Hari yang dinantikan sudah tiba. Hari ini Damia akan bertolak pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Dia sudah lama ternanti-nanti peluang ini. Namun begitu, hatinya berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan kampung halamannya.
Teksi sudah menunggu di hadapan rumahnya untuk membawa Damia ke stesen bas. Fariz sejak awal-awal pagi sudah terpacak di hadapan rumah Damia. Pak Rasyid dan Mak Kiah pula masing-masing berasa agak keberatan untuk melepaskan anak perempuan tunggalnya itu pergi jauh daripada pandangan mata mereka.
Damia membawa keluar beberapa beg pakaian. Fariz turut membantu memasukkan ke dalam bonet belakang teksi. Damia berjalan ke arah garaj rumahnya. Di situ ditempatkan motosikal kesayanganya. Dia membelek motosikalnya itu sekejap. Bagi menghilangkan rasa rindu.
“Damia, sudah-sudahlah tu.” Fariz yang dari tadi memerhati tingkah laku Damia bersuara. Dia berjalan mendekati Damia.
“Aku sedihlah terpaksa tinggal moto ni. Aku amanahkan hang jaga moto ni baik-baik. Kalau hang nak naik, hang naiklah. Aku tak kisah. Janji aku nak hang jaga sebaik yang mungkin. Aku sayang moto ni macam aku sayang nyawa aku tau.”pesan Damia.
Fariz mengangguk.
“Damia, jaga diri hang elok-elok tau. Jangan lupa aku. Rajin-rajinlah balik jenguk aku kat sini tau.”pesan Fariz pula.
Dia berasa sedikit sebak kerana sahabat baiknya itu bakal meninggalkan kampung itu. Lepas ini tiadalah orang yang akan menemaninya menjual burger setiap malam. Tiada lagi orang untuk dia nak bercerita masalah.
“Hang janganlah over sangat. Aku takkan lupakan hang. Aku pi pun bukannya jauh sangat.
Pak Rasyid dan Mak Kiah hanya memandang kedua-dua sahabat karib itu mengucap selamat tinggal.
“Aku takut hang lupakan aku ja. Biasalah lepas ni hang akan jadi orang bandar, takut hang lupa daratan ja.” Fariz tersengih.
“Tak payah nak risau sangat. Aku tahulah jaga diri aku. Aku janji dengan hang yang aku takkan pernah lupakan hang walaupun sesaat. Okey, Fariz?” Damia menyakinkan Fariz.
“Janji?” Fariz menghulurkan jari kelengkengnya tanda janji itu akan terikat selama-lamanya.
“Janji. Okeylah Fariz sayang, aku kena berangkat dulu. Takut tertinggal bas pula nanti.” Damia mengenyitkan matanya pada Fariz.
Fariz membalas kenyitan itu dengan flying kiss.Damia berjalan ke arah ibu dan ayahnya. Dia melihat mata Mak Kiah dah mula basah. Mungkin maknya sedih kerana hendak berpisah dengannya.
“Mak, janganlah macam ni. Mia bukan pergi sampai tak balik. Mia janji Mia akan selalu balik sini. Tak pun nanti bila Mia dah ada rumah kat
“Alah… Sudah-sudah lah tu. Tu dah lama teksi tunggu hang tu. Ingat pesan ayah.”
Damia melepaskan pelukan. Dia bersalaman dengan Mak Kiah dan Pak Rasyid. Damia melangkah menuju ke teksi. Dia masuk ke dalam perut teksi. Teksi itu mula ingin bergerak. Damia melambaikan ke arah mereka bertiga.
Bayangan teksi mula hilang dari pandangan. Bermulalah hidup baru dalam diri Damia. Mak Kiah dan Pak Rasyid tidak terhenti-henti berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya dalam menempuh dugaan yang mendatang.
---------------------------
Damia asyik melayan perasaan. Dia tidak menghiraukan langsung pemandangannya yang terhidang sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur . Hatinya berdebar-debar kerana dia akan memulakan hidup baru tanpa ayah dan ibunya disisi. Dia juga takut untuk hidup di sebuah bandar yang besar. Bandar yang mempunyai banyak dugaan dan pancoraba yang sentiasa ada di mana-mana.
Bas yang dinaiki oleh Damia membelok masuk ke kawasan rehat dan rawat. Kebanyakkan penumpang semuanya turun untuk menghidu udara segar kerana penat duduk di dalam bas. Damia turut turun dari bas menuju ke
Damia memesan milo panas dan mee goreng. Selepas memesan makanan, Damia mencari tempat untuk duduk namun tiada yang kosong. Semuanya dipenuhi dengan orang ramai yang turut menjamu selera. Damia mengeluh.
“Tak baik mengeluh.”
Siapa pula yang menyibuk ni? Suka hati akulah nak mengeluh ke tidak. Desis Damia di dalam hati.
Damia menoleh untuk melihat siapakah gerangannya. Damia membulatkan matanya. Dia kenal siapa yang menegurnya itu. Damia mengukirkan senyuman tipis.
“Kat
Damia hanya mengikut jejak langkah lelaki itu. Dia berasa pelik kerana di mana-mana ada saja lelaki tu. Ini sudah masuk kali ketiga dia bertemu dengan lelaki misteri itu. Mungkin ini adalah satu kebetulan sahaja. Damia menarik nafas panjang.
Damia hanya berdiri di tepi meja. Dia tidak terus duduk kerana dia berasa segan untuk duduk berdua dengan lelaki yang baru menegurnya itu.
“Tak nak duduk ke?”tanya lelaki itu selepas melihat kelakuan Damia.
Damia hanya membisu. Menggeleng pun tidak, mengangguk pun tidak. Lelaki itu mengerutkan dahinya. Seperti sedang berfikir sesuatu. Kemudian dia tersenyum. Lelaki itu bingkas bangun.
“Okeylah… saya tahu awak segan dengan saya. Tak apalah. Awak duduk meja ni, nanti saya cari meja lain. Duduklah.”lelaki itu tersenyum lebar memandang muka Damia yang tidak langsung mengukirkan senyuman malah terdapat riak terkejut di wajahnya.
Timbul pula perasaan bersalah di hatinya. Dia tidak bermaksud pun nak menghalau lelaki itu tetapi dia berasa agak kekok untuk duduk berdua.
“Dia… duduklah kat sini. Kita tak kisahlah.”ujar Damia lembut sebelum sempat lelaki itu melangkah mencari meja kosong.
Lelaki itu tidak jadi berlalu dari situ. Dia memandang muka Damia. Damia turut memandang muka lelaki kacak yang sedang berdiri di hadapannya ini. Senyuman lelaki itu masih lagi terhias di bibir.
“Habis tu, awak mesti tak selesakan bila nak makan nanti. Saya cuma takut saya akan buatkan awak kurang berselera saja. Tak apa, saya boleh cari meja lain.”jelas lelaki itu.
Degil betullah lelaki ni. Aku suruh duduk pun tak nak. Nanti aku tarik balik tawaran aku tu baru tahu. Hati kecil Damia mula berkata geram.
“Tak apa. Kesian pula kat dia kena cari meja lain. Tak apalah. Insyallah takkan menganggu pun selera kita. Duduklah.”Damia menawarkan sekali lagi.
Lelaki itu mengangguk lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia. Damia turut berbuat demikian. Pesanan yang dipesan sudah pun sampai. Damia terus menghirup milo panas yang dipesannya tadi bagi menghilangkan dahaga yang bersarang di anak tekak Damia.
Damia memandang makanan lelaki itu. Damia mengetap bibirnya. Makanan yang di pesan sama seperti makanan lelaki itu.
“Awak kenal saya tak?”tanya lelaki itu memecah kesunyian malam.
“Kita rasa kita kenal dia. Tak silap kita, dia
“Betullah tu. Awak ingat saya lagi
Damia hanya mempamerkan wajahnya tanpa sebarang senyuman yang terukir. Damia masih lagi bermain-main dengan mee goreng yang sedang terhidang di hadapannya itu. Dia langsung tidak menjamah.
Lelaki itu sedar akan kelakuan Damia. Dia menghentikan suapan lalu memandang muka Damia. Damia yang menyedari dirinya dipandang mengangkat muka membalas pandangan itu.
“Kenapa pandang kita?”ujar Damia ingin tahu. Dia tiba-tiba berasa pelik melihat lelaki itu memandang mukanya.
“Tak ada apa-apa. Cuma saya rasa kesian kat mee goreng tu asyik kena main ja. Makannya tidak. Kenapa ni?
Damia menggeleng. Dia menarik nafas dalam.
“Eh, tak adalah. Kita okey saja dia duduk di sini Cuma kita rasa tak berselera nak makan. Padahal tadi dalam bas bukan main lapar lagi.” Damia mengukir senyuman nipis. Dia menghirup air milo yang masih lagi bersisa.
“Ingat pakwe kat kampunglah tu. Itu yang tak berselera tu.”
Damia membulatkan matanya. Geram dengan usikkan lelaki itu. Merah padam mukanya.
“Mana ada.”nafi Damia. Tapi memang fikirannya masih lagi teringatkan kampung. Teringatkan ibu dan ayahnya, Fariz dan yang paling penting motosikal kesayanganya itu.
“Tak nak mengaku pula. Okeylah, saya Izz Rayyan. Panggil saja Izz.Awak Damia
Damia mengangguk. Dia kemudian mengerutkan dahinya.
“Macam mana dia tahu nama kita? Kita rasa kita tak pernah beritahu dia nama kita lagi
Izz Rayyan mengangguk sambil mengangkat keningnya.
“Awak ni. Kampung Keladi tu tak besar mana pun. Awak Damia, perempuan yang berperwatakkan lelaki di kampung itu. Semua orang kenallah.”lancang sahaja mulut Izz Rayyan berkata-kata.
Tanpa sedar, Damia berasa sangat sakit hati dengan kata-kata Izz Rayyan itu. Dia tidak menyangka yang Izz Rayyan akan membangkitkan isu itu. Damia lantas mengangkat punggungnya.
Izz Rayyan yang masih lagi terpinga-pinga memandang muka Damia yang kelihatan seperti marah. Kaki Damia laju sahaja meninggalkan Izz Rayyan yang masih lagi tidak faham akan tindakan Damia yang tiba-tiba itu.
Izz Rayyan mengejar Damia.
“Kenapa dengan awak ni? Saya ada buat awak marah ke?”tanya Izz Rayyan ingin tahu.
Damia menghentikan langkahnya. Nafasnya turun naik. Geram, sakit hati, marah semuanya timbul di dalam dirinya.
“Aku benci orang macam hang.” Damia ingin melangkah lagi menuju ke bas. Namun, cepat saja tangan Izz Rayyan menarik tangan Damia. Damia
“Lepaslah tangan aku ni. Aku nak naik bas.”kata Damia kasar. Dia masih lagi berusaha untuk melepaskan tangannya.
“Sabar dulu.
Dia betul-betul tak tahu apa yang membuatkan Damia tiba-tiba sahaja naik angin. Adakah kata-katanya tadi menyakitkan hati Damia? Mungkin Damia terasa hati apabila aku kata dia berperwatakkan seperti lelaki. Izz Rayyan menggelengkan kepalanya. Dia berasa bersalah dengan kata-kata yang laju sahaja diucapkan olehnya sebentar tadi.
“Okey, saya tahu kenapa awak marah kat saya. Awak marah dengan kata-kata saya
Damia memandang tepat muka Izz Rayyan. Damia rasa nak tergelak pun ada apabila melihat kesungguhan Izz Rayyan dalam meminta maaf. Namun ditahan kerana dia benar-benar sakit hati tadi. Dah seperti sepasang kekasih dah mereka berdua ni.
Damia kemudian melangkah masuk ke dalam perut bas. Izz Rayyan turut mengikuti Damia dari belakang. Damia berasa pelik.
Dah gila ke lelaki ni? Desis hati kecil Damia.
“Awat hang ikut aku masuk bas ni? Gila ka apa.”ucap Damia yang masih lagi membiarkan Izz Rayyan berasa bersalah padanya padahal hatinya telah cair setelah Izz Rayyan meminta maaf tadi.
Sekasar mana pun Damia, bila lelaki merayu macam mana Izz Rayyan buat tadi confirm hati Damia akan cair. Dalam hati ada tamanlah katakan.
“Selagi awak tak maafkan saya, selagi tu saya akan ikut awak.
Damia menjeling sekilas memandang muka Izz Rayyan yang berada di belakangnya itu.
“Okeylah, aku maafkan hang. Dahlah. Bas ni dah nak jalan dah. Pergi turun cepat.” Damia memberi kata putus. Kemudian dia berjalan menuju ke tempat duduknya.
Ketika Damia duduk, Izz Rayyan masih lagi berada di dalam bas tersebut. Tiada tanda bahawa Izz Rayyan akan turun dari bas yang dinaiki oleh Damia. Malah Izz Rayyan berjalan ke belakang tempat duduk Damia.
“Hang ni pasal apa? Aku dah maafkan hang. Dahlah jangan kacau aku lagi. Turun cepat.” Izz Rayyan menghentikan langkahnya sambil tersengih.
Ingat handsome dahlah tu tersengih macam kerang busuk tu? Marah Damia di dalam hati.
“Mana ada saya kacau awak. Saya memang naik bas ni dari tadi lagi. Awak ja yang tak perasankan saya.”jelas Izz Rayyan.
Damia menjengilkan matanya. Jelas nampak riak terkejut di wajahnya. Sejak bila pula lelaki ni naik bas yang sama dengan aku? Tertanya-tanya Damia dibuatnya.
Izz Rayyan yang nampak riak muka Damia itu masih lagi tersenyum lebar. Dia tahu Damia terkejut dengan apa yang diberitahu olehnya sebentar tadi.
“Hang jangan nak bohong aku.” Damia masih lagi tidak percaya.
Sebenarnya dia malu. Malu sebab menghalau Izz Rayyan sebentar tadi turun dari bas ini.
“Apa yang saya dapat kalau saya bohong awak? Tak dapat apa-apa
Damia hanya membisu. Dia sudah malas hendak melayan kerenah Izz Rayyan. Dah tunjuk garang konon, akhirnya terkena muka sendiri. Padan muka hang, Damia. Itulah, tunjuk garang tak kena tempat sangat. Nasib hanglah, Damia. Gumam Damia di dalam hatinya.
Izz Rayyan membisikkan sesuatu kepada remaja perempuan yang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Damia. Remaja perempuan itu mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya.
Damia kehairanan. Remaja perempuan itu berjalan menuju ke tempat duduk belakang. Izz Rayyan hanya tersengih sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah Damia. Damia terlopong.
Izz Rayyan masih lagi dengan sengihannya itu. Damia rasa macam nak pergi tampar sahaja mulutnya itu supaya berhenti tersengih macam orang tak betul. Geram betul Damia. Apa yang dibisikkan kepada remaja perempuan itu pun tak tahu.
“Awat duduk sebelah aku ni?”tanya Damia kasar.
“Suka hatilah. Tempat duduk ni tak ada tulis pun, Muhammad Izz Rayyan tak boleh duduk. Tak salahkan kalau saya duduk.”ringan sahaja mulut Izz Rayyan membuat lawak.
Lawak yang dibuatkan oleh Izz Rayyan itu membuatkan Damia ingin mengukirkan senyuman. Namun disimpan. Main-main betul lelaki ni. Aku ketuk kepala kang, baru tahu. Damia menjeling melihat muka Izz Rayyan.
“Lantaklah, malas nak layan orang gila macam hang. Aku nak tidur. Jangan kacau aku. Kalau kacau, siap hang.”Damia memberi amaran keras.
Izz Rayyan mengangguk-ngangguk sambil menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya.
“Tidurlah, sayang. Mimpi abang Izz Rayyan yer.”usik Izz Rayyan lagi.
Damia hampir tergelak. Namun dipekup mulutnya dengan tangannya. Tidak mahu menunjukkan dia sebenarnya sudah mula selesa dengan lelaki itu.