Berikan Aku Peluang Kedua

Syarina yang baru sahaja selesai bersiap membuka pintu perlahan-lahan. Dia menapak perlahan-lahan supaya tidak didengari oleh ibu. Ketika hendak memulas tombol pintu, lampu ruang tamu menyala. Syarina yang gelabah menoleh. Kelihatan ibunya sedang mencekak pinggang.
“Kau nak pergi mana? Pakai baju macam tak cukup kain ni!”tanya Mak Yam dalam keadaan marah.
 “Rina nak keluar kejap ibu.”jawab Syarina ringkas.
“Kau nak jadi apa ni Rina? Ibu dah cakap jangan keluar malam, tapi kau ni degil juga. Kau ingat ibu tak tahu kau pergi mana malam-malam? Melepak kat disco pukul 2-3 pagi baru balik. Ibu dah tak larat nak marah kau dah. Ibu letih. Kau tu anak sulung. Contoh kepada adik-adik. Tapi…entahlah. Ibu tak tahu nak cakap apa.” Mak Yam meluahkan marahnya dengan suara yang sebak.
Syarina hanya menggelengkan kepalanya. Bengang dileteri oleh ibunya.
“Kejap ja ibu. Bukan Rina buat apa-apa pun. Rina cuma pergi melepak ja. Itu pun tak boleh?”Syarina memulas tombol pintu. Mak Yam lantas memaut tangan Syarina supaya tidak pergi.
“Tak buat apa-apa kau kata? Tak payah. Kau masuk, Rina. Ibu tak izinkan kau keluar. Kau tak kesian ke kat ayah kau? Sebab perangai kau ni ayah kau kat alam sana terseksa tau?” Syarina menarik kasar tangannya. Mak Yam terkejut dengan tindakan Syarina itu.
“Ibu, suka hati akulah nak pergi mana pun. Aku dah besarlah. Aku bukan budak-budak lagi. Aku meluatlah duduk dalam rumah ni. Asyik-asyik  berleter. Sehari tak berleter tak boleh ke hah?” bentak Syarina dengan nada yang tinggi.
Mak Yam mula mengalirkan air mata. Tidak menyangka anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh akan membuatnya macam tu.
“Rina!!!”jerkah Faizal, anak kedua dalam keluarga itu merangkap adik kepada Syarina.
“Kau jangan nak kurang ajar sangat. Dia tu ibu kita. Kau jangan ingat kau boleh maki ikut suka hati kau ja.”marah Faizal. Dia turut tidak menyangka kakaknya akan bertindak sejauh itu.
“Suka hati akulah. Kau tu sekolah pun tak lepas lagi nak jerkah-jerkah aku. Lebih baik aku keluar daripada duduk dalam rumah yang macam neraka ni.” Syarina melangkah keluar daripada rumah itu. Ada seorang lelaki yang datang menaiki motor menunggunya di hadapan pagar rumah.
Mak Yam menangis teresak-esak. Faizal yang masih lagi berang dengan sikap kurang ajar kakaknya berjalan mendapatkan ibunya. Faizal menenangkan ibunya.
“Faizal…ibu tak tahu apa salah ibu. Kenapa kakak kau boleh jadi sampai tahap ini? Dia dah hilang rasa hormat kat ibu dia sendiri. Ibu tak berjaya didik anak-anak. Ibu sedih, Faizal. Ibu sedih.” luah Mak Yam.
Faizal mencium ubun-ubun ibunya. Matanya turut berair kerana sedih mengenangkan nasib ibunya yang sering diuji oleh maha pencipta.
“Ibu… Ibu jangan cakap macam tu. Ibu dah bagi semuanya kat kami adik-beradik. Kakak jadi macam tu mungkin kerana pengaruh daripada kawan-kawannya. Sekarang ni ibu,kita hanya boleh berdoa supaya ALLAH bukakan pintu hati kakak untuk bertaubat. Dah ibu… Faizal tak nak ibu nangis lagi. Ibu dah terlalu banyak menangis.”pujuk Faizal. Dia mengelap pipi ibunya yang dilimpahi dengan air mata.
Faizal akan berusaha untuk membantu ibunya dalam memberi kesedaran kepada kakaknya.
Ya ALLAH… Kau berikanlah ibuku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi segala ujianmu. Faizal berdoa dalam hati. 


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


“Rina, kenapa kau lambat malam ni? Selalunya kaulah yang over excited.”jerit Fazrul ke telinga Syarina. Muzik yang kuat di dalam disco itu menyebabkan percakapan mereka kurang didengari.
“ Aku terkantoilah malam ni. Selalunya aku keluar ibu aku tak tahu. Apa lagi berleter macam mak nenek. Tak izin aku keluar. Meluat tahu tak?”ucap Syarina dengan nada yang tinggi.
“Habis tu macam mana kau boleh keluar malam ni?”tanya Zarina pula.
“Pandai-pandailah mau hidup. Dahlah aku malas nak cakap pasal hal ni. Aku datang sini sebab aku nak seronok. Tak bestlah kalau asyik bercakap pasal benda ni ja.”
Kawan-kawan Syarina mengelengkan kepalanya.
“Rina, jom menari. Dah lama aku tak menari dengan kau.”ajak Fazrul sambil mengeyitkan matanya kepada Syarina.
Syarina bangun dan terus menyetujui ajakan daripada Fazrul itu. Mereka menari mengikut gerak lagu yang terpasang. Syarina hanyut dalam keseronokan yang dicarinya.
“Rina, kau nak rasa hidup kau lagi best tak?”Fazrul membisikkan ke telinga Syarina. Syarina mengerutkan dahinya.
“Mestilah nak. Macam mana?”tanya Syarina ingin tahu.
“Aku ada barang baik punya. Sekali kau kena mesti kau layan habis punya.” Syarina tersenyum. Dia tahu apa yang ditawarkan oleh Fazrul itu.
“Kau nak suruh aku ambil dadahlah tu? Sorry. Teruk-teruk aku, benda macam tu aku tak layan. Aku setakat liar macam ni ja. Tapi kalau nak babitkan diri aku dalam gejala dadah memang taklah. Sorry bro.”tegas Syarina.
Syarina memang liar. Tetapi dia tahu untuk membataskan sikap liarnya. Dia masih lagi dapat membezakan antara baik dan buruk.
“Okeylah kalau kau tak nak. Aku cuma nak bagi keseronokan yang lebih ja kat kau. Tapi dah kau tolak, aku nak kata apa lagikan.” Fazrul mengangkat keningnya.
Di dalam hatinya, dia tetap akan berusaha untuk menjebakkan Syarina dalam dadah. Dia tidak mudah mengalah. Dia akan pastikan Syarina akan jatuh ke tangannya. Fazrul tersenyum sinis.
“Kau tersenyum ni kenapa?”tanya Syarina apabila melihat Fazrul diam tanpa berbicara.
“Eh…Tak ada apa-apalah. Dahlah. Aku dah penat menari ni. Jom kita pergi minum dulu.”
Syarina dan Fazrul berjalan menuju ke meja dimana mereka duduk tadi. Selepas puas berhibur, Syarina meminta izin untuk pulang. Seperti biasa, dia akan dihantar oleh Fazrul hingga ke hadapan rumah.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Mak Yam menolak pintu bilik Syarina yang tidak terkunci. Mak Yam hanya mengelengkan kepalanya melihat Syarina masih lagi melingkar di atas katil. Mak Yam berjalan ke tingkap lalu membukanya. Cahaya matahari yang menembusi tingkap itu membuatkan Syarina mengeliat.
“Rina, bangun. Kau tak ada kelas ke?”Mak Yam yang melihat Syarina ingin naik angin membuka mulut.
“Ibu ni kecohlah.”Syarina menarik selimut lalu menutup mukanya. Tidak menghiraukan pertanyaan Mak Yam.
“Ibu kata bangun, bangun! Nanti kau lewat masuk kelas. Itulah ibu kata jangan keluar, nak keluar juga.” Mak Yam menghela nafas panjang.
“Okeylah, ibuku sayang. Rina bangun. Bising betullah. Sakit telinga ni tahu.”
Syarina bingkas bangun. Dia mengambil tuala lalu berjalan ke bilik air tanpa menghiraukan ibunya yang duduk di birai katil.
“Nanti bila selesai bersiap, turun bawah. Makan sarapan. Ibu dah buatkan kuih kesukaan kau.”jerit Mak Yam kepada Syarina yang berada dalam bilik air. Walaupun hatinya begitu sakit mengenangkan sikap Syarina, Mak Yam berusaha untuk berlembut dengan Syarina. Dia tidak boleh menggunakan kekerasan kerana itu akan membuatkan Syarina bertambah degil.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syarina keluar dari biliknya lalu berjalan menuju ke dapur. Syarina duduk sambil kakinya terpacak sebelah. Tangannya lantas mencapai kuih pelita kesukaannya yang terhidang di atas meja. Mak Yam yang melihat perangai Syarina hanya mampu mengucap dan berdoa.
“Kelas pukul berapa?”tanya Mak Yam yang memecah kesunyian.
“9.00 pagi.”jawab Syarina ringkas.
“Jangan nak merayap pula. Habis kelas terus balik. Kau tu nak exam.”pesan Mak Yam.
“Orang tahulah. Dahlah Rina pergi dulu. Bising memanjang.”Syarina berjalan ke arah  Mak Yam dan bersalam. Itulah antara sikap Syarina yang patut dipuji. Dia tidak pernah lupa untuk bersalaman dengan ibunya.
“Bising untuk kebaikan kau juga. Ingat apa yang ibu pesan. Balik terus. Jangan nak merayap.”Mak Yam ingatkan Syarina sekali lagi.
“Tengoklah dulu.”jawab Syarina yang menghidupkan motosikalnya lalu berlalu.
Mak Yam menggelengkan kepalanya.
“Rina…Rina…Apalah nak jadi dengan kau ni? Ya ALLAH kau bantulah aku untuk aku menjaga amanahmu ini.”Mak yam berdoa di dalam hati.
Mak Yam menutup pintu. Dia berjalan ke dapur dengan hati yang kecewa mengenangkan sikap kurang hormat anaknya kepada Mak Yam.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fazrul berlari mendapatkan Syarina di tempat parkir motosikal. Syarina yang melihat kelibat Fazrul dari jauh tersenyum.
“Oit…Awal kau Rul?”Syarina memulakan bicara.
“Kau yang lambat. Aku ingat kau tak datang tadi.”
“Mesti datang punya. Aku mana pernah ponteng kelas. Aku student yang berwawasan tau. Apa hal kau datang jumpa aku ni?” Fazrul tersenyum.
“Aku nak ajak kau keluar malam ni. Macam biasa. Kita pergi lepak-lepak. Nak tak?” Syarina menghentikan langkahnya.
“Okey… No hal. Nanti malam kau datang ambil aku tau. Aku malaslah nak drive. Boleh?” Fazrul tersenyum. Dia mengorak kegembiraan di dalam hati kerana Syarina bersetuju dengan rancangannya.
“Kau ni macam tak biasa.”
“Okeylah. Aku tunggu. Aku chou dulu. Dah lewat masuk kelas nih. Nanti malam kita jumpa.”
Syarina berlari menuju ke kelas. Dalam keadaan yang kelam-kabut, Syarina terlanggar dengan seorang lelaki. Habis berterabur buku yang dipegang oleh lelaki itu di atas lantai.
“Woi…Buta ke hah?”jerkah Syarina sambil mencekak pinggang. Padahal dia yang bersalah. Namun dia tetap seperti dia.Tidak pernah mahu mengaku salahnya.
“Kau yang buta. Sekarang ni siapa langgar siapa ni? Dah salah tak nak mengaku pula.”marah Hariz kembali. Berang dengan sikap angkuh Syarina itu.
“Lantak kaulah. Malas aku nak bertekak dengan kau. Bukannya dapat apa-apa pun. Bye.”Syarina melangkah pergi. Namun langkahnya terhenti.
“Buku tu kau kutip sendiri ya. Tak ada masa aku nak tolong kutipkan.”
Hariz hanya menggelengkan kepalanya. Aku akan kenakan kau balik. Kau tunggu balasan daripada aku. Hariz mengangkat kaki berlalu dari situ. Geram di hatinya makin menebal. Dia harus membuat perhitungan dengan perempuan itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seperti selalu, Syarina memulas perlahan-lahan pintu rumahnya supaya tidak disedari oleh ibunya yang berkemungkinan sudah nyenyak tidur. Fazrul awal-awal lagi sudah menunggu di hadapan rumah untuk menjemput Syarina. Kali ini Syarina berjaya melepaskan dirinya. Ibunya tidak menyedari akan tindakannya itu.
Syarina berjalan berpelukan bersama Fazrul. Fazrul akan menjalankan rancangan jahatnya pada malam ini. Syarina harus jatuh ke tangannya. Dia tidak suka sekiranya ada orang yang menolak akan segala cadanganya.
“Rina, malam ni kita enjoy puas-puas tau.”bisik Fazrul di telinga Syarina.
“Of courselah. Buat apa keluar kalau tak enjoy.”
Fazrul tersenyum puas dengan jawapan Syarina.
“Beb, kau bukan ada exam ke lusa?”tanya Farah yang sedang menghirup jus oren. Syarina tersengih.
“Yup…why?”
“Kau tak takut ke nak exam ni? Orang waktu sekarang tengah sibuk study kau pula sibuk clubbing. Tak takut kantoi ke?” Syarina menoleh memandang muka Farah. Kemudian dia mengangkat kening.
“Tak payah susah-susah nak study tu. Sebelum ni kan dah pergi kelas. Jadi cukuplah untuk jawab exam. Study ni buat pening kepala ja lar. Baik aku datang club ni. Boleh juga berseronok.”celoteh Syarina panjang.
“Kaukan pandai. Jadi sekali tak payahlah penat-penat study. Setiap kali exam keputusan kau memang gempak pun kan?”
Syarina tersengih. Fazrul yang hanya mendengar perbualan mereka meminta izin untuk membeli minuman. Syarina hanya mengangguk.
Fazrul datang dengan membawa dua buah gelas air berperisa anggur. Dia menyerahkan satu gelas kepada Syarina. Syarina hanya menerimanya tanpa sebarang kata. Dia terus menghirup air tersebut kerana terlalu dahaga setelah penat menari sebentar tadi.
Syarina menguap. Dia memberikan gelas kosong kepada Fazrul. Fazrul yang melihat hanya tersenyum.
“Kau bagi air apa kat aku ni Rul?”tanya Syarina yang sedang menahan menguap.
“Air favourite kaulah. Kenapa kau tanya pula?”
“Dahlah…Jom hantar aku balik. Aku mengantuklah.” Syarina lantas mengangkat punggungnya. Fazrul hanya mengikut langkah longlai Syarina. Rancangannya akan diteruskan pada malam ini.
“Rina, takkan nak balik dah kot. Malam masih mudalah sayang.”Fazrul cuba menghasut.
Syarina matanya sudah tidak tertahan dek kerana terlalu mengantuk.
“Aku tak tahulah kenapa aku mengantuk sangat ni. Selalunya tak pula rasa nak tidur. Dahlah jangan banyak cakap. Hantar aku balik dulu.”gesa Syarina sambil membuka pintu kereta milik Fazrul.
Fazrul menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Mereka meninggalkan perkarangan kelab malam itu.
Fazrul memandang Syarina. Syarina sudah dibuai mimpi. Fazrul membelok masuk ke hotel. Hatinya melonjak kegembiraan kerana malam ini Syarina akan jatuh ke tangannya.
--------------------------------------------
Syarina mengeliat panjang. Kepalanya terasa begitu sakit. Tangannya memicit-micit kepalanya. Syarina membuka mata perlahan-lahan. Dia terasa begitu asing dengan keadaan bilik yang didiaminya itu. Syarina menoleh ke kanan dan ke kiri.
Syarina bingkas bangun. Air matanya berguguran apabila melihat keadaan dirinya pada waktu itu. Syarina menangis sekuat hatinya. Dirinya telah dinodai.
“Tak guna kau Fazrul!!!” Syarina menjerit sekuat hati.
“Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Fazrul? Apa salah aku kat kau? Apa salah aku?” Syarina berkata sendiri.
Syarina melangkah keluar dari hotel itu dengan langkah yang lemah sekali. Fazrul memang lelaki tak guna. Dia sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri.
Syarina hilang arah tuju. Hendak pulang ke rumah, dia malu dengan ibu dan adik-adiknya. Akhirnya Syarina mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah. Dia harus mencari ketenangan sebelum dia bertemu dengan keluarganya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mak Yam kelihatan cemas. Ketika dia ingin mengejutkan Syarina pagi tadi, dia melihat anaknya itu tiada di dalam bilik. Habis riuh satu rumah dengan suara Mak Yam yang mengata bahawa Syarina tiada di dalam biliknya.
“Sabar ibu. Nanti kalau kakak tak balik juga, kita buat laporan polis. Kita tunggu dulu. Sabar ya ibu. Faizal yakin kejap lagi baliklah kakak tu.” Faizal menenangkan ibunya. Mak Yam dari tadi tidak henti-henti menangis.
“Syarina…Kau pergi mana nak? Baliklah. Ibu tak marahkan Rina. Rina jangan buat ibu macam ni.”rintih Mak Yam. Syarina tidak pernah tidak pulang ke rumah. Dia akan tetap pulang walaupun malam sudah menghampiri pagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Hariz mengambil angin di tepi pantai. Dia ingin melepaskan tekanan di jiwa selepas penat menelaah pelajaran kerana musim peperiksaan akan tiba lagi beberapa hari.
Hariz melihat seorang perempuan yang duduk di tepi pantai sambil menekupkan mukanya di atas lutut. Dia pasti perempuan tersebut mempunyai masalah. Hariz menghampirinya.
“Assalamualaikum…”sapa Hariz.
“Waalaikumussalam…” perempuan itu mengangkat muka. Dia mengelap air matanya.
Hariz terkejut. Perempuan yang ditegurnya itu perempuan yang telah berlanggar dengannya dulu.
“Kau ke? Aku ingat siapalah tadi. Okeylah aku pergi dulu.” Hariz mengangkat kaki.
“Awak!”panggil Syarina.
Langkah Hariz terhenti. Dia menoleh memandang Syarina yang dalam keadaan tidak terurus. Rambutnya berserabut. Bajunya juga dibasahi air.
“Kenapa? Aku meluat tengok muka kau.”marah Hariz.
“Saya nak minta maaf pasal hari tu. Disebabkan sikap kurang ajar saya, saya dah dapat balasannya sekarang. Awak maafkan saya. Saya tahu saya banyak buat salah. Bukan dengan awak saja tapi dengan keluarga saya sekalipun. Saya anak yang berdosa. Saya anak yang tidak mengenang budi.”kata Syarina panjang lebar tanpa diminta. Air matanya mengalir laju di pipinya.
Hariz terkejut dengan luahan hati Syarina yang tiba-tiba itu. Timbul di hatinya rasa kasihan selepas mendengar luahan hati daripada Syarina itu. Hariz tidak jadi melangkah. Dia menghampiri Syarina.
“Kau ada masalah?”tanya Hariz lembut.
“Saya minta maaf. Saya minta maaf.”ucap Syarina lagi tanpa menjawab pertanyaan daripada Hariz.
“Okey, okey aku maafkan kau. Aku maafkan kau. Kau kenapa ni?”
“Saya kotor awak. Saya kotor.” Hariz terkejut dengan kenyataan Syarina yang mengucapkan tanpa rasa malu.
“Apa yang kau cakap ni?Dah, dah… Jangan nak mengarut. Jom balik rumah aku dulu. Aku tengok kau dah macam orang gila dah ni.”ajak Hariz.
Syarina menggeleng.
“Kau jangan takut. Aku tinggal dengan mak aku. Jom. Lepas tu baru kau cerita kat aku apa yang terjadi kat kau.”
Syarina teragak-agak untuk mengikut lelaki yang dianggap baru dikenali itu.
“Kau nak ikut ke tak ni? Aku bukan apa . Aku takut kau terjun laut ni pula. Kau tu bukannya stabil sangat. Kalau tak nak ikut tak apa. Aku pergi dulu. Aku pun ada kerja lain nak lakukan ni.” Hariz berjalan tanpa menghiraukan Syarina yang masih tercegat di situ.
Syarina berlari mendapatkan Hariz yang telah jauh meninggalkannya. Dia tahu lelaki itu ikhlas hendak menolongnya. Hariz menoleh. Hariz tersenyum apabila melihat Syarina mengikutnya dari belakang. Akhirnya segala keegoan Syarina punah jua.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syarina keluar untuk mencari Hariz. Hariz sedang duduk termenung di atas buaian di halaman rumahnya. Syarina menapak perlahan-lahan kerana tidak mahu Hariz terganggu dengan kehadirannya.
Syarina melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang turut disediakan di halaman rumah Hariz. Hariz yang tersedar akan kehadiran Syarina menoleh memandang muka Syarina yang kelihatan begitu pucat tanpa sebarang alat mekap.
“Kau kenapa? Kalau tak kisah bolehlah kau cerita kat aku.” Hariz memecahkan kebisuan
Syarina mengalirkan air matanya. Hariz mengerutkan dahinya. Pelik dengan tindakan Syarina.
“Kenapa kau nangis? Soalan aku ni sakitkan hati kau ka?”tanya Hariz yang masih dalam kebingugan.
“Tak adalah. Hariz, boleh tolong hantar saya pulang tak?”
“Boleh… tapi kau tak nak ke cerita kat aku kenapa kau jadi macam tadi tu?”
“Saya rasa tak perlulah saya ceritakan kat awak. Saya sendiri yang cari masalah. Jadi saya kena hadapinya walaupun saya rasa pedih sangat. Saya nak balik. Saya nak minta ampun dengan ibu dan adik-adik saya. Saya berdosa sangat dengan mereka.” Air mata tidak henti-henti mengalir.
“Okeylah. Kejap… aku nak minta izin dengan mak aku dulu.” Hariz berlari anak masuk ke dalam rumahnya.
Syarina bersyukur kerana ada insan yang sudi membantunya. Dia harus pulang. Dia  harus memohon ampun dengan ibunya sebelum terlambat. Dia telah terlalu banyak menyakitkan hati ibu dan adik-adiknya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kereta Hariz memasuki perkarangan rumah Syarina. Hati Syarina berdebar-debar melihat rumahnya dipenuhi dengan orang kampung. Setahu dia, ibunya tidak pula ada rancangan untuk membuat kenduri. Selalunya jika ibunya ingin membuat kenduri, ibunya hanya akan membuatnya di masjid sahaja. Berbagai-bagai soalan timbul di benak fikirannya.
Syarina keluar dari perut kereta. Dia melangkah perlahan menuju ke tangga rumahnya. Hatinya bertambah berdebar-debar apabila mendengar ada suara yang sedang membaca surah yasin. Ada sekujur tubuh yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumahnya.
Tak mungkin. Tak mungkin ibunya. Syarina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Syarina melihat sekeliling. Ibunya tiada di situ. Hanya tinggal Faizal dan adik-adiknya yang lain. Orang kampung melihatnya dengan penuh rasa jengkel di hati.
Syarina perlahan-lahan membuka kain yang menutupi wajah tubuh yang sedang terbaring itu. Syarina hampir pitam. Faizal yang melihat keadaan kakaknya itu menghampiri lalu menenangkan Syarina.
“Ibu!!!”jerit Syarina. Syarina memeluk ibunya sambil mengoyang-goyang jenazah ibunya.
“Kenapa ibu tinggalkan Rina? Rina balik ni. Rina nak mohon ampun banyak-banyak kat ibu. Rina banyak buat salah kat ibu. Rina banya sakitkan hati ibu. Ibu bangun ibu. Rina janji Rina akan berubah. Rina akan bahagiakan ibu. Ibu…”rintih Syarina. Dia mencium beberapa kali wajah ibunya yang terbaring kaku. Namun jasad itu hanya terdiam membisu.
“Kakak…Jangan macam ni kak. Kesian kat ibu. Kita redhakan pemergian ibu ya. Ibu dah tak ada kakak. Ibu dah dijemput oleh pencipta kita.”pujuk Faizal sambil memeluk erat tubuh Syarina yang sedang menangis. Air mata Faizal turut gugur.
“Tapi kak banyak dosa dengan ibu. Kak anak derhaka. Kak anak yang tidak mengenang budi. Kak banyak buat silap. Kak tak sempat nak mohon ampun kat ibu. Kak tak boleh terima semua ni.” Syarina kembali memeluk tubuh ibunya.
“Rina… Tak baik buat macam ni kat ibu. Kau kena redhakan pemergian arwah. Nanti arwah terseksa.” Hariz mencelah. Dia dari tadi berdiri tercegat memerhati kelakuan Syarina.
“Tapi…”Syarina melepaskan tubuh ibunya.
“Ibu dah maafkan kak. Sebelum ibu menghembuskan nafas yang terakhir, ibu ada pesan supaya Faizal cari kakak. Dan ibu beritahu kat Faizal yang ibu maafkan segala dosa kak walaupun sebesar zarah sekalipun.” Syarina memandang muka adiknya. Cuba mencari kepastian daripada kata-kata adiknya. Faizal mengangguk.
“Kakak tak percaya. Kau  tipu kakak sebab nak sedapkan hati kakak. Kakak nak ibu balik. Ibu bangun bu… Bangun bu. Rina dah balik dah ni ibu. Rina dah berubah. Rina dah tak nak tengking-tengking ibu lagi. Rina nak jadi anak yang baik untuk ibu. Rina nak jaga adik-adik. Ibu jangan tinggalkan Rina. Lepas ni siapa nak kejutkan Rina pergi kuliah? Siapa yang nak masakkan makanan kegemaran Rina? Ibu!!!” Syarina bagaikan orang hilang akal. Orang kampung disitu hanya mampu menitiskan air mata melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh Syarina itu.
“Rina!” nada suara Hariz tinggi. Hariz memegang kedua-dua belah bahu Syarina kasar. Faizal memberi ruang kepada Hariz. Syarina terkedu dengan tindakan Hariz.
“Kau sedar tak ni? Kalau kau menangis keluar air mata darah sekalipun, ibu kau takkan kembali lagi. Kau sedar tak? Ibu kau dah pergi. Ibu kau dah tak ada. Kau kena terima semua tu. Kau tak kesian ke kat ibu kau? Ibu kau akan sedih kalau tengok kau macam ni. Belajar untuk terima kenyataan, Rina. Ibu kau dah tak ada.”Hariz berkata dengan nada yang tegas. Tidak sanggup melihat Syarina yang merintih dek kerana kematian ibunya.
Syarina tersedar kembali. Matanya sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis. Dia memandang sepi wajah ibunya. Syarina mengelap air matanya. Dia mencium pipi ibunya dengan penuh rasa penyesalan. Kemudian dia menutup kembali wajahnya ibunya. Kata-kata Hariz tadi benar-benar menyedarkan dia. Ibunya telah dijemput oleh Ilahi. Tiada siapa yang mampu menghalang.
“Kami dah nak mengkafankan jenazah.”ada seorang wanita yang memberitahu tentang tugas seterus. Syarina hanya mengangguk.
Syarina melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Mencari tudung untuk menutupi kepalanya. Dalam pada itu, Syarina tidak berhenti-henti menyesali tentang sikapnya sehinggakan dia tidak sempat untuk memohon ampun kepada ibu.
Selepas upacara pengebumian selesai, Faizal mengajak Syarina untuk pulang. Namun Syarina enggan. Dia ingin berada di situ lebih lama lagi. Hariz menghampiri Faizal. Dia membisikkan sesuatu kepada Faizal. Faizal hanya mengangguk dan terus membawa adik-adiknya tinggalkan tanah perkuburan itu.
Hariz memerhati dari jauh. Dia sedih melihat keadaan Syarina. Timbul keinsafan di hatinya kerana adakalanya dia meninggikan suara kepada ibunya namun cepat-cepat dia memohon ampun. Namun tidak bagi Syarina. Dia tidak sempat untuk memohon keampunan ibunya.
Syarina menangis di atas kubur ibunya. Dia sudah tidak mampu untuk menahan segala kesedihan yang dialaminya. Hariz berjalan mendekati Syarina. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Syarina.
“Kau tahu tak yang bila ALLAH uji kita sebenarnya ALLAH tu sayangkan kita. Sebab apa kau nak tahu?”tanya Hariz bersahaja sambil tangannya bermain-main tanah.
Syarina mengangkat mukanya. Dia memandang muka Hariz.
“Sebab ALLAH menguji kita adalah supaya kita sentiasa dekat dengannya. Supaya kita sentiasa ingat kat DIA.  ALLAH akan suka bila kita sentiasa menadahkan tangan memohon doa daripadanya.”jelas Hariz.
Syarina mengelap air matanya.
“Tapi saya sedih, Hariz. Saya sedih sangat-sangat. Saya tak sempat nak mohon ampun kat ibu. Saya banyak dosa dengan ibu. Saya anak derhaka, Hariz.”
“Tapi adik kau dah beritahukan yang ibu dah maafkan kau. Jadi sekarang ni kau janganlah terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Apa yang kau perlu lakukan sekarang adalah mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana dan sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T. Insyallah, apabila kau benar-benar bertaubat, ALLAH akan ampunkan segala dosa kau.” Hariz menyakinkan Syarina lagi.
“Awak tak ada di tempat saya.”
“Memang aku tak ada di tempat kau. Tapi aku pernah hadapi situasi di mana kau hadapi sekarang. Aku pernah kehilangan kedua ibu bapa aku. Aku hilang kakak dan adikku dalam satu masa.” Hariz berkata sebak. Terbayang wajah-wajah yang menceriakan hidupnya suatu ketika dahulu.
“Ibu bapa awak? Habis tu yang tinggal dengan awak tu, bukan ibu awak ke?”tanya Syarina ingin tahu. Dia sudah kembali tenang.
“Mak Kiah hanyalah  ibu angkat aku. Dia jaga aku sejak aku di tingkatan 2 selepas family aku terkorban dalam nahas jalan raya.” Air mata Hariz hampir gugur. Dia cuba untuk menahan.
“Maafkan saya. Saya ingatkan sayalah insan yang paling malang sekali dalam hidup. Selepas satu masalah, satu masalah yang lain pula timbul. Rupanya kisah awak lagi tragis. Tapi sekurang-kurangnya awak tidak derhaka kepada ibu bapa awak. Bukan macam saya. Saya anak yang tak tahu nak hormat ibu bapa. Saya anak yang kurang ajar.”
“Walau apa pun yang terjadi, kita harus teruskan hidup ni. Kita ada tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita untuk kita jalani. Perkara yang lepas biarlah berlalu. Kita pandang ke hadapan. Jangan sesekali menoleh ke belakang.”kata-kata semangat daripada Hariz membuatkan Syarina kuat kembali.
Hariz bangun dari tempatnya. Syarina yang duduk mendongak memandang muka Hariz.
“Aku pergi dulu. Ingat pesan aku. Hidup kena diteruskan.” Hariz mengangkat kaki ingin pergi dari situ.
“Hariz!”panggil Syarina. Hariz menoleh memandang Syarina yang sedang menghampirinya.
“Boleh saya minta sesuatu daripada awak?”
Hariz mengerutkan dahinya.
“Apa dia?”
“Boleh awak bimbing saya?”terkejut Hariz mendengar permintaan Syarina.” Saya dah lama hanyut Hariz. Saya dah lama tinggalkan segala suruhan ALLAH. Bolehkan Hariz?”tanya Syarina sekali lagi.
Hariz menggarukan kepalanya. Bingung dengan permintaan Syarina.
“Okeylah…Aku akan bantu kau selagi aku mampu. Aku taklah tahu banyak bab-bab agama ni tapi setakat nak ajar yang asas-asas tu bolehlah. Okey?” Hariz tersenyum.
“Terima kasih Hariz. Saya bersyukur kerana dapat kenal awak.” Syarina turut mengukirkan senyuman.
Terkesima Hariz dengan senyuman Syarina. Cantiknya bila dia tersenyum. Senyuman itu telah mampu mencairkan hati lelakinya.
“Hariz…” Hariz tersedar daripada lamunannya.
“Okeylah jom aku hantar kau balik dulu. Kau nak balik tak? Ataupun kau nak tinggal kat sini terus?” Hariz berseloroh tapi mukanya tetap serius.
“Mulut dia. Tak ada insurans.” Syarina berjalan menuju ke kereta Hariz. Hariz mengikut Syarina dari belakang dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Malam itu, Syarina mengadakan kenduri tahlil untuk ibu dan ayahnya. Selepas selesai kenduri tersebut, Syarina duduk di anjung rumah bersama dengan adiknya.
“Faizal… Kenapa ibu meninggal?”tanya Syarina. Dia tidak tahu punca ibunya meninggal dunia.
“Ibu jatuh bilik air. Ibu nak ambil wuduk nak solat zohor. Lepas tu, Faizal tengok ibu tak keluar-keluar juga dari bilik air. Faizal pergilah jenguk. Rupanya ibu dah terjelepok di atas lantai. Kepala ibu terhantuk atas lantai.”cerita Faizal lemah. Dia menyandarkan badannya di dinding.
“Kakak ni terukkan?”keluh Syarina.
“Kakak…jangan cakap macam tu. Ibu tak marahkan kak pun. Pagi tu ja ibu cuma risau bila kak tak pulang rumah. Ibu ajak Faizal pergi buat laporan polis, tapi Faizal yakin kakak pasti balik. Tapi ibu tak sempat nak jumpa kak.”
Air mata Syarina gugur lagi.
“Kak…Ibu pesan sebelum dia meninggal. Dia suruh Faizal beritahu kat kakak yang ibu halalkan semua dan ibu ampunkan kak. Ibu juga pesan supaya Faizal jaga kakak dan adik-adik.” Faizal menitiskan airmatanya.
Syarina mendekati adik lelaki tunggal dalam keluarganya itu. Dia duduk berhadapan dengan Faizal. Syarina menatap mata Faizal dengan penuh kesyahduan.
“Faizal… kak berjanji yang kak akan jaga Faizal dan adik-adik. Kak takkan abaikan adik-adik akak. Kak dah banyak buat silap dan akak nak tebus balik silap kak tu. Jadi sekiranya Faizal dan adik-adik perlukan apa-apa, kak akan cuba untuk tunaikan.”
“Kuliah kak macam mana?” Syarina tersenyum..
“Faizal tak perlu risau. Minggu depan kak ada final exam. Lepas tu kak akan cari kerja. Tapi buat masa sekarang duit simpanan kak ada lagi. Cukup kot untuk kita guna sementara kak dapat kerja.”Syarina mengenggam tangan Faizal. Adik-adik yang lain semuanya sudah terlena.
“Kak…kalau Faizal nak berhenti sekolah boleh?”
Syarina membulatkan matanya.
“No… Faizal tetap kena teruskan belajar. Pasal duit Faizal tak usah risau. Tahulah kak cari duit. Okey? Janji dengan kak. Belajar rajin-rajin.”
“Okeylah kalau macam tu.”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syarina berjalan-jalan di tepi pantai. Sekadar untuk mengambil angin. Keputusan peperiksaan telah diumumkan. Syarina berjaya dengan cemerlang. Dia hanya perlu mencari kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Syarina teringatkan Hariz. Di sinilah dia berjumpa dengan Hariz. Sudah lama  lelaki itu hilang di dalam hidupnya. Entah kemana dia membawa diri. Tiba-tiba sahaja menghilang. Syarina melepaskan keluhan.
“Tak baik mengeluh.”ada suara yang menegur Syarina dari belakang.
Syarina menoleh. Terkejut dia melihat wajah lelaki yang menyapanya itu.
“Tak baik mengeluh.”ucap lelaki itu sekali lagi.
“Tahu. Kemana awak menghilang? Lepas tu tiba-tiba ja muncul.”Syarina berjalan tanpa menunggu jawapan daripada Hariz.
“Kenapa? Kau rindukan aku ke?.” Syarina memuncungkan mulutnya.
“Ada gunting tak?” Syarina mengerutkan dahinya. Pelik dengan pertanyaan Hariz yang tiba-tiba itu.
“Nak buat apa dengan gunting?.”
“Nak gunting kau punya muncung tu. Sebab panjang sangat.” Hariz tersenyum. Syarina ingin menampar bahu Hariz. Namun Hariz melarikan bahunya.
“Jangan sentuh. Haram.” Syarina tersenyum manis.
“Kalau tak berdosa dah lama badan awak ni saya cubit tahu? Geram betul saya.”
“Kalau macam tu yang haram kita halalkan. Nak?” Syarina mengecilkan matanya. Tidak mengerti kata-kata Hariz.
“Maksud awak?” Hariz memandang ke dalam anak mata Syarina yang berwarna keperangan itu.
“Nur Qaseh Syarina binti Rahmat… sudikah kau menjadi permaisuri hidupku?.”
Gulp! Syarina menelan air liur. Terkejut bukan kepalang mendengar lamaran Hariz yang tiba-tiba itu. Syarina bagaikan hilang kata-kata. Mulutnya seakan ada ketul emas didalamnya.
“Tapi  saya tak layak untuk awak. Saya perempuan kotor awak.”kata Syarina tersekat-sekat. Ada nada sebak pada suaranya.
“Aku tak mahu dengar semua tu. Aku juga tak mahu kau ungkit masa lalu kau. Dan aku tak akan sekali-kali menanyakan tentang masa silam kau. Yang aku nak tahu sekarang, kau sudi tak jadi isteri aku?.”Hariz bertanya lagi.
“Tapi…”
“Syarina…Please…Aku sayangkan kau. Aku nak kau jadi pendamping hidup aku sepanjang hayat aku. Jadi ibu kepada anak-anak aku. Masa lalu biarkan berlalu. Aku tak pentingkan semua tu. Tiada manusia yang sempurna Syarina.” Air mata Syarina mengalir. Terharu dengan keikhlasan yang diungkapkan oleh Hariz.
Layakkah aku untuk lelaki yang baik ini? Lelaki yang dulunya aku maki dan aku hina. Syarina menjerit di dalam hati.
“Saya tak tahu…”
“Okey…Aku tak paksa kau beri jawapan sekarang. Aku akan tunggu selagi aku mampu untuk tunggu. Tapi aku sangat berharap kau boleh terima aku dalam hidup kau. Aku pergi dulu.” Hariz melangkah pergi.
“Hariz!”jerit Syarina. Langkah Hariz terhenti.
“Saya terima awak.”ucap Syarina. Hariz berlari mendapatkan Syarina. Dia cuba mencari kepastian daripada jawapan yang diungkapkan oleh Syarina itu.
“Betul ni?”tanya Hariz sekali lagi.
Syarina mengangguk. Hariz mengangkat tangan mengucap kesyukuran. Tidak tergambar dengan kata-kata perasaannya ketika itu. Dia hanya mampu mengucapkan syukur atas segala nikmat yang ALLAH bagi.
“Aku janji. Aku takkan ungkit kisah kau. Aku takkan sakitkan hati kau. Terima kasih sayang.” Terkedu Syarina mendengar kata-kata Hariz.
Syarina bahagia sekarang. Dia menjumpai seorang lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Dia juga bersyukur keran ALLAH memberikannya peluang untuk mengecapi kebahagian selepas kematian ibunya.
ALLAH maha adil. DIA mengambil ibunya tetapi digantikan dengan seorang lelaki yang benar tulus menyayangi dirinya. Alhamdulillah.


Minta maaf atas kekurangan dalam cerpen ini. Saya tahu banyak yang kurang dalam menulis cerpen ini. Kalau boleh tolonglah komen untuk saya meningkatkan lagi gaya penulisan saya. Terima kasih sebab sudi membaca.

Akhirnya Kita Bersatu

“Hawa! Cepat bangun! Hari inikan sekolah”. Datin Maryam berleter.
“Kejap lagi lar mama, Hawa mengantok lagi”.ngomel Hawa.  Semalam Hawa tidur lewat kerana asyik melayari internet.
“Cuba Hawa lihat jam, dah lewat tahu tak?" Datin Maryam menggoyangkan badan Hawa sambil berleter.
Hawa yang masih mamai, mengeliat  dan menguap menandakan Hawa masih mengantuk.
“Ya, Hawa bangun”,jawab Hawa.
“Mama dah beritahu jangan tido lewat. Tengoklah inilah akibatnya. Kan dah bangun lewat !" marah Datin Maryam kepada Hawa sambil berlalu keluar dari bilik anaknya itu.
Selepas mandi dan berpakaian sekolah Hawa turun untuk bersarapan bersama keluarganya sebelum berangkat ke sekolah.
“Assalamualaikum papa, mama, makjah!!"ucap Hawa sambil mencium pipi Datuk Hakim dan Datin Maryam.
“Waalaikumussalam, erm ini baru anak papa. Bersemangat nak pergi sekolah”puji Datuk Hakim.
“Iyalah tu, puas kejut baru nak bangun tidur”. Datin Maryam menyelit.
“Mama ni bukan selalu Hawa bangun lewat. Kan papa?"
Datuk Hakim mengangguk sambil tersenyum.
“Hawa, tahun ini Hawa SPM kan?"tanya Datuk Hakim
“Ya papa, anak papa dah 17 tahun”. Jawab Hawa sambil mencekak pinggang.
“Dah besar pon anak papa. Tak lama lagi papa boleh dapat menantu lar jawabnya”. Datuk Hakim mengusik Hawa sambil mengukirkan senyuman.
  “Kahwin apanya abang, masak air tak lepas lagi, inikan nak jadi isteri orang”. Giliran Datin Maryam pula berseloroh.
Hawa memuncungkan mulutnya kerana malu diusik oleh Datuk Hakim dan Datin Maryam. Merah padam muka Hawa.
“Mama, sekarang ini kan zaman moden, cari je orang gaji. Tak payah susah-susah nak buat kerja rumah. Tak pun  Hawa bawa ja Mak Jah tinggal dengan Hawa”. Muka Hawa yang tadinya merah padam kembali  ceria dan tersenyum.
Mak Jah telah berkhidmat sebagai orang gaji dari Hawa sejak Hawa kecil lagi. Hawa sangat akrab dengan Mak Jah yang dianggap seperti emaknya sendiri.
“Tak ada maknanya ambil orang gaji. Nanti asyik orang gaji je masak, suami Hawa pun lari”. Seloroh Datuk Hakim.
Semua orang yang berada disitu tersenyum mendengar usikkan Datuk Hakim.
“Oklah papa,mama, Hawa pergi dulu.Dah lewat ni”. Hawa meminta izin untuk pergi kesekolah sambil bersalaman dengan Datuk Hakim dan Datin Maryam.
“Belajar elok-elok, SPM dah dekat. Nanti kalau tak lulus SPM mama suruh papa kahwinkan Hawa. Calon dah ada dah”. Datuk Hakim dan Datin Maryam tersenyum.
“Siapa sayang?”tanya Datuk Hakim ingin tahu.
“Farahi.” Datin Maryam menjeling melihat muka anaknya yang merona merah.
“Mama”! Papa tengok mama ni”.
Hawa berlari anak menuju ke pintu. Makin lama dia disitu makin banyaklah yang diusik oleh mama dan papanya. Datuk Hakim dan Datin Maryam menghantar Hawa dengan senyuman yang terukir di bibir.

          -----------------------------------


“Hye Hawa! Seorang pelajar lelaki menegur Hawa ketika dalam perjalanan ke kelas.
“Kau nak apa?Aku dah lewat ni."
“Sombongnya kau,”
“Cepatlah , nak cakap apa? Subjek pertama ni Matematik tahu tak? Kau bukan tak tahu kalau masuk lewat nanti kena denda.”
Semua pelajar tahu yang cikgu Fatimah merupakan cikgu disiplin disekolah itu. Beliau seorang yang garang namun amat  disayangi oleh oleh pelajar-pelajar kerana sikapnya yang suka berjenaka ketika di luar kelas.
“Petang ini kita keluar nak tak?"
“Keluar mana?”
“Kita pergi jalan-jalan di Sunway nak tak?”
“Aku tak janji, sebab mama aku mesti  tak kasi aku keluar!”                                                                        
“Kenapa pulak mama kau tak kasi?
“Farahi, kau kan tahu tahun ni  kita akan menghadapi SPM. Mama tak suka sangat keluar merayap ini.”kata Hawa sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
“Lambat lagi lah SPM, please. Hari ini saja”. Pujuk  Farahi.
“Oklah nanti aku cuba pujuk mama aku”.
Hawa tidak berani memberi persetujuan. Datin Maryam sudah berpesan untuk tidak selalu sangat keluar jika bertujuan hanya untuk bersuka ria. Hawa berlari anak menuju kekelas kerana dia tahu dia telah terlewat masuk ke kelasnya
……………...

Tuk!Tuk!Tuk! Semua pelajar dan cikgu didalam kelas 5 Sastera melihat ke arah Hawa.
“Assalamualaikum, cikgu,”ucap Hawa penuh sopan.
“Waalaikumussalam, kenapa kamu lambat masuk kelas Nurul Hawa Zulaikha binti Hakim?”tanya cikgu Fatimah dengan berwajah serius
“Tadi saya nak terbuang air kecil,jadi saya pergi tandas dahulu.”
“Saya dah beritahu , kalau nak pergi mana-mana waktu saya, mesti inform dahulu kepada saya!”marah Cikgu Fatimah.
“Saya minta maaf, Cikgu”. Hawa tertunduk kerana dimarahi oleh cikgu Fatimah
“ Saya maafkan kamu, tapi seperti selalu,letakkan buku atas kepala dan junjong dari sini hingga ke tangga hujung sana! Cepat!"
Hawa pon dengan perasan malu dan pasrah menjunjong buku seperti yang diarahkan oleh Cikgu Fatimah.Pelajar kelas lain ketawa melihat Hawa didenda oleh Cikgu Fatimah.uduk
“Lain kali ingat apa yang saya pesan! Dah pergi duduk” arah Cikgu Fatimah.
…………………………………………………………………………………

“Hawa, tadi kau kena denda kenapa?” Tanya Farahi yang kelihatan kepenatan kerana mengejar Hawa yang kelihatan bergegas hendak pulang dari sekolah.
“Kerana kau aku kena denda!” marah Hawa.
“Sebab aku???”Farahi kelihatan terkejut dengan jawapan  Hawa.
“Ya lah..kau yang buat aku lambat masuk kelas tadi.”
“oh, sebab tu ke??”Farahi tersenyum.
“Sorry lah Hawa. Aku takut tak terserempak dengan kau. Itu yang aku panggil kau tu.”jelas Farahi.
 “Sorry ja kau tahu. Kau tahu aku malu sangat dah ni.”
“Janganlah marah. Oklah tanda maaf aku, apa kata aku belanja kau makan?” Farahi membuat tawaran selepas melihat wajah Hawa masam mencuka.
“Iyalah, aku maafkan kau tapi kau mesti janji belanja aku makan petang ney ok?”
“Ok..aku janji.” Jawab Farahi sambil membuat tabik hormat kepada Hawa.
……………………………………………………………………………………

“Mama ,petang ini Hawa nak keluar boleh tak?”
“Hawa nak keluar pergi mana?”
“Hawa nak keluar dengan Farahi pergi Sunway. Lagipun Farahi janji nak belanja Hawa makan petang ini. Boleh tak mama?” Tanya Hawa.
“Ehem, ehem. Nak dating ke?”usik Datin Maryam.
Hawa memuncungkan bibirnya. Berang dengan usikkan Datin Maryam.
“Mama  ni. Tak nak kawan dengan mama.”ugut Hawa sambil memeluk Datin Maryam.
“Betulkan apa yang mama cakap? Mama tengok Farahi tu macam ada hati ja kat Hawa. Takkan Hawa tak ada apa-apa perasaan kot dekat Farahi. Farahi tu ada ciri-ciri menantu yang mama nak tau.”
Hawa membulatkan matanya. Kemudian dia tersenyum mendengar usikan mamanya.
“Mama jangan nak mengarut. Hawa nak belajar tinggi-tinggi dulu. Baru nak fikir pasal kahwin. Okey? Boleh tak ni mama nak keluar dengan Farahi?”tanya Hawa lagi inginkan jawapan daripada Datin Maryam.
“Bolehlah, tapi jangan balik lewat sangat tau.”pesan Datin Maryam kepada anaknya itu.
“Ye lah mamaku sayang.”
“Hari ini kat sekolah ada apa-apa tak?” Datin Maryam amat menitik berat akan pelajaran anaknya.
“Mama, hari ini kan Hawa kena denda dengan Cikgu Fatimah!” beritahu Hawa dengan penuh semangat.
“Denda kenapa? Hawa tak siapkan homework ke?”
“Tak lah mama, Hawa kena denda sebab masuk kelas lewat. Kebetulan pula subjek pertama Cikgu Fatimah.”
“Kan mama dah cakap, jangan tidur lewat. Kan dah kena denda.” Datin Maryam ketawa selepas Hawa menceritakan saat Hawa didenda oleh Cikgu Fatimah.
“Tebal muka Hawa. Semua pelajar dalam kelas lain semua ketawa melihat Hawa kena junjong buku atas kepala.”Hawa memuncungkan bibirnya.
“Kesiannya anak mama. Apa-apa pun cikgu denda sebab nak mendisiplinkan Hawa supaya dah tak lewat masuk kelas selepas ini.”pujuk Datin Maryam.
……………………………………………

Petang itu, Farahi menuju ketempat yang telah dijanjikan untuk bertemu dengan Hawa. Selepas beberapa minit,kelibat Hawa tidak juga kelihatan. Farahi pun menelefon Hawa kerana risau terjadi sesuatu kepada Hawa.
“Assalamualaikum, Hawa. Kau dekat mana ni?”
“Waalaikumussalam, aku dalam perjalanan nak pergi Sunway. Kau ada di mana?”
“Aku dah sampai dah. Tunggu kau. Aku takut kau tak datang. Itu yang aku telefon ni.” Farahi kelihatan risau kerana Hawa tidak sampai lagi.
“Aku mesti datang. Kau jangan risau. Lagipun kaukan nak belanja aku makan. Mana boleh lepaskan?” Hawa ketawa.
“Yelah. Kau, kalau benda free semuanya tak pernah lepas. Cepatlah! Dah lama aku tunggu ni!”  bebel Farahi.
“Aku dah nak sampai dah. Tunggu tau.”
Setelah beberapa minit kemudian Hawa pun sampai ketempat yang telah dijanjikan untuk berjalan-jalan bersama Farahi.
“Sorry tau, aku lewat. Kau bukan tak tahu akukan selalu lewat. Hehe!!”
“ Yelah tu. Kau memang suka datang lewat”
“Merajuk ker? Kalau kau merajuk aku nak balik. Online Facebook lagi bagus dari melayan rajuk kau ni” Hawa tersenyum melihat muka Farahi yang masam mencuka.
“Mana ada merajuk?”
“Tak merajuk konon?Tu yang muka masam ja kenapa?Nak suruh aku pujuk lah tu?”
“Dahlah jom.” Farahi masih lagi masam mencuka.
“Senyumlah sikit. Tak hensem lar muka macam tu. Kaukan hensem?”usik Hawa.
“Memang aku hensem. Akulah lelaki paling hensem didunia ni.”
“Perasan sungguh kau ni. Tadi ingat dah tak nak senyum, jadi aku nak balik.”
Farahi tersenyum dengan usikan Hawa. Mereka berjalan masuk ke shopping complex.       …………………………………………………………

“Ayie, tadi kawan mama beritahu yang jumpa Farahi di Sunway tadi? Ayie pergi mana?” Tanya Datin Syakila iaitu mama Farahi
“Oh, Ayie keluar dengan Hawa. Saja pergi jalan-jalan. Lagipun Ayie bosan duduk dirumah.” Farahi menjawab sopan.
Datuk Fatihi dan Datin Syakila adalah ahli perniagaan yang Berjaya. Disebabkan kesibukan mereka, Farahi berasa sunyi. Namun Farahi akur dengan tugas kedua ibubapanya itu.
“Ye ke?Mama cuma risau kalau Ayie bergaul dengan budak-budak yang rosak akhlak. Tapi kalau dengan Hawa, mama tak kisah lar. Kan bakal menantu mama?” Usik Datin Syakila.
“Ish mama ni. Merepek je. Ayie tak ada apa-apa pon dengan Hawa.” Farahi menafikan kenyataan mamanya itu.
“Boleh percaya ke ni? Mama tengok Ayie macam ada hati je dengan Hawa. Takkanlah tak ada apa-apa!”
 “Mama tak percaya sudah.Mama, papa tak balik lagi ke?” Tanya Farahi menukar tajuk kerana mengelak dari terus diusik oleh mamanya
“Nak mengelaklah tu? Papa tak balik lagi. Katanya ada dinner malam ini dengan pelabur luar negara.” Datin S yakila menjawab pertanyaan Farahi.
“Oh, jadi papa balik lewatlah? Oklah mama, Ayie masuk bilik dulu ya. Farahi nak siapkan homework yang tak sempat Farahi siapkan.”
“Ye lah. Belajar elok-elok tau. Jangan asyik teringat dekat Hawa ja. Nanti kantoi SPM.” Merah muka Farahi selepas diusik oleh mamanya.
……………………………………

Setelah hampir 11 bulan, tinggal sehari saja lagi untuk pelajar tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM termasuklah Farahi dan Hawa. Mereka akan meluahkan kembali apa mereka pelajari disekolah sepanjang persekolahan
“Hawa, pejam celik,pejam celik esok kita dah SPM kan?Macam tak percaya je kan?”kata Farahi.
“yelah kan, cepat sungguh masa berlalu. Kau dah bersedia ke?”
“Insyaallah dah bersedia. Esok peperangan akan bermula. Aku mesti bersedia.Kau?”jawab Farahi dengan penuh yakin sambil mengenggam tangannya.
“Aku tak pasti aku bersedia ke tak!”
“Kenapa pula cakap gitu?Kau kena yakin yang kau boleh buat untuk SPM nanti. Kau target berapa “A”?”Farahi menasihati Hawa yang kelihatan risau dengan peperiksaan yang bakal menjelang.
“Kalau ikutkan aku, mestilah nak semua A. Kau pula?”tanya Hawa..
“Samalah, aku target semua A juga. Tak apa kalau kau tak lulus, nanti aku suruh mama aku masuk meminang kau! Hehe!” Farahi mengusik Hawa sambil ketawa. Muka Hawa yang tadinya muram kelihatan merah selepas diusik oleh Farahi.
“Kau ni. Aku nak belajar lagilah. Tak nak fikir pasal kahwin lagi. Lagipun tak naklah kau kahwin dengan kau!”
“Eh, kenape tak nak kahwin dengan aku?Rugi kalau kau tak kahwin dengan aku.”
“Kenapa pula nak rugi?”
“Yelahkan, akukan jejaka yang paling hensem. Jadi kalau kau tak nak kahwin dengan aku memang rugi.”Farahi mengukirkan senyuman.
“Perasannya kau.” Hawa menjeling ke arah Farahi.
“Kau lepas SPM nak buat apa Hawa??
“Tak tahu lagi, maybe lepak kat rumah aja kot”. Kau pulak??
“Aku ingat nak kerja, tapi mama aku tak kasi aku kerja.”
“Kenapa pula mama kau tak kasi?Kau bukannya dapat PLKN pon.”
“Mama aku suruh balik kampung jaga nenek aku . Nenek aku kan tinggal sorang-sorang.”
Mama Farahi iaitu Pn Syakila berasal dari negeri kedah. Sejak kematian datuk Farahi, nenek Farahi tinggal berseorangan. Namun setiap minggu, Farahi dan keluarga akan melawat neneknya di kampung.
“Mesti bestkan tinggal di kampung. Tak apalah, boleh kau temankan nenek kau.”
“Memanglah best tapi aku tak sanggup nak berpisah dengan kau.” Farahi menjeling melihat Hawa untuk mengetahui reaksi daripada Hawa.
“Tak sanggup berpisah dengan aku? Kenapa pula?”tanya Hawa yang masih tidak dapat mengerti akan maksud daripada kata-kata Farahi.
“Eh, tak ada apa-apalah. Dahlah jom balik.”ajak Farahi. Hawa hanya mengikut ajakan daripada Farahi. Di dalam hatinya masih tertanya-tanya maksud akan  kata-kata Farahi sebentar tadi.

--------------------------------------------
Hawa menarik nafas lega. Peperiksaan SPM telah berakhir. Kini dia bebas untuk sementara. Farahi pula tersenyum lebar. Segala kerisauan yang berada di fikirannya dibuang jauh.
Farahi keluar dari dewan peperiksaan. Dia mencari-cari kelibat Hawa. Namun tidak kelihatan. Hawa yang dari tadi memerhatikan Farahi, tersenyum. dia tahu mesti Farahi sedang mencarinya. Dia melangkah menuju kepada Farahi.
“oit..Cari siapa?”sapa Hawa dari belakang.
Farahi menoleh. Hawa sedang tersengih kepadanya.
“cari kaulah. Entah kemana hilang pun tak tahu.”perli Farahi.
“Tak hilang aih. Kenapa kau cari aku?”tanya Hawa.
Semua murid yang lain sudah beredar.Hanya Tinggal Farahi dan Hawa di dewan peperiksaan sekolah.
“Sajalah. Lepas ni kau nak pergi mana? Takkan tak nak raikan kebebasan kita?”
Hawa mengerutkan dahinya. Dia berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Farahi turut ikut dari belakang
“Aku rasa tak kot..mama aku ada bercadang nak buat kenduri kesyukuran sikit jumaat ni.”
“Tak nak jemput aku ke?”tanya Farahi tanpa rasa malu.
Hawa memakai topi keledar di kepalanya.
“Tak tahu lagi jadi ke tak. Tapi insyaallah jadi.Nanti bila dah konfom jadi barulah aku panggil kau dengan family kau sekali. Don’t worry.”Kata Hawa yang sedang menekan stuter untuk menghidupkan skuternya.
“Hawa, boleh kita jumpa tak malam ni? Kita jumpa kat Restoran Cinta Sayang.”cadang Farahi.
“Sekarangkan kita dah jumpa. Nak jumpa apa laginya?”Hawa mengerutkan dahinya. Hawa menolak skuternya keluar dari tempat letak motosikal sambil dibantu oleh Farahi.
“Taklah, aku ada surprise untuk kau. Boleh tak? Please…”rayu Farahi.
“Surprise apa pula ni? Nantilah aku minta izin dengan mama aku dulu. Tapi tak janji tau.”jawab Hawa.
Jawapan Hawa itu melegakan hati Farahi. Farahi ingin membuat satu kejutan kepada perempuan yang amat disayanginya itu.
“Okey, tapi aku berharap sangat boleh keluar malam ni.”
“Insyallah…Dahlah aku balik dulu. Mama aku mesti tengah tunggu aku kat rumah.”
“Okey, hati-hati ye…Jangan bawa laju-laju sangat skuter tu. Nanti excident aku juga yang susah.” Farahi mengusik Hawa. Hawa hanya tersengih sambil menjelirkan lidahnya.
---------------------------------------------------------------------
Malam itu Farahi dan Hawa akan berjumpa seperti yang dijanjikan setelah Datin Maryam memberi keizinan kepada Hawa. Datin Maryam tidaklah terlalu risau sekiranya Hawa ingin keluar dengan Farahi. Dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Farahi untuk menjaga Hawa.
Farahi telah menempah meja yang dihiasi cantik. Farahi menunggu kehadiran Hawa di pintu restoran. Dari jauh dia melihat Hawa datang menaiki kereta mamanya. Farahi menarik nafas lega. Akhirnya datang juga orang yang ditunggu-tunggu.
“Farahi, handsome gila kau malam ni. Tergoda aku.”tegur Hawa sejurus sahaja sampai di hadapan pintu restoran tersebut. Farahi tersenyum.
“Kau pun apa kurangnya. Kau cantik sangat malam ni. Tergugat iman aku wey.”usik Farahi. Hawa menumbuk lengan Farahi perlahan.
“Jangan kau merepek. Jomlah. Aku dah lapar ni. Aku tak makan dari tadi.” Hawa masuk ke dalam restoran mendahului Farahi. Farahi hanya menggelengkan kepalanya.
Setelah sampai ke meja yang ditempah khas Farahi cepat-cepat menarik kerusi untuk Hawa. Hawa mengerutkan dahinya. Kemudian dia menghadiahkan Farahi sebuah senyuman. Malas nak fikir tentang kelakuan Farahi itu.
“Terima kasih. Kau kata kau ada surprise untuk aku. Mana dia?”tanya Hawa setelah Farahi duduk berhadapan dengannya.
Farahi tersenyum. Dadanya berombak kencang. DIa memandang tepat muka Hawa.
“Kita makan dulu.”
“Tak naklah… Kau beritahu dulu baru kita makan.” Hawa mendesak.
“Sebenarnya, aku nak beritahu kat kau yang aku sukakan kau. Aku sayangkan kau.”
Hawa tercengang. Dia membulatkan matanya. Terkejut dengan ucapan yang baru sahaja keluar daripada mulut Farahi itu. Hawa mengetap bibir.
“Aku tahu kau susah nak terima aku tapi aku dah lama sukakan kau. Aku tak minta kau terima aku, tapi sekurang-kurangnya kau tahu yang aku memang ada hati kat kau. Maafkan aku sebab aku terpaksa luahkan semua ni. Aku dah tak boleh simpan perasaan ini. Aku harap kau faham.”
Farahi berkata ikhlas. Di dalam hatinya sedikit sebanyak berasa lega kerana dapat meluahkan segalanya. Hawa tunduk. Mulutnya bagaikan terkunci. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
“Hawa…”panggil Farahi lembut selepas melihat Hawa tunduk dan diam tidak berkata.
Hawa mengangkat muka. Dia memandang tepat anak mata Farahi. Dia cuba mencari keikhlasan daripada kata-kata Farahi.
“Farahi…Terima kasih sebab sudi sayangkan aku. Tapi aku nak minta maaf. Aku tak boleh nak terima kau lebih daripada seorang kawan. Aku sayangkan kau tapi hanya sebagai seorang kawan. Jadi aku harap kau juga faham.”jelas Hawa sambil memandang muka Farahi yang menatap tepat anak matanya.
Farahi meraupkan mukanya. Dia dapat mengagak akan jawapan daripada Hawa. Farahi sudah bersedia dia akan menerima apa sahaja jawapan yang diberikan oleh Hawa. Mereka masih terlalu mentah untuk bercakap semua ini.
“Aku faham. Tapi aku harap kau akan cuba terima aku. Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau tapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Aku juga berharap selepas apa yang terjadi hari ni kita akan masih lagi berkawan. Bolehkan Hawa?”
Hawa mengangguk perlahan. Dia bukannya sengaja mahu menghampakan hati sahabat baiknya itu. Tetapi biarlah hubungan mereka sekadar kawan baik.
“Dahlah…Jom makan. Sorrylah sebab aku terpaksa rosakkan mood kau.”ucap Farahi sekali lagi.
“Tak kisahlah. Aku akan cuba untuk terima kau. Tapi bukan sekarang. Kita terlalu mentah untuk semua ni. Aku nak capai cita-cita aku terlebih dahulu. Okey?” Farahi tersenyum mendengar setiap ucapan Hawa. Sekurang-kurangnya dia ada harapan untuk menakluk hati gadis genik itu.
---------------------------------------------------------------------
Hari yang mendebarkan akhirnya tiba jua. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada hari ini. Hawa dan Farahi sudah pagi-pagi lagi mereka tiba di sekolah. Masing-masing menunggu nama mereka diumumkan untuk mengambil keputusan peperiksaan.
“Hawa, aku takutlah.” Hawa tersenyum. Dia juga berasa apa yang dirasakan oleh Farahi.
“Aku pun.”balas Hawa ringkas.
Seorang demi seorang nama dipanggil. Akhirnya tibalah giliran nama Hawa dan Farahi dipanggil serentak. Mereka beriringan naik ke pentas dengan hati yang berdebar-debar.
“Tahniah, Hawa, Farahi… Awak berdua memang membanggakan sekolah kita. Awak berdua adalah pelajar cemerlang pada tahun ni.”kata Pengetua sejurus sahaja mereka berdua mendekatinya. Pengetua menyerahkan slip peperiksaan kepada mereka berdua.
Hawa melonjak kegembiraan apabila melihat slip peperiksaan tersebut. Dia mendapat semua A+ dalam semua matapelajaran. Farahi juga begitu. Dia memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang diterimanya.
“Hawa, tahniah. Lepas ni bolehlah belanja aku makan.”ucap Farahi sambil tersenyum.
Hawa yang menangis kegembiraan menguntumkan senyuman.
“Kau pun sama. Tahniah, Farahi.”
Selepas sesi temubual untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka, Farahi dan Hawa balik bersama. Mereka terus pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira itu kepada keluarga mereka.
------------------------------------------------
Beberapa tahun kemudian,
“Hebat kau sekarang, Hawa. Aku betul-betul bangga dengan kau. Kau dah jadi seorang yang amat disegani sekarang. Ahli perniagaan yang berjaya.”kata Farahi selepas dia duduk di tepi Hawa.
Setelah beberapa tahun mereka berpisah, mereka telah membuat temu janji untuk berjumpa semula. Masing-masing ingin melepaskan rindu yang terpendam.
“Aku pun bangga juga dengan kau akhirnya tercapai juga cita-cita kau nak jadi pesyarah di universiti terkenal. Lama aku tak jumpa kau. Kau dah lain sekarang. Makin handsome.” Hawa tersengih.
“Kenapa? Sebelum ni tak handsome ke?”tanya Farahi sekadar ingin mengusik.
Hawa mengangguk.
“Tak… Dulu kau selekeh. Tapi sekarang kau dah smart. Aku suka tengok penampilan kau. Siap ada janggut kambing lagi. Aku paling suka lelaki yang ada janggut kambing. Nampak comel.” Hawa berceloteh panjang.
“Jadi kau dah boleh terima akulah sekarang atau jawapan kau masih sama? Dah lama aku tunggu kau. Aku nak melamar kau sekali lagi. Kau sudi tak terima aku dalam hidup kau?”
Hawa yang sedang tersenyum terus mematikan senyumannya. Dia tidak boleh menerima lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu terus mengharapkan kasih daripadanya. Hawa juga tidak mahu mengecewakan Farahi.
“Farahi, aku minta maaf. Aku tetap tak boleh terima kau. Aku tak mahu kau kecewa dengan aku. Aku akui aku memang sayangkan kau. Aku sayang kau sangat-sangat. Tapi untuk kita berdua bersama, mungkin tidak akan pernah terjadi. Aku minta maaf.”jelas Hawa lalu air mata menitis di pipinya yang mulus.
“Kecewakan aku? Kenapa pula kau perlu kecewakan aku? Please Hawa…”Farahi mendesak. Dia memandang muka Hawa yang sedang menangis dan pucat. Dia inginkan kepastian daripada mulut Hawa.
“Tak perlu aku jelaskan. Cukuplah aku katakan yang aku memang tak boleh nak terima kau untuk jadi suami aku. Aku tidak sempurna. Aku tak layak langsung untuk kau. Kau carilah orang lain yang boleh menerima kau dan menyayangi kau sepenuhnya. Aku minta diri dulu.”
Hawa mengangkat punggung dari kerusi. Dia berjalan dengan linangan air mata yang membasahi pipi. Tiba-tiba Hawa seperti hilang pertimbangan badan. Kepalanya pening dan dia terjelepuk di atas tanah. Farahi yang sedang tunduk menoleh ke arah Hawa. Farahi terus bangun dan berlari kepada Hawa.
“Hawa…Hawa…Hawa… Kau kenapa ni? Tolong!!!” Farahi mengendong Hawa yang tidak sedarkan diri sambil meminta pertolongan daripada orang ramai.
Selepas sampai di hospital, Hawa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi. Farahi mundar mandir di hadapan pintu unit rawatan rapi tersebut. Ibu bapa Hawa sudah diberitahu. Hatinya benar-benar risau akan kejadian yang berlaku.
-----------------------------
“Bagaimana keadaan anak kami doktor?”tanya Datin Maryam sejurus sahaja doktor keluar dari bilik rawatan rapi tersebut.
“Keadaan Hawa semakin kritikal. Kita harus melakukan pembedahan dengan segera.”terang doktor muda itu.
“Saya setuju kalau itu boleh menyelamatkan nyawa anak saya. Doktor buatlah yang terbaik.”
“Tapi masalahnya sekarang, kita tidak mempunyai penderma yang boleh mendermakan buah pinggang untuk anak tuan.”jelas doktor lagi.
“Habis tu macam mana?”
“Saya sudi jadi penderma untuk Hawa.”Farahi yang dari tadi diam, menyuarakan hasratnya. Datin Maryam dan Datuk Hakim memandang muka Farahi untuk mendapatkan kebenaran daripada kata-katanya.
“Kalau encik setuju, mari kita buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan sama da sesuai atau tidak dengan buah pinggang Hawa.”
“Farahi… Betul ke ni apa yang Farahi buat ni? Makcik tak nak Farahi buat semua ni sebab terpaksa. Farahi masih muda. Farahi memerlukan buah pinggang itu.”nasihat Datin Maryam. Farahi tersenyum ikhlas.
“Jangan risau makcik. Saya sayangkan Hawa dan saya akan buat apa sahaja untuk dia walaupun terpaksa mengorbankan nyawa saya sekalipun. Jadi saya minta izin untuk mendermakan buah pinggang saya ini untuk orang yang paling bermakna dalam hidup saya.” Farahi menuturkan dengan penuh sopan.
“Terima kasih Farahi. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi mendermakan kepada Hawa.”
“Jom, ikut saya. Kita perlu buat pemeriksaan terlebih dahulu.” Farahi hanya menurut sahaja arahan doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Farahi mendapat tahu yang Hawa telah menderita sakit buah pinggang sejak dari tingkatan 5 lagi. Dia selalu terpaksa menjalani rawatan untuk memastikan keadaanya tetap sihat. Sekarang, Farahi sudah mengerti maksud di sebalik kata-kata Hawa.
---------------------------------
Pembedahan selama 2 jam itu berjalan dengan lancar. Buah pinggang Farahi sesuai untuk Hawa. Namun begitu, Hawa masih lagi dalam keadaan koma. Farahi pula masih di dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dibius.
Datin Maryam dan Datuk Hakim bersyukur kerana Hawa selamat dalam pembedahan itu. Datuk Hakim telah memberitahu kepada Datuk Fatihi dan Datin Syakila. Pada mulanya, Datuk Fatihi dan Datin Syakila marah dengan tindakkan Farahi yang mendermakan buah pinggangnya kepada Hawa tanpa persetujuan daripada mereka. Namun selepas Datin Maryam menceritakan semuanya kepada mereka, akhirnya mereka redha dan bersetuju.
“Boleh saya tahu siapa ibu bapa Muhammad Farahi Danial?”tanya doktor yang membuat pembedahan ke atas Hawa.
“Ya… Kami. Kenapa doktor? Macam mana keadaan anak saya?”tanya Datuk Fatihi cemas.
“Alhamdulillah. Anak encik dah sedar. Farahi nak berjumpa dengan encik dan puan.”
Datuk Fatihi dan Datin Syakila mengucap syukur.
“Terima kasih doktor.”ucap Datin Syakila
“Kami nak jumpa Farahi juga. Kami perlu ucapkan berbanyak terima kasih kepada Farahi. Bolehkan?”celah Datin Maryam.
“Boleh. Jomlah kita masuk sekali.”kata Datin Syakila.
--------------------------------
“Farahi, makcik nak ucap berbanyak terima kasih kat Farahi sebab sudi dermakan buah pinggang Farahi untuk Hawa. Makcik takkan lupakan segala pengorbanan Farahi kepada Hawa. Terima kasih Farahi.”ucap Datin Maryam dengan air mata mengalir di pipinya.
Farahi tersenyum. Mukanya kelihatan begitu pucat. Farahi cuba untuk bangun namun dihalang oleh Datin Syakila.
“Macam mana keadaan Hawa makcik? Saya nak jumpa dia.”tanya Farahi lemah.
“Ayie jangan risau. Hawa selamat. Nanti bila Ayie dah kuat mama bawa Ayie jumpa dengan Hawa ya sayang. Sekarang ni Ayie rehat dulu.”pujuk Datin Syakila.
“Tak apalah kalau Hawa selamat. Ayie tak nak kehilangan dia. Ayie sayangkan dia. Mama…”panggil Farahi lemah. Datin Syakila mendekati mukanya kepada anak lelakinya itu. Ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh Farahi.
“Ada apa sayang?”
“Mama, kalau terjadi apa-apa kat Ayie, mama janji mama jaga Hawa baik-baik tau. Ayie tak nak dia terluka. Dia dah banyak menderita mama. Mama beritahu kat dia yang Ayie sayangkan dia sangat-sangat.”
Datin Syakila menitiskan air mata. Dia hiba mendengar pengakuan ikhlas daripada anaknya itu.
“Ayie jangan cakap macam tu. Insyallah Ayie selamat. Ayie kena kuat sayang.”
“Betul cakap mama Farahi tu. Farahi jangan fikir bukan-bukan. Farahi rehat ya.”celah Datuk Hakim pula.
Farahi tersenyum. Sejurus kemudian dia seakan-akan sesak nafas. Mereka yang berada di situ semuanya cemas. Datuk Fatihi berlari keluar dari wad untuk memanggil doktor yang bertugas. Datin Syakila dan Datin Maryam  menangis semahu-mahunya.
“Ayie….Mengucap ayie. Jangan tinggalkan mama.” Farahi tetap sama. Masih lagi dalam keadaan sesak nafas.
Doktor yang dipanggil berjalan laju mendapatkan Farahi. Jururawat yang bertugas mengarahkan mereka untuk keluar kerana doktor ingin menjalankan rawatan. Mereka hanya menurut akan arahan tersebut.
“Ya ALLAH… selamatkanlah anakku.” Datin Syakila memohon doa. Datin Maryam memeluk Datin Syakila yang seperti hilang pertimbangan mengenangkan nasib anaknya.
“Sabar ya Kila. Farahi akan selamat.”kata Datin Maryam mengenangkan Datin Syakila yang sedang menangis. Begitu juga dengan Datin Maryam.
------------------------------------------------

Hawa tersenyum melihat sebatang tubuh yang sedang termenung jauh di taman mini rumahnya. Dia berjalan perlahan ke arah tubuh itu.
“Abang!!!”sergah Hawa sejurus sahaja tiba. Farahi mengurut dadanya. Terkejut dengan tindakan Hawa. Farahi mengukirkan senyuman.
“Sayang. Nasib baik abang tak ada sakit jantung. Kalau tidak dah lama arwah. Suka sangat peranjatkan abang.”Farahi memeluk Hawa selepas Hawa melabuhkan punggungnya di sebelah Farahi.
“Abang… Hawa dah cakap, Hawa tak suka abang cakap  macam tu. Hawa tak nak kehilangan abang.  Abang adalah insan yang paling bermakna dalam hidup Hawa. Cukuplah sekali dulu abang nak tinggalkan Hawa. Please abang… Jangan cakap macam ni lagi. Janji dengan Hawa?” Hawa berkata ikhlas. Air matanya yang mengalir dipipinya yang mulus dikesat oleh Farahi.
“Sayang… Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup Hawa. Abang janji abang takkan cakap seperti tadi lagi. Sayang pun janji jangan tinggalkan abang juga. Sayang adalah nyawa abang. Tanpa sayang abang mungkin akan…”kata-kata Farahi terhenti di situ selepas Hawa menutup mulut Farahi dari terus mengucapkan kata-kata yang akan membuatnya sedih.
“Abang…kan dah janji tak nak cakap pasal benda tu lagi?” Hawa memandang muka Farahi dengan penuh kasih sayang. Lelaki yang sanggup berkorban untuknya. Lelaki yang telah berjaya membuatkan hidupnya lebih bermakna.
“Okey…silaplah sayang. Mana Farahi junior?”tanya Farahi cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka.
“Farahi junior dah tidur. Dia tunggu abang dari tadi nak suruh cerita kisah dongeng. Tapi abang tak naik-naik. Tak laratlah nak menunggu. Tertidurlah dia.”Hawa tersenyum. Farahi turut tersenyum.
“Yalah. Abang lupalah. Kesian kat Farahi junior tu. Tak apalah. Kalau Farahi junior dah tidur, nanti mama Farahi junior pula yang kena dengar cerita tau. Jangan nak tidur pula.”usik Farahi.
Hawa memuncungkan mulutnya. Dia bangun dari kerusi dan terus berlari masuk ke dalam rumah.
“Tak nak. Mama Farahi junior pun nak pergi tidur dah.”jerit Hawa dari muka pintu.Farahi tergelak melihat Hawa yang berlari sambil terjerit. Farahi turut berlari mendapatkan Hawa.
Farahi begitu bahagia dengan hidupnya sekarang. Dia sudah berjaya memilik wanita yang sangat bermakna dalam hidupnya. Dia bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberikannya peluang untuk hidup dan mengecapi kebahagian bersama wanita yang telah banyak mengubahkan hidupnya.
Selepas sembuh daripada pembedahan dahulu, Hawa bertekad untuk menerima lelaki yang sangat penting dalam hidupnya. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Fariz Haikal.