HATI YANG AKU PERLU BAB 2

 Damia dan Fariz beratur untuk mengambil makanan. Walaupun hanya kenduri bacaan yassin namun orang yang datang lebih kurang seperti kenduri kahwin. Ramai yang beratur untuk mengambil makanan selepas bacaan yassin sudah pun selesai sebentar tadi.
Damia dan Fariz sudah pun mengambil makanan. Mereka mencari-cari meja untuk duduk bagi menikmati juadah yang disediakan. Ketika sedang khusyuk mencari, tiba-tiba Damia dilanggar oleh seorang lelaki. Pinggan yang sudah terisi dengan makanan itu jatuh berterabur di atas tanah. Habis baju Damia dan baju melayu lelaki itu kotor terkena makanan.
“Woi, hang tak nampak ka?”jerit Damia dengan nada yang marah. Dia menggosok-gosok bajunya yang kotor dengan tangannya.
Beberapa orang tetamu yang sedang menjamu selera di dalam khemah itu memandang ke arah mereka berdua melihat drama yang baru sahaja bermula itu.
“Saya minta maaf, cik. Saya betul-betul tak sengaja.Saya minta maaf sangat-sangat cik.”lelaki itu merayu.
Damia mengangkat kepalanya. Dia melihat muka lelaki tersebut. Dia cuba menenangkan hatinya. Damia melihat kamera yang tersangkut di tengkuk lelaki itu turut terkena kotoran makanan yang tertumpah tadi.
Pucat sudah muka mamat ni. Tahu pun takut. Ngomel Damia di dalam hati. Kalau diikutkan mahu sahaja dia maki lelaki itu. Pantang benar dia apabila ada orang yang melanggarnya. Fariz menghampiri Damia.
“Damia, dia tak sengaja tu. Dahlah. Rumah kita dekat ja. Sat lagi boleh balik tukar pakai baju lain.”Fariz mencelah. Dia tahu kalau dibiarkan Damia begitu sahaja nanti teruk pula lelaki itu dimakinya.
“Okeylah. Aku maafkan hang. Lain kali hati-hati. Sorry sebab makanan tu terkena kat kamera hang. Aku pun minta maaf.”Damia berkata selamba. Dia juga berasa bersalah kerana menyebabkan kamera itu dibasahi dengan air.
“Terima kasih. Saya minta diri dulu.”lelaki itu tersenyum. Dia mengangkat kaki meninggalkan Damia dan Fariz yang masih lagi berdiri tercegat di situ.
“Wei, aku nak baliklah. Malu aku pakai baju ni. Jom hantar aku balik. Sat lagi hang mai ambil Mak Kiah pula.”Damia berjalan meninggalkan khemah yang dipenuhi dengan orang ramai. Fariz hanya menurut.
“Wey,  aku rasa lelaki tu orang luar kot.”beritahu Fariz ketika berjalan menuju ke motosikalnya.
“Hang tau mana?”
“Hang tengok cara dia cakap. Dia guna “saya” “cik”. Yang hang selamba saja marah dia tu pasal apa? Kesian aku tengok muka dia. Pucat semacam. Orang semua tengok kita tau dak!” Fariz meletakkan tangannya di atas bahu Damia. Seperti selalu.
Bukan sengaja pun aku nak marah lelaki tu. Dah terkejut mestilah rasa nak marah sikit. Kata Damia di dalam hatinya.
“Alah. Aku pun spontan ja terkeluar macam tu. Bukan aku nak marah pun. Aku pun tau yang masa tu orang ramai. Aku masih waras.” Damia mempertahankan dirinya.
Terbayang wajah pucat lelaki itu sebentar tadi. Lelaki itu memakai baju Melayu berwarna merah jambu dan bersongkok. Dia turut mengenakan cermin mata hitam. Nampak comel pula bila dia memakai baju berwarna merah jambu. Sesuai dipadankan kerana kulitnya kelihatan putih menyerlah.
“Sebenarnya aku takut tadi waktu hang terlanggar dengan lelaki tu. Aku takut  nanti tak pasal-pasal lelaki tu kena maki dengan hang. Itu yang aku masuk campur tu. Aku takut jadi macam kes yang hang maki Pak Fuad tu sebab dia pegang bahu hang. Bersilat sakan hang hari tu.” Fariz tergelak apabila teringat peristiwa yang berlaku setahun yang lepas.
Damia tersenyum. Peristiwa setahun yang lepas itu menjengah kembali di kotak fikirannya.
Pada hari itu, Damia sedang memilih barangan yang dipesan oleh Mak Kiah di kedai di hujung kampungnya. Ketika dia sedang khusyuk memastikan barangan tersebut sama ada betul atau tidak yang disuruh oleh Mak Kiah, tiba-tiba Pak Fuad datang dari belakang. Pada mulanya, Pak Fuad dengan rela hati menawarkan diri untuk memegang barang yang dibawa oleh Damia. Damia hanya bersetuju. Selepas itu, apabila Pak Fuad mula memeluk bahu Damia, dia naik angin. Damia memaki hamun Pak Fuad dan dia turut bersilat dengan Pak Fuad. Selepas peristiwa itu, bukan Pak Fuad sahaja, malah orang lain pun tidak pernah berani mengacau Damia lagi.
“Aku pun kadang-kadang teringat juga. Rasa macam lawak pun ada juga. Kesian Pak Fuad tu. Sampai terpaksa bawa pergi hospital.” Damia tergelak. Berasa lucu pula mengenangkan sikapnya yang kasar dan cepat naik angin itu.
“Damia, Damia. Aku takut tak dak sapa nak kahwin dengan hang nanti. Takkan hang nak membujang sampai tua.”usik Fariz.
Kata-kata Fariz membuatkan dia berfikir seketika. Betul apa yang dikatakan oleh Fariz. Selepas orang kampung tahu akan perangainya, tiada siapa pun yang berani mendekatinya. Mereka juga berdoa supaya anak mereka tidak dijodohkan dengannya. Dia berasa sedih. Bukannya dia minta untuk jadi macam lelaki. Tapi disebabkan dia mempunyai dua orang abang, dia terikut-ikut perangai lelaki abang-abangnya itu. Sebab itulah Damia berkelakuan seperti lelaki.
Namun, kadang-kadang dia malas nak fikirkan semua tu. Baginya setiap orang ALLAH dah tentukan jodoh masing-masing. Cuma ada orang yang jodohnya awal dan ada orang yang jodohnya lambat. Dia terima dengan hati yang ikhlas. Mungkin ALLAH dah aturkan yang lebih baik untuknya.
“Aku cakap dengan hang boleh pula termenung. Teringat kat sapa? Bf ka?”kata Fariz itu menghentikan lamunan Damia yang  entah ke mana.
Damia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik.
“Bf? Yes. Aku teringat kat Hanis dan Fiqah. Dah lama tak contact depa. Hang ada contact tak? Depa ni pun satu. Mentang-mentang dah kahwin langsung tak ingat nak calling-calling kita. Siaplah dia nanti. Satu-satu aku kerjakan.” Damia mengetap bibirnya. Dia membetulkan tudungnya supaya kemas. Bajunya yang kotor langsung tidak dihiraukannya.
“Hang ni. Biarlah kat depa. Mesti busy punya. Mana nak layan family lagi, kerja lagi. Manalah nak ingat kat kita dua ni. Tak payah nak over sangat ya minah tomboy oi.”
Fariz menggosok kepala Damia kasar. Tudung Damia yang dibetullkan sebentar tadi sudah rosak semula. Damia menampar belakang badan Fariz kuat.
“Sakitlah. Bengong betul.”Fariz mengadu kesakitan.
“Sudahlah… Jom hantar aku balik. Nanti jangan lupa mai ambil mak aku. Nanti bising pula. Lagi satu jangan lupa hantar moto aku tu pergi bengkel tau.” Damia menghidupkan enjin motosikal milik Fariz.
“Aku tahulah. Banyak cakap betullah. Lekaslah naik. Aku tinggal baru tahu.” Damia menyelak kainnya hingga ke paras lutut supaya menyenangkan dia untuk menaiki motosikal itu.
Mereka berdua tidak sedar segala tingkah laku mereka telah di ambil gambar dari jauh.
---------------------------------------
Setiap malam aktiviti Damia adalah menemani Fariz menjual burger di tepi jalan kampung mereka. Gerai burger itu sudah lama diusahakan oleh Fariz dan Damia. Mereka masing-masing menyumbang modal untuk membina gerai burger tersebut. Ini sekadar untuk mengisi masa lapang mereka.
Gerai burger itu diberi nama “Kedai Burger Sahabat Selamanya.” Nama itu diambil untuk menjadikan hubungan mereka lebih rapat. Ramai juga pelanggan yang membeli burger mereka setiap malam.
Fariz meminta diri untuk pulang sekejap untuk mengerjakan solat. Oleh itu, Damia diarahkan untuk menjaga gerai burger tersebut. Ketika sedang memasak daging di atas dapur, seorang pelanggan datang. Dia melihat menu yang dipaparkan di hadapan tong burger mereka.
“Burger ayam 1, cik. Jangan letak mayonis dan sayur yer. Cuma letakkan sos saja.” Damia menerima pesanan tersebut dengan anggukkan sahaja tanpa sedikit pun memandang muka pelanggan tersebut.
Selepas selesai membalut burger, Damia menghulurkan bungkusan yang berisi burger ayam kepada pelanggan lelaki tersebut. Lelaki itu menyambut. Kemudian dia menghulurkan duit bernilai RM 50.00.
Mana ada duit tukar. Semuanya ada dekat Fariz. Damia mengerutkan dahinya.
“Encik, ada duit kecil tak? Saya tak ada duit tukar. RM 2.50 ja.”kata Damia sopan. Dia seperti pernah melihat muka lelaki tersebut.
Ya. Lelaki ni yang langgar aku kat rumah Pak Harun. Dia ni orang mana. Handsome pula bila dia pakai baju macam ni. T-shirt putih dan berkain pelikat. Songkok diletakkan di atas kepala. Bisik Damia di dalam hati.
“Tak apalah. Just keep the balance.
“Err….” Belum sempat Damia berkata apa-apa, lelaki itu sudah mengangkat kaki berlalu dari situ.
Damia tersenyum. Mungkin ini rezekinya. Dia memasukkan duit itu ke dalam poket seluarnya. Damia meneruskan kerjanya hingga siap.
------------------------------
“Fariz, tadi ada orang beli burger bagi duit RM 50. Tapi aku tak bagi balik balance kat dia sebab dia kata just keep the balance. Aku pun ambillah.”terang Damia tanpa disuruh.
Fariz memandang muka Damia pelik. Takkan ada yang prihatin menderma begitu sahaja.
“Orang kampung ka orang luar?”tanya Fariz ingin kepastian.
“Orang luar. Hang ingat tak  lagi lelaki yang pernah langgar aku kat rumah Pak Harun tu? Lelaki yang aku marah tu?”Damia cuba mengembalikan ingatan Fariz.
Fariz meletakkan jarinya di mulut seperti cuba mengingati sesuatu. Kemudian, Fariz tersengih.
“Aku ingat. Lelaki yang hang nak maki dia tu ka?”
Damia mengangguk.
“Dia tu lah. Handsome pula aku tengok dia hari ni. Tapi dia adik beradik Pak Harun ka? Kalau dia orang luar takkan dia tak balik lagi ke kota. Kenduri di rumah Pak Harun kan dah lama dah berlangsung. Pelik benar aku.”Tiba-tiba terlintas difikirannya.
Sudah 5 hari kenduri bacaan yassin di rumah Pak Harun berlalu. Tidak mungkinlah lelaki itu masih berada di sini. Tidak bekerjakah lelaki itu? Atau dia orang yang baru berpindah balik ke sini? Bermacam-macam andaian yang timbul di benak fikiran Damia.
Mereka sudah mula mengemas gerai burger setelah jarum jam menghampiri pukul 12 tengah malam. Keesokkan harinya, Damia perlu menghadiri latihan perlumbaan yang diadakan oleh klubnya itu. Fariz yang bekerja sebagai seorang Pembantu perubatan pula sudah mula bekerja selepas beberapa hari mengambil cuti tahunan.
“Biarlah kat dia. Dia ambil cuti panjang kot. Dia nak mengorat hanglah tu. Aku bersyukur sangat sebab ada juga orang nak kat hang.”Fariz mengusik Damia.
Damia mengambil surat khabar lalu memukul perlahan kepala Fariz. Dia sudah biasa dengan sikap Fariz yang suka mengusiknya. Malah dia tidak pernah ambil hati dengan apa yang dikatakan oleh Fariz.
“Alhamdulillah. ALLAH kan dah tentukan setiap orang ada jodoh dia masing-masing. Cuma cepat atau lambat ja. Jadi jangan risau. Aku akan kahwin juga.”
“Boleh percaya ka hang nak kahwin?”ujar Fariz dengan nada bergurau.
“Tak percaya sudah. Aku pun ada naluri tau nak berkahwin. Entah-entah jodoh aku itu adalah hang?” Damia tergelak besar. “Hang tu bila lagi? Kata orang dia pun sama.” Damia mencebik.
“Tak mau aku kahwin dengan hang. Hang kawan baik aku. Mana boleh aku kahwin dengan hang. Lagipun aku dah ada calon dah. Cuma tunggu masa ja nak bawa balik jumpa mak ayah aku. Nanti aku kenalkan kat hang.”Fariz berterus terang
Damia tersentap. Betulkah apakah yang dikatakan oleh Fariz? Adakah Fariz benar-benar bermaksud dengan kata-katanya? Hati Damia mula menangis. Dia sukakan Fariz. Dia pun berharap Fariz ada perasaan yang sama padanya. Namun semua hancur apabila Fariz membuat pengakuan sedemikian rupa. Benar-benar membuatkan dirinya tidak dihargai.  Dia tahu dia tomboy namun dia juga ada hati dan perasaan seperti wanita-wanita lain di dunia ni.
“Wey, hang termenung apa ni? Hang nak tengok tak gambar dia?”tanya Fariz bersungguh-sungguh.
Damia tersenyum paksa. Dia harus kuat. Bukankah dia sudah bersedia untuk tidak kecewa sekiranya Fariz ada seseorang yang istimewa dalam dirinya? Itu janji-janji yang dilafazkan oleh Damia suatu hari dulu.
“Boleh juga. Mana lawa lagi? Aku ka dia?”Damia cuba menceriakan nada suaranya supaya Fariz tidak dapat menghidu apa yang dirasakannya.
Fariz menyeluk saku seluar jeans yang disarungkan olehnya. Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya.
“Kalau ikutkan sekarang dalam keadaan hang macam ni, mestilah awek aku tu lawa lagi. Tapi bila hang jadi perempuan, memang tak boleh lawan langsung dengan hang sebab hangkan macam ratu yang turun dari langit. Marvellous.” Fariz memuji Damia ikhlas.
“Ni lah gambar awek aku merangkap bakal isteri aku tak lama lagi. Aku bercadang nak bawa rombongan meminang hujung bulan ni. Lepas tu, 6 bulan macam tu aku nikah.” Damia mengambil telefon pintar dari tangan Fariz.
Cantik. Memang cantik perempuan yang bakal menjadi peneman hidup Fariz ini. Patutlah Fariz terpikat. Damia memuji-muji di dalam hati.
“Segaklah awek hang. Takkan cepat sangat kot nak menikah?”Damia menyuakan kembali telefon tersebut kepada Fariz.
“Aku takutlah tunang lama-lama. Aku takut jadi apa-apa. Memanglah semua yang berlaku adalah takdir tapi kalau boleh aku tak mau jadi something yang tak elok. Banyak kawan-kawan kerja aku yang putus di tengah jalan. Bila tanya tempoh pertunangan semuanya habaq kat 2-3 tahun. Itu yang aku nak buat cepat-cepat tu.”terang Fariz panjang lebar.
Damia hanya memasang telinga mendengar dengan penuh khusyuk walaupun hatinya sedikit terluka.
“Insyallah tak ada apa-apa. Doa tu yang penting. Aku tak sangka hang akan kahwin awal daripada aku. Lepas ni aku sorang-soranglah. Mana nak ada kawan dah lepas ni. Semua pakat kahwin habis.” Damia mengeluh panjang.
Fariz faham apa yang dihadapi oleh Damia itu. Dia selalu berdoa supaya kawannya itu mendapat jodoh secepat yang mungkin. Dia sayangkan Damia dan menganggap Damia seperti adiknya sendiri. Jadi sesiapa yang berani bertindak kasar terhadap Damia pasti akan mendapat balasan daripada Fariz.
“Alah hang ni. Janganlah hang buat aku rasa bersalah. Aku selalu berdoa hang dapat jodoh cepat-cepat. Tapi mungkin ALLAH tak izinkan lagi. Tak payahlah nak mengeluh macam tu. Aku takkan lupakan hang. Hang kan adik aku. Mana boleh lupa.” Pujuk Fariz lembut. Cuba untuk memberi kata-kata semangat kepada Damia.
Damia menarik nafas panjang kemudian dia menghembuskan perlahan-lahan.
“Tak tahulah. Malas dah nak fikir.”kata Damia seperti berputus asa.
“Aku ada idea. Apa kata hang cuba ubah penampilan diri hang ni. Hang jadi perempuan normal. Aku rasa ramai lelaki yang akan terpikat dekat hang nanti.” Fariz memberi cadangan.
Damia tergelak. Berasa lucu pula mendengar cadangan daripada Fariz itu.
Jadi perempuan normal? Tak cukup normalkah aku sekarang ni?celoteh Damia perlahan.
“Awat hang gelak?”Fariz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik bila tiba-tiba sahaja Damia menggelakkannya.
“Tak ada apa-apa. Saja aku nak gelak. Tak boleh ka?”
“Itulah hang. Bila aku bagi cadangan, hang gelakkan aku. Aku serius ni. Hang ubah diri hang tu mesti ramai nak kat hang. Aku tak tipu punya.”Fariz menyakinkan Damia lagi.
Damia memuncungkan mulutnya. Cuba memikirkan sesuatu.
“Hang ingat aku tak teringin ka nak ubah diri aku ni? Aku sebenarnya perlukan seseorang untuk bantu aku ubah diri aku ni. Aku tak mampu buat sorang-sorang. Akukan jenis yang lemah semangat. Aku takut sebenarnya.” Damia mengadu.
Fariz mengambil kerusi duduk berhadapan dengan Damia. Dia berminat untuk mengetahui apa yang ditakutkan oleh Damia itu.
“Aku takut orang kampung kutuk aku. Hang bukan tak tau, mulut orang kampung kita ni semuanya pedas-pedas belaka. Aku takut kata-kata orang kampung nanti akan membuatkan aku jadi lemah dan aku tak mampu nak ubah diri aku.”Damia meluahkan isi hatinya yang terpendam.
Sudah lama dia hendak berubah menjadi perempuan tetapi dia tidak mampu. Macam-macam yang difikirkan olehnya. Dia takut orang kampung akan kutuk dan hina dia. Dia takut anak-anak muda terus-terus merendahkannya. Jadi dia berharap agar ada orang yang mampu untuk berada disebelahnya bagi membantunya berubah menjadi perempuan sejati.
Fariz mengangguk tanda faham dan mengerti apa yang dikatakan oleh Damia itu.
“Akukan ada. Aku boleh bagi semangat kat hang.”
Damia tersenyum sinis.
“Sekarang bolehlah hang cakap macam tu.”
“Apa maksud hang?”tanya Fariz yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Damia.
“Sebabnya, tak lama lagi hang akan berkahwin. Jadi hang takkan boleh ada disisi aku sebab hang ada komitmen pada isteri hang dan tak lama lepas tu mesti hang akan ada anak. Jadi tidak mustahil aku akan tinggal seorang diri  juga kan?”jelas Damia.
Fariz masih lagi tidak faham. Dia mengurut tengkuknya beberapa kali.
“Aku tak faham. Cuba cerita pelan-pelan.”
Damia menggeleng. Tidak perlulah Fariz faham apa yang dimaksudkan olehnya kerana tidak lama lagi pasti Fariz akan mengerti juga.
Damia bangun dari kerusi. Dia sudah mahu pulang kerana jam sudah menunjukkan hari akan pagi tidak lama lagi.
“Tak perlulah aku terangkan. Satu hari hang akan faham apa yang cuba aku katakan.”
“Damia, hang nak pi mana? Tunggulah dulu. Cerita kat aku bagi aku faham.”jerit Fariz selepas Damia berjalan menghampiri motosikalnya.
“Aku chou dulu. Nanti kita jumpa. Hari pun dah nak pagi. Nanti risau pula ayah aku.” Damia menghidupkan enjin motosikal kuasa tingginya itu.
Deruman enjin motosikal jenis ducati yang baru dibelinya beberapa bulan lalu mula meninggalkan Fariz yang masih lagi duduk termangu disitu. Dia masih lagi terfikirkan kata-kata Damia tadi.


2 comments:

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH