KEAJAIBAN CINTA BAB 1


Bab 1


“Aku benci hidup seperti ini. Aku nak mati. Aku nak mati!” jerit Qayyim sambil menarik-narik rambutnya. Dia cuba untuk mengangkat kakinya tetapi tidak berdaya. Kedua-dua belah kakinya sudah tidak rasa apa-apa lagi. Dia sudah cacat. Cacat!

“Sabar Ayim. Kau tak boleh cakap seperti ini. Tak baik.” nasihat Fathir cuba menenangkan sahabat baiknya itu.

“Ayim kuatkan? Ayim bukan lelaki yang lemah. Ayim kena kuat. InsyaAllah kaki Ayim ni boleh sembuh, sayang.” Datin Kursiah pula memujuk Qayyim. Sedih dia melihat keadaan anaknya sekarang. Air mata tidak henti-henti mencurah membasahi pipinya.

“Ayim tak guna, mama. Ayim sudah tidak boleh berjalan. Ayim tidak ubah seperti mayat hidup yang hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Ayim benci hidup macam ini, ibu. Kenapa Tuhan tak ambil nyawa Ayim terus? Ayim tak rela hidup seperti ini.”

Datin Kursiah memeluk bahu Qayyim. Emosi anaknya kurang stabil ketika ini. Sedar sahaja dari koma kakinya tiba-tiba tidak boleh bergerak. Doktor sudah membuat jangkaan yang kaki Qayyim mungkin akan lumpuh akibat daripada kemalangan itu tetapi Datin Kursiah berdoa agar itu hanyalah jangkaan semata-mata. Tapi semuanya hancur apabila Qayyim betul-betul terbukti telah lumpuh.

“Ayim tak boleh cakap seperti ini sayang. Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku, Ayim. Allah sedang aturkan sesuatu untuk Ayim. Percayalah.” ujar Datin Kursiah lembut. Dia mengerti perasaan anaknya ketika itu. Memang sukar untuk terima semua ini.

“Aku ada untuk kau, Ayim. Kau jangan risau. Aku tetap kawan kau dunia akhirat.”kata Fathir pula sambil menepuk-nepuk bahu Qayyim.

Qayyim mengangkat kepala. Dia memandang Fathir sebelum pandangannya jatuh kepada Datin Kursiah.
Datin Kursiah mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia nak anaknya tahu bahawa bagaimanapun keadaan dirinya, Qayyim tidak akan bersendirian. Dia masih ada ibu dan ayahnya serta sahabat baiknya, Fathir. 


“Kau jangan nak bohong, Fathir. Tak ada siapa yang mahu berkawan dengan lelaki cacat seperti aku ni. Aku dah tak guna lagi sekarang. Aku hanya menyusahkan orang sahaja.” Qayyim masih lagi menghinakan dirinya. Masih tidak dapat menerima kenyataan yang sebenar.

“Tak Ayim. Kau sahabat aku ketika susah dan senang. Tak akanlah bila kau seperti ini aku nak terus tinggalkan kau. Kita kawan dari kecil. Walaubagaimanapun aku tetap kawan kau.” Fathir menyakinkan Qayyim.

“Ya sayang. Ayim ada papa, mama  dan sahabat baik. Ayim tidak keseorangan.”

“Ibu, Sofea ada datang melawat Ayim tak? Ayim nak jumpa dengan Sofea. Sofea! Sofea!” Qayyim menjerit-jerit memanggil nama tunangnya itu setelah menyedari Sofea tidak turut serta bersama dengannya ketika dia membuka mata tadi.

Datin Kursiah dan Fathir berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menerangkan kepada Qayyim mengenai tunangnya itu.

“Mama! Mana Sofea?” desak Qayyim selepas melihat mamanya hanya diam tidak menjawab pertanyaan daripadanya. Wajah Fathir turut dipandang.

“Sofea ada datang tadi. Tapi dia dah balik. Nanti Sofea datang tengok Ayim lagi ya.” pujuk Datin Kursiah. Dia terpaksa berbohong. Dalam keadaan seperti ini dia tidak berdaya untuk memberitahu kebenaran yang sebenarnya.

“Betul ni, Fathir?” Qayyim ingin kepastian.

Fathir lantas mengangguk selepas melihat Datin Kursiah merenung tajam kepadanya tanda tidak mahu dia memberitahu hal yang sebenar kepada Qayyim.

“Ayim nak telefon dia. Ayim nak suruh dia datang sini.” ujar Qayyim sambil mencapai telefon bimbitnya.

“Eh, jangan telefon lagi. Sofea beritahu mama tadi dia ada hal sekejap. Dia tidak mahu diganggu buat sementara ini sebab dia sibuk sangat. Nanti ya Ayim…” Datin Kursiah menghalang.

Qayyim berkerut dahinya. Sibuk apa sangat sampaikan tunang sendiri nak telefon pun tak boleh? Qayyim yakin Datin Kursiah ada sembunyikan sesuatu daripadanya.

“Mama ada sembunyikan sesuatu daripada Ayim kan? Fathir?”

Kepala Datin Kursiah lantas menggeleng laju. Matanya dilarikan daripada terus menatap wajah anaknya. Hatinya terasa begitu sebak.

“Betul Ayim. Sofea ada hal tadi. Dia pesan tak bagi telefon lagi kerana dia sedang bermesyuarat. Kau tunggu aje dia telefon kau nanti. Tak adanya tak tipu kau, Ayim.” Fathir menjawab bagi pihak Datin Kursiah selepas melihat Datin Kursiah hanya diam.

“Sekarang mama nak Ayim berehat dahulu. Ayim perlukan rehat yang secukupnya. Mama tak nak Ayim fikirkan apa-apa lagi.” nasihat Datin Kursiah.

Datin Kursiah mahu mencari Sofea. Tidak mungkin dia akan membiarkan Sofea pergi begitu sahaja. Dia tidak sanggup membuat anaknya terluka. Sofea harus diberi pengajaran. Datin Kursiah tidak akan hanya duduk diam tanpa mengambil sebarang tindakan. Tidak akan.

“Mama, Ayim nak balik rumah.”ujar Qayyim.

“Tapi Ayim baru sahaja sedar. Ayim masih lagi di bawah perhatian doktor.”

“Tak mahu. Ayim nak balik . Ayim nak pergi kerja. Ayim bosan duduk seperti ini.” rungut Qayyim. Dia cuba untuk bangun juga tapi tetap tidak berdaya. Dia memang sudah hilang daya rasa di kakinya.

“Minta maaf Datin, Ayim. Aku kena minta diri dulu, Ayim. Aku kena pergi ambil isteri aku balik kerja, Ayim. Esok aku datang melawat kau lagi. Tapi kalau dah keluar hospital jangan lupa beritahu tau.” pesan Fathir . Dia menghampiri Qayyim lalu mereka bersalaman.

“Kau tak akan tinggalkan akukan?” soal Qayyim yang masih lagi tidak melepaskan genggaman tangan Fathir. Dia risau dengan keadaan dirinya sekarang semua orang tidak mahu berkawan dengannya lagi.
Fathir mengukirkan senyuman. Tidak pernah terniat dalam hatinya untuk meninggalkan Qayyim. Dia sayangkan sahabatnya itu.

“Tak Ayim. Kau jangan risau. Aku tak akan pernah tinggalkan kau. Kau sahabat aku dunia akhirat.” Fathir menyakinkan Qayyim.

Qayyim menarik tubuh Fathir lalu mereka berpelukan sebagai seorang sahabat baik.

“Terima kasih, Fathir.”

“Aku balik dulu. Datin, saya balik dulu.”

Fathir terus melangkah ke pintu. Dia sedih dengan apa yang terjadi kepada Qayyim. Tapi apa yang pasti, dia akan tetap menjadi sahabat kepada Zill Qayyim.

“Mama pun nak balik berehat sekejap. Malam ini papa yang jagakan Ayim. Bolehlah Ayim berborak dengan papa.” beritahu Datin Kursiah.

“Mama pun tak akan tinggalkan Ayim kan?”tanya Qayyim kepada Datin Kursiah pula.

Datin Kursiah menggeleng.

“Walaupun Ayim dah cacat?”

“Jangan macam itu Ayim. Ayim boleh sembuh. Yakinlah.”

“Boleh sembuh? Mimpi aje semua tu.” Qayyim tergelak dibuat-buat. Dia tidak boleh berjalan lagi dan penyakit lumpuhnya ini tidak akan pernah sembuh.

“Sayang, mama akan lakukan apa sahaja untuk Ayim. Kita akan pergi berubat.”

“Tak apalah mama. Mama pergilah balik berehat dulu. Kasihan kat mama tak cukup rehat sebab jaga Ayim.” Qayyim menarik comforter lalu menutup tubuhnya separuh dada. Dia pun sudah letih dan mahu merehatkan dirinya.

“Baiklah. Mama balik dulu. Tunggu papa datang ya. Sayang anak mama ni.” Datin Kursiah menghadiahkan sekucup ciuman di dahi anaknya. Qayyim menyuakan tangannya untuk bersalam tanda hormat seorang anak kepada ibunya.

“Sayang mama juga.”ujar Qayyim lalu menghadiahkan flying kiss buat mamanya sebelum Datin Kursiah melangkah keluar dari biliknya.

 Kini tinggallah dirinya seorang diri. Telefon bimbitnya dicapai lalu nombor Sofea menjadi sasaran. Dia perlu menghubungi tunangnya itu walaupun Datin Kursiah dan Fathir melarangnya. Dia yakin mereka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

****************

“Aku nak kau cari Sofea sampai dapat. Aku tak nak tahu bagaimana caranya. Yang aku nak tahu Sofea ada di depan mata aku.” ujar Datin Kursiah kepada anak buahnya yang telah digaji untuk mencari sesuatu maklumat.

“Bagaimana dengan bayarannya, Datin?” tanya salah seorang daripada mereka.

Datin Kursiah mengeluarkan satu sampul surat yang berisi wang lalu diserahkan kepada ketua mereka.

“Banyak ini aje?”

“Aku suruh kau cari Sofea sahaja. Bukannya suruh bunuh dia ke culik dia ke.” jawab Datin Kursiah. Beri betis nak paha pula anak buahnya ini.

“Tapi banyak kerja juga tu Datin. Tak akanlah banyak ini saja…”

“Buat kerja dahulu. Nanti aku tambahkan lagi. Sekarang jalankan kerja kau baik-baik. Aku tak nak Sofea cedera. Faham?” tegas arahan daripada Datin Kursiah kepada anak buahnya.

“Baiklah, Datin. Macam tak biasa pula Datin ni.”

“Ingat tau. Aku balik dulu.”

Datin Kursiah terus melangkah meninggalkan lokasi yang menjadi tempat untuk mereka berjumpa selama ini. Datin Kursiah yakin anak buahnya akan berjaya menjejaki Sofea.

*************

“Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.” Sejak dari tadi hanya itu yang menjadi penjawab setia kepada setiap panggilan yang dibuat oleh Qayyim.

Qayyim mendengus kasar. Dia mencampakkan telefon bimbitnya ke atas meja sebelah dengan katilnya kasar. Sejak dari semalam dia cuba menghubungi Sofea tetapi jawapannya tetap sama. Nombor itu sudah tidak aktif lagi.

“Sayang, kenapa ni?” tanya Datin Kursiah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Qayyim. Wajah 
anaknya seperti sedang marahkan seseoarang. Mungkin Sofea?

“Mama kata Sofea sibukkan? Tak akanlah sampai hari ini masih lagi sibuk. Datang melawat Ayim pun tidak. Mama bohong Ayim kan?” suara Qayyim sedikit meninggi. Dia perlukan jawapan yang jujur.

“Marahkan Sofea lah ini ya? Sofea tak datang lagi ke?” Datin Kursiah bersuara tenang dengan melakonkan seperti dia tidak tahu apa-apa.

“Iyalah. Pergi mana pun tak tahu. Ayim dah berpuluh-puluh kali telefon tapi semuanya tak aktif.” dengus Qayyim lagi.

“Mungkin betul kot dia tengah sibuk. Nanti mama akan cuba mencari Sofea. Ayim jangan risau.”
Sekeping sandwich yang dibawa dari rumah dihulurkan kepada Qayyim. Pasti anaknya belum menjamah apa-apa lagi kerana makanan yang disediakan oleh pihak hospital tidak disentuh langsung. Mungkin fikiran anaknya sekarang sedang memikirkan kehilangan Sofea. Datin Kursiah akan usahakan yang terbaik demi anak lelakinya itu.

“Ayim dapat rasakan yang Sofea memang dah tinggalkan Ayim. Siapa nak kat Ayim yang cacat inikan? Ayim memang tak guna. Semua orang nak tinggalkan Ayim. Ayim benci hidup seperti ini. Ayim nak mati! Ayim nak mati!” Qayyim sekali lagi memberontak. Bantalnya dibuang ke lantai dan sandwich yang diberikan oleh Datin Kursiah tadi dilempar. Qayyim sudah tidak dapat mengawalkan dirinya lagi.

“Sabar, Ayim. Sabar. Doktor! Doktor!” jerit Datin Kursiah memanggil doktor selepas melihat keadaan Qayyim yang tiba-tiba mengamuk.

“Datin ke tepi dahulu. Saya perlu menyuntik ubat penenang untuk Qayyim.”ujar doktor yang merawat Qayyim.

Air mata Datin Kursiah mengalir laju. Dia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan Qayyim seperti ini. Siapa yang tak sedih apabila ditinggalkan sebegitu. Tambahan pula Sofea itu adalah perempuan yang paling Qayyim sayang. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi perempuan itu tetapi ketika dia sakit senang-senang sahaja Sofea mengundur diri. Sofea memang hipokrit.

Telefon bimbit Datin Kursiah berdering. Cepat-cepat Datin Kursiah menyeluk beg tangannya lalu telefon bimbitnya dibawa keluar. Datin Kursiah terus menjawab apabila mendapati panggilan tersebut daripada orang yang ditunggu-tunggu.

“Datin, Sofea sudah dapat dikesan. Apa tindakan Datin seterusnya?” tanya lelaki yang diupah untuk mencari Sofea di corong telefon.

“Kau bawa ke tempat selalu. Ingat jangan cederakan dia. Dia kunci kebahagiaan anak aku.”

“Baik, Datin. Datin nak datang bila?”

“Banyak tanyalah kau ni. Sekejap lagi aku sampailah.” rengus Datin Kursiah dan talian terus dimatikan selepas melihat doktor selesai membuat pemeriksaan ke atas Qayyim.

“Saya telah suntikan ubat penenang kepada Qayyim. Biarkan Qayyim berehat dahulu kerana emosinya ketika ini tidak stabil. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan tentang kondisi kesihatannya sekarang ini. Jadi saya harap Datin Kursiah bersabar ya.”

Datin Kursiah mengangguk.

“Saya minta diri dulu.”ucap doktor muda itu lalu mengangkat kaki meninggalkan bilik Qayyim bersama dengan dua orang jururawatnya.

“Jangan risau, Ayim. Mama akan lakukan apa sahaja demi Ayim. Mama tak akan biarkan Sofea hidup senang kerana buat Ayim seperti ini. Mama akan buat Sofea menderita.” ujar Datin Kursiah sambil mengerlus rambut anaknya yang sedang terlena akibat kesan daripada suntikan tadi. 

6 comments:

  1. Permulaan cerita yg baik.... Xsbr nk tahu pasal Sofea & Qayyim... Best!!!

    ReplyDelete
  2. permulaan yg baik..best cita dia, tak sabar nak tau cita sterusnya...sorry ya kita nak komen sikit jgn mrah ya, ada prkataan yang salah cth 'Tak adanya tak tipu kau'... ni msti salh taip 'tak' ke 'nak'...cayok2.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan tanah,

    Pertama sekali, maaf, dah baca seminggu lalu tak silap, tapi x dapat komen. Ni baru singgah. Wah! Bab 1 saja sudah menarik perhatian dan menimbulkan tanda tanya. Suka dengan corak perjalanan ceritanya. Nak baca lagi seterusnya. Gud job! ^__^

    ReplyDelete
  4. salam....
    menarik...permulaan menarik...lengkap...teruskan ke bab 2 ya....?

    ReplyDelete
  5. Encik oman - terima kasih sudi baca.... ooowh yeke? Terima kasih..typo dah tu...xmarahlah..

    Encik Ayim - xpe...dah baca pun min berterima kasih sgt...

    Kak Ria - wasalam.... terima kasih kak sudi mnjenguk...bab 2 dah ada...

    Along - thanks support acu.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,min,jln cite yg mnrik...bab 1 je dh sedih baca ksh qayyim

    ReplyDelete

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH