Bab 12
Damia baru sahaja
selesai membersihkan diri. Dia telah memilih untuk memakai baju kemeja
dipadankan dengan seluar jeans. Dia menutup rambutnya pula dengan selendang
yang dihadiahkan oleh Izz Rayyan semalam. Damia menggayakan ala-ala penyanyi
Yuna. Sekarang ini Damia sudah pandai memakai selendang tanpa bantuan daripada sesiapa. Tidak seperti
mula-mula dulu,Hanislah yang menjadi gurunya.
Damia mengerling
sekilas jam di tangannya. Dia sengaja mengendap melalui tingkap rumahnya untuk
melihat sama ada Izz Rayyan sudah sampai atau belum. Damia tersenyum. Lelaki
itu mengotakan janjinya. Damia lantas mencapai beg tangannya yang diletakkan di
atas katil. Selepas mengunci pintu dan memastikan semua dah terkunci Damia
menuju ke lif.
“ Dah lama
sampai?”tanya Damia sejurus sahaja menghampiri Izz Rayyan.
“ Dah hampir 2 jam
saya tunggu kat sini.”
“Hah? Betul ke?
Sorrylah, itulah siapa suruh datang awal sangat.” Damia tersengih.
Izz Rayyan tergelak
kecil. “Tak adalah. Saya pun baru sahaja sampai. Lebih kurang 15 minit macam
itu.” Mata Izz Rayyan tidak lepas daripada mengamati wajah Damia.
“Zara…” Damia
mengangkat kepala.
“Terima kasih
kerana sudi pakai tudung yang saya bagi
semalam. Awak sangat cantik hari ni. Lagi-lagi tudung itu daripada orang yang
kacak seperti saya ini.” Sempat lagi memuji diri sendiri.
Muka Damia sudah
bertukar rona. Malu mendengar pujian itu. Wajahnya ditundukkan.
“Terima kasih juga
sebab sudi hadiahkan kepada saya. Saya sangat menghargainya.” Damia berkata
sambil berjalan menuju ke pintu kereta Izz Rayyan.
Izz Rayyan berlari
membukakan pintu untuk Damia. Izz Rayyan bertambah bahagia hari ini apabila
Damia tidak bercakap kasar dengannya. Panggilan pun sudah ditukar kepada yang lebih
sopan dan lembut. Satu perubahan yang baik.
“Kenapa diam saja ni? Ada masalah ke?”tanya
Izz Rayyan selepas menyedari Damia hanya diam sepanjang perjalanan ke pejabat
Damia.
“Tak adalah. Tak
tahu nak cakap apa.” Damia mengukirkan senyuman. Dia melemparkan pandangannya
ke luar kereta.
“Tengah hari nanti
kita lunch sama-sama nak tak? Saya
belanja.”ajak Izz Rayyan. Tiada apa yang hendak dilakukan memandangkan dia
mengambil cuti rehat beberapa hari.
“Tak boleh kot
tapi sebelum tu kereta saya bila boleh siap?”
Izz Rayyan
mengambil telefon bimbitnya. Dia memasang handfree
di telinganya.
“Kejap saya call
mekanik dulu.”
Damia hanya
mendengar perbualan Izz Rayyan dan mekanik yang membaiki keretanya itu. Dalam
pada itu, Damia turut curi-curi memandang muka Izz Rayyan yang kacak itu dengan
ekor matanya. Hatinya begitu tertarik untuk terus melihat wajah Izz Rayyan.
“Mekanik kata
dalam 3 atau 4 hari lagi baru boleh siap. Lama sangat tak servis tu yang teruk
tu. Naik kereta ni kena servis selalu. Bila jadi macam inikan dah susah.” terang
Izz Rayyan selepas saja talian dimatikan.
“Alah, lambat lagilah nak siap ya?” Izz Rayyan
mengangguk.
“Kenapa?”
“ Saya nak balik
kampung petang ni. Hari ini saya kerja half
day saja. Kalau kereta rosak saya nak balik naik apa? Hanis pula tak ada.
Pergi bercuti kat oversea.”keluh
Damia.
Pening kepalanya
memikirkan cara untuk balik kampung. Kalau tak balik nanti mesti mengamuk Mak
Kiah sebab dia dah berjanji nak balik. Kasihan Mak Kiah nanti. Lagipun dia
memang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan mak dan ayahnya.
“Sekarang ni awak
tak perlu nak peningkan kepala awak yang sarat tu. Saya boleh tolong hantarkan
awak balik kampung tapi dengan satu syarat. Syaratnya jangan pandang muka saya
macam tadi lagi. Tergugat iman saya tau.” Izz Rayyan menawarkan diri. Satu
peluang yang baik nak merapatkan dirinya dengan Damia.
“Bila pula saya
pandang muka awak? Tak adanyalah.” Damia menyangkal tuduhan Izz Rayyan itu.
Tiba-tiba sahaja dia dituduh sebegitu.
“Tadi tu. Waktu
saya tengah bercakap telefon dengan mekanik. Awak pandang sayakan?” Izz Rayyan
menjongketkan keningnya.
Damia memejamkan
matanya. Malunya. Tak sangka pula Izz Rayyan nampak kelakuannya tadi. Ingatkan
khusyuk sangat bercakap tadi. Muka Damia
sudah merona merah.
“Lah, kenapa tutup
mata tu? Nak suruh cium ke?” Izz Rayyan yang masih memandu mengalih seketika
melihat reaksi Damia sebelum matanya kembali fokus kepada pemanduan. Izz Rayyan
geli hati. Kantoi!
“Ish jangan nak
mengada sangat. Saya lihat gerak-geri mulut awak sebab pendengaran saya kurang
jelas masa awak bercakap dengan mekanik tadi tu. Jadi jangan nak perasan sangat
ya, Encik Izz Rayyan.” Damia mempertahankan diri. Malulah dia kalau mengiakan
apa yang dikatakan oleh Izz Rayyan tadi.
“Yelah tu.” Izz Rayyan tidak percaya.
“Tak percaya
sudah. Betul ke awak nak hantar saya balik kampung ni?” Damia mengubah topik
perbualan. Kalau berterusan bercakap tentang hal tadi itu Damia lebih rela
terjun dari kereta daripada terus mendengar usikan Izz Rayyan yang entah apa-apa
tu.
“Itu pun kalau
awak sudi. Saya tiada masalah.”
“Bukan tak sudi
cuma risaulah naik berdua dengan awak saja.”
“Kenapa nak risau
pula? Saya makan nasi bukannya makan orang.”
Damia memandang
muka Izz Rayyan. Orang serius boleh pula dia membuat lawak. Kang ada juga yang
nak kena cubit nanti.
“Awak ni boleh percaya ke? Entah-entah awak ni
orang jahat ke?” Damia menyuarakan kerisauanya.
“Itu ke yang awak
risaukan? Apalah yang awak takut sangat ni. Saya tak buatlah kerja-kerja yang
boleh mengundang kemurkaan Allah tu. Mama dan arwah papa saya dah beri saya
didikan agama yang cukup untuk dijadikan bekalan hidup. Jangan risau okey. Saya
tak akan buat sesuatu yang boleh membuatkan awak bencikan saya. Okey? ”Izz
Rayyan menyakinkan Damia.
Damia mengulumkan
bibirnya. Cuba untuk mempercayai Izz Rayyan.
“Baiklah kalau
begitu. Tapi awak ni tak kerja ke? Saya nak balik kampung lama tau. Seminggu.”
“Saya ambil
cutilah. Benda kecil saja tu. Nanti boleh juga saya melawat pak lang saya kat
kampung tu.”
“Alhamdulillah.
Leganya rasa hati. Masalah selesai. ” Damia tersenyum menampakkan garisan
giginya.
Mereka telah
sampai di pejabat Damia. Izz Rayyan
cepat-cepat turun dari kereta lalu berlari membukakan pintu untuk Damia. Damia
tersenyum manis. Tidak selesa dilayan seperti tuan puteri ni.
“Thank you…” ucap Damia.
“Balik pukul
berapa ni? Nak balik rumah dulu ke terus balik kampung?” Izz Rayyan inginkan
kepastian. Takut terlewat pula datang menjemput Damia nanti.
“Saya balik pukul
12.00. Balik rumah dulu sebab nak ambil beg pakaian. Tapi beg tu dah kemas dah.
Lepas tu terus bertolak balik kampunglah.”
“Okeylah kalau
macam tu, nanti saya jemput awak. Tunggu kat sini tau.”
Damia mengangguk.
“Baiklah, Encik Izz Rayyan. Patik menurut perintah.”
Izz Rayyan tersengih
mendengar gurauan Damia tu.
“Saya naik dulu.
Pukul 12.00 nanti kita jumpa lagi. Take
care. Bawa kereta elok-elok tau.”pesan Damia seperti semalam.
“Insyallah. Saya
minta diri dulu.” Izz Rayyan masuk ke dalam perut keretanya. Selepas
menghidupkan enjin, deruman enjin kereta Izz Rayyan mula meninggalkan kawasan
pejabat Damia itu.
Usai kereta Izz
Rayyan hilang dari pandangan mata, Damia melangkah masuk ke pejabatnya. Hari
ini agak lewat Damia sampai ke pejabat. Selalunya dialah orang pertama yang
tercegat di hadapan pintu menunggu pintu pejabat dibuka.
“Mia…”tegur satu
suara ketika Damia sedang menaiki tangga. Damia kenal suara tu.
“Kimi! Baru sampai
ke?” Damia berbasi-basi.
“Ya. Siapa yang
hantar tadi tu?”tanya Fakhir Hakimi ingin tahu. Ketika dia turun dari kereta
tadi, dia melihat Damia dihantar oleh seorang lelaki. Rasa cemburu timbul dalam
dirinya walaupun dia tahu dia tidak berhak langsung untuk cemburu.
“Kawan saya yang
Kimi jumpa kat restoran dulu. Kenapa?”jawab Damia tanpa sebarang syak di hati.
“Izz Rayyan?”
Damia mengangguk. Fakhir
Hakimi masih lagi mengingati lelaki itu.
“Kereta awak mana? Kenapa pula dia yang hantar
awak? Selalunya awak datang sendiri.”Fakhir Hakimi masih lagi tidak puas hati.
Dia nak tahu apa hubungan Izz Rayyan dan
Damia.
“Kereta saya
rosak. Semalam ketika nak balik rumah kebetulan berjumpa dengan dia. Jadi Izz
lah yang tolong hantar Mia balik.”jawab Damia lagi.
“Balik nanti dia
datang jemput Mia ke?”
Damia menggiakan
sahaja. Masih tidak faham dengan keadaan sebenar. Wajah Fakhir Hakimi sudah pun
bertukar keruh.
“Awak telefon Izz
cakap tak perlu datang jemput.Nanti saya hantar awak balik.” tegas sahaja
arahan daripada Fakhir Hakimi.
Damia mengerutkan
dahinya. Pelik pula dengan Fakhir Hakimi ni.
“Eh, tak perlu
susah-susah. Lagipun dia datang jemput saya terus hantar saya balik kampung.”
Penjelasan Damia
itu membuatkan Fakhir Hakimi bertambah resah. Apa hubungan mereka sampai lelaki
itu yang akan menghantar Damia balik kampung?
“Kenapa pula dia
yang perlu hantar awak balik kampung pula? Kereta awak bila siap?”tanya Fakhir
Hakimi lagi.
“Kereta saya lagi
2-3 hari baru siap. Lagipun pak lang dia tinggal berjiran dengan kampung saya.Jadi
kebetulan Izz Rayyan nak melawat pak lang dia, saya tumpanglah balik kampung
sekali.”tolak Damia lembut.
Tidak semudah itu
untuk Damia menerima tawaran daripada Fakhir Hakimi. Dia tidak sanggup diserang
oleh Aleeya. Tambahan pula, dia lebih mempercayai Izz Rayyan berbanding Fakhir
Hakimi. Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.
“Mia pernah
beritahu Kimi yang Mia tak sukakan dia. Habis tu kenapa senang aje terima
tawaran dia tu? Korang ada hubungan ke? ”
“ Itu dulu, Kimi.
Sekarang kami sudah pun berkawan. Kenapa Kimi? ”tanya Damia. Dia melihat
perubahan di muka Fakhir Hakimi. Nampak risau saja
“Bohonglah. Kalau
berkawan tak akanlah sampai setuju nak berhantar bagai. Mesti korang ini ada
hubungan yang Kimi tak tahu.” Fakhir Hakimi serkap jarang. Tidak mempercayai
cakap Damia.
“Tak adalah Kimi.
Mia dan Izz Rayyan hanya berkawan. Tak lebih daripada itu.”nafi Damia.
“Kalau begitu biar
Kimi ajelah yang hantar Mia balik kampung. Tak perlu susahkan Izz Rayyan.” Fakhir
Hakimi memujuk.
Damia memegang
dahinya. Memikirkan tentang perubahan sikap Fakhir Hakimi. Dia tidak boleh
menerima tawaran Fakhir Hakimi kerana dia tidak mahu menghampakan Izz Rayyan.
“Mia minta maaf
sangat. Mia dah janji dengan Izz Rayyan. Lagipun mak dengan ayah Mia dah tahu
yang Mia akan balik dengan Izz Rayyan. Lain kali ya.” bohong Damia supaya dapat
melarikan diri menjadi mangsa rayuan Fakhir Hakimi lagi. Bohong sunat tak apa.
Tapi ada ke istilah bohong “sunat”? Soalan itu bermain di minda Damia.
Damia membuat keputusan.
Dia tidak boleh menerima tawaran Fakhir Hakimi. Tidak sanggup dia nak menerima
cemuhan orang lain.
Fakhir Hakimi
mengeluh hampa.
“Okeylah kalau macam tu. Kimi naik dulu.”
Fakhir Hakimi laju
sahaja memanjat tangga tanpa menunggu Damia terlebih dahulu. Damia malas nak
memikirkan perubaha sikap Fakhir Hakimi turut berlari anak menaiki tangga
kerana sudah lewat.
******************
Fakhir Hakimi
memerhati melalui tingkap pejabatnya. Damia telah dijemput oleh seorang lelaki
yang pernah dia jumpa sebelum ini. Izz Rayyan sempurna. Tiada cacat celanya.
Besar kemungkinan Damia boleh jatuh hati dengan Izz Rayyan. Fakhir Hakimi resah.
Fakhir Hakimi
menutup semula langsir tingkap kasar. Geram hatinya melihat kemesraan mereka
berdua. Fakhir Hakimi mengambil telefon pintarnya lalu membuka galeri gambar.
Dia melihat koleksi gambar-gambar Damia yang diambil secara diam tanpa disedari
oleh Damia.
Fakhir Hakimi
tersenyum sendiri. Gadis ini menjadi igauannya setiap malam. Sampaikan kalau
boleh dia mahu sentiasa berada di sisi Damia. Dia sedar yang dia hanya bertepuk
sebelah tangan tetapi Fakhir Hakimi akan mencuba memikat hati Damia.
“Tengok gambar
siapa tu?”suara itu membuatkan Fakhir Hakimi tersentak. Dia cepat-cepat menutup
galeri gambar lalu memandang ke arah suara tadi.
Aleeya sedang
berdiri di hadapan meja Fakhir Hakimi. Mukanya seperti menahan marah. Fakhir
Hakimi resah. Mungkin Aleeya nampak apa yang dilihat oleh Fakhir Hakimi
sebentar tadi.
Fakhir Hakimi cuba
mengukirkan senyuman bagi menutup segala keresahan yang timbul di dalam
dirinya.
“Sayang, kenapa
datang tak beritahu ni?”Fakhir Hakimi bersuara selepas melihat Aleeya diam seribu
bahasa memandangnya dengan pandangan yang begitu tajam.
“Bak sini telefon you!” tegas suara Aleeya memberi
arahan.
Fakhir Hakimi
membulatkan matanya. “Nak buat apa dengan telefon I?”
Aleeya berjalan
mendekati Fakhir Hakimi yang sedang duduk tenang di atas kerusinya. “Bak sini telefon
you. Ini kerja you selama ini.” Aleeya cuba merampas dari tangan Fakhir Hakimi.
Namun Fakhir Hakimi cepat menghalang.
Aleeya bengang.
Dia memang pantang kalau ada orang yang menipu atau mempermainkannya.
“Okey, kalau you tak nak bagi. You jangan menyesal kalau I buat apa-apa dekat perempuan tak guna
tu.” ugut Aleeya berang dengan sikap Fakhir Hakimi.
Dia sengaja masuk
diam-diam ke dalam bilik Fakhir Hakimi kerana dia ingin memberi kejutan kepada
Fakhir Hakimi tentang kehadirannya. Namun begitu, sebaik sahaja dia memulas
tombol pintu, dia melihat Fakhir Hakimi sedang bercakap seorang diri sambil
menatap gambar di dalam telefon bimbitnya. Aleeya menapak secara perlahan-lahan
untuk melihat gambar siapa yang dilihat oleh tunangnya itu.
Aleeya berasa
sakit hati selepas dia melihat gambar Damia yang terpapar di skrin telefon
bimbit milik Fakhir Hakimi bukannya gambar dia. Aleeya tidak menyangka Fakhir
Hakimi menyimpan perasaan terhadap Damia. Patutlah Fakhir Hakimi jarang meluangkan
masanya untuknya lagi sejak belakangan ini.
“Apa yang you merepek ni? Perempuan tak guna mana
pula ni?”soal Fakhir Hakimi pura-pura tidak faham dengan apa yang dikatakan
oleh Aleeya.
Aleeya ketawa
sinis. Pandai betul Fakhir Hakimi berlakon.
“Tak sangka you ni pandai berlakon ya. Patutlah
kalau I ajak you keluar ada saja
alasan you. Rupanya you dah jatuh hati kat perempuan tu. Jangan ingat I tak tahu. Tapi satu saja you kena ingat, you akan menyesal kalau you
tak cuba buang perasaan you terhadap
Damia. You jangan lupa you boleh duduk kat kerusi tu pun
sebabkan papa I. Kalau I beritahu papa I yang you sebenarnya tipu I ,you tahu kan akibatnya nanti.”Aleeya cuba
mengugut Fakhir Hakimi.
Fakhir Hakimi
mengetap bibir. Tangan memegang dahinya. Habislah dia kalau Datuk Fahmi dapat
tahu tentang perkara ini. Fakhir Hakimi bangkit dari kerusi lalu mendekati
Aleeya.
“Sayang… I minta
maaf. I janji I akan buang perasaan tu jauh-jauh. Tapi tolong jangan beritahu
papa you. I janji I akan buang
perasaan ni jauh-jauh. I juga janji hanya you
saja dalam hati I.” Fakhir Hakimi cuba memujuk Aleeya.
Aleeya tersenyum
sinis. Fakhir Hakimi memang mudah diugut.Aleeya memeluk leher Fakhir Hakimi
lembut.
“ Tahu pun
takut. Jadi bak sini telefon you.”
Fakhir Hakimi
seperti orang lurus bendul. Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Aleeya
tanpa banyak bertanya lagi.
Aleeya pula
tersenyum puas. Aleeya lantas memadam semua gambar-gambar Damia yang diambil
oleh Fakhir Hakimi itu lalu menyerahkan kembali kepada Fakhir Hakimi.
“You sayang I tak?”tanya Aleeya sambil
membuat lentok manja.
Fakhir Hakimi
mengangguk.
“Kalau you
sayangkan I, you mesti sanggup buat apa saja untuk I kan?” Fakhir Hakimi
mengangguk lagi. “ Jadi I nak you pecat perempuan tu.”
Fakhir Hakimi
terkejut. Tidak mungkin dia akan memecat Damia. Dia tidak sanggup untuk
berpisah dengan Damia.
Fakhir Hakimi
meleraikan pelukan Aleeya. Dia menggelengkan kepalanya tidak setuju dengan
permintaan Aleeya yang tidak masuk akal tu.
“Yang tu I tak
setuju. I memang tak boleh nak pecat Damia. Lagipun I tak ada alasan yang
kukuh. Nanti apa pula Damia fikir.” bantah Fakhir Hakimi.
Aleeya menolak
bahu Fakhir Hakimi kasar. Dia berang selepas mendengar jawapan daripada Fakhir
Hakimi. Dia tahu tidak semudah itu Fakhir Hakimi akan melupakan Damia. Dia
tidak akan duduk diam walaupun Fakhir Hakimi telah berjanji. Dia dapat
merasakan yang Fakhir Hakimi sekadar ingin mengambil hatinya.
“Kalau you tak
sanggup nak pecat dia, biar I yang pecat. Lagipun mana mungkin you sanggup nak pecat orang yang menjadi
igauan you kan?” kedengaran Aleeya
ketawa mengejek.
Fakhir Hakimi
meraup mukanya beberapa kali. Dia sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Yang
berada di fikirannya, dia tidak sanggup untuk memecat Damia.
“Please, Leeya. I mohon sangat kat you. Jangan pecat Damia. Damia dah
banyak bantu I dalam majukan syarikat ni. Damia pekerja yang serba boleh. Bukan
senang kita nak dapat pekerja macam dia tu…”Fakhir Hakimi cuba memujuk lagi.
“Okey, kalau you
tak nak pecat Damia, you kena
berusaha untuk buang perasaan you itu
terhadap Damia. Kalau tidak you tahulah akibatnya. I cakap I buat.” Aleeya mula
melangkah meninggalkan bilik Fakhir Hakimi.
Fakhir Hakimi
menghenyakkan tubuhya di atas kerusi. Pening kepalanya memikirkan semua yang
berlaku. Aleeya seorang yang sangat nekad. Dia akan buat apa sahaja asalkan dia
puas. Fakhir Hakimi buntu.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH