“Hoi minah tomboy. Hang nak pi mana tu?”tegur salah seorang pemuda yang sedang melepak di gerai makanan milik Pak Hasyim itu.
Damia tidak menghiraukan pertanyaan itu. Bukannya dia sombong namun dia tahu mereka itu hanya ingin mengusiknya. Sudah faham benar dengan perangai budak-budak kampungnya itu. Suka menyakat dan membuatnya sakit hati.
“Sombongnya dia. Macamlah lawa sangat. Kalau lawa tak apalah juga nak sombong ni sebab laku. Tapi minah tomboy ni, sapalah nak kat hang ni? Kalau bagi free pun aku tak mau.” Mereka yang berada disitu semua menghamburkan ketawa.
Damia
“Dahlah tomboy, pekak pula tu. Hang ingat hang bagus dah lah pakai macam ni? Tak reti bersyukur langsung jadi perempuan.”pemuda lain pula bersuara.
Sakit hati Damia sudah bertambah. Dia mengenggam penumbuk. Geram dia dengan pemuda-pemuda itu. Makin dibiarkan makin melampau pula. Dia bangun dari kerusi menuju ke meja yang menempatkan sekumpulan pemuda kampung di situ. Mereka menayangkan wajah selamba.
“Hoi, apa masalah hang ni? Aku tak kacau hang, hang jangan cari pasal dengan aku. Aku dah banyak bersabar dah dengan hang. Jangan ingat aku diam, hampa boleh buat sesuka hati hampa. Ingat sikit. Aku pun kalau dijodohkan dengan hampa pun aku tak mau. Duk jadi kutu rayau kampung. Kerja melepak saja. Bila nak duit, minta kat mak pak. Tak malu ka? Tomboy, tomboy aku pun aku tak pernah minta duit hang.”luah Damia dengan perasaan marah yang menyelubungi dirinya.
Sekumpulan pemuda yang sedang melepak di situ terkejut dengan tindakan drastik daripada Damia itu. Sebelum ini tidak pernah Damia marah atau menengking mereka walaupun mereka sering mengacau dan mengutuk Damia.
Damia sudah hilang kewarasannya. Jika marah menguasai diri, dia sanggup lakukan apa sahaja. Malah dia pernah belasah orang yang
“Hang ni nak marah-marah pasal apa? Hang ingat hang bagus sangat. Setakat kerja HR tu apalah sangat. Aku pun boleh kerjalah. Hang tu jenis tak tau bersyukur. Tuhan dah bagi jadi perempuan, nak jadi lelaki. Tuhan tarik nikmat tu baru hang tau.” Seorang pemuda yang dikenali sebagai Halim itu membalas.
Nafas Damia turun naik. Dia berjalan mendekati Halim. Seperti ingin sahaja menumbuk muka Halim itu. Halim menayangkan muka selamba. Dia masih lagi boleh bersiul untuk menaikkan perasaan marah Damia.
Ketika kaki Damia hendak menghampiri Halim, tiba-tiba tangannya ditarik. Damia menghentikan langkahnya. Lantas dia menoleh memandang siapa yang menarik tangannya itu. Fariz tersenyum kepadanya. Fariz menggelengkan kepalanya. Tanda dia mahu Damia tidak berterusan memaki mereka itu.
“Dahlah, Mia. Tak payah layan orang macam ni. Kita layan orang gila nanti kita yang jadi gila. Orang macam ni tak nampak kekurangan diri sendiri. Dia selalu kutuk orang
Nasib baik Fariz kebetulan sahaja lalu di situ. Ketika dia melintasi gerai ini dia melihat seseorang sedang marah. Namun dia tidak mengenali siapa orang itu. Tetapi dia ternampak motosikal milik Damia yang diletakkan di hadapan kedai. Fariz terus berpatah balik ke gerai tersebut.
Ketika sampai di gerai Pak Hasyim, dia melihat Damia sedang memaki hamun pemuda-pemuda yang mengutuknya. Dia biarkan dahulu Damia meluahkan perasaan marahnya. Tetapi selepas melihat Damia ingin melangkah mendekati Halim, Fariz lantas menarik tangan Damia kerana dia tahu kalau dibiarkan nanti mesti berlaku sesuatu nanti.
“Hang jaga mulut hang sikit Fariz. Jangan nak tunjuk hero kat sini. Hang ingat aku tak tau hampa dua dok buat benda tak senonoh kat hujung kampung. Jangan nak tunjuk bagus pula kat sini. Pergi matilah hang.” Halim membalas dengan penuh marah.
Fariz melihat muka Halim. Hatinya turut berbara apabila dituduh sedemikian rupa. Kata-kata Halim itu dusta semata-mata. Dia tidak pernah buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah mereka berdua. Dia masih berpegang pada ajaran agama.
Fariz menganggap kata-kata Halim adalah melampau. Dia berjalan mendekati Halim. Damia hanya menjadi pemerhati. Fariz mencekak baju Halim. Dia menumbuk muka Halim kuat. Halim terduduk. Mereka yang berada di dalam gerai itu semuanya terkejut. Mereka bangun untuk meleraikan pergaduhan di antara Fariz dan Halim itu.
“Hang dengar sini. Aku tak kisah hang nak kata apa pun kat aku dan Damia, tapi aku akan ambil kisah bila hang tuduh aku buat benda tak senonoh dengan Damia. Hang ada bukti ka yang aku buat benda tak elok tu? Kalau ada bukti baru cakap. Ini baru sikit tau. Setakat tumbuk muka tu apalah sangat. Tapi hang akan dapat hadiah yang lagi baik kalau hang tuduh aku macam-macam lagi. Okey? Aku minta maaf sebab terpaksa tumbuk hang. Aku tak sengaja.” Fariz berjalan mendapatkan Damia yang diam tidak terkata.
“Jom Damia.” Fariz menarik tangan Damia berjalan keluar dari gerai Pak Hasyim.
Damia tidak berani menegur Fariz. Dia faham benar dengan sikap Fariz. Bila dia marah dekat seseorang habis semua orang dia akan marah. Tapi Fariz memang jarang marah. Dia akan naik marah jika dia betul-betul sakit hati dengan seseorang itu.
--------------------------------------------
Selepas peristiwa itu, mereka berdua melepak di pangkin belakang rumah Damia. Pangkin itu menjadi tempat kesukaan mereka melepak selain daripada gerai burger milik mereka berdua. Damia duduk termenung sambil memandang ke arah air sungai yang mengalir deras.
Fariz pula sedang sibuk memetik buah pelam yang di tanam oleh Pak Rasyid. Fariz menyedari yang Damia tidak bercakap walau sepatah pun sejak kejadian yang berlaku pagi tadi. Fariz berjalan mendapatkan Damia yang masih lagi asyik membuai perasaan.
“Hoi, hang pasal apa termenung ni?” Fariz mengambil tempat di sebelah Damia. Dia memandang muka Damia yang masam. Langsung tidak mengukirkan senyuman. Senyuman yang akan menampakkan lesung pipit milik Damia.
Damia tidak menghiraukan pertanyaan Fariz. Dia lebih suka melayan perasaannya. Fariz menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Pelik pula dengan perangai Damia yang tiba-tiba sahaja diam membisu.
“Mia…. Cerita kat aku apa masalah hang. Tak maulah diam macam ni.”Fariz
Damia mengeluh panjang. Macam-macam yang ada di fikirannya. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk mendengar segala cemuhan daripada orang kampung. Dia kasihankan Fariz. Disebabkan Fariz selalu sangat mempertahankan Damia, Fariz tidak mempunyai kawan rapat di kampung itu selain daripadanya. Mereka semua tidak berkawan dengan Fariz kerana Fariz selalu memarahi mereka sekiranya ada yang mengutuk dan menghina Damia.
“Aku rasa aku nak keluar dari kampung ni lah.”jawab Damia pendek.
Wajah Fariz jelas terkejut dengan jawapan Damia. Fariz memandang muka sahabat baiknya itu.
“Aku tak sanggup lagi kena hina macam tadi. Aku tak mau lagi orang kampung ni tak berkawan dengan hang sebab aku. Aku rasa aku perlu keluar dari kampung ni buat sementara waktu.”kata Damia lagi.
Air matanya mula bergenang. Sampai bila dia harus mendengar hinaan dan cacian daripada orang kampung lagi. Kesian kat Fariz. Fariz selalu mempertahankannya. Sampaikan ada yang membuat fitnah mengatakan yang mereka ada buat perkara tak senonoh.
“Hang biar betul? Takkan hang nak keluar dari kampung ni semata-mata kerana perangai budak-budak kampung ni? Dahlah. Tak payah fikir lagi benda yang tak penting ni. Aku ada. Aku akan jaga hang.” Fariz tersenyum.
“Hang bukannya ada selalu nak pertahankan aku. Aku sebenarnya nak ubah diri aku ni. Jadi aku perlukan penghijrahan. Aku tak boleh berterusan duduk dalam kampung ni. Aku tahu kalau aku terus duduk di sini aku tidak akan dapat ubah diri aku.”
“Tapi hang tak payahlah sampai nak keluar dari kampung ni. Hang nak pi mana?”Fariz mengerutkan dahinya.
“Aku nak pergi Kl. Sebenarnya aku ada terima satu tawaran kerja kat sebuah syarikat ni. Jadi aku rasa aku nak terima tawaran tu. Mungkin ni dah tiba masanya aku tentukan masa depan aku dan aku rasa aku patut lakukan sesuatu untuk ubah diri aku supaya jadi lebih baik. Lagipun mak dan ayah aku dah izinkan.”
“Nak tinggal dengan sapa kat
Fariz bertanya lagi. Dia terkejut apabila Damia memberitahu yang dia akan menerima tawaran kerja itu. Sebelum ni Damia ada juga menerima tawaran dari beberapa syarikat tetapi semuanya Damia menolak dengan mudah. Tapi kali ini Damia bertekad untuk menerima tawaran kerja tersebut.
“Aku duduk dengan Hanis sementara aku cari rumah baru. Aku pergi pun bukannya nak berseronok kat
Fariz mengangguk tanda faham. Mungkin benar kata Damia. Selagi dia duduk di kampung ni, sampai bila pun dia tidak dapat mengubah dirinya kerana sering dihina dan dicaci.
“Kalau itu keputusan hang aku nak kata apa lagi. Aku cuma boleh bagi sokongan dan panduan untuk hang. Mungkin lepas hang pindah
Kalau diikutkan hatinya, dia tidak mahu berpisah dengan sahabat karibnya ini. Dia sayangkan Damia seperti adiknya sendiri. Jika Damia pergi jauh darinya, siapa lagi yang boleh dia berkongsi masalah dan berkongsi cerita. Pada Fariz, hanya Damia seorang sahaja yang amat memahami dirinya.
Damia tersenyum lebar. Namun hatinya tidak seperti senyuman manis yang terukir. Dia pun tidak mahu tinggalkan kampung ini. Tetapi jika dia berterusan tinggal di sini, mungkin sampai bila-bila dia tidak dapat hijrahkan dirinya untuk menjadi lebih baik.
Damia menarik nafas panjang. Dia memandang muka Fariz penuh simpati. Dia sayangkan Fariz lebih daripada seorang sahabat. Cuma Fariz sahaja tidak menyedari perasaan itu. Dia tahu Fariz hanya sayangkan dia seperti abang sayangkan adiknya. Tidak lebih dari itu. Damia pun tidak mahu menganggu kebahagiaan yang telah Fariz bina.
“Aku janji. Insyallah aku takkan lupa segala pesanan dan nasihat hang ni. Terima kasih. Nanti bila aku dah beli rumah kat
Fariz turut mengukirkan senyuman apabila mendengar pesanan Damia itu.
“Tahu ka hang masak? Tak pernah-pernah hang masak sebelum ni.”
“Belum
Fariz tersenyum mendengar omelan Damia. Fariz turun dari pangkin. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Hari sudah pun menginjak tengah hari. Fariz ada temu janji dengan seseorang pada hari ini. Dia harus segera beredar.
“Okeylah, Damia. Aku chou dulu. Nanti kita jumpa lagi. Aku ada hal sikit.” Fariz meminta diri.
Damia hanya mengangguk kepalanya. Fariz mengangkat kaki beredar dari situ. Damia pula masih lagi tidak mempunyai tanda-tanda untuk masuk ke dalam rumah. Di mindanya masih lagi memikirkan keputusan yang akan dia ambil ini. Serabut kepalanya memikirkan hal itu.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH