Bab
8
Qaseh laju membuka langkah menuju ke Qayyim semula.
Air mata yang mengalir disapu dengan hujung bajunya. Dia biarkan drama itu
ditayangkan walaupun hati dia berasa begitu sakit. Dia sudah tiada hak. Mungkin
hubungan dia dan Aqasha setakat ini sahaja. Qaseh tidak mahu memikirkan semua
itu lagi buat masa sekarang. Biarlah.
“Kau ni lembab betullah. Kau pergi mana lama sangat?
Dah lama aku tunggu kat sini tau.” leter Qayyim tidak puas hati. Padahal tidak
sampai sepuluh minit Qaseh ke tandas. Sengaja nak mencari pasal.
“Maafkan saya.” hanya itu yang mampu Qaseh ucapkan sekarang. Dia tiada mood untuk bertengkar dengan Qayyim sekarang ini. Biarlah lelaki itu nak kata apa pun dia malas nak ambil pusing.
“Cepatlah tolak aku. Aku nak balik.”gesa Qayyim yang sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hanya nampak bantal dan katil yang empuk sahaja bagi merehatkan dirinya yang sudah seharian menjalani terapi.
Ketika di dalam perjalanan pulang, mereka hanya diam. Hanya alunan lagu yang dipasang sahaja yang memecah kesunyian kereta mereka. Tidak seperti ketika mereka dalam perjalanan untuk menuju ke hospital tadi. Ada sahaja yang mereka bertelingkah.
“Kau ni kenapa diam saja? Muka tu masam macam baru mati laki saja aku tengok”
Qaseh menggeleng. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Fikirannya masih lagi teringatkan perlakuan Aqasha tadi. Lelaki yang dia cintai, dia sayangi sanggup membuatnya seperti itu. Qaseh betul-betul tak sangka yang selama ini apa yang terjadi hanyalah lakonannya semata-mata. Qaseh benci Aqasha.
“Cakaplah. Kau tak ada mulut ke? Tadi kemain lagi aku tengok kau bergelak sakan dengan Doktor Akimi. Sekarang ni bila dengan aku diam macam perempuan melayu terakhir pula.” bentak Qayyim berang. Soalannya hanya dijawab dengan gelenggan itu tidak cukup buat Qayyim. Dia nak dengar suara Qaseh membalas setiap apa yang diperkatakan olehnya.
“Tuan ni cemburu kenapa? Suka hati sayalah nak cakap ke tidak.”
“Tolonglah aku nak cemburu. Kau menangiskan?”
Qaseh menggeleng laju. Dia menundukkan kepalanya. Hujung baju menjadi sasaran untuk mengelap titisan air mata yang mengalir.
“Kau menangis ni. Kau ada masalah ke?”
“Tak adalah. Saya okey.”jawab Qaseh perlahan. Tidak perlu lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu mengetahui apa masalahnya. Dia perlukan Zizie ketika ini. Sahabat karibnya itu seorang sahaja yang memahami dirinya. Tidak orang lain.
“Kalau okey tak apa. Aku bukan nak sibuk hal kau cuma aku tak suka bila masalah peribadi dibawa bersama ketika bekerja. Aku tak boleh tengok nanti aku jadi stress.”
“Saya okey.”jawab Qaseh sekali lagi bagi menyakinkan Qayyim.
Qayyim hanya membiarkan sahaja Qaseh melayani perasaan. Pelik juga apabila dia melihat Qaseh tiba-tiba sahaja menjadi muram. Tadi bukan main ceria lagi bergurau senda dengan Doktor Akimi. Sejak balik dari tandas tadi terus diam seribu bahasa. Pasti ada masalah yang melanda penjaganya ini.
**************
Qaseh duduk termenung di tepi kolam renang. Kakinya
dimasukkan ke dalam air lalu air itu dikocak dengan kaki. Telefon bimbit di
tangan dipegang kejap. Dia baru sahaja selesai menelefon Zizie untuk
memberitahu tentang tugasnya di sini. Zizie akur. Dia akan mencari teman
serumah baru untuk menampung sewa bulanan yang tidak mampu untuk Zizie membayar
seorang diri.
“Kat sini rupanya kau. Patutlah aku panggil tadi tak ada.” Suara Qayyim menghentikan lamunan Qaseh.
Dia dah datang. Baru sahaja aku nak tenangkan fikiran. Tak boleh nak tengok orang tenang langsung. Desis hati kecil Qaseh. Berang dengan kehadiran Qayyim.
“Buatkan aku air milo secawan. Aku dahaga.”
“Tak boleh ke nak ambil sendiri? Nak juga susahkan aku.” Qaseh merungut perlahan. Kakinya diangkat lalu bangun untuk ke dapur melaksanakan arahan yang diberikan oleh Qayyim tadi.
“Mulut puaka sungguh kau ni. Bila suruh ada saja yang kau merungut. Potong gaji baru tahu.” Qayyim menegur. Bibirnya secara tidak langsung mengukirkan senyuman nipis melihat Qaseh yang menonong sahaja melangkah masuk ke dapur.
Beberapa minit kemudian, Qaseh datang dengan secawan milo panas yang siap dibancuh. Cawan itu diserahkan kepada Qayyim sebelum mengambil tempatnya tadi itu semula. Kali ini dia hanya duduk bersila. Kakinya tidak lagi direndam ke dalam air.
“Kau selesa tak bekerja kat sini?” tanya Qayyim memecahkan kesunyian malam. Hanya cengkerik dan katak memanggil hujan sahaja yang sedang asyik menyanyi riang.
“ Masih terlalu awal untuk aku memberi komen tapi kalau beginilah perangai kau, aku tak yakin aku mampu bertahan. Kalau esok aku tak hantar sarapan kat kau tu anggap sajalah aku dah lari dari sini.” Qaseh berseloroh.
“Amboi, panggilan tu dah berubah nampak. Aku, aku. Hormat sikit aku ni bos kau.”tegur Qayyim. Suaranya mendatar.
Qaseh tersengih. Kepalanya digaru. Tidak sedar rupanya dia sudah tersasul. Laju sahaja mulutnya berbicara.
“Kata kawan. Mana boleh panggil tuan, saya. Rimaslah. Tak sesuai langsung.” Qaseh membalas. Tidak mahu mengaku kalah. Dalam masa yang sama dia nak menyuarakan ketidakselesaan dia apabila menggunakan panggilan yang formal sebegitu. Tergeliat lidahnya nak bercakap.
“Sejak bila aku jadi kawan kau? Kau tu cuma diambil bekerja untuk menjaga aku saja tau.” Qayyim memberi peringatan. Matanya dikerling sekilas memandang Qaseh yang sedang duduk bersila di sebelahnya.
“Yalah tu.”
“Aku benarkan kau panggil aku guna panggilan kau dan aku tapi bila di depan mama dan papa aku, aku nak kau gunakan panggilan formal. Papa dan mama aku mereka bergantung pada protokol. Jadi aku harap kau faham.”
“Yeke? Kau tak main-mainkan?”
Qayyim menggeleng. Matanya mencerlung melihat wajah Qaseh yang sedang tersenyum kegembiraan itu. Perangai macam budak-budak baru dapat gula-gula.
“Jangan nak seronok sangatlah. Aku nak tanya kau ni. Aku tanya kau jawab. Jangan banyak soal. Boleh?”
“Soalan apa?”soal Qaseh. Senyuman masih lagi terhias di bibirnya. Masih lagi gembira dengan kebenaran yang diberikan oleh Qayyim tadi.
“Kau ni dulu kerja apa?”
“Baru nak tanya ke?”
Qayyim mendengus. Baru sahaja dia berikan peringatan supaya soalan dijawab dengan jawapan. Bukannya soalan dijawab dengan soalan. Geram pula bila berbual dengan Qaseh ni. Benar-benar menguji kesabaran Qayyim.
“Aku kata bila aku tanya jawab. Bukannya tanya soalan balik. Bila aku bercakap tu dengar bukannya menerawang jauh. Geram sungguh aku dengan kau ni.”rungut Qayyim.
“Baiklah. Aku silap. Dulu aku kerja kat kelab malam. Jadi pelayan.”
Qayyim terkejut. Mulutnya sedikit terbuka. Dia merenung Qaseh bagi mencari kejujuran daripada jawapan yang baru sahaja dijawab tadi. Biar betul? Tak tahu pula yang dia ni pelayan kelab malam. Tiba-tiba fikirannya teringatkan seseorang. Qayyim menggelengkan kepalanya laju. Tidak mahu mengingati perempuan yang lupa diri seperti Sofea itu lagi.
“Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?” bentak Qayyim. Dia bukannya tidak dapat menerima pekerjaan Qaseh dulu tetapi dia risau Qaseh juga berkelakuan seperti Sofea. Bila dah senang dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
“ Dah kau tak tanya. Tak akanlah aku nak terhegeh-hegeh beritahu kat kau.”
“Aku tak suka dengan pelayan kelab malam ni. Perangai mereka jenis lupa daratan. Bila dah senang sikit, mulalah berlagak. Tak ingat dah jasa orang lain. Dah tu, badan tu dah biasa sangat dipegang oleh orang lain. Aku tak suka.” Kutuk Qayyim spontan. Bila berbicara tentang kelab malam dia terbayangkan Sofea. Pada malam itu Sofea hampir sahaja dirogol oleh salah seorang pelanggannya tetapi kehadiran Qayyim ketika itu dianggap sebagai penyelamat. Sofea terselamat dan dari sejak itulah Qayyim mula rapat dengan Sofea. Semuanya Qayyim sediakan untuk Sofea. Tetapi apabila dia menjadi seperti ini, begitu mudah Sofea meninggalkan dirinya. Ini betul-betul tidak adil untuknya.
“Kau jangan nak samakan semua pelayan begitu. Aku bukan seperti itu.” Qaseh mempertahankan dirinya apabila mudah sahaja Qayyim membuat tuduhan. Mana dia tahu yang semua pelayan kelab malam itu tidak baik? Sengaja nak menaikkan darah aku lelaki sengal ini.
“Alah, kalau namanya kelab malam semuanya serupa. Kau jangan nak membohong akulah.”
Qaseh mencekak pinggang. Dia lantas bangun dari duduknya. Hatinya sudah berbara rasa marah dan geram. Memang pekerjaan dia dipandang serong oleh orang luar tetapi itu tidak dapat membuktikan apa-apa. Dosa tetap berdosa tapi ini semua kerana terpaksa. Kalau diikutkan hati dia pun tidak mahu menjejakkan kaki apatah lagi bekerja di tempat sebegitu. Qayyim tidak boleh sebarangan menuduh dia.
“Lantak kaulah. Aku peduli apa. Malam ni juga aku berhenti kerja. Aku tahu aku ni miskin tapi janganlah nak menuduh aku macam tu. Aku ada hati dan perasaan. Kalau tak kerana aku terpaksa, aku pun tak naklah bekerja kat situ.” Qaseh membuka langkah meninggalkan Qayyim bersendirian di situ.
Qayyim tersentak. Matanya mengikuti setiap langkah Qaseh yang sudah jauh dari pandangan matanya. Apa aku dah buat ni? Qayyim baru tersedar. Dek kerana marahkan Sofea, Qaseh menjadi mangsa. Dia tidak boleh samakan Qaseh dan Sofea. Walaupun baru sehari perkenalan mereka, Qayyim yakin Qaseh seorang gadis yang baik. Tidak seperti Sofea yang pada mulanya dulu sudah nampak perangai dia yang sebenar.
“Bongoknya kau, Ayim.” Qayyim mengetuk kepalanya. Dia perlu memikirkan cara untuk memastikan Qaseh terus bekerja di sini.
*************
Qaseh melangkah keluar dari rumah banglo itu
perlahan-lahan. Pengawal keselamatan sudah pun tidur memandangkan hari sudah ke
tengah malam. Ini memudahkan Qaseh. Qaseh sendiri tidak tahu arah tujunya. Zizie
sudah banyak kali dihubungi namun tidak berangkat. Pasti sahabat baiknya itu
sudah ke alam mimpi. Faham sangat dengan perangai Zizie yang bila tidur yang
kalau diletak bom di sebelahnya pun belum tentu dia akan terjaga.
Qaseh melepaskan keluhan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berhenti kerja semata-mata menerima tawaran daripada lelaki itu. Mungkin kerana dia nak mengubah cara hidupnya tetapi yang pastinya itu bukan sebab utama. Qaseh tidak tahu. Tak terfikir dek akalnya untuk bekerja di bawah seorang lelaki sengal seperti Qayyim itu. Sekarang ini barulah puas hatinya apabila dapat melarikan diri daripada Qayyim. Dia tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Fikirannya harus ditenangkan dahulu.
“Hai awek cantik, nak pergi mana malam-malam ni?” tegur satu suara yang membuatkan bulu roma Qaseh tegak. Dadanya sudah berombak kencang. Lantas tubuhnya dikalih untuk melihat siapa empunya suara itu.
“Nak abang temankan ke?” lelaki bertubuh sedikit gempal, berkulit kuning langsat dan bermisai itu sedang tersenyum gatal kepada Qaseh.
“Tak apa. Saya boleh berjalan seorang diri.” jawab Qaseh terketar-ketar. Hatinya tidak lepas dari terus berdoa agar dapat dihindarkan daripada terjadi sesuatu yang buruk. Dia mempercepatkan langkahnya lagi setelah menyedari lelaki itu turut mengikutinya.
“ Mana boleh. Jom ikut abang. Kita pergi tempat baik punya.” Serta-merta langkah Qaseh terhenti apabila lelaki itu menghalang langkahnya. Badan Qaseh cuba disentuh tetapi Qaseh sempat mengelak. Lain macam rasanya lelaki ini. Pasti dia ni ada rancangan jahat.
“Tak apa. Saya nak balik rumah.”
“Jomlah.” Tangan Qaseh dicapai lalu digenggam kejap. Qaseh meronta-ronta minta dilepaskan tetapi tenaga seorang perempuan tidak mampu menandingi tenaga lelaki.
“Lepaskan saya. Saya nak balik.” Qaseh masih cuba melepaskan pegangan tangan lelaki yang semakin erat.
“Jangan nak jual mahal sangat.” Lelaki itu cuba mendekatkan mukanya dengan muka Qaseh. Dia cuba untuk mencium Qaseh.
“Hoi!” jerit satu suara dari belakang.
Serentak lelaki itu menjauhkan mukanya daripada muka Qaseh. Dia dan Qaseh segera menoleh.
“Lepaskan dia!” Qayyim menjerit kuat. Roda kerusinya dipusing untuk mendekati Qaseh dan lelaki yang menganggu Qaseh itu. Wajahnya serius. Nafasnya turun naik seperti sedang menahan marah.
Qaseh terkedu seketika. Macam mana lelaki sengal ini boleh ada kat sini? Dia ikut aku ke? Dia datang nak selamatkan aku ke? Boleh ke dia bergaduh dengan lelaki gemuk ini? Berbagai-bagai pertanyaan yang muncul di benak fikiran Qaseh.
“Kau jangan nak tunjuk hero kat sini.” Lelaki itu memberi amaran. Pergelangan tangan Qaseh masih lagi tidak dilepaskan.
“Lepaskan dia.”sekali lagi Qayyim menjerit selepas melihat lelaki itu tetap berkeras. Tangannya kejap memegang tangan Qaseh. Sama seperti tadi. Terasa denyutan di bahagian pergelangan tangan Qaseh. Bayangkanlah tangan lelaki itu dua kali ganda besarnya daripada tangan Qaseh. Mahu tak sakit.
“Kalau kau berani sangat datanglah berlawan dengan aku. Tak padan dengan cacat, nak tunjuk hero kat sini. Jangan ganggu aku kalau kau tak nak penumbuk aku hinggap kat muka kau.”
“Aku cakap secara baik ni. Lepaskan dia sebelum kau yang susah. Walaupun aku cacat, aku bukan lelaki lemah.” Qayyim membalas. Wajahnya kelihatan begitu tenang. Langsung tiada riak gentar yang terpancar di mukanya.
Biar betul mamat ni. Kang dia yang kena belasah baru tahu. Dah tahu diri tu tak berapa nak sempurna diajak bertumbuk pula. Desis hati kecil Qaseh. Dia risau dengan situasi sebegini yang macam-macam boleh terjadi.
“ Kau sibuk ni apahal? Kau tu siapa nak menghalang aku?” Lelaki itu masih tidak mengaku kalah.
“Dia ni isteri aku. Lepaskan dia sebelum aku telefon polis.”
Tercengang Qaseh seketika. Betul ke apa yang dia dengar ni? Isteri? Rasa terujanya mendengar perkataan itu. Hatinya mula berbunga-bunga. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibir mungilnya. Fikirannya mula membayangkan Qayyim dan dia sedang bersanding di atas pelamin. Bagaikan pinang dibelah dua.
“Kisah apa aku. Kalau betul dia ni isteri kau, kenapa kau biarkan dia merayau tengah malam macam ni? Jadi sekarang isteri kau ni dah jadi milik aku.” Tangan Qaseh ditarik kasar. Qaseh yang masih lagi dalam angan-angannya tersentak. Bibirnya lantas beristifar. Apa yang dia berangan sangat ni..
“Kau nikan memang melampau.” Qayyim menendang di perut lelaki itu sekuat hati. Ambil kau. Degil sangatkan.
Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya. Mukanya berkerut seribu menahan kesakitan penangan tendangan Qayyim tadi.
Gedebuk! Lelaki itu membalas. Kali ini Qayyim sudah jatuh tersungkur dari kerusi rodanya. Mukanya ditumbuk berkali-kali. Qaseh menarik tubuh lelaki gempal itu sekuat hati dari terus menumbuk muka Qayyim.
“Kau ketepi.”jerit lelaki itu lalu tubuh Qaseh ditolak sehingga jatuh terduduk.
Qaseh tidak berputus asa. Lelaki ini memang nak kena. Dia tidak akan membiarkan Qayyim terus menjadi mangsa tumbukan lelaki itu. Mata Qaseh meliar sekeliling. Lantas dia mendapatkan sebatang kayu. Namun sia-sia apabila kelakuannya itu disedari oleh lelaki iu. Tubuh Qaseh sekali lagi ditolak dan kali ini dia jatuh tersungkur.
“Tolong! Tolong!” Qaseh menjerit selepas dia tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Sedih dia melihat
Qayyim ditumbuk berkali-kali di muka. Qayyim hanya merelakan kerana dia tidak mampu untuk melawan.
Lelaki itu merengus geram sebelum berlari
meninggalkan mereka berdua di situ. Qaseh lantas bangun mendekati Qayyim yang
sudah terbaring lesu.
“Qayyim! Bangun Qayyim!” Air mata Qaseh mengalir laju. Dia menepuk-nepuk wajah Qayyim dengan harapan Qayyim sedar tetapi Qayyim sudah tidak sedarkan diri.
Telefon bimbitnya dicapai. Qaseh segera menelefon hospital untuk datang memberi bantuan. Dia rasa bersalah sangat dengan semua yang terjadi. Kerana nak selamatkan dirinya, Qayyim menjadi mangsa. Qaseh menyesal. Andai berlaku sesuatu kepada Qayyim, dia tidak akan pernah memaafkan dirinya. Kalau dia tidak keluar dari rumah tadi semua ini akan dapat dielakkan. Qayyim tidak akan menerima semua ini.
“Qayyim, maafkan aku.” ucap Qaseh perlahan. Kepala Qayyim diangkat lalu diletakkan di atas ribanya. Muka lelaki itu diusap lembut. Mulut Qaseh tidak henti-henti memanggil nama Qayyim.
Assalamualaikum Cik Myn,
ReplyDeleteWah, makin suka baca Tolong Jangan Pergi.. ^__^
Sian Qaayim, apa boleh buat, nak lindungi Qaseh. Qaseh pun satu, macam takde pagi nak keluar dari rumah tu. Heharap Qayyim tak cedera teruk sangat dan Qaseh pula tak kena marah dengan mak Qaayim dan berhentikan dia.. ermm.. errmm..
Okey, keep it up. Tak sabar baca next n3 ^__^
assalamualaikum,myn sgt bgs jln crte nye,kesian kat ayyim
ReplyDeletenape qaseh keluar mlm2 jd pe2 kan ssh,trskn ye,xsbr tggu n3 terbaru
next n3..best...
ReplyDeleteKesian Qayyim kena pukul... Gara2 nk slmt kan Qaseh... Tuu lah nk ckp xbragak2... Sofea punye hal... Qaseh plak yg kena tempias... Sib baik Qaseh xde apa2... Mesti datin mengamuk nyer... K acu min... Best... Cpat2 smbung yea...
ReplyDeleteAdeh... Tak pasal je Qayyim jadik mangsa... Abes ah Qaseh kena ngan Datin tu esok-esok... Ha ha, tak tau... Ayoookk Qaseh...
ReplyDeleteHahahahah :P
Ok, NEXTTT~ :)