Frisya khusyuk menyiapkan kerja-kerjanya telah tertangguh. Ketika sedang leka melukis pelan rumah, nada dering telefon Frisya berbunyi. Tentera di skrin “My Mummy”. Frisya menekan butang hijau. Tangannya masih lagi ligat melukis.
“Assalamualaikum,mama.” Frisya memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. Adik boleh tak balik awal hari ni?” tanya Puan Alia.
“Tak boleh kot mama. Kerja bertimbun lagi ni kena siapkan. Kenapa mama?”
“Yaka. Takkan adik tak ingat. Tadi mama ada pesan suruh adik balik awal sikit hari ni.”
Frisya cuba mengingat semula. Setelah beberapa minit, Frisya teringat kembali perbualannya dengan Puan Alia pada pagi tadi. Dia mengetuk-ngetuk dahinya perlahan. Dia kesal kerana selalu sangat lupa.
“Oh. Adik ingat. Mak cik Rokiah nak datangkan? Baru adik ingat.”
“Adik tu semuanya tak ingat. Boleh balik ke tak ni?” soal Puan Alia dengan suara sedikit meninggi.
“Insyallah. Adik cuba balik awal. Makcik Rokiah nak datang jam berapa?”
“Dalam pukul 6.00 petang macam tu. Dia makan malam di sini. Biasalahkan lama tak jumpa. Mestilah banyak benda nak cerita.” Jawab Puan Alia panjang.
Frisya melihat jam. Masih ada lagi 1 jam sebelum kedatangan tetamu yang dinanti-nantikan.
“Tengoklah macam mana nanti. Sekarang ni awal lagikan. Baru pukul 5.00 petang.”
“Takkan Frisya nak balik bila Mak Cik Rokiah dah datang kot. Nanti apa kata mereka pula. Lagipun balik awal, bolehlah tolong mama masak.” Saja Puan Alia mengusik Frisya.
Frisya tersenyum. Tahu Puan Alia sedang memerlinya.
“Adik mana reti masak. Makan retilah. Kalau nak suruh masak air tu bolehlah.Oklah. Nanti adik cuba balik awal sikit. Ok mama?”
“Okey. Balik awal tau. Ingat tu. Bye. Assalamualaikum.” Sempat lagi Puan Alia mengingatkan Frisya.
Frisya menjawab salam. Dia menumpukan semula matanya pada kertas yang terhampar di atas meja kerjanya. Frisya mendengar bunyi mesej pula. Dia cepat mencapai telefon bimbitnya dan membuka pesanan yang baru diterimanya.
Salam sayang dari saya. Awak tak balik kerja lagi ke? Jangan kerja kuat sangat. Kesihatan kena jaga sama. Bye.
Frisya hairan. Nombor telefon yang sama yang pernah hantar ke telefonnya pagi tadi.
“Aku tak kenal dia pun. Mamat mana pula ni. Takkan tersilap hantar kot. Dah dua kali hantar mesej kat aku. Lepas tu perasan pulak tu. Suka hati akulah nak jaga kesihatan ke tak. Bukannya suruh di ubatkan pun. Tapi apa salahnya kalau aku layan kan ?” Frisya berkata sendiri. Dia tersenyum. Frisya ingin mengetahui siapakah gerangan nombor telefon ini.
Frisya ligat menaip mesej. Kemudiannya dia menghantar pesanan yang baru ditaipnya. Di dalam mesejnya, dia berkata mungkin lelaki itu salah nombor. Frisya kasihan. Nanti kenalah lelaki itu ingin menghantar mesej kat orang lain, tapi tak dapat. Frisya meletakkan telefon bimbitnya di sebelah. Dia mahu meneruskan sedikit lagi kerjanya. Namun, beberapa minit kemudian, mesejnya dibalas.
Tak saya tahu saya tak salah nombor. Saya kenal awak. Awak pun kenal saya. Nama saya Zikri.. Ingat tak?
Zikri? Macam pernah aku dengar nama. Tiba-tiba Frisya teringat sewaktu makan tengahari tadi. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Zikri. Frisya musykil dari mana Zikri dapat nombor telefonnya.
Sy ingat.Tapii mana awk dpt no sy? Boleh beritahu siapa yg kasi kat awk?
Frisya menekan butang hantar. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Frisya mula mengemas mejanya yang berselerak dengan fail-fail penting syarikat. Dia kemudiannya menuju ke ladies. Dia membetulkan selendang dan mencalitkan sedikit gincu di bibirnya. Frisya turut mencalitkan sedikit wangian kesukaannya di bajunya.
Frisya menuju ke mejanya untuk mengambil tas tangan dan mencapai telefon bimbitnya. Dia melihat mempunyai mesej yang belum dibaca. Dari pengirim yang sama. Hayyan. Dia teruja untuk mengetahui dari mana Hayyan mendapat nombor telefonnya. Di skrin telefonnya tentera mesej Hayyan.
Secret. Terima kasih still ingat saya. Awak dah balik kerja ke belum?
Main rahsia-rahsia pula.Tak apalah. Layan sajalah. Nanti kata aku sombong pula. Frisya bermonolog lagi. Dia menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Zikri.
----------------------------------------------------
Frisya melangkah keluar dari biliknya. Kelihatan Liaty masih lagi mengadap komputer. Pekerja lain semuanya sudah pulang. Hanya tinggal Frisya dan Liaty didalam pejabat. Liaty yang menyedari Frisya menuju ke arahnya menoleh. Dia tersenyum. Frisya membalas senyuman.
“Cik Frisya. Dah nak balik ke?” sapa Liaty. `
“Eh. Taklah. Saya baru nak masuk kerja. Liaty…Liaty… Nak baliklah ni!”
Frisya berseloroh. Liaty tergelak.
“Awak kenapa tak balik lagi ni? Kerja banyak sangat ke? Sambunglah esok pula. Nak bodeklah tu? Haha!” Frisya mengusik Liaty. Dia tahu Liaty seorang pekerja yang sangat rajin dan berkebolehan.
“Haha. Cik Frisya ni. Mana ada bodek. Ada kerja sikit lagi nak kena siapkan. Cik Frisya awal balik. Selalunya kalau malam selagi tulah tak balik.” Tanya Liaty.
“Mama saya suruh balik awal. Ada orang nak datang rumah. Awak nak tahu tak siapa yang datang tu?”
“Siapa Cik Frisya? Buah hati ke?” usik Liaty. Frisya tersenyum dengan usikan Liaty.
“Saya mana ada buah hati. Bakal mak mentua saya nak datang. Nak makan malam di rumah saya malam ni.” Frisya sengaja meninggikan sedikit di perkataan “mak mentua”. Liaty faham dengan nada suara Frisya.
“Bestlah. Mak mentua nak datang melawat menantu.Mesti nanti Cik Frisya menjadi menantu kesayangan mak mentua. Jangan risaulah. Semuanya akan baik-baik saja.” Liaty memberi kata perangsang.
“Doakan saya ya? Oklah saya dah nak balik. Jom turun bawah sekali. Kerja awak tu siapkan esok saja. Jangan risau. Saya takkan potong gaji awak.” Liaty tersenyum mendengar usikan Frisya.
Frisya mengajak Liaty untuk sama-sama pulang. Liaty yang setuju dengan ajakan Frisya menutup komputernya dan kemudiannya sama-sama beriringan dengan Frisya menuju ke lif.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH