Nasi Paprik Cinta Bab 11.

Bab 11

Aku terjaga dari tidur. Aku raba telefon bimbit aku dan lihat waktu. Sudah masuk waktu Subuh. Aku cuba untuk bangun tetapi tangan Umar sedang memeluk diriku. Aku tersenyum. Aku mengiring dan memandang wajahnya. Wajah insan yang baru aku nikahi semalam.

            Aku cuit hidung yang tak berapa nak mancung sangat tu. Bulu-bulu yang ada diwajahnya aku usap dan jari aku jatuh pada bibirnya yang dari semalam asyik mengucapkan sayang. Aku sayangkan dia. Perasaan sayang yang tak pernah aku rasa ketika bersama dengan Irhan. Memanglah sebab Irhan hanya teman lelaki tapi di sebelah aku ini adalah suami.

Ketika sedang asyik mengamati wajah itu, tiba-tiba Umar membuka matanya. Dia tersenyum. Aku cuba untuk bangun tetapi dia menarik tubuh aku dan terus dipeluk erat.

“Dalam diamkan usha muka abang. Tahulah abang ni handsome.” Muka aku mungkin bertukar rona. Rasa malunya.

“Mana ada. Jangan nak perasan sangat ya.” Dalih aku. Tetap tak mengaku dan masih dengan egoku yang entah setinggi mana.

“Pukul berapa sekarang?”

“5:30 pagi.” Jawab aku sepatah. Deruan nafasnya kedengaran di telingaku membuatkan aku tidak tentu arah.

“Terima kasih untuk semalam.”

Aku cuba tersenyum. Tapi tak semenanya aku tarik selimut dan tutup wajahku. Malu. Lagi satu rasa bersalah. Tak jujur dengannya. Aku berharap agar dia tidak mempersoalkan sesuatu nanti. Janganlah. Aku tak tahu jawapannya. Mungkin jika Umar tahu nahas Irhan dikerjakannya nanti. 

“Awat yang tutup muka? Malu?” Umar tergelak.

Aku diam. Dah tahu tanya lagi. Hang tak apalah, tak tahu malu.

“Comel isteri abang ni. Rasa macam tak nak bangun pula.” Parah! Jangan dia cakap dia nak duduk macam ni sampai pagi.

“Jangan nak mengada. Tak solat Subuh ke?” caras aku. Gila nak kena usik dengan mak abah dan adik-adik aku.

“Boleh qada.” Jawab Umar selamba. Mati-mati nak cari alasan untuk tidak bangun dari tidur.

“Mazhab mana yang awak ambil? Jangan nak mengarutlah.”

Umar tergelak. Dia bingkas bangun. Begitu juga dengan aku. Tetapi sepantasnya dia tarik aku ke dalam pelukannya. Aku hanya membiarkan walaupun hati terkejut.

“Ada apa-apa permintaan tak pagi ni? Nak abang masak apa?”

“Nak nasi paprik. Lama dah tak makan.” Minta aku. Memang aku dah rindu sangat dengan Nasi Paprik Cinta dia tu.

“Pagi-pagi lagi dah makan nasi paprik. Tak takut gemuk ke?” soal Umar.

“Kalau saya gemuk awak dah tak nak kat saya ke?” soal aku kembali. Soalan dibalas soalan. Kalau sedar, panggilan aku dah berubah. Semuanya selepas semalam dimarahi oleh abah. Cari pasal sangat cakap hang aku depan abah selori kena berleter dengan abah. Walaupun kekok tapi cubalah.

“Tak kot. Abang dah kahwin denga pengarah terkenal. Mungkin nanti abang akan dikelilingi dengan artis-artis yang hot. Tumpang populariti sayang. Mana tahu ada yang lebih cantik terpikat dengan abang.”

Bulat mata aku mendengar jawapan daripada dia. Aku lepaskan pelukan daripadanya dan badan aku pusing memandangnya.

“Awak ingat senang saya nak bagi awak rapat dengan artis-artis tu? Saya ikat awak dalam rumah duduk diam-diam.”

Umar ketawa. “Sayang juga sayang dekat abang ya. Tapi Erra Fazira sekarang single kan? Rasa macam nak masuk line lah.”

Tangan aku pantas mencubit perutnya. “Gatalkan sekarang ni. Tak apa. Kalau saya ada skandal dengan Izzue Islam awak jangan marah ya. Drama saya yang terbaru ni dia jadi talent saya.” Ugut aku.

Skrip dah ada. Cuma aku tangguhkan dulu untuk majlis perkahwinan aku dengan Umar. Selepas semuanya selesai aku akan shooting drama terbaru arahan daripada aku sendiri untuk slot Mutiara. Pelakonnya adalah Izzue Islam dan Anzalna. Memanglah aku seronok gila.

“Ni tak boleh jadi ni. Abang nak ikut awak shooting nanti.”

“Tak ada kerja ke nak ikut orang shooting?”

“Tak boleh. Nanti sayang menggatal dengan Izzue Islam.”

Aku tergelak besar. Hidung dia aku cuit.

“Tahu takut. Jangan cabar saya. Saya nilah hot stuff tau.”

Dia kembali mendakap tubuh kecil aku. Mata kami bertaut dan saling berpandangan antara satu sama lain.

“Selagi nyawa ini masih bernafas, jangan harap ada sesiapa yang boleh ambil sayang daripada abang. Abang sesekali tidak akan benarkan.” Ujarnya lembut.

Aku terkedu. Aku sudahlah lemah sikit dengan ayat-ayat cinta ni. Panahan mata Umar ke dalam mata aku juga membuatkan aku tidak keruan.

“Dahlah, saya nak mandi.” Aku melarikan anak mata aku dari terus memandang matanya. Tuala aku capai dan mahu melangkah menuju ke bilik air.

“Kita mandi sekali.”

Bulat mata aku. Mandi sekali? Tidak!

“Tak nak…”

Umar tidak mengendahkan. Dia mengangkat aku dan kami masuk bersama ke dalam bilik air. Pintu ditutup dan dikunci. Umar memang suka buat kerja macam ni.



Selepas selesai solat Subuh dan bersiap, aku melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur. Umar dah hilang tadi lagi. Katanya nak masak permintaan aku. Untunglah dapat suami pandai masak. Aku jangan haraplah nak masuk dapur. Masuk dapur aku makan bolehlah.

           Kelihatan Umar sedang menghidangkan makanan. Dari jauh aku bau nasi paprik yang aku minta tadi. Keluarga aku masih belum kelihatan. Mungkin letih kenduri semalam yang memerlukan rehat yang banyak.

“Sayang.” Tegur Umar.

Aku mengukirkan senyuman. “ Nak tolong apa-apa tak?”

“Tak payahlah. Sayang duduk dan makan.”

Malu pula rasa. Selalu isteri yang masakan untuk suami tapi aku terbalik pula. Tak apalah, nanti aku cuba untuk merajinkan diri untuk masak. Aku cuma malas masak bukannya tak reti memasak. Dua perkara yang berbeza.

“Eloklah tu, Wawa. Biar suami masak hang duduk saja. Umar, hang jangan nak manjakan Wawa sangat. Takut nanti dia terlebih mengada-ngada.” Tiba-tiba suara mak menyampuk. Pagi-pagi lagi dah kena leter dengan mak. Sabar sajalah.

“Tak apa mak. Sekali sekala. Lagipun Wawa nak sangat makan nasi paprik ni.”

“Sekali sekala nanti lama-lama melampau. Wawa ni anak mak. Mak tau macam mana perangai mengada-ngada dia tu.” Mak menuju ke sinki dan membasuh tangan. Dia mendekati meja dan duduk di hadapan aku.

“Mak, nanti Wawa masaklah. Mak sendiri tau yang Wawa ni bukan tak pandai masak. Wawa cuma malas nak masak.”

Mak menjuihkan bibirnya. Umar menuangkan air ke dalam cawan mak. Rajin sungguh suami aku ni. Aku rasa bangga pula.

“Mak, abah mana mak?” soal Umar.

“Abah hang pi masjid tadi. Tak balik-balik lagi pun.”

“Yaya dengan Farhan?” soal aku pula. Selalunya riuh rumah aku ni bila aku balik. Lagi-lagi semalam baru majlis berlangsung.

Sanak-saudara aku tak ramai yang dapat datang semalam. Kebanyakan adik mak dan abah kerja di Kuala Lumpur. Mereka akan hadir bila majlis di sana sahaja nanti.

“Kakak!” tegur Farhan ceria. Aku menoleh. Kelihatan Farhan yang sudah segak dan Yaya yang berpakaian seperti mahu keluar. Katanya semalam, hari ini dia ada peperiksaan. Tahun-tahun akhir ni biasalah semuanya sibuk.

“Macam mana pengantin baru? Okay semalam?” Yaya bertanya.

“Amboi, Yaya. Awat yang gatal sangat ni?” Bukan aku yang balas tapi mak lagi pantas membalasnya. Aku dan Umar sudah tergelak.

Farhan pula menunjukan tanda bagus kepada kakaknya itu. Mestilah mak marah. Mak dia jaga sungguh segala percakapan anak-anak dia. Jangan ada yang tidak menyenangkan hati pasti akan ditegur.

“Mak ni. Yaya dah besar dah. Dah boleh kahwin dah pun.”

“Yalah tapi tak elok anak dara dok bercakap macam tu. Nanti orang kata mak tak ajar pula.” Balas mak.

“Kak tak pi bulan madu ke?” soal Farhan pula.

Umar menarik kerusi sebelah aku. Dia hanya memandang aku di atas pertanyaan Farhan itu.

“Tengoklah macam mana nanti. Kalau kak tak busy kak pi kot.” Ujar aku. Nasi paprik aku suapkan ke dalam mulut.

“Tak payah honeymoon pun tak apa. Dalam bilik dah cukup dah Farhan.” Balas Umar membuatkan aku pijak kakinya di bawah meja.

Berkerut wajah suamiku menahan kesakitan. Suka lagi bergurau macam tu. Jujur aku tak suka. Semua yang ada di meja makan tergelak. Termasuklah mak aku yang bajet-bajet serius. Biasalah bukan menantu pilihan. Mungkin nak tunjuk lagak sebagai ibu mentua.

“Umar, mak nak pesan. Jaga Wawa ni baik-baik. Macam mana sekalipun, tanggungjawab untuk beri nafkah tetap atas hang. Bukan atas Wawa. Jadi mak harap hang jangan cuba ambil kesempatan atas kesenangan Wawa. Mak tak suka.” Pesan mak.

“Mak…” aku memberi amaran yang aku tak nak mak cakap macam tu. Aku berharap agar Umar tak terasa dengan apa yang dikatakan oleh mak.

Umar hanya tersenyum.

“InsyaAllah mak. Umar tahu tanggungjawab Umar sebagai suami.” Balas Umar. Tenang sahaja.

“Mak bukan tak percayakan hang atau merendah-rendahkan hang. Wawa anak mak. Mak tak suka tengok dia susah.”

“Mak sayang juga kat Wawa ya.” Usik aku sambil tersengih.

“Siapa tak sayang anak? Kot hang yang tak sayang mak tak taulah.”

“Siapa tak sayang siapa ni?” Abah yang baru balik dari surau menyampuk. Kami semua tersenyum. Mak menuangkan air ke dalam cawan abah.

“Abah, maaflah Umar tak dapat ikut abah ke surau.”

Abah tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Suratkhabar yang ada di tangannya diberikan kepada aku. Aku lihat muka depan. Terpampang wajah aku dan Umar untuk majlis semalam.
Pengarah filem Guris milik jejaka U

Tergelak aku membaca tajuk akhbar pada hari ini. Patutlah abah bagi pada aku. Rupanya ada berita pasal anak dia. Abah ni memang sangat menyokong aku dalam kerjaya aku ketika ini. Tapi tak hairanlah sebab dia dulu jurukamera kat sebuah stesen Tv. Bakat dia tu jatuh pada aku.

“Abah faham orang yang baru kahwin ni, Umar. Biasalah terlewat bangun tu.” Ujar abah sambil tersengih-sengih. Farhan dan Yaya sudah tergelak.

Aku memandang muka abah dan membulatkan matanya. Umar cuba memegang tangan aku bawah meja. Dia turut tersengih-sengih.

“Cepat sungguh berita hangpa tersebar.” Ujar mak mengambil suratkhabar itu dari aku.

“Boleh tak Yaya nak ambil suratkhabar ni?” soal Yaya.

“Hang nak buat apa?” aku bertanya sambil kening aku terangkat sebelah.

Yaya sengih. “Nak tunjuk kat kawan-kawan Yaya kat kolej. Bangga tau ada kakak artis.” Balas Yaya tergelak-gelak.

Aku membalas dengan jelingan.

“Jangan nak mengarut Yaya. Abah beli bukan sebab nak bagi hang bawa pi kolej. Abah beli nak baca berita yang ada dalam tu. Kak hang tu bukan artis. Kak hang tu hanya pengarah filem.” Sekali kena dengan abah.

Yaya terus tarik muka. Aku angkat ibu jari aku dan tunjukan tanda bagus padanya. Dia membalas dengan jelirkan lidah.

“Orang yang terlibat dengan seni bukan semua artis ke?” Yaya tidak puas hati.

Abah tidak menghiraukan. Dia hanya terdiam dan minum air yang dihidangkan oleh mak tadi. Lagilah Yaya tarik muncung. Perangai dia dengan aku tak sama. Yaya ni mengada terlebih-lebih sikit. Tapi betul ke aku ni tak mengada-ngada?

“Tak apalah. Yaya pi kelas dulu. Nanti lewat.” Yaya terus ambil buku di atas meja dan dia bersalaman dengan semua yang ada di situ sebelum melangkah keluar. Aku hadiahkan dia sebuah kereta Myvi untuk kemudahan dia. Sebelum ni dia naik motosikal saja. Sebab dah ada lesen aku bagi sebuah. Tapi sebenarnya untuk kemudahan kalau mak nak pergi mana bila abah tak nak pergi. Boleh ajak Yaya.

“Umar, nanti menetap kat sanalah ya?” soal abah.

“Umar ada mohon kerja kat sana. Mungkin Umar akan menetap di sana abah. Tak sanggup nak duduk jauh dengan Wawa.”

“Biasalah tu pengantin baru. Kalau seorang utara seorang selatan bila yang mak nak dapat timang cucu pulakan.”

Aku tersengih. Cucu? Mak tunggu anak dari aku? Tak sabar pula rasa. Aku memang sangat sukakan kanak-kanak. Pernah berhasrat nak ambil tapi mak melarang. Mak nak aku ada zuriat sendiri.

“Kami usaha secepat mungkin, mak.” Balas Umar. Mak tergelak kecil. Begitu juga dengan abah.

“Umar, abah nak pesan jaga anak abah ni baik-baik. Terima baik buruknya dan cuba untuk bawa Wawa ni sama-sama menuju syurga Allah.”

“InsyaAllah, abah. Umar akan cuba. Dia insan yang Allah utus untuk saya didik dan jaga. Saya tidak akan mempersiakan dia.”

Sebak aku mendengar pengakuan yang bagi aku sangat ikhlas itu. Semoga aku dapat jadi isteri yang menyenangkan hati suamiku.



Petang itu Umar bawa aku pusing Penang. Ini bulan madu kecil katanya. Risau kalau balik Kuala Lumpur nanti masing-masing sibuk. Lagipun Umar telah dipanggil untuk temuduga satu jawatan. Dia berharap sangat dapat jawatan itu. Aku pula sibuk shooting untuk drama terbaru. Memang akan susah nak jumpa nanti.

           Kami memilih untuk bersantai di tepi pantai. Selepas pekena Pasembor dan Nasi Kandar Line Clear tadi, terasa seronok pula kalau dapat rasa angin pantai ditambah pula feeling orang tengah bercinta.
        
    Aku turut terhibur dengan telatah anak-anak kecil yang seronok bermain air. Langsung tak ada rasa takut. Tiba-tiba teringin pula nak ada anak sendiri. Yang lahir dari rahim aku sendiri. Tapi sabar dulu. Baru kahwin jangan gelojoh sangat.

           One day.” Ujar Umar sambil mengusap perutku yang masih kosong tiada jasad di dalamnya.

           Aku tersenyum. Tangan dia dan aku bertaut. Masing-masing sedang mengikat janji untuk saling melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah.

“Boleh saya tanya satu soalan?” soal aku.

“Tanyalah. Apa sahaja untuk sayang.”

“Awak ikhlas ke kahwin dengan saya?” soal aku. Hanya inginkan kepastian. Kalau betul dia ikhlas, dia akan terima buruk baik akukan.

“Awat tanya macam tu?”

“Jawablah dulu.”

“InsyaAllah ikhlas. Pada mulanya memang macam tak logikkan. Menyamar jadi bakal suami sayang untuk lepaskan diri daripada Irhan tapi sebenarnya Wawa cengeng ni adalah jodoh abang.”

 “Kan? Macam tak betul saja saya masa tu. Tiba-tiba mengaku awak bakal suami. Kenapalah mamat Nasi Paprik Cinta ni juga yang jadi pilihankan?”

“Tak dinafikan dah disitu yang wajah handsome abang ni yang memikat sayang untuk jatuh hati pada abang.”

“Tapi bukan itu yang buat saya jatuh cinta kat awak tapi bak kata Irhan aura Nasi Paprik Cinta awak tu yang buat hati saya terpaut pada tuannya sekali.”

“Awat sayang tak pilih Irhan?”

“Sebab dia bukan jodoh yang terbaik untuk saya. Jodoh saya adalah awak.”

“Macam mana sayang tahu?”

“Apa guna jadi orang Islam kalau tidak tahu meminta petunjuk daripadaNya. Saya memang nampak rock tapi saya tak pernah lupa siapa Pencipta saya. Kepada Dialah saya meminta petunjuk.”

Umar senyum. Dia mengusap lembut rambut aku yang terbang ditiup angin.

“Lagi bagus kalau rambut ini tutup sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam, sayang. Seperti abang cakap dulu. Abang tak akan memaksa. Tapi abang teringin sangat nak tengok sayang tutup. Biar abang seorang sahaja yang tengok aurat sayang.”

Aku mengangguk. InsyaAllah satu hari nanti impian dia akan tercapai. Aku akan cuba untuk ubah bagi memastikan kebahagiaan suamiku.

“Saya ada satu lagi soalan penting yang perlu saya tanya kat awak.”

“Amboi, banyaknya soalan. Rasa macam kaunter pertanyaan pula. Tapi rasanya layak kot jadi pekerja kat kaunter pertanyaan. Sudahlah handsome, pandai menjawab pula tu.” Umar memuji dirinya sendiri membuatkan aku tersenyum senget. Suami pun kuat perasan!

“Perasan tak habis-habislah awak ni.” Balas aku.

“Nak tanya apa sayang?”

“Kalau dulu awak ditakdirkan berkahwin dengan orang yang sudah tidak suci lagi, awak akan terima dia atau tidak?”

Umar memandang aku pelik. Ya, memang patut pelik. Aku tiba-tiba tanya soalan yang macam tu.

“Entahlah, sayang. Cuma bagi abanglah, abang dah berusaha jaga diri abang supaya tidak kalah dengan hasutan nafsu yang membawa kita kepada benda yang hina, jadi abang menginginkan seseorang yang turut sama macam abang. Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Allah tu Maha Adil.”

Tersentap aku mendengar jawapan daripada dia. Jadi dia menolak orang yang sudah tidak suci lagi. Allah. Bagaimana penerimaannya nanti kalau dia dapat tahu pasal semua ini? Aku takut kehilangan dia.

“Awat sayang? Ada masalah ke?” soal Umar.

Aku pantas menggeleng. Aku cuba untuk tersenyum agar perubahan wajah ini tidak kelihatan begitu ketara.

“Tapi abang yakin sayang adalah orang yang terbaik untuk abang. Sayang tak akan buat benda-benda macam tu. Abang yakin sangat.”


Aku cuma tersenyum. Tidak membalas atau berkata apa-apa. Hanya deruan ombak pantai yang kedengaran indah. Aku takut aku tak mampu. 

NASI PAPRIK CINTA BAB 10

"Terima kasih kerana sudi menjenguk lagi. Maaf lambat update. Enjoy reading! Muah CIked!


Debaran semakin terasa bila hari yang dinantikan telah tiba. Walaupun buat persiapan di hari-hari terakhir tetapi alhamdulillah semuanya sempat untuk disiapkan. Aku buat kenduri yang sama pada hari pernikahan kerana mahu menjimatkan masa. Tapi aku akan adakan di Kuala Lumpur bagi mereka yang tidak dapat hadir kerana kekangan masa.

            Telefon bimbit aku berdering. Catrina ada di sebelah aku mengambil telefon bimbit lalu diberikan pada aku sambil tersengih-sengih.

“Kau apahal sengih-sengih? Gila?” soal aku sambil menjeling ke arahnya. Catrina sahabat terbaik aku. Dia sentiasa ada di sebelah menyokong dan sentiasa memberi semangat buat aku.

“Kau ni dah nak kahwin pun masih nak kasar-kasar macam ni. Cepatlah jawab call tu. Abang sayang marah nanti.” Desak Catrina.

Aku menyapu skrin dan meletakan telefon bimbit aku di telinga bagi menjawab panggilan daripada Umar.

“Wawa, aku nervous gila.” Ayat pertama yang keluar dari mulut Umar. Geli hati aku bila dia bercakap begitu. Bila bercakap bab kahwin bukan main semangat. Tapi hari ini mengadu berdebar-debar pula.

“Pastikan sekali sahaja ya. Kalau dua atau tiga kali, tidur luar seminggu.” Ugut aku. Berharap semuanya berjalan dengan lancar.

“Ala, yang tu tak suka dengar tu. Mana boleh tidur luar. Baru nak berkenalan dah kena tidur luar.” Suara kecewanya kedengaran.

Aku tergelak. Mamat ni kelakar. Memang boleh masuk dengan aku yang kasar ini.

“Apapun good luck tau untuk sat lagi.Baca bismillah banyak-banyak.”

“Wawa, hang tak akan larikan?”

Aku kerut dahi.

“Aku lari sungguh baru tahu. Nak sangat aku lari ikut banglakan?”

“Eh, tak maulah. Aku mahukan kepastian sahaja. Aku sayang hang tau.”

Aku mengukirkan senyuman lebar. Aku tahu itu. Dia memang sayangkan aku. Satu-satunya lelaki yang aku pernah jumpa yang sanggup melayan semua karenah aku. Tidak pada Irhan, tidak pada lelaki lain. Tapi ada pada Umar.

Irhan masih lagi mengganggu aku. Makin menyakitkan hati tapi aku layankan sahaja walaupun marah. Kalau setakat mengganggu begitu sahaja tak apa tapi jika dia ambil tindakan yang lebih buruk aku tak teragak-agak untuk berhadapan dengan dia.

“Okaylah. Aku nak siap ni. Kita jumpa sat gi.” Aku ingin mematikan panggilan telefon. Debaran sangat terasa. Macam nak terkeluar jantung aku tau. Lagipun aku tak selsai lagi bersiap.

“Okay. Kita jumpa satgi bukan lagi sebagai kawan tapi sebagai suami isteri. Tak sabar pula rasa.” Ujar Umar dengan suaranya yang ceria.

“Okay. Bye.”

“Bye. Teringat malam pertama pula ni.”

“Umar!” sempat lagi dia bergurau sebelum mematikan panggilan telefon. Aku tersenyum. Tapi air mata aku tiba-tiba mengalir laju.

“Kenapa ni, Wawa?” Catrina menyoal. Cepat-cepat dia ambil tisu kerana bimbang solekan aku rosak.

“Aku tak tahu nak hadapi macam mana nanti, Catrina. Umar baik sangat dengan aku.”

“Dahlah. Tak payah fikir pasal tu. Aku yakin dia akan terima buruk baik kau, Wawa. Percayakan aku.”

“Tapi kalau tak?”

“Wawa, kau kena kuat. Jadi Wawa yang lama boleh tak? Hari ni hari bahagia kau. Tak elok kau menangis macam ni.”

Aku memeluk Catrina seketika sebelum melepaskan pelukan itu. Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Terjengul wajah Yaya yang sedang tersenyum. Dia sudah segak berbaju kurung yang telah ditempah khas untuk majlis aku.

“Abang Nasi Paprik Cinta dah mai dah. Mak suruh keluar.” Ujar Yaya sambil tersengih-sengih.

Catrina membetulkan solekan aku. Hati aku bertambah terasa debarannya. Ya Allah, semoga semuanya selamat.

“Cantiknya hang, kak. Tiba-tiba rasa macam bukan kakak Yaya ni.” Puji Yaya.

“Dah , tak payah nak puji sangat.  Tak dapat upah.” Balas aku. Sengaja mahu mengusik Yaya disamping menghilangkan rasa takut aku.

“Boleh ke aku lakukan semua ini, Catrina?”

Catrina mengangguk. “Ya. Kau memang layak untuk rasai kebahagiaan.” Ujar sambil tersenyum.

Aku membalas senyuman itu. Tubuhnya aku tarik dan aku peluk erat.

“Terima kasih. Kau sahabat dunia akhirat aku.”

Sekali lafaz, aku milik Umar Al-Hafiz. Kini status aku bertukar menjadi isteri orang. Debaran tadi semakin berkurang. Syukur pada keluarga yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk semua ini disamping juga kehadiran seorang sahabat yang bernama Catrina. Dia sentiasa ada ketika susah dan senang.
          
Umar datang menghampiri aku. Tadi dia meminta kebenaran untuk bertemu dengan sahabat-sahabatnya sebentar. Legalah sikit hati aku ni. Habis sahaja akad tadi, tak habis-habis aku disakat olehnya. Bila dia tak ada terasa lapang sikit. Barulah nak bernafas sikit.

“Dah habis dah jumpa kawan?”

Umar tersengih. Dia memeluk bahu aku. Umar kelihatan segak berbaju pengantin. Di kepalanya disematkan tengkolok yang menambahkan lagi kekacakan suami aku ni. Tak sangka dah jadi suami isteri dah aku dengan dia.

“Dah. Depa dah balik. Hang comel hari ni, Wawa. Geram aku.” Ujar Umar sambil mengigit bibirnya menahan geram. Lain macam sungguh Umar hari ini.

Aku tergelak kecil. “Hang ni. Jangan nak buat muka gatal sangat. Aku tumbuk satgi naya kot.”

“Hang ni ganas sungguh. Dah jadi isteri orang dah pun. Tak sangka kita dah jadi suami isteri dah, Wawa. Tertunai juga harapan aku nak berbinikan hang.”

“Aku pun tak pernah sangka mamat Nasi Paprik Cinta ni juga yang jadi suami aku. Aku fikir aku jadi isteri nombor dua Izzue Islam dah.” Aku sengih.

Umar memicit hidung aku sehingga merah. Itulah kegemaran dia. Tahulah cemburu dengan hidung aku yang mancung ni.

“Nasib baik sekali lafaz saja. Kalau tidak mesti tidur luar malam ni. Tak dapat nak rasmi dulu.” Bisik Umar di telinga aku.

Hati aku tiba-tiba diundang rasa debarnya. Aku tidak mahu ingat lagi peristiwa hitam itu tetapi ia datang kembali. Moga Umar tidak tahu selama-lamanya. Tuhan, izinkan aku bahagia bersama insan istimewa ini.

“Hoi! Termenung pula hang ni.” Umar menepuk bahu aku. Aku kembali ke alam nyata. Macam mana boleh termenung pula ni?

“Hang ni. Suka sangat terkejutkan aku. Nasib baik tak ada sakit jantung tau. Kalau ada aku yakin mesti hari ini hang jadi duda.”

Umar memeluk bahu aku erat. Dia memandang mata aku dan aku membalas pandangan itu.

“Aku tak nak kehilangan hang. Aku akan cuba jaga rumahtangga yang kita bina ni dengan sebaik-baik. Maafkan aku kalau aku tak mampu nak bagi kemewahan untuk hang tapi insyaAllah aku mampu bagi cinta aku sepenuhnya.” Ujar Umar lembut.

Terharu aku bila mendengar pengakuan ikhlas itu. Aku tak minta kemewahan tapi aku minta kebahagiaan. Aku tahu kebahagiaan itu milik Dia tapi kalau bukan kita yang berusaha untuk kebahagiaan itu mana mungkin Dia berikan begitu sahaja.

Sweetnya aku dengar. Tapi cinta hang tu boleh bagi aku makan ke?” aku membalas sarkastik. Mana boleh tunjuk aku ni dah rasa macam nak peluk dia ketat-ketat dah ni. Brutal dan ego tetap kena ada. He!

“Cis!” Umar menolak kepala aku sedikit. Main kasar sungguh suami aku ni. Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin suka sangat tolak kepala. Lama-lama isteri dia bengong baru tahu. Dahlah tak berapa nak betul dah ni.

“Dari jauh mak dok perati hangpa dua ni. Main-main tolak kepalalah, picit hidunglah apalah. Hangpa ingat sweet ka macam tu? Malulah kat tetamu yang mai ni. Depa dok perati ja perangai hangpa dua.” Tegur Mak. Dari mana mak datang aku sendiri tidak pasti. Abah langsung tak nampak. Mungkin sedang melayan tetamu yang hadir.

“Kami dah halal dah mak.” Balas aku. Sengaja nak mencetuskan leteran mak aku lagi. Tak percaya tengoklah.

“Mak tau. Tapi tak payahlah nak tunjuk kat semua orang yang hangpa ni sweet. Nanti masuk bilik hangpa nak sweet-sweet lantak hangpalah. Mak tak larang.”

Aku tayangkan sengihan buat mak. Umar di sebelah menggaru kepalanya.

“Ka mak jealous tengok kami dua?” usik aku lagi.

Mak membalas dengan jelingan. “ Tak ada masa mak nak jealous. Dahlah, mak nak masuk solat asar. Satgi kalau ada yang cari tuan rumah, hang wakilkan sat.” pesan mak sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku memandang Umar. Umar membalas pandangan aku. Kami berdua tergelak bersama-sama. Kadang-kadang aku rasakan yang kami ni layak masuk Maharajalawak tak pun pertunjukan sarkas. Perangai tak semena-mena.

“Assalamualaikum.” Satu suara datang menegur. Aku dan Umar yang sedang menghabiskan sisa ketawa memandang serentak.

Terkedu aku saat terpandangkan wajah itu. Aku tak jemput tapi dia berani tunjukan muka. Allah. Tiba-tiba hati aku berdebar kencang. Jangan dia cuba untuk buka cerita tentang peristiwa itu.

“Waalaikumussalam.” Umar yang menjawab salam daripadanya. Aku peluk tubuh dan kepala aku tunduk memandang ke tanah.

“Tahniah atas perkahwinan kau orang berdua.” Ujar Irhan. Aku sendiri tidak tahu apa muslihat dia pula kali ini. Tapi aku memang meragui kehadiran dia. Iyalah tidak dijemput tapi dengan rasa tak malu datang tunjukkan diri.

“Terima kasih.” Jawab Umar. Aku tahu Umar tidak selesa dengan kehadiran Irhan.

“Aku fikir aku akan dapat semula Wawa tapi kau yang dapat, Umar. Hebat juga aura Nasi Paprik kau tu.”

Aku angkat kepala dan memandang wajahnya tajam. Jangan bangkitkan kemarahan aku, Irhan.

“Jodoh aku sememangnya dengan Wawa. Sorrylah bro. Hang tak dapat nak memenangi hati Wawa lagi. Dia hanya milik aku.”

Irhan tergelak. Matanya tidak lepas dari terus memandang aku. Sungguh aku benci dengan pandangan itu. Sangat menyakitkan hati.

“Mana tahu satu hari nanti aku akan dapat Wawa balik. Wawa mana boleh hidup dengan kau yang kerja entah apa-apa ni. Kau nak tahu tak dia pernah bagitau aku yang dia nak cari lelaki kaya. Setakat kau ni hanya untuk dia lepaskan diri daripada aku saja.”

Pedas! Sangat pedas kata-kata yang dilontarkan kepada Umar. Aku pandang Umar. Lelaki itu hanya tersenyum. Tapi aku tahu dalam hatinya dia menahan amarah. Kalau ikutkan hati nak saja aku halau lelaki durjana ini dari terus menyakitkan hati suamiku.

“Aku tak pernah cakap ya, Irhan. Kau jangan nak memandai!” marah aku. Memang rasa nak tumbuk biar pecah muka tak tahu malu tu.

Irhan tergelak. Dia mengenyitkan mata kepadaku. Irhan memang berani. Dia langsung tidak menghormati Umar di sebelah.

“Sayang, jangan peduli orang yang terdesak macam ni.  Orang terdesak memang sanggup buat apa sahaja termasuklah fitnah hanya kerana kemahuan hati tu tak tercapai. Tapi sebenarnya dia dah kalah.” Balas Umar pula. Kali ini memang sinis.

“Umar, kau jangan angkuh. Kau pernah tanya tak yang Wawa ni ada…”

“Irhan, stop it! Kau balik sekarang.” Aku mencantas. Aku tahu apa yang dia nak cuba cakapkan. Sebelum terlambat baik Irhan pergi. Tolonglah jangan ganggu hari bahagia aku.

Tubuh Irhan aku tolak supaya pergi dari sini. Aku tak pernah merelakan dia datang ke majlis aku.

“Okay sayang. Aku pergi. Tapi jangan ingat kau orang akan bahagia. Aku tidak akan letih untuk mengambil balik apa yang sememangnya adalah hak aku. Aku tetap cintakan Najwa Natasha. Jangan berangan Umar kau dapat memiliki dia selamanya.” Irhan mengingatkan sebelum dia melangkah pergi.

“Aku minta maaf.”

“Untuk apa?” soal Umar.

“Pasal Irhan. Aku tak sangka dia datang. Sumpah. Memang aku tak jemput dia pun.”

Umar senyum. Kepala aku diusap lembut.

“Itulah hang. Hot sangat. Apalah yang hang janji dengan dia sampai dia jadi meroyan macam tu.”

Aku mencubit perutnya. Dia mengaduh kesakitan. Suka lagi melawak yang macam ni. Memanglah aku marah.

“Aku ragu-ragu juga. Betul ke hang nak kahwin dengan lelaki kaya ja?”

“Hang jangan nak mula Umar. Kita dah bercakapkan hal ini sebelum ni.” Aku memberi amaran. Kadang-kadang aku rasa macam Umar ni sengaja nak cari gaduh dengan aku. Entah apa yang syok sangat bergaduh dengan aku pun tak tahu.

“Irhankan kaya. Aku ni apa yang ada. Majlis ni pun sebab duit simpanan aku tu. Kalau tidak memanglah tak merasa aku nak kahwin.”

Aku hentak kaki kegeraman. Aku pandang wajahnya dan mendengus geram. Dah malas nak layan, aku masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik. Pintu aku tutup dan aku duduk di atas katil. Irhan dan Umar ni masing-masing suka buat aku naik angin.

Pintu terkuak. Wajah Umar yang sedang tersengih memandang aku. Aku buat tak endah sahaja. Aku mengambil iPhone 6 yang baru sahaja aku guna itu dan melayan Whatsapp dari kawan-kawan yang mengucap tahniah. Tak kurang juga yang mengatakan maaf kerana tidak dapat hadir.

“Merajuk pula sayang aku ni.” Ujar Umar sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Aku tetap macam tadi. Asyik membalas Whatsapp.

Dia tidak puas hati. Telefon aku dirampasnya. Aku memandang dia dengan pandangan tajam.

“Bak balik telefon tu.” Minta aku. Main rampas-rampas pula. Siapa suruh cari pasal tadikan?

“Tak nak.”

“Bak balik. Orang nak balas Whatsapp tu lah.” Marah aku. Cuba merampas daripadanya tetapi cepat tangan dia ke belakang.

Kiss dulu.”

“Herr! Mengada-ngadalah hang ni. Bagilah balik. Aku nak Whatsapp kawan-kawan akulah.”

“Sekarang ni siapa lagi penting? Abang atau kawan-kawan sayang?”

Aku terkedu! Abang? Sayang? Tiba-tiba tukar panggilan pula dah kenapa ni? Meremang bulu roma aku saat dia berkata begitu. Aku cuba tersengih.

“Apa hang merepek ni, Umar?”

“Jangan lupa. Kita dah jadi suami isteri. Mana boleh hang aku dah.” Umar bangun. Dia mendekati aku. Aku cuba menjauhkan diri tetapi dia makin dekat.

“Tapi gelilah weyh!” Aku tidak setuju. Aku tahu sememangnya itulah panggilan yang patut aku panggil kepada dia tetapi tak akanlah begitu drastik. Tiba-tiba nak panggil abang? Herr!

Practice make perfect, sayang. Kalau nak telefon ni, sila panggil abang dulu.”

“Tapi…”

“Dan lagi satu. Gelarkan diri tu sayang juga. Okay, bermula dari sekarang.” Umar melemparkan sengihannya buat aku.

“Memang taklah aku nak panggil macam tu. Tak sesuai langsung.”

“Jangan cabar abang, sayang.”

Dia membuka tengkolok yang masih tersemat di kepala lalu diletak tepi. Bahu aku dipegangnya dan mata kami bertaut. Mukanya semakin dekat dengan muka aku. Aku tidak mampu menolak. Hanya melayani pelakuannya kepadaku.

Bibir kami hampir bertaut. Tiba-tiba pintu diketuk. Aku tersedar dari khayalan asmara yang dibawa oleh Umar. Fuh! Nasib baik. Kalau tidak, tak sempat malam kami dah rasmi dulu. Malunya Ya Allah.

“Tak bagi chance langsunglah.” Umar bangkit dari duduk dan terus membuka pintu.

Terjengul wajah mak sambil mencekak pinggang.

“Mak suruh tunggu sat pun tak boleh sabar dah ka? Amboi, taulah hang pa dah halal tapi sabar dulu. Tunggu malam nanti mak kasi peluang.”

Muka aku dah merah. Umar pula tergelak kecil. Mak ni janganlah cakap macam tu. Malulah.

“Mak ni. Kami mana ada buat apa pun. Nak berehat saja sat.” dalih aku. Umar sukalah bila mak kata macam tu. Dia yang mulakan dulu.

“Mana boleh percaya. Masing-masing darah muda. Sekarang ni hangpa dua keluar dulu dari bilik ni. Kawan hangpa dok tunggu kat luar tu.”

Mak terus berlalu. Tak semenanya aku mencubit perut Umar.

“Hanglah ni. Gatal semacam.”

“Rugilah. Mak kacau line. Nak kiss pun tak sempat.”

Aku mendengus geram. Rambut aku betulkan dan aku pastikan semuanya kembali elok. Umar datang dari belakang dan dipeluk tubuh aku. Terkejut juga. Minta dilepaskan tetapi Umar meletakan kepalanya di atas bahu aku.

“Abang sayang isteri abang ni. Abang harap sayang dapat terima abang seadanya.” Ujar Umar. Sangat romantis kedengaran di telingaku.


‘Aku pun sayangkan hang, Umar.’ Kata-kata itu hanya mampu dibalas di dalam hati. Tidak mampu aku luahkan kerana perasaan malu yang teramat sangat. Tapi aku yakin sayang dan cinta itu tak semestinya perlu diucapkan kalau betul-betul ikhlas. Pasangan kita sendiri akan dapat merasainya.