HATI YANG AKU PERLU BAB 13


“Zara lapar tak? Saya laparlah.” Izz Rayyan menyuarakan kehendaknya. Perutnya sudah berbunyi minta diisi.

Damia melihat jam di dashboard kereta Izz Rayyan. Patutlah lapar. Sudah pukul 2 petang.

“Boleh juga. Perut saya pun dah menyanyi ni. Bolehlah kita solat Zohor sekali.” Damia menyetujui cadangan Izz Rayyan untuk berhenti makan. Lagipun sudah masuk waktu Zohor. Elok sangat mereka berhenti sekejap.

“Betul ke perut awak dah menyanyi? Saya tak dengar pun. Lagu apa erk?”Izz Rayyan tergelak kecil.

Damia menampar perlahan bahu Izz Rayyan. “ Nak lagu apa?”balas Damia pula melayan gurauan itu.

“Terimalah sayang cintaku seadanya. Ditujukan insan yang bernama Nurul Zara Damia Alisya binti Rasyid. Boleh tolong putarkan tak?” Izz Rayyan masih lagi asyik bergurau dengan Damia. Damia melayan, lagilah Izz Rayyan suka.

Damia tersipu  malu. Rona mukanya sudah bertukar warna. Malu pula mendengar usikan daripada Izz Rayyan itu. Tajuk lagu tu pun sudah mempunyai maksud yang mendalam. Izz Rayyan ni memang suka buat Damia duduk tak diam.

“Oppss…lagu tu tak ada dalam senarai. Sila pilih lagu lain.” balas Damia. Dia tidak memandang muka Izz Rayyan yang sedang memandangnya. Mereka sudah berhenti di perhentian Gurun.

Izz Rayyan tersenyum. “Kalau macam tu biar saya yang nyanyi ye? Kejap nak bersedia dulu.”  Izz Rayyan cuba mengingati lirik lagu nyanyian Arrow itu. Lagu itu memang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi.

Damia menanti dengan penuh debaran. Malunya turut menebal. Mana pernah lagi ada orang yang mendekatinya selama ini yang betul bersungguh-sungguh dalam memenangi hatinya.

“Bukan pura-pura….”Izz Rayyan mahu memulakan nyanyiannya. Namun terhenti selepas Damia mengarahnya untuk berhenti. “Kenapa pula, Zara? Saya bersemangat nak nyanyi kat awak ni.”

“Saya rasa saya tak layak untuk terima lagu ni.” Damia bersuara. Damia memang belum bersedia untuk mendengarnya.  



“Okeylah kalau awak cakap macam tu. Awak rasa awak tak layak tapi saya rasa awak memang terlebih layak. Jauh di sudut hati saya, saya dapat rasakan awak memang jodoh saya. Pertama kali saya terpandang awak  hati dan perasaan saya menjadi tidak tentu arah.” Izz Rayyan membuat pengakuan ikhlas.

Damia terharu mendengar pengakuan daripada Izz Rayyan. Izz Rayyan setakat ini begitu baik dengannya. Tapi masih terlalu awal untuk dia menilai Izz Rayyan. Damia juga akan memberi peluang kepada Izz Rayyan untuk memenangi hatinya.

Thank for everything, Izz Rayyan. Saya sangat menghargainya. Tapi masih terlalu awal untuk saya menerima awak. Saya harap awak faham.”pinta Damia. Dia memerlukan masa untuk semua ini. Percintaan adalah perkara baru baginya walaupun dia pernah sukakan Fariz dulu tapi itu lain dari situasi sekarang.

“Saya nak awak tahu yang saya serius dengan awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya dan pendamping saya di dunia dan akhirat. Saya tahu terlalu awal untuk berbicara tentang perasaan kita sekarang ini tetapi saya rasa inilah masa yang sesuai. Sudikah awak untuk menjadi isteri saya?” Izz Rayyan melamar Damia. Dia akan terima apa sahaja jawapan daripada Damia. Kalau Damia menolak, dia tidak akan berputus asa untuk terus memenangi hati Damia.

Damia terkedu. Tiada angin, tiada ribut Izz Rayyan melamarnya. Tidak pernah terfikir Izz Rayyan begitu serius untuk menjalinkan perhubungan. Dada Damia sudah berombak kencang. Lidahnya kelu. Mulutnya telah terkunci serapat-rapatnya. Tiada apa yang mampu diungkapkan olehnya.

“Zara… saya tak paksa awak bagi jawapan sekarang. Saya akan terima apa sahaja jawapan awak. Andai kata awak menolak saya, saya akan redha kerana mungkin awak bukan jodoh saya, tapi percayalah. Saya akan jaga awak sebaik-baiknya sekiranya awak terima saya. Sebab sekali saya jatuh cinta selamanya saya cintakan orang tu.”ikhlas sungguh pengakuan daripada Izz Rayyan ni.

“Tapi kitakan tak pernah bercinta. Lagipun awak belum lagi mengenal hati budi saya, begitu juga dengan saya. Saya nak seperti orang lain. Kenal-kenal, bercinta, couple lepas tu barulah kahwin. Masih terlalu awal untuk semua ini.”

Izz Rayyan tersenyum lebar.

“Zara, dalam Islam tiada istilah couple. Couple hanya untuk orang yang sudah berkahwin. Bercinta selepas kahwinlah sebaik-baiknya. Saya tak nak nikmat perkahwinan hilang andainya kita ikut trend zaman sekarang. Imam Hassan Al- Banna ada berkata yang kalau kamu berkawan-kawan sepuluh tahun sekalipun kamu belum kenal orang tu. Yang kita kenal hanyalah lakonan dia sahaja. Awak tengok sekarang ini. Bercerai sudah menjadi perkara biasa. Bila tanya tempoh percintaan semuanya dua tiga tahun tapi bila kahwin cuma beberapa bulan sahaja. Saya tak nafikan ramai yang bahagia tapi saya tak nak macam tu. Saya harap awak faham dan saya juga akan faham kalau awak tak dapat terima saya.” Izz Rayyan berkata pasrah. Dia bukannya baik sangat tapi selepas apa yang terjadi dulu, dia sudah serik dengan semua itu.

Damia cuba menatap panahan mata Izz Rayyan. Cuba mencari keikhlasan daripada kata-kata Izz Rayyan itu walaupun dadanya sudah berdebar-debar. Damia memang memerlukan seseorang di sampingnya tapi dia tidak tahu siapa orangnya. Yang sanggup terima dia seadanya, yang sanggup melayan karenah dia.

Damia buntu. Dia tidak boleh memberi jawapan sekarang. Walaupun hatinya seolah-olah mahu menerima lamaran Izz Rayyan. Dia percaya lelaki itu ikhlas. Tapi kalau boleh dia nak dulu berkenalan dengan Izz Rayyan supaya dia dapat tahu semua tentang lelaki yang berada di sebelahnya ini.

“Saya tak boleh bagi jawapan sekarang. Saya confuse.” Damia melarikan pandangan matanya dari terus diratah oleh Izz Rayyan.

 “Ambillah berapa lama masa yang Zara perlu. Apa pun keputusannya, Izz akan terima. Saya takkan memaksa Zara untuk terima saya. Okey?” Izz Rayyan cuba mempamerkan wajah yang ceria. Dia pun tidak tahu kenapa dia boleh melamar Damia dengan tiba-tiba sahaja walaupun niatnya itu sudah lama dipendam di dalam hati.

Damia mengukirkan senyuman. Dia selesa kerana Izz Rayyan tidak terlalu memaksanya untuk memberi jawapan. Izz Rayyan seorang yang sangat profesional orangnya. Senang dengan sikap Izz Rayyan yang sangat berfikiran terbuka.

“Terima kasih, Izz Rayyan kerana memahami saya.”ucap Damia.

Izz Rayyan mengerling jam. Rasanya sudah lama mereka berada di situ. Tujuan utama mereka terbantut akibat daripada lamaran Izz Rayyan tadi.

“Sama-sama kasih. Jom makan. Saya lapar sangat dah ni.” Izz Rayyan merengek sambil memegang perutnya. Damia tergelak kecil. Macam budak-budak sudah gaya Izz Rayyan.

“Jom.” Suasana kembali seperti biasa. Mereka berdua melangkah masuk ke medan selera untuk mengisi perut bagi meneruskan perjalanan yang berbaki beberapa kilometer sahaja lagi untuk sampai ke destinasi yang dituju.

****************

“Zara ada teman lelaki?” tanya Izz Rayyan ketika menunggu pesanan sampai ke meja mereka.

Damia yang sedang asyik memerhati gelagat kanak-kanak yang menangis akibat tidak dituruti kemahuannya mengalihkan pandangan kepada Izz Rayyan yang segak bergaya itu. Soalan cepu emas.

“Tak adalah. Siapalah nak kat gadis tomboy macam saya ni?” Damia ketawa kecil.

“Saya nak awak pula tak sudi.” balas Izz Rayyan senada.

“Bukan tak sudi cuma masih belum bersedia untuk memberi jawapan. Masih terlalu awal untuk berkata ya dengan lamaran awak tu. Saya perlukan masa.”

Izz Rayyan menganggukkan kepalanya. Dia mengerti perasaan Damia. Pastinya Damia sedang keliru dengan semua ini.

“Baiklah. Saya tak mahu paksa awak. Kalau boleh saya tahu Fariz tu siapa?”

“Sahabat baik saya dunia akhirat.” jawab Damia sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Dia terkenangkan Fariz di kampung. Apa khabar sahabatnya sekarang? Rindunya dia untuk bertemu dengan Fariz hanya Tuhan saja tahu.

“Dulu mula-mula bertemu awak saya ingatkan Fariz tu teman lelaki awak. Rupanya sahabat baik. Patutlah mesra semacam aje.”

“Tapi kalau awak ingat Fariz tu teman lelaki saya kenapa awak cuba masuk line juga?” selamba saja Damia bertanya.

“Sebab saya terpikat kat awaklah. Saya suka tengok wajah awak, tingkah awak dan kebrutalan awak. Saya jatuh cinta pandang pertama semasa kita berlanggar kat kenduri tu.  Sejak dari itulah saya ingin sangat berkenalan dengan awak cuma saya takut.”

Damia berkerut dahinya.

“Takut?”soal Damia ingin tahu apa yang ditakutkan oleh Izz Rayyan itu.

“Awak garang.” Izz Rayyan tersengih.

Damia tersenyum nipis. Garang-garang pun berani juga memikat aku ni.

“Garang dengan orang yang merimaskan sahaja.”

“Jadi saya merimaskan ke?” Izz Rayyan mengangkat keningnya. Menanti jawapan daripada Damia.

Damia mengetuk jarinya di atas meja. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

“Sikit-sikit. Tapi itu dulu. Masa awak jadi bangla jual karpet tu.” ucap Damia sambil matanya mencerun kepada Izz Rayyan untuk melihat reaksi lelaki itu.

Izz Rayyan seraya ketawa. Kuat sehingga ada mata yang memerhati kepada mereka berdua. Kenapalah dengan lelaki ini. Nak ketawa pun perlahankanlah sedikit suara tu. Gumam Damia dalam hatinya.

“Bangla tu handsome kan? Macam-macamlah awak ni.” Izz Rayyan masih lagi dalam ketawanya. Apalah yang lucu sangat pun Damia tidak tahu.

“Okey-okey aje. Taklah handsome mana tapi sedaplah mata memandang.”

“Jadi sekarang saya sudah tidak merimaskan awak lagilah?”

Damia menjongketkan bahunya. Air yang baru sahaja terhidang dihirup sedikit. Dia segan untuk menjawab pertanyaan daripada Izz Rayyan itu. Izz Rayyan bukan seorang yang merimaskan lagi untuk Damia. Dia sudah boleh menerima kehadiran lelaki itu di dalam dirinya. Perasaan marah, geram dan menjengkelkan hati Damia sudah tiada lagi. Dia rasa sangat selesa dengan Izz Rayyan sekarang.

“Cakap ajelah. Jangan nak malu-malu.” desak Izz Rayyan. Dia mahukan jawapan daripada mulut Damia bukannya isyarat tubuh.

“Mungkin ya, mungkin tidak.” Jawab Damia.

Izz Rayyan tersengih.

“Mungkin ya mungkin tidak? Rasanya tidak kot. Saya sekarang ini lebih menyenangkan hati awakkan?”

“Jangan nak perasan sangatlah. Saya tak cakap apa-apa pun.”nafi Damia. Suka sangatlah perasan diri.

“Cakaplah awak. Ala tomey-tomey.” Izz Rayyan mengusik sambil berlakon sedang mencubit pipi Damia.

Damia menekup mulutnya. Dia cuba menahan ketawa. Geli hatinya mendengar usikan daripada Izz Rayyan itu.

“Gilalah awak ni. Macam budak-budak.” tegur Damia yang masih lagi cuba menahan ketawanya.

“Cepatlah cakap.”

“Cakap apa?” Damia buat-buat tak ingat apa yang cuba dimaksudkan oleh Izz Rayyan.

Izz Rayyan mengetap bibirnya geram. Main-main betullah. Dulu garang bukan main.

“Ketuk kepala nak?” ugut Izz Rayyan.

“Adalah sikit-sikit yang merimaskan tu. Saya cuba untuk sesuaikan dengan keadaan sekarang ini. Jangan risau.” Damia menjawab persoalan daripada Izz Rayyan itu.

Izz Rayyan menarik nafas lega. Terima kasih Tuhan kerana bukakan pintu hati Damia untuk cuba menerima dirinya. Izz Rayyan sudah lama mengharapkan semua ini.

“Lega hati saya. Saya boleh mengharaplah ni?”

“Terpulanglah. Jangan menangis tak berlagu sudahlah nanti.” Damia berseloroh.

“Kenapa? Awak tak sudi ke dengan saya?”

“Saya dah beritahukan yang masih terlalu awal untuk berikan jawapan. Saya perlukan masa untuk semua ini. Please jangan tanya banyak kali. Nanti saya naik angin baru awak tahu.” Damia memberi amaran. Dia memang tidak suka didesak tambahan lagi membuat keputusan terburu-buru. Dia akan menjadi marah dan baran.

“Cuba naik angin sikit. Nak juga tengok macam mana gayanya. Entah-entah rupa macam Kak Ros dalam animasi Upin dan Ipin itu apa.” usik Izz Rayyan.

Damia membulatkan matanya. Izz Rayyan sudah ketawa berkekeh-kekeh.


          “Ada-ada ajelah awak ni. Muka legend tapi hati layan animasi Upin dan Ipin. Tak rock langsung.” kata Damia kepada Izz Rayyan.

           “Saya memang dalam hati ada taman. Lainlah awak tu. Dalam hati ada tapak pembinaan.” balas Izz Rayyan lancang.

Damia mengigit bibirnya. Geramnya dengan Izz Rayyan. Kalau diikutkan hatinya yang geram sudah lama lelaki itu ditarik-tarik telinganya. Nasib baik dia masih lagi mampu bersabar.

“Malas nak layan. Saya lapar nak makan. Lepas ini nak bergerak jumpa mak dan ayah pula.” Damia mengalah. Dia tidak mahu berterusan bercakap dengan Izz Rayyan. Nanti dia juga sakit hati dengan usikan demi usikan daripada Izz Rayyan itu.

“Macamlah awak yang pandu kereta.”  Izz Rayyan sempat lagi berkata sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Damia hanya mendiamkan diri. Tak berdaya sudah ingin melayan Izz Rayyan.
                                                                                   

HATI YANG AKU PERLU BAB 12



Bab 12

Damia baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia telah memilih untuk memakai baju kemeja dipadankan dengan seluar jeans. Dia menutup rambutnya pula dengan selendang yang dihadiahkan oleh Izz Rayyan semalam. Damia menggayakan ala-ala penyanyi Yuna. Sekarang ini Damia sudah pandai memakai selendang tanpa  bantuan daripada sesiapa. Tidak seperti mula-mula dulu,Hanislah yang menjadi gurunya.

Damia mengerling sekilas jam di tangannya. Dia sengaja mengendap melalui tingkap rumahnya untuk melihat sama ada Izz Rayyan sudah sampai atau belum. Damia tersenyum. Lelaki itu mengotakan janjinya. Damia lantas mencapai beg tangannya yang diletakkan di atas katil. Selepas mengunci pintu dan memastikan semua dah terkunci Damia menuju ke lif.

“ Dah lama sampai?”tanya Damia sejurus sahaja menghampiri Izz Rayyan.

“ Dah hampir 2 jam saya tunggu kat sini.”

“Hah? Betul ke? Sorrylah, itulah siapa suruh datang awal sangat.” Damia tersengih.

Izz Rayyan tergelak kecil. “Tak adalah. Saya pun baru sahaja sampai. Lebih kurang 15 minit macam itu.” Mata Izz Rayyan tidak lepas daripada mengamati wajah Damia.

“Zara…” Damia mengangkat kepala.

“Terima kasih kerana sudi  pakai tudung yang saya bagi semalam. Awak sangat cantik hari ni. Lagi-lagi tudung itu daripada orang yang kacak seperti saya ini.” Sempat lagi memuji diri sendiri.

Muka Damia sudah bertukar rona. Malu mendengar pujian itu. Wajahnya ditundukkan.

“Terima kasih juga sebab sudi hadiahkan kepada saya. Saya sangat menghargainya.” Damia berkata sambil berjalan menuju ke pintu kereta Izz Rayyan.

Izz Rayyan berlari membukakan pintu untuk Damia. Izz Rayyan bertambah bahagia hari ini apabila Damia tidak bercakap kasar dengannya. Panggilan pun sudah ditukar kepada yang lebih sopan dan lembut. Satu perubahan yang baik.

 “Kenapa diam saja ni? Ada masalah ke?”tanya Izz Rayyan selepas menyedari Damia hanya diam sepanjang perjalanan ke pejabat Damia.

“Tak adalah. Tak tahu nak cakap apa.” Damia mengukirkan senyuman. Dia melemparkan pandangannya ke luar kereta.





“Tengah hari nanti kita lunch sama-sama nak tak? Saya belanja.”ajak Izz Rayyan. Tiada apa yang hendak dilakukan memandangkan dia mengambil cuti rehat beberapa hari.

“Tak boleh kot tapi sebelum tu kereta saya bila boleh siap?”

Izz Rayyan mengambil telefon bimbitnya. Dia memasang handfree di telinganya.

“Kejap saya call mekanik dulu.”

Damia hanya mendengar perbualan Izz Rayyan dan mekanik yang membaiki keretanya itu. Dalam pada itu, Damia turut curi-curi memandang muka Izz Rayyan yang kacak itu dengan ekor matanya. Hatinya begitu tertarik untuk terus melihat wajah Izz Rayyan.

“Mekanik kata dalam 3 atau 4 hari lagi baru boleh siap. Lama sangat tak servis tu yang teruk tu. Naik kereta ni kena servis selalu. Bila jadi macam inikan dah susah.” terang Izz Rayyan selepas saja talian dimatikan.

“Alah,  lambat lagilah nak siap ya?” Izz Rayyan mengangguk.

“Kenapa?”

“ Saya nak balik kampung petang ni. Hari ini saya kerja half day saja. Kalau kereta rosak saya nak balik naik apa? Hanis pula tak ada. Pergi bercuti kat oversea.”keluh Damia.

Pening kepalanya memikirkan cara untuk balik kampung. Kalau tak balik nanti mesti mengamuk Mak Kiah sebab dia dah berjanji nak balik. Kasihan Mak Kiah nanti. Lagipun dia memang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan mak dan ayahnya.

“Sekarang ni awak tak perlu nak peningkan kepala awak yang sarat tu. Saya boleh tolong hantarkan awak balik kampung tapi dengan satu syarat. Syaratnya jangan pandang muka saya macam tadi lagi. Tergugat iman saya tau.” Izz Rayyan menawarkan diri. Satu peluang yang baik nak merapatkan dirinya dengan Damia.

“Bila pula saya pandang muka awak? Tak adanyalah.” Damia menyangkal tuduhan Izz Rayyan itu. Tiba-tiba sahaja dia dituduh sebegitu.

“Tadi tu. Waktu saya tengah bercakap telefon dengan mekanik. Awak pandang sayakan?” Izz Rayyan menjongketkan keningnya.

Damia memejamkan matanya. Malunya. Tak sangka pula Izz Rayyan nampak kelakuannya tadi. Ingatkan khusyuk sangat bercakap  tadi. Muka Damia sudah merona merah.

“Lah, kenapa tutup mata tu? Nak suruh cium ke?” Izz Rayyan yang masih memandu mengalih seketika melihat reaksi Damia sebelum matanya kembali fokus kepada pemanduan. Izz Rayyan geli hati. Kantoi!

“Ish jangan nak mengada sangat. Saya lihat gerak-geri mulut awak sebab pendengaran saya kurang jelas masa awak bercakap dengan mekanik tadi tu. Jadi jangan nak perasan sangat ya, Encik Izz Rayyan.” Damia mempertahankan diri. Malulah dia kalau mengiakan apa yang dikatakan oleh Izz Rayyan tadi.

“Yelah tu.”  Izz Rayyan tidak percaya.

“Tak percaya sudah. Betul ke awak nak hantar saya balik kampung ni?” Damia mengubah topik perbualan. Kalau berterusan bercakap tentang hal tadi itu Damia lebih rela terjun dari kereta daripada terus mendengar usikan Izz Rayyan yang entah apa-apa tu.

“Itu pun kalau awak sudi. Saya tiada masalah.”

“Bukan tak sudi cuma risaulah naik berdua dengan awak saja.”

“Kenapa nak risau pula? Saya makan nasi bukannya makan orang.”

Damia memandang muka Izz Rayyan. Orang serius boleh pula dia membuat lawak. Kang ada juga yang nak kena cubit nanti.

 “Awak ni boleh percaya ke? Entah-entah awak ni orang jahat ke?” Damia menyuarakan kerisauanya.

“Itu ke yang awak risaukan? Apalah yang awak takut sangat ni. Saya tak buatlah kerja-kerja yang boleh mengundang kemurkaan Allah tu. Mama dan arwah papa saya dah beri saya didikan agama yang cukup untuk dijadikan bekalan hidup. Jangan risau okey. Saya tak akan buat sesuatu yang boleh membuatkan awak bencikan saya. Okey? ”Izz Rayyan menyakinkan Damia.

Damia mengulumkan bibirnya. Cuba untuk mempercayai Izz Rayyan.

“Baiklah kalau begitu. Tapi awak ni tak kerja ke? Saya nak balik kampung lama tau. Seminggu.”

“Saya ambil cutilah. Benda kecil saja tu. Nanti boleh juga saya melawat pak lang saya kat kampung tu.”
“Alhamdulillah. Leganya rasa hati. Masalah selesai. ” Damia tersenyum menampakkan garisan giginya.

Mereka telah sampai di  pejabat Damia. Izz Rayyan cepat-cepat turun dari kereta lalu berlari membukakan pintu untuk Damia. Damia tersenyum manis. Tidak selesa dilayan seperti tuan puteri ni.

Thank you…” ucap Damia.

“Balik pukul berapa ni? Nak balik rumah dulu ke terus balik kampung?” Izz Rayyan inginkan kepastian. Takut terlewat pula datang menjemput Damia nanti.

“Saya balik pukul 12.00. Balik rumah dulu sebab nak ambil beg pakaian. Tapi beg tu dah kemas dah. Lepas tu terus bertolak balik kampunglah.”

“Okeylah kalau macam tu, nanti saya jemput awak. Tunggu kat sini tau.”

Damia mengangguk. “Baiklah, Encik Izz Rayyan. Patik menurut perintah.”

Izz Rayyan tersengih mendengar gurauan Damia tu.

“Saya naik dulu. Pukul 12.00 nanti kita jumpa lagi. Take care. Bawa kereta elok-elok tau.”pesan Damia seperti semalam.

“Insyallah. Saya minta diri dulu.” Izz Rayyan masuk ke dalam perut keretanya. Selepas menghidupkan enjin, deruman enjin kereta Izz Rayyan mula meninggalkan kawasan pejabat Damia itu.

Usai kereta Izz Rayyan hilang dari pandangan mata, Damia melangkah masuk ke pejabatnya. Hari ini agak lewat Damia sampai ke pejabat. Selalunya dialah orang pertama yang tercegat di hadapan pintu menunggu pintu pejabat dibuka.

“Mia…”tegur satu suara ketika Damia sedang menaiki tangga. Damia kenal suara tu.

“Kimi! Baru sampai ke?” Damia berbasi-basi.

“Ya. Siapa yang hantar tadi tu?”tanya Fakhir Hakimi ingin tahu. Ketika dia turun dari kereta tadi, dia melihat Damia dihantar oleh seorang lelaki. Rasa cemburu timbul dalam dirinya walaupun dia tahu dia tidak berhak langsung untuk cemburu.

“Kawan saya yang Kimi jumpa kat restoran dulu.  Kenapa?”jawab Damia tanpa sebarang syak di hati.

“Izz Rayyan?”

Damia mengangguk. Fakhir Hakimi masih lagi mengingati lelaki itu.

 “Kereta awak mana? Kenapa pula dia yang hantar awak? Selalunya awak datang sendiri.”Fakhir Hakimi masih lagi tidak puas hati. Dia nak  tahu apa hubungan Izz Rayyan dan Damia.

“Kereta saya rosak. Semalam ketika nak balik rumah kebetulan berjumpa dengan dia. Jadi Izz lah yang tolong hantar Mia balik.”jawab Damia lagi.

“Balik nanti dia datang jemput Mia ke?”

Damia menggiakan sahaja. Masih tidak faham dengan keadaan sebenar. Wajah Fakhir Hakimi sudah pun bertukar keruh.

“Awak telefon Izz cakap tak perlu datang jemput.Nanti saya hantar awak balik.” tegas sahaja arahan daripada Fakhir Hakimi.

Damia mengerutkan dahinya. Pelik pula dengan Fakhir Hakimi ni.

“Eh, tak perlu susah-susah. Lagipun dia datang jemput saya terus hantar saya balik kampung.”

Penjelasan Damia itu membuatkan Fakhir Hakimi bertambah resah. Apa hubungan mereka sampai lelaki itu yang akan menghantar Damia balik kampung?

“Kenapa pula dia yang perlu hantar awak balik kampung pula? Kereta awak bila siap?”tanya Fakhir Hakimi lagi.

“Kereta saya lagi 2-3 hari baru siap. Lagipun pak lang dia tinggal berjiran dengan kampung saya.Jadi kebetulan Izz Rayyan nak melawat pak lang dia, saya tumpanglah balik kampung sekali.”tolak Damia lembut.

Tidak semudah itu untuk Damia menerima tawaran daripada Fakhir Hakimi. Dia tidak sanggup diserang oleh Aleeya. Tambahan pula, dia lebih mempercayai Izz Rayyan berbanding Fakhir Hakimi. Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

“Mia pernah beritahu Kimi yang Mia tak sukakan dia. Habis tu kenapa senang aje terima tawaran dia tu? Korang ada hubungan ke? ”

“ Itu dulu, Kimi. Sekarang kami sudah pun berkawan. Kenapa Kimi? ”tanya Damia. Dia melihat perubahan di muka Fakhir Hakimi. Nampak risau saja

“Bohonglah. Kalau berkawan tak akanlah sampai setuju nak berhantar bagai. Mesti korang ini ada hubungan yang Kimi tak tahu.” Fakhir Hakimi serkap jarang. Tidak mempercayai cakap Damia.

“Tak adalah Kimi. Mia dan Izz Rayyan hanya berkawan. Tak lebih daripada itu.”nafi Damia.

“Kalau begitu biar Kimi ajelah yang hantar Mia balik kampung. Tak perlu susahkan Izz Rayyan.” Fakhir Hakimi memujuk.

Damia memegang dahinya. Memikirkan tentang perubahan sikap Fakhir Hakimi. Dia tidak boleh menerima tawaran Fakhir Hakimi kerana dia tidak mahu menghampakan Izz Rayyan.  

“Mia minta maaf sangat. Mia dah janji dengan Izz Rayyan. Lagipun mak dengan ayah Mia dah tahu yang Mia akan balik dengan Izz Rayyan. Lain kali ya.” bohong Damia supaya dapat melarikan diri menjadi mangsa rayuan Fakhir Hakimi lagi. Bohong sunat tak apa. Tapi ada ke istilah bohong “sunat”? Soalan itu bermain di minda Damia.

Damia membuat keputusan. Dia tidak boleh menerima tawaran Fakhir Hakimi. Tidak sanggup dia nak menerima cemuhan orang lain.

Fakhir Hakimi mengeluh hampa.

 “Okeylah kalau macam tu. Kimi naik dulu.”

Fakhir Hakimi laju sahaja memanjat tangga tanpa menunggu Damia terlebih dahulu. Damia malas nak memikirkan perubaha sikap Fakhir Hakimi turut berlari anak menaiki tangga kerana sudah lewat.

******************

Fakhir Hakimi memerhati melalui tingkap pejabatnya. Damia telah dijemput oleh seorang lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini. Izz Rayyan sempurna. Tiada cacat celanya. Besar kemungkinan Damia boleh jatuh hati dengan Izz Rayyan. Fakhir Hakimi resah.

Fakhir Hakimi menutup semula langsir tingkap kasar. Geram hatinya melihat kemesraan mereka berdua. Fakhir Hakimi mengambil telefon pintarnya lalu membuka galeri gambar. Dia melihat koleksi gambar-gambar Damia yang diambil secara diam tanpa disedari oleh Damia.

Fakhir Hakimi tersenyum sendiri. Gadis ini menjadi igauannya setiap malam. Sampaikan kalau boleh dia mahu sentiasa berada di sisi Damia. Dia sedar yang dia hanya bertepuk sebelah tangan tetapi Fakhir Hakimi akan mencuba memikat hati Damia.

“Tengok gambar siapa tu?”suara itu membuatkan Fakhir Hakimi tersentak. Dia cepat-cepat menutup galeri gambar lalu memandang ke arah suara tadi.

Aleeya sedang berdiri di hadapan meja Fakhir Hakimi. Mukanya seperti menahan marah. Fakhir Hakimi resah. Mungkin Aleeya nampak apa yang dilihat oleh Fakhir Hakimi sebentar tadi.

Fakhir Hakimi cuba mengukirkan senyuman bagi menutup segala keresahan yang timbul di dalam dirinya.

“Sayang, kenapa datang tak beritahu ni?”Fakhir Hakimi bersuara selepas melihat Aleeya diam seribu bahasa memandangnya dengan pandangan yang begitu tajam.

“Bak sini telefon you!” tegas suara Aleeya memberi arahan.

Fakhir Hakimi membulatkan matanya. “Nak buat apa dengan telefon I?”

Aleeya berjalan mendekati Fakhir Hakimi yang sedang duduk tenang di atas kerusinya. “Bak sini telefon you. Ini kerja you selama ini.” Aleeya cuba merampas dari tangan Fakhir Hakimi. Namun Fakhir Hakimi cepat menghalang.

Aleeya bengang. Dia memang pantang kalau ada orang yang menipu atau mempermainkannya.

“Okey, kalau you tak nak bagi. You jangan menyesal kalau I buat apa-apa dekat perempuan tak guna tu.” ugut Aleeya berang dengan sikap Fakhir Hakimi.

Dia sengaja masuk diam-diam ke dalam bilik Fakhir Hakimi kerana dia ingin memberi kejutan kepada Fakhir Hakimi tentang kehadirannya. Namun begitu, sebaik sahaja dia memulas tombol pintu, dia melihat Fakhir Hakimi sedang bercakap seorang diri sambil menatap gambar di dalam telefon bimbitnya. Aleeya menapak secara perlahan-lahan untuk melihat gambar siapa yang dilihat oleh tunangnya itu.

Aleeya berasa sakit hati selepas dia melihat gambar Damia yang terpapar di skrin telefon bimbit milik Fakhir Hakimi bukannya gambar dia. Aleeya tidak menyangka Fakhir Hakimi menyimpan perasaan terhadap Damia. Patutlah Fakhir Hakimi jarang meluangkan masanya untuknya lagi sejak belakangan ini.

“Apa yang you merepek ni? Perempuan tak guna mana pula ni?”soal Fakhir Hakimi pura-pura tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Aleeya.

Aleeya ketawa sinis. Pandai betul Fakhir Hakimi berlakon.

“Tak sangka you ni pandai berlakon ya. Patutlah kalau I ajak you keluar ada saja alasan you. Rupanya you dah jatuh hati kat perempuan  tu. Jangan ingat I tak tahu. Tapi satu saja you kena ingat, you akan menyesal kalau you tak cuba buang perasaan you terhadap Damia. You jangan lupa you boleh duduk kat kerusi tu pun sebabkan papa I. Kalau I beritahu papa I yang you sebenarnya tipu I ,you tahu kan akibatnya nanti.”Aleeya cuba mengugut Fakhir Hakimi.

Fakhir Hakimi mengetap bibir. Tangan memegang dahinya. Habislah dia kalau Datuk Fahmi dapat tahu tentang perkara ini. Fakhir Hakimi bangkit dari kerusi lalu mendekati Aleeya.

“Sayang… I minta maaf. I janji I akan buang perasaan tu jauh-jauh. Tapi tolong jangan beritahu papa you. I janji I akan buang perasaan ni jauh-jauh. I juga janji hanya you saja dalam hati I.” Fakhir Hakimi cuba memujuk Aleeya.

Aleeya tersenyum sinis. Fakhir Hakimi memang mudah diugut.Aleeya memeluk leher Fakhir Hakimi lembut.

“ Tahu pun takut.  Jadi bak sini telefon you.”

Fakhir Hakimi seperti orang lurus bendul. Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Aleeya tanpa banyak bertanya lagi.

Aleeya pula tersenyum puas. Aleeya lantas memadam semua gambar-gambar Damia yang diambil oleh Fakhir Hakimi itu lalu menyerahkan kembali kepada Fakhir Hakimi.

You sayang I tak?”tanya Aleeya sambil membuat lentok manja.

Fakhir Hakimi mengangguk.

“Kalau you sayangkan I, you mesti sanggup buat apa saja untuk I kan?” Fakhir Hakimi mengangguk lagi. “ Jadi I nak you pecat perempuan tu.”

Fakhir Hakimi terkejut. Tidak mungkin dia akan memecat Damia. Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Damia.

Fakhir Hakimi meleraikan pelukan Aleeya. Dia menggelengkan kepalanya tidak setuju dengan permintaan Aleeya yang tidak masuk akal tu.

“Yang tu I tak setuju. I memang tak boleh nak pecat Damia. Lagipun I tak ada alasan yang kukuh. Nanti apa pula Damia fikir.” bantah Fakhir Hakimi.

Aleeya menolak bahu Fakhir Hakimi kasar. Dia berang selepas mendengar jawapan daripada Fakhir Hakimi. Dia tahu tidak semudah itu Fakhir Hakimi akan melupakan Damia. Dia tidak akan duduk diam walaupun Fakhir Hakimi telah berjanji. Dia dapat merasakan yang Fakhir Hakimi sekadar ingin mengambil hatinya.

“Kalau you tak sanggup nak pecat dia, biar I yang pecat. Lagipun mana mungkin you sanggup nak pecat orang yang menjadi igauan you kan?” kedengaran Aleeya ketawa mengejek.

Fakhir Hakimi meraup mukanya beberapa kali. Dia sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Yang berada di fikirannya, dia tidak sanggup untuk memecat Damia.

Please, Leeya. I mohon sangat kat you. Jangan pecat Damia. Damia dah banyak bantu I dalam majukan syarikat ni. Damia pekerja yang serba boleh. Bukan senang kita nak dapat pekerja macam dia tu…”Fakhir Hakimi cuba memujuk lagi.

“Okey, kalau you tak nak pecat Damia, you kena berusaha untuk buang perasaan you itu terhadap Damia. Kalau tidak you tahulah akibatnya. I cakap I buat.” Aleeya mula melangkah meninggalkan bilik Fakhir Hakimi.

Fakhir Hakimi menghenyakkan tubuhya di atas kerusi. Pening kepalanya memikirkan semua yang berlaku. Aleeya seorang yang sangat nekad. Dia akan buat apa sahaja asalkan dia puas. Fakhir Hakimi buntu.

HATI YANG AKU PERLU BAB 11


Bab 11

Damia berjalan beriringin dengan Izz Rayyan. Selesai makan tadi, Izz Rayyan mengajak Damia untuk berjalan-jalan pula di pusat beli-belah. Damia tidak membantah cadangan itu. Malah Damia berasa sangat selesa keluar dengan Izz Rayyan.

Izz Rayyan mengajak Damia masuk ke kedai menjual tudung dan pakaian wanita. Damia memandang muka Izz Rayyan pelik. Cuba meminta penjelasan daripada Izz Rayyan namun Izz Rayyan buat tak tahu saja. Damia hanya mengikut jejak langkah Izz Rayyan tanpa banyak bicara.

Izz Rayyan berjalan terus menuju ke bahagian menjual tudung. Dia membelek satu persatu tudung yang tergantung cantik di rak itu. Damia mengetap bibirnya. Apa yang nak dibuat oleh Izz Rayyan pun dia tidak dapat kenalpasti.Mungkin dia nak beli untuk mak dia kot… Tak pun dia beli untuk girlfriend dia? Damia membuat andaian sendiri. Tidak berminat untuk bertanya.

“Okey tak yang ini?”tanya Izz Rayyan meminta pendapat daripada Damia.

Damia mengambil tudung tersebut dari tangan Izz Rayyan.Dia membelek tudung tersebut. Damia kemudiannya mengangguk.

“Untuk siapa? Mak atau girlfriend?” Damia tiba-tiba berminat pula nak tahu.

Izz Rayyan tersenyum. “Untuk bakal isteri.

Damia mengetap bibirnya. Dah nak kahwin rupanya. Tapi masih lagi nak kacau aku. Huh! Lelaki memang macam tu. Tak pernah cukup dengan satu.

“Orang dia macam mana?” Damia bertanya lagi.

Izz Rayyan memandang Damia pelik. “Cemburu ke?” usik Izz Rayyan.

Damia menjuihkan bibirnya. Perasan. Ingat nak sangat kat lelaki sawan macam Izz Rayyan ni.

“Tak ada masa. Nak tahu orang macam mana senang sikit nak pilih.”Damia mula nak naik angin.

“Okey, jangan marahlah yang oi. Orang dia tinggi, putih dan lebih senang nak cakap dia macam Zara. Semuanya macam Zara. Okey tak kalau yang ini saya pilih untuk dia?” 



Damia membelek lagi tudung yang dipilih oleh Izz Rayyan tu. Dia turut tertarik dengan rekaan tudung tersebut.

“Okey. Sesuai sangat kalau kulit dia putih.” Damia memberi pendapat.

“Jadi Zara sukalah?”tanya Izz Rayyan inginkan kepastian.

Damia mengangguk. “Bagi aku cantik dah tapi tak tahulah bakal isteri hang macam mana.”

Confirm dia suka punya kalau Zara suka. Saya nak pergi bayar dulu. ” Izz Rayyan berkata yakin. Ada agenda selepas ini yang mahu dilakukan oleh Izz Rayyan.

Damia mengangguk lagi. Dia turut mengikut Izz Rayyan berjalan menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Izz Rayyan mengeluarkan not RM 50 lalu diserahkan kepada juruwang yang bertugas di kaunter tersebut. Selepas selesai membayar, Izz Rayyan dan Damia berjalan keluar dari kedai tudung dan menjual pakaian wanita itu.

“Nak pergi mana lagi ni? Dah lewat ni. Esok kerja.” Damia merungut. Dia betul-betul dah letih.

Izz Rayyan melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan sudah pukul 8.00 malam. Kemudian mata dia tertancap pada wajah Damia yang kelihatan keletihan itu. Kesian pula.

“Dahlah. Jom saya hantar balik.”

Damia dan Izz Rayyan berjalan keluar dari pusat beli-belah. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat meletak kereta.  
------------------------------

Mereka telah sampai ke kondominium Damia. Izz Rayyan memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk kondominium tersebut. Damia pula sudah terlena di tempat duduk sebelah.Izz Rayyan mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah mulus milik Damia itu. Orang yang dicintai dalam diam.

“Zara….”panggil Izz Rayyan lembut. Cuba mengejutkan Damia yang masih terlena di sebelahnya.

Panggilan tersebut berhasil. Damia membukakan matanya perlahan-lahan. Dia melihat di luar kereta. Seperti mengenali tempat ini.

“Kita kat mana ni?”tanya Damia ingin tahu.

“Kita dah sampai. Kan ini rumah Zara.”jawab Izz Rayyan dengan nada lembut.

Damia membuka pintu kereta Izz Rayyan. Dia mengambil beg tangannya yang diletakkan di belakang lalu turun dari kereta.

Izz Rayyan  mengambil bungkusan di tempat duduk belakang. Dia lantas turun dari kereta selepas melihat Damia ingin melangkah masuk ke pintu masuk kondomium.

“Kejap Zara.”Damia menghentikan langkahnya. Dia memandang Izz Rayyan yang tercegat sudah di sebelahnya.

Izz Rayyan menghulurkan bungkusan kepada Damia.

“Kenapa bagi kat aku? Kan tudung ni untuk bakal isteri hang?”

Izz Rayyan tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kedua-dua pipinya.

“Taklah. Saya belikan untuk awak. Hadiah atas perubahan penampilan awak. Saya sangat suka bila awak bertudung. Jadi saya harap awak dapat terima hadiah saya yang tak seberapa ini. Ambillah. Nanti bila kita kahwin saya beli lagi.” Izz Rayyan tersengih.

Mata Damia masih lagi memandang muka Izz Rayyan. Di dalam hatinya begitu terharu dengan pemberian Izz Rayyan. Dia tidak menyangka bakal isteri yang dikatakan oleh Izz Rayyan sebentar tadi adalah dia. Damia dapat rasakan ini satu penghormatan yang paling bermakna untuknya.

“Terima kasih.” Hanya itu yang mampu Damia ucapkan.

“Sama-sama. Esok saya datang ambil awak.” Izz Rayyan gembira kerana Damia sudi menerima pemberiannya itu.

Dia nak datang ambil aku? Buat apa?Damia tertanya-tanya.

“Kenapa pula hang nak ambil aku?”

Izz Rayyan tergelak.” Awak ni cepat lupalah. Kereta awakkan rosak, esok awak nak pergi kerja naik apa?”

Damia menepuk dahinya. Kemudian dia tersengih-sengih memandang Izz Rayyan.

“Betullah. Aku terlupa. Okeylah, aku minta diri dulu. Esok jangan lupa ambil aku. Jangan lewat tau.”pesan Damia.

“Tak takut ke naik sorang-sorang?”

Damia mengukirkan senyuman. “ Dah biasa. Dahlah pergi balik tidur. Esok kalau lewat datang, siaplah hang aku kerjakan.”

Izz Rayyan ketawa kecil. “Don’t worry. Esok selepas subuh saya tunggu sini.”

Damia menjuihkan bibirnya.”Boleh percaya ke? Jangan cakap saja lebih, tapi habuk pun tarak.”

“Tengoklah esok macam mana. Kalau betul, awak nak bagi saya apa?”

“Aku bagi penumbuk.”jawab Damia selamba.

“Ganas gila awak ni. Sebelum awak tumbuk saya, saya angkat awak lempar dalam kolam tu.” Izz Rayyan berseloroh.

“Larat ke hang nak angkat aku? Aku ni nampak saja kecil tapi sebenarnya berat tau.”

“Nak tau saya larat ke tak angkat awak, awak bagi penumbuk dulu.”

“Sudahlah. Semakin lama aku layan, semakin merapu awak tu. Aku masuk dulu. Take care. Bawa kereta elok-elok tau.”pesan Damia.

“Risau juga awak kat saya. Good night. Sweet dream. Mimpi saya tau.” Izz Rayan tersengih.

“Insyallah. Assalamualaikum…” Damia melangkah masuk ke kawasan kondominiumnya itu.
Selepas melihat Damia hilang dari pandangan mata barulah Izz Rayyan menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan kawasan itu dengan perasaan bahagia yang memenuhi setiap ruang dalam dirinya.

**************

Damia merebahkan badannya di atas katil empuk sebaik sahaja dia tiba di rumah. Begitu letih sekali. Sepetang bersama lelaki yang dia tidak pernah suka suatu hari dulu. Tak sangka pula dapat keluar bersama-sama hari ini. Semua itu terjadi hanya kebetulan. Dan kebetulan itu membuatkan mereka berdua sudah pun menjadi kawan walaupun pertemuan mereka yang sangat singkat.

Damia mendongak memandang lelangit syiling kondonya. Dia tertarik dengan cara dan perwatakkan yang ada pada Izz Rayyan. Izz Rayyan seorang yang matang baginya. Dia cukup sabar dalam melayan karenah Damia. Walaupun Damia bercakap kasar dengannya dia tidak langsung membalas dengan bercakap kasar juga malah dia lembutkan lagi percakapannya.

Damia mencapai bungkusan beg plastik yang berisi tudung. Pemberian pertama yang dihadiahkan oleh Izz Rayyan. Dia membelek tudung tersebut. Dia tidak menyangka yang Izz Rayyan akan menghadiahkan dia tudung. Itu menunjukkan Izz Rayyan sangat menyokong dengan perubahan yang dilakukan oleh Damia.

Telefon bimbit Damia berdering. Cepat-cepat Damia bangun dari pembaringannya lalu mencapai telefon pintar yang diletakkan di atas meja tepi katilnya itu. Damia tersenyum melihat gerangan yang menghubunginya itu.

“Assalamualaikum, Kimi.”ucap Damia lantas sahaja mengangkat telefon.

“Mia mintak maaf sangat-sangat. Mia baru sahaja sampai rumah ni. Tak terdaya dah nak keluar lagi.”
Damia tersenyum sambil tangannya bermain-main bucu cadar katil.

“Mia balik kerja tadi lama dah. Pukul 6.00 Mia dah balik tapi tadi ada kawan ajak keluar makan itu yang lambat sampai rumah tu.”

“Mia minta maaf ya. Okey.. Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Damia melihat jam di dinding biliknya. Sudah pukul 10.00 malam. Lama juga dia keluar dengan Izz Rayyan tadi. Sedar-sedar dah pukul 9.00 malam baru Izz Rayyan menghantar Damia pulang.

Damia berjalan ke meja kerjanya. Dia membuka komputer ribanya terlebih dahulu. Kemudian dia mencapai tuala yang tersangkut kemas lalu menapak menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
--------------------------------

Usai selesai solat Isyak, Damia duduk mengadap komputer ribanya. Tujuannya bukan untuk membuat kerja tetapi dia ingin membuka laman sosial facebook. Sejak menerima post yang dihantar oleh Pencinta Setia itu, Damia sudah kerap membuka laman sosialnya itu.  Boleh dikatakan tiap harilah dia membukanya.

Kotak chat berbunyi menandakan ada orang yang menghantar sesuatu untuk berchatting dengan Damia. Damia lantas melihat siapa gerangannya. Damia melonjak gembira. Pencinta setia yang menghantar mesej di kotak chat itu.

Pencinta setia - Assalamualaikum, Mia…

Damia menaip laju untuk membalas.

Damia             - Waalaikumussalam, Pencinta setia.-
Pencinta Setia - Buat apa tu? Tak menganggu ke?
Damia              -Tak mengganggu kalau awak jawab soalan saya

Damia teruja menunggu mesej daripada Pencinta Setia. Lama jugak Damia menunggu jawapan daripada Pencinta Setia itu barulah dibalas.

Pencinta setia  - Awak mesti nak tahu siapa saya kan?-.
Damia              - Betul tu. Boleh klau awk beritahu siapa awak dari mana awk    kenal sya

Damia sabar lagi menunggu jawapannya. Kelihatan di kotak chat itu, Pencinta Setia sedang menulis sesuatu untuk dihantar kepada Damia.

Saya ni seorang lelaki, warganegara malaysia, berbangsa melayu, berumur 27 tahun, masih bujang, bekerja sebagai tukang sapu sampah ( rezeki halal), dan seorang yang tidaklah sekacak mana pun. J - Pencinta setia.

Tukang sapu sampah? Tak kisahlah kerja apa pun asalkan halal. Tapi bukan itu yang Damia hendak tahu. Damia nak tahu siapa sebenarnya lelaki misteri tersebut.Damia ingin bertanya lagi. Dia tidak berpuas hati selagi dia tidak tahu siapa lelaki itu walaupun dia sudah beranggapan bahawa mereka hanya ingin mempermainkan dia saja.

Ketika Damia ingin menekan butang hantar, malangnya Pencinta Setia telah pun offline. Soalan Damia dibiarkan tidak lagi terjawab. Damia mengeluh panjang. Tidak dapat juga dia mengetahui siapa lelaki itu.

Damia menutup komputer ribanya. Matanya sudah mula layu. Dia sudah malas nak melayan Pencinta Setia itu. Tidak mahu mengusutkan kepalanya dengan orang yang entah siapa itu.

Damia memanjat katilnya. Dia membaringkan dirinya lantas tangannya mengambil telefon bimbitnya untuk mengunci penggera. Ada satu mesej. Nombor baru kerana tiada nama.

Wajahmu, senyuman, tingkah laku mu semuanya membuatkan aku begitu tertarik untuk mengenalimu dengan lebih dekat lagi. – Izz  Rayyan.

Damia mengukirkan senyuman. Sungguh romantik lelaki yang digelar sawan oleh Damia ini. Damia sangat selesa dengan kehadiran Izz Rayyan semenjak dua menjak ini.

Akhirnya Damia terlena dengan perasaan yang bahagia di dalam hati.



HATI YANG AKU PERLU BAB 10


Bab 10

Damia sedang khusyuk melihat kertas-kertas yang berkaitan dengan kerjanya itu. Sedar tak sedar sudah hampir setengah tahun Damia bekerja di situ. Pelbagai pengalaman yang dia dapat sepanjang dia berkhidmat di situ.

Hubungannya dengan Fakhir Hakimi pun semakin hari semakin rapat walaupun Damia tahu yang Fakhir Hakimi sudah pun mempunyai teman wanita. Namun dia langsung tidak kisah kerana dia menganggap hubungannya dengan Fakhir Hakimi tidak lebih daripada seorang bos dan pekerja.

Dia tahu kadang-kadang ada suara-suara sumbang yang senang akan keakraban mereka berdua namun dia langsung tidak mahu ambil kisah. Dia sudah biasa dengan suara-suara begitu. Lagipun dia bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan Fakhir Hakimi. Jadi buat apa nak takutkan…

Telefon jenama Iphone yang miliknya oleh Damia itu mengeluarkan lagu Sudah Cukup Sudah nyanyian Nirwana Band yang telah dijadikan nada dering. Damia mencapai telefon bimbitnya itu lalu memandang skrin.

Dia mengukirkan senyuman.  Panggilan daripada ibunya di kampung. Dia sangat merindui mak dan ayahnya itu. Sepanjang di berada di sini dia langsung tidak balik kampung lagi kerana kesibukkan tugasan. Namun pada hujung minggu ini dia bercadang untuk balik kampung bagi melepaskan rindu yang bersarang.

“Assalamualaikum, mak… Mak! Mia rindu mak…..”luah Damia sejurus sahaja dia menekan butang hijau.

Kedengaran maknya tergelak. “ Itulah, hang ni kerja sampai tak ingat langsung nak balik kampung. Ingatkan dah lupa mak dah. Baliklah Damia, mak rindu kat hang ni.”

“Mak ni…Setiap saat Mia ingat mak dan ayah tau. Tak pernah hilang pun dari ingatan ni. Insyallah, mak. Hujung minggu ni Mia balik. Mak masak sedap-sedap tau. Lama tak makan masakan mak.”

“Baguslah kalau hang dah nak balik. Lagipun hujung minggu ni ada majlis sikit kat rumah kita. Dan majlis tu hang kena ada juga. Hang balik naik apa ni? Bas ke atau Hanis hantar?”

Damia mengerutkan dahinya. “ Majlis apa mak?”

“Adalah.  Nanti hang tau juga. Hang balik naik apa ni?” tanya Mak Kiah sekali lagi.

“Mia balik naik kereta. Miakan dah beli kereta dah. Mak lupalah tu.” 



Mak Kiah ketawa lagi. “ Betullah… Lupa pula mak. Okeylah, mak nak tanya itu saja. Jangan lupa nak balik tau.”

“Insyallah, mak. Bye-bye. Assalamualaikum.. Sayang mak. Muah, muah, muah.”  Damia membunyikan mulutnya seperti mencium di telefon bimbitnya.

“Waalaikumussalam…sayang Mia juga.”

Talian dimatikan. Damia menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi. Fikirannya masih terfikirkan majlis apa yang mahu diadakan oleh ibubapanya nanti. Nak kata majlis nak pergi Mekah, rasanya lambat lagi. Majlis apalah agaknya? Damia mengeluh.

Dia mencapai pen lalu menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Tidak dapat menangkap majlis apa yang mahu diadakan oleh orang tuanya itu. Mungkin mak dan ayahnya hendak buat kenduri arwah. Duga Damia.

Damia tidak dapat menumpukan sepenuh hatinya terhadap kerja. Mungkin otaknya sudah letih kerana terlalu sangat bekerja. Dia mengurut-ngurut belakang tengkungnya. Dia menyandarkan kembali badannya ke belakang kerusi. Damia memejamkan matanya sekejap.

Pintu diketuk. Damia membuka matanya. Baru sahaja nak terlelap ada pula yang mengganggu. Terjengul wajah Fakhir Hakimi yang tersengih kepadanya. “

Tak nak balik lagi ke?” tanya Fakhir Hakimi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Damia.

Damia mengerutkan dahinya. “Balik apanya. Awal lagi kan?”

Fakhir Hakimi tergelak. Itulah bila dalam kepala ingat kerja sahaja inilah jadinya. Sampaikan jam pun tak sempat nak tengok.

“Kenapa gelak?”tanya Damia yang masih tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sahaja Fakhir Hakimi tergelak.

Cuba tengok jam…” Damia melihat jam di skrin komputer yang terpasang. Kemudian dia tersenyum malu memandang Fakhir Hakimi.

“Ni nak balik ke tak nak ni?”tanya Fakhir Hakimi sekali. Selalunya dia akan keluar pejabat bersama-sama dengan Damia. Risau membiarkan Damia seorang diri di dalam pejabat itu.

“Kerja ada sikit lagi nak kena siapkan. Kimi balik dululah. Kejap lagi Mia baliklah.”bohong Damia. Sebenarnya dia malas nak balik lagi. Lagipun kalau balik rumah pun bukannya ada apa-apa yang boleh dia buat pun.

Damia sekarang sudah menyewa sebuah kondominium. Sudah 2 bulan dia berpindah ke situ. Dia tidak selesa tinggal .lama-lama di rumah Hanis. Damia merasakan seolah-olah menganggu privasi Hanis dan Faez.

“Tak apa ke duduk sorang-sorang ni? Tinggallah dulu kerja tu.”Fakhir Hakimi tidak senang hati nak tinggal Damia seorang diri di situ.

“Tak apa. Don’t worry. Kejap lagi Mia baliklah. Kimi balik dulu.”

“Okey.Jaga diri. Kimi balik dulu ya.” Fakhir Hakimi melangkah ke pintu.

Damia teringat sesuatu. “ Err… Kimi. Kejap.”

Fakhir Hakimi menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang muka Damia sambil mengangkat keningnya.

“Kenapa? Takut ke?”usik Fakhir Hakimi.

Damia menggeleng. “ Mia nak minta cuti seminggu boleh tak? Nak balik kampung. Dah lama Mia tak jenguk mak dan ayah kat kampung. Boleh tak?”

Fakhir Hakimi mengetapkan bibirnya. Seminggu? Lama tu.

“Nak balik kahwin ke lama sangat cuti tu?”duga Fakhir Hakimi.

“Tak adalah cuma nak hilangkan rindu kat mak dengan ayah ni. Dah lama sangat tak balik. Tak apa. Mia janji Mia akan siapkan semua kerja dulu sebelum cuti ni. Bolehlah, Kimi.”Damia seolah-olah merayu. Kalau tak dapat cuti ni memang dia berhasrat untuk berprotes. Idea tu timbul dalam fikirannya.

“Okey tapi nanti mesti Kimi rindu kat Mia.” Fakhir Hakimi tersengih.

“ Tak apa,Kimi telefonlah Mia. Insyallah Mia jawab.”Damia memberi cadangan.

“Okey, tapi dengan satu syarat. Nanti bila dah balik KL bawa balik ole-ole untuk Kimi… Boleh?”

Damia tersenyum bahagia. Fakhir Hakimi memang baik. Sangat-sangat memahami yang dia tersangatlah rindu kat kampung halamannya apatah lagi motosikalnya itu.

“Benda kecil saja tu. Terima kasih Kimi. Kimi lah bos yang paling baik.”puji Damia ikhlas.

Fakhir Hakimi turut tersenyum mendengar pujian daripada Damia itu. Fakhir  Hakimi melihat jam di pergelangan tangan. Dia sudah lewat. Petang ini dia ada temu janji dengan teman wanitanya. Kalau datang lambat nanti, merajuk pula.

“Kimi minta diri dulu. Nanti merajuk pula si Aleeya ni kalau datang lewat.”

Damia menghantar langkah Fakhir Hakimi dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Fakhir Hakimi memang lelaki yang sangat baik. Dia jarang sekali marah. Jika marah pun, tak akan berlarutan. Sekejap sahaja. Untunglah Aleeya kerana dapat lelaki seperti Fakhir Hakimi. Damia memuji di dalam hati.

Damia melihat jam di skrin komputernya. Masih awal lagi. Damia tergerak hati ingin membuka laman sosial facebooknya. Sudah lama dia tidak menjengah laman sosial yang menjadi kegilaan ramai sama ada yang muda ataupun yang tua. Semuanya tahu apa itu facebook.

Damia membuka kotak notification untuk melihat post-post yang dihantar oleh kawan-kawannya. Tangan Damia laju sahaja mengklik salah satu post yang dihantar oleh Pencinta Setia, rakan facebook nya. Damia tidak pernah tahu pun ada rakan laman sosialnya itu ada yang bernama sedemikian. Damia membaca satu persatu post yang dihantar oleh Pencinta Setia di dalam laman facebooknya.

15 Januari 2012-
Assalamualaikum… andainya kau memerlukan teman, aku rela menjadi temanmu walaupun hanya dikala sepi.

17 Januari 2012 –
Aku tak sempurna tapi aku harap kau dapat berada di sisiku supaya aku dapat menyempurnakan diriku ini. J

25 Januari 2012 –
Walaupun kau tak kenal siapa aku, aku tak kisah kerana jika ada jodoh ALLAH akan pertemukan kita juga.

31 Januari 2012-
Dalam banyak-banyak perempuan yang aku kenal, kaulah yang berjaya membuka pintu hati aku untuk bercinta lagi.

Damia mengerutkan dahinya. Siapalah Pencinta setia ini? Damia berminat lagi untuk terus membaca setiap bait yang dihantar oleh rakan misterinya itu.

14 Februari 2012-
Kalau awak nak tahu, saya ni taklah sehandsome Aaron Aziz  yang menjadi kegilaan ramai, tak sekaya Yusry Kru yang ada Lamborgini, tak seromantik Seth Tan dalam cerita Nora Elena dan tak sebaik-baik manusia. Tapi satu saja yang saya nak beritahu awak yang saya akan cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk awak. Itu janji saya.

24 Februari 2012-
Dah lama tak post kat wall awak. Rindu saya tak? Saya ni perasankan? Tak apalah. Saya tak kisah pun kalau awak tak rindukan saya. Saya faham. Lagipun mana mungkin awak rindukan saya sebab awak langsung tak pernah tengok muka saya kan? Tapi sebenarnya kalau awak nak tahu yang awak dah pernah tengok muka saya yang tak kacak ni. Take care. Mungkin saya tak post kat wall awak lepas ni dalam jangka masa yang lama. Salam sayang dari saya – Pencinta Setia.

 Damia membelek lagi di wall nya. Mana tahu ada lagi post-post yang dihantar oleh Pencinta Setia. Namun hampa. Sudah tiada lagi. Hati Damia tertarik setiap bait-bait yang dihantar oleh Pencinta Setia itu. Damia lantas membuka profil Pencinta Setia itu. Dia ingin melihat siapakah gerangan yang menjadi orang yang mencintainya dalam diam itu. Damia menekan tab foto. Teruja untuk mengetahui orang yang baginya sangat ikhlas itu.

Damia mengeluh panjang. Tiada sebarang foto yang diletakkan di dalam facebook Pencinta Setia itu. Damia menyandarkan badannya. Mungkin dia hanya ingin mempermainkan aku. Damia membuat andaian sendiri.

Dahlah… Malas nak fikirkan benda yang entah betul, entah tidak ni. Mungkin dia ni hanya nak mainkan diri aku saja. Tapi kata-katanya benar-benar membuatkan Damia berasa Pencinta Setia itu adalah seorang yang betul-betul ikhlas dengannya. Arghh!!! Macam-macam boleh jadi. Mungkin ini hanya akaun palsu yang dicipta untuk mainkan perasaan orang lain. Damia membuat tekaan sendiri.

Damia membetulkan tudungnya. Dia sudah menutup komputernya. Dia sudah mahu pulang. Hari pun sudah menginjak ke malam. Rasa seram pula bila lama-lama duduk di dalam pejabatnya itu seorang diri. Damia mengemas mejanya yang berselerak dengan fail-fail kerjanya. 

Selepas selesai, Damia melangkah keluar dari pejabat. Dia berjalan menuju ke tempat meletak kenderaan sambil menjinjit beg tangannya. Dia berjalan laju kerana perasaan takut sudah menguasai diri memandangkan hanya dia yang berada di situ seorang diri. Damia membuka kunci pintu kereta.

“Zara…”tegur satu suara dari belakang. Damia membulatkan matanya. Terkejut dengan teguran entah dari siapa itu. Damia dengan perasaan yang berdebar-debar di hati menoleh ke belakang untuk melihat siapa empunya suara lembut itu.

Alangkah terkejutnya Damia apabila melihat orang yang sudah hampir beberapa bulan dia tidak berjumpa, muncul pula hari ini. Damia sangkakan lelaki itu sudah berputus asa namun sangkaannya meleset. Lelaki itu muncul lagi hari ini.

“Apa khabar?”tanya Izz Rayyan lembut. Dia tahu Damia terkejut dan tidak selesa dengan kehadirannya. Dia rindukan Damia setelah hampir 2 bulan dia tidak berjumpa atau  lebih tepat menganggu Damia.

Damia melihat Izz Rayyan dengan penuh minat. Kacak pula penampilan dia sekarang.

“Alhamdulillah. Baik. Buat apa kat sini? Tiba-tiba saja muncul.”tanya Damia yang agak keras kedengaran suaranya.

 “ Kebetulan saja saya lalu kat sini lepas tu saya ternampak macam awak. Lagipun saya tak pasti sangat yang tadinya awak. Saya cuba nasib tegur dan tekaan saya betul.”Izz Rayyan tersengih.

Damia mengangguk. Tidak patut kalau dia nak naik angin kepada Izz Rayyan tanpa sebarang alasan. Lagipun Izz Rayyan bukan mengikutnya.

“Okey, aku balik dulu.”Damia ingin melangkah masuk ke perut kereta tanpa menghiraukan Izz Rayyan lagi.

“Boleh tak kalau kita pergi minum sekejap?”tanya Izz Rayyan hanya mencuba nasib. Dia tahu mesti Damia akan menolak mentah-mentah ajakan dia itu. Dia faham sekiranya Damia menolak.

Damia memandang muka Izz Rayyan. Kesian pula kalau menolak. Lagipun apalah salah lelaki ni sampaikan aku perlu membencinya sebegitu sekali. Bukan benci tapi tak suka.

Damia melihat jam di dashboard keretanya. Sudah pukul 6 petang. Dia belum solat asar lagi. Nak tolak ajakkan Izz Rayyan tu tak sampai hati pula. Damia mengetuk-ngetuk jarinya di stereng kereta. Seperti memikirkan sesuatu. Izz Rayyan pula setia menunggu jawapan daripada Damia.

“Boleh. Tapi aku belum solat asar lagi.”kata Damia seolah-seolah cuba meminta cadangan daripada Izz Rayyan.

Hati Izz Rayyan mengorak keriangan. Akhirnya Damia mahu juga keluar dengannya.

“Tak solat lagi? Awak tahu tak baik lewat-lewatkan solat.Kalau macam tu kita singgah kat masjid dululah.”Izz Rayyan memberi cadangan.

Damia mengangguk. Tak pasal-pasal kena dengar leteran daripada Izz Rayyan. Damia bukannya sengaja nak lewat-lewatkan tapi tidak sangka waktu begitu cepat sangat berlalu.

“Okeylah kalau macam tu. Jomlah.”Damia menyetujui cadangan Izz Rayyan.

“Awak naik kereta saya sajalah. Kalau naik kereta asing-asing nanti susah pula. Awak tahukan petang-petang macam ni jalan kat KL ni macam mana. Nanti lewat pula sampai. Boleh tak kalau macam tu?” Izz Rayyan sekali lagi memberi cadangan.

Damia membulatkan matanya. Kena naik kereta sekali dengan lelaki sawan ni ke?

“Habis tu kereta aku macam mana? Esok aku nak datang kerja nak naik apa?”

“Tak apa. Pasal hal itu jangan risau. Esok pagi saya yang hantar awak pergi kerja. Lagipun saya tak kerja esok.”

Damia memandang muka Izz Rayyan. “Tak naklah. Aku tak suka susahkan orang.”Damia menolak.

Izz Rayyan menyandarkan badannya ke kereta Damia. Degil betullah si Damia ni.

“Tak menyusahkan pun. Untuk awak tak ada yang menyusahkanlah.”Izz Rayyan cuba memujuk Damia.

“Lain kalilah kita keluar. Tak sukalah buat kerja kalut-kalut macam ni.”

Izz Rayyan mengeluh panjang. “Tapi awak dah setuju tadi. Tak acilah macam tu.”

“Okeylah… Tapi aku tetap nak naik kereta aku juga. Full stop!!!”kata Damia tegas. Dia tetap dengan pendiriannya.

Izz Rayyan mengangguk tanda setuju. Kalau dah degil tu memang tak boleh nak buat apa lagi. Itulah Nurul Zara Damia Alisya. Gadis yang sangat degil.

“Kalau awak dah kata macam tu, saya setuju sajalah. Saya ikut awak dari belakang.” Izz Rayyan memberi kata putus.

Damia tersenyum puas. Dia sudah membuka pintu kereta semula. Izz Rayyan sudah pun berjalan menuju ke keretanya. Damia ingin menghidupkan enjin. Namun tidak berjaya. Sudah banyak kali Damia cuba menghidupkan enjin keretanya namun hasilnya hampa.

Damia mengeluh. Kereta ni nak buat hal pun sekaranglah. Izz Rayyan sudah sampai bersama keretanya di mana terletaknya kereta Damia. Izz Rayyan menjenguk melalui tingkap.

“Tak boleh hiduplah pula. Geram betullah.” Damia mengadu kepada Izz Rayyan.

Izz Rayyan turun dari keretanya lalu menuju ke kereta Damia. Dia turut cuba menghidupkan enjin kereta Damia namun usahanya sia-sia. Enjin kereta itu tiada tanda-tanda mahu hidup. Izz Rayyan memandang Damia yang peluh sudah mula mengalir di muka. Nak tergelak pun ada juga. Inilah akibatnya kalau degil. Izz Rayyan tersenyum.

“Saya tak tahu bab-bab kereta ni. Itulah saya cakap tadi naik kereta saya. Nanti saya call mekanik suruh baiki kereta awak ni. Tinggal kat sini dulu.”leter Izz Rayyan.

“Yer,  salah aku. Hang ni memang suka berleter ke?”perli Damia.

Izz Rayyan mencekak pinggang. Merah muka Izz Rayyan mendengar  Damia memerlinya itu. Padan muka kau Izz Rayyan. Ambil sebiji.

“Dah awak degil sangat. Kenapa awak takut nak naik kereta saya? Takut saya culik awak ke atau awak memang tak sudi nak naik kereta wira saya ni?”

Damia terkedu. Suara Izz Rayyan begitu ketara sekali. Takkanlah pasal aku tak mahu naik kereta dia, dia dah terasa hati? Aku bukan macam tu ya.

“Bukannya macam tu. Tapi adalah sikit keraguan tu. Mana tau kot-kot hang culik aku ke nanti.  Kalau aku naik kereta aku sendiri risiko hang nak culik aku tu kurang sikit sebab aku boleh top speed kereta bila hang di syaki mahu kidnap aku. Damia tersengih.

Izz Rayyan menggelengkan kepalanya. Ada saja jawapan yang keluar dari mulut Damia menjawab setiap perkataan yang dikatakan oleh Izz Rayyan.

“Awak tak perlu risau kalau saya culik awak pun, saya takkan bawa awak pergi mana-mana. Saya bawa awak balik rumah saya saja jumpa mama saya. Kenalkan bakal menantu mereka yang cute dan degil ni.:”

Merah padam muka Damia. Mana taknya, malu dipuji dan dikutuk sekaligus.

“Dah jomlah cepat. Aku nak solat asar ni.”Damia mengalih topik perbualan.

Damia melihat jam. Tinggal beberapa minit saja lagi waktu asar akan berakhir. Izz Rayyan mengikut sahaja kata-kata Damia tanpa banyak soal. Deruman enjin kereta wira yang diubahsuai milik Izz Rayyan mula meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu.