Bab
3
“Jom jogging petang ni, Qas. Aku dah lama tak
exercise. Lemak tengah seronok
menempel di dalam badan aku ni.” ujar Zizie lalu melabuhkan punggungnya di atas
sofa sebelah Qaseh yang sedang menonton televisyen. Popcorn yang terhidang di
atas meja diambil lalu dikunyah laju.
“Tak mahulah aku. Malam
ni aku kerjalah. Nanti letih.” Qaseh menolak. Matanya masih tertancap pada
skrin televisyen yang sedang menayangkan cerita Thailand yang menjadi kegemaran
Qaseh.
“Ala, kau kerja pukul
11 malam. Sempat saja nak rehat nanti. Jomlah.” desak Zizie lagi. Dia
menayangkan wajah sedihnya.
“Tak nak!”
“Qaseh Zulaikha sayang
intan payung…..” rayu Zizie masih lagi tidak berputus asa.
Qaseh menjeling sekilas
melihat muka sahabat baiknya itu. Zizie sedang buat muka mohon simpati
daripadanya. Jam di dinding ditatap terlebih dahulu. Masih ada beberapa jam
lagi untuk dia pergi kerja.
“Baiklah. Aku teman
saja. Aku tak nak jogging.” Qaseh
akhirnya bersetuju tetapi meletakkan syarat.
“Ala, tak akan nak
biarkan aku jogging seorang diri.
Jomlah jogging sekali.”
“Nak tak nak? Kalau
banyak cakap aku tarik balik persetujuan aku tu.” ugut Qaseh.
Zizie mencebik. Teman
pun macam tak ikhlas saja.
“Nak ke tidak? Kalau
tak nak tak apa. Bolehlah…”
“Iyalah. Aku terima.
Teman pun macam tak nak teman saja.” rungut Zizie bebal dengan Qaseh. Dia sudah
menarik muka empat belasnya.
Qaseh tersenyum
sumbing. Dia menjeling melihat wajah sahabatnya dengan ekor mata. Qaseh tahu
sahabatnya itu tidak puas hati tetapi dia malas nak ambil pusing semua itu
kerana dia memerlukan tenaga untuk bekerja malam ini.
“Baguslah. Sekarang
jangan ganggu aku. Aku nak layan drama ni dulu. Pergi main jauh-jauh.” Qaseh
kembali kepada rancangan kegemarannya tadi. Dia bercanda dengan menolak bahu
Zizie sedikit sebagai tanda dia mahu Zizie beredar dari situ. Tapi Zizie tetap
mengeras.
“Suka hati akulah. Aku
bayar sewa juga tau rumah ni.” balas Zizie.
“Yalah tapi jangan
ganggu aku. Aku tak mahu sebarang gangguan.”
Zizie mengangguk. Dia
meletakkan kepalanya di atas bahu Qaseh. Mulutnya mengunyah popcorn dan matanya
turut sama melekap pada skrin televisyen.
“Qas…” seru Zizie
perlahan selepas beberapa minit.
“Syuhhh! Aku kata
jangan ganggu aku.” Qaseh memberi peringatan kepada Zizie.
Zizie mencebik. Dia
menarik telinga Qaseh kuat. Menjeritlah Qaseh lalu satu tamparan hinggap di
paha Zizie.
“Apa ni? Kalau kau nak main tarik-tarik telinga kau
pergi rumah jiran sebelah. Hari-hari anak dia kena tarik telinga. Kau bolehlah
join sekali.” marah Qaseh tidak puas hati apabila tontonannya diganggu.
“Sampai bila kau nak
bekerja kat situ?” soal Zizie tidak menghiraukan rasa marah Qaseh tadi.
Qaseh berkerut dahinya.
Dia memandang muka sahabatnya memohon penjelasan. Tiba-tiba sahaja berbicara
tentang kerja Qaseh. Pastinya dia pelik.
“Kau ni kenapa
tiba-tiba tanya pasal kerja aku ni? Ada masalah ke? Ke kau nak kerja kat situ
juga.” usik Qaseh.
“Aku sayangkan kau.
Kalau boleh aku tak nak kau kerja kat situ lagi. Kau perempuan. Macam mana
dengan masa depan kau nanti?”
“Eh, eh. Apa kau cakap
ni? Aku tak faham.”
“Aku tahu kau faham.
Tapi buat-buat tak faham.”
Qaseh ketawa kecil.
Kepala Zizie ditolak sedikit. Mungkin Zizie sekarang tengah mamai kot. Gumam
Qaseh dalam hatinya.
“Sudahlah. Aku memang
tak faham apa yang cuba kau maksudkan. Sekarang ini cerita dah habis jadi aku
nak naik atas mandi dan bersiap sebab terpaksa meneman seorang gadis kerek yang
nak pergi joging. Kau pun apa lagi. Pergilah tukar baju.”
Qaseh mengambil alat kawalan
jauh lalu televisyen ditutup. Dia lantas mengangkat punggungnya dan memanjat
tangga meninggalkan Zizie yang masih lagi geram dengan Qaseh itu.
“Nak mengelaklah tu.
Sengal punya Qas.” ucap Zizie sebelum turut memanjat tangga untuk menyalin
pakaian.
*****************
Zizie terus melabuhkan
punggungnya di sebelah Qaseh yang masih setia menemaninya untuk berjoging di
taman reakrasi itu selepas penat bersenam. Badannya sudah letih dan kakinya juga
sudah sakit. Mungkin akibat daripada sudah lama tidak melakukan senaman.
“Sakitnya kaki aku,
Qas.” adu Zizie kepada Qaseh yang sedang duduk memerhati karenah manusia yang
mengunjungi taman reakrasi itu.
“Padan muka. Itu
tandanya badan kau banyak lemak. Baru satu pusingan dah semput. Memang
malulah.” kutuk Qaseh. Dia menyerahkan botol air mineral kepada Zizie.
Zizie menghadiahkan
cubitan di perut Qaseh. Qaseh mengaduh kesakitan.
“Padan muka kau balik.
Mulut tu tak ada insuran agaknya. Main sedap keluar aje.”
“Mulut aku ikut suka
akulah.”dengus Qaseh.
“Sudahlah. Aku nak
pergi joging lagi satu pusingan lepas itu kita balik. Kau tunggu sini tau.
Jangan pergi mana-mana.” pesan Zizie sebelum berlari meninggalkan keseorangan
di situ.
Qaseh melemparkan
pandangannya kepada tasik yang sedang terbentang luas. Air yang tenang itu
membuatkan hati Qaseh senang. Qaseh teringatkan pertanyaan Zizie pagi tadi. Dia
faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Zizie tetapi dia tidak mahu ulas lebih
lanjut. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia akan bekerja seperti itu. Kerja yang
sudah pasti dipandang serong oleh orang lain. Tapi itu saja yang termampu Qaseh
lakukan sekarang.
“Aku benci hidup macam
ini! Aku nak mati! Aku nak mati!”
Jeritan suara itu
mengejutkan Qaseh. Mata Qaseh lantas mencari arah suara yang datang.
Pandangannya terpaku pada seorang lelaki yang berkerusi roda. Qaseh lantas
bangun dan menghampiri lelaki itu.
“Hoi, gila ke kau ni?”
marah Qaseh sambil menarik kerusi roda Qayyim jauh daripada tasik itu.
Qayyim berkerut
dahinya. Air mata yang mengalir di pipinya disapu. Siapa perempuan ni? Sedap
mulut saja kata aku gila.
“Kalau nak bunuh diri
pun pergilah tempat yang orang tak nampak. Ini tidak, kat tasik ini jugalah nak
bunuh diri pun.” tambah Qaseh lagi.
“Kau ni sibuk apasal?
Bila pula aku nak bunuh diri? Sedap mulut kau saja kata aku gila.” balas Qayyim
marah dengan gelaran yang diberikan oleh Qaseh.
“Tadi tu kau kata kau
nak mati, tak ke bunuh diri tu. Orang gila mana nak mengaku.” Qaseh menjeling
sambil tangannya bersilang ke dada. Orang tolong bukannya nak berterima kasih
tetapi kata aku sibuk pula. Memang lelaki tak tahu diuntung.
“Kau tu minah kepo.
Huargh… Kenapalah hidup aku tak pernah aman? Aku balik rumah mama papa aku
bising, kat sini pun ada juga minah kepo. Memang begini nasib aku agaknya.”
Qaseh membulat matanya
mendengar gelaran minah kepo yang diberikan kepadanya.
“Kau nikan memang tak
tahu nak berterima kasih. Kalau aku tahu macam nilah aku biarkan saja tadi kau
bunuh diri. Biarlah tenggelam dalam tasik ni.” hambur Qaseh lagi.
“Aku tak suruh pun kan?
Yang kau tu menyibuk apasal?”
“Okey. Aku pun tak tahu
kenapalah aku berjumpa dengan lelaki yang tak kenang budi, sombong dan sengal
ni. Sudahlah ca…” Qaseh tidak meneruskan percakapannya. Dia tersasul. Pasti
lelaki ini akan terasa hati nanti. Dia mengigit bibirnya.
“Ca apa? Kau nak kata
aku cacatkan? Ya memang aku cacat. Aku tak boleh berjalan lagi. Kaki aku dah
lumpuh. Apa lagi kau nak kata? Katalah sampai puas. Kau sama saja dengan orang
lain. Tak pernah nak faham perasaan aku.” bentak Qayyim dengan suaranya sedikit
meninggi. Halwa telinganya sudah lali mendengar kata hinaan dan cacian. Kalau
diikutkan hati seorang demi seorang Qayyim hadiahkan penampar kerana mengutuk
dirinya tidak sempurna.
“Mana ada aku kata kau
cacat. Aku nak kata kau lelaki yang carewet.
Tak baik menuduh membuta tuli saja.”
“Carewet? Apa tu?” Qayyim berkerut dahinya. Dia belum pernah lagi
mendengar perkataan tersebut.
Macam pelik sahaja bunyinya.
Qaseh menggaru
kepalanya yang tidak bertudung itu. Dia mencari jawapan untuk menjawab
pertanyaan daripada Qayyim itu. Dia sendiri tidak pernah tahu akan kewujudan
perkataan carewet itu. Sengaja direka
bagi menjaga hati lelaki sengal ini atas ketelanjuran katanya tadi.
“Carewet tu adik-beradik cerewet. Sama maksud. Sudahlah, aku blah
dulu. Daripada melayan lelaki cerewet macam kau ni baik aku layan monyet kat
hutan. Sekurang-kurangnya tak adalah sakit hati sangat.” Qaseh mula mahu
mengangkat kaki meninggalkan Qayyim di situ. Rasa menyesal pula menolong tadi.
Ingatkan dah gila sangat sampai nak bunuh diri. Gerutu hati kecil Qaseh.
“Hoi! Kau nak pergi
mana tu?” jerit Qayyim kuat selepas melihat Qaseh menonong melangkah
meninggalkan dia berkeseorangan.
Qaseh meneruskan
langkahnya tidak menghiraukan jeritan daripada Qayyim. Memang lelaki ini tak ada
adab. Kucing pun ada nama tau.
Qayyim berupaya
memusingkan kerusi rodanya mengejar Qaseh yang sudah semakin jauh daripadanya.
“Perempuan, tunggulah
sekejap.” jerit Qayyim lagi namun tidak berhasil.
“Wanita, tunggulah
dulu.”
“Minah kepo, nanti
dulu. Aku nak bercakap dengan kau ni.”
Qayyim masih berusaha
memperlajukan kerusi rodanya bagi mengejar Qaseh yang langsung tidak menoleh
apatah lagi menghentikan langkahnya.
“Wahai hamba Allah yang
cantik lagi comel, tolong berhenti sekejap. Aku nak bercakap dengan kau ni.”
Qaseh tersenyum lantas
langkah terhenti. Dia berdehem beberapa kali bagi mengawal suaranya yang terasa
lucu mendengar panggilan yang memujuknya untuk berhenti. Badannya mengalih
memandang Qayyim yang sudah hampir dengannya.
“Perasan comel.
Ingatkan dah pekak tadi.” ujar Qayyim yang tercungap-cungap ketika menghampiri
Qaseh.
Qaseh mencekak
pinggang. Sempat lagi nak mengutuk aku. Memang dasar lelaki yang tak pernah nak
bersyukur. Kalau aku tak berhenti tadi pun tak apa.
“Kau nikan. Mulut lagi
berbisa dari mulut perempuan. Tak tahu nak bersyukur langsung.” Qaseh
menjeling.
“Tak tahu bersyukur?
Apa yang aku tak bersyukur?” soal Qayyim.
Qaseh menghela nafas
panjang. Tak faham rupanya lelaki ini. Patutlah sengal semacam saja.
“Kau memang slow. Cepatlah apa yang kau nak cakap
dengan aku ni. Aku nak balik.” Qaseh mendesak kerana sudah malas untuk melayan
lelaki sengal ini.
“Kau ada hutang dengan
aku.”
Kening Qaseh bercantum
dua. Dahinya digaru.
“Hutang apa pula? Bila
masa aku pinjam duit kat kau? Kalau aku tak ada duit sekalipun aku tak pinjam
kat lelaki sengal macam kau ni. Aku rela
pinjam dekat along daripada kau.”
Qayyim tersenyum nipis
tapi senyuman itu cuba disembunyikan. Dia kelakar melihat muka Qaseh yang
kelihatan marah dan masam mencuka itu.
“Tadi kau kata aku nak
bunuh dirikan? Tapi sebenarnya tidak. Sebab itu aku nak saman kau kerana
memfitnah aku. Aku nak kau bayar ganti rugi tu kat aku sekarang tapi aku tak
nak duit.” tegas arahan yang keluar dari mulut Qayyim itu.
Qaseh membulat matanya
mendengar arahan daripada Qayyim itu. Gila ke apa lelaki ini?
“Kau ni ada sakit jiwa
ke? Macam tu pun kau nak saman? Dasar lelaki….Hissh..” Qaseh mendengus kasar.
Entah apa-apalah lelaki ini.
“Dasar lelaki apa?
Lelaki gilakan?” Qayyim ketawa berdekeh-dekeh. “ Kau nak terima ke tak nak? Aku
tak minta kau bayar dengan duitlah.”
“Kalau bukan dengan
duit nak bayar dengan apa? Daun? Kertas? Nasiblah aku dipertemukan dengan
lelaki sengal aka sewel macam kau ni. Terlepas dari tanjung rambutan agaknya.”
kata Qaseh masih lagi dalam keadaan marah.
“Nope. Aku nak kau jadi pembantu aku. Itu saja yang kau harus
bayar.”
Qaseh mengigit
bibirnya. Dia tidak tahu apa maksud lelaki ini. Tak akanlah nak suruh aku jaga
dia pula? Tak rela aku jaga lelaki sengal ni. Boleh sakit jiwa aku kalau selalu
mengadap muka dia.
“Pembantu kau? Jadi
orang gaji kau?”soal Qaseh inginkan kepastian.
Qayyim mengangguk
lantas bibirnya mengukirkan senyuman nakal.
“Lebih kuranglah. Disebabkan
aku ni tak ada siapa pun yang mahu berkawan jadi aku nak kau jadi kawan aku.
Kaukan sayang kat aku.”
Qaseh mencebik. Dahinya
berkerut. Tangannya mencekak pinggang.
“Tolonglah. Bila masa
pula aku sayang kau? Perasan!” Qaseh menghadiahkan jelingan kepada Qayyim.
Orang ramai yang turut beristirahat di situ sesekali memandang kepada mereka
berdua.
“Kalau kau tak sayang
aku mesti kau tak halang aku daripada nak bunuh diri tadikan? Kau selamatkan
aku bermakna kau sayangkan akulah tu.” Qayyim mengenyitkan matanya sebelah
kanan.
Qaseh mencebik lagi.
Dia terus terbatuk.
“Kau nikan!”
“Setuju ke tidak?” sekali
lagi Qayyim bertanya.
“Aku kerjalah. Mana
boleh duduk mengadap muka kau 24 jam.”
“Kerja apa?”
“Suka hati
akulah.”jawab Qaseh ringkas.
“Garangnya.” usik
Qayyim sambil tergelak kecil.
Qaseh hanya diam. Dia
berpeluk tubuh. Matanya langsung tidak memandang muka sengal Qayyim. Hatinya
sudah bersarang rasa geram. Kalau boleh macam nak tarik sahaja telinga lelaki
ini.
“Minah….”seru Qayyim
perlahan selepas melihat Qaseh tidak membalas.
“Nama aku bukan
minahlah.”
“Habis tu?”
“Tak ingat.” Qaseh
menjawab pantas.
Qayyim tergelak
berdekeh-dekeh. Suka pula dia melihat muka Qaseh yang marah kepadanya itu.
Nasiblah kau. Siapa suruh prihatin sangat nak tolong akukan? Sekarang rasakan.
“Tanya kerja tak
beritahu. Tanya nama pun tak dapat jawapan juga. Jadi sekarang ini aku nak kau
jadi kawan aku juga. Pergi jahanamlah dengan kerja kau tu. Yang pasti aku nak
kau ada di sisi aku sentiasa.
Muktamad.” Qayyim memberikan kata putus.
“Mana boleh paksa aku
berkawan dengan kau. Lagipun kalau asyik memandang muka kau nanti aku nak makan
apa. Adik-adik kat kampung perlukan duit untuk bersekolah. Kau ni memang jenis
yang pentingkan diri sendirilah.” Ucap Qaseh senada.
“Tak apa. Aku
tanggung.”
Qaseh memandang Qayyim.
Biar betul lelaki ni? Kaya sangat ke sampai sanggup nak tanggung segala-galanya
hanya kerana mahu dia menjadi kawan kepada Qayyim? Tapi dari cara penampilan
lelaki ini nampak seperti orang kaya. Kerusi rodanya juga mempunyai jenama.
“Tak payahlah. Aku tak
suka bergantung dengan orang lain.” Qaseh menolak.
“Suka tak suka tetap
kena suka juga. Kalau tidak kau tahulah akibatnya.”
Telefon bimbit Qaseh
berdering. Zizie adalah pemanggilnya. Lalu dia menepuk dahi. Akibat terlalu
sangat melayan lelaki sengal ini dia sampaikan terlupa kepada Zizie. Panggilan
itu lantas dijawab.
“Aku ada kat taman ni
lagilah. Kau ada mana ni?”
“Tak apalah. Kau balik
dulu. Nanti pandai-pandailah aku cari teksi.”
Qaseh tersenyum lantas
mematikan panggilan tersebut. Dia mengangkat muka dan terus ternampak Qayyim
sedang tersengih kepadanya. Terus mati senyuman yang terukir tadi. Hatinya
tiba-tiba tidak keruan. Memikirkan ugutan dan permintaan daripada lelaki sengal
ini.
“Cepatlah beri jawapan.
Aku nak balik ni.” desak Qayyim menanti persetujuan daripada Qaseh.
“Pergilah balik. Kisah
apa aku.” Qaseh masih lagi berteka-teki. Dia tidak tahu bagaimana untuk membuat
keputusan.
“Cepatlah. Aku lapar
dah ni sebab bertengkar dengan kau. Nanti aku makan kau baru tahu.” Qayyim
mengecilkan matanya sedikit. Bibirnya tersenyum nakal.
Qaseh dengan pantas
melarikan renungannya. Beremang bulu romanya apabila melihat kelakuan Qayyim
yang sedikit menggoda itu. Tak padan dengan tak boleh berjalan.
“Aku setuju tapi bukan
sekarang. Aku perlukan masa untuk terima semua ini.”
Qayyim tersenyum lebar.
Akhirnya perempuan ini terima juga tawarannya. Jadi dia tidak perlu peningkan
kepalanya lagi untuk mencari pembantu untuknya seperti yang diarahkan oleh
Datin Kursiah. Dari pandangan matanya, gadis yang berdiri di hadapannya ini
boleh menjadi sahabat yang baik untuknya. Hati dia kuat untuk mengatakan yang
gadis ini adalah sangat sesuai. Pastinya Datin Kursiah juga akan bersetuju.
“Okey. Beri nombor
telefon kau. Aku nak simpan.” Qayyim mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia sudah
bersedia untuk menyimpan nombor Qaseh.
Qaseh bagaikan dipukau
terus sahaja memberi nombor telefonnya tanpa ada sebarang bantahan. Tiba-tiba
dia terfikirkan kata-kata Zizie pagi tadi. Dia perlu memastikan masa depannya.
Tak akanlah dia nak terus bekerja di tempat kerjanya sekarang sampai tua.
Lagipun tawaran lelaki ini hanyalah menjadi penjaganya sahaja. Sumber yang
diterima pun halal untuk dikirimkan kepada adik-adiknya di kampung nanti.
“Nombor kawan kau
sekali.”
“Kenapa pula kawan aku
terlibat sama?”
“Jangan risau. Aku tak pikat dialah. Aku cuma nak
pastikan kau ni tidak menipu. Itu aje. Lekaslah bagi.”
Qaseh mengikut arahan daripada Qayyim. Selepas
beberapa saat lelaki itu tersenyum lalu telefon bimbit tersebut dimasukkan ke
dalam poket.
“Sudah selesaikan? Aku balik dulu.” Qaseh terus
melangkah pergi tanpa menunggu jawapan daripada Qayyim.
“Nanti dulu.”jeritan daripada Qayyim menghentikan
langkah Qaseh.
Qaseh mengeluh kuat. Dia mengalihkan badan lalu
menjongket bahunya.
“Apa lagi? Aku letihlah macam ini.” rintih Qaseh
perlahan.
“Aku hantar kau balik.”
“Tak payahlah. Dekat saja rumah aku.” Qaseh terus
menolak dan berkira-kira mahu mengangkat kaki.
“Sebab tu aku
nak hantar kau. Kalau rumah kau jauh tak ingin aku nak habiskan minyak kereta
aku semata-mata nak hantar minah kepo macam kau ni.” Qayyim membalas sinis.
“Buat apa? Aku boleh naik teksi.” Qaseh masih lagi
berkeras. Tak akanlah semua perlu ikut arahan dia. Itu tak kerja lagi. Lepas
ini kalau dia kerja pasti dia perlu ikut sahaja tanpa boleh membantah. Parah
kalau begitu.
“Aku nak pastikan rumah kau kat mana sebab nanti
kalau kau tipu aku bolehlah aku cari kau kat situ.”
“Baiklah. Semuanya nak ikut kau. Kau boleh memandu
ke ni?”
“Aku ada driver.”
ujar Qayyim menjawab pertanyaan Qaseh sambil memusingkan roda kerusinya
menghampiri keretanya.
“Lelaki sengal.” Kata Qaseh lalu mengangkat kaki mengikuti Qayyim. Dia hanya membiarkan Qayyim tanpa menolong menolak kerusi roda yang diduduki oleh Qayyim.
bersambung....
Nnt Qaseh keje ngan Qayyim yea... Mesti best nyer kan... K acu min... Cpat2 smbung yea...
ReplyDeletePermulaan yg menarik....cepat2 & selalulah update n3
ReplyDeleteBest nak lg boleh.
ReplyDeleteAcu bg lg n3 ,,,
ReplyDeleteZizie pun ada ,,
Muehehehe
Ateh ziezie
Salam tuan tanah,
ReplyDeleteWah.. dah ada watak baru. Bolehlah mengubat cket duka Ayim dari Sofea jahat tu. Baca marathon ni. hihi.. ^__^
along > okey along....mungkinlah kotkan. Entah2 Datin Kursiah menolak... muahaha...terima kasih along...
ReplyDeletek.eija > insya ALLAH kak...klu angin malas tu terbang dibawa angin, maka cepatlah myn update... terima kasih kak sudi menjenguk... :D
ateh > haruslah ada nama ateh.pas ni mungkin along, acik, alang, anjang, ucu, andak, uda dan angah pulak....okey ateh..set!
baby mio > boleh saja.saya dah update bab 4... terima kasih sudi membaca..
Fatrim Syah > wasalam.. alhamdulillah kerana sudi membaca..marathon lagi tu.. Qaseh xjahat ke ? mungkin Qaseh lagi kejam dari Sofea...hehehe... tunggu next ya.. :D