“Aba h
rindu kakak hang.”ujar Rasyid pada Harris. Anak lelaki tunggal dalam keluarga
yang merupakan pelindung kepada keluarga.
Harris mengurut belakang abahnya. Dia cuba untuk menenangkan Rasyid. Dia
faham perasaan Rasyid yang sangat merindui kakaknya yang sudah hampir 2 tahun
tidak balik ke kampung. Ini semua berlaku kerana Rasyid menghalau kakaknya
kerana tidak tahan menden gar hinaan oran g kampung terhadap
keluarga mereka. Tapi sampai sekarang, kakaknya tidak juga pulang-pulang.
Mungkin masih merajuk dengan Rasyid.
“Ris dah cuba
telefon kakak tapi kakak dah tak guna nombor telefon tu, abah,”ujar Harris.
“Dia masih marahkan abah?”Rasyid bertanya. Jauh di sudut hatinya dia
sangat menyesal dengan perbuatannya menghalau anak perempuan sulungnya itu. Dia
cuma ingin oran g kampung berhenti menghina keluarga mereka.
Itu saja. Tapi tak sangka sampai anaknya merajuk terus tidak pulang ke kampung.
“Tak adalah, abah. Buktinya tiap-tiap bulan dia tak pernah tak kirim
duit untuk kita. Banyak pulak tu. Ris yakin kakak akan balik. Mungkin dia sibuk
dengan kerja dia kot.” Harris mengukirkan senyuman nipis. Sebak melihat keadaan
ayahnya yang memang sangat merindui kakak yang sememangnya anak kesayangan
abahnya dulu.
“Aba h nak ke Kuala Lumpur .”
“Nak buat apa, abah?”
“Aba h
nak pi cari kakak hang. Aba h nak bawak dia balik
kampung.”
“Aba h,
percayalah cakap Ris. Kakak akan balik. Kalau abah pergi KL pun, kat mana abah
nak pi cari? KL tu besar abah. Kita
tak tau kakak dok kat mana. Aba h
pulak tak lega elok lagi. Macam mana nak naik bas pi sana ?”
Harris cuba
memujuk Rasyid. Dia yakin yang kakaknya akan balik. Tersangat yakin.
Rasyid menghela nafas perlahan-lahan. Betul juga kata Harris
tu.Kuala Lumpur bukan bandar kecil. Kalau dia pergi pun belum tentu dia akan
dapat bertemu dengan anak gadisnya itu. Tapi sampai bila dia harus menunggu
sebegini? Dia risau jika dia menutup mata belum sempat dia melihat wajah anak
gadisnya itu buat kali yang terakhir.
“Aba h takut tak sempat nak minta maaf
kat dia. Aba h
nak sebelum abah mati, abah nak tengok muka kakak hang tu. Aba h tau dia marah kat abah. Sebab tu dia tak
balik-balik.” Rasyid berkata lemah. Terbayang-bayang wajah anaknya di fikiran.
Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Tersangat sarat.
Harris diundang rasa sebak. Dia pilu menden gar setiap perkataan abahnya tadi.
Kesihatan abahnya memang tidak mengizinkan sejak belakangan ini. Sekejap sihat,
sekejap sakit. Dan yang paling merisaukan Harris adalah batuk abahnya semakin
hari semakin teruk. Kadang-kadang sampai batuk berdarah. Dia berdoa agar
abahnya dipanjangkan umur. Kat mana lagi dia nak bergantung kalau abahnya
pergi?
Nak mengharapkan dua oran g lagi
kakaknya?Memang langsung tidak boleh diharap. Sedan gkan semasa abah sedang sakit, mereka
langsung tidak bertanya khabar berita. Buat tak endah sahaja. Semuanya
diuruskan oleh Harris. Yang mereka tahu tiap-tiap hari minta duit daripada
Rasyid walaupun oran g
tua itu sedang sakit. Langsung tidak dipedulikan mereka.
“Aba h ,
Ri s janji Ris akan bawak kakak
balik. Cuma Ri s nak abah janji abah kuat dan bertahan. Aba h nak tengok kakak kan ? Aba h
kena sihatlah.” Pujuk Harris sambil mengukirkan senyuman. Air mata yang
terkeluar dari tubir disapu supaya abahnya tidak tahu betapa dia sedih melihat
keadaan Rasyid sekarang.
Kakak, mana kakak pergi ni? Abah rindukan kakak sangat ni. Rintih
hati kecil Harris. Berharap kakaknya akan pulang sebelum terlambat.
****************
Qaseh membawa beg pakaiannya keluar dari bilik. Sebelum melangkah,
dia memeriksa barang kalau-kalau ada yang tertinggal. Hari ini adalah hari
terakhir dia tinggal di sini. Selepas ini dia akan memulakan hidup barunya di
kampung. Walaupun dia tahu yang abah masih marahkan dirinya tapi kali ini dia
tekad. Qaseh tidak kisah walaupun dihalau oleh abahnya nanti. Yang penting dia
dapat lari dari dunia yang penuh dengan seksaan ini.
“ Besarnya beg kau. Macam nak pergi tak balik-balik saja gaya nya.”tegur Qayyim ketika
dia melangkah ke ruang tamu. Lelaki itu sedang membaca majalah bola. Minat bola
rupanya lelaki ni.
Qaseh tersengih. Dia cuba
berlagak biasa. Lepas ni kau tak boleh nak buli aku lagi, sengal. Selamat
tinggal…
“Dah lama tak balik kampung banyak benda yang aku kena bawa balik.
Biasalah untuk adik-adik kat kampung.” Qaseh menjawab mesra. Senyuman langsung
tidak lekang dari bibir.
“ Ke kau nak lari dari aku ni…”duga Qayyim sambil matanya melirik
kepada Qaseh.
Qaseh menggeleng laju. Jangan kau tahu rancangan aku sudah. Qaseh
berkata dalam hati.
“ Tak adalah. Aku tahu kalau aku lari dari kau, aku akan hadapi
kesusahan yang sangat besar. Jangan risau. Lepas seminggu aku balik sini
berkhidmat untuk kau kembali.” Qaseh seolah-olah sedang berjanji.
Qayyim menutup majalah lalu diletakkan di atas meja.
“Pak Dollah hantar kau balik kampung,”ujar Qayyim serius. Wajah wanita
itu dipandang penuh minat. Hari ini Qaseh memakai blouse merah lalu dipadankan
dengan seluar legging hitam. Rambutnya diikat satu. Nam pa k
sangat menarik di pandangan mata Qayyim.
Qaseh mengangguk terus mengangkat kaki ke pintu. Qayyim turut
berbuat demikian. Selepas beg Qaseh dimasukkan ke dalam bonet belakang, Qaseh
masuk ke dalam peru t
kereta. Dia memilih untuk duduk di hadapan seperti selalu.
“Minah, kau duduk belakang.”arah Qayyim.
“Kenapa?”
“Aku nak duduk depan.”jawab Qayyim senada. Dia berwajah biasa.
Qaseh berkerut dahi. Tidak faham.
“Cepatlah. Nan ti lewat pula sampai
kampung kau.”
Qaseh terus turun dari kereta lalu dia melakukan seperti yang
diarahkan oleh Qayyim tadi.
“Kau ikut jugak ke?” Qaseh bertanya apabila Qayyim turut masuk ke
dalam kereta BMW 5 series milik Qayyim.
“Kenapa? Kau ingat aku tak tahu kau nak lari dari aku sebenarnya?”
Qayyim mengangkat kening. Bibirnya terukir senyuman sinis. “ Pak Dolah, cepat
bergerak. Kan g
terlewat sampai pula.”
Qaseh mengigit bibir. Gagal lagi rancangannya kali ini. Baru dia
fikir dia mahu lari terus daripada kehidupan lelaki ini namun itu semua hanya
angan-angan yang tidak pasti. Qaseh tertunduk sedih. Bilalah dia boleh terlepas
dari semua ini, Qaseh tiada jawapan.
****************
Qayyim terjaga dari lenanya.
Dia menenyehkan matanya supaya penglihatannya lebih jelas. Dia memandang
belakang. Qaseh juga sudah terlena. Wajah itu dipandang seketika. Simpati
tetapi dengan cara ini saja yang membolehkan Qaseh tetap ada untuk dia. Dia dah
terbiasa ada Qaseh dan tak mungkin semudah ABC dia akan lepaskan Qaseh.
Perempuan itu harus tetap ada untuknya sampai bila-bila.
“ Lama lagi ke nak sampai Pak Dollah?”tanya Qayyim.
“Lagi setengah jam, Tuan Ayim. Dah nak sampai pun.” Pak Dollah
memberitahu. Dia tetap focus pada pemanduannya.
Qayyim menggangguk. Radio dikuatkan sedikit suaranya. Lagu Hanya Aku
yang didendangkan oleh kumpulan Hyper Act sedang dimainkan di coro ng radio. Qayyim turut sama-sama menyanyi
mengikut rentak lagu itu. Bosan! Tiada apa yang boleh dilakukan. Sakit
pinggangnya apabila hampir 4 jam dia duduk di dalam kereta.
“Kita dah kat mana ni?”tetiba suara Qaseh kedengaran.
Dah bangun pun minah ni. Qayyim menoleh sekilas. Tersenyum dia
melihat keadaan Qaseh ketika itu. Rambut tidak bersikat, ada sedikit kesan air
liur basi di pipi dan matanya masih redup. Nam pa k
sangat manja dan begitu menarik perhatian Qayyim.
“Dah sesat mana tak tahu. Kaulah punya pasal.”Qayyim mula mencari
kunci untuk bergaduh.
“Kenapa aku pula?”Qaseh bertanya. Suaranya masih mendayu-dayu. Suara
oran g baru
bangun tidur.
“Tidur aje kerja kau. Bukannya nak tunjuk jalan pun.”balas Qayyim.
“Aku pun tak ingat jalan balik. Dah lama aku tak balik
kampung.”jawab Qaseh jujur. Masih mamai.
“Ulu juga kampung kau yea?”
“Hmmm..” Qaseh tidak menjawab. Dia memandang ke luar tingkap. Tidak
lama lagi mereka akan sampai di kampungnya. Perasaanya mula bercampur baur.
Takut, sedih, gementar dan semuanya bercampur aduk.
“Kat kampung kau ada siapa lagi?”
“Ada
oran g kampunglah. Ada siapa lagi…”
Qayyim tersenyum. Sedar akan
kesilapan dalam bertanyakan soalan tadi.
“Mana tahu kampung kau ada singa ke nanti. Sebab kau pun garang
macam singa. Kot-kot kau ni ada baka dari singa sikit.” Qayyim berkata selamba.
Terus tercelik mata Qaseh. Sepantas kilat dia menarik telinga Qayyim
dari belakang. Sekuat yang mungkin!
“Hoi! Sakitlah! Gila ke apa kau ni main tarik-tarik telinga?” Qayyim
cuba
untuk melepaskan tangan Qaseh dari terus menarik telinganya namun tidak
dilepaskan oleh Qaseh. Malah dikemaskan lagi tarikan dia tu.
“Suka hati mak tiri kau saja aku dari keturunan singa. Mulut kau tu
macam longkang tahu tak? Berbisa ya amat!” Qaseh berkata gera m. Perlahan-lahan dia melepaskan telinga
Qayyim. Baru puas hatinya sekarang.
“Gila!”
“Sakit ke abang? Maaflah aku buat kau macam tu. Kesian kaukan sebab
tak ada mama kau nak minta tolong. Kaukan anak manja mama.” Qaseh mengejek.
Qayyim menggosok telinganya yang sudah merah akibat ditarik oleh
Qaseh tadi. Wajahnya masam. Gera m
sangat! Ditambah lagi apabila Qaseh memerli dirinya. Jaga kau nanti, minah. Aku
balas balik apa yang kau dah buat kat aku.
Qaseh melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Mereka sudah sampai.
Dia kemudian memandang melalui cermin hadapan kereta. Rasa pelik tiba-tiba menerjah di dalam diri.
Qaseh diserbu seribu persoalan. Apa yang sedang berlaku ni? Qaseh
berdoa agar tiada apa-apa yang buruk. Mungkin abahnya mengadakan kenduri arwah
untuk arwah ibunya atau mungkin Harris mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Qaseh cuba
untuk menyedapkan hatinya.
ps- Selamat membaca...selamat berpuasa semua...
lme xupdate citer...igat2 lupe jln citer..huhu..
ReplyDeleteqaseh prgi dr kmpumg 2thn or 3thn?..sbb org duk kte kt fmily qaseh ada smthng y dibuatnya..cian qaseh klau xsempt jupe abah..sob2..
ara
ha?mungkin ke ayah Qaseh dah tak de?alamak.acu cepat sambung erk...
ReplyDelete