Bab
2
Datin Kursiah melangkah
menghampiri sebatang tubuh yang setia menunggunya di dalam restoran seperti
yang dijanjikan. Kerusi yang disorongkan ke bawah meja ditarik lalu melabuhkan
punggungnya di hadapan Sofea yang agak terkejut dengan kehadirannya. Pucat muka
Sofea ketika itu.
“Apa khabar, Sofea?”
tanya Datin Kursiah. Cermin mata hitamnya dibuka lalu diletakkan di atas meja.
Rambutnya disisir kemas sambil matanya merenung tajam wajah Sofea yang sedang
menunduk memandang ke lantai.
“Baik, mama.” jawab
Sofea yang masih lagi membahasakan Datin Kursiah dengan panggilan mama.
Panggilan sepanjang dia menjadi tunang kepada Qayyim.
“Jangan panggil aku
mama. Panas telinga aku.”ujar Datin Kursiah kasar.
Sofea hanya menunduk.
Dia tahu Datin Kursiah sedang marah kepadanya. Dia sudah masak dengan perangai
Datin Kursiah yang akan lakukan apa sahaja demi Qayyim. Dia pernah diberi
amaran oleh Datin Kursiah supaya tidak pernah mengecewakan anak bujangnya itu.
Tak tahulah apa nasib dia hari ini.
“Semasa anak aku sihat,
kau terhegeh-hegeh kat dia tapi bila anak aku jadi macam itu senang-senang aje
kau tinggalkan diakan? Kau memang perempuan yang tak kenang budi kau tahu tak!”
hambur Datin Kursiah melepaskan geram yang terbuku di dalam hatinya.
“Bukan begitu maksud
saya. Saya cuma buat apa yang terbaik untuk saya.”
“Terbaik untuk kau?
Maksud kau, kau tinggalkan Ayim apabila keadaan dia seperti itu adalah yang
terbaik untuk kau? Macam tu?”
Sofea mengangguk. Dia
tidak rela untuk bersama dengan lelaki yang dianggap hanyalah tidak ubah
seperti mayat hidup itu.
Datin Kursiah ketawa
dibuat-buat. Dia menepuk tangannya beberapa kali tanda dia memerli Sofea.
“Tak akanlah saya nak
hidup dengan lelaki yang tidak boleh berbuat apa-apa itu. Pasti reputasi saya
sebagai model akan jatuh. Saya lebih fikirkan tentang masa depan saya, Datin.
Maafkan saya.”
“Kau ingat lagi apa yang pernah aku pesan
kepada kau dulu?” Sofea mengangguk. Dia
tidak akan pernah lupa.
“Terpulangkan kepada
Datin apa yang Datin nak buat kat saya. Yang pasti saya tak akan kembali kepada
Ayim lagi. Banyak lagi lelaki lain yang sihat dan tidak cacat seperti Ayim tu
kat luar sana.” pedas kata yang keluar dari mulut Sofea menampar gegendang
telinga Datin Kursiah.
Pang! Satu tamparan kuat mengena di pipi kanan Sofea sejurus kemudian dia mengucapkan kata-kata yang menyakitkan itu tadi. Nafas Datin Kursiah sudah turun naik. Orang sekeliling yang memerhati tidak dihiraukan. Panas telinganya apabila mendengar Sofea mengutuk Qayyim. Perempuan ini memang perlu diberi pengajaran
“Aku pun tak ingin kau
berdamping dengan anak aku. Ayim tak perlukan orang yang tak tahu menghargai
dirinya. Kau hanya mengambil kesempatan atas kebaikan Ayim kepada kau. Apabila
kau dengan Ayim kau senang dapat job.
Kau ingat aku tak tahu semua itu, hah?”suara Datin Kursiah sedikit meninggi.
“Kalau Datin tahu
kenapa perlu berjumpa dengan saya lagi? Saya pun tak perlukan orang seperti
Ayim. Tak ada untungnya lagi kepada saya.” balas Sofea sinis. Dia memang
sengaja menyakitkan hati Datin Kursiah. Biar Datin Kursiah tahu bahawa dia
bukan wanita yang lemah. Baru buku bertemu ruas.
“ Kau jangan hina Ayim.
Kau kena ingat tanpa dia kau bukan sesiapa sekarang ini. Mungkin sekarang kau
masih lagi menjadi pelayan kat kelab-kelab malam kalau Ayim tak kutip kau. Kau
memang tak tahu bersyukur.”
Membulat mata Sofea
mendengar kata-kata daripada Datin Kursiah itu. Dahinya berkerut.
“Kau mesti terkejutkan
mana aku dapat tahu semua ini? Kau jangan salahkan Ayim sebab dia tak pernah
cerita apa-apa pun kat aku. Dia simpan rahsia kau baik-baik. Ruginya kau sebab
menolak seorang lelaki yang begitu setia kepada kau. Kau memang bodoh.” Datin
Kursiah berketawa sinis selepas melihat riak wajah Sofea yang kelihatan kelat
itu.
“Kalau kau tak nak
gambar-gambar kau tersebar di muka hadapan suratkhabar, aku nak kau pergi
berjumpa dengan Ayim esok. Kalau tidak kau akan menyesal. Bukan setakat
gambar-gambar kau semasa jadi pelayan kelab dulu sahaja tersebar tapi mungkin
kau akan kehilangan kerja kau sekarang. Kau ingat tu.” ugut Datin Kursiah. Baru
dia tahu siapa Datin Kursiah yang sebenar. Nak sangat berlawan dengannyakan?
Rasakan akibatnya.
“Errr…”
“Ingat tau. Aku tunggu
kehadiran kau esok di hospital.” Datin Kursiah bangkit daripada duduknya dan
berkira-kira mahu berlalu dari situ.
“Tapi buat apa saya
perlu berjumpa dengan Ayim?”soal Sofea tidak faham kenapa dia harus lagi
bertemu dengan lelaki lumpuh itu.
“Jangan risau. Aku tak
akan suruh kau kembali kepada Ayim. Aku cuma mahu kau berjumpa dengan Ayim dan
beritahu alasan kau terpaksa tinggalkan dia. Aku balik dulu. Aku tak suka membuang masa bercakap dengan
perempuan seperti kau. Ingat apa yang aku kata tadi. Jangan pernah lari dari
semua ini jika tak mahu malu.” pesan Datin Kursiah sekali lagi sebelum
melangkah meninggalkan Sofea yang masih lagi terpinga-pinga. Dia mempunyai
agenda selepas ini.
Sofea mengigit bibir.
Dia tidak sangka Datin Kursiah akan mengambil tindakan sejauh ini. Apa alasan
yang perlu dia berikan kepada Qayyim nanti?
***************
Sofea menolak pintu
bilik yang menempatkan Qayyim perlahan-lahan. Dadanya sudah berombak kencang.
Risau dengan apa yang bakal terjadi sebentar lagi. Selepas diugut semalam,
Sofea tidak senang duduk. Dia tahu yang Datin Kursiah sangat berpengaruh
orangnya. Dalam sekelip mata dia boleh kehilangan kerja dan dalam sekelip mata
juga dia akan kehilangan segala-galanya. Datin Kursiah orangnya nekad. Apa
sahaja dia akan lakukan demi kebahagiaan Qayyim dan anak-anaknya yang lain.
Datin Kursiah
mengukirkan senyuman melihat kehadiran Sofea. Wajah Qayyim dipandang sekilas
sebelum bangun dari duduknya.
“Ayim, tengok siapa
yang datang ni.” ujar Datin Sofea beria-ria.
Qayyim tiada respon.
Dia masih lagi dalam dunianya. Selepas tersedar dari tidur pagi tadi, Qayyim
menjadi murung. Dia sudah tidak lagi mengamuk tetapi dia lebih suka termenung.
Hari ini Datin Kursiah langsung tidak mendengar suara Qayyim. Risau Datin
Kursiah melihat keadaan anaknya.
“Ayim…” seru Sofea
selepas melihat isyarat mata Datin
Kursiah yang mahukan dia menjalankan tugasnya.
Qayyim mengalihkan
pandangannya ke arah suara yang bergema. Lantas wajahnya mengukirkan senyuman.
“Sayang…” panggil
Qayyim. Dia cuba untuk bangun tetapi dengan pantasnya Sofea menghalang. “Sofea
pergi mana sayang? Kenapa baru sekarang sayang datang melawat Ayim?”
Sofea mengukirkan
senyuman lebar walaupun hatinya begitu rimas dengan semua ini.
“I ada kerja, Ayim. I
datang hari ini pun sekejap sahaja.”ujar Sofea.
“Kerja apa yang sibuk sangat
tu? Tak boleh ke you luangkan masa
untuk I buat seketika? I rindukan you. Please, sayang…” rayu Qayyim kepada
Sofea.
‘Mengada-ngada
sangatlah orang cacat ni. Kau ingat aku
nak sangat ke datang sini? Kalau tak hanya kerana mama kau ugut aku jangan harap
aku datang. Tak sedar diri cacat.’ Gerutu Sofea di dalam hatinya.
“I datang sini ada
sebab Ayim dan I harap you dapat terima semuanya dengan tenang.”
Qayyim berkerut
dahinya. Dia menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Sofea. Hatinya sudah
tidak tenang.
“Maksud you?” tanya Qayyim.
“Sebelum itu, I ingin
minta maaf kepada you. I sayangkan you.
You adalah satu-satunya lelaki yang
sanggup menerima I apa adanya tapi dalam keadaan begini I terpaksa melakukan
satu keputusan yang akan mengecewakan hati you,
Ayim. You bukan untuk I. You berhak mendapat yang lebih baik lagi
daripada I. I harap you akan faham.”
Sofea meredupkan pandangan matanya kepada Qayyim.
“You bukan untuk I? Apa maksud you
ni, Sofea?” desak Qayyim yang sudah dapat berasa sesuatu yang buruk akan
berlaku. Qayyim mencari tangan Sofea lalu digenggam erat.
Datin Kursiah yang
duduk di sofa sambil membaca majalah hanya memasang telinga. Kadang-kadang
matanya menjeling melihat agenda yang sedang berlaku di hadapannya ketika ini.
“Keluarga I memaksa I untuk membatalkan pertunangan kita,
Ayim. Mereka ada calon yang lebih sesuai untuk saya. Saya harap awak faham.”
Qayyim jelas terkejut
mendengar luahan Sofea itu. Dia menarik kasar tangannya lalu wajah Sofea
direnung tajam.
“Adakah semuanya
disebabkan aku sudah cacat keluarga kau nak putuskan pertunangan ini?” Suara
Qayyim dingin. Dia kecewa mendengar semua ini. Pastinya semua ini berlaku
kerana dia lumpuh. Qayyim sudah dapat mengagak dari awal lagi.
Sofea menggeleng.
Wajahnya turut memain peranan dengan mengadakan riaksedih dengan apa yang
berlaku.
“Bukan sebab itu.
Tapi…”
“Tapi sebab apa lagi?
Sebab kau memang malu apabila ada tunang macam akukan? Cacat dan tidak boleh
berbuat apa-apa lagi. Itu yang sebenarnyakan?” belum sempat Sofea membalas Qayyim
terlebih dahulu membidas cakapnya.
“ I bukan seperti itu,
Ayim. Keluarga I yang menyuruh putuskan
pertunangan ini. Sebagai anak, I terpaksa ikut. I minta maaf.” Tangan Qayyim
dicari tetapi cepat-cepat ditarik.
“Kau memang tak tahu
diuntung, Sofea. Inilah perangai kau yang sebenar. Sanggup kau lukakan hati
anak aku, Sofea. Kau nikan….”Datin Kursiah menyampuk bagi menambahkan api
kemarahan Qayyim. Dia sengaja ingin membuatkan Qayyim membenci Sofea. Qayyim
harus melupakan Sofea.
“Sudahlah. Pergilah kau
dengan hidup kau. Aku benci perempuan macam kau. Aku benci perempuan. Semua
perempuan adalah sama saja. Tak pernah nak hargai perasaan lelaki. Berambus kau
dari sini! Berambus!” jerit Qayyim sekuat hati. Hatinya kini sudah hancur.
Orang yang paling dia sayang, orang yang paling dia sanjung sanggup melakukan
semua ini kepadanya. Sungguh dia tidak sangka. Dia fikirkan Sofea tidak sama
seperti perempuan lain tetapi dia salah. Sofea sama saja dengan perempuan yang
ada kat luar sana. Senang didekati bila susah dijauhi.
Sofea lantas mengangkat
punggungnya. Dia memandang Datin Kursiah. Datin Kursiah menyuruhnya dia pergi
dari situ. Kerjanya sudah selesai. Sekarang ini Sofea kembali tenang dan senang
hati. Dia sudah tidak lagi terikat dengan lelaki lumpuh ini. Sofea tersenyum
dalam hatinya.
“Sofea!”panggil Datin
Kursiah belum sempat gadis itu melangkah keluar dari bilik. Dia berjalan
mendekati Sofea.“Kau jangan ingat kau
dah lepas. Aku tahu apa yang kau dah buat kat anak aku.” bisik Datin Kursiah di
telinga Sofea perlahan. “Pergi kau dari sini. Kau tak layak untuk anak aku.”
Datin Kursiah lantas menolak badan Sofea supaya segera keluar dari situ.
Sebaik sahaja Sofea
hilang dari bilik itu terus Datin Kursiah mendekati Qayyim yang sedang
berteleku di atas katil. Hiba melihat keadaan anaknya.
“Ayim, sabar Ayim. Tak
guna Ayim menangis untuk perempuan yang seperti itu. Ayim boleh mendapatkan perempuan
yang lebih baik lagi daripada Sofea tu. Sofea tu tak layak langsung untuk Ayim.
Sabar Ayim.” pujuk Datin Kursiah sambil mengurut belakang badan Qayyim cuba
untuk menenangkannya.
“Siapa lagi yang nak
kat Ayim ni, mama? Tak akan ada perempuan yang nak lelaki yang cacat macam Ayim
ni.” rintih Qayyim. Fikirannya asyik memikirkan tentang masa depannya. Masa
depan yang dianggap telah hancur.
“Pasti ada Ayim. Mama
yakin.”
Qayyim menangis
semahu-mahunya sambil menarik-narik rambutnya.
“Ayim, jangan macam ni.
Mana Ayim yang mama kenal dulu? Mana Ayim yang sentiasa tabah dan kuat hadapi
semua yang berlaku? Mama nak anak mama yang dulu.”
Qayyim masih lagi dalam
tangisannya. Dia bukan lelaki yang kuat lagi sekarang. Baginya dia adalah
selemah-lemah manusia sekarang. Dia tidak tahu bagaimana dia nak meneruskan
hidup pada masa hadapan. Qayyim betul-betul buntu sekarang.
“Ayim, kita boleh buat
Sofea menderita sepertimana yang dia lakukan kepada Ayim sekarang ini. Mama tak
akan biarkan Sofea hidup senang sedangkan Ayim menderita. Ini tidak adil untuk Ayim. Kita perlu lakukan
sesuatu untuk memberi pengajaran kepada Sofea.”
Qayyim memandang wajah
mamanya. Dia cuba mencari maksud daripada kata Datin Kursiah tadi.
“Kenapa pandang mama
seperti itu?”
“Maksud mama?” soal
Qayyim.
Datin Kursiah
tersenyum. Dia pasti anaknya akan mendengar katanya dan turut serta dalam
rancangannya untuk membalas dendam kepada Sofea. Datin Kursiah tersangat yakin.
“Nanti mama beritahu
Ayim. Sekarang ini mama nak Ayim bertenang. Biarkan Sofea tu pergi. Dia tak
layak untuk Ayim. Okey?” Datin Kursiah menyuakan air minuman kepada Qayyim. Air
itu disambut lalu diteguk sedikit.
Qayyim mengangguk. Dia
tidak perlu fikirkan perempuan yang tak pernah memikirkan dirinya. Demi
kepentingan diri sendiri, dia didekati. Apabila sudah dapat apa yang diimpikan
dirinya ditinggalkan keseorangan. Memang dasar perempuan tak mengenang budi!
**************
Setelah hampir sebulan
menjadi penghuni tetap hospital, Qayyim telah dibenarkan pulang memandangkan
keadaan kesihatan dirinya yang sudah semakin pulih. Mengikut kata doktor Qayyim
masih belum dibenarkan pulang tetapi apabila Qayyim tetap berkeras, doktor
terus membenarkan. Mereka risau jika fikiran Qayyim akan kembali terganggu.
“Ayim, esok kamu mula
bekerja ya? Kerja kat pejabat bertimbun belum disiapkan.” ujar Datuk Qairi
ketika mereka sedang menikmati sarapan.
“Apa ni, abang? Ayim
baru sahaja sembuh disuruh ke pejabat pula. Tak prihatin langsung dengan
keadaan anak.” marah Datin Kursiah dengan arahan yang diberikan oleh Datuk
Qairi itu.
“Ayim dah sihatkan.
Lagipun dah lama sangat dia bercuti. Tiba masanya untuk dia kembali ke pejabat.
Duduk di rumah pun bukannya boleh buat apa-apa. Baik pergi pejabat.”
“Abang nikan. Ayim tak
sihat sepenuhnya lagi. Tolonglah faham.” Sekali lagi Datin Kursiah membantah
rancangan suaminya itu.
Qayyim hanya memasang
telinga. Roti yang telah disapu dengan mentega disuap ke mulut. Dia tidak
berminat untuk menyampuk perbualan itu. Papanya memang seorang yang hanya mementingkan
diri sendiri. Dia tidak kisahkan langsung tentang orang lain. Semua perlu ikut
kehendak dia. Pendapat orang lain selalunya ditolak tepi.
“Tak faham apa lagi?
Kalau hanya duduk tak buat apa-apa duit boleh masuk ke? Sudahlah kos hospital
mahal lepas ini kos rawatan untuk kaki dia pula kena bayar. Ingat semua itu free ke? Duit tak akan boleh datang kat
kita dengan duduk goyang kaki saja.” hambur Datuk Qairi tegas. Tetap juga mahu
Qayyim ke pejabat walaupun keadaan kesihatannya yang masih tidak mengizinkan.
“Tapi
sekurang-kurangnya bagilah Ayim berehat secukupnya dulu. Dia masih lagi lemah,
abang.” rayu Datin Kursiah. Dia tidak rela membiarkan anaknya bekerja ketika ini.
Qayyim masih lagi memerlukan rehat bagi menstabilkan keadaan dirinya.
“Ayim nak bersendirian.
Papa, kalau papa rasa sepanjang Ayim bercuti ini syarikat boleh muflis, Ayim
akan lepaskan jawatan Ayim. Untuk Ayim bekerja sekarang, memang Ayim tidak
boleh. Maafkan Ayim.” Ujar Qayyim. Kerusi rodanya dipusing untuk meninggalkan
meja makan itu. Dia sudah tidak mahu fikirkan apa-apa lagi.
“Dasar anak tak kenang
budi. Ayim!” bentak Datuk Qairi kuat berang dengan perlian daripada anaknya
itu. Nafasnya sudah turun naik. Tangannya mula mengempal penumbuk.
Qayyim tidak
mempedulikan jeritan papanya itu. Orang gaji rumahnya diarah untuk terus
menolak kerusi rodanya ke bilik. Fikirannya yang kusut tidak mahu ditambah
lagi.
“ Abang! Cuba kawal
sikit diri tu. Ayim tengah sakit. Janganlah ditambahkan rasa sakitnya lagi.”
“Budak cacat tu hanya
menyusahkan aku saja. Simpan pun tiada guna.” Datuk Qairi terus bangkit dari
duduknya. Briefcase dicapai lalu
melangkah ke pintu. Geram dengan tindakan Qayyim itu.
Datin Kursiah hanya
menggelengkan kepalanya. Hatinya turut berasa sakit mendengar perkataan yang
terkeluar dari mulut suaminya itu.
Air mata Qayyim
mengalir lagi. Kata-kata papanya menampar gegendang telinganya. Hatinya sakit.
Tapi
apakan daya. Itulah kenyataannya. Qayyim redha.
Adui, ada pulak bapak yang macam tu eh? Adakah Qayyim bukan anak kandung dia sampai tergamak cakap macam tu? hmmm... hmmm...
ReplyDeleteDh agak dh sofea mmg perempuan xbaik... Geram plak dgn sofea nie mcm gud2 jew... Yg hairan asal ayah Qayyim mcm tuu ek... Sanggup plak ckp mcm tu kt ank dia... Ermmmm
ReplyDeleteSyah - bapak angkat mungkin?...entahlah....
ReplyDeleteAlong - Sofea tu xpndai bersyukur....kesian ayim kan... adeeh....
Myn,leh wat drama la..best
ReplyDelete