Bab
7
Qaseh menyeluk tas
tangannya. Telefon bimbit jenis Xperia dibawa keluar. Mesej yang dihantar oleh
Qayyim semalam dibelek. Dia cuma ingin memastikan alamat rumah banglo di
hadapannya ini sama seperti alamat yang diberikan oleh lelaki sengal itu. Dia
tidak salah lagi. Betul alamat yang diberikan oleh Qayyim semalam.
“Patutlah dia kutuk
rumah aku. Gila besar rumah dia.”puji Qaseh sendiri apabila terpesona seketika
melihat rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah di hadapannya ini. Dari
luar sudah terpesona apatah lagi di dalam. Mungkin dia akan pengsan sepanjang hari.
Qaseh tersenyum sendiri.
Loceng ditekan. Qaseh
menanti dengan penuh sabar. Kelihatan seorang wanita sedang terkocoh-kocoh
datang untuk membuka pagar.
“Mau cari siapa?”tanya
wanita itu dalam bahasa Indonesia. Mungkin pembantu rumah ini.
“Saya Qaseh Zulaikha.
Hari ini saya akan mula bertugas sebagai penjaga kepada encik….” Qaseh menggaru
kepalanya. Macam mana boleh lupa pula nama lelaki sengal tu? Aduh. Macam mana ni?
“ Oh, Tuan Zill Qayyim? Jemput
masuk duluan. Saya ada dikhabarin bahawa Cik Qaseh akan mula berkerja hari ini.
Nama saya Yati. Panggil aja Kak Yati. Pembantu rumah ini.” Yati memperkenalkan
diri tanpa disuruh.
Qaseh menganggukkan
kepala sambil bibir mulusnya mengukirkan senyuman. Dia cuba menahan rasa gentar
di hatinya yang semakin menjadi-jadi. Tidak pernah dia berasa berdebar-debar
seperti ini.
“ Dah sampai pun.”
Datin Kursiah terus menegur sebaik sahaja Qaseh melangkah masuk ke dalam rumah
itu. Qaseh tercengang seketika. Matanya asyik melirik setiap sudut rumah lelaki
sengal ini. Cantiknya...
“Qaseh, jemput duduk.
Saya nak beritahu tugas kamu.”arah Datin Kursiah selepas menyedari Qaseh masih
lagi seperti terkena kejutan budaya. Agaknya dia tak pernah masuk rumah banglo
kot. Datin Kursiah membuat andaian sendiri.
Qaseh kembali tersedar.
Dia termalu sendiri.
“Baiklah. Terima kasih
kerana sudi menerima untuk menjadi penjaga kepada Ayim. Mulai hari ini awak
akan menjadi salah seorang pekerja di dalam rumah ini. Bilik kamu berkongsi dengan
Yati. Nanti Yati akan tunjukkan bilik kamu.”
“Saya kena tinggal di
sini ke, Datin?” Qaseh mengutarakan soalan pertamanya.
“Saya nak Ayim
diperhatikan 24 jam. Jadi faham maksud saya?” Soalan Qaseh dikembalikan dengan
soalan.
Qaseh mengangguk. 24 jam?
Gilalah. Tak akanlah tidur pun nak kena perhatikan juga? Boleh gila aku kalau
begini.
“Jadi saya kena pindah
duduk sini ke?” Qaseh menggarukan kepalanya. Dia bertanya cuma inginkan
kepastian walaupun dia sudah mengerti maksud Datin Kursiah tadi.
“Iyalah. Tak akan itu
pun tak faham kot.”
Qaseh mengangguk lagi.
Sekarang dia benar-benar faham. Selepas ini terpaksalah dia meninggalkan Zizie
berkeseorangan tinggal di rumah. Itu semua telah dibincangkan sebelum ini.
Mungkin Zizie akan mencari teman serumah baru bagi menemaninya.
“Siapa ni?” Datuk Qairi
menyoal ketika dia sedang menuruni tangga. Kolar bajunya dibutangkan. Tali
leher berwarna hijau lumut itu dikemaskan. Dari atas tadi dia dapat melihat
seorang perempuan yang tidak dikenali sedang diberi arahan oleh isterinya.
Mungkin ini pekerja baru yang dikhabarkan oleh Datin Kursiah semalam.
“ Qaseh Zulaikha.
Pekerja baru selaku penjaga Ayim.”jawab Datin Kursiah lembut.
Datuk Qairi menjeling sekilas melihat wajah Qaseh sebelum meneruskan langkah menuju ke meja makan untuk bersarapan.
Qaseh hanya menayangkan
senyuman nipis. Dia cuba mengingati sesuatu apabila terpandangkan wajah Datuk
Qairi. Dia seperti pernah bertemu dengan majikannya ini tetapi di mana?
“Qaseh, sekarang saya
nak kamu pergi dapur ambil sarapan yang disediakan oleh Yati dan bawa ke bilik
Ayim.” arah Datin Kursiah segera. “ Yati, tunjukkan apa tugasnya.”
“Baik datin. Qaseh,
mari yuk ikut Kak Yati.”
Qaseh hanya menurut
tanpa bantahan. Dia menyusun langkah membontoti Kak Yati. Ketika di dalam
perjalanan, dia cuba menjeling untuk melihat wajah Datuk Qairi tetapi tidak
berjaya kerana suratkhabar telah menghalang pandangannya.
“Itu bilik Ayim. Ini
sarapannya. Sebelum masuk harus ketuk pintu dulu ya.” pesan Yati kepada Qaseh.
“Baiklah.” Qaseh lantas
menatang dulang yang telah siap disediakan oleh Yati. Di atas dulang ini
terdapat dua keping roti bakar dan secawan minuman coklat. Seronoknya jadi
orang kaya. Sarapan disediakan siap dibawa ke bilik lagi. Bilalah aku boleh
merasa semua ini? Kalau dapat kahwin dengan orang kaya pun okey juga. Qaseh
tersengih. Sempat lagi dia berangan.
Tuk! Tuk! Tuk!
Qaseh mengetuk pintu
seperti yang diarahkan. Sepi. Tiada jawapan. Sekali lagi Qaseh mengetuk. Tetapi
tetap juga sama. Qaseh memulas perlahan tombol pintu bilik lelaki itu.
Kepalanya dijengulkan sedikit untuk melihat bilik Qayyim.Namun langsung tidak
nampak kelibat Qayyim. Qaseh mengambil keputusan untuk terus melangkah masuk
tanpa keizinan.
“Sengal….” seru Qaseh.
Dulang diletakkan di atas meja. Matanya memerhati keadaan bilik Qayyim yang
berselerak itu. Barang-barang yang bertaburan di atas lantai diambil lalu
diletakkan di tempat asal. Rimas dia melihat keadaan bilik Qayyim ketika ini.
Apalah lelaki ini buat? Sudah seperti taufan Katrina melanda keadaannya.
“Aduh!” Qaseh mengaduh
kesakitan. Dia terus jatuh terduduk di atas katil. Ada cecair merah yang keluar
dari kakinya. “Kaca! Bahayanya bilik sengal ni. Siap ada kaca lagi. Aduh,
sakitnya.” Qaseh berleter. Dia cuba untuk mengeluarkan serpihan kaca yang telah
menikam tapak kakinya.
“Haaaaaa!”jerit satu
suara.
Qaseh tercari-cari
suara yang menjerit itu. Sepantas kilat matanya dipejam rapat. Tidak sanggup
untuk menyaksikan pertunjukkan yang tidak disengajakan ini.
“Kenapa kau tak ketuk
pintu dulu? Aku cukup pantang bila ada orang yang main sedap kaki saja masuk
bilik aku tak ketuk dulu. Kau ingat ni bilik kau ke, hah?” marah Qayyim yang
terkejut. Buka saja pintu bilik air, terpandangkan seorang wanita sedang duduk
di birai katilnya. Mahu tak menjerit.
“Aku dah ketuk tapi kau
tak dengar. Jadi jangan salahkan aku.” jawab Qaseh. Matanya masih lagi tertutup
rapat.
“Selagi tak dengar
arahan daripada aku, jangan nak pandai-pandai. Hari pertama sudah buat hal.
Sakit jiwa aku kalau selalu begini.”
“Aku pun sakit jiwa
dengan kau. Cepatlah pakai baju tu. Jangan nak tunjuk body kau yang macam ikan kering kena jemur tu kat aku.”gesa Qaseh.
Qayyim membulat
matanya. Berani dia kata aku macam ikan kering. Puakanya mulut perempuan ni. Pakaian
yang sudah tersedia di atas katil dicapai lalu disarungkan ke badan.
“Kau tu minah puaka,
minah kepo dan minah senget. Kau tutup mata ni sebab nak suruh aku cium ke? Aku
on saja.” Qayyim
mendapat idea untuk mengenakan Qaseh. Biar padan muka si puaka ni.
Qaseh lantas membuka
mata. Dia menarik nafas lega apabila Qayyim lengkap berpakaian. Dia berasa
takut apabila diugut seperti itu. Buatnya lelaki ini terkena angin monsun barat
daya dia buat sungguh naya saja Qaseh nanti.
“Kau jangan nak
mengarut. Ni sarapan kau.”
“Aku nak tanya kau satu
soalan. Aku ni siapa?”
“Kau lelaki sengal yang
sawan. Kenapa?” Qaseh terpinga-pinga ketika bertanya. Tiba-tiba sahaja tanya
soalan sedemikian. Tak akanlah diri sendiri pun tak kenal.
“Kau tu siapa?”soal
Qayyim lagi tidak menghiraukan pertanyaan Qaseh yang dipulangkan padanya.
“Aku seorang gadis yang
terperangkap untuk bekerja dengan lelaki sengal macam kau. Aku keluar
dulu.”
“Tunggu dulu. Kau tak boleh
buat apa-apa tanpa arahan daripada aku. Kau sekarang dah jadi pekerja aku, aku
ni majikan kau. Jadi kau harus menghormati aku. Buat apa yang aku suruh saja,
yang aku tak suruh jangan buat. Faham?” Qayyim berwajah serius.
“Suka hati akulah.
Kalau tak selesa, aku boleh saja berhenti notis 24 jam.” Qaseh masih lagi
berkeras. Tidak mudah untuk dia mengikut sahaja arahan lelaki ini. Dia tidak
suka hidupnya dikongkong. Rimas.
“Kau ingat aku senang
nak lepaskan macam tu saja. Kalau nak susah cubalah lari.”
Qaseh mengetap bibir.
Geram. Mentang-mentanglah dia kaya dia ingat dia boleh buat apa saja. Ini Qaseh
Zulaikhalah , sengal! Tak pernah takut dengan ugutan.
“Sekarang ni aku nak
kau panggil aku Tuan Zill Qayyim. Tukar perkataan aku tu kepada saya dan ikut
semua arahan aku. Sekarang ni aku nak kau kemas bilik aku ni. Rimas aku
tengok.” Qayyim memberi arahan pertamanya tegas.
Qaseh lantas bangun
melakukan kerjanya seperti yang diarahkan. Malas nak bertekak dengan lelaki
itu. Terhenjut-henjut Qaseh ketika berjalan. Denyutan di kakinya semakin sakit.
Mana taknya, dalam kesan tikaman kaca itu menusuk ke kakinya.
“Kenapa dengan kaki
kau?” soal Qayyim selepas melihat keadaan Qaseh yang menjongketkan sedikit
tapak kakinya. Ada kesan darah yang mengalir.
“ Kena kaca.”jawab
Qaseh ringkas.
“Meh sini nak tengok.
Inilah akibatnya kalau masuk bilik aku tanpa kebenaran.”
“Tak apa. Sikit saja.
Sekarang semuanya dah berkemas. Tuan Zill Qayyim nak suruh saya buat apa lagi?”
Loya tekak Qaseh ketika menggelarkan dirinya ‘saya’. Semua ini sebab terpaksa
sahaja. Kalau tidak jangan harap.
“Suap aku sarapan.
Tangan aku sakit.”
Qaseh membulat matanya.
Makan pun kena suap? Mengada-ngadanya!
“Apa lagi tercegat kat
situ? Cepatlah suapkan aku makanan tu. Aku potong gaji kau nanti.”
“Tak boleh nak makan
sendiri ke? Macam budak-budak.”dengus Qaseh perlahan tetapi masih boleh lagi
didengari oleh Qayyim.
“Buat kerja tu kena
ikhlas. Jangan nak berleter.”tegur Qayyim.
Qaseh mengeluh kasar.
Roti yang disapu jem perisa strawberri itu diambil lalu disuakan kepada Qayyim.
Lelaki itu lantas membuka mulut untuk menerima suapan daripada Qaseh itu.
“Tangan kau…eh, Tuan
Zill kena apa?” Qaseh tersasul.
“Aku tumbuk
cermin.”jujur sungguh jawapan yang diberikan oleh Qayyim.
“Tak ada kerja sangat
ke yang tumbuk cermin tu? Padan muka tangan sakit.”
Qaseh tergelak kecil.
Cerdik sangatlah otak tu bila cermin pun ditumbuk.
“Gelak? Kang muka kau
aku tumbuk pula kot.”
Terus mati senyuman
yang terukir di bibir Qaseh. Orang melawak sikit pun tak boleh. Sengal sungguh
lelaki ni.
“Mulai sangat ini kau
kena ikut semua arahan aku. Setiap pagi aku nak kau sediakan sarapan untuk aku
dan bawa ke bilik seperti yang kau lakukan sekarang. Kau yang masak bukannya
Kak Yati. Nanti tanya Kak Yati apa menu aku. Lepas itu, ke mana sahaja aku nak
pergi kau kena ikut. Lepas itu….”
“Masuk tandas pun kena
ikut juga?” Qaseh mencelah sebelum Qayyim menghabiskan bicaranya.
“Aku tak suka bila aku
bercakap ada orang menyampuk. Dengar dulu sampai aku habis.”
“Baiklah, Tuan Zill
Qayyim sengal.” Qaseh berkata geram. Itu tak suka ini tak suka. Apa yang dia
suka tak tahulah.
“Setiap hari kau kena
sediakan pakaian aku, makan minum aku dan ikut aku ke mana sahaja. Arahan aku
mesti kau patuhi. Kalau tidak, gaji kau akan dipotong. Nanti kau beri nombor
akaun adik-adik kau. Aku nak tunaikan janji aku.”
“Tuan Zill ni susah
saja upahkan saya untuk jaga tuan. Kan bagus kalau Tuan Zill kahwin. Dari
hujung rambut sampai hujung kaki isteri tuan tu boleh tolong sediakan. Tak
perlu nak bawa keluar duit nak bayar gaji. Kan senang…”
“Aku ni lumpuh, cacat.
Tak ada perempuan pun nak kat aku. Aku ni akan menyusahkan mereka saja.”
“Tak adanya cacat cuma
tak boleh berjalan saja. Tuan Zill yang merendah diri sangat.” Qaseh menyangkal
kenyataan Qayyim. Qayyim bercakap seperti dia sedang menyalahkan takdir dan
tidak yakin dengan janji ALLAH yang menciptakan setiap makhluk di dunia ini
secara berpasang-pasangan.
“Aku nak kau jadi
isteri aku, kau mahu ke?”
Gulp! Qaseh tercengang
seketika. Dia ni serius ke main-main?
“Mesti kau tak mahukan.
Sekarang ini pun dah banyak merungut. Kalau jadi isteri aku nanti tak tahulah
macam mana.”sambung Qayyim sinis. Dia tersenyum mengejek.
“Tak boleh sembuh ke kaki tuan tu?” Qaseh
mengubah topik. Kalau berterusan cakap tentang kahwin silap-silap Qaseh terkena
serangan jantung nanti.
“Tak tahu. Malas nak
ambil tahu. Minah, aku nak ingatkan kau
jangan cuba nak goda aku. Faham?” Qaseh berkerut dahi
seribu.
“Tengok kau pun aku tak
seleralah, sengal.” Qaseh membalas geram. Panggilannya kembali kepada asal.
Suka hati saja tuduh aku nak goda dia. Qaseh lantas berpeluk tubuh.
“Kalau macam tu tak
apa. Aku cuma ingatkan saja.”
“Hai Ayim, buat apa
dalam ni lama sangat tu? Pagi inikan Ayim ada terapi. Dah lewat ni.” Datin
Kursiah menegur dari arah pintu bilik Qayyim yang tidak ditutup. Rancak dia
mendengar perbualan Qayyim dan Qaseh tadi. Macam-macam hal.
“Baiklah mama. Ayim
terlupa. Ini semua kerana kaulah, Minah.” Qayyim menuduh lalu telefon bimbitnya
dicapai. Kolar baju kemeja yang dipakai dibetulkan terlebih dahulu sebelum
memusingkan kerusi rodanya menuju ke pintu.
“Qaseh, kamu ikut Ayim.
Ayim pergi dengan Qaseh, okey? Mama ada hal persatuan. Bolehkan?”
Qaseh mengangguk laju.
Dia berdiri tercegat langsung tidak berkutik menanti arahan seterusnya daripada
Datin Kursiah.
“Boleh mama. Lagipun
buat apa gajikan dia kalau tak buat kerja. Mama tak perlu risau. Sekarangkan
Ayim dah ada penjaga sendiri.”
“Baiklah kalau begitu.
Qaseh, jaga Ayim elok-elok tau. Mama pergi dulu.”
Qayyim bersalaman dengan Datin Kursiah sebelum wanita itu mencium dahi anaknya. Terserlah kasih sayang antara mereka.
“Yang kau tercegat kat
situ lagi tu kenapa? Cepatlah tolak kerusi roda aku ni. Aku dah terlambat tahu
tak? Mulut saja berpuaka tapi bila buat kerja macam kura-kura.”
Qaseh mendengus.
Kakinya laju melangkah menghampiri Qayyim yang tidak jauh daripadanya. Dia
tidak membalas. Kalau membalas nanti dia juga yang sakit hati. Lebih baik diam.
*************
Sudah hampir
dua jam Qaseh menunggu Qayyim menjalankan rawatan. Matanya sesekali ditenyehkan
akibat daripada diserang rasa mengantuk yang amat sangat. Hampir sahaja dia
terjelepuk jatuh ke lantai tadi kerana tertidur. Nasib baik dia cepat tersedar.
“Cik Qaseh, saya pakar terapi Encik Qayyim. Boleh
saya berjumpa dengan cik sebentar?” Suara itu menyentak Qaseh yang sedang
mamai. Matanya yang redup dibuka luas. Kononnya nak menghilangkan rasa
mengantuk yang melanda.
Qaseh mengangguk. Dia terus mengangkat punggung
tanpa banyak soal.
“Jemput duduk.” pelawa doktor muda itu. “Tujuan saya
memanggil Cik Qaseh ni sebab nak beritahu tentang kesihatan Encik Qayyim.
Selalunya Datin Kursiah yang menemani Encik Qayyim. Jadi saya nak beritahu yang
kaki Encik Qayyim semakin menampakkan hasil yang positif. Ada sedikit respon
apabila setiap kali dirangsang. Tetapi itu tidak menjanjikan apa-apa. Kalau
boleh saya nak minta tolong Cik Qaseh untuk membantu saya dan pihak hospital bersama-sama
memulihkan kaki dia.” Terang doktor pakar itu panjang lebar.
Qaseh berkerut dahi. Dia mengecilkan matanya sedikit
untuk memahami apa yang cuba dimaksudkan oleh doktor itu.
“Janganlah buat muka macam tu. Tak cantik.” seloroh
doktor yang dikenali sebagai Akimi itu sambil tergelak kecil.
Qaseh tersengih. Merah mukanya apabila ditegur
sebegitu.
“Saya tak faham maksud doktor. Maaflah, saya ni agak
slow nak faham semua ni. Saya belajar
tak tinggi. Setakat SPM sahaja. Itu pun tak semua yang lulus.” Qaseh berkata
jujur. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Doktor Akimi ketawa berdekeh-dekeh. Lucu sangat
penjaga baru pesakitnya ini. Kalau begini caranya pasti Qayyim akan cepat
sembuh. Tak kering gusi dibuatnya.
“Ada-ada sajalah Cik Qaseh ni. Maksud saya begini,
saya nak Cik Qaseh tolong saya menjalankan terapi untuk Encik Qayyim. Cik Qaseh
bantu dia untuk berdiri semula. Cik Qaseh cabar dia ke atau luahkan kata-kata
sinis yang membuatkan dia rasa tercabar. Secara tak langsung ini akan membantu
semangatnya untuk kembali pulih. Tak pun Cik Qaseh bantu untuk berdiri.”
“Kalau dia tak nak? Dia tu keras kepala. Semua kata
dia saja orang nak kena dengar , kata orang lain dia tolak tepi. Sakit hati tau
bila berhadapan dengan lelaki sengal macam tu.”adu Qaseh. Risau jika dianggap
menyibuk hal lelaki itu pula nanti.
“Usaha dulu sebelum mengalah.”ujar Doktor Akimi
pendek tetapi maksudnya begitu mendalam. Tidak boleh terus mengaku kalah tanpa
ada usaha yang jitu.
“Tengoklah macam mana nanti. Tapi saya tak janji.”
“Tak apa. Kalau perlukan bantuan boleh terus hubungi
saya. Saya kasihan melihat Encik Qayyim tu. Dia tu perlukan seseorang yang
macam Cik Qaseh untuk menjadi tempat dia mengadu dan cerita masalah. Cik Qaseh
perlu menjadi sahabat yang baik untuknya. Dia tidaklah sekerek yang Cik Qaseh
sangkakan.” Doktor Akimi tersenyum senget. Senyuman penuh bermakna.
“Baiklah. Insya ALLAH saya akan cuba.” Qaseh
bersetuju. Kalau Qayyim sembuh nanti tak perlulah dia bekerja dengan lelaki itu
lagi. Bagus juga cadangan doktor ini. Qaseh tersenyum dalam hati.
“Encik Qayyim dah selesai terapi tu. Bolehlah balik
sambung tidur.”
Qaseh membulatkan matanya. Doktor ni nampak ke dia
tidur tadi? Qaseh tertanya-tanya.
“Hah?” Mulut Qaseh sedikit terbuka.
“Tadi saya tengok Cik Qaseh tersengguk-sengguk kat
kerusi tu. Jadi saya sarankan agar Cik Qaseh balik tidur. Nanti nak jaga orang
sakit, Cik Qaseh pula yang sakit.” Doktor Akimi mengusik.
Qaseh tersengih sehingga menampakkan garisan giginya
yang tersusun cantik. Rasa macam darah menyiarap di mukanya. Malunya tidak
dapat dibendung lagi. Nak saja dia cepat berlalu pergi dari situ.
“Saya minta diri dulu. Terima kasih.” Qaseh terus
menikus keluar dari bilik Doktor Akimi. Cuping telinga Qaseh dapat menangkap
suara tawa Doktor Akimi yang lucu dengan kelakuannya.
“Dah selesai ke?”tanya Qaseh terus mengambil alih
tugas jururawat dengan menolak kerusi roda Qayyim.
“Dah. Jom balik. Aku dah letih.” Qayyim merungut.
Macam-macam yang perlu dia lakukan terapi. Kalau tidak kerana desakan mamanya
yang ingin dia menjalani terapi memang awal-awal lagi dia tarik diri. Qayyim
tahu dia tidak akan boleh berjalan lagi. Buat rugi masa sahaja lakukan semua
ini.
“Saya nak ke tandas sekejap. Boleh tunggu kejap
tak?”
“Sekaranglah kau nak ke tandas pun. Pergilah tapi jangan lama-lama sangat. Kalau tidak aku tinggal.”
“Sekaranglah kau nak ke tandas pun. Pergilah tapi jangan lama-lama sangat. Kalau tidak aku tinggal.”
Qaseh terus berlari anak menuju ke bilik air
hospital berkenaan. Masa ini jugalah dia nak melepaskan hajat pun. Selepas
beberapa minit, Qaseh sudah selesai
semuanya. Ketika sedang dalam perjalanan menuju kepada Qayyim semula, mata
Qaseh terpandangkan seseorang.
Dia cuba mengamati sebatang tubuh yang tinggi
lampai. Pandangannya kurang jelas tetapi dia masih dapat mengenali pemilik
tubuh itu. Hati Qaseh tiba-tiba diundang rasa sebak. Dia tidak sangka semua ini
akan berlaku.
Air mata Qaseh terus meluru keluar. Tidak dapat
ditahan lagi. Qasha sanggup menipu dirinya.
Patutlah begitu mudah dia meninggalkan Qaseh. Ini semua ada penyebabnya. Qaseh benci Aqasha.
Assalamualaikum Cik Myn,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selesai baca Bab 7. Rasa nak tergelak pun ada, rasa simpati pun ada, rasa sakit hati dengan si Qayyim sengal tu pun ada. Memang best. Apalah yang Qaseh nampak tu? Curious nak tahu.
Anyway, cuma ada satu perkataan tu macam pelik, 'terkoncoh-koncoh', rasanya terkocoh-kocoh, takpe, difahami.. nanti boleh edit balik.
Keep it up. Tak sabar baca Bab 8. Selalu ada persoalan. ^__^
@Fatrim Syah
Deleteterima kasih sudi singgah dan membaca ya...
dan terima kasih atas teguran tu...min dah ubah dah...
Qaseh nampak Qasha buat apalah agaknya tu?
hehehe... :D
Haha~ Takleh blah nama Kimi pun ada. Keh keh keh keh
ReplyDeleteHaaa~~ Datuk Qairi ni laa gamaknya lelaki tua miang duk peluk2 Qaseh aritu kot. Haha~ Sesuka hati aku main serkap jarang. :P
Qayyim ni memang sengal gila. Rasa nak tolong Qaseh bagi penampaq jepun sepuluh das je. hahahah
Hah, Qasha buat apa dengan siapa dekat sepital tu??
Next apdet please!! :D
haha...senang ambik nama org sekeliling..kehkeh...doktor Akimi lagi tu..
Deletemana pula lelaki tua tu..lelaki tua miang tu namanya Razak....silap org tu...hehe
nak tau Qasha buat apa, tunggulah next dan next ya..
kesian kat Qaseh kan...aduhaiii
eh, ye ke? haha~ tak ingat, ingat ada lelaki tua je tak ingat nama... Keh keh keh keh
Deletehhahaha best2.. smbung laaa.. lgi..
ReplyDeletemg sengal pn qayyim.. :D
terima kasih diane sudi menjenguk dan drop komen...
Deleteinsya ALLAH...lusa atau tulat min akan post lagi
Qaseh ni kena buli sajakan..
aduhai... :D
salam dik..E3 yg mencuit hati...adakah mamat sengal tu akan mendengar semua kata kata dari Qaseh..dan apakah Aqasha telah lakukan yg menyebabkan minah tu berasa seperti ditipu olehnya..citer semakin menarik...
ReplyDeletewasalam kak...
Deleteterima kasih kak sudi singgah, baca dan komen
Qaseh mampu ke nak lawan kesengalan Qayyim tu? Qayyimkan keras kepala sikit dan ego mengalahkan menara Petronas.. Qaseh salah orang kot...haha...xtau, xtau..
kehkeh
Jangan2 Dato Qairi kenal ngan Qaseh tak... Klau kenal haru biru r jawab nyer... Harap2 xkenal... Brblik citer Qayyim nie... Nakal sungguh... saje jew nk nyakat Qaseh... Sian dia... Bab Qasha nie... Mesti kuar ngan awek kan... Tuu yg Qaseh sedih... k min jgn lama sgt nk sambung... Nnt mood rase lemau plak... hehehe...
ReplyDeleteharap xkenallah kan...aduhai...
DeleteQayyim ni kaki bulikan...Qaseh baru kerja sehari mcm setahun..
xlah kot... xkanlah dating dgn awek kat hosptal? benda lain tu...
okey along... insyaALLAH xlama...Lusa atau tulat tungging terbalik min update...kehkehkeh..thanks along... :D
Kot dato qairi 2 plggn kat tmpt qaseh keje kot.hehe
ReplyDeleteBez,myn cpt smbg ye
terbaik....cpt smbung..
ReplyDeletesowi ketinggalan keta api..hehehehehe..:D