Frisya Zulaikha takut untuk bercinta lagi. Cukuplah dia disakiti oleh insan yang bergelar lelaki. Frisya Zulaikha pernah ditinggalkan oleh Taufiq pada hari pernikahan mereka. Frisya Zulaikha bagaikan orang hilang akal ketika mendapat tahu bahawa perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan.
Selepas peristiwa itu, Frisya Zulaikha tidak lagi memikirkan untuk menjalinkan hubungan cinta. Oleh itu, ibu bapa Frisya Zulaikha ingin menjodohkan Frisya Zulaikha dengan anak sahabat mereka. Frisya Zulaikha menolak cadangan ibu bapanya. Dia tidak boleh menerima lelaki yang begitu dia benci suatu ketika dahulu. Di fikirannya terfikirkan perangai buruk Hayyan Zikri.
Selepas 8 tahun berpisah Frisya Zulaikha dipertemukan semula dengan Hayyan Zikri. Frisya Zulaikha terpaksa mengubah tanggapannya terhadap Hayyan Zikri. Frisya Zulaikha mula menerima kehadiran Hayyan Zikri dalam hidupya. Mereka menjalinkan hubungan cinta. Hubungan mereka disudahi dengan ikatan perkahwinan.
Perkahwinan mereka bahagia pada awalnya. Namun, panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Perkahwinan mereka berkocak dek kerana kehadiran Taufiq yang kembali menuntut hak. Selepas itu mereka juga diuji dengan kehadiran Laila, kekasih lama Hayyan Zikri yang merancang pelbagai rancangan untuk mendapatkan Hayyan Zikri.
Apakah Frisya Zulaikha dan Hayyan Zikri akan berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga mereka?
Saya tidak sempurna tetapi saya akan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu – Frisya Zulaikha
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH