Bab
5
Qaseh menolak lembut
tangan yang mula meliar memegang bahunya. Qaseh cuba menjarakkan sedikit
dirinya dengan lelaki tua itu. Tapi semakin dijauhkan semakin dekat lelaki itu merapati
dirinya. Naik rimas Qaseh apabila diperlaku seperti ini. Kalau tak disebabkan
melayan lelaki ini separuh daripada kerjanya pasti sudah lama lelaki tua miang
ini akan makan penampar sulung daripada Qaseh. Rumah kata pergi, kubur kata
mari pun masih lagi menggatal.
“Kenapa dengan you ni, sayang?” tanya lelaki tua yang
dikenali sebagai Razak itu. Tangannya masih lagi bermain-main dengan rambut
Qaseh.
Qaseh tersenyum paksa.
Dia masih cuba menepis setiap kali Razak menyentuh badannya.
“Tak ada apa-apa.”
jawab Qaseh lembut. Dari jauh dia dapat melihat yang majikannya sedang merenung
tajam kearahnya. Sejak bila majikannya berada di situ, Qaseh sendiri tidak
pasti.
“Jom menari sayang.”
ajak Razak. Tangan Qaseh dicapai lalu dikucup.
Qaseh menggeleng. Dia
bertekad mulai hari ini dia tidak akan menari lagi dan malam ini adalah malam
terakhir dia menjadi pelayan di situ.
“Kenapa tak nak
sayang?” Razak masih lagi cuba memujuk. Kali ini Razak cuba mencium pipinya
pula. Nasib baik Qaseh sempat mengelak.
“Qas!” tegur satu suara
garau.
Qaseh mengangkat
kepalanya lalu memandang ke arah suara tadi. Kelihatan Aqasha membuat isyarat
mata bahawa dia nak Qaseh mengikuti. Qaseh memandang Razak di sebelahnya.
“Razak, I ikut dia
sekejap ya. Nanti I datang balik.” ujar Qaseh kepada Razak. Lelaki itu separuh
sedar kerana telah banyak air haram diteguk olehnya. Sebab itulah miang semacam
sahaja.
“I perlukan you,
sayang. Jangan tinggalkan I.” Razak merayu. Tangan Qaseh ditarik membuatkan
tubuh Qaseh terjatuh atas badannya. Sejurus kemudian, dia ketawa.
Qaseh memandang Aqasha
memohon pertolongan. Dia tak nak terus melayan lelaki tua ini. Lagipun dia ada
hal yang mahu dibincangkan bersama dengan Aqasha.
“Orang tua, kau jangan
nak mengada sangat. Lepaskan Qas.” Aqasha lantas menarik tangan Qaseh kasar
dari terus dipeluk oleh Razak. Sakit hatinya melihat perlakuan lelaki tua itu
kepada Qaseh.
“Sayang….”seru Razak
cuba untuk menarik tubuh Qaseh kepadanya tetapi baru sahaja hendak berdiri
sudah terjatuh semula.
Aqasha terus menarik
tangan Qaseh pergi dari situ. Mereka mencari tempat yang lebih sunyi dan
terperuk dari bunyi muzik yang membingitkan telinga itu. Qaseh hanya menurut.
“You ni pergi layan lelaki tua tu kenapa? Tak ada ke yang
menyelerakan sikit.” Marah Aqasha sambil merenung wajah Qaseh.
“Terpaksalah. Dia yang
datang duduk kat I. Nak marah-marah ni kenapa?” balas Qaseh sambil tangan
bersilang ke dada. Air pepsi yang dihidangkan terus dihirup. Aqasha ni hanya
tahu nak marah. Masih lagi tak faham keadaan Qaseh.
“Ada saja jawapan you. Entah-entah nak sangatkan jadi
pelayan lelaki tua tak sedar diri tu. Mentang-mentang dia poket tebal.” Tuduh
Aqasha lagi masih tidak puas hati. Matanya dijelingkan. Dia geram apabila
terpandangkan Razak sedang asyik mencuit tubuh Qaseh sana sini. Rasa macam nak
hadiahkan penumbuk sahaja kat orang tua tu.
“Lantak you lah. You ni asyik nak marah saja. You
memang tak pernah nak faham I. I tak boleh hiduplah dengan lelaki macam you ni.”
Aqasha mendekati Qaseh.
Tubuh Qaseh ditarik ke dalam pelukannya. Dia tahu yang Qaseh sudah mula naik
angin. Pinggang Qaseh dirangkul walaupun Qaseh meronta-ronta minta dilepaskan.
“Maafkan I. I sakit
hati tengok dia ganggu you tadi.
Maafkan I, sayang.” rayu Aqasha.
“You tak faham lagi
kena kerja I macam mana. Minta maaf lepas itu marah lagi. Bosanlah kalau terus
macam ni. Baik tak perlu couple kalau
tak percaya sangat.”
Aqasha meletakkan
dahinya di atas dahi Qaseh. Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Qaseh hanya
memandang ke bawah. Dia masih lagi marah dengan Aqasha.
“Kita kahwin, sayang?”
Aqasha sekali lagi melamar Qaseh. Sebelum ini bukannya dia tidak pernah melamar
Qaseh tetapi selalu ada sahaja alasan daripada Qaseh. Apa salahnya kalau dia
membuat percubaan sekali lagi.
Qaseh menghembus nafas
perlahan. Dia meleraikan rangkulan Aqasha. Badannya disandarkan ke dinding
sambil berpeluk tubuh.
“I belum bersedia.”
Qaseh menolak.
Giliran Aqasha pula
mengeluh. Jawapan yang sering diberikan oleh Qaseh setiap kali Aqasha
mengajaknya berkahwin. Belum bersedia, belum bersedia dan belum bersedia. Sudah
muak halwa telinga Aqasha mendengar alasan yang sama diterima olehnya.
“Alasan yang sama. You bukan tak bersedia tapi you tak pernah cuba untuk bersedia. I
betul-betul serius nak ambil you jadi isteri I. You tak percayakan I ke?” Aqasha mencapai tangan Qaseh lalu
digenggam.
“I minta maaf, you. Buat masa sekarang I memang tak
boleh nak terima you. I perlukan
masa.” sekali lagi Qaseh menjelaskan bahawa dia tidak boleh menerima lamaran
itu. Genggaman tangannya dirungkaikan perlahan.
“Sampai bila?”
“Sampai I rasa I dah
bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. I harap you faham." ujar Qaseh lembut sambil
senyuman terukir di bibirnya. Tidak mungkin dia akan menerima lamaran daripada Aqasha ketika ini walaupun hatinya begitu yakin bahawa Aqasha adalah yang
terbaik untuknya.
“Kalau itu yang you mahukan I faham. Tapi janji dengan I
yang you tak akan pernah ada orang
lain. Hanya I.” Aqasha merangkul bahu Qaseh. Matanya redup memandang Qaseh.
“Ni you. Malam ni malam terakhir I kerja
sini.” Qaseh memberitahu Aqasha selepas dia teringatkan tentang tawaran lelaki
sengal itu. Dia risau juga penerimaan Aqasha nanti.
Aqasha nampak terkejut.
Dia berkerut dahi. Renungan Aqasha terus menikam anak mata Qaseh.
“Kenapa ni? You nak pergi mana?”soal Aqasha.
Qaseh mengigit
bibirnya. Tangan Aqasha dicapai lalu digenggam.
“I ada menerima kerja
baru dari seseorang yang menyuruh I….”
“Kerja apa?”Aqasha
terus memotong percakapan Qaseh tanpa menunggu Qaseh menghabiskan terlebih
dahulu. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Qaseh itu
kerana selama ini Aqasha bersungguh-sungguh memujuk Qaseh agar tinggalkan
pekerjaannya sekarang tetapi Qaseh menolak sekeras-kerasnya. Semuanya atas
alasan dia tidak suka bergantung pada orang lain.
“Kerja sebagai penjaga
pesakit. Sepenuh masa.” Qaseh mula berdebar-debar ketika memberitahu semua itu.
Dia risau jika Aqasha mengamuk.
“Lelaki tu lumpuh. Dia
perlukan seseorang untuk menjaganya sepenuh masa.”tambah Qaseh lagi.
Pandangannya ditundukkan. Takut nak menatap mata Aqasha yang sedang tajam
merenungnya itu.
“Lelaki tu tua ke
muda?”
“Mu…Eh, tua kerepot
dah. Umur 60 - an macam tu. Dia kena stroke dan lumpuh. Jadi tak ada orang
jaga. Anak dialah yang tawarkan untuk I. Gaji pun lumayan. Segala perbelanjaan
adik-adik I bakal majikan I tanggung. Bolehkan, Qasha?.” Qaseh menambah cerita.
Jika dia beritahu perkara yang sebenar pasti teman lelakinya ini tidak akan
bersetuju kerana Aqasha seorang yang kuat cemburu. Tadi pun nasib baik lelaki
tua itu mabuk, kalau tidak sudah lama makan penumbuknya.
“You kena duduk rumah dialah hari-hari?”
“Rasanyalah. Dia pun
tak beritahu tugas I lagi. You
benarkan I bekerja kat situkan?” Qaseh meminta izin. Seolah-olah seorang isteri
memohon kebenaran daripada suaminya padahal mereka tiada apa-apa ikatan yang
memaksa Qaseh memerlukan persetujuan daripada Aqasha.
“Tak perlulah. I ajak you kerja dengan I you tak nak. I offer gaji lagi mahal daripada dia. Please, kerja dengan I.” rayu Aqasha bersungguh-sungguh.
Qaseh menggeleng. Kalau
dia setuju bekerja dengan Aqasha pasti sudah lama dia berbuat demikian tetapi
dia menolak kerana baginya dia tidak perlu bergantung kepada orang lain. Biar
apa yang dilakukan atas usahanya sendiri.
“Tak apalah, Qasha. I
tak boleh bekerja dengan you. You tahukan prinsip hidup I?”
Aqasha melepaskan
keluhan berat. Dia ingat dan sesekali dia tidak akan pernah lupa. Qaseh orang yang
sangat penting dalam hidupnya. Walaupun pada pandangan orang lain pekerjaan
Qaseh adalah pekerjaan yang hina tetapi baginya itu semua tidak penting. Qaseh
masih lagi menjaga batas-batasnya dan masih lagi menjaga maruah dirinya. Jadi
tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi.
“Prinsip, prinsip,
prinsip. Pergi jahanamlah dengan prinsip tu.” marah Aqasha. Suaranya sedikit
meninggi.
“Qasha!”
“You buatlah apa yang you
nak buat. I malas nak ambil tahu lagi. You tak perlukan I. Semua keputusan you boleh buat sendiri. Jangan cari I
lagi.” Aqasha berkata lemah. Dia menepis tangan Qaseh yang cuba merangkul
tangannya. Dia nak berikan pengajaran untuk Qaseh supaya lebih menghargai dia
selepas ini.
“Qasha, please jangan tinggalkan I. I need you. I love you very much.” Qaseh memujuk. Pinggang Aqasha dirangkul
dari belakang. Dia memang sayangkan Aqasha. Lelaki itu terlalu baik untuknya.
“Lepaskan I. I tak
penting pun untuk you. I hanya tempat
you luah masalah you saja. I pergi dulu. Bye.”
Rangkulan dileraikan sebelum Aqasha meninggalkan Qaseh keseorangan di situ.
Air hangat tiba-tiba
mengalir di pipi mulusnya mencairkan mekap yang dipakai. Lantaklah semua itu
tapi apa yang penting dia sedih apabila Aqasha pergi meninggalkannya. Dia
perlukan lelaki itu.
************
Pintu diketuk dari
luar. Zizie yang sedang menyiapkan
sarapan lantas berlari anak untuk membuka pintu. Azan Subuh baru sahaja habis
berkumandang dan waktu kerja Qaseh pun tamat ketika hari mula menjengah pagi.
“Kenapa dengan kau ni,
Qas?” soal Zizie sebaik sahaja dia melihat keadaan diri Qaseh yang sedang
menangis teresak-esak.
“Qasha tinggalkan aku.”
jawab Qaseh lemah. Tubuh Qaseh yang lemah dipimpin masuk ke dalam rumah lalu
dibiarkan berbaring di atas sofa.
“Mestilah dia
tinggalkan kau. Tak akanlah dia nak masuk dalam rumah ni kot. Kang kena tangkap
basah, naya saja.” Zizie menggelengkan kepalanya. Pelik betul dia dengan Qaseh
hari ini. Mengada-ngada lebih pula sahabatnya ini.
“Zie! Kau nikan aku
betul-betul sedih ni kau boleh pula buat lawak bodoh kau tu.” marah Qaseh masih
lagi dalam esakkannya. Zizie ini lambat sangat nak faham.
“La, apa yang lawak
bodohnya Qas? Betullah. Kau dan Qasha tu bukan muhrim tak boleh dibawa masuk ke
dalam rumah sebab nanti Jais datang serbu. Kau tak apalah boleh kahwin free tapi aku ni. Takkanlah nak
berkongsi Qasha dengan kau kot.”
“Bencilah aku dengan
kau ni. Kau sama saja dengan Qasha. Tak pernah faham perasaan aku.”
Zizie menggarukan
kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba memahami kembali apa yang diberitahu oleh
Qaseh tadi. Sejurus kemudian dia tergelak kecil. Patutlah Qaseh marah sangat.
Rupanya silap tajuklah. Zizie mengetuk kepalanya sekali. Tanda pengajaran.
“Baru aku faham.
Maafkan aku, Qas. Kau tahukan aku ni slow
sikit. Aku memang tak faham apa pun tadi. Sorry, ek?”
“Aku tak tahu apa yang
aku perlu buat sekarang. Tolak tawaran itu atau aku terpaksa kehilangan Aqasha.
Aku confuse!”
“Kau kena pilih salah
satu ke?” Zizie masih lagi di awang-awangan tidak faham apa yang cuba
diperkatakan oleh Qaseh. Memang tersangat lembab otaknya untuk menerima isyarat
baru.
Qaseh mengangguk. Air
mata yang mengalir disapu dengan tisu. Sekali sapu, sekali air mata turun lagi.
Dia sangat sedih dengan apa yang ini.
“Terpulang pada kata
hati kau. Aku tak boleh bagi pendapat. Aku blur
sekarang ini.” ujar Zizie selamba. Dia sendiri tidak tahu bagaimana nak memberi
nasihat.
“Kau tu tak pernahnya
tak blur.” Qaseh mengutuk. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis tatkala melihat
muka Zizie yang sedikit lucu itu. Terasa kurang sikit masalahnya apabila dapat
melihat sikap Zizie yang kadang-kadang
mencuit hatinya.
“Sempat lagi mengutuk
aku. Kau sayangkan Aqasha ke?”
“Mestilah. Dia lelaki
pertama yang ada dalam hati aku. Dia sangat baik dengan aku tapi aku saja tak
reti nak menghargai dia. Aku call tak
jawab, sms tak balas. Aku rindu dia.”
Qaseh menangis lagi.
“Kau pilihlah Aqasha.
Kau terima tawaran kerja yang ditawarkan kat kau tu. Habis cerita.”
“Memang kalau ikutkan
kata hati aku memang aku akan pilih Qasha tapi aku sendiri tak tahu. Hati aku
tak tenang bila aku teringatkan lelaki sengal tu. Aku dah bagi dia harapan dan
sudah tentu dia mengharapkan. Aku takutlah.” adu Qaseh. Wajah betul-betul
terpancar kerisauan.
“Susahlah kalau macam
tu. Tak akanlah Qasha tak boleh nak tolak ansur langsung. Kau cuba cakap dengan
dia baik-baik.” Zizie memberi cadangan.
“Entahlah, Zie. Aku dah
cakap habis baik dah kat dia tapi dia terus tinggalkan aku. Apa yang perlu aku
lakukan sekarang?”rintih Qaseh lagi.
“Aku tak tahu. Sekarang
ni jom breakfast dulu. Nanti kita
bincang lain.”
“Kau nikan. Aku tengah
ada masalah ni mana boleh nak telan semua makan tu.” marah Qaseh apabila Zizie
seperti tidak kisah dengan masalahnya.
“Aku kalau perut lapar aku
tak boleh fikir. Otak jammed. Lepas
kita makan aku beri kau cadangan. Jomlah.”desak Zizie lalu mengangkat punggung.
Tangan Qaseh ditarik
menyebabkan Qaseh hanya menurut tanpa bantahan lagi.
*************
“Sofea, dah lama aku
tak nampak Ayim. Kau ada masalah ke dengan dia?” tanya Yunie yang juga
merupakan model dibawah naugan syarikat yang sama dengan Sofea dan merangkap
sahabat baik Sofea.
Tersembur jus oren yang baru sahaja sampai ke tekak apabila terdengar Yunie menyebut nama Qayyim. Kenapa harus nama lelaki cacat itu disebut lagi? Sofea mendengus. Dadanya diurut seketika.
“Jangan sebut nama dia
lagi. Aku tak suka dengar.” marah Sofea. Jus oren yang terkena sedikit di
bajunya dilap dengan tisu.
“Kenapa?”
“Aku dah tak ada
apa-apa lagi dengan dia. Kami dah break.”
“Hah?” Yunie terkejut.
Spagheti yang ingin disuapkan ke mulut diletakkan semula. Kerusinya ditarik
bagi mendekatkan dirinya dengan Sofea. “Sejak bila? Aku tak tahu pun.”
“Dah hampir sebulan.
Aku tak nak hidup dengan lelaki yang hanya akan menyusahkan aku saja. Tak rela
aku nak habiskan masa aku dengan menjaga dia. Lebih baik aku berundur dulu.”
Fikirannya terbayangkan wajah Qayyim yang penuh dengan kebencian kepadanya itu.
Jika Qayyim membenci dirinya, lagi mudahlah untuk dia tinggalkan lelaki yang
dianggap tidak berguna itu.
“Maksud kau?”
“Dia lumpuh.” jawab
Sofea menghentikan rasa teka-teki Yunie.
“Lumpuh? Kenapa?” soal
Yunie lagi. Masih tidak berpuas hati. Patutlah dia sudah tidak nampak kelibat
Qayyim lagi. Dia tidak tergerak hati untuk bertanya kerana fikirkan Qayyim
sibuk. Rupanya Sofea dan Qayyim sudah tiada apa-apa hubungan.
“Dia kemalangan. Kemalangan
itu menyebabkan dia lumpuh. Sekarang ini hidup dia hanya berkerusi roda. Jadi
tak akanlah aku terus setia dengan lelaki yang tidak ubah seperti mayat hidup
itu. Jatuh reputasi aku nanti.”
“Tak baik kau ni. Kau
kena ingat yang kau boleh popular sekarang pun sebab dia tau.” Yunie
mengingatkan Sofea. Tanpa Qayyim mungkin Sofea masih lagi jadi pelayan kelab
malam itu. Qayyim lelaki yang sangat baik tetapi tetap ditinggalkan. Hanya suka
ketika sempurna, benci ketika tidak sempurna.
“Lantaklah. Itu semua
aku tak nak ambil tahu. Yang penting aku gembira tanpa dia. Aku bebas untuk
melakukan apa sahaja. Lagipun padan muka dia. Dia ingat senang-senang saja nak
mengongkong kehidupan aku. Tolonglah..” Sofea tersenyum nipis.
Yunie menggelengkan
kepalanya. Tak sangka sikap sahabatnya ini sebegini kejam.
“Kau ke penyebab dia
kemalangan?” soal Yunie serkap jarang. Mana tahu mungkin Sofea dalang kepada
kemalangan yang berlaku. Yunie kenal sangat dengan Sofea. Dia sanggup melakukan
apa sahaja demi kepentingan dirinya.
“Kau jangan main tuduh
ya, Yunie. Kau ingat aku jahat sangat ke sampai nak buat dia kemalangan? Tak
perlu aku buat semua itu hanya sebab nak dia tinggalkan aku. Kau jangan nak
tuduh sebarangan. Aku cili mulut kau nanti.” Sofea tiba-tiba melenting. Suaranya
sedikit meninggi. Pelanggan yang turut mengunjungi restoran itu turut memerhati
ke arahnya.
“Yang kau nak melenting
ni kenapa? Kalau kau tak salah tak perlu nak marah-marah. Cakap baik-baik tak
boleh ke?” Yunie membalas. Geram pula dengan Sofea ni. Tebal mukanya apabila
orang ramai memandang ke arah mereka.
“Kau ikut sedap saja
tuduh aku macam tu. Mana aku tak melenting.”
“Kau kena ingat yang
Datin Kursiah tu bukan calang-calang orang. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi
keluarganya. Kalau betul kau terlibat dengan kemalangan ini, kau tunggulah
akibatnya.”ujar Yunie. Hatinya kuat mengatakan yang Sofea terlibat. Sejauh mana
kebenarannya, Yunie tidak pasti. Harap-harap itu hanya satu tuduhan bukannya
realiti.
Sofea mengigit bibir.
Tiba-tiba fikirannya teringatkan ugutan Datin Kursiah ketika dia melawat Qayyim
tempoh hari.
“Aku tak terlibat. Aku
tak ada kena mengenalah dengan kemalangan tu.” Sofea masih mempertahankan
dirinya.
“Tak apalah. Aku tak
tuduh kau cuma aku ingatkan kau. Itu saja.” Yunie kembali menikmati sarapan
yang terhidang. Dia sudah malas nak bertekak dengan Sofea. Nanti takut
mengeruhkan keadaan.
Sofea menyandarkan
badannya ke belakang kerusi kasar. Dadanya tiba-tiba berombak kencang. Risau
apabila memikirkan peringatan daripada Yunie itu. Sofea tidak senang duduk.
Sian kat Aqasha... Nk kawin ngan qaseh... Qaseh plak xnk... Ermmmm pelik plak... Ziezie nie mmg sengal gak ek... Tringat plak kat ateh ziezie... K bab sofea nie... Dia ke yg jadi dalang kes kemalangan qayyim nie... Klau dia r punca... Mmg jahat lah sofea tuu... Adoiiii...
ReplyDeleteAmboi along mcm ateh ehh ekekeke
DeleteAlong tggu la kmuculan mama hot
Ziezie zairy
Assalamualaikum Syarmin Fauzi,
ReplyDeleteAkhirnya ada juga update Bab 5. Terima kasih, lama menunggu, tapi faham akan kesibukan penulis. hihi.. Qaseh pun keja macam bekas Sofea kerja dulu, tapi baiknya Qaseh taklah macam Sofea atau.. maybe tak nampak lagi Qaseh tu macamana orangnya.. harap2 dia tak hipokrit pada Ayim. ^__^
along - mmg acu ambik watak ateh pun along..kehkeh...blur memanjang....hahaha...xtahulah Along, mungkin sofea lah kot...tp mana tau kot orang lain ke, kan..
ReplyDeletebtw, terima kasih along...pengomen tegar blog acu..haha
@Fatrim syah
waalaikumussalam...
terima kasih..penulis klu terkena penyakit writer block mmg aptb...haha..Qaseh baik tp baik sngat ke dia? tunggu next yer... InsyaALLAH
terima kasih jugak.Ayim salah seorang pengomen setia blog min..thanks..
Orang perempuan ni memang kadang susah nak difahami eh? Aqasha dah macam tu punya offer baik pun masih menolak. Aiyooo...
ReplyDeletehaha...Qaseh hidup berdasarkan prinsip...prinsip dia tidak mahu bergantung pada orang lain. Sebab tulah dia menolak..Lagipun mungkin Aqasha ada udang di sebalik batu? kita tak tahukan...
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca.... :D
sofea ka yang bt ayim kemalangan..??kalau betul dia mmg jahat la minah nie.
ReplyDelete# kak zaimah..