Damia melabuhkan punggungnya di atas sofa sebaik sahaja mereka
sampai di rumah Hanis. Dia berasa begitu lega sekali. Akhirnya dapat juga
sampai ke rumah Hanis. Dia penat setelah hampir seharian duduk di dalam bas.
Ditambah pula kehadiran lelaki misteri yang sering membuatkan dirinya tidak
senang duduk. Ada
sahaja yang idea yang timbul di fikiran Izz Rayyan untuk mengusik Damia.
Namun, Damia bersyukur ke hadrat ilahi sepanjang kerana ALLAH
memelihara perjalanannya. Tiada perkara buruk yang berlaku sepanjang perjalanan
dari Kedah ke Kuala Lumpur .
Cuma disebabkan ingin lari dari Izz Rayyan terpaksalah Damia menerima beberapa
jahitan di dahinya.
Damia memerhati sekeliling rumah banglo milik Hanis ini. Rumah
banglo itu terhias cantik dengan pelbagai hiasan yang telah menampakkan rumah
banglo itu menjadi begitu unik. Rumah banglo itu dihiasi berkonsepkan ala-ala
inggeris namun masih lagi mengekalkan
ciri-ciri kemelayuan.
Betapa untungnya Hanis. Dapat lelaki kaya, sayang dan cintakan dia.
Malah sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hanis. Bahagia, bahagia.
Damia tersenyum memikirkan perkara tersebut. Tidak sangka perkahwinan yang
dirancang oleh keluarga kedua-dua belah pihak ini betul-betul memberi
kebahagiaan dalam rumahtangga Hanis dan suaminya, Faez.
Kalau diikutkan hati, dia juga mahu suami yang baik dan sayangkan
dia sepenuh hatinya sebagaimana Faez menyayangi Hanis. Tiada perempuan yang
tidak menginginkan suami yang baik. Tapi Damia tertanya-tanya di dalam hatinya.
Adakah lelaki yang bakal menjadi peneman hidupnya nanti adalah
lelaki yang baik? Layakkah aku untuk terima lelaki yang baik? Adakah lelaki
yang boleh menerima segala kelemahan aku? Pelbagai tanda tanya yang menghiasi
ruang fikiran Damia.
Hanis melihat Damia seperti sedang termenung jauh. Hanis meletakkan
beg pakaian milik Damia di tepi meja. Hanis menampar bahu Damia. Damia kembali
ke alam nyata. Terkejut dengan tindakkan Hanis yang tiba-tiba itu.
“Terkejut aku tau. Nasib baik tak ada lemah jantung. Silap-silap
haribulan arwah dah aku ni.”leter Damia. Mulutnya dimuncungkan ke hadapan.
Hanis tersengih. Hanis duduk bersebelahan dengan Damia. Dia
menyandarkan tubuhnya ke sofa. Mata Hanis memandang ke dapur seperti mencari
sesuatu. Damia menoleh memandang muka Hanis. Damia turut melontarkan
pandangannya ke arah dapur juga.
“Hang cari sapa?”tanya Damia ingin tahu.
“Aku cari Mak Tipah.Tak nampak pun dari tadi. Selalunya bila aku
balik saja mesti dia akan datang jemput aku.”jelas Hanis sambil matanya masih
meliar mencari Mak Timah di sekeliling ruang tamu itu.
“Mak Tipah? Siapa dia tu?"
“Pembantu rumah tapi aku dah anggap dia macam mak aku dah. Lagipun
kerja-kerja rumah ni kalau aku tak sibuk selalunya aku buat sendiri. Tak nak
lagi susahkan Mak Tipah. Mak Tipah cuma bantu aku sikit-sikit aje.
Kadang-kadang aku tak sempat nak masak, jadi Mak Tipah yang ambil alih tugas
aku…”
Selepas melihat tiada kelibat Mak Timah, Hanis bangun dari sofa. Dia
ingin ke dapur untuk membuat air. Cuaca panas hari ini benar-benar membuatkan
tekaknya berasa begitu kering sekali. Damia juga mungkin berasa sedemikian.
Kalau minum air yang diletakkan ais pasti sedap sekali walaupun air yang
diletakkan ais itu adalah air kosong sekalipun.
“Hanis, nak pergi mana tu?” langkah Hanis terhenti. Dia memandang ke
arah suara yang bergema sekejap tadi. Suara lembut itu milik Mak Tipah.
Hanis tersenyum. Dia berjalan mendekati Mak Tipah yang baru datang
dari arah tingkat atas rumah banglo itu. Hanis memimpin tangan Mak Tipah mendekati
Damia yang sudah terlena di atas sofa akibat keletihan dan kesakitan yang
dialami olehnya. Terpinga-pinga Mak Timah dibuatnya.
Sebenarnya Hanis begitu teruja hendak mengenalkan Damia kepada Mak
Tipah yang telah
dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri. Selama ini, dia hanya bercerita sahaja
tentang sahabat baiknya itu kepada Mak Timah tanpa mengenal siapa itu Damia.
Hari ini, Hanis berpeluang mengenalkan Damia kepada Mak Timah. Mak Timah juga
pernah berkata dia ingin sangat hendak bertemu dengan Damia selepas Hanis
menceritakan segalanya tentang Damia.
“Siapa ni? Jantan mana Hanis bawa balik ni? Jangan buat macam ni
Hanis. Tak baik. Dosa besar tau curang dengan suami. Kalau kawan sekali, Hanis
tak boleh buat macam ni sebab mungkin akan timbulkan fitnah. Kalau Hanis
sayangkan Faez dan mak, Hanis jangan buat perkara terkutuk ni.” Suara Mak Tipah
seakan merayu-rayu.
Hanis ketawa terbahak-bahak. Hanis menekan-nekan perutnya kerana menahan
ketawa yang terhambur. Muka Hanis yang putih sudah bertukar merah. Air mata
turut keluar kerana terlalu banyak sangat ketawa.
Mak Tipah masih lagi dalam kebingungan. Jelas wajahnya yang tadi
panik bertukar menjadi wajah yang berada dalam keadaan tanda tanya. Mak Tipah memandang
Hanis yang sedang seronok lagi ketawa. Apa yang diketawakan oleh Hanis tidak
pula Mak Tipah dapat kenalpasti.
Damia terjaga dari tidurnya selepas lenanya diganggu oleh suara
ketawa milik Hanis itu. Terpisat-pisat Damia menenyehkan matanya. Dia
membetulkan duduknya. Kepalanya dipegang. Masih lagi berasa denyutan. Mata
Damia tertumpu pada Hanis. Pelik melihat Hanis ketawa.
Kemudian, mata Damia memandang pula sebatang tubuh yang sedang
berdiri memandang ke arah dia dan Hanis silih berganti. Wanita itu sudah nampak
seperti sudah berumur. Mungkin ini Mak Tipah , orang yang Hanis cerita sebentar
tadi. Damia mengukirkan senyuman.
“Hanis, orang bagi nasihat boleh pula dia gelak. Kenapa ketawa
sampai tak ingat dunia ni? Jangan buat main-main Hanis. Perkara macam ni
bukannya boleh dipandang mudah.”leter Mak Tipah lagi selepas Hanis sudah mula
menghabiskan sisa-sisa ketawanya.
“Mak, ini Nurul Zara Damia Alisya… Ingat tak siapa dia ni?”Hanis memperkenalkan
kepada Mak Tipah.
Mak Tipah memandang Damia. Cuba mengingati sesuatu. “Siapa ni?
Tak pernah tengok pun.”
“Inilah Damia, mak. Kawan baik Hanis kat kampung dulu. Hanis pernah
cerita kat mak dulu. Ingat lagi tak?” Hanis memegang bahu Mak Tipah manja.
Mak Tipah mengukirkan senyuman. Dia sudah ingat siapa yang
dimaksudkan oleh Hanis itu. “Mak ingat dah… Damia. Akhirnya dapat juga mak
jumpa kamu.”
Damia tersengih. “Hanis cerita yang baik-baik ke atau yang
buruk-buruk?”
“Mak tak taulah. Kadang-kadang tu ada jugak sikit-sikit dia kutuk
Damia. Tapi sikit aje.”jujur sahaja jawapan yang keluar dari mulut Mak Tipah
Hanis memandang muka Damia untuk melihat reaksinya. Namun tiada
apa-apa reaksi terkejut atau marah pun di muka Damia. Sama sahaja ekspresi muka
Damia. Tersengih-sengih. Hanis menarik nafas lega.
“Sengal hang Hanis. Tak ada kerja lain dah la tu dok kutuk-kutuk aku
ni.”
Damia mengambil bantal yang diletakkan di atas sofa lalu
membalingkannya kepada Hanis. Bantal itu terkena tepat pada kepala Hanis.
Tudung yang dipakai oleh Hanis sudah berubah. Hanis menjengilkan matanya sambil
mencekak pinggangnya.
Damia tergelak melihat Hanis ketika marah. Nampak comel. Mak Timah
pula menggelengkan kepalanya. Itulah bila dua sahabat baik bertemu, umur tidak
lagi menjadi penghalang untuk mereka bersikap kebudak-budakkan. Mungkin
masing-masing ingin melepaskan rindu yang bersarang di dalam diri.
“Aku bukannya kutuk sangat pun. Cuma kadang-kadang terlepas cakap
sikit. Itu saja. Tapi kalau hang nak tahu, tadi mak yang kutuk hang. Betulkan,
mak?” Hanis menjongketkan kening kanannya. Bibirnya mengukirkan senyuman.
Sengaja mahu mengusik mak angkatnya itu.
Pantas sahaja tangan Mak Tipah menampar bahu Hanis yang berada di
sebelahnya. Mak Timah memandang Damia. Mak Timah mengukirkan senyuman.
“Mak minta maaf, Damia. Tadi mak ingatkan Damia ni lelaki, jadi mak
marah-marahlah kat Hanis ni sebab bawa balik lelaki dalam rumah. Dahlah Faez
pula pergi outstation. Takut timbul
fitnah. Tapi Hanis ni seronok saja gelakkan mak. Mak memang tak ada niat
langsung nak cakap macam tu. Spontan saja terkeluar kata itu bila tengok Damia.
Mak minta maaf ya. Mak harap Damia tak ambil hati.” Mak Tipah berkata ikhlas.
Memang betul dia langsung tidak terdetik pun hendak mengeluarkan
kenyataan tersebut. Selepas dia melihat Damia, mulut dia laju sahaja memarahi
Hanis. Dia memang tidak berkenan langsung jika ada perempuan yang membawa masuk
kawan lelaki ketika suaminya tiada di rumah walaupun telah mendapat keizinan
kerana berbagai-bagai masalah yang boleh timbul.
Damia mengangguk-ngangguk. Damia langsung tidak mengambil hati
dengan kata-kata Mak Tipah sebentar tadi. Bukannya kali pertama jantinanya
disalah ertikan. Sudah berulang kali namun kadang-kadang sengaja Damia
memekakkan telinganya. Dengan cara pemakaiannya, iaitu seluar jeans, baju
t-shirt, rambut pula dipotong pendek tidak hairanlah jika orang mengatakan dia
sedemikian rupa. Bagi Damia, buat apa nak memarahinya kembali. Perkara ini
terjadi pun disebabkan dirinya. Jadi tidak perlu dia mencari kesalahan di dalam
diri orang lain.
“Mak cik tak payah risaulah. Saya memang tak ambil hati langsung.
Bukannya kali pertama mak cik orang panggil saya lelaki. Kalau mak cik nak
tahu, waktu kat kampung dulu, lagi ramai orang kata kat saya. Satu saja saya
pegang, mulut orang kita memang tak boleh tutup. Itu saja.”celoteh Damia
panjang lebar.
Terangguk-angguk kepala Mak Tipah khusyuk mendengar celoteh daripada
Damia itu. Alangkah bagusnya jika Damia menjadi perempuan sejati. Berpakaian seperti
perempuan. Semestinya cantik. Damia memang memiliki kecantikkan semulajadi yang
telah dianugerahkan oleh pencipta. Kecantikkan Damia memang tidak dimiliki oleh
semua orang.
Hanis yang duduk ditepi Mak Tipah hanya mendengar tanpa menyampuk
sepatah pun. Dia mahu membiarkan Mak Timah dan Damia menyesuaikan diri apabila
bersama.
“Tak payahlah panggil mak cik. Panggil saja mak. Lebih mesra gitu.”
Mak Tipah bangun dari sofa meninggalkan Hanis keseorangan di situ lalu
melabuhkan punggungnya di sebelah Damia.
Hanis menggelengkan kepalanya. Mak Tipah dah boleh sangat
menyesuaikan diri dengan Damia walaupun mereka baru berkenalan tidak sampai pun
sejam. Namun dari cara percakapan mereka seperti sudah kenal lama.
“Kalau mak tanya, Damia jangan marah ye.” Damia mengangguk sambil
menanti pertanyaan daripada Damia. “ Kamu tak mahu ubah diri kamu ke? Mak minta
maaf kalau pertanyaan mak ni buat kamu terasa.”
Damia tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi yang teratur
kemas.
“Mak adalah orang yang ke 100
tanya saya soalan yang sama.”
“Ya ke?Habis tu apa jawapan dia?”
Damia mengangguk. Rasa-rasanya sudah lebih daripada 100 orang tanya
soalan yang sama. Damia mempunyai jawapan tersendiri.
“Of course lah nak, mak.
Saya kalau boleh hari ni juga nak buang imej jantan saya ni tapi saya masih tak
mampu lagi nak buat demikian. Salah satu sebab saya datang KL ni sebab nak ubah
diri saya ni lah. Kalau duduk kampung, alamatnya memang tak boleh nak ubahlah.
Saya nak juga merasa jadi perempuan. Nampak seronok ja jadi perempuan. Boleh
berfesyen-fesyen.”
“Macam tu ke? Apa yang membuatkan kamu tak boleh nak ubah lagi diri
kamu ni?”tanya Mak Tipah lagi ingin tahu. Mungkin dia dapat membantu
serba-sedikit.
“Tak ada orang nak bagi sokongan kat saya. Orang yang nak mengutuk
saya banyaklah. Itulah, saya datang sini mana tahu Hanis boleh bantu saya tukar
imej saya ni. Bolehkan, Hanis sayang? ” Damia melihat Hanis dengan ekor matanya.
Pertanyaan itu dibiarkan sepi. Hanis masih lagi membisu. Damia
menoleh memandang Hanis. Termenung rupanya. Patutlah pertanyaan itu tiada
jawapannya. Damia mengambil bantal sofa lalu dilemparkan kepada Hanis.
“Hoi abang sayang.” Hanis yang terkejut dengan balingan maut
daripada Damia itu melatah.
Hanis mengurut dadanya. Terkejut tiada terkira. Damia dan Mak Timah
seronok saja ketawakan Hanis yang masih lagi dalam keadaan yang terkejut akibat
sergahan tadi.
“Patutlah kita tanya soalan hang tak jawab. Teringat kat Encik Faez
rupanya.”usik Damia.
Hanis tersenyum malu. Memang dia sedang teringatkan suaminya. Sudah
3 hari dia tidak berjumpa dengan Faez. Hanya telefon yang menjadi penghubung di
antara mereka. Faez terpaksa bekerja di luar kawasan memandangkan projek yang
dijalankan di Penang itu mengalami masalah.
Jadi Faez terpaksa pergi ke sana
bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Betapa rindunya dia kepada suaminya
hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Suka hatilah. Suami aku. Aku rindu gila kat Faez ni. Rasa lambat
sungguh nak tunggu esok.”Hanis mengeluh.
“Kalau Damia nak tahu, selalu yang menjadi mangsa tempat bermanja
dia selama Faez outstation, maklah.
Jenuh nak melayan karenah Hanis ni. Macam budak-budak.” Giliran Mak Timah pula
berceloteh.
Damia tersengih-sengih. Hanis pula membulatkan matanya kepada Mak
Tipah.Namun, tindakan Hanis itu sia-sia kerana Mak Timah lancar sahaja
bercerita perihal Hanis itu. Hanis terima saja.
“Yalah, kat mana lagi Hanis nak bermanja.”Hanis mempertahankan
dirinya. Mak Timah mencebik.
“Okeylah, mak nak pergi dapur dulu. Kamu berdua berbuallah ye.”
Damia dan Hanis mengangguk. Mereka melihat Mak Timah melangkah ke
dapur sehingga hilang bayangannya.
“ Hang bila mula kerja?”tanya Hanis sejurus sahaja Mak Timah hilang
daripada pandangan mereka.
“Patutnya minggu depan tapi kena tengok jugalah luka aku ni. Kalau
tak lega, aku nak minta tangguhkan dululah. Hanis, kat sini ada tak rumah nak
sewa?” Damia menyandarkan badannya kembali. Denyutan di kepalanya sudah hilang
sedikit.
“Nak buat apa dengan rumah sewa?” Hanis dalam kebingungan. Tidak
dapat menangkap apa yang ingin dikatakan oleh Damia.
“Aku nak sewalah. Seganlah aku nak duduk rumah hang lama-lama.”
Damia mengerutkan dahinya.
Dia cukup tidak suka menyusahkan orang lain. Baginya, kalau boleh
apa benda yang dilakukannya tiada langsung perkara yang perlu menyusahkan orang
lain. Dia lebih suka melakukannya sendiri.
Hanis mencubit paha Damia. “Sejak bila hang pandai segan ni? Baru sahaja
sampai dah nak pindah. Duduklah rumah aku dulu. Aku tak kisah. Lagipun Faez
memang tak kisahkan hang duduk sini. Jadi jangan nak mengada-ngada nak pindah
lagi” Hanis berkata tegas.
Faez memang tidak pernah melarang sesiapa pun kawan-kawan Hanis yang mahu menumpang di rumahnya untuk
sementara kerana dia kasihankan Hanis. Ketika dia pergi bekerja luar kawasan
pastinya Hanis selalu kesunyian. Jadi kehadiran Damia sedikit sebanyak dapat
menghilangkan rasa sunyi Hanis nanti.
Damia mengaduh kesakitan. Sakit sungguh cubitan daripada Hanis itu.
“Sakitlah…”marah Damia. “Tapi aku kalau boleh nak duduk rumah
sendiri. Senang sikit kalau-kalau family
aku nak datang melawat. Taklah segan sangat.”
“Tak apalah. Buat sementara ni, hang duduk sini dulu. Nanti aku
minta tolong abang Faez aku carikan rumah untuk hang. Jadi sekarang ni tak
payah nak fikir lagi. Jom naik atas, aku tunjuk bilik hang.”
Hanis bangun dari sofa. Dia menjinjit beg-beg pakaian milik Damia
itu. Damia turut menjinjit begnya. Damia
mengikut langkah Hanis.
----------------
“Kau boleh tolong aku tak? Aku nak sangat berkenalan dengan Damia
tu. Bolehkan?” Izz Rayyan cuba
merayu. Dia memang nak sangat berkenalan dengan Damia dan dia tidak kisah Damia
dingin dengannya.
“Okey, tapi kau kena sabar sikit dengan Damia tu. Dia kasar, suka
naik angin dan cakap lepas aje. Tapi dia sangat-sangat baik. Kau kenal dia kat
mana? Pelik pula aku tadi tengok kau ada kat situ.” Tanya Hanis ingin tahu dari
corong telefon.
Izz Rayyan tergelak. “Aku kenal dia kat kampung. Aku datang rumah
pak lang aku sebab ada kenduri. Damia tu lainlah. Aku suka dengan sikap dia.
Jadi aku harap sangat kau boleh tolong aku dekat dengan Damia.”
“Jangan risau. Aku akan cuba . Lagipun Damia tu dalam
kasar-kasar dia pun ada juga kelembutannya. Kalau dia kahwin dengan kau aku
sokong sangat. Tapi janji dengan aku jaga dia baik-baik. Jangan pernah sakitkan
hati dia. Kalau dapat tahu kau sakitkan hati dia aku pancung kau. Faham?” Hanis
memberi amaran keras.
Izz Rayyan ketawa terkekeh-kekeh. Dia telah berjanji dengan dirinya
sendiri yang dia akan cuba untuk tidak menyakitkan hati orang yang dia
sayang.
“Aku janji dengan kau. Terima kasih,
Hanis. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.”
“Sama-sama. Aku kena off
dulu. Ada hal
sikit.”
“Okey, Kirim salam kat Faez.”
Klik! Izz Rayyan menutup telefonnya sambil senyuman terukir
dibibirnya.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH