Bab 8

Puan Alia sibuk menyiapkan juadah untuk bakal besannya. Dia dibantu oleh orang gaji. Puan Alia lebih suka memasak sendiri. Orang gajinya hanya untuk membantunya menyediakan bahan-bahan yang perlu dimasak. Selepas selesai semuanya, Puan Alia melihat jam di dinding. Dia risau Frisya belum balik lagi.
“Adik nilah. Orang kata balik awal, sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. Mesti nak mengelaklah tu.”leter Puan Alia. Dia ingin mendail no Frisya. Geram sungguh dengan sikap Frisya yang acuh tak acuh saja.
“Assalamualaikum.”ada orang memberi salam.
Puan Alia menjenguk ke arah pintu. Senyumannya terukir melihat kedatangan orang yang dinanti olehnya.
“Waalaikumussalam, Rokiah, Kamal. Masuklah.”
Puan Alia memeluk dan bersalaman mesra dengan Datin Rokiah dan Datuk Kamal. Dia menyambut mesra kedatangan mereka berdua.
“Jemputlah duduk. Datang berdua saja ke? Hayyan mana?” tanya Puan Alia.
“Terima kasih. Taklah. Kejap lagi Hayyan datang. Katanya lewat sikit. Itu yang kami datang dulu tu. Kalau nak tunggu Hayyan, tak sampai lagi kami ni.” Jelas Datin Rokiah.
“Owh. Samalah macam Frisya. Sampai sekarang tak sampai-sampai lagi.Entah kemanalah dia melencong pun tak tahu.” Puan Alia mengeluh kecil.
Kelihatan Tuan Faris sedang menuruni tangga. Tersenyum lebar melihat sahabat karibnya yang telah lama tidak ditemuinya.
“Tuan besar kita dah datang. Haha!” Datuk Kamal berkata lantang sambil ketawa kecil. Semuannya menoleh kearah Tuan Faris.
“Apa khabar Kamal?” Tuan Faris bersalaman dengan Datuk Kamal.
“Aku macam nilah. Bertambah gemuk.” Seloroh Datuk Kamal.
“Rokiah pandai jagalah tu. Kalau tidak masakkan bertambah sihat. Tak gitu Rokiah?”
“Tanyalah abang Kamal.” Jawab Datin Rokiah sambil menjeling ke arah suaminya.
“Rokiah, jom pergi dapur. Kita borak-borak di sana. Kalau dah dua orang ni berjumpa mesti sembang pasal bisnes.” Ajak Puan Alia. Datuk Kamal dan Tuan Faris tergelak besar.
 Puan Alia faham benar kalau ahli perniagaan bertemu tiada perkara lain diborakkan. Pasti semuanya pasal bisnes.


“Jom. Taklah kita tercongak sajakan nanti?” Datin Rokiah bersetuju. Datin Rokiah menurut langkah Puan Alia.
“Mak Mah, tolong buatkan air untuk Datuk dan Tuan ye?” arah Puan Alia.
“Baiklah Puan.” Jawab Mak Mah ringkas. Mak Mah segera membuat kerja yang diarahkan oleh majikannya.
Mak Mah adalah pembantu rumah keluarga Frisya. Namun begitu, Mak Mah hanya akan digunakan perkhidmatannya jika keluarga Frisya memerlukan pertolongan. Selebihnya diuruskan sendiri oleh Puan Alia.Puan Alia tidak suka terlalu bergantung kepada pembantu rumah. Dia akan berasa lebih puas hati sekiranya dia melakukan sendiri.
“Jemputlah duduk dulu. Kejap nak pergi buat air untuk kita berdua.” Puan Alia berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian, Puan Alia datang sambil menatang dulang yang terisi fresh oren.
“Awak ni. Susah sajalah. Nanti kalau saya nak saya pergi ambillah sendiri.” Datin Rokiah tersenyum.
“Alah Rokiah. Awak tu tetamu saya. Bukankah tuan rumah perlu memberi layanan yang baik kepada tetamu. Betul tak?” Puan Alia menafikan kenyataan Datin Rokiah yang menyatakan dia menyusahkan Puan Alia. Puan Alia tergelak kecil.
“Betullah. Saya datang bukan nak susahkan awak. Frisya tak balik lagi ke Alia? Dah lama sangat dah tak jumpa dia.Rasa tak sabar nak tengok wajah dia. Sebelum ni tengok dalam gambar saja. Kalau kat luar mesti lagi cantikkan?” Datuk Rokiah begitu teruja untuk melihat Frisya.
Datin Rokiah begitu ingin melihat wajah Frisya. Selama ini dia hanya melihat di dalam gambar yang dikirimkan oleh Puan Alia. Ketika melihat gambar, Datin Rokiah tergamam sebentar. Dia tidak mempercayai bahawa itu wajah Frisya.
“Entahlah. Tak sampai-sampai lagi. Kejap lagi sampai kot. Biasalah petang-petang macam ni selalunya jalan sesak. Mungkin terperangkap dalam kesesakan kot.” Puan Alia sebenarnya bimbang bercampur geram. Geram dengan sikap anak perempuan tunggalnya itu.
“Hayyan pun tak sampai-sampai lagi.” Rungut Datin Rokiah.
“Kenapa Hayyan tak datang sekali?”
“Tadi ada panggilan kecemasan di hospital. Katanya tak ada doktor yang boleh gantikan tempatnya. Jadi terpaksalah terkejar-kejar.” Jelas Datin Rokiah.
“Oh. Tak apalah kalau dia tak dapat datang pun. Kesian kat dia. Biarlah dia selesaikan kerjanya dulu.”
Puan Alia menghidangkan beberapa juadah di atas meja untuk Datin Rokiah.
Susah juga kalau kerja doktor ni. Tambahan pula doktor kerajaan. Sibuk saja memanjang. Nak nampak muka pun susah.” Tambah Datin Rokiah.
“Dah tugas mereka. Nak buat macam manakan? Frisya pun samalah. Kalau tak suruh balik awal jangan harap nak balik. Selalunya bila malam baru sampai rumah. Itu jadi bos. Tambah pula siapa yang kerja di bawah orang ni. Lagi susah.” 
“Itulah. Tak boleh nak bayangkan kalau diorang kahwin nanti.”
Datin Rokiah membayangkan keadaan anak dan menantunya suatu hari nanti.
“Haha. Insyallah. Lepas mereka kahwin nanti, mereka tahulah cara nak bahagikan masa. Hayyan tahu tak yang awak nak jodohkan dia dengan Frisya?”
“Tahu. Dia setuju saja. Hayyan serahkan segalanya kepada saya dan abang Kamal. Kalau nak tunggukan Hayyan cari jangan harap. Sibuk memanjang dengan kerjanya saja. Kempunan cuculah kami nanti.”Datin Rokiah berseloroh.
“Baguslah. Kalaulah dua-dua dah setuju bolehlah kita rancang dari sekarang.” Puan Alia memberi cadangan.
“Bagus juga.” Datin Rokiah menjawab ringkas.
“Jom kita berbual dekat luar pula. Bolehlah ambil angin luar sementara tunggu Frisya dan Hayyan sampai.” Ajak Puan Alia.
Datin Rokiah tidak membantah. Dia menurut langkah Puan Alia untuk menuju ke taman mininya. Teruja Datin Rokiah melihat taman mini yang dihias dengan begitu indah sekali. Tak pernah dia melihat landskap yang sebegitu.
“Wow. Cantiknya taman awak ni Alia. Tak pernah lagilah saya lihat secantik ni. Awak hias sendiri ke upah orang?” Datin Rokiah melihat ikan-ikan yang sedang seronok berenang di dalam kolam.
“Eh. Biasa-biasa sajalah. Saya tak upah orang. Frisya yang hias semua ni. Semuanya idea dialah ni. Saya cuma jaga saja.” Puan Alia mengukirkan senyuman sambil memberi ikan-ikan makan. Memang semuanya idea Frisya.
“Pandai sungguh dia hiaskan? Nanti bolehlah hiaskan rumah saya pula.”
Puan Alia mengangguk. Dia melihat Datin Rokiah berjalan-jalan melihat bunga-bunga yang menghiasi taman mini dirumahnya.
“Tiada masalah. Free of charge lagi.” Puan Alia berseloroh.
Datin Rokiah dan Puan Alia leka berbual menoleh ke arah kereta yang baru saja masuk ke dalam garaj rumah Puan Alia. Puan Alia lega. Akhirnya, Frisya balik juga walaupun tidak tepat pada waktunya. Dilihat Frisya sedang mengambil sesuatu di belakang bonet keretanya.
“Dah balik pun anak dara saya ni. Kejap ye saya nak pergi tengok apalah yang dia belikan tu. Tak sah kalau balik tak beli apa-apa.” Puan Alia meminta izin untuk menyambut Frisya. Datin Rokiah melihat ke arah Frisya. Dia ingin melihat wajah Frisya.
-----------------------------------------
Frisya melihat mamanya menuju ke arahnya. Dia tahu mesti kena berleter dengan mamanya nanti.Frisya sudah berusaha untuk sampai ke rumah awal tapi kesesakan telah menghalangnya. Alang-alang dah memang terlewat, Frisya singgah membeli sedikit juadah sementara menunggu untuk makan malam nanti.
“Adik! Kan mama dah pesan balik awal sikit? Saja nak mengelaklah tu?” leter Puan Alia.
Dia mencapai juadah yang dibeli oleh Frisya. Beg plastik itu bertukar tangan. Puan Alia menjenguk isi di dalam beg plastik tersebut.
“ Adik balik awallah. Tapi dah jalan sesak nak buat macam mana. Dah alang-alang lewat adik singgah beli kuih-muih sikit. Bolehlah lapik perut sementara nak makan malam. Jangan marah adik ye mama? I’m sorry.”
Frisya merengek manja. Dia meletakkan lengannya di atas bahu Puan Alia.
“Yalah. Mama maafkan. Sudahlah jangan dok merengek macam ni. Tak malu ke Mak Cik Rokiah dok tengok tu?” Puan Alia menuding jari ke arah Datin Rokiah yang dari tadi memerhati mereka. Frisya yang tidak menyedari dirinya diperhati, tersipu malu.
“Mama, kenapa mama tak beritahu yang Mak Cik Rokiah ada kat situ. Malulah.” Marah Frisya manja. Dia mengikut Puan Alia menuju ke arah Datin Rokiah.
“Dah adik tak tanya.” Puan Alia menjawab sambil ketawa kecil.
Merah muka Frisya menahan malu. Frisya berjalan sambil menjijit beg plastik di tangannya.dia kemudiannya pergi menyalami Datin Rokiah yang sedang tersenyum.
“Assalamualaikum mak cik? Dah lama sampai?” sapa Frisya. Dipandang muka Datin Rokiah. Lain benar mukanya sekarang. Bertambah cantik walaupun dimamah usia.
“Waalaikumussalam, Frisya. Baru saja sampai. Cantik dah Frisya sekarang ya.” Datin Rokiah memeluk tubuh Frisya sambil memuji-muji kecantikan Frisya.
Frisya menahan malu. Mukanya merah.
“Ada-adalah mak cik ni. Sama saja macam dulu. Mak cik pun apa kurangnya. Bertambah cantik sekarang.”
“Cantik apanya. Dah tua-tua macam ni. Lama sungguh makcik tak jumpa Frisya.” Mata Datin Rokiah masih tertatap di wajah Frisya. Tak sangka Frisya secantik itu memandang dahulunya Frisya seorang yang agak selekeh.
Frisya yang menyedari Datin Rokiah memandangnya tidak berkelip-kelip cuba mengalihkan wajahnya memandang ke arah mamanya yang dari tadi memandang mereka berdua.
“Eh, kenapa makcik duduk di luar ni? Jomlah masuk.” Frisya menjemput Datin Rokiah.
“Saja. Mama Frisya ajak ambil angin kat luar ni. Sambil-sambil tu berboraklah sekali. Makcik tertarik dengan idea Frisya hias taman ni. Nanti bolehlah tolong hiaskan rumah makcik pula!”
“Biasa-biasa saja ni. Kalau makcik nak, Frisya boleh tolong hiaskan.” Frisya merendah diri.
“Kena apa-apa bayaran tak? Kalau kena tak jadilah.” Datin Rokiah berseloroh. Saja mengusik Frisya.
“Tak perlulah. Ikhlas dari hati.” Frisya meletakkan tanganya di dada sambil tersenyum.
“Alah. Saja ja. Kalau kena berapa pun makcik sanggup kalau dah cantik macam ni.”
Puan Alia yang baru datang dari dapur menyampuk.
“Takkan rumah mak mentua pun nak kenakan bayaran kot!” usik Puan Alia.
Frisya memandang muka Puan Alia. Dia mengetap bibir. Datin Rokiah turut memandang muka Frisya.
“Kenapa Frisya? Betulkan apa yang mama Frisya cakapkan tadi?” duga Datin Rokiah.
Frisya mengangguk.
“Adik kenapa diam saja? Makcik tanya tu kan?” Puan Alia menegur Frisya yang dari tadinya terdiam.
“Biarlah Alia. Frisya malu kot.” Datin Rokiah mencelah.
“Dahlah jom masuk. Kita jamah sedikit kuih-kuih yang Frisya beli tadi. Sementara kita tunggu makan malam.”ajak Puan Alia.
Frisya hanya mendiamkan diri. Dia menurut sahaja arahan mamanya. Dia berjalan mengiringi Datin Rokiah.
“Adik, pergi panggil papa dengan pakcik Kamal makan petang. Apalah yang diorang bualkan dari tadi tu.” Puan Alia mengarahkan Frisya.
“Suruh Makmahlah pergi panggil. Adik nak pergi mandi kejap. Badan adik dah melekit ni.” Frisya membantah.
 Dia bukannya sengaja membantah, tapi dia tak nak bertemu dengan Hayyan. Frisya menyangka bahawa Hayyan berada sekali di situ.
“Yalah. Dahlah pergi mandi dulu. Patutlah bau masam ja. Rupanya ada orang tak mandi lagi. Haha.” Puan Alia berseloroh. Frisya yang hendak melangkah menaiki tangga terhenti apabila mendengar gurauan mamanya. Dia membuat muka masam.
“Awak ni. Masam muka si Frisya tu.” Datin Rokiah turut tergelak kecil.
Puan Alia mengarahkan Mak Mah pergi menjemput Datuk Kamal dan Tuan Faris. Selepas beberapa minit, Tuan Faris dan Datuk Kamal berjalan beriringan menuju ke dapur. Mereka melihat banyak hidangan yang disediakan untuk makan petang. Kecur air liur mereka.
“Amboi, banyaknya makanan. Siapa yang masak ni?” tegur Datuk Kamal.
Tuan Faris dan Datuk Kamal menarik kerusi yang tersorong di bawah meja. Mereka kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi. Mak Mah pula menuangkan air kopi di dalam cawan yang kosong.
“Kuih pelita dan bihun goreng saja yang buat sendiri. Yang lainnya Frisya yang belikan. Dia selalu macam tu. Tak pernah lupa nak bawa balik buah tangan. Ada saja yang dibelinya.” Puan Alia berbicara panjang.
“Aik? Adik dah balik ke? Tak dengar bunyi enjin kereta pun.” Tuan Faris yang tidak menyedari Frisya telah lama pulang.
“Dah balik lama dah pun. Abang ni, nak dengar apanya. Kalau boleh berbual tu mana nak ingat apa dah.” Puan Alia memerli Tuan Faris.
Datuk Kamal dan Datin Rokiah hanya tersenyum mendengar perbualan suami isteri itu.
“Haha. Alia ni. Macam perli abang ja?” balas Tuan Faris
Puan Alia yang sedang menceduk bihun ke dalam pinggan Tuan Faris memandang muka suaminya yang sedang memerhatinya. Dia tersenyum.
“Kalau abang terasa ambillah. Dahlah, jemput makan. Kalau nak bertengkar lama lagilah nak makan. Jemputlah Rokiah, Kamal.”
“Bertengkar manja tak apa. Nanti bertambahlah kasih sayang.” Datuk Kamal mencelah.
“Insyallah. Eh, Alia adik pergi mana? Tak nampak pun?”tanya Tuan Faris. Matanya melilau mencari kelibat Frisya.
“Kejap lagi dia turunlah tu. Adik naik atas, nak bersihkan diri dulu katanya.”jelas Puan Alia.
Tuan Faris mengangguk. Dia menghirup kopi yang telah tersedia. Datuk Kamal dan Datin Rokiah pula sedang menikmati juadah yang disediakan tanpa banyak bicara. Mereka hanya memerhati perbualan itu.
“Kalau macam nilah layanannya, hari-harilah saya datang ni.” Datin Rokiah berseloroh.
Puan Alia, Tuan Faris dan Datuk Kamal tergelak besar.
“Eh, apa salahnya. datang hari-hari pun tak apa. Boleh temankan saya. Saya bosanlah tinggal dirumah. Tak ada orang nak berbual.” Puan Alia menyokong cadangan Datin Rokiah.
“Saya gurau saja. Frisyakan ada temankan awak. Bosan apanya.”
“Frisya? Frisya tu nak nampak muka pun susah. Apatah lagi nak meluangkan masa untuk berbual kosong macam ni. Dia tu komited sangat dengan kerja. Selagi tak habis kerja jangan harap dia nak balik. Tapi saya tak kisah sangat. Inikan untuk masa depan dia jugak.” Puan Alia menerang panjang
Tuan Faris hanya menggelengkan kepala sambil mendengar isterinya berceloteh panjang.
“Ikut perangai papa dialah tu. Tak gitu Faris?” Datuk Kamal yang telah menghabiskan bihun goreng yang di dalam pinggannya mencelah.
Tuan Faris tersenyum.
“Setuju sangat dengan awak Kamal. Abang Faris pun susah juga nak jumpa. Tinggallah saya sorang-sorang.” Puan Alia membuat muka sedih.
Frisya berjalan menuruni tangga. Dia terdengar bunyi bising di dapur. Frisya ingin mengetahui apalah yang dibualkan oleh mereka di bawah tu. Frisya melihat mencari-cari kelibat Hayyan namun tidak kelihatan.
Mana pula budak tu? Tak datang ke? Kalau tak datang baguslah. Aku malas nak jumpa dengan dia. Tak kuasa nak menatap muka dia. Frisya berceloteh sendiri.
“Eh, adik apa yang tercegat di situ tu? Marilah cepat makan sekali. Banyak juadah lagi ni.” Puan Alia menegur Frisya yang dilihat dari tadi termenung di tepi tangga.
Frisya tersedar. Dia melihat orang yang duduk di situ semuanya memerhati ke arah dia. Frisya tersengih. Malu sendiri. Frisya berjalan menuju ke meja makan. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Alia.
“Apalah yang adik menungkan tu? Teringatkan siapa tu?” usik Tuan Faris.
Frisya menahan malu.
“Teringatkan Hayyanlah tu. Dia tak datang lagi. Kejap lagi kot.”giliran Datin Rokiah pula mengusik Frisya.
Frisya yang baru hendak menuangkan air ke dalam cawannya terhenti. Dia segan. Mukanya yang putih menjadi merah. Tidak sangka dirinya dijadikan tajuk perbualan mereka. Frisya hanya tersenyum.

No comments:

Post a Comment

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH