KEAJAIBAN CINTA BAB 10



Qaseh menyediakan sarapan khas untuk Qayyim. Itulah kerjanya hari-hari. Sediakan sarapan, sediakan pakaian dan jalankan terapi buat Qayyim sama ada di rumah atau di hospital. Kalau nak diikutkan rasa penat memanglah penat tapi Qaseh cuba memujuk dirinya supaya sabar. Dia buat kerja yang halal. Tak akanlah dia nak kembali bekerja sebagai pelayan kelab malam pula. Cukuplah dulu dia bergelumang dengan dosa, Qaseh sesekali tidak akan pernah menjejakkan kakinya di situ lagi.

Pintu bilik Qayyim diketuk. Selepas mendengar suara Qayyim membenarkan Qaseh masuk, Qaseh terus melangkah masuk.

“Kau tolong gosokkan baju aku ni. Aku nak pakai.”

Qaseh berkerut dahinya. Baju kemeja? Dia nak pergi mana? Seingat Qaseh hari ini Qayyim tiada terapi di hospital dan Qayyim pun tak ada beritahu dia nak kemana-mana hari ini. Kenapa pula dia perlu gosokkan baju kemeja tu?

“Cepatlah. Nanti aku lambat ke ofis.”gesa Qayyim apabila melihat Qaseh berdiri tercegat tidak berkutik itu.

“Pergi ofis buat apa?”soal Qaseh mematikan persoalan yang bermain di minda.

“ Memancing.” jawab Qayyim selamba. Mukanya serius.

“Gila ke pergi ofis memancing. Jawapan tak logik langsung.”

“Sudahlah. Jangan nak pot pet pot pet. Buat apa yang aku suruh tu cepat. Nanti papa aku bising.”

Qaseh tidak bertanya lagi. Dia terus menjalankan kerja seperti yang diarahkan oleh Qayyim.

Qayyim setia menunggu Qaseh tekun membuat kerjanya. Matanya mula mengamati wajah Qaseh secara diam. Kening Qaseh yang nipis tersusun rapi. Turun pula ke mata. Gadis itu memiliki sepasang mata yang cantik. Mata hitamnya yang besar membuatkan mata Qaseh begitu menarik untuk ditatap. Setelah puas menilik mata, kali ini hidung Qaseh pula menjadi sasaran. Hidungnya yang mancung menjadi penambah perisa bagi mencantikkan lagi wajah Qaseh. Bibirnya yang mungil dan nipis itu juga membuatkan semua orang terpesona apabila melihatnya. Boleh diibaratkan gadis ini begitu sempurna ciptaannya. Tiada cacat cela dari pandangan mata Qayyim yang agak tinggi cita rasanya ini. Cantik!

“Nah. Dah siap..” Qaseh mengukirkan senyuman apabila kerjanya sudah selesai. Baju kemeja itu diserahkan semula kepada Qayyim.

Qayyim hanya membatu. Matanya masih lagi memandang Qaseh. Langsung tidak berkelip. Qaseh cuba melayangkan tangannya di hadapan muka Qayyim tetapi lelaki itu tetap membatu. Berangan agaknya.

“Hoi! ”jeritan Qaseh membuatkan Qayyim tersedar dari lamunan.

“Cantiknya kau Minah….” Qayyim yang terkejut terus melatah. Dengan pantas Qayyim menekup mulutnya 
rapat apabila menyedari dia sudah tersasul.

Qaseh membulatkan matanya. Terkedu seketika apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Qayyim itu. Sejurus kemudian, Qaseh ketawa berdekeh-dekeh.  Dia tidak mahu perasan diri. Nanti dia pula yang malu. Mungkin lelaki itu sedang teringatkan orang lain, Qaseh pula yang perasan lebih. Baik buat-buat tak dengar sudah.

Qayyim mengetap bibirnya. Dia dengar ke tidak aku latah tadi? Harap-harap taklah. Malu aku nanti kalau dia tahu aku tengah berangan tengok muka dia. Qayyim berkata dalam hati.

“ Bak sini. Buat kerja lambat.”tebak Qayyim cuba mengawal dirinya.

“Kau berangan ya? Teringatkan aweklah tu.”usik Qaseh.

Qayyim tidak menjawab. Dia terus menyarungkan kemeja yang telah digosok oleh Qaseh lalu dibutangkan. Tali leher yang diletakkan di dalam almari diambil sebelum disematkan ke leher.

“Kau nak ke pejabat ke ni?” Qaseh bertanya lagi. Tadi Qayyim tidak menjawab pertanyaan daripadanya.

“Yalah. Tak akanlah nak ke bendang pula.”jawab Qayyim kasar. “ Bawakan sarapan aku ke meja makan. Aku nak bersarapan dengan papa dan mama aku.”arah Qayyim tegas. Dia memusingkan kerusi rodanya keluar dari bilik meninggalkan Qaseh yang masih lagi terpinga-pinga.

“Semakin hari semakin pelik dengan lelaki ni.”leter Qaseh sebelum dulang diangkat menuju ke meja makan.

“Selamat pagi mama, papa.” ucap Qayyim ceria kepada Datuk Qairi dan Datin Kursiah yang sedang menikmati sarapan pagi. Qayyim mengambil tempat di sebelah Datin Kursiah apabila bangku meja itu telah dikosongkan khas buat Qayyim.

Datuk Qairi dan Datin Kursiah berpandangan sesama sendiri sebelum pandangan dikalihkan kepada Qayyim yang tampak ceria pagi ini. Mereka sangat pelik melihat Qayyim pagi ini.

“Ayim nak pergi mana ni dengan pakai macam ni?”tanya Datin Kursiah.

“Ayim nak ke pejabat. Mulai hari ini, Ayim akan mula bekerja semula. Papa, Ayim masih jadi CEO di syarikat papakan?” Qayyim menjongketkan keningnya sejenak.

“Bagus kalau kau dah sedar. Jawatan tu tak pernah terisi untuk orang lain. Hanya untuk kau, Ayim.” Datuk Qairi menjawab tenang. Mukanya serius. Langsung tiada riak dia gembira dengan kehadiran semula Qayyim ke syarikatnya. 

“Terima kasih papa.”

“Qaseh akan ikut sekali Ayim ke pejabat ke?”soal Datin Kursiah lagi.

Qayyim lantas mengangguk. Qaseh yang sedang berdiri di sebelahnya memandang Qayyim memohon penjelasan. Tetapi lelaki itu tidak menghiraukannya. Masih lagi enak menikmati sarapan pagi.

“Qaseh, kamu pergi bersiap. Nanti kamu akan ikut Qayyim ke pejabat.”Datin Kursiah memberi arahan.
Qaseh mengangguk. Tanpa berlengah, dia terus mengangkat kaki menuju ke biliknya. Almari pakaiannya dibuka. Satu persatu baju dicuba namun langsung tidak menepati kriteria. Tiada satu baju pun yang sesuai dipakai untuk ke pejabat.

“Sengal ni pun satu. Bukannya nak bagitau awal-awal kata nak ke pejabat hari ini. Aku nak pakai baju apa ni?” Qaseh buntu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tak akan aku nak pakai skirt ni pula. Aku ni cuma orang gaji saja. Aduh, peningnya kepala aku.” Qaseh merungut lagi.

“Minah! Kau siap apa lama sangat tu?”kedengaran jeritan Qayyim dari luar.

“Sekejap!” Qaseh semakin gelabah.

Dia meneruskan pencariannya dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk memakai baju kurung lusuh yang dipinjam daripada Ziezie yang turut dibawa bersama ketika mula bekerja di rumah banglo itu. Lantaklah. Kalau pakai baju kurung memang kenalah dengan kerja dia sebagai orang gaji.

Selepas beberapa minit, Qaseh selesai bersiap. Rambutnya diikat satu dan mukanya disapu sedikit bedak nipis. Dia turut mencalitkan sedikit pelembab di bibirnya. Qaseh mencapai beg dompetnya lalu melangkah keluar dari biliknya.

Qayyim memandang Qaseh pelik. Atas bawah, atas bawah Qayyim memerhati.

“Kau pakai baju apa ni?”soal Qayyim jengkel.

“Baju kurunglah. Kenapa tuan?” Qaseh menggunakan panggilan formal kerana ketika itu Datin Kursiah turut bersama dengan mereka. Datuk Qairi sudah tiada. Mungkin sudah ke pejabat terlebih dahulu.

“ Kenapa kau tanya? Tak akanlah kau nak ke pejabat pakai baju buruk macam ni?”bentak Qayyim tidak menggemari pakaian yang disarungkan di tubuh Qaseh.

“Kamu tak ada baju lain ke, Qaseh?” Datin Kursiah pula menyampuk.

Buruk sangat ke baju ni? Aku ni cuma orang gaji saja bukannya setiausaha ke, bos ke. Tak perlu nak pakai cantik-cantik. Ngomel Qaseh dalam hati. Dia pelik dengan dua beranak ini. Biarlah nak pakai baju apa pun. Asalkan pakai baju. Kalau tak pakai baju tu nak marah tak apalah juga.

“Tak ada Datin. ” jawab Qaseh perlahan. Wajahnya ditundukkan sedikit.

 “Dahlah. Jom cepat. Aku dah lewat masuk ofis.”gesa Qayyim tidak lagi mengkritik pakaian Qaseh. Jam di tangan dikerling sekilas sebelum tangan mamanya dicapai lalu disalam dengan penuh rasa hormat.

“Jaga Ayim baik-baik, Qaseh.” pesan Datin Kursiah sebelum mereka berangkat untuk ke pejabat.

****************

“Selamat kembali Tuan Zill Qayyim…”ucap salah seorang staff syarikat sebaik sahaja kerusi roda Qayyim mencecah di pintu masuk pejabat. Masing-masing seperti sedang menunggu ketibaan Qayyim. Mungkin Datuk Qairi sudah memaklumkan awal-awal lagi tentang kehadiran Qayyim ke pejabat hari ini.

“Terima kasih.” Qayyim membalas. Bibirnya mengoyak senyuman yang paling manis buat semua stafnya.

“Ayim…. Akhirnya kau kembali juga. Aku dah lama tunggu kedatangan semula kau kat pejabat ni.” Fathir yang baru datang dari biliknya terus menyapa sahabat baiknya itu. Dia sangat rindukan Qayyim. Sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan Qayyim. Ini semua kerana dia tersangkut dalam kesibukan kerja yang menyekat untuk dia bertemu dengan Qayyim. Tapi dia gembira apabila mendengar Datuk Qairi memberitahu tentang kehadiran Qayyim pada hari ini.

“ Aku ingat kau lupa kawan dah. Bukannya nak melawat aku kat rumah. Mentang-mentanglah aku dah tak sempurna macam dulu.” Qayyim membuat-buat merajuk. Sengaja ingin bergurau dengan Fathir.

Qaseh di sebelah hanya memasang telinga. Dia rasa sangat janggal apabila berada dalam suasana yang tak pernah langsung dirasai olehnya sebelum ini. Tadi ketika tiba di syarikat ini pun hati Qaseh sudah berdegup kencang. Rasa macam tak percaya boleh merasai semua ini.

“Jangan cakap macam tu. Aku sibuk. Kau tahukan yang aku kena ambil alih tugas kau. Aku tak akan pernah lupakan sahabat baik aku ni.”ujar Fathir mencantas dakwaan Qayyim.

“Yalah tu.”

“Siapa sebelah kau tu? Tak nak kenalkan kat aku ke?”Fathir bertanya. Nak juga tahu siapalah gadis cantik yang menemani Qayyim itu. Nak kata Sofea pun bukan, adik Qayyim pun bukan sebab Fathir masih lagi mengingati wajah Qalisya walaupun sudah beberapa tahun tidak berjumpa kerana dia sedang belajar di luar negara.

“Lupa pula. Ni pembantu aku. Namanya Minah kepo campur puaka campur senget.” Qayyim tersengih.

Qaseh membulat matanya. Bibirnya diketap geram. Hatinya sudah bersarang rasa geram yang teramat sangat. Aku seligi juga lelaki ni nanti.

“Panjangnya nama. Kau biar betul, Ayim!” Fathir menolak bahu Qayyim sedikit. Ada ke nama orang macam tu? Pasti ini rekaan Qayyim semata-mata.

“Jangan percaya cakap kawan encik ni. Otak dia biul sikit. Mungkin kesan kemalangan kot.” Qaseh yang dari tadi hanya diam terus menyampuk sekaligus mengutuk Qayyim.

Fathir ketawa kuat sehingga menganggu staf lain. Lucu apabila melihat mereka berdua ini. Macam sedang berperang dingin.

“Korang ni lawaklah. Masing-masing saling menuduh. Gaduh-gaduh manjalah ni.” kata Fathir sambil menghabiskan sisa ketawanya.

“Mengarut kau, Fathir. Tak ada maknanya manja. Seksa lagi adalah.” Qayyim membalas. “Dahlah. Aku nak masuk bilik aku dulu. Rindu tak tahu nak kata dah ni.”

“Bilik kau tetap macam dulu. Jangan risau. Aku tak usik apa-apa pun.”

“Minah, cepat tolak aku. Aku tak sabar nak  duduk di kerusi CEO semula.” Qayyim nampak sangat teruja dari riak wajahnya.

Qaseh menurut. Beberapa biji mata yang sedang asyik memandang tepat kepadanya dibuat-buat tak nampak. Qaseh tidak tahu tujuan sebenar dirinya begitu menjadi perhatian kepada staf yang bekerja di syarikat ini. Lagi-lagi staf lelaki. Qaseh tak ada pula pakai pakaian seksi, mekap pun tak adalah tebal sangat. Biasa-biasa saja.

Qayyim tersenyum lebar sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya. Matanya memerhati sekeliling. Masih sama seperti sebelum ini. Tiada satu barang pun yang diusik. Qayyim berpuas hati. Dia pantang apabila ada orang yang cuba menyentuh barang-barangnya. Hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan.

“Minah…. Kau keluar tunggu di luar. Aku nak berbual dengan Fathir sekejap.”Qayyim berkata mendatar.
“Tunggu kat mana?” Qaseh yang masih lagi kekok menyuarakan pertanyaan.

“Kau pergi duduk dengan setiausaha aku kat depan sana tu. Kau tolong dia buat apa yang patut. Kalau agak tak ada kerja sangat, kau bersihkan ofis ni. Sapu sampah, cuci habuk ke terpulanglah kat kau nak buat apa pun.”

Qaseh bermain dengan jarinya. Rambutnya yang menutupi matanya disangkut di belakang telinga. Dia risau jika mereka tidak dapat menerima kehadirannya.

“Cik Minah jangan risau. Staf kat sini semuanya sporting belaka. Yang tak tahu malu pun ramai.” Fathir berseloroh menghilangkan kegusaran hati Qaseh.

“Baiklah.”kata Qaseh berjalan keluar dari bilik Qayyim.

Selepas pintu ditutup, Fathir melabuhkan punggungnya di atas sofa. Mereka banyak sangat nak bertukar cerita. Maklumlah, sudah lama tidak bersua muka dan bercerita masalah. Bila dah berjumpa, kerja diletakkan sebelah terlebih dahulu.


**************

Qaseh mengukirkan senyuman yang dilemparkan untuk staf yang bertembung dengannya. Kakinya menapak perlahan menuju ke meja yang berada hadapan bilik Qayyim. Di atas meja tertulis setiausaha. Seorang wanita yang bertudung litup sedang sibuk meneliti kertas yang di atas mejanya. Wajahnya langsung tidak dipanggung.

“Assalamualaikum.”sapa Qaseh lembut.

Wanita itu mengangkat kepala. Sejurus kemudian dia mengukirkan senyuman.

“Adik ni yang datang dengan Tuan Ayim tadikan?”soal Aida merangkap setiausaha Qayyim yang sudah lima tahun berkhidmat di sini.

“Ya. Saya Qaseh. Panggil saja Qas. Saya ni pembantu kepada Tuan Qayyim.” ujar Qaseh tanpa disuruh. 

Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dan Aida menyambut mesra. Senyuman tidak lekang dari bibir wanita itu.

“Akak ni Aida. Panggil saja Kak Ida. Jadi Qaseh diambil untuk jaga Tuan Ayimlah… Jemput duduk.”pelawa Aida. Dia turut kembali duduk.

“Saya mengganggu Kak Ida ke tak ni?” Qaseh sekadar bertanya.  Tak mahu jika kehadirannya di situ akan membantutkan kerja-kerja Aida nanti.

“Kak Ida kena susun minit mesyuarat ni sekejap. Sibuklah sikit tapi kalau Qas tak kisah bolehlah tunggu sekejap. Lepas semua ni siap, bolehlah kita bergosip.” Aida tersengih sehingga tertutup matanya yang sepet itu.

“Kalau begitu tak apalah. Kak Ida, kat mana tandas ya?”

“Qas jalan terus lepas itu corner kiri. Kalau nak ke pantry, sebelah tandas tu je. Pergilah basahkan tekak daripada tak buat apa-apa kat sini.”

Qaseh mengangguk lalu mengangkat punggung. Dia segera berlalu dari situ mengikut arah yang ditunjukkan oleh Aida. Dia sekadar ingin memastikan penampilannya kemas di samping membuang masa daripada terus duduk melihat Aida menyiapkan kerja tanpa berbuat apa-apa. Bosan pula.

“Tuan Ayim dah masuk ofis semula dah. Kau tengok keadaan dia. Kasihankan…” terdengar satu suara yang datang dari dalam tandas. Qaseh yang baru sahaja hendak melangkah masuk tidak jadi. Dia hanya memasang telinga.

“Dah cacat. Itulah dulu sombong sangat. Tuhan dah bagi balasanlah tu.” sampuk satu suara yang lain pula.

“Aku dengar kata Sofea dan Tuan Ayim dah putus. Mesti Sofea minta putuskan. Kalau aku jadi Sofea pun aku minta putus. Tak akanlah kita nak hidup dengan orang yang nanti akan menyusahkan kita saja. Baik angkat kaki. Ada harta, rupa macam manapun tapi tak sempurna buat apa.”

“Aku pun dah malas nak try. Tak mahulah aku lelaki yang macam mayat hidup seperti tu. Banyak lagi lelaki yang lebih kaya dan kacak daripada Ayim cacat tu.” Terburai ketawa mereka berdua.

Qaseh berasa panas hati. Telinganya menangkap setiap butir yang diperkatakan oleh dua gadis yang sedang membetulkan mekap di hadapan cermin panjang tandas itu. Nafas Qaseh turun naik. Tangannya dikepal geram dan bibirnya diketap kejap. Dia rasa terguris dengan kata-kata itu. Mereka tidak boleh mengutuk Qayyim seperti itu.

Sebaik sahaja Qaseh melangkah masuk ke dalam tandas, dua orang gadis itu terus terdiam. Qaseh mengukirkan senyuman palsu. Dia menghampiri singki lalu paip dibuka. Air ditadah di dalam tangan sebelum disapu di muka. Qaseh membetulkan ikatan rambutnya. Setelah berpuas hati, Qaseh memandang gadis itu semula.

“Hai, saya Qaseh.” Qaseh memperkenalkan diri ramah. Dia cuba mengawal suaranya. Bibirnya merekah mengukirkan senyuman buat dua orang gadis yang hanya memerhati setiap kelakuannya itu.

You ni siapa? Kenapa you datang dengan Tuan Ayim?”tanya gadis yang berambut pendek paras bahu itu. Dia memakai skirt atas lutut dan badannya disarung dengan kemeja bercorak kotak.

“Saya pembantu Tuan Ayim. Awak berdua pula? Pegang jawatan apa dalam syarikat ni?”soal Qaseh kembali.

“I kerani.”

“I HR.”

Qaseh mengangguk. Tak adalah besar sangat jawatan yang disandang. Tapi mulut pedasnya mengutuk bos besar.

“ Tak adalah besar sangat jawatan awak berdua. Saya ingatkan awak berdua ni Pengarah Syarikat ni. Baiklah saya pergi dulu. Tak payahlah nak try Tuan Ayim tu ya sebab dia ada beritahu saya yang dia tak pandang orang yang bermulut hot and spicy bak ayam goreng Ayamas tu. Bukan taste dia.” Qaseh memerli sambil tersengih paling bermakna buat mereka berdua. Dia tidak kisahkan apa perspektif yang mahu diberikan oleh mereka berdua. Mereka buat salah, jadi harus ditegur.

Dua orang gadis itu tersentak. Masing-masing nampak muka cuak akibat terkena tempelak daripada Qaseh tadi.

“Lagi satu, Tuan Ayim tu cacat ke tak cacat ke tak ada pun menyusahkan awak berdua. Awak berdua saja yang menyusahkan dia. Tak buat kerja. Tahunya bergosip. Bila cukup bulan gaji masuk. Tak ke menyusahkan orang tu?” Qaseh mengangkat kening. Dia lucu melihat wajah mereka berdua. Baru padan 
muka. Kata lagi kat si sengal tu. Ini makannya.

“Kau sibuk apasal? Kau tu siapa nak komen aku buat kerja ke tidak? Baru jadi pembantu dah berlagak.” marah gadis itu. Seorang berpeluk tubuh dan seorang lagi merenung Qaseh tajam. Macam nak terkam gayanya.

“Opss.. Terlupa pula saya ni hanyalah pembantu bukannya bos. Saya minta diri dulu. Saya tak mahu makan gaji buta pula bila asyik bergosip kat sini. Maafkan saya ya tak dapat nak luangkan masa untuk bersuai kenal dengan awak berdua. Nanti ada masa kita orientasi lain ya.”

Qaseh mengangkat kaki dari situ meninggalkan gadis yang masih lagi terkulat-kulat menahan geram. Puas hati Qaseh apabila dapat memberi pengajaran buat mereka berdua itu. Itu baru intro. Kalau dia dengar lagi perkara negatif tentang Qayyim lagi….

Qaseh menggaru kepalanya. Dia serta merta menghentikan langkahnya. Kenapa dia perlu memikirkan lelaki itu? Patutnya dia gembira atau lebih tetap menyampuk perbualan mereka berdua. Qaseh menggeleng kepalanya laju. Tidak! Dia hanya menjaga nama baik bosnya sahaja. Tiada niat lain. Qaseh cuba menepis laju apa yang ada di dalam kotak fikirannya ketika ini.

“Datang pun pembantu aku. Minah, tolong buatkan air untuk tetamu aku ni.”ujar Qayyim sebaik sahaja Qaseh tiba di situ. Tak menyempat betullah sengal ni.

Qaseh memandang ke arah tetamu yang dimaksudkan oleh Qayyim itu. Terpaku Qaseh di saat dia terpandangkan wajah seseorang yang sedang merenung tajam kepadanya. Mulut Qaseh terbuka sedikit. Dadanya sudah berdengup kencang.

“Ehem.”Suara berdehem Qayyim itu membuatkan Qaseh tersentak. Dia melarikan matanya dan terus mengangkat kaki ke pantry. Kenapa dia perlu berjumpa dengan lelaki itu lagi? Qaseh diserang rasa sakit hati!


bersambung..... 

#terima kasih sudi membaca...maaf apa yg kurang dan jika ada typo ke...maafkan saya tau #

6 comments:

  1. Takde perasaan betuuulll Datuk Qairi nih...

    Qaseh, lenkali smash lebih-lebih sikit.. Kasi pedas-pedas tahap berasap telinga orang mendengar... heheheheh

    Tetamu Qayyim tu mesti Qasha tu.. Kan kan kan kan kan??

    Hahahahahah ok,next chapter pleaseee!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Encik Syah... Datuk Qairi hati batu...
      siapa cari pasal dgn Qaseh korang siaplah...
      mesti kena hamburr
      lagi2 kata kat si sengal kesayngan dia tu..

      insyaALLAH, nnti min upload... :D

      Delete
  2. assalamualaikum,acu...sukeeeeeee

    de ayatbtergantung kat stu,cek blik tau.kalau dia dengar lagi perkara negatif tentang Qayyim lagi..... ayt tergantung kat sini...

    tapi sgt suke kan nye..next n3 plz,kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, atam...

      terima kasih atam.. tu bukan ayat gantung atam tp mmg sengaja acu buat mcm tu...
      mcm dia tgh berfikir pastu ada anasir lain yg nafikan perasaan dia tu.... macam tu acu maksudkan....

      apa2 terima kasih sudi tegur acu ya... <3

      Delete

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH