Bab 15
Qaseh menapak perlahan. Dia memerhati sekeliling. Dadanya mula
berada debaran. Apakah tandanya ini? Kenapa dia berasa sangat berdebar-debar? Orang
kampung yang ada di situ turut memerhatikan dirinya dengan pandangan yang
jelik.
“ Assalamualaikum…” Qaseh memberi salam. Harris yang sedang berbual
dengan tok imam terus mengalihkan pandangannya. Terkejut dia seketika apabila
melihat wajah yang sudah hampir 3 tahun dia tidak bersua.
“Kakak!”Harris tanpa meminta izin dari tok imam terus meluru kepada
Qaseh. Tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Air matanya mula menitis.
Qaseh yang tercengang dengan perlakuan Harris turut membalas
pelukannya itu. Terubat rindunya selama ini terhadap adik kesayangannya itu.
Harriss satu-satunya adik yang menyokong dia di saat Qaseh dibuang keluarga
suatu ketika dahulu. Harris yang banyak memberi kata-kata semangat buatnya.
Sesungguhnya dia memanjat rasa syukur apabila dapat bertemu juga dengan Harris.
“Harris apa khabar?”tanya Qaseh apabila Harris meleraikan pelukan.
Kedua-dua belah tangannya memegang pipi Harris. Air mata yang mengalir itu
disapu. Mungkin Harris terlalu gembira dengan kepulangannya.
“Kakak…Kenapa kakak lambat balik?”Haris bertanya. Air matanya masih
lagi merembes keluar tanpa henti. Qaseh berasa tidak sedap hati. Tak
pernah-pernah Harris menangis sebelum ini. Adiknya kuat dan tidak mudah
menitiskan air mata.
“Kan
kakak dah balik ni. Dah-dah. Tak mau menangislah.. Tak handsome dah tau adik kakak ni.” Qaseh mengelap air Harris dengan
ibu jarinya.
“Kakak, abah dah tak ada…”
Bagaikan ada batu yang menghempas di atas kepala Qaseh ketika ini.
DIa menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum badannya jatuh rebah di atas
tanah. Harris lantas cuba
memangku kakaknya.
“Harris, hang jangan nak bohong kakak. Hang main-mainkan?” Qaseh
tidak percaya. Dia yakin abahnya masih hidup. Harris hanya bermain dengan
kata-katanya.
Harris memeluk erat tubuh Qaseh. Dia tahu yang kakaknya tidak akan
percaya. Hajat abahnya untuk menemui Qaseh untuk kali terakhirnya tidak
kesampaian. Harris rasa kecewa dengan dirinya sendiri. Dia tidak memenuhi
janjinya untuk membawa Qaseh balik ke kampung.
“Aba h
dah tak ada, kakak. Aba h
dah meninggal dunia semalam. Kakak kena terima kenya taan ni.” Harris menyakinkan
Qaseh bahawa dia tidak main-main.
Qaseh menggeleng kepalanya. Dia mencengkam tanah melepaskan rasa
penyesalan yang teramat. Tujuan dia pulang hari ini adalah untuk memohon ampun
daripada abahnya tetapi itu semua hanyalah mimpi. Aba hnya sudah kembali ke rahmatullah tanpa
dia sempat untuk memohon maaf. Sepanjang hayatnya, dia akan hidup dalam keadaan
yang penuh dosa terhadap abahnya. Dia adalah anak derhaka.
“Aku tak percaya! Aku tak percaya!” Qaseh menjerit bagaikan oran g gila. Dia menolak
tubuh Harris sehingga Harris terdorong ke belakang lalu berlari masuk ke dalam
rumah.
Sekujur tubuh yang berbalut kain putih sedang berbaring kaku. Qaseh
bertambah lemah. Air matanya makin laju. Ternyata Harris tidak berbohong. Tubuh
itu didekati perlahan. Kain putih yang menutup wajah abahnya dibuka.
“Aba h,
bangun abah! Bangun abah! Kakak balik nak minta maaf. Kakak banyak dosa dengan
abah. Aba h
tolonglah buka mata abah ni.” Qaseh meraung di atas dada arwah abahnya. Tubuh
kaku itu digoyang mengejutkan abahnya dari tidur yang panjang.
Harris meluru masuk. Dia menghalang Qaseh untuk berbuat demikian.
Kasihan arwah abahnya apabila digoyang kasar seperti itu.
“Kakak! Jangan buat macam ni. Kalau kakak meraung macam ni pun, abah
dah tak boleh hidup balik. Dah tak guna kakak.”
“Kakak tak sempat nak minta maaf dengan abah. Kakak berdosa, Harris.
Kakak anak yang berdosa. Hang faham tak?”rintih Qaseh sambil menangis di atas
dada bidang Harris.
“Aba h
dah maafkan kakak. Kita doakan abah supaya tenang di sana ya.” Harris memujuk.
Qaseh menangis teresak-esak. Oran g
kampung mula berbisik sesama sendiri. Mungkin mengatakan sesuatu tentang
sejarah hidup Qaseh dan kehadiran Qaseh pada hari ini. Qaseh tidak peduli semua
itu. Apa yang ada di kota k
fikirannya adalah dia anak derhaka! Qaseh menangis lagi…
******************
“Kenapa dengan dia?” Qayyim bertanya sendiri. Dia nampa k Qaseh terjelepuk di atas tanah tadi
sambil menangis. Pada awalnya tadi, hatinya diundang rasa cemburu apabila
melihat seorang lelaki muda memeluk tubuh Qaseh. Tetapi selepas diamati dari
jauh, itu mungkin adik lelakinya. Qayyim tidak mahu membuat tuduhan melulu.
Cuma dia pelik apabila melihat Qaseh tiba-tiba seperti oran g kurang siuman. Meraung dan berlari
masuk ke dalam rumah.
“Pak Dollah, boleh tolong tengokkan apa yang berlaku kat dalam sana ?”pinta Qayyim.
Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam hatinya. Ditambah lagi apabila
melihat Qaseh menangis seperti tadi. Kalau diikutkan hatinya tadi mahu saja dia
masuk tanpa izin ke dalam rumah Qaseh tetapi dia takut disalah anggap pula
nanti.
“ Boleh, Ayim. Sekejap
Pa k Dollah tengokkan.” Pak Dollah
membuka pintu kereta dan menuruti sahaja arahan daripada Qayyim itu.
“Harap dia tak apa-apa.”
Mata Qayyim tetap pada pintu rumah itu. Menanti Pa k
Dollah tanpa sabar membawa berita apakah yang sedang berlaku ketika ini. Tidak
dinafikan, dia sangat bimbangkan keadaan Qaseh. Tidak duduk diam dia di dalam
kereta selagi belum mengetahui tentang keadaan Qaseh.
**************
Qaseh duduk termenung di birai beranda rumahnya. Jenazah abahnya
sudah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Arwah abahnya dikebumikan
bersebelahan kubur arwah maknya. Kini
mereka yatim piatu. Tiada lagi insan yang dipanggil abah dan mak di dunia ini.
Qaseh menangis lagi. Dia tidak redha dengan apa yang berlaku. Dirinya begitu
hina ketika ini apabila tidak sempat mendapat salam kemaafan daripada abahnya
setelah segala dosa yang telah dia lakukan.
Qayyim memandang Qaseh dari dalam rumah. Dia simpati dengan Qaseh
ketika ini. Gadis itu kehilangan abahnya tanpa sempat berjumpa. Qayyim turut
diundang rasa bersalah. Kalaulah dia tidak menghalang Qaseh untuk balik dari
awal, mungkin Qaseh sempat untuk berjumpa dan memohon kemaafan daripada
abahnya.
“Kakak, sudahlah. Kakak menangis air mata darah sekalipun, abah tak
akan kembali. Jangan risau. Kakak tak salah pun dengan abah. Abah dah maafkan
kakak.” Harris memujuk. Risau melihat keadaan Qaseh yang masih lagi menangisi
kepergian arwah abahnya.
“Hang memang anak tak berguna tau!”hambur Zurin tiba-tiba.
Harris terkejut. Dia menjengilkan matanya kepada Zurin agar kakaknya
keduanya itu tidak terus menyalahkan Qaseh tetapi langsung tidak diendahkan.
“Betul tu, kak Rin. Dia ni memang suka memalukan keluarga.”sampuk
Zuria adik kepada Zurin.
“Jangan nak salahkan kakak. Dia tak salah.” Harris mempertahankan
Qaseh. Qaseh sama saja seperti tadi. Langsung tidak peduli dengan apa yang
dilemparkan oleh Zurin dan Zuria.
“Tak salah hang cakap? Kalau tak sebab dia abah tak matilah!”Zurin
membalas.
Harris lantas bangun berdiri. Tangannya laju hinggap di pipi Zurin.
Dia memang sudah lama tidak puas hati dengan Zurin dan Zuria. Dulu
masing-masing langsung tidak pernah ambil tahu tapi sekarang nak bising. Harris
sudah tidak fikirkan lagi tentang pangkat. Kakaknya harus diajar.
“Ini peringatan untuk hang. Hang ingat hang bagus sangat? Dulu masa
abah sakit ada hang tanya? Tak adakan? Yang hang tau duit, duit, duit. Sekarang
bila abah dah meninggal, hang nak salahkan kakak pula? Apa jenis manusia hang
ni?!”
Qaseh yang terkejut turut bangun. Belakang Harris diurut cuba
untuk menenangkan adiknya yang sudah mula baran.
“Hang jangan nak tunjuk hero kat sini. Aku ni kakak hang.” Zurin
masih memegang pipinya yang pedih akibat ditampar oleh Harris tadi.
“Hanya kakak Qaseh sahaja kakak yang aku ada. Walaupun dia ada
sejarah dia sendiri tapi dia tak biadap macam hang berdua. Aku benci orang
macam hang.” Harris melepaskan segala amarahnya. Sudah lama dia bertahan kerana
tidak mahu abahnya susah hati tetapi hari ini dia sudah tidak mampu lagi.
Biarlah dia dianggap kurang ajar pun. Dia tidak kisah lagi.
“Sudahlah Harris. Abah baru saja meninggal. Tak akan kita nak
bergaduh adik-beradik pula.” Qaseh masuk campur. Cuma meleraikan ketegangan
yang berlaku.
“ Semua sebab hang! Aku benci hang!” Zuria terus menarik tangan
kakaknya Zurin keluar dari rumah.
Harris terduduk. Wajahnya ditundukkan. Dia menangis semahu-mahunya.
Dia sedih dengan apa yang berlaku. Abah baru sahaja meninggal tetapi mereka
terpaksa bergaduh seperti ini. Ya ALLAH, ampunkan aku…
******************
“Ayim, kau baliklah dulu. Aku minta maaf sebab tak dapat nak beri
layanan sebagai tetamu untuk kau.”Qaseh bersuara perlahan. Dia melabuhkan
punggungnya di beranda setelah tetamu yang datang beransur pulang. Mereka baru
sahaja selesai mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil buat kedua-dua arwah
ibu bapa mereka. Hari pun sudah menginjak ke tengah malam.
Qayyim yang turut berbaju melayu milik Harris menjeling sekilas
wajah gadis di hadapannya ini. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan Qaseh
ketika ini. Apa yang dilihat tadi, benar-benar menjelaskan situasi sebenar.
Hubungan Qaseh dan dua oran g
adik perempuannya tidak baik malah mereka sangat membenci Qaseh. Ketika majlis
tahlil dan bacaan yassin tadi juga dia menden gar
kata-kata perlian daripada oran g
kampung tentang kisah silam Qaseh.
“Tak apa. Aku okay.” Qayyim menjawab.
“Inilah keluarga aku. Aku bukan anak yang baik. Aku balik nak minta
maaf tapi aku tak sempat. Aku ni pendosa. Selamanya aku adalah seorang pendosa
dan anak derhaka.”
“Tapi Harris cakap arwah abah kau dah maafkan kau. Tak perlulah kau
risau lagi.”
Qaseh tergelak dibuat-buat. Itu kata Harris. Mungkin adiknya hanya
berbohong untuk menenangkan dirinya. Sekalipun arwah abahnya memaafkan dirinya,
itu langsung tidak memberi kesan buat Qaseh. Dia tetap sama iaitu anak derhaka.
“Cuba
kau letak diri kau kat tempat aku. Agak-agak apa yang kau rasa?” Qaseh menjawab
dalam bentuk pertanyaan. Dia mahu Qayyim faham perasaannya ketika ini. Tidak
mudah untuk dia menerima apa yang terjadi.
“Aku rasa sedih tapi aku tak rasa aku akan menangis dan merintih
macam kau. Macam oran g
tak siuman aje aku tengok.”balas Qayyim.
Qaseh berasa sakit hati. Dalam keadaan aku begini, dia masih lagi
mahu cari gaduh dengan aku. Apakah lelaki ini tidak mempunyai perasaan atau dia
memang dilahirkan menjadi manusia yang langsung tak ada belas kasihan? Qaseh
sebal.
“Kau memang lelaki yang tak ada hati dan perasaan.” Qaseh berkata
lemah. Air matanya mula jatuh. Kota k
fikirannya tidak lepas dari terus dibayangi wajah abahnya. Semoga arwah tenang
di sana .
Qayyim mengigit bibir. Dia tak sangka pula kata-katanya itu akan
membuatkan Qaseh sensitif. Laser sungguh mulut kau, Ayim!
“Cuba lah
kuat sikit. Kalau kau asyik menangis, merintih macam ni abah kau tak akan boleh
datang balik. Cuba
kau pergi masuk bacakan yassin untuk diorang. Ada juga faedahnya.” Qayyim cuba untuk membetulkan silapnya.
“Kau nak balik ke malam ni?” tanya Qaseh.
Qayyim lantas menggeleng. Dia tidak akan pulang jika Qaseh tidak
pulang bersama dengannya.
“Kau tidur dengan Harris boleh?”
Qayyim mengangguk pula. Hanya menggunakan isyarat tanpa membuka
mulut menjawab pertanyaan Qaseh.
“Pak Dollah dah balikkan?” soal Qaseh lagi bagi menyakinkan dirinya.
Qayyim mengangguk laju.
“Kenapa dengan kau?”
“Kenapa?” Qayyim menyoal kembali. Tidak faham.
“Tak ada apalah. Ingatkan tak ada suara dah tadi. Angguk geleng aje
dari tadi. Aku masuk tidur dulu.” Qaseh mengangkat punggung lalu membuka
langkah masuk ke dalam rumah.
“Minah!”panggilan Qayyim menghentikan langkah Qaseh. Qaseh pantas
menoleh. Keningnya diangkat tanda apa yang lelaki itu mahu.
“Siapa yang nak dodoikan aku?” Qayyim bertanya serius.
Qaseh membulatkan matanya. Dia lantas mencekak pinggang sambil
matanya memerhati sekeliling. Takut kalau ada telinga yang menden gar apa pula yang difikirkan nanti.
Yang lelaki ni pun satu hal, tiba-tiba mengada sangat ni kenapa? Sengaja nak
bagi aku naik darahlah ni.
“Suruh Harris dodoikan kau, sengal!” Qaseh menjawab gera m. Bibirnya diketap rapat. Dia ingin
segera meninggalkan Qayyim di situ tetapi lelaki itu memanggilnya sekali lagi.
“Ada
apa lagi?”
“Kesedihan kau tu tak akan mampu buat abah kau hidup kembali.
Sekalipun kau meraung, menangis dan menolak takdir, satu hari kau tetap kena
terima. Inilah dinamakan permainan hidup. Ada
kalanya kita sedih dan adakalanya kita gembira. Walaupun apapun yang terjadi,
kita tetap kena teruskan hidup. Apa yang berlaku tu pasti ada benda yang tersembunyi
di sebaliknya. Cuba
untuk bangkit dan mulakan hidup yang baru.”
Qaseh terkedu. Betul ke Ayim ni? Macam tak percaya. Tidak sangka
lelaki ini pandai bern asihat.
Qaseh senang menden gar
kata-kata itu. Ini baru pertama kali Qayyim bercakap seperti itu. Tidak pernah
Qaseh menden gar
ucapan yang lembut dan penuh bermakna itu keluar dari mulut Qayyim sebelum ini.
Lega hatinya…
“Kau kena bangkit juga walaupun terpaksa. Kalau kau sedih memanjang,
hidup aku tak aman.”
Qaseh bertambah bahagia. Aku penting ke dalam hidup dia? Betul ke apa
yang aku dengar ni? Tak sangka pula dia ambil berat tentang aku….
“Terima kasih sebab ambil berat tentang aku.”balas Qaseh menunduk
malu.
“ Tak ada maknanya nak ambil berat pasal kau. Hidup aku tak aman
kalau aku tak dapat nak sakitkan hati kau. Jadi aku nak kau jadi macam minah
yang aku kenal sebelum ni. Minah yang kerek, senget, sengal dan mulut berpuaka.
Sekarang pergi masuk tidur. Mata aku mengantuk tengok muka kau.”
Qaseh mencekak pinggang. Dia menghentak kakinya gera m. Berlalu membuka langkah menuju ke
biliknya. Ingatkan betul-betul caring padahal hampeh.
Qayyim tersenyum. Dia berharap agar kesedihan Qaseh berkurang dan
dapat menerima semua takdir yang berlaku. Dia faham apa yang dialami oleh Qaseh
kerana suatu ketika dulu dia juga begitu. Dia akan cuba membantu Qaseh sebagaimana
Qaseh membantunya di saat dia terjatuh dulu.
BEST....
ReplyDeleteWah,acu best nza.ayim ni ego la.xmau mengaku perasaan dy.nk n3 lg.
ReplyDeleteBest sgt acu..x sabarlh nak bca strusnya..ee geramlh gan atim ni tp sweet sgt..
ReplyDelete