“Lia tahu abang sangat sayangkan Lia kan?” Aku mengangguk. Ya aku sangat tahu Zafril memang sangat sayangkan aku. Aku pun terlalu sayangkan Zafril. Tidak mungkin aku terima jika aku terpaksa kehilangan dia.
“Lia sayang abang tak?”
“ I love you so much, abang. Abanglah insan yang paling bermakna dalam hidup Lia sekarang. Lia dah tak ada sesiapa lagi selain abang.” Satu kucupan aku hadiahkan di pipinya. Tanda aku ikhlas dan jujur mencintai Zafril.
“Betul ni?”
“Betullah. Kalau abang tak percaya abang belah dada Lia. Kenapa bang? Macam ada masalah saja.” Aku cuba serkap jarang. Aku lihat wajah Zafril seperti memikirkan sesuatu. Mungkin hal pejabat kot. Aku cuba menyedapkan hatiku ini.
“Kalau betul Lia sayang abang, abang nak Lia jaga diri Lia baik-baik. Lia didiklah Zafran supaya menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaanNYA. Abang mungkin tak sempat nak tengok Zafran besar. Janji dengan abang?”
Aku tersentap. Tak sempat tengok Zafran membesar? Apa maksudnya? Hati aku berdengup kencang serta-merta.
“Apa yang abang merepek ni? Kitakan dah janji akan besarkan Zafran sama-sama?”
Zafril memegang bahuku. Dia merenung tepat ke anak mataku. Aku membalas renungan itu. Aku lihat matanya bercahaya. Seperti menahan daripada membiarkan air mata turun membasahi bumi. Tapi kenapa?
“Kita hanya boleh merancang, sayang. DIA lah yang tentukan segala-galanya. Janji dengan abang yang Lia akan jaga diri dan didik Zafran dengan baik. Bolehkan sayang?” Zafril seperti mendesak. Dia menyuakan jari kelengkengnya kepadaku.
Aku hanya memandang sepi jari kelengkeng Zafril. Entah kenapa hatiku berdebar-debar. Dari cara Zafril cakap seperti ingin pergi jauh. Akhirnya jariku dan Zafril bersatu. Terikatlah satu janji kami suami isteri.
Senyuman Zafril lebar. Mungkin lega hatinya apabila aku menerima janji itu.
“Abang lega. Bolehlah abang pergi dengan senang hati.”
“Abang nak pergi mana?”aku bertanya. Zafril yang sudah membuka pintu bilik tidur kami menghentikan langkahnya.
“Pergi kerjalah sayang. Pergi mana lagi?” Zafril tersenyum. Sebelum melangkah keluar Zafril berpatah balik. Dia datang kepadaku lalu menghadiahkan kucupan di bibirku. Aku terkedu. Selalunya setiap pagi dia hanya akan hadiahkan aku kucupan di dahi tapi hari ini lain. Aku hairan.
“Terima kasih. Abang pergi dulu.” Selepas aku bersalaman dengan suamiku, Zafril meninggalkan aku dengan seribu persoalan diminda.
‘Arghh, mungkin itu perasaan aku sahaja.’
Telefon aku berdering. Mungkin Zafril tertinggal sesuatu. Selalunya bila Zafril tertinggal sesuatu akulah menjadi mangsa menghantar ke pejabat Zafril. Biasalah akukan suri rumah 24 jam. Selepas menghantar Zafran ke nursery, aku memang tiada kerja hendak dilakukan. Semuanya pembantu rumah yang tolong buatkan.
Aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mataku deras sahaja mengalir membasahi pipiku. Aku meraung-raung. Patutlah Zafril berkata sebegitu padanya pagi tadi. Rupanya….
“Lia, tak usahlah dikenang lagi orang yang dah tiada. Cuba bangkit untuk teruskan hidup Lia tu.” Aku tersentak. Cepat-cepat aku mengesat air mata yang sudah mengalir tanpaku sedari. Aku menoleh. Mama angkatku sedang tersenyum kepadaku.
“Tapi kenapa abang yang pergi dulu, mama? Kenapa tak ambil nyawa Lia dulu? Lia tak sanggup terima semua ini. Lia perlukan abang dalam hidup Lia.” Aku memang tiada semangat untuk terus hidup lagi. Kehilangan Zafril memberi impak yang besar dalam hidup aku. Aku tak tahu cara nak teruskan hidup aku tanpa Zafril.
“Bangkitlah, Lia. Lia tak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau Lia pula yang pergi siapa yang nak besarkan Zafran? Zafran sudah tidak berayah takkan Lia nak biarkan Zafran hidup tanpa ibu pula. Tak kasihan ke Lia kat Zafran?” suara mama sedikit tegas.
Aku melemparkan pandangan aku ke arah laut yang terbentang luas dibelakang rumah aku. Susahnya untuk aku terima semua ini. Aku bukan menidakkan takdir Allah tapi aku tak tahu cara nak mulakan semula. Aku buntu.
“Lia…”seru mama lembut. “Sekurang-kurangnya Lia masih ada Zafran. Zafran lah yang akan menjadi sumber kekuatan untuk Lia nanti. Tolonglah Lia. Jangan seksa diri Lia lagi. Lia kena bangkit. Kalau arwah Zafril ada mesti dia sedih tengok Lia macam ini. Kalau Lia tak kasihankan diri Lia biarlah tapi kasihankan Zafran. Dia masih tak tahu apa-apa. Jangan biarkan dia hidup terumbang-ambing. Mama akan sokong Lia dari belakang ya sayang?”
Air mata aku mengalir lagi. Laju sahaja tangan aku mengesat. Aku halakan pandangan aku kepada Zafran yang sedang seronok bermain mainan. Betul kata mama. Aku perlu bangkit. Kesedihan ini tidak akan pernah mengembalikan Zafril semula. Zafran adalah kekuatan untuk aku teruskan hidup sekarang.
xxxxxx
Berbekalkan sedikit harta yang ditinggalkan oleh Zafril, aku akan telah berjaya membuka sebuah restoran masakan kampung yang diberi nama Restoran Zaflia iaitu gabungan namaku dengan Zafril . Harta yang ditinggalkan oleh Zafril cukup untuk menampung aku dan Zafran tapi aku tidak mahu terlalu bergantung kepadanya. Aku perlu hidup berdikari. Restoran ini dibina untuk jaminan masa depan aku dan anakku kelak.
“Kak Lia, ada orang nak jumpa.”ujar Rafiq salah seorang pekerja restoran aku.
“Siapa dia?”
“Tak tahu. Fiq tak kenal. Rasanya dia tak pernah datang sini.”
“Baiklah, Fiq. Fiq boleh teruskan kerja Fiq ya. Kak Lia pergi tengok sekejap.”
Aku mengangkat kaki menuju ke meja yang ditunjukkan oleh Rafiq tadi. Aku masih tidak dapat mengenalinya kerana dia duduk berbelakangkan aku. Siapa pula perempuan itu? Aku tertanya-tanya.
“Assalamualaikum, Datin. Apa yang boleh saya bantu?”ucap aku.
Datin yang dimaksudkan tadi mengangkat kepalanya. Terkejut aku melihat wajah itu. Wajah yang sudah hampir 2 tahun aku tidak berjumpa. Wajah yang penuh dengan kebencian.
“Kenal aku lagi?”tanya Datin Kursiah merangkap ibu mentuaku.
Aku mengangguk. Aku hanya menundukkan kepalaku. Tidak mampu untuk menatap wajah itu. Wajah yang jelas terpancar kebencian untukku.
“Duduk sekejap!”arah Datin Kursiah.
Aku mengikut arahannya. Entah apa kali ini dia mahu. Sejak hari pertama aku menjadi isteri Zafril dia tidak pernah sukakan aku. Aku fikirkan selepas kelahiran Zafran, dia akan boleh menerima aku tapi aku silap. Dia telah menuduh aku merampas Zafril dan aku kahwin dengan Zafril sebab harta Zafril. Pada hari kematian Zafril sekali lagi aku menjadi mangsa maki hamunnya. Aku telankan saja. Aku tidak mahu Zafril kecewa denganku kerana mengasari ibunya yang dia sangat sayangi itu. Biarlah perit asalkan aku tidak membuatkan Zafril kecewa dengan aku.
“ Aku nak tuntut harta Zafril.” Aku mengangkat kepala. Hanya itukah tujuannya? Aku tidak terkejut kerana aku memang sudah mengagak satu hari Datin Kursiah akan menuntut harta anaknya itu. Sebab itulah aku telah mengambil langkah awal dengan membina restoran ini.
“Baiklah. Ambillah Datin. Saya tahu saya tiada hak lagi ke atas harta abang Zafril.”ujar aku. Aku tidak mahu bertengkar atau merebut harta itu. Aku berkahwin dengan Zafril bukannya sebab harta tapi kerana aku cintakan dia. Dialah yang insan pertama yang hadir dalam hidup aku.
“Bagus. Itu yang aku nak dengar. Kau memang tak layak langsung untuk terima harta anak aku tu. Tapi ada lagi satu!”
Apa lagi yang dia mahu? Sudah tiada apa-apa lagi yang berkaitan dengan Zafril. Cuma tinggal cinta aku sahaja yang masih lagi ada dan takkan pernah hilang dari hatiku ini. Aku bingung.
“Zafran. Cucu aku.”
Bagai nak luruh jantung aku ini. Tidak mungkin. Aku takkan serahkan Zafran kepada sesiapapun. Biarlah aku terpaksa merempat sekalipun tidak akan pernah aku serahkan Zafran kepada orang lain. Dia sumber kekuatan aku sekarang. Dialah satu-satunya tempat aku melepaskan rindu aku pada arwah Zafril. No way!
“No! Saya takkan serahkan Zafran kepada sesiapapun termasuk Datin sekalipun.”aku bertegas.
“Zafran anak Zafril. Cucu aku. Aku tak nak dia hidup merempat nanti kalau dibiarkan hidup dengan kau!”jelas Datin Kursiah bengis.
Aku menggeleng. “ Kalau Datin ugut nak bunuh saya pun saya tidak akan bagi. Dialah kekuatan saya sekarang. Tolonglah Datin. Saya akan beri harta yang Datin nak dan saya berharap agar Datin tolong jangan kacau keluarga saya lagi.”
“Baik! Jika itu yang kau nak aku terima. Tapi jangan sampai kau biarkan Zafran hidup merana .Aku takkan teragak-agak untuk merampas Zafran dari tangan kau. Ingat tu!” Datin Kursiah berlalu meninggalkan restoran aku.
Aku menarik nafas lega. Biarpun begitu, aku tetap akan berhati-hati. Orang macam Datin Kursiah itu mempunyai seribu cara untuk mengambil Zafran dari tangan aku. Aku takkan benarkan sesiapapun mengambil peninggalan suamiku. Itu janji aku.
xxxxxxxx
“Kak Lia! Ada customer nak jumpa. Dia marah-marah.”Aku yang sedang membuat kira-kira akaun terkejut mendengar berita daripada Fikri itu. Lekas sahaja aku bangun lalu menuju ke arah pelanggan yang dikatakan naik angin. Entah kenapa.
“Restoran apa macam ini? Kata bertaraf 5 bintang tapi servisnya mengalahkan restoran mamak. Aku minta lain kau hidangkan lain. Mana owner ? Aku nak jumpa sekarang.”marah lelaki yang sudah kelihatan berumur sedikit itu.
“Ya encik. Ada apa yang boleh saya bantu?”aku mencelah. Aku lihat lelaki itu betul-betul marah.
“Ha! Kau tengok sini. Aku pesan daging kambing bakar tapi bila hidang kuli kau hidangkan ayam bakar. Servis apa ni?”
La… Itu saja? Tersilap hidang rupanya. Ingatkan pekerja aku ada buat hal ke tadi. Orang tua ini marah bagaikan orang naik minyak kenapa pun tak tahu. Apa salahnya kalau cakap baik-baik. Ini tidak nak marah-marah saja.
“Maafkan pihak kami encik. Kami akan hidangkan mengikut pesanan encik. Sabar ya encik. Kami amat menyesali atas kesilapan ini.” Aku memohon maaf. Ingat! Aku tak boleh marah sebab pepatah inggeris ada kata yang Customer is always right!
“Sudahlah. Aku tak berselera nak makan kat sini. Lebih baik aku makan kat restoran mamak lagi bagus dari aku makan kat restoran yang tak peka dengan pesanan customer langsung. Sikit hari lagi tutuplah restoran ini kalau servis dia macam ini. Teruk!”hambur lelaki tua itu lagi. Biarlah dia nak maki apa pun. Hak dia.
“Kenapa datang sini kalau restoran mamak tu lagi bagus? Pergilah makan kat sana tu.” Rizqi menyampuk. Terkejut tidak kepalang aku. Rizqi bukan jenis yang suka menjawab.
“Hang jangan melampau sangat. Aku tumbuk kang!” lelaki tua itu mengugut.
Aku garu kepala.
“Tumbuklah. Kau ingat kau tua aku takut. Tak padan dengan tua kerepot. Rumah dah kata pergi, kubur kata mari pun tak reti nak hormat orang lagi. Balik-balik bertaubatlah pakcik oi.” Rizqi melepaskan marahnya.
“Budak ni dah melampau.”Lelaki tua itu mendekati Rizqi yang sedang duduk di belakang aku. Haru kalau dibiarkan. Mesti akan terjadi pergaduhan nanti.
“Jangan!”
Gedebuk sebiji. Berpinar-pinar mata aku. Aku cuba menghalang pergaduhan itu akhirnya aku yang terkena tumbukan dimuka. Berdenyut-denyut muka aku. Bukannya perlahan. Rasa macam nak terkeluar rahang aku ni.
“Hoi, orang tua!” aku tercari-cari suara itu. walaupun aku masih lagi sakit kalau boleh aku tak mahu biarkan kekecohan ini berpanjangan. Nanti takut semua pelanggan lari.
“Hebat sangatlah kau pukul perempuan. Orang yang pukul perempuan hanya lelaki dayus. Malu wey tumbuk perempuan. Macam pondan.” Marah lelaki yang tidak aku kenali. Entah dari mana datangnya. Dia memakai long sleeve bertali leher dan memakai seluar slack hitam. Dari gayanya macam orang korporat. Agaknyalah…
“Aku bukan nak tumbuk dia. Aku nak tumbuk budak kurang ajar ni.”nafi lelaki tua itu tergagap-gagap. Tahu pun takut.
“Tak kisahlah. Kau dah tua. Umur aku dapat rasakan mungkin dalam lingkungan 50- 60 an tapi takkan perkara kecil pun kau tak boleh fikir. Kesalahan dia sikit saja. Cuma tersilap hidangan tapi kenapa lebih-lebih sangat nak marah. Tak boleh ke cakap elok-elok? Macam ini nak jadi idola? Ibodoh bolehlah.”
“Tapi…”
“Dah. Kau pergi balik sebelum tumbuk aku pula hinggap kat muka kau yang dah berkedut tu.”arah lelaki itu. Suaranya mula kembali mendatar.
Aku sudah tergelak kecil melihat muka lelaki tua itu. Seperti takut-takut. Aku memegang pipiku. Bengkak.
Laju sahaja lelaki itu menikus meninggalkan restoran aku. Semua yang berada disitu sudah tergelak melihat gelagat lelaki tua yang tunjuk hero itu. Dia tak tahu ada lagi hero daripada dia tu. Padan muka!
“Awak okey?” tanya lelaki itu kepada aku. “Eh, muka awak bengkak tu. Jom saya bawa pergi klinik.”ajak lelaki itu prihatin.
“Saya okey. Tuam sikit-sikit baiklah ni. Tak perlu nak pergi klinik.” Aku menolak lembut. Takkanlah aku nak terima tawaran daripada orang yang aku tidak kenali itu. Mungkin dia adalah pelanggan aku sebab itulah dia boleh berada disini. Aku cuma mengagak.
“ Mana boleh. Nampak teruk tu. Kena pergi check doktor juga. Takut nanti makin teruk. Tulang muka kita ni lembut. Entah-entah patah ke, mana kita tahukan.”lelaki itu memaksa.
Adoi.. Patah? Siapa lelaki ini nak paksa-paksa aku?
“Terima kasih sebab dah tolong saya. Nanti saya pergi sendiri klinik.”
Aku berlalu meninggalkan lelaki itu tercegat disitu. Biarlah. Aku tidak perlukan pertolongan orang lebih-lebih. Cukuplah setakat itu sahaja. Tapi aku tetap bersyukur kerana lelaki itu muncul saat mereka semua perlukan pertolongan tadi.
xxxxxxxxx
Hari ini aku mengambil keputusan untuk membawa Zafran berjalan-jalan. Sudah lama rasanya aku tidak meluangkan masa dengan Zafran. Asyik sibuk dengan restoran saja sekali-sekala bawa Zafran makan angin pun syok juga. Bukan pergi mana pun cuma membawa Zafran bermain pasir di tepi pantai sahaja. Di sini banyak kenangan aku dengan Zafril.
“Mama…”panggilan Zafran mengejutkan aku. Aku tersenyum kepadanya. Wajahnya iras benar dengan Zafril. Perangai Zafran juga ada mengikut perangai arwah Zafril. Argh! Rindunya aku kat lelaki itu.
“Ya sayang. Kenapa?”
“Ran tengok kawan Ran cemua ada papa. Tapi Ran tak ada. Papa Ran pergi mana mama?”
Aku tercengang. Air mataku mula tumbuh ditubir mata. Tunggu masa untuk jatuh sahaja. Sungguh aku sedih mendengar pertanyaan itu. Kenapa soalan itu yang harus ditanya oleh Zafran? Aku tiada jawapan untuk soalan itu. Aku tak tahu macam mana nak terangkan kepada anakku ini.
“Siapa kata Ran tak ada papa? Maafkan papa ya sebab papa datang lambat.” ada suara dari belakangku. Aku toleh. Lelaki itu! Kenapa dia ada disini? Disaat aku perlukan seseorang dia datang. Siapakah dia sebenarnya?
“Yeay! Ran ada papa! Ran ada papa! Ran ada papa!” Zafran melompat-lompat keseronokan. Tidak pernah aku lihat Zafran seronok sebegitu. Hati aku senang bila dia melompat-lompat bahagia.
Aku pandang lelaki disebelahku. Lelaki itu mengoyak senyuman manis. Sungguh manis. Ada lesung pipit lagi.
“Siapa awak?”aku bertanya. Aku tahu mesti ada udang disebalik batu. Fikiran aku teringatkan kedatangan Datin Kursiah tempoh hari. Mungkin lelaki ini diupah untuk mengambil Zafran dari aku? Tidak!
“Saya Zarif. Awak?”
“Awak diupah untuk ambil Zafran dari sayakan? Jangan harap.” Aku bingkas bangun lalu menarik tangan Zafran agak kasar. Aku hendak melarikan diri jauh dari situ.
“Awak tunggu dulu.” Zarif menghalang jalan aku.
“Apa lagi? Saya takkan serahkan Zafran kepada sesiapa pun. Jangan mimpi nak rampas dia dari saya.”
Zarif nampak cemas. Riak mukanya juga kelihatan cemas.
“Bukan. Saya tak pernah diupah oleh sesiapapun. Saya cuma nak berkenalan dengan awak saja. Bolehkan?” Zarif tersenyum lagi.
“Saya dah berkahwin.”
“Awak dah berkahwin tapi suami awak dah meninggalkan?”
“Tapi dia tak pernah mati dalam hati saya. Jangan kacau saya lagi. Zafran tak perlukan papa dan saya tak percaya yang awak tidak diupah oleh Datin Kursiah untuk rampas Zafran dari saya.”
Aku menarik tangan Zafran berlalu dari situ. Aku tidak akan sesekali terpedaya dengan tipu helah orang lain. Aku bukannya bodoh, Datin Kursiah.
“Papa! Mama, Ran nak jumpa papa tu.” Zafran menjerit. Dia mengeraskan badannya dari terus melangkah.
“Itu bukan papa Ran!”aku berkata tegas.
“Papa Ran, mama. Ran nak papa!” Zafran terus menangis. Dia masih lagi mengeraskan badannya dari terus berlalu dari situ. Aku buntu.
“Ran jangan nangis sayang. Papa ada ni.” Zarif datang memujuk Zafran.
Zafran terus berhenti menangis selepas Zarif memeluk badannya. Zarif mendukung Zafran untuk memujuknya.
“Papa jangan tinggalkan Ran lagi. Ecok Ran nak tunjuk kat kawan-kawan Ran yang Ran ada papa. Ceronoknya.” Zafran berkata riang. Air matanya dilap oleh Zarif.
“Ya. Papa janji. Ran jangan nangis lagi ya.” Zarif memandang aku.
“Sudah Ran. Jom balik. Mama banyak kerja.” Aku menarik Zafran kepadaku. Zarif hanya membiarkan. Aku tidak mahu orang lain jadi papa kepada anakku. Papa Zafran hanyalah Zafril.
“Papa ikut cama. Ran nak papa dukung.”suruh Zafran.
Aku bingung. Macam mana nak buat ni. Nanti kalau tidak diturutkan Zafran mesti meronta-ronta menangis. Biasalah budak-budak.
“Tak payah. Biar mama dukung. Jom kita pergi makan aiskrim ya sayang? Tadi Ran kata Ran nak makankan. Jom mama bawakan.”Aku cuba memujuk Zafran. Biarlah Zafran menangis nanti diamlah dia tu.
Seperti yang dijangka, Zafran meronta-ronta meminta aku melepaskan tangannya. Dia sudah menangis sekuat hati. Itulah Zafran bila tidak diturutkan kehendaknya. Akan meraung-raung sehingga dia dapat apa yang dia nak.
“Ran… jangan menangis. Nanti papa ikut Ran ya. Papa pergi kejap saja. Ran balik dengan mama dulu. See you at home, sayang.” Zarif yang dari tadi diam memujuk Zafran.
“No. I want papa.” Zafran masih lagi berkeras.
“Zafran! Jangan nak mengada-ngada sangat. Itu bukan papa Ran. Mama kata balik! Balik!” Aku segera berlalu dari situ. Sudah tidak berdaya lagi untuk aku bersabar dengan Zafran. Aku bukannya sengaja berkasar dengannya tapi aku tidak tahu macam mana lagi hendak memujuk Zafran. Disaat macam inilah aku teringatkan Zafril. Kalau dia ada mesti semua ini takkan terjadi.
xxxxxxx
Aku memandang Zafran sayu. Sejak dari peristiwa itu,Zafran demam. Tidak kebah-kebah.Suhu badannya juga agak tinggi. Aku sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Zafran sudah dibawa ke hospital namun tetap juga tidak sembuh. Aku bingung. Kenapa Zafran sampai sakit-sakit bila aku pisahkan dia dengan Zarif? Lelaki yang muncul tiba-tiba itu.
Ting! Loceng rumahku berbunyi. Aku bingkas bangun lalu membukakan pintu. Terkejut aku melihat seorang lelaki disebelahnya ada seorang perempuan yang datang berkunjung ke rumah aku.
“Macam mana keadaan Ran?”tanya Zarif.
Kenapa dia perlu tahu? Aku tidak pernah beritahu dia pun tentang Zafran yang sedang sakit dan macam mana dia tahu alamat rumah aku? Berbagai-bagai soalan yang timbul dibenak fikiran aku.
“Badannya masih panas.”Aku hanya menjawab pendek. Tidak perlulah dia tahu. Aku tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan orang yang aku tidak kenali.
“Kesian Ran. Ini kenalkan adik saya, Zulaikha. Saya datang ni nak melawat Zafran.”
“Tapi…”belum sempat aku habiskan ayatku Zarif mencelah.
“Saya dapat tahu dari pekerja restoran awak. Mereka berikan saya alamat rumah ini. Sudah berhari-hari saya datang ke restoran awak tapi awak tak ada. Jadi saya ambil keputusan untuk bertanya dan mereka beritahu saya yang Zafran sakit. Jadi saya bawakan adik saya ni untuk elak fitnah jikalau saya dapat masuk untuk melawat Zafran.”terang Zafril tanpa disuruh.
Patutlah lelaki ini tahu tentang Zafran. Aku menundukkan kepalaku. Takkan tetamu datang nak dihalau pula. Nampak sangat kurang sopan. Dalam islam pun ada menyarankan supaya kita sentiasa melayan tetamu kita dengan baik.
“Jemputlah masuk.”
Aku menghidangkan air minuman kepada mereka berdua. Zarif sedang mengusap lembut kepala Zafran. Aku nampak kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Aku teringatkan Zafril. Kalaulah Zafril ada mesti…. Tidak! Aku tak boleh macam ni. Aku kena terima yang Zafril takkan pernah ada lagi.
“Zafran...bangun. Papa datang ni.” Zarif membisikan ke telinga Zafran lembut.
Zafran kelihatan membuka matanya selepas mendengar suara Zarif. Dia mengukirkan senyuman. Zarif turut membalas senyuman itu. Satu kucupan dihadiahkan oleh Zarif di dahi Zafran. Air mata aku mula bertakung. Sebak.
“Papa, Ran rindu papa. Papa jangan tinggalkan Ran lagi.”
“Ya sayang. Papa takkan tinggalkan Ran lagi. Ran kena kuat. Nanti siapa nak main dengan papa kalau Ran sakit? Kesian kat papa.”balas Zarif lembut.
“Tapi…” Zafran menghalakan matanya memandang aku. Aku hanya menanti butir bicara seterusnya daripada Zafran.
“Tapi apa sayang?”tanya Zarif.
“Nanti mama marah Ran. Mama kata papa bukan papa Ran. Ran takut.”
Zarif mencerlungkan matanya ke arah aku. Air mata yang ditahan jatuh juga. Tidak dapat ditahan lagi air mata ini dari terus mengalir. Aku telah menakutkan Zafran dengan jerkahan yang aku hamburkan hari itu. Aku silap. Aku ingat dengan cara itu aku akan dapat lepaskan Zafran dari terus menganggap lelaki itu papanya tapi itu bukan cara yang terbaik. Malah Zafran sekarang fobia dengan aku.
“Tak sayang. Mama tak marah dah. Mama minta maaf sebab marah Ran dulu.”
Zafran lantas bangun dari baringnya. Dia memeluk Zarif seerat-eratnya. Ternyata Zafran sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah. Kenapa aku perlu menghalang jika itu akan membuatkan satu-satunya harta yang aku ada ini bahagia? Kejamnya aku kalau membiarkan anak aku dari terus menagih kasih sayang seorang ayah.
“Mama tak marah Ran lagi. Terima kasih mama, papa. Now, tak ada sesiapapun yang kutuk Ran lagi. Ran ada papa, Ran ada mama.”
“Kalau macam tu, Ran rehat dulu. Ran kena sembuh betul-betul baru papa bawa Ran jalan-jalan. Tidur ya.” Zarif membaringkan Zafran semula. Dia menarik comforter lalu menutup tubuh kecil anakku.
“Terima kasih awak sebab sudi biarkan Zafran menganggap saya sebagai papanya. Terlalu tinggi nilai panggilan itu untuk saya.”ucap Zarif.
“Saya lakukan demi Zafran. Dia nyawa saya sekarang. Saya takkan biarkan dia sedih. Tapi saya masih ragu-ragu lagi dengan awak. Awak memang diupah untuk ambil Zafran dari sayakan?”
Zarif berkerut muka kemudian dia menggeleng.
“Tak. Kenapa awak tuduh saya macam tu? Ada orang yang cuba ambil Zafran dari awak ke?”
“Habis tu kenapa awak tiba-tiba muncul dan tiba-tiba mengaku jadi papa Zafran? Tolong jujur dengan saya.”aku merayu. Aku ingin mengujinya. Tidak seratus peratus aku percayakannya.
“Saya adalah pelanggan setia restoran awak. Ada satu hari itu saya terpandang awak. Awak tengah membuat pemeriksaan kebersihan restoran. Dari situ saya terpikat kat awak. Jadi saya pun mengorek cerita pasal awak sikit-sikit. Selepas pekerja awak beritahu yang awak ini tak layan lelaki saya tidak berani menegur. Saya cuma dapat lihat awak dari jauh sampailah hari yang customer awak mengamuk tu.”jelas Zarif panjang lebar.
“Awak tahu saya janda?”
“Tahu.”pantas Zarif menjawab soalan aku.
“Habis tu kenapa awak nak pikat saya? Saya tak perlukan lelaki lain dalam hidup saya. Lelaki yang saya ada adalah arwah suami saya. Itu saja. Tak perlu buangkan masa awak untuk perkara yang tidak mungkin awak akan dapat.”aku bertegas. Aku tidak akan menduakan suamiku.
“Ya, awak memang tak perlukan lelaki lain dalam hidup awak tapi Zafran perlukan papa. Awak takkan nak biarkan dia sedih melihat orang lain ada papa sedangkan dia?Maaf kalau saya lancang berkata-kata. Saya tahu saya bukan sesiapa. Saya orang luar yang awak tuduh untuk mengambil Zafran dari awak. Saya minta diri dulu.”
Aku terkedu. Dia terasa dengan kata-kata aku? Tapi kenapa? Aku cuma mahu mencari jawapan daripada kemusykilan yang timbul di kotak fikiran aku. Biarlah. Tidak perlu aku fikirkan orang lain. Aku hanya perlu fikirkan tentang Zafran sahaja.
xxxxxxxxxxx
Hari ini aku mengambil keputusan untuk sentiasa berada di kaunter restoran kerana ingin memerhati segala-galanya teratur. Bukannya sebelum ini aku tidak ambil peduli tapi hari ini aku rasa tergerak hati sangat nak duduk kat kaunter ni. Jadi tugas juruwang hari ini diarahkan untuk mengambil pesanan. Itulah tugas-tugas pekerja aku. Mereka tidak hanya tetap satu kerja saja. Semua benda mereka boleh lakukan. Gaji yang aku tawarkan untuk mereka berpatutan dengan tugas mereka.
Restoran aku mula dikunjungi kerana telah tiba waktu makan tengahari. Mereka memilih restoran aku kerana menu yang dihidangkan amat bersesuaian dengan selera mereka. Resipi semua ini aku ambil dari mama angkatku.
Aku lihat dari jauh seperti aku kenal tubuh itu. Lelaki itu! Lelaki misteri yang mengelarkan dirinya papa kepada Zafran. Di sebelahnya ada seorang perempuan. Dari pemerhatian aku itu bukan Zulaikha adiknya. Itu orang lain. Kelihatan begitu mesra sekali. Siap bersuap-suap pula. Sakitnya hati aku ni.. Tapi kenapa aku perlu sakit hati?
“Hello cik? Cik, cik.” Aku tersedar. Mengelamun pula tadi. Aku mencerun mataku kepada customer yang ingin membayar bil. Terkedu seketika. Aku memandang tempat yang aku pandang mereka berdua tadi sudah berganti dengan orang lain. Lamanya aku termenung.
“Kalau nak termenung balik rumah. Kalau asyik termenung saja mesti nanti akan rugi. Iyalah sebab pelanggan semua lari tak bayar kerana cashier asyik termenung saja.”ayat sinis itu keluar dari mulut Zarif.
Lantak akulah. Restoran aku. Aku ingatkan dia betul-betul ikhlas nak pikat aku tapi hari ini dia bersama dengan perempuan lain pula. Dasar lelaki mata keranjang. Aku tidak akan biarkan anak aku rapat dengan kau.
“Tengok tu. Termenung lagi.”suara itu sekali lagi mematikan lamunan aku. Kenapa dengan aku ni? Malunya!
“Terima kasih. Sila datang lagi.”ucap aku selepas selesai Zarif membuat bayaran. Meluat aku tengok perempuan disebelahnya tu. Tergedik-gedik.
“Papa!” Zafran yang entah dari mana datangnya menjerit memanggil Zarif.
“Sayang! Ran sudah sihat ke?”lantas Zarif mendukung Zafran sebaik sahaja Zafran mendekatinya.
Aku hanya melihat drama itu. Zafran mencium pipi Zarif. Cup sana cup sini. Semuanya diciumnya. Zarif membalas.
“Dah. Papa pergi mana? Zafran cari papa tapi papa tak ada.”adu Zafran.
“Papa outstation. Itu yang tak boleh nak jumpa Ran tu.” Aku mencebik. Outstation dengan perempuan tu kot. Entah betul entah tidak.
“Sayang, siapa ni? Kenapa dia panggil you papa?”tanya perempuan gedik disebelah Zarif itu.
“Anak I.”Aku terharu dan sebak.Betapa untungnya Zafran kerana ada orang yang mengakunya bapa kepadanya.
“What? You dah kahwin?”suara perempuan gedik itu meninggi.
“Papa kahwin dengan mama Ran. Tu mama Ran.” Jari Zafran menuding kepadaku. Aku menayangkan wajah selamba. Aku suka bila Zafran berkata begitu. Tapi kenapa? Aku sudah jatuh cinta ke kat lelaki itu? Tidak! Aku cintakan Zafril seorang sahaja.
“Betul ni ke you? Jadi I ni apa?”
“Spare tyre I saja.”selamba sahaja jawapan yang keluar dari mulut Zarif.
Aku hampir menghamburkan ketawaku. Seronok aku melihat muka perempuan gedik itu yang ternyata terkejut dengan jawapan Zarif. Perempuan gedik itu sudah meninggalkan Zarif dan Zafran disitu. Gedik sangat. Padan muka!
“Ran nak pergi mana? Cakap nanti papa bawakan.”tanya Zarif kepada Zafran.
“Ran nak pergi main pasir kat pantai. Boleh?”
“Boleh tapi tanya mama Ran dulu nak pergi ke tidak? Kalau mama nak pergi baru boleh kita pergi.”Zarif membisikan sesuatu ditelinga Zafran. Tapi masih boleh didengari oleh aku.
“Mama, boleh kita pergi?”
Aku melihat jam. Sudah petang. Bila petang pelanggan agak kurang. Jadi bolehlah aku tinggalkan sekejap untuk menemani papa dan anak itu bermain pasir di pantai. Aku mengangguk. Zafran tersenyum bahagia.
xxxxxxxxxxxxx
“Minggu depan saya nak bawa family saya jumpa keluarga awak.”ucapan pertama yang keluar dari mulut Zarif sejak dari tadi mengejutkan aku. Tiba-tiba sahaja.
Aku memandang mukanya. Aku tidak pernah memberikan dia harapan. Aku cuma berikan dia peluang untuk menjadi papa kepada Zafran kerana Zafran dilihat bahagia bersamanya bukannya menjadi suami kepadaku.
“Tak kisahlah awak setuju ke tidak. Tapi saya tetap akan bawakan juga. Terpulang kepada awak nak terima ke tidak.”sambung Zarif lagi. Matanya diarahkan kepada Zafran yang sedang membina istana pasir.
“Tapi kenapa saya?”
“Sebab awak saja yang boleh bukakan pintu hati saya untuk terima orang lain dalam hidup saya.”
“Maksud awak?”tanya aku. Dahiku mula berkerut. Tidak faham.
Zarif tersenyum. Senyuman yang membuatkan mana-mana perempuan boleh cair dengannya.
“Saya pernah kehilangan insan yang saya paling sayangi. Mereka yang telah banyak memberi kebahagiaan kepada saya suatu ketika dulu. Tapi sekarang tidak lagi. Itu semua salah saya. Kalaulah saya tak mengantuk ketika itu, mungkin…” Zarif berhenti disitu.
Dia beralih memandang ke arah lain. Aku dapat lihat dia sedang mengesat air matanya. Siapakah mereka itu?Aku tertanya-tanya.
“Mungkin mereka akan ada lagi sekarang ini. Tapi kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangkan. Mereka pergi meninggalkan saya. Pada mulanya saya tidak dapat terima kenyataan tapi sampai bila saya harus bersedih. Jadi saya bangkit semula untuk teruskan hidup saya sehinggalah saya terjumpa awak.” Zarif tersenyum kepadaku.
Matanya kelihatan merah. Menahan air mata daripada turun jatuh ke bumi. Ternyata Zarif juga pernah merasa kehilangan orang yang tersayang. Dulu aku ingatkan aku seorang sahaja yang terpaksa harungi semua ini tapi masih ada lagi nasib yang sama seperti aku malah lebih sedih lagi.
“Siapa mereka itu?”soal aku ingin tahu.
“Isteri dan anak saya.”jawab Zarif.
Aku tunduk. Aku malu sangat kepada Zarif. Sekurang-kurangnya aku ada Zafran tapi Zarif? Isteri dan anaknya telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia nampak kuat tapi aku? Aku sentiasa menangisi kepergian Zafril. Malunya aku dengan Zarif. Dia lebih teruk menderita berbanding aku. Betapa lemahnya aku.
“Itu sebabnya saya tidak kisah bila saya dapat tahu awak janda anak satu sebab sekurang-kurangnya terubat juga rindu saya pada anak saya. Tiada langsung niat jahat dalam hati saya ini. Saya ikhlas ingin ambil awak jadi isteri saya. Saya faham sekiranya awak menolak saya. Bukan mudahkan nak melupakan orang yang kita cintai. Saya pernah rasa begitu juga. Saya tidak akan memaksa awak.”tenang sahaja Zarif berkata-kata.
Lelaki ini sangat ikhlas dalam hubungan ini. Kenapa aku tidak cuba untuk memberikan dia peluang untuk membuatkan diriku ini menyayanginya? Zafran juga akan dapat kasih sayang daripada seorang ayah yang dia tidak pernah dapat sebelum ini. Aku keliru. Solat istikarah jalan keluarnya.
“Papa, jomlah main sekali.”jerit Zafran.
Zarif segera mengangkat punggung mendekati Zafran. Aku nampak keserasian Zafran apabila bersama dengan Zarif. Seperti bapa kandungnya sendiri. Abang, Lia buntu. Lia tidak mahu menduakan abang tapi Lia tidak boleh biarkan anak kita tidak berbapa. Aku menjerit dalam hati. Fikiranku kusut.
xxxxxxxxxxx
“Aku terima nikahnya Nur Zahlia Hakimah binti Halim dengan mas kahwin RM 80 tunai….” Dengan sekali lafaz sahaja aku kini menjadi isteri kepada Zarif Zafril. Namanya seperti arwah suamiku, Zafril Faez.
Selepas aku menunaikan solat istikharah aku menemui jawapannya. Zariflah yang sentiasa hadir di dalam fikiranku. Aku bahagia melihat Zafran. Ini semua demi kebahagiaan anakku jua. Aku mahu dia merasa kasih sayang seorang ayah. Tapi apa yang pasti walaupun aku sudah ada Zarif arwah Zafril tetap segar dalam ingatanku. Aku tidak akan pernah lupakannya walaupun sedetik pun.
“Sayang, teringat siapa tu?”tangan Zarif melingkar ke pinggangku dari belakang. Aku tersenyum.
“Teringatkan arwah abang Zafril.”
“Oh, abang ingat teringat orang lain. Abang jealous tau.”
“Jealous? Jangan jealous dengan orang yang sudah tiada. Ran dah tidur?”aku mengubah topik. Tidak mahu terus bercakap pasal arwah Zafril. Nanti terasa hati pula suami baruku ini.
“Sudah.”
“Abang, boleh Lia tanya satu soalan?”
“Hmm.. tanyalah.”
“Siapa perempuan yang abang bawa pergi restoran Lia hari itu?” Zarif terus memalingkan aku untuk memandangnya. Aku lihat Zarif tersenyum senget.
“Perempuan tu abang bawa sebab nak bagi sayang jealous saja. Abang tak pernah kenal dia pun. Abang kutip tepi jalan saja. Sayang cemburu?”
Aku mencebik. Iyalah tu kutip tepi jalan. Entah-entah stok awek lama.
“Tak cemburu ke? Jangan nak bohong abang. Kalau tak cemburu mestilah Lia tak mengelamun kat kaunterkan? Sayang cemburu….” Zarif ketawa.
Aku turut ketawa. “Ya, Lia cemburu.”jawab aku jujur. Memang aku sakit hati melihat kemesraan mereka berdua ketika makan di restoran aku tempoh hari. Hari ini sudah terjawab persoalan yang bermain dimindaku ini.
“Terima kasih sayang. Abang sayang Lia sangat-sangat. Jangan pernah tinggalkan abang tau. Kalau mati pun abang harap kita dapat mati sekali. Abang tak sanggup terima kalau sayang pergi tinggalkan abang. Cukuplah sekali dulu abang kehilangan isteri dan anak abang. Ya, sayang?”satu kucupan mesra hinggap di dahiku.
“Insyallah abang.” Aku memeluknya. Terasa selamat aku dipelukan seorang lelaki yang bergelar suami. Sungguh aku pun tidak sanggup jika sekali lagi aku terpaksa hilang orang yang aku sayang. Semoga Allah memelihara hubungan ini.
“Sayang, jom tidur.” Aku menundukan pandanganku. Malu nak memandang muka Zarif yang sudah tersenyum nakal itu.
Zarif mengangkat kepalaku supaya memandangnya. Dia mencium ubun-ubunku. Perlahan sahaja dia mengendong aku lalu diletakkan di atas katil. Lampu yang menerangi setiap ruang bilik itu ditutup oleh Zarif.
“Kita bagi Zafran adik ya, sayang.” Zarif membisikan ditelingaku. Aku balas dengan anggukan kecil.
xxxxxxxxx
Abang Zafril, sekarang Lia bahagia disamping Zarif. Dia telah memberikan Lia dan Zafran kasih sayang. Lia berterima kasih kepada mama abang iaitu Datin Kursiah kerana mengkenenkan Zarif dengan Lia. Mama dah minta maaf sebab rampas harta yang abang tinggalkan dulu. Sebenarnya harta itu diambil hanya untuk menguji Lia sahaja. Mama nak tahu adalah Lia kahwin dengan abang sebab Lia nak hartakan abang sahaja tapi sangkaan mama meleset.
Zafran bahagia dengan papa barunya. Kehidupan Lia telah lengkap semuanya. Sekarang ini Lia tengah mengandung dua bulan. Tapi abang jangan risau, Lia tidak akan pernah melupakan abang. Zafran pun tidak akan pernah lupa abang sebagai bapa kandungnya. Selalu Zafran menatap gambar abang. Kalau abang nak tahu, Zafran ikut sebiji perangai abang iaitu suka sangat mengusik orang. Dia dah bersekolah Darjah 2 sekarang. Selalu dapat nombor satu dalam kelas. Lia bangga dengan dia.
Okeylah, abang. Nanti Lia cerita lagi. Zafran dah menjerit-jerit tu. Apalah yang dibuat pun Lia tak tahu. Lia sayang dan rindu sangat kat abang. Assalamualaikum.
Aku tekan Publish. Aku mempunyai satu blog. Khas untuk aku ceritakan segala-galanya tentang hidup aku dan apabila aku rindukan arwah Zafril aku luahkan di situ. Tapi aku tidak terlalu mempromosi blog aku kerana aku ingin privasi. Aku tidak kisah kalau orang tidak mahu membaca pun kerana aku buat blog itu hanya untuk diri aku.
Terima kasih kerana sudi baca. Sangat mengharapkan komen yang membantu saya meningkatkan gaya penulisan saya lagi. :)
Best3, Entry mcm biasa. Ending ada touching. Tahniah
ReplyDeleteThe best story ever.... :)
ReplyDeletebest
ReplyDelete