Bas sudah berhenti di terminal bas Puduraya. Damia masih lagi nyenyak tidur. Damia tidak menyedari kepalanya sudah terlentok di bahu Izz Rayyan. Izz Rayyan hanya membiarkan sahaja. Malah dia seronok pula melihat Damia tidur dengan begitu nyenyak sekali. Kalau ada bom di sebelah pun, belum tentu Damia akan terjaga. Izz Rayyan tersenyum manis.
“Damia…”Izz Rayyan mengejutkan Damia lembut.
Damia membuka mata. Kemudian dia menenyehkan matanya beberapa kali supaya pandangannya lebih jelas. Damia mengerutkan dahinya. Mukanya sudah merah.
Macam mana aku boleh tertidur di atas bahu lelaki gila ni? Damia mengangkat kepalanya sepantas kilat. Dia menayangkan wajah biasa. Tetapi di dalam hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya dia.
Izz Rayyan memandang muka Damia. Rambut Damia kusut masai. Mukanya juga nampak pucat sekali. Biasalah bila orang baru bangun tidur. Macam-macam fesyen ada.
“Dah puas tidur atas bahu abang Izz Rayyan ni?” Izz Rayyan tersengih.
Sengihan itu dibalas dengan jelingan tajam dari Damia. Izz Rayyan bangun dari tempat duduk. Dia membawa turun beg yang diletakkan di atas tempat duduk di dalam bas itu. Damia membetulkan bajunya. Dia turut bangun untuk turun dari bas.
“Damia, hati-hati jalan tu. Kalau tak larat nak turun meh abang tolong angkatkan.”usik Izz Rayyan lagi.
Damia menoleh memandang ke belakang. Dia menunjukkan penumbuk kepada Izz Rayyan. Terbahak-bahak Izz Rayyan ketawa. Seronok pula mengusik minah tomboy ni.
Ketika sedang menuruni tangga bas itu, tali beg yang dijinjing oleh Damia tersangkut di tempat letak tangan kusyen bas tersebut. Damia hilang pertimbangan lalu jatuh tertiarap. Izz Rayyan yang terkejut dengan kejadian itu, terus berlari anak mendapatkan Damia yang sedang mengaduh kesakitan.
Izz Rayyan mendukung Damia yang sedang menahan kesakitan ke klinik yang berdekatan. Damia masih lagi memejamkan matanya. Darah sudah mula mengalir di dahinya akibat terhantuk di atas jalan tar.
Setelah sampai di klinik tersebut, Damia terus dibawa masuk ke dalam bilik rawatan. Izz Rayyan diminta tunggu diluar sementara Damia masih lagi dirawat. Jelas kerisauan dimuka Damia. Walaupun dia baru sahaja mengenali Damia, tetapi dia sudah mula suka dengan sikap bersahaja Damia itu.
Izz Rayyan seperti cacing kepanasan. Dia berjalan ulang-alik sambil fikirannya memikirkan kesihatan Damia. Sudah seperti seorang suami menunggu seorang isteri ingin melahirkan anak pula kelakuan Izz Rayyan itu.
Pintu bilik rawatan terkuak. Laju sahaja kaki Izz Rayyan menuju ke arah pintu tersebut. Kelihatan seorang jururawat memapah Damia keluar dari bilik rawatan tersebut. Di dahinya tertampal dengan kapas. Izz Rayyan mengambil tugas memapah Damia lalu duduk di kerusi yang disediakan.
“Encik ni siapa dengan pesakit?”tanya doktor muda yang merawat Damia itu.
“Saya Izz Rayyan, tunang Damia.”laju sahaja Izz Rayyan menjawab pertanyaan itu.
Damia yang masih lagi lemah memandang tajam ke arah Izz Rayyan. Tidak faham kenapa Izz Rayyan berkata demikian. Izz Rayyan menjeling melihat reaksi muka Damia. Jelas nampak riak tidak puas hati dimuka Damia. Izz Rayyan tersenyum di dalam hati.
Sejak bila aku jadi tunang lelaki gila ni? Memang tak ada insurans betul mulut lelaki ni. Ngomel Damia di dalam hatinya.
“Okey, Damia kena jahit 4 jarum di dahinya. Namun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Makan semua ubat yang diberi nanti yer.”pesan doktor itu sambil tersenyum.
Izz Rayyan mengangguk-ngangguk tanda dia faham apa yang dipesan oleh doktor itu.
“Terima kasih doktor.”ucap Izz Rayyan.
“Kalau boleh saya tahu macam mana boleh terjatuh yer?” Izz Rayyan tersenyum mendengar pertanyaan itu.
Ini masa yang sesuai nak mengusik Damia. Timbul idea jahat di minda Izz Rayyan.
“Sebenarnya, dia boleh terjatuh sebab dia berkeras tak nak saya pimpin dia sewaktu turun bas tadi. Sewaktu di atas bas tadi, dia tertidur. Doktor mesti tahu orang lepas bangun tidur mesti mamai
Damia membulatkan matanya. Macam nak pergi cubit sahaja mulut Izz Rayyan tu supaya berhenti bercerita perkara yang memalukan itu. kalau betul tak apa, tapi ada yang sudah ditokok tambah sendiri. Doktor, please jangan percaya cakap lelaki gila tu! Mahu sahaja Damia menjerit kepada doktor itu tetapi kata-kata itu tidak terucap.
Doktor muda itu sudah tergelak kecil mendengar cerita tunang palsu Damia itu. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Izz Rayyan pula nampak bahagia sahaja selepas dapat mengusik Damia. Izz Rayyan mengenyitkan matanya kepada Damia. Namun kenyitan itu dibalas dengan jelingan tajam dari Damia.
“Okeylah, Encik Izz. Saya minta diri dulu. Jangan lupa suruh tunang awak tu makan ubat yang saya beri tu ya kalau nak cepat sembuh. Damia, awak jangan degil tau. Lain kali dengar cakap tunang awak ni. Saya minta diri dulu.”ujar doktor itu kepada Izz Rayyan dan Damia.
Mereka berdua mengangguk. Selepas doktor itu meninggalkan mereka berdua, Izz Rayyan mendapatkan Damia yang sedang duduk di atas kerusi dengan wajah yang tidak puas hati. Izz Rayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Damia.
“Hang ni gila ka apa? Sejak bila aku jadi tunang hang?”marah Damia sejurus sahaja Izz Rayyan duduk di sebelahnya.
Izz Rayyan ketawa.
Sudah hilang akal agaknya lelaki ni? Aku tanya dia boleh gelak pula. Memang sah lelaki ini sudah gila. Macam manalah aku boleh kenal lelaki gila a.k.a sawan ini.
“Gilalah hang ni.”marah Damia lagi.
“Damia, tak baik kata kat tunang macam tu.”Izz Rayyan tidak puas lagi mengusik Damia yang mula naik berang.
Damia ingin bangun dari kerusi, namun dia tidak mampu kerana kepalanya masih lagi sakit-sakit. Kalau boleh dia nak pergi jauh dari lelaki tu. Tak kuasa nak melayan lelaki macam Izz Rayyan itu.
“Okeylah. Awak tunggu sini dulu. Kejap saya nak ambil ubat awak. Jangan pergi mana-mana tau.” Izz Rayyan mengangkat punggung menuju ke kaunter untuk mengambil ubat Damia.
“Izz!”panggil Damia.
“Kenapa sayang? Takkan nak pergi ambil ubat pun dah rindu kot.”Izz Rayyan tersengih sambil berjalan semula menuju ke arah Damia.
Damia menunjukkan genggaman penumbuk kepada Izz Rayyan. Kemudian dia menyeluk poket seluarnya untuk mengambil duit.
“Nak buat apa tu?”tanya Izz Rayyan yang masih lagi tercegat memerhati tingkah laku Damia.
“Duitlah. Ubat tu bukannya free. Kena bayar.” Damia mendengus. Dia masih lagi menyeluk poketnya untuk mencari duit di dalam kocek seluarnya.
Izz Rayyan hanya menunggu Damia mencari duit itu dengan penuh sabar. Dia ingat aku tak ada duit sangat ke? Damia, Damia. Bisik hati kecil Izz Rayyan.
“Tak apalah. Kalau tak ada, saya bayarkan dulu. Nanti bila dah ada, awak ganti balik kat saya. Okey?”Izz Rayyan memberi cadangan.
Damia hanya mengangguk. Dia tidak membawa duit di dalam kocek seluarnya. Semua duitnya ada di dalam beg pakaiannya.
Damia memerhatikan Izz Rayyan dari jauh. Izz Rayyan mengeluarkan beg dompetnya yang berada di poket belakang lalu mengeluarkan not RM 50 lalu dihulurkan kepada petugas klinik itu.
Selepas membuat pembayaran, Izz Rayyan berjalan menuju ke arah Damia semula. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya yang kemerah-merahan itu.
“Berapa ringgit?”tanya Damia sejurus sahaja Izz Rayyan sampai kepadanya.
“Petugas tu bagi percuma.”
“Janganlah main-main boleh tak? Aku tak larat ni. Cakaplah berapa ringgit.”Damia seperti merayu-rayu.
“Betullah. Petugas tu kata disebabkan tunang awak ni handsome sangat jadi dia bagi percuma. Dahlah, nak balik ke tak nak ni?”ujar Izz Rayyan selamba.
Jawapan itu membuatkan Damia berasa hendak muntah. Handsome ke? Tapi memang handsome pun tunang palsu dia ni. Tinggi lampai, bibir kemerah-merahan, rambut ala-ala artis
“Saya tahulah saya ni handsome, janganlah pandang saya macam tu. Tergugat iman saya tau.” Izz Rayyan tersenyum nakal.
Damia yang tersedar dari khayalan itu melarikan pandangannya dari terus memandang Izz Rayyan. Muka Damia yang putih sudah mula bertukar merah. Malu sudah menguasai diri.
“Perasan.” Damia
“Degil betulkan awak ni. Nak ke jatuh lagi? Orang nak bagi pertolongan tak nak terima.”leter Izz Rayyan.
Keras kepala betul perempuan tomboy ni. Aku kena kerja keras kalau nak buat si minah ni jatuh cinta kat aku. Muka cantik tapi keras kepala. Sabarlah, wahai Izz Rayyan. Kau nak sangatkan kat si Damia ni, jadi kena berusahalah sikit. Kasi cair hati minah tomboy ni. Pujuk hati Izz Rayyan.
Izz Rayyan sudah mengetahui serba sedikit tentang Damia sewaktu dia berada di kampung tempoh hari. Izz Rayyan sudah jatuh hati apabila kali pertama melihat Damia yang ayu berpakaian perempuan ketika menghadiri kenduri di rumah Pak Harun. Dia tahu orang kampung selalu menghina dan mengutuk Damia kerana berpakaian seperti lelaki. Namun oleh sebab itulah, dia nak sangat mengenali hati budi Damia. Dia tahu yang Damia tak minta jadi seperti itu.
“Pegang kat bahu saja tau. Jangan nak lebih-lebih. Kalau hang lebih-lebih aku bersilat baru tahu.”keras sahaja amaran keluar dari mulut Damia. Dia tidak selesa semasa Izz Rayyan memaut bahunya. Berdebar-debar pula hatinya.
“Kuat ke nak bersilat tu? Nak berjalan pun kena ada orang tolong pimpinkan.” Izz Rayyan menguntumkan senyuman.
“Nak tahu kuat ke tak kuat, cubalah buat tengok. Aku bagi amaran ni. Hang jangan ingat aku main-main.”
“Okeylah, sayangku Zara. Jomlah. Takkan nak tidur kat sini kot.”
Sayang? Gelinya aku. Dah masuk kali ke berapa dia panggil aku sayang pun tak tahu. Tak suka!Tak suka! Tapi betul ke aku tak suka? Setiap kali dia panggil aku sayang aku berdebar-debar. Damia, hang jangan buat pasal. Monolong Damia di dalam hatinya.
--------------------------------------------------
Izz Rayyan memimpin Damia sampai ke terminal bas. Dia menyuruh Damia untuk duduk di bangku yang disediakan oleh pihak berkenaan. Damia hanya menurut. Kepalanya masih lagi berdenyut-denyut.
“Awak siapa yang jemput ni?”tanya Izz Rayyan mengambil berat.
“Kawan aku. Boleh tolong ambilkan beg aku tak?”suruh Damia. Beg pakaian yang terletak jauh dari tempat duduknya itu diambil oleh Izz Rayyan lalu diserahkan kepada Damia.
Izz Rayyan hanya memerhati segala perbuatan Damia. Damia membuka zip beg pakaiannya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Damia menghubungi seseorang. Mungkin menghubungi kawan yang dimaksudkan olehnya tadi.
“Assalamualaikum… Hanis, hang ada mana? Aku dah sampai ni.”
“Oh… yaka?? Aku minta maaf. Tadi ada hal kecemasan sikit. Aku tunggu kat depan kedai ni. Hang nak mai sini ka atau aku pergi kat hang?”
Damia tersenyum.
“Okey, aku tunggu. Waalaikumussalam.” Damia mematikan talian telefon bimbitnya. Dia memerhati sekeliling untuk mencari kelibat Hanis yang dikatakan sudah lama tiba di terminal tersebut.
Izz Rayyan masih lagi setia menunggu Damia. Sedikit pun tiada tanda-tanda untuk pergi dari situ. Tak sanggup rasanya Izz Rayyan hendak meninggalkan Damia keseorangan di situ. Dahlah kesihatannya pun tidak berapa baik.
“Dahlah, hang boleh pergi. Kejap lagi kawan aku datang. Dia dah ada kat sini.”Damia memecahkan kesunyian.
Izz Rayyan meraupkan rambutnya ke belakang.
“Saya takkan tinggalkan awak sehingga Hanis sampai. Faham?”tegas sungguh kata-kata Izz Rayyan itu.
“Macam mana hang tau nama kawan aku Hanis?” Damia ingin tahu. Berkerut-kerut dahinya menanti jawapan daripada Izz Rayyan.
“ Izz Rayyankan ahli nujum. Dia tahu apa yang tersembunyi. Tengok dalam mata awak pun saya dah boleh tahu apa yang awak fikirkan, apa yang awak akan lakukan selepas ini dan macam-macam lagi.”selamba sahaja jawapan itu keluar dari mulut Izz Rayyan.
Damia memandang Izz Rayyan pelik.
Memang sah lelaki ini gila. Hanis bila kau nak datang ni. Silap-silap lelaki ni nak bawa lari aku. Takutnya. Rintih Damia di dalam hati.
“Tak percaya ke?”tanya Izz Rayyan selepas melihat muka Damia sudah bertukar menjadi lebih masam.
“Assalamualaikum…”ada suara perempuan memberi salam.
“Waalaikumussalam…”serentak sahaja Damia dan Izz Rayyan menjawab salam. Mereka berdua memandang ke arah suara tersebut.
“Hanis!!!”jerit Damia teruja kerana dapat berjumpa semula dengan sahabat baiknya itu.
Orang ramai yang berada di situ memandang ke arah mereka bertiga. Lantaklah nak pandang ke tak. Mereka bukannya tahu betapa bahagianya Damia apabila dapat bertemu kembali dengan Hanis.
Hanis memandang lelaki di sebelah Damia itu. Izz Rayyan mengenyitkan matanya. Hanis hanya mengangguk tanda dia faham dengan kenyitan itu.
“Tak nak kenalkan ke pakwe hang tu?”Hanis sengaja mengusik Damia.
Damia membulatkan matanya sambil mulutnya memuncungkan ke hadapan.
“Bukan pakwe tapi tunang. Hye, saya Izz Rayyan.” Izz Rayyan mengenalkan dirinya tanpa disuruh.
“Amboi hang, bertunang tak bagitahu aku. Sampai hati hang.”Hanis membuat nada merajuk.
Damia menampar perlahan bahu Hanis.
“Jangan percaya cakap lelaki gila ni. Bila masa pula aku bertunang dengan dia? Perasan ja lebih.”marah Damia sambil menjeling melihat Izz Rayyan.
Hanis dan Izz Rayyan tergelak kecil. Comel sungguh melihat Damia menjeling seperti itu. Nampak seperti budak kecil yang sedang bergaduh dengan kawan-kawannya.
“Tak baik cakap macam tu. Awat dengan dahi hang ni?”Hanis mengubah tajuk perbualan. Izz Rayyan tersenyum.
“Nanti aku cerita kat hang. Jom balik. Aku dah tak larat ni. Kepala aku berdenyut-denyut dah ni.”ajak Damia dengan nada suara yang manja.
Damia memandang ke arah Izz Rayyan. Tak balik-balik lagi mamat ni. Tunggu apa pun aku tak tahu. Boleh buat muka selamba pula. Tak malu betul. Gumam Damia.
“Yang hang ni tak reti-reti nak balik ka? Kawan aku dah datang, jadi hang boleh balik. Terima kasih atas pertolongan tadi.”
Damia bangun dari kerusi. Dia menundukkan sedikit badannya untuk mencapai beg pakaiannya. Sepantas kilat sahaja tangan Izz Rayyan merampas beg pakaian milik Damia itu. Terjengil mata Damia melihat perbuatan Izz Rayyan itu. Dia merenung tajam ke arah Izz Rayyan namun lelaki yang bernama Izz Rayyan ini tetap menayangkan wajah tidak bersalahnya.
“Kenapa dengan hang ni? Jangan kacau aku lagi boleh tak?”rayu Damia. Sudah penat melayan karenah lelaki yang bernama Izz Rayyan itu.
“Sejak bila saya kacau awak? Sebagai tunang yang baik hati, saya takkan biarkan awak bawa beg ni dengan keadaan awak yang macam ni. Faham?” Izz Rayyan menekankan perkataan tunang itu membuatkan Hanis tergelak kecil.
“Hanis, awak letak mana kereta awak?”tanya Izz Rayyan. Dia langsung tidak menghiraukan Damia yang seperti berang akan tindakanya itu.
“Jomlah, ikut saya. Damia, meh sini aku pimpin hang. Jangan nak tunjuk keras kepala kat sini yer.” Hanis memaut erat lengan Damia.
Muka Damia langsung tidak mengukirkan senyuman. Malah dimuncungkan mulutnya itu tanda protes.
Setelah sampai di kereta, Hanis membuka pintu untuk meletakkan Damia di tempat duduk hadapan. Selepas itu, Hanis membuka bonet belakang kereta untuk memudahkan Izz Rayyan meletakkan beg pakaian milik Damia yang dijinjing olehnya.
Izz Rayyan menutup semula bonet belakang. Hanis mengukirkan senyuman kepada Izz Rayyan.
“Nanti malam aku contact kau. Aku nak minta kau tolong aku buat something. Aku gerak dulu.” Izz Rayyan mengenyitkan matanya kepada Hanis.
Hanis hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Hanis dapat mengagak ada sesuatu yang dirancang oleh Izz Rayyan. Izz Rayyan, kawan baik suaminya. Dia kenal benar dengan Izz Rayyan.
best la citer ni...x sabar nak tunggu sambungannya...cyokkk...
ReplyDeleteTerima kasih.... :))
Delete