HATI YANG AKU PERLU BAB 3

Petang itu,  Damai duduk bersantai sambil mengadap komputer riba miliknya di pangkin yang dibina oleh ayahnya beberapa tahun dahulu. Dia tiada aktiviti pada petang itu. Latihan perlumbaan sudah pun diadakan pada pagi tadi.
Damia memasukkan emel dan kata laluan facebook nya. Sudah lama dia tidak membuka laman sosial yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini. Damia melihat banyak mesej dan ramai rakan yang menghantar untuk menjadi rakan facebook.
Damia belek satu persatu. Kebanyakkan yang menghantar permintaan untuk menjadi kawan adalah daripada kawan sekolahnya dan juga dari beberapa orang kawan-kawan kerjanya. Damia hanya menekan butang approve tanpa membuka profil terlebih dahulu.
Kemudian, dia menjelajah wall nya untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakannya di dalam laman sosial itu. Pelbagai info yang dia dapat kerana kebanyakkan kawan-kawan facebooknya mengepos cerita-cerita yang menarik dan terdapat pengajaran tersendiri.
Ketika dia sedang meneliti satu persatu post yang dihantar oleh kawan facebooknya, dia terjumpa dengan satu artikel. Tajuk artikel tersebut benar-benar menarik perhatiannya untuk membaca.
Artikel tersebut bertajuk “Boleh ke Tomboy berubah?” Damia pantas sahaja membuka artikel tersebut untuk membaca dan menjelajah apa yang tertulis di dalam artikel tersebut.
Semuanya bermula dari hati. Sama ada kita nak ataupun tidak. Damia terfikirkan perumpaan yang dia jumpa tertulis dalam artikel ini.

Andaikata kita sedang melihat seorang ibu tengah membelai bayinya yang tengah tidur… nampak lembut usapannya dan terserlah sayangnya. Bagaimana ia boleh berlaku? Dah tentu ia terlahir kerana perasaan yang terbit di hati dan seluruh jiwanya Sebagaimana begitu halus sayangnya, begitu lembut juga dia membelai anaknya itu.

Damia mengalihkan pandangan melihat air sungai yang mengalir. Dia tahu kalau dia mahu berubah dia perlu ada hati yang ikhlas dan benar-benar mahu berubah. Tapi, ikhlaskah dia untuk berubah menjadi lebih baik? Atau perubahan yang dilakukan dia ini adalah semata-mata untuk mencari lelaki untuk dibuat peneman hidup? Mampukah dia untuk terus bertahan dalam mengubah dirinya menjadi lebih baik? Bermacam-macam benda yang timbul di fikirannya. Dia takut jika dia berubah nanti tapi terhenti di tengah jalan. Cuma hangat-hangat tahi ayam sahaja. 
Damia mengeluh panjang. Kusut memikirkan masalahnya. Dia tahu bahawa cara pakaiannya sekarang perlu diubah. Sebab dia pernah terbaca satu hadis bahawa ALLAH melaknat perempuan yang berpakaian menyerupai lelaki dan begitulah sebaliknya. Rasa dosa menyelubungi dirinya. Damia bertekad dia harus berubah.
Ketika sedang sibuk melayan perasaan, Damia terdengar bunyi dari komputer ribanya. Dia melihat kotak chatting itu terbuka. Mesej dari seseorang yang menjadi sahabat facebooknya.

Assalamualaikum.

“Siapa pula yang hantar mesej ni?”ngomel Damia perlahan. Dia malas hendak melayan lalu dia menekan button Log out untuk keluar dari laman sosial itu. Damia kemudiannya berjalan masuk ke dalam rumah. Dia hendak memberitahu sesuatu kepada mak dan ayahnya mengenai rancangannya.
----------------------------------------
“Hang serius ke ni?”tanya Pak Rasyid kuat. Nada suaranya jelas terkejut dengan perancangan yang diberitahu oleh Damia sebentar tadi.

Damia mengangguk. Dia harap ayah dan maknya benarkan dia merantau dan keluar dari kampung itu buat seketika waktu. Dia mahu mencari tujuan dia hidup di muka bumi ALLAH yang indah ini. Dia bercadang untuk merantau di dalam negara sahaja.

“Habis tu macam mana dengan kerja hang tu?”Mak Kiah yang dari tadi diam menyampuk.

“Mia berhentilah. Lagipun Mia ada terima tawaran kerja. Mia bukannya tak ada kelulusan. Mia bukan saja-saja nak pergi mak, ayah. Mia nak juga keluar dari kepompong ni. Izinkan Mia pergi ya? Mia janji Mia akan jaga diri Mia baik-baik.”pujuk Damia dengan harapan Pak Rasyid dan Mak Kiah membenarkannya keluar dari kampung ini.

Pak Rasyid berasa begitu berat untuk melepaskan Damia pergi. Kalau Damia keluar dari kampung ini Pak Rasyid dan Mak Kiah mesti rasa sunyi kerana kedua-dua anak lelakinya sudah pun berpindah ke Johor dan Melaka.

Pak Rasyid memandang muka Mak Kiah. Dia seperti meminta pandangan daripada Mak Kiah. Itulah salah satu rahsia perkahwinan Pak Rasyid dan Mak Kiah. Mereka saling memberi pandangan sesama sendiri. Pak Rasyid tidak pernah membelakangkan Mak Kiah dan begitulah sebaliknya.

“Hang kan tak tau selok belok hidup kat Kuala Lumpur tu. Macam mana hang nak hidup kat sana?”tanya Mak Kiah inginkan kepastian.

Kalau boleh dia tidak mahu anaknya berpisah jauh darinya. Dia tidak pernah berpisah. Damia adalah anak kesayangan Mak Kiah. Damialah anak yang paling manja di dalam keluarganya.

Damia bangun lalu duduk di sebelah ibunya. Dia memeluk erat lengan ibunya itu.

“Mia ada kawan kat sana. Alah, takkan mak tak ingat yang Hanis kan duduk Kuala Lumpur. Mia dah telefon pun Hanis tu. Dia akan tumpangkan Mia sementara Mia cari rumah baru. Bolehkan mak?” Damia meletakkan kepalanya di atas bahu Mak Kiah.

“Tapi Hanis kan dah ada keluarga? Nanti apa pula kata suami dia?”Pak Rasyid pula menyampuk.

Damia tersenyum.

“Yang tu ayah dengan mak tak payah risau. Suami Hanis sendiri yang mengalu-alukan kehadiran Mia sebab katanya dia kesian tengok Hanis sebab kalau dia pergi outstation Hanis selalu tinggal sorang. Jadi bolehlah Mia jadi peneman Hanis nanti.” Terang Damia penuh yakin.

Dia tahu kedua-dua ibu bapanya begitu berat melepaskannya pergi memandangkan dia tidak pernah berpisah dengan mereka berdua. Kalau berpisah pun hanya 2 hingga 3 hari saja. Tak lebih daripada itu.  Damia akan akur apa sahaja keputusan ayah dan ibunya.

Pak Rasyid memandang muka anak perempuan tunggalnya itu. Dia harus membenarkan Damia memilih cara hidupnya sendiri. Dia tidak boleh terlalu mengongkong kehidupan anaknya.

“Hang rasa hang boleh ka nak hidup sendiri ni?”

Damia mengangguk.

“Mia janji ayah, mak. Mia akan jaga diri Mia baik-baik dan Mia takkan buat benda yang mak dan ayah larang. Mia akan jaga maruah diri dan keluarga. Itu janji Mia.” Kata-kata Damia itu menyakinkan lagi Pak Rasyid untuk melepaskan Damia pergi ke Kuala Lumpur.

“Kalau ayah ngan mak tak izinkan Mia pergi, Mia akan tetap pergi ka? Macam mana Mia buat waktu Mia nak lumba motosikal dulu?”duga Pak Rasyid. Sengaja ingin mengusik anak gadisnya itu.

Damia tersenyum. Teringat kembali peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas. Dia hampir kehilangan ayahnya gara-gara dia tidak memberitahu yang dia terlibat dalam perlumbaan motosikal. Pak Rasyid terkena serangan jantung kerana terkejut selepas berita yang tersiar di dalam televisyen.

“Ayah, dulu Mia hampir kehilangan ayah sebab sikap Mia dan Mia takkan pernah buat lagi perkara yang ayah dan mak tak izinkan. Restu mak ayah penting dalam hidup Mia.” Damia berkata lemah.

Betul. Selepas kejadian yang menimpa ayahnya, dia berazam untuk tidak lagi membelakangkan ayah dan maknya lagi. Dia takut kehilangan kedua-duanya.

“Tahu pun. Ingat jangan buat lagi. Bila hang nak pi ni?”Mak Kiah yang dari tadi hanya jadi pendengar mula menyampuk.

Damia mengangkat kepalanya. Dia memandang muka kedua-dua ibu bapanya silih berganti. Pak Rasyid dan Mak Kiah tersenyum.

“Mak dan ayah izinkan ka?”tanya Damia ceria.

Hatinya melonjak keriangan. Dia tidak menyangka ayah dan maknya akan membenarkannya untuk keluar dari kampung ini. Dia berjanji di dalam hatinya, yang pada suatu hari nanti dia akan balik ke kampung menjadi orang yang baru.

“Ha la… Ayah tak mau nanti kerana kami hang tak dapat nak laksanakan cita-cita hang. Kami tahu hang mesti ada sesuatu yang tersimpan di hati yang menyebabkan hang mengambil keputusan untuk keluar dari kampung ni. Tapi satu ja pesanan ayah dan mak. Tolong jaga maruah diri Mia dan keluarga kita.”pesan Pak Rasyid.

Damia memeluk ibunya. Dia bangun pula memeluk tubuh Pak Rasyid sambil mencium pipi ayahnya dengan penuh kasih sayang.

“Mia janji. Mia akan jaga maruah kita sebaik-baiknya. Dan Mia berharap ayah dan mak tak terkejut bila Mia balik sini nanti.” Damia mengenyitkan matanya.

Pak Rasyid dan Mak Kiah memandang sesama sendiri. Kemudian mereka cuba memandang wajah Damia semula. Meminta penjelasan.

“Janganlah tengok Mia macam tu. Mak dan ayah tunggu ja.”

“Jangan hang buat perkara tak elok sudah. Dan mak berharap bila hang balik sini nanti hang bawa balik calon suami dan menantu untuk mak dan ayah. Boleh?”

Damia membuntangkan matanya. Dia tahu mak dan ayahnya telah lama mengharapkan dia menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin. Dia juga berasa kasihan kerana kadang-kadang dia terdengar perbualan Pak Rasyid dan Mak Kiah yang mereka ternyata risau akan dirinya yang masih lagi sendiri.

“Insyaallah. Kalau ALLAH berikan Mia jodoh, Mia akan bawa balik calon menantu untuk mak dan ayah. Tapi mak dan ayah jangan terlalu mengharap.”Damia memberi arahan lembut.

Pak Rasyid dan Mak Kiah tersenyum. Anaknya walaupun beperwatakkan seperti lelaki tetapi hatinya lembut. Mak Kiah tahu Damia terasa dia memerlukan seseorang disisinya walaupun Damia tidak pernah bercerita. Naluri seorang ibu membatasi segalanya.

“Tak apalah. Mak dan ayah tak mau paksa Mia. Mia dah besar. Mia dah boleh fikir semua tu.” Mak Kiah memberi semangat.

Damia menerimanya dengan anggukkan dan senyuman yang terukir di bibirnya. Dia gembira kerana dia bakal memulakan episod baru dalam hidupnya. Dia mahu mencari hala tuju dia hidup. Dia mahu menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya.


No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH