedikit kuat kerana tidak jelas disebabkan angin kuat.

“Ni macam mana ni? Mana kameranya?” Aku cuba untuk berlagak biasa. Awat yang hati rasa macam lain ni? Hish! Jangan Rania. Bukan taste hang.

“Tadikan dah buka. Kau ni. Aku dah bergaya sakan dah.” Dia berleter. Selepas aplikasi kamera dibuka dia berikan pada aku.

Selepas ambil gambar dia, aku serahkan kembali kepadanya. Aku ajak dia masuk kereta bila dah nampak feri hampir ke destinasi. Fikiran ni asyik dok teringat pasal gambar dia dan perempuan dalam telefon dia tu. Siapa dia eh?

“Jap. Jom selfie berdua.” Sempat lagi dia memanggil aku untuk snap gambar sekali.

“Tak maulah.”

“Jomlah. Mana tau lepas ni kita dah tak ada masa macam ni lagi.”

“Hang nak pi mana?”

“Aku duduk sini dua bulan saja. Lepas tu aku baliklah tempat aku.”

Aku angguk. Tiba-tiba rasa macam tak mau dia pi. Tinggal sebulan lebih lagi. Lama lagi. Memenuhi permintaan dia, aku ambil gambar tu sekali. Tapi dok jauh-jauh.

“Terima kasih.” Ucap dia.

Ketika masuk dalam kereta, aku memandang dia. Tersengih-sengih di depan telefon bimbit.

 “Kan dah cakap. Mesti jealous punya.”

“Hah?” tiba-tiba saja dia bersuara.

“Ni my dear aku ni. Aku hantar gambar kita berdua tadi. Dia cakap cemburu.”

“Oh.”            

Pasrah saja jawapan aku. Aku pun tak tahu nak kata apa. Rupanya dah ada kesayangan. Aku ni bukanlah suka kat dia tapi aku rasa macam tak perlu kot nak tunjuk bahagia tu kat aku. Simpan baik-baik sudah.

Tapi tak tahu kenapa aku rasa macam sedih pun ada. Rasa macam kecewa pun ada. Aduh! Rania.

‘Hang ingat, dia bukan taste kau.’



Aku ingatkan hati aku. Ya, aku tak suka dia pun. Aku anggap dia macam mat salleh tersesat kat rumah aku saja. 

No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH