“Hawa! Cepat bangun! Hari inikan sekolah”. Datin Maryam berleter.
“Kejap lagi lar mama, Hawa mengantok lagi”.ngomel Hawa. Semalam Hawa tidur lewat kerana asyik melayari internet.
“Cuba Hawa lihat jam, dah lewat tahu tak?" Datin Maryam menggoyangkan badan Hawa sambil berleter.
Hawa yang masih mamai, mengeliat dan menguap menandakan Hawa masih mengantuk.
“Ya, Hawa bangun”,jawab Hawa.
“Mama dah beritahu jangan tido lewat. Tengoklah inilah akibatnya. Kan dah bangun lewat !" marah Datin Maryam kepada Hawa sambil berlalu keluar dari bilik anaknya itu.
Selepas mandi dan berpakaian sekolah Hawa turun untuk bersarapan bersama keluarganya sebelum berangkat ke sekolah.
“Assalamualaikum papa, mama, makjah!!"ucap Hawa sambil mencium pipi Datuk Hakim dan Datin Maryam.
“Waalaikumussalam, erm ini baru anak papa. Bersemangat nak pergi sekolah”puji Datuk Hakim.
“Iyalah tu, puas kejut baru nak bangun tidur”. Datin Maryam menyelit.
“Mama ni bukan selalu Hawa bangun lewat. Kan papa?"
Datuk Hakim mengangguk sambil tersenyum.
“Hawa, tahun ini Hawa SPM kan?"tanya Datuk Hakim
“Ya papa, anak papa dah 17 tahun”. Jawab Hawa sambil mencekak pinggang.
“Dah besar pon anak papa. Tak lama lagi papa boleh dapat menantu lar jawabnya”. Datuk Hakim mengusik Hawa sambil mengukirkan senyuman.
“Kahwin apanya abang, masak air tak lepas lagi, inikan nak jadi isteri orang”. Giliran Datin Maryam pula berseloroh.
Hawa memuncungkan mulutnya kerana malu diusik oleh Datuk Hakim dan Datin Maryam. Merah padam muka Hawa.
“Mama, sekarang ini kan zaman moden, cari je orang gaji. Tak payah susah-susah nak buat kerja rumah. Tak pun Hawa bawa ja Mak Jah tinggal dengan Hawa”. Muka Hawa yang tadinya merah padam kembali ceria dan tersenyum.
Mak Jah telah berkhidmat sebagai orang gaji dari Hawa sejak Hawa kecil lagi. Hawa sangat akrab dengan Mak Jah yang dianggap seperti emaknya sendiri.
“Tak ada maknanya ambil orang gaji. Nanti asyik orang gaji je masak, suami Hawa pun lari”. Seloroh Datuk Hakim.
Semua orang yang berada disitu tersenyum mendengar usikkan Datuk Hakim.
“Oklah papa,mama, Hawa pergi dulu.Dah lewat ni”. Hawa meminta izin untuk pergi kesekolah sambil bersalaman dengan Datuk Hakim dan Datin Maryam.
“Belajar elok-elok, SPM dah dekat. Nanti kalau tak lulus SPM mama suruh papa kahwinkan Hawa. Calon dah ada dah”. Datuk Hakim dan Datin Maryam tersenyum.
“Siapa sayang?”tanya Datuk Hakim ingin tahu.
“Farahi.” Datin Maryam menjeling melihat muka anaknya yang merona merah.
“Mama”! Papa tengok mama ni”.
Hawa berlari anak menuju ke pintu. Makin lama dia disitu makin banyaklah yang diusik oleh mama dan papanya. Datuk Hakim dan Datin Maryam menghantar Hawa dengan senyuman yang terukir di bibir.
“Hye Hawa! Seorang pelajar lelaki menegur Hawa ketika dalam perjalanan ke kelas.
“Kau nak apa?Aku dah lewat ni."
“Sombongnya kau,”
“Cepatlah , nak cakap apa? Subjek pertama ni Matematik tahu tak? Kau bukan tak tahu kalau masuk lewat nanti kena denda.”
Semua pelajar tahu yang cikgu Fatimah merupakan cikgu disiplin disekolah itu. Beliau seorang yang garang namun amat disayangi oleh oleh pelajar-pelajar kerana sikapnya yang suka berjenaka ketika di luar kelas.
“Petang ini kita keluar nak tak?"
“Keluar mana?”
“Kita pergi jalan-jalan di Sunway nak tak?”
“Aku tak janji, sebab mama aku mesti tak kasi aku keluar!”
“Kenapa pulak mama kau tak kasi?
“Farahi, kau kan tahu tahun ni kita akan menghadapi SPM. Mama tak suka sangat keluar merayap ini.”kata Hawa sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
“Lambat lagi lah SPM, please. Hari ini saja”. Pujuk Farahi.
“Oklah nanti aku cuba pujuk mama aku”.
Hawa tidak berani memberi persetujuan. Datin Maryam sudah berpesan untuk tidak selalu sangat keluar jika bertujuan hanya untuk bersuka ria. Hawa berlari anak menuju kekelas kerana dia tahu dia telah terlewat masuk ke kelasnya
……………...
Tuk!Tuk!Tuk! Semua pelajar dan cikgu didalam kelas 5 Sastera melihat ke arah Hawa.
“Assalamualaikum, cikgu,”ucap Hawa penuh sopan.
“Waalaikumussalam, kenapa kamu lambat masuk kelas Nurul Hawa Zulaikha binti Hakim?”tanya cikgu Fatimah dengan berwajah serius
“Tadi saya nak terbuang air kecil,jadi saya pergi tandas dahulu.”
“Saya dah beritahu , kalau nak pergi mana-mana waktu saya, mesti inform dahulu kepada saya!”marah Cikgu Fatimah.
“Saya minta maaf, Cikgu”. Hawa tertunduk kerana dimarahi oleh cikgu Fatimah
“ Saya maafkan kamu, tapi seperti selalu,letakkan buku atas kepala dan junjong dari sini hingga ke tangga hujung sana! Cepat!"
Hawa pon dengan perasan malu dan pasrah menjunjong buku seperti yang diarahkan oleh Cikgu Fatimah.Pelajar kelas lain ketawa melihat Hawa didenda oleh Cikgu Fatimah.uduk
“Lain kali ingat apa yang saya pesan! Dah pergi duduk” arah Cikgu Fatimah.
…………………………………………………………………………………
“Hawa, tadi kau kena denda kenapa?” Tanya Farahi yang kelihatan kepenatan kerana mengejar Hawa yang kelihatan bergegas hendak pulang dari sekolah.
“Kerana kau aku kena denda!” marah Hawa.
“Sebab aku???”Farahi kelihatan terkejut dengan jawapan Hawa.
“Ya lah..kau yang buat aku lambat masuk kelas tadi.”
“oh, sebab tu ke??”Farahi tersenyum.
“Sorry lah Hawa. Aku takut tak terserempak dengan kau. Itu yang aku panggil kau tu.”jelas Farahi.
“Sorry ja kau tahu. Kau tahu aku malu sangat dah ni.”
“Janganlah marah. Oklah tanda maaf aku, apa kata aku belanja kau makan?” Farahi membuat tawaran selepas melihat wajah Hawa masam mencuka.
“Iyalah, aku maafkan kau tapi kau mesti janji belanja aku makan petang ney ok?”
“Ok..aku janji.” Jawab Farahi sambil membuat tabik hormat kepada Hawa.
……………………………………………………………………………………
“Mama ,petang ini Hawa nak keluar boleh tak?”
“Hawa nak keluar pergi mana?”
“Hawa nak keluar dengan Farahi pergi Sunway. Lagipun Farahi janji nak belanja Hawa makan petang ini. Boleh tak mama?” Tanya Hawa.
“Ehem, ehem. Nak dating ke?”usik Datin Maryam.
Hawa memuncungkan bibirnya. Berang dengan usikkan Datin Maryam.
“Mama ni. Tak nak kawan dengan mama.”ugut Hawa sambil memeluk Datin Maryam.
“Betulkan apa yang mama cakap? Mama tengok Farahi tu macam ada hati ja kat Hawa. Takkan Hawa tak ada apa-apa perasaan kot dekat Farahi. Farahi tu ada ciri-ciri menantu yang mama nak tau.”
Hawa membulatkan matanya. Kemudian dia tersenyum mendengar usikan mamanya.
“Mama jangan nak mengarut. Hawa nak belajar tinggi-tinggi dulu. Baru nak fikir pasal kahwin. Okey? Boleh tak ni mama nak keluar dengan Farahi?”tanya Hawa lagi inginkan jawapan daripada Datin Maryam.
“Bolehlah, tapi jangan balik lewat sangat tau.”pesan Datin Maryam kepada anaknya itu.
“Ye lah mamaku sayang.”
“Hari ini kat sekolah ada apa-apa tak?” Datin Maryam amat menitik berat akan pelajaran anaknya.
“Mama, hari ini kan Hawa kena denda dengan Cikgu Fatimah!” beritahu Hawa dengan penuh semangat.
“Denda kenapa? Hawa tak siapkan homework ke?”
“Tak lah mama, Hawa kena denda sebab masuk kelas lewat. Kebetulan pula subjek pertama Cikgu Fatimah.”
“Kan mama dah cakap, jangan tidur lewat. Kan dah kena denda.” Datin Maryam ketawa selepas Hawa menceritakan saat Hawa didenda oleh Cikgu Fatimah.
“Tebal muka Hawa. Semua pelajar dalam kelas lain semua ketawa melihat Hawa kena junjong buku atas kepala.”Hawa memuncungkan bibirnya.
“Kesiannya anak mama. Apa-apa pun cikgu denda sebab nak mendisiplinkan Hawa supaya dah tak lewat masuk kelas selepas ini.”pujuk Datin Maryam.
……………………………………………
……………………………………………
Petang itu, Farahi menuju ketempat yang telah dijanjikan untuk bertemu dengan Hawa. Selepas beberapa minit,kelibat Hawa tidak juga kelihatan. Farahi pun menelefon Hawa kerana risau terjadi sesuatu kepada Hawa.
“Assalamualaikum, Hawa. Kau dekat mana ni?”
“Waalaikumussalam, aku dalam perjalanan nak pergi Sunway. Kau ada di mana?”
“Aku dah sampai dah. Tunggu kau. Aku takut kau tak datang. Itu yang aku telefon ni.” Farahi kelihatan risau kerana Hawa tidak sampai lagi.
“Aku mesti datang. Kau jangan risau. Lagipun kaukan nak belanja aku makan. Mana boleh lepaskan?” Hawa ketawa.
“Yelah. Kau, kalau benda free semuanya tak pernah lepas. Cepatlah! Dah lama aku tunggu ni!” bebel Farahi.
“Aku dah nak sampai dah. Tunggu tau.”
Setelah beberapa minit kemudian Hawa pun sampai ketempat yang telah dijanjikan untuk berjalan-jalan bersama Farahi.
“Sorry tau, aku lewat. Kau bukan tak tahu akukan selalu lewat. Hehe!!”
“ Yelah tu. Kau memang suka datang lewat”
“Merajuk ker? Kalau kau merajuk aku nak balik. Online Facebook lagi bagus dari melayan rajuk kau ni” Hawa tersenyum melihat muka Farahi yang masam mencuka.
“Mana ada merajuk?”
“Tak merajuk konon?Tu yang muka masam ja kenapa?Nak suruh aku pujuk lah tu?”
“Dahlah jom.” Farahi masih lagi masam mencuka.
“Senyumlah sikit. Tak hensem lar muka macam tu. Kaukan hensem?”usik Hawa.
“Memang aku hensem. Akulah lelaki paling hensem didunia ni.”
“Perasan sungguh kau ni. Tadi ingat dah tak nak senyum, jadi aku nak balik.”
Farahi tersenyum dengan usikan Hawa. Mereka berjalan masuk ke shopping complex. …………………………………………………………
“Ayie, tadi kawan mama beritahu yang jumpa Farahi di Sunway tadi? Ayie pergi mana?” Tanya Datin Syakila iaitu mama Farahi
“Oh, Ayie keluar dengan Hawa. Saja pergi jalan-jalan. Lagipun Ayie bosan duduk dirumah.” Farahi menjawab sopan.
Datuk Fatihi dan Datin Syakila adalah ahli perniagaan yang Berjaya. Disebabkan kesibukan mereka, Farahi berasa sunyi. Namun Farahi akur dengan tugas kedua ibubapanya itu.
“Ye ke?Mama cuma risau kalau Ayie bergaul dengan budak-budak yang rosak akhlak. Tapi kalau dengan Hawa, mama tak kisah lar. Kan bakal menantu mama?” Usik Datin Syakila.
“Ish mama ni. Merepek je. Ayie tak ada apa-apa pon dengan Hawa.” Farahi menafikan kenyataan mamanya itu.
“Boleh percaya ke ni? Mama tengok Ayie macam ada hati je dengan Hawa. Takkanlah tak ada apa-apa!”
“Mama tak percaya sudah.Mama, papa tak balik lagi ke?” Tanya Farahi menukar tajuk kerana mengelak dari terus diusik oleh mamanya
“Nak mengelaklah tu? Papa tak balik lagi. Katanya ada dinner malam ini dengan pelabur luar negara.” Datin S yakila menjawab pertanyaan Farahi.
“Oh, jadi papa balik lewatlah? Oklah mama, Ayie masuk bilik dulu ya. Farahi nak siapkan homework yang tak sempat Farahi siapkan.”
“Ye lah. Belajar elok-elok tau. Jangan asyik teringat dekat Hawa ja. Nanti kantoi SPM.” Merah muka Farahi selepas diusik oleh mamanya.
……………………………………
Setelah hampir 11 bulan, tinggal sehari saja lagi untuk pelajar tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM termasuklah Farahi dan Hawa. Mereka akan meluahkan kembali apa mereka pelajari disekolah sepanjang persekolahan
“Hawa, pejam celik,pejam celik esok kita dah SPM kan?Macam tak percaya je kan?”kata Farahi.
“yelah kan, cepat sungguh masa berlalu. Kau dah bersedia ke?”
“Insyaallah dah bersedia. Esok peperangan akan bermula. Aku mesti bersedia.Kau?”jawab Farahi dengan penuh yakin sambil mengenggam tangannya.
“Aku tak pasti aku bersedia ke tak!”
“Kenapa pula cakap gitu?Kau kena yakin yang kau boleh buat untuk SPM nanti. Kau target berapa “A”?”Farahi menasihati Hawa yang kelihatan risau dengan peperiksaan yang bakal menjelang.
“Kalau ikutkan aku, mestilah nak semua A. Kau pula?”tanya Hawa..
“Samalah, aku target semua A juga. Tak apa kalau kau tak lulus, nanti aku suruh mama aku masuk meminang kau! Hehe!” Farahi mengusik Hawa sambil ketawa. Muka Hawa yang tadinya muram kelihatan merah selepas diusik oleh Farahi.
“Kau ni. Aku nak belajar lagilah. Tak nak fikir pasal kahwin lagi. Lagipun tak naklah kau kahwin dengan kau!”
“Eh, kenape tak nak kahwin dengan aku?Rugi kalau kau tak kahwin dengan aku.”
“Kenapa pula nak rugi?”
“Yelahkan, akukan jejaka yang paling hensem. Jadi kalau kau tak nak kahwin dengan aku memang rugi.”Farahi mengukirkan senyuman.
“Perasannya kau.” Hawa menjeling ke arah Farahi.
“Kau lepas SPM nak buat apa Hawa??
“Tak tahu lagi, maybe lepak kat rumah aja kot”. Kau pulak??
“Aku ingat nak kerja, tapi mama aku tak kasi aku kerja.”
“Kenapa pula mama kau tak kasi?Kau bukannya dapat PLKN pon.”
“Mama aku suruh balik kampung jaga nenek aku . Nenek aku kan tinggal sorang-sorang.”
Mama Farahi iaitu Pn Syakila berasal dari negeri kedah. Sejak kematian datuk Farahi, nenek Farahi tinggal berseorangan. Namun setiap minggu, Farahi dan keluarga akan melawat neneknya di kampung.
“Mesti bestkan tinggal di kampung. Tak apalah, boleh kau temankan nenek kau.”
“Memanglah best tapi aku tak sanggup nak berpisah dengan kau.” Farahi menjeling melihat Hawa untuk mengetahui reaksi daripada Hawa.
“Tak sanggup berpisah dengan aku? Kenapa pula?”tanya Hawa yang masih tidak dapat mengerti akan maksud daripada kata-kata Farahi.
“Eh, tak ada apa-apalah. Dahlah jom balik.”ajak Farahi. Hawa hanya mengikut ajakan daripada Farahi. Di dalam hatinya masih tertanya-tanya maksud akan kata-kata Farahi sebentar tadi.
--------------------------------------------
Hawa menarik nafas lega. Peperiksaan SPM telah berakhir. Kini dia bebas untuk sementara. Farahi pula tersenyum lebar. Segala kerisauan yang berada di fikirannya dibuang jauh.
Farahi keluar dari dewan peperiksaan. Dia mencari-cari kelibat Hawa. Namun tidak kelihatan. Hawa yang dari tadi memerhatikan Farahi, tersenyum. dia tahu mesti Farahi sedang mencarinya. Dia melangkah menuju kepada Farahi.
“oit..Cari siapa?”sapa Hawa dari belakang.
Farahi menoleh. Hawa sedang tersengih kepadanya.
“cari kaulah. Entah kemana hilang pun tak tahu.”perli Farahi.
“Tak hilang aih. Kenapa kau cari aku?”tanya Hawa.
Semua murid yang lain sudah beredar.Hanya Tinggal Farahi dan Hawa di dewan peperiksaan sekolah.
“Sajalah. Lepas ni kau nak pergi mana? Takkan tak nak raikan kebebasan kita?”
Hawa mengerutkan dahinya. Dia berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Farahi turut ikut dari belakang
“Aku rasa tak kot..mama aku ada bercadang nak buat kenduri kesyukuran sikit jumaat ni.”
“Tak nak jemput aku ke?”tanya Farahi tanpa rasa malu.
Hawa memakai topi keledar di kepalanya.
“Tak tahu lagi jadi ke tak. Tapi insyaallah jadi.Nanti bila dah konfom jadi barulah aku panggil kau dengan family kau sekali. Don’t worry.”Kata Hawa yang sedang menekan stuter untuk menghidupkan skuternya.
“Hawa, boleh kita jumpa tak malam ni? Kita jumpa kat Restoran Cinta Sayang.”cadang Farahi.
“Sekarangkan kita dah jumpa. Nak jumpa apa laginya?”Hawa mengerutkan dahinya. Hawa menolak skuternya keluar dari tempat letak motosikal sambil dibantu oleh Farahi.
“Taklah, aku ada surprise untuk kau. Boleh tak? Please…”rayu Farahi.
“Surprise apa pula ni? Nantilah aku minta izin dengan mama aku dulu. Tapi tak janji tau.”jawab Hawa.
Jawapan Hawa itu melegakan hati Farahi. Farahi ingin membuat satu kejutan kepada perempuan yang amat disayanginya itu.
“Okey, tapi aku berharap sangat boleh keluar malam ni.”
“Insyallah…Dahlah aku balik dulu. Mama aku mesti tengah tunggu aku kat rumah.”
“Okey, hati-hati ye…Jangan bawa laju-laju sangat skuter tu. Nanti excident aku juga yang susah.” Farahi mengusik Hawa. Hawa hanya tersengih sambil menjelirkan lidahnya.
---------------------------------------------------------------------
Malam itu Farahi dan Hawa akan berjumpa seperti yang dijanjikan setelah Datin Maryam memberi keizinan kepada Hawa. Datin Maryam tidaklah terlalu risau sekiranya Hawa ingin keluar dengan Farahi. Dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Farahi untuk menjaga Hawa.
Farahi telah menempah meja yang dihiasi cantik. Farahi menunggu kehadiran Hawa di pintu restoran. Dari jauh dia melihat Hawa datang menaiki kereta mamanya. Farahi menarik nafas lega. Akhirnya datang juga orang yang ditunggu-tunggu.
“Farahi, handsome gila kau malam ni. Tergoda aku.”tegur Hawa sejurus sahaja sampai di hadapan pintu restoran tersebut. Farahi tersenyum.
“Kau pun apa kurangnya. Kau cantik sangat malam ni. Tergugat iman aku wey.”usik Farahi. Hawa menumbuk lengan Farahi perlahan.
“Jangan kau merepek. Jomlah. Aku dah lapar ni. Aku tak makan dari tadi.” Hawa masuk ke dalam restoran mendahului Farahi. Farahi hanya menggelengkan kepalanya.
Setelah sampai ke meja yang ditempah khas Farahi cepat-cepat menarik kerusi untuk Hawa. Hawa mengerutkan dahinya. Kemudian dia menghadiahkan Farahi sebuah senyuman. Malas nak fikir tentang kelakuan Farahi itu.
“Terima kasih. Kau kata kau ada surprise untuk aku. Mana dia?”tanya Hawa setelah Farahi duduk berhadapan dengannya.
Farahi tersenyum. Dadanya berombak kencang. DIa memandang tepat muka Hawa.
“Kita makan dulu.”
“Tak naklah… Kau beritahu dulu baru kita makan.” Hawa mendesak.
“Sebenarnya, aku nak beritahu kat kau yang aku sukakan kau. Aku sayangkan kau.”
Hawa tercengang. Dia membulatkan matanya. Terkejut dengan ucapan yang baru sahaja keluar daripada mulut Farahi itu. Hawa mengetap bibir.
“Aku tahu kau susah nak terima aku tapi aku dah lama sukakan kau. Aku tak minta kau terima aku, tapi sekurang-kurangnya kau tahu yang aku memang ada hati kat kau. Maafkan aku sebab aku terpaksa luahkan semua ni. Aku dah tak boleh simpan perasaan ini. Aku harap kau faham.”
Farahi berkata ikhlas. Di dalam hatinya sedikit sebanyak berasa lega kerana dapat meluahkan segalanya. Hawa tunduk. Mulutnya bagaikan terkunci. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
“Hawa…”panggil Farahi lembut selepas melihat Hawa tunduk dan diam tidak berkata.
Hawa mengangkat muka. Dia memandang tepat anak mata Farahi. Dia cuba mencari keikhlasan daripada kata-kata Farahi.
“Farahi…Terima kasih sebab sudi sayangkan aku. Tapi aku nak minta maaf. Aku tak boleh nak terima kau lebih daripada seorang kawan. Aku sayangkan kau tapi hanya sebagai seorang kawan. Jadi aku harap kau juga faham.”jelas Hawa sambil memandang muka Farahi yang menatap tepat anak matanya.
Farahi meraupkan mukanya. Dia dapat mengagak akan jawapan daripada Hawa. Farahi sudah bersedia dia akan menerima apa sahaja jawapan yang diberikan oleh Hawa. Mereka masih terlalu mentah untuk bercakap semua ini.
“Aku faham. Tapi aku harap kau akan cuba terima aku. Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau tapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Aku juga berharap selepas apa yang terjadi hari ni kita akan masih lagi berkawan. Bolehkan Hawa?”
Hawa mengangguk perlahan. Dia bukannya sengaja mahu menghampakan hati sahabat baiknya itu. Tetapi biarlah hubungan mereka sekadar kawan baik.
“Dahlah…Jom makan. Sorrylah sebab aku terpaksa rosakkan mood kau.”ucap Farahi sekali lagi.
“Tak kisahlah. Aku akan cuba untuk terima kau. Tapi bukan sekarang. Kita terlalu mentah untuk semua ni. Aku nak capai cita-cita aku terlebih dahulu. Okey?” Farahi tersenyum mendengar setiap ucapan Hawa. Sekurang-kurangnya dia ada harapan untuk menakluk hati gadis genik itu.
---------------------------------------------------------------------
Hari yang mendebarkan akhirnya tiba jua. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada hari ini. Hawa dan Farahi sudah pagi-pagi lagi mereka tiba di sekolah. Masing-masing menunggu nama mereka diumumkan untuk mengambil keputusan peperiksaan.
“Hawa, aku takutlah.” Hawa tersenyum. Dia juga berasa apa yang dirasakan oleh Farahi.
“Aku pun.”balas Hawa ringkas.
Seorang demi seorang nama dipanggil. Akhirnya tibalah giliran nama Hawa dan Farahi dipanggil serentak. Mereka beriringan naik ke pentas dengan hati yang berdebar-debar.
“Tahniah, Hawa, Farahi… Awak berdua memang membanggakan sekolah kita. Awak berdua adalah pelajar cemerlang pada tahun ni.”kata Pengetua sejurus sahaja mereka berdua mendekatinya. Pengetua menyerahkan slip peperiksaan kepada mereka berdua.
Hawa melonjak kegembiraan apabila melihat slip peperiksaan tersebut. Dia mendapat semua A+ dalam semua matapelajaran. Farahi juga begitu. Dia memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang diterimanya.
“Hawa, tahniah. Lepas ni bolehlah belanja aku makan.”ucap Farahi sambil tersenyum.
Hawa yang menangis kegembiraan menguntumkan senyuman.
“Kau pun sama. Tahniah, Farahi.”
Selepas sesi temubual untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka, Farahi dan Hawa balik bersama. Mereka terus pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira itu kepada keluarga mereka.
------------------------------------------------
Beberapa tahun kemudian,
“Hebat kau sekarang, Hawa. Aku betul-betul bangga dengan kau. Kau dah jadi seorang yang amat disegani sekarang. Ahli perniagaan yang berjaya.”kata Farahi selepas dia duduk di tepi Hawa.
Setelah beberapa tahun mereka berpisah, mereka telah membuat temu janji untuk berjumpa semula. Masing-masing ingin melepaskan rindu yang terpendam.
“Aku pun bangga juga dengan kau akhirnya tercapai juga cita-cita kau nak jadi pesyarah di universiti terkenal. Lama aku tak jumpa kau. Kau dah lain sekarang. Makin handsome.” Hawa tersengih.
“Kenapa? Sebelum ni tak handsome ke?”tanya Farahi sekadar ingin mengusik.
Hawa mengangguk.
“Tak… Dulu kau selekeh. Tapi sekarang kau dah smart. Aku suka tengok penampilan kau. Siap ada janggut kambing lagi. Aku paling suka lelaki yang ada janggut kambing. Nampak comel.” Hawa berceloteh panjang.
“Jadi kau dah boleh terima akulah sekarang atau jawapan kau masih sama? Dah lama aku tunggu kau. Aku nak melamar kau sekali lagi. Kau sudi tak terima aku dalam hidup kau?”
Hawa yang sedang tersenyum terus mematikan senyumannya. Dia tidak boleh menerima lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu terus mengharapkan kasih daripadanya. Hawa juga tidak mahu mengecewakan Farahi.
“Farahi, aku minta maaf. Aku tetap tak boleh terima kau. Aku tak mahu kau kecewa dengan aku. Aku akui aku memang sayangkan kau. Aku sayang kau sangat-sangat. Tapi untuk kita berdua bersama, mungkin tidak akan pernah terjadi. Aku minta maaf.”jelas Hawa lalu air mata menitis di pipinya yang mulus.
“Kecewakan aku? Kenapa pula kau perlu kecewakan aku? Please Hawa…”Farahi mendesak. Dia memandang muka Hawa yang sedang menangis dan pucat. Dia inginkan kepastian daripada mulut Hawa.
“Tak perlu aku jelaskan. Cukuplah aku katakan yang aku memang tak boleh nak terima kau untuk jadi suami aku. Aku tidak sempurna. Aku tak layak langsung untuk kau. Kau carilah orang lain yang boleh menerima kau dan menyayangi kau sepenuhnya. Aku minta diri dulu.”
Hawa mengangkat punggung dari kerusi. Dia berjalan dengan linangan air mata yang membasahi pipi. Tiba-tiba Hawa seperti hilang pertimbangan badan. Kepalanya pening dan dia terjelepuk di atas tanah. Farahi yang sedang tunduk menoleh ke arah Hawa. Farahi terus bangun dan berlari kepada Hawa.
“Hawa…Hawa…Hawa… Kau kenapa ni? Tolong!!!” Farahi mengendong Hawa yang tidak sedarkan diri sambil meminta pertolongan daripada orang ramai.
Selepas sampai di hospital, Hawa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi. Farahi mundar mandir di hadapan pintu unit rawatan rapi tersebut. Ibu bapa Hawa sudah diberitahu. Hatinya benar-benar risau akan kejadian yang berlaku.
-----------------------------
“Bagaimana keadaan anak kami doktor?”tanya Datin Maryam sejurus sahaja doktor keluar dari bilik rawatan rapi tersebut.
“Keadaan Hawa semakin kritikal. Kita harus melakukan pembedahan dengan segera.”terang doktor muda itu.
“Saya setuju kalau itu boleh menyelamatkan nyawa anak saya. Doktor buatlah yang terbaik.”
“Tapi masalahnya sekarang, kita tidak mempunyai penderma yang boleh mendermakan buah pinggang untuk anak tuan.”jelas doktor lagi.
“Habis tu macam mana?”
“Saya sudi jadi penderma untuk Hawa.”Farahi yang dari tadi diam, menyuarakan hasratnya. Datin Maryam dan Datuk Hakim memandang muka Farahi untuk mendapatkan kebenaran daripada kata-katanya.
“Kalau encik setuju, mari kita buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan sama da sesuai atau tidak dengan buah pinggang Hawa.”
“Farahi… Betul ke ni apa yang Farahi buat ni? Makcik tak nak Farahi buat semua ni sebab terpaksa. Farahi masih muda. Farahi memerlukan buah pinggang itu.”nasihat Datin Maryam. Farahi tersenyum ikhlas.
“Jangan risau makcik. Saya sayangkan Hawa dan saya akan buat apa sahaja untuk dia walaupun terpaksa mengorbankan nyawa saya sekalipun. Jadi saya minta izin untuk mendermakan buah pinggang saya ini untuk orang yang paling bermakna dalam hidup saya.” Farahi menuturkan dengan penuh sopan.
“Terima kasih Farahi. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi mendermakan kepada Hawa.”
“Jom, ikut saya. Kita perlu buat pemeriksaan terlebih dahulu.” Farahi hanya menurut sahaja arahan doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Farahi mendapat tahu yang Hawa telah menderita sakit buah pinggang sejak dari tingkatan 5 lagi. Dia selalu terpaksa menjalani rawatan untuk memastikan keadaanya tetap sihat. Sekarang, Farahi sudah mengerti maksud di sebalik kata-kata Hawa.
---------------------------------
Pembedahan selama 2 jam itu berjalan dengan lancar. Buah pinggang Farahi sesuai untuk Hawa. Namun begitu, Hawa masih lagi dalam keadaan koma. Farahi pula masih di dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dibius.
Datin Maryam dan Datuk Hakim bersyukur kerana Hawa selamat dalam pembedahan itu. Datuk Hakim telah memberitahu kepada Datuk Fatihi dan Datin Syakila. Pada mulanya, Datuk Fatihi dan Datin Syakila marah dengan tindakkan Farahi yang mendermakan buah pinggangnya kepada Hawa tanpa persetujuan daripada mereka. Namun selepas Datin Maryam menceritakan semuanya kepada mereka, akhirnya mereka redha dan bersetuju.
“Boleh saya tahu siapa ibu bapa Muhammad Farahi Danial?”tanya doktor yang membuat pembedahan ke atas Hawa.
“Ya… Kami. Kenapa doktor? Macam mana keadaan anak saya?”tanya Datuk Fatihi cemas.
“Alhamdulillah. Anak encik dah sedar. Farahi nak berjumpa dengan encik dan puan.”
Datuk Fatihi dan Datin Syakila mengucap syukur.
“Terima kasih doktor.”ucap Datin Syakila
“Kami nak jumpa Farahi juga. Kami perlu ucapkan berbanyak terima kasih kepada Farahi. Bolehkan?”celah Datin Maryam.
“Boleh. Jomlah kita masuk sekali.”kata Datin Syakila.
--------------------------------
“Farahi, makcik nak ucap berbanyak terima kasih kat Farahi sebab sudi dermakan buah pinggang Farahi untuk Hawa. Makcik takkan lupakan segala pengorbanan Farahi kepada Hawa. Terima kasih Farahi.”ucap Datin Maryam dengan air mata mengalir di pipinya.
Farahi tersenyum. Mukanya kelihatan begitu pucat. Farahi cuba untuk bangun namun dihalang oleh Datin Syakila.
“Macam mana keadaan Hawa makcik? Saya nak jumpa dia.”tanya Farahi lemah.
“Ayie jangan risau. Hawa selamat. Nanti bila Ayie dah kuat mama bawa Ayie jumpa dengan Hawa ya sayang. Sekarang ni Ayie rehat dulu.”pujuk Datin Syakila.
“Tak apalah kalau Hawa selamat. Ayie tak nak kehilangan dia. Ayie sayangkan dia. Mama…”panggil Farahi lemah. Datin Syakila mendekati mukanya kepada anak lelakinya itu. Ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh Farahi.
“Ada apa sayang?”
“Mama, kalau terjadi apa-apa kat Ayie, mama janji mama jaga Hawa baik-baik tau. Ayie tak nak dia terluka. Dia dah banyak menderita mama. Mama beritahu kat dia yang Ayie sayangkan dia sangat-sangat.”
Datin Syakila menitiskan air mata. Dia hiba mendengar pengakuan ikhlas daripada anaknya itu.
“Ayie jangan cakap macam tu. Insyallah Ayie selamat. Ayie kena kuat sayang.”
“Betul cakap mama Farahi tu. Farahi jangan fikir bukan-bukan. Farahi rehat ya.”celah Datuk Hakim pula.
Farahi tersenyum. Sejurus kemudian dia seakan-akan sesak nafas. Mereka yang berada di situ semuanya cemas. Datuk Fatihi berlari keluar dari wad untuk memanggil doktor yang bertugas. Datin Syakila dan Datin Maryam menangis semahu-mahunya.
“Ayie….Mengucap ayie. Jangan tinggalkan mama.” Farahi tetap sama. Masih lagi dalam keadaan sesak nafas.
Doktor yang dipanggil berjalan laju mendapatkan Farahi. Jururawat yang bertugas mengarahkan mereka untuk keluar kerana doktor ingin menjalankan rawatan. Mereka hanya menurut akan arahan tersebut.
“Ya ALLAH… selamatkanlah anakku.” Datin Syakila memohon doa. Datin Maryam memeluk Datin Syakila yang seperti hilang pertimbangan mengenangkan nasib anaknya.
“Sabar ya Kila. Farahi akan selamat.”kata Datin Maryam mengenangkan Datin Syakila yang sedang menangis. Begitu juga dengan Datin Maryam.
------------------------------------------------
Hawa tersenyum melihat sebatang tubuh yang sedang termenung jauh di taman mini rumahnya. Dia berjalan perlahan ke arah tubuh itu.
“Abang!!!”sergah Hawa sejurus sahaja tiba. Farahi mengurut dadanya. Terkejut dengan tindakan Hawa. Farahi mengukirkan senyuman.
“Sayang. Nasib baik abang tak ada sakit jantung. Kalau tidak dah lama arwah. Suka sangat peranjatkan abang.”Farahi memeluk Hawa selepas Hawa melabuhkan punggungnya di sebelah Farahi.
“Abang… Hawa dah cakap, Hawa tak suka abang cakap macam tu. Hawa tak nak kehilangan abang. Abang adalah insan yang paling bermakna dalam hidup Hawa. Cukuplah sekali dulu abang nak tinggalkan Hawa. Please abang… Jangan cakap macam ni lagi. Janji dengan Hawa?” Hawa berkata ikhlas. Air matanya yang mengalir dipipinya yang mulus dikesat oleh Farahi.
“Sayang… Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup Hawa. Abang janji abang takkan cakap seperti tadi lagi. Sayang pun janji jangan tinggalkan abang juga. Sayang adalah nyawa abang. Tanpa sayang abang mungkin akan…”kata-kata Farahi terhenti di situ selepas Hawa menutup mulut Farahi dari terus mengucapkan kata-kata yang akan membuatnya sedih.
“Abang…kan dah janji tak nak cakap pasal benda tu lagi?” Hawa memandang muka Farahi dengan penuh kasih sayang. Lelaki yang sanggup berkorban untuknya. Lelaki yang telah berjaya membuatkan hidupnya lebih bermakna.
“Okey…silaplah sayang. Mana Farahi junior?”tanya Farahi cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka.
“Farahi junior dah tidur. Dia tunggu abang dari tadi nak suruh cerita kisah dongeng. Tapi abang tak naik-naik. Tak laratlah nak menunggu. Tertidurlah dia.”Hawa tersenyum. Farahi turut tersenyum.
“Yalah. Abang lupalah. Kesian kat Farahi junior tu. Tak apalah. Kalau Farahi junior dah tidur, nanti mama Farahi junior pula yang kena dengar cerita tau. Jangan nak tidur pula.”usik Farahi.
Hawa memuncungkan mulutnya. Dia bangun dari kerusi dan terus berlari masuk ke dalam rumah.
“Tak nak. Mama Farahi junior pun nak pergi tidur dah.”jerit Hawa dari muka pintu.Farahi tergelak melihat Hawa yang berlari sambil terjerit. Farahi turut berlari mendapatkan Hawa.
Farahi begitu bahagia dengan hidupnya sekarang. Dia sudah berjaya memilik wanita yang sangat bermakna dalam hidupnya. Dia bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberikannya peluang untuk hidup dan mengecapi kebahagian bersama wanita yang telah banyak mengubahkan hidupnya.
Selepas sembuh daripada pembedahan dahulu, Hawa bertekad untuk menerima lelaki yang sangat penting dalam hidupnya. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Fariz Haikal.
best lah wei..nangis aq baca..hehehe...
ReplyDeleteterima kasih yang.... nangis? alhamdulillah
Deleteye la..time kat hospital 2..heheeh
ReplyDeletebest2...
ReplyDeleteberstlh cita ni...meleleh air mata ni baca...oh ya bila nak smbung cita novel tlg jgn pergi?.
ReplyDelete