Katakan Cinta 7

Bab 7
Pelanggan sudah mula ramai. Tiba waktu makan tengah hari memang restoran aku akan menjadi salah satu pilihan kerana restoran aku yang jual memang masakan kampung. Aku sendiri yang masak. Kadang-kadang dibantu oleh mak.

“Latip, meja 14 tak kemas lagi tu.” Arah aku bila tengok meja tidak berkemas. Aku ni suka bising kalau pekerja aku lambat buat kerja. Nasib baik pekerja-pekerja aku dah faham sikap aku. Beberapa kali juga ditegur oleh abah tapi tak boleh. Pelanggan kita kena jaga. Takut lari.

“Berapa kak?” soal salah seorang pelanggan yang datang untuk membayar.

“Semuanya RM25.00.”

“Sekali semua?”

“Ya.”

“Murahlah. Boleh tahan jugaklah. Sedap pun sedap.”

“Terima kasih. Sila datang lagi ya.” Aku memulangkan wang lebihan kepada pelanggan itu semula.

“Saya punya berapa pula kak?”

Aku angkat kepala. Rasa macam nak cepuk kepala dia tu. Main-main orang tengah sibuk ni. Tadi bukan dia ikut abah ke kandang? Abah nak ajar Mikael cara hidup orang kampung.

Sibuk.” Balas aku.

Dia tersengih.

“Boleh tahan ramai restoran kau ya. Tak akan tak ada seorang pun yang terpikat?”

“Depa mai makan. Bukan nak mengorat aku.”

“Kalau akulah kan, kalau tokey kedai macam ni memang hari-hari aku datang tau. Sudahlah comel masak pun sedap.”

Aku membalas dengan jelingan. Malas nak layan sengal dia tu. Entah ikhlas entah tidak. Ke saja nak ajak aku pi mana-mana. Faham sangat dah walaupun baru dua minggu dia duduk rumah aku.

“Hang bukan tadi ikut abah pi kandang ka?”

“Ya. Tapi abah suruh datang sini tolong kau.”

“Tak payah tolong dah. Aku dah cukup kakitangan. Tak perlu import mat salleh untuk jadi pembantu restoran aku.”

“Kau tahu tak ini salah satu strategi perniagaan tau kalau aku ada juga kat sini.”

Aku berkerut dahi. Tak faham.

“Yalah, aku ni handsome, kacak, bergaya.  Comel tu adalah sikit. Bonus untuk kau kalau restoran kau ni akan jadi tumpuan. Walaupun mungkinlah masakan kau tak sedap mana tapi disebabkan ada abang handsome ni sangatlah membantu.”

Aku mencebik.

“Perasan!”

Dia ketawa.

“Sudahlah. Aku ramai pelanggan sekarang ni. Tak ada masa nak melayan merapu hang tu.”

Aku mengambil buku nota dan mahu mengambil order pelanggan yang baru sahaja masuk tadi. Melayan dia nanti kerja aku juga tak siap.

“Tak payah. Meh sini aku ambilkan order.” Dia menarik buku nota kecil untuk aku tulis pesanan dari tangan aku. Terus dia mengangkat kaki menghampiri meja itu.

“Hang tau ka?”

Dia menoleh dan mengenyitkan matanya kepada aku. Aduh! Tiba-tiba rasa macam cair sekejap. Tapi beku balik apabila ternampak Fakrul dan isterinya sedang berjalan masuk ke dalam restoran.

Choi! Aku terus ke belakang. Sakit kot tengok kebahagiaan mereka walaupun aku cuba pujuk hati aku untuk sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.

“Apalah kau ni Rania. Patutnya kau duduk saja kat kaunter tu. Jangan sampai nampak kau cuba mengelak.”

Aku toleh. Mikael di belakang. Mungkin dia perasan dengan kehadiran Fakrul. Cepat pula mamat ni ambil pesanan.

“Mana pesanan tadi?”

“Aku dah bagi pada pekerja kau.”

“Hang baliklah, Mikael. Tak payah tolong. Dah cukup dah.” Aku memberi arahan kepada Latip untuk menjaga kaunter. Daripada sakit hati tengok kemesraan mereka, lebih baik aku blah awal-awal.

“Kau ni bengonglah.”

“Apahal?” balas aku. Benganglah juga bila tiba-tiba tuduh aku macam tu.

“Kau mengelak daripada ex-boyfriend kau yang bajet handsome tu eh? Tapi handsome aku lagilah.”

“Hang tak payah sibuklah. Pi balik. Aku tak ada masa nak layan hang.”

“Jom.”

Aku menghentikan kerja aku yang mahu menuang air ke dalam cawan. Aku menoleh memandang dia.

“Pi mana?”

“Kita jadi pasangan yang paling bahagia sekali di depan dia orang. Aku tolong kau. Jangan risau.”

“Buat apa?”

“Buat apa apa?” Mikael tak faham.

“Tak payahlah nak bajet sweet depan depa. Hang bukan boyfriend aku yang betul pun. Nampak sangat aku terdesak nanti bila orang dapat tau kita bukan ada hubungan apa-apa pun.”

“Boleh saja . Aku tak ada masalah.”

“Maksud hang?”

“Jadi boyfriend kaulah. Tapi ni bukan jadi teman lelaki upahan macam slot akasia sekarang tu. Sebab aku rasa aku tak perlu diupah pun. Aku rela.”

Mikael tersengih. Aku gigit bibir. Beria-ria sangat mamat ni menawarkan diri. Tapi aku tak naklah ambil risiko. Mikael pun lagi beberapa minggu sahaja kat sini. Nanti kalau heboh satu kampung, tak tahulah aku nak jawab apa.

“Tak apalah. Aku tak suka rampas orang punya.”

“Rampas orang punya?”

“Hangkan dah ada my dear. Lagipun buat apa nak berlakon kalau pengakhirannya hang bukan sesiapa.”

My dear aku tu dia jauh. Tak apalah kau pinjam aku sekejap.”

“Gila!”

Mikael tergelak.

“Kau jangan jadi bengong biarkan Fakrul gelak bila kau terpaksa mengelak macam ni. Kau kena tunjuk kau tu kuat. Kau boleh hidup tanpa dia. Kau juga boleh bahagia. Dia sengaja nak uji kau saja tu sebab nak tengok kau masih sayangkan dia atau tak.”

“Mana ada aku mengelaklah. Aku ada kerja kat dapur ni.”

“Ala, tak mengaku pula.”

“Jangan ganggu aku boleh tak Mikael? Aku banyak kerja.”

“Okay. Kalau kau tak nak. Aku tak paksa.”

Mikael terus mengangkat kaki keluar dari dapur. Aku menarik nafas dalam. Aku tak akan terima cadangan dia tu. Biarlah Fakrul nak gelak kat aku pun, aku tak kisah. Daripada aku rampas hak orang lebih baik sendiri. Lagipun aku dah set dalam kepala aku, Ahnaf Mikael bukan taste aku.

“Kak, abang Mikael panggil.” Latip memberitahu.

Aku menggeleng. Aku fikir dia dah balik tadi. Tak tunggu lama aku pun keluar dari dapur dan menuju ke depan.

“Sayang! Meh sini.”

Mikael yang sedang duduk semeja dengan Fakrul memanggil aku. Aku gigit bibir. Tak terima, Fakrul mesti pelik.

Nak tak nak aku menyertai mereka berdua. Ahh! Mikael ni memang suka cari pasal!

********
“Tadi I nampak you kat depan ni. Tiba-tiba you hilang.” Fakrul bersuara. Aku hanya mengukirkan senyuman paksa buat mereka.

“Oh tadi. Dia ada cakap dengan aku yang dia nak rehat sekejap. Itu yang aku ambil alih tu.” Sampuk Mikael belum sempat aku membalas.

Fakrul mengangguk. Aku rimas. Mata Fakrul cuba mencuri memandang aku. Bini kat sebelah kot. Masih sempat nak usha aku.

“Bila rancang nak kahwin ni? Tak sabar nak makan nasi minyak.” Tiba-tiba isteri Fakrul bersuara.

Aku pandang Mikael. Mikael pandang aku dan bibir dia tersenyum lebar.

“InsyaAllah. Tak lama lagi. Kami masih dalam proses perkenalan. Tapi jangan risau. Kami akan jemput. Betul tak sayang?”

“InsyaAllah. Jangan risau. Mana boleh tak jemput. Fakrul dulu ni kawan rapat.” Balas aku. Sengaja menekankan kawan rapat tu.

Rona wajah Fakrul berubah. Aku benci tengok muka dia. Langsung tak ada rasa bersalah. Sangat menyakitkan hati aku.

“Betul ke you?”

Fakrul hanya mengangguk. Aku geli hati. Amboi, macam takut saja nak mengaku. Ke nak aku bagitau kawan rapat yang macam mana tu? Barulah sempoi!

Bie, sayang ke belakang dulu ya. Nak tengok pesanan meja 15 dari tadi tak sampai-sampai.” Aku memandang Mikael. Mikael nampak terkejut.

Gediknya aku. Allah, malunya nanti dengan Mikael. Aku tahan saja ni nak termuntah hijau.

“Okay sayang. Tak apa. Biar bie yang layan kawan-kawan sayang ni.”

Aku bingkas bangun dan terus berjalan ke dapur. Aku tepuk dahi. Memang aku menyorok dalam periuk gamaknya nanti. Malunya.

Tapi walaupun malu, sedikit sebanyak puas bila dapat melihat wajah Fakrul yang cemburu itu. Saja aku nak bagi dia cemburu. Biar dia tau aku boleh hidup tanpa dia.

Betul kata Mikael. Aku kena buktikan sesuatu dan aku cuba untuk membuktikannya sekarang. Harap aku dapat mengelak sementara daripada Mikael. Geli –geleman tekak ni tadi.

“Hai sayang bie!”


Aku mengelabah. Berpeluh ketiak-ketiak dah ni bila dengan suara Mikael dan tak lama lepas tu Mikael muncul di dapur dengan muka yang sangat nakal! 

2 comments:

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH