Aku sayang kau

Carl, esok ada pekerja baru yang nak daftar diri. Dengar kata single lagi. Dia kerja bawah kau.  Kau tak nak masuk jarum ke?”kata Wafi. Haikal yang sedang khusyuk menyemak fail mengangkatkan kepalanya memandang muka sahabat baiknya itu.
“Ish kau ni... Tak habis-habis pasal perempuan, perempuan, perempuan. Aku tak sukalah. Kau ni tak ada kerja lain ke hah?” Haikal meneruskan kerjanya yang tertangguh. Malas nak melayan sahabatnya itu. Kalau dilayan, jawabnya tidak siaplah kerjanya nanti.
“Kau ni. Kau cubalah masuk jarum tengok. Aku bukan apa, aku risau tengok kau ni. Umur dah makin tua tapi teman wanita pun tak ada lagi. Kalau kau malu, nanti aku cuba tackle dia untuk kau yer?”cadang Wafi bersungguh-sungguh.
 “Akukan dah bagitahu kat kau yang aku tak nak. Aku cuma sayangkan Kasih sorang saja. Kasih saja yang ada dihati aku ni. Tak ada perempuan lain yang boleh ganti tempat Kasih di dalam hati aku ni. Please...Jangan paksa-paksa aku.” Haikal merayu. Fikirannya mula menjengah memori-memori bersama Kasih. Memori yang telah lama terkubur.
“Tapi Kasih dah tak ada, bro. Kau kena juga teruskan hidup kau. Janganlah kau seksa diri kau untuk orang yang dah tak ada. Kasih tu Cuma kenangan kau, Carl. Walau macam mana pun kau ingat kat dia, dia dah takkan kembali kat kau. Aku tak suruh kau lupakan dia, tapi cubalah untuk kau buka pintu hati kau untuk orang lain.  Aku tak nak tengok kawan aku yang aku sayang menderita macam ni.”Wafi berkata sebak. Sedih dia melihat sahabat baiknya ini.
“Tapi Kasih tak pernah mati dalam hati aku. Aku dah cuba untuk bukakan pintu hati aku untuk terima orang lain tapi aku tak boleh. Bayangan Kasih sentiasa ada dimana-mana, Fi.”
Wafi menggelengkan kepalanya. Dia tunduk sambil memegang dahinya. Kemudian dia memandang semula muka Haikal.
“Sebab kau tak pernah redha dengan pemergian dia. Kau kena lepaskan dia Carl.  Jangan seksa dia dan diri kau. Biarkan dia aman di alam sana. Kau perlu mulakan hidup baru. Kau tak boleh macam ni. Takkan kau nak membujang sampai tua. Kau perlukan seseorang disisi kau, Carl.”
Haikal menyandarkan badannya ke kerusi. Dia terlalu menyayangi Kasih. Kasihlah insan yang telah banyak mengubah hidupnya. Kasih jugalah yang telah mengajarnya erti kehidupan seseorang manusia.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Kali ni kau kena ikut cakap aku. Aku akan carikan calon yang sesuai untuk kau. Kau tak perlu susah-susah cari.  Semuanya serah saja kat aku.”Wafi berkata tegas. Dia sudah tidak mahu beralah dengan Haikal.
“Mana boleh main paksa-paksa. Kau jangan nak pandai-pandai pulak. Aku perlukan masa saja buat masa sekarang ni.”Haikal mengerutkan dahinya.
“Perlukan masa? Untuk apa? Tak cukup lagi ke 4 tahun? Kau perlukan berapa lama lagi?”tanya Wafi sambil tersenyum.
“Aduh...Kau ni sibuk sangat apasal? Biarlah kat aku. Jangan cuba atur hidup aku boleh tak? Biarkan aku tentu sendiri hala hidup aku. Boleh tak, Encik Wafi Hakim?”
Haikal mengetuk-mengetuk meja dengan jarinya. Geram pula memikirkan perangai Haikal. Degil dan Tak suka menerima pendapat orang lain. 


“Okeylah. Aku harap kau betul-betullah nak ubah hidup kau. Kau janji dengan aku. Tapi kalau kau tak ubah juga aku sendiri yang akan carikan calon untuk kau. Tak kira kau setuju atau tidak. Fullstop!!” Wafi berkata tegas.
“Kau ni. Macam mak nenek kau tahu tak... Suka hati akulah. Dahlah pergi buat kerja kau. Kerja aku pun banyak lagi ni.” Haikal kembali mencapai pen untuk meneruskan kerjanya.
“Lantak kaulah nak panggil aku apa pun. Mak nenek ke, nenek kebayan ke, aku tak kisah. Okeylah aku pergi dulu. Tak sabar nak tengok pekerja baru tu esok.” Wafi tersenyum nakal. Dia mengangkat punggung dan berlalu pergi meninggalkan Haikal.
“Aku report kat wife kau.” Haikal menjerit membuatkan Wafi menghentikan langkahnya.
“Reportlah. Aku tak takut pun.” Wafi menutup pintu bilik Haikal. Haikal tersenyum mengenangkan sikap Wafi.
------------------------------------------------------
Haikal sedang sibuk menyiapkan tugasannya tanpa menyedari waktu sudah pun menginjak petang. Haikal bangun merenggangkan otot-ototnya selepas seharian duduk mengadap kerjanya yang bertimbun. Selepas itu, Haikal duduk semula di atas kerusi. Dia menyandarkan badannya.
“Sebab kau tak pernah redha dengan pemergian dia. Kau kena lepaskan dia Haikal.  Jangan seksa dia dan diri kau. Biarkan dia aman di alam sana. Kau perlu mulakan hidup baru. Kau tak boleh macam ni. Takkan kau nak membujang sampai tua. Kau perlukan seseorang disisi kau, Haikal.”
Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Wafi. Dia tahu sahabatnya itu mahukan yang terbaik untuknya. Dia juga tidak mahu berterusan berkeadaan seperti ini namun bayang Kasih ada di mana-mana. Cintanya terhadap Kasih begitu mendalam sehinggakan dia tidak dapat menerima wanita lain di dalam hidupnya.
Haikal buntu. Buntu memikirkan segala yang berada di dalam fikirannya. Betul kata Wafi, Kasih Cuma kenangan dalam hidupnya. Kasih tak mungkin akan kembali walaupun dia menangis air mata darah sekalipun. Haikal mula berfikir. Wafi betul. Dia harus lupakan masa lalunya. Dia harus meneruskan hidupnya walaupun pahit.
“Kasih, Haikal akan lepaskan Kasih pergi. Haikal akan biarkan Kasih aman di alam sana. Izinkan Haikal untuk memulakan hidup baru. Walaupun nanti Haikal ada orang lain, Kasih tetap di hati Haikal. Haikal tak pernah buang Kasih dari hati Haikal. Tempat Kasih adalah yang paling istimewa sekali dalam hati kecil ini. Haikal perlu teruskan hidup Haikal. Haikal harap Kasih merestui keputusan Haikal ini. Wajah, suara, gelak tawa dan segalanya tentang Kasih masih lagi utuh di fikiran Haikal. Kasih jangan risau ya, Haikal takkan pernah lupakan Kasih. Semoga Kasih bahagia di alam sana, sayang. Haikal sayang Kasih sangat-sangat.”
Air mata Haikal mengalir membasahi pipi. Betapa rindunya dia pada wanita yang sudah empat tahun pergi menemui sang pencipta. Wanita pertama yang pernah mengisi ruang hati Haikal. Mana mungkin Haikal akan melupakannya begitu sahaja.
Haikal menyeka air mata yang mengalir. Dia bangun dari kerusinya. Dia berjalan menuju ke sofa. Badannya terasa begitu letih kerana seharian bekerja tanpa berehat. Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa lalu membaringkan dirinya. Tangannya mencapai gambar Kasih yang diletakkan di meja sudut pejabatnya itu. Menatap dengan penuh kasih sayang.
Akhirnya Haikal terlena di atas sofa itu sambil memeluk foto Kasih yang diletakkan di atas dadanya.
-----------------------------------------------------
Wafi membuka pintu bilik pejabat milik Haikal setelah beberapa kali mengetuk namun tidak juga dibuka. Wafi mencari-cari kelibat Haikal. Dia menggelengkan kepalanya. Dia mengatur langkah menuju ke arah Haikal yang masih lagi terlena dibuai mimpi.
“Carl... Bangun Carl.” Haikal mengejutkan Haikal. Dia mengambil gambar yang dipeluk erat oleh Haikal lalu diletakkan semula di atas meja.
Haikal mengeliat. Matanya masih terpejam.
“Jangan kacau akulah. Aku nak tidur.” Haikal merungut. Wafi tersenyum. Itulah bila bekerja sampai tak ingat dunia.  Inilah jadinya. Liat benar nak bangun tidur.
“Carl, sekarang ni dah pukul 9 pagi kot. Takkan kau nak pekerja baru tu tengok  bos dia berkeadaan macam ni? First impressions yang terbit di fikiran dia nanti bos dia ni seorang yang pemalas.  Tak malu ke?” Wafi bangun dari sofa. Dia berjalan ke meja kerja Haikal untuk  mengemas fail-fail yang masih lagi berselerak.
“Apa? Dah pukul 9? Kenapa kau tak kejutkan aku? Macam mana aku boleh tertidur kat office ni?” Haikal segera bangun. Dia meraupkan rambutnya yang kusut dengan jarinya beberapa kali.
“Kau ni. Itulah, bila buat kerja sampai tak ingat nak balik rumah. Dahlah... Pegi balik bersihkan diri kau tu dulu. Nanti aku uruskan semua mesyuarat untuk kau.”Wafi memberi cadangan.
“Tak apalah. Aku boleh uruskan sendiri.”
“Kau ni kan, degil sungguh. Takkan kau nak masuk mesyuarat dengan baju yang macam tu? Nanti semua staf pakat tutup hidung sebab ada orang tak mandi dalam meeting tu nanti.” Wafi tergelak. Dia masih lagi mengemas meja Haikal yang berselerak itu.
Haikal tak pernah berubah. Dia cukup tidak suka mengemas. Dia lebih suka membiarkan segalanya berselerak kerana baginya kalau disusun nanti pun, pasti akan bersepah juga. Sikapnya itu membuatkan Wafi kadang-kadang rimas untuk masuk ke bilik Haikal.
“Okeylah. Aku balik dulu. Nanti kalau ada orang nak jumpa aku beritahu yang aku masuk lewat sikit. Dalam pukul 12 macam tu.” Haikal mencapai kot miliknya yang tersangkut di kerusi.
“Okey. No problem, bro. Hati-hati bawa kereta tu. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital pula nanti.” Wafi tersengih. Haikal pula tersenyum mendengar usikkan Wafi itu.
Haikal melangkah keluar dari pejabatnya. Wafi masih lagi berada di dalam pejabatnya. Haikal tidak jadi meneruskan langkah. Dia kembali ke biliknya.
“Apa lagi, Carl?” Wafi mengerutkan dahinya.
“Tak ada apa-apa. Cuma nak ucap thanks sebab kemas meja aku tu.” Wafi tersengih.
 Kalau bukan Wafi yang kemaskan siapa lagi nak tolong kemas. Haikal tidak melantik setiausaha baru selepas Kasih meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Dia tidak mahu sesiapa pun mengisi jawatan yang pernah disandang oleh Kasih dahulu. Haikal lebih suka menguruskan sendiri tanpa bantuan daripada setiausaha. Yang menjadi mangsanya, Wafi lah. Namun Wafi ikhlas menolong Haikal.
“Tak apa.Hari ini hari terakhir aku kemas meja kau.  Mulai esok dah orang yang akan kemaskan bilik kau ni. Jadi aku tak perlu lagi jadi pembantu tanpa gaji kau.”
Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Wafi.
“Maksud kau? Siapa pula yang nak ganti kau jadi pembantu aku?”tanya Haikal ingin tahu. Dia betul-betul tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Wafi itu.
“Lailahaillaallah....Kau nilah Carl. Semalamkan aku dah bagitahu kau yang kita akan terima pekerja baru hari ni. Pekerja baru tu akan mengisi jawatan sebagai setiausaha baru syarikat. Pening betullah aku dengan kau ni.”
Haikal sedikit terkejut. Dia membulatkan matanya memandang muka Wafi. Dia berjalan mendapatkan Wafi.
“Siapa yang luluskan?”
“Luluskan apa?”tanya Wafi semula.
“Siapa yang bagi kebenaran ambil pekerja baru untuk isi jawatan setiausaha ni? Akukan dah kata yang aku nak biarkan jawatan setiausaha tu kosong. Aku tak perlukan setiausaha.”Haikal mula naik berang. Dia tidak mahu sesiapa pun mengisi jawatan Kasih.
“ Datuk yang luluskan. Dia sendiri yang menemu duga untuk jawatan tu. Aku Cuma ikut arahan saja.” Wafi menerangkan hal yang sebenar.
“Tapi kenapa tak minta persetujuan aku dulu? Aku tak perlukan setiausaha. Aku boleh buat semuanya sendirilah.” Haikal merengus kasar.
“Carl.... Dengar sini aku nak beritahu kau. Salah satu sebab Datuk ambil setiausaha baru sebab dia tak mahu kau jadi gila.”
Haika menoleh memandang muka Wafi selepas mendengar perkataan tersebut.
“What?!” Haikal menjerit.
“Sabarlah. Dia bagitahu aku yang dia nak kau kembali macam dulu. Lepas tu semenjak kau tak ada setiausaha ni, dah banyak klien-klien kita complain. Tak angkat telefonlah, nak buat temu janji susahlah, dan macam-macam lagilah. Jadi Datuk takut kita punya klien akan beralih ke syarikat lain sekiranya kau berterusan macam ni. Terima sajalah. Aku yakin dia boleh jalankan tugas ni dengan baik.” Wafi menepuk-nepuk bahu Haikal.
“Argh... Lantaklah. Malas nak fikir.” Haikal mengangkat kaki laju meninggalkan Wafi yang masih lagi tercegat disitu.
“Haikal, Haikal. Tak tahulah apa nak jadi kat kau ni. Apalah yang Kasih buat kat kau sampai kau tak boleh lupakan dia.” Wafi berkata sendiri. Dia turut meninggalkan bilik Haikal.
--------------------------------------------------------------
“Carl... Kamu tidur di pejabat ke semalam?”tanya Datin Hanisah sebaik sahaja Haikal turun dari kereta. Haikal berjalan menuju ke arah ibunya yang sedang menyiram pokok-pokok bunga kesayangan Haikal itu.
Haikal bersalaman dengan Datin Hanisah. Kemudian, dia terus berjalan melihat pokok-pokok bunga tanpa menjawab pertanyaan Datin Hanisah.
“Orang tanya dia, dia boleh buat tak tahu pula. Ibu tanya ni, Carl.”Datin Hanisah berjalan menuju ke meja kecil yang ditempatkan di taman mini. Itulah Haikal. Ralit benar jika dapat melihat pokok yang ditanam olehnya itu.
“Sorry, ibu. Carl tertidur kat office semalam. Sedar-sedar saja dah pagi. Itu pun Wafi yang kejutkan. Ibu dah letak baja ke belum kat pokok ni?”tanya Haikal sambil mencabut rumput-rumput yang tumbuh di tepi-tepi pasu.
“Dah... Kamu jangan risaulah pasal pokok kamu tu. Tahulah ibu menjaganya. Meh sini kejap. Dah lama ibu tak berborak dengan kamu. Sibuk memanjang.”
Haikal tidak membantah. Dia mengambil tempat di sebelah Datin Hanisah. Sejurus sahaja, dia melentokkan kepalanya di bahu Datin Hanisah. Haikal cukup manja dengan ibunya berbanding walidnya.
“Carl... Bila kamu nak kahwin?”tanya Datin Hanisah dengan nada yang bersahaja.
“Ibu... Kalau Carl tak kahwin boleh tak?”Haikal sengaja ingin menduga. Dia kalau boleh malas nak fikir pasal bab-bab kahwin ni. Dia lebih suka hidup menyendiri tanpa sesiapa selain keluarganya.
“Boleh. Tapi ibu nak tanya ,kalau ibu dah tak ada nanti siapa nak jaga kamu? Siapa yang nak masak untuk kamu? Siapa yang nak jaga kamu waktu kamu sakit?” Haikal mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah ibunya yang sudah mula dimamah usia.
“Carl boleh jaga diri sendirilah.”jawab Haikal penuh yakin. Dia memang tidak memerlukan sesiapa pun disisinya.
“Sekarang ni memang Carl boleh cakap macam tu. Carl bayangkan 10 tahun akan datang.Carl tengok orang lain semua bahagia dengan family masing-masing. Kesana ke sini semuanya dengan family. Tapi Carl?  Carl tak teringin ke nak ada family sendiri? Ada anak-anak yang comel dan handsome macam Carl?Carl jangan terlalu yakin mengatakan Carl boleh hidup sendiri.  Suatu hari nanti, Carl akan menyesal.”tenang saja Datin Hanisah memujuk. Dia tahu dia tidak boleh terlalu memaksa Haikal.
“Tapi,bu...” Haikal tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia memegang dahinya.” Macam mana nak cakap erk?”
“Carl.... Cuba cerita kat ibu kenapa kamu tak nak kahwin? Kamu masih lagi tidak dapat lupakan Kasih? ”Datin Hanisah cuba menyelami hati anak teruna tunggalnya. Mungkin sedikit sebanyak dia akan dapat membantu Haikal.
“Ya ibu. Carl masih lagi tidak dapat lupakan Kasih. Itulah penyebabnya Carl tak nak kahwin, bu.”
Datin Hanisah menggenggam tangan anaknya erat.
“Itu saja penyebabnya?”soalan Datin Hanisah membuatkan Haikal mengerutkan dahinya.
Haikal mengangguk perlahan-lahan.
“Okey... Kalau macam tu ibu akan bantu Haikal untuk lupakan Kasih. Nak tak?”
“Macam mana tu ibu? Boleh ke?”tanya Haikal ingin kepastian.
Datin Hanisah mengangguk. Dia tersenyum melihat wajah anak lelakinya yang mirip benar dengan wajah suaminya. Mata sepet, hidung mancung, dan kulit yang putih kemerah-merahan.
“Ni Carl, walid kata hari ni kamu ada setiausaha baru. Betul ke?”Datin Hanisah mengubah topik perbualan.
“Ya. Walid mana, bu? Carl nak marah kat walid ni.”Haikal mencari-cari kelibat Datuk Halim. Namun tidak kelihatan.
“Kenapa pula ni, Carl?”
“Bukannya apa, Carl tak boleh terimalah bila walid luluskan pengambilan pekerja untuk isi jawatan setiausaha tu tanpa persetujuan daripada Carl. Carl tak boleh terima. Carl tak nak sesiapa pun ganti tempat Kasih.”bentak Haikal.
Datin Hanisah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Carl,dengar sini. Carl tak boleh salahkan walid. Walid buat semua ini untuk buat Carl lupakan Kasih. Selagi Carl tak cuba untuk lupakan arwah, selagi tu lah Carl akan menderita. Percayalah, sayang. Ibu dan walid sayangkan Carl. Kami tak nak kerana seorang perempuan Carl jadi tak tentu arah. Hilang hala tuju hidup. Cuba untuk terima walaupun pahit. Ya, sayang?”
Haikal meraup rambutnya yang mengurai ke dahi beberapa kali. Pening memikirkan perkara ini. Mungkin betul kata ibunya itu. Dia kena cuba untuk terima walaupun terasa begitu pahit. Mungkin ada hikmah di atas semua yang berlaku.
“Carl perlukan masa, bu.”
“Ambillah berapa lama masa pun tapi jika ada yang sudi menyayangi Carl, cuba untuk menerimanya. Jangan menolak.”
Haikal mengangguk. Dia tahu ibu dan walid inginkan yang terbaik untuknya. Cukuplah selama ini dia membuatkan ibu dan walidnya bimbang akan keadaannya. Dia akan cuba untuk berubah demi kebaikan semua.
-------------------------------------------------
Haikal menyanyi kecil. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat milik keluarganya itu. Ketika ingin melangkah masuk ke biliknya, dia melihat seseorang sedang duduk di meja yang dikhaskan untuk setiausaha. Haikal berjalan ke arah perempuan tersebut.
“Assalamualaikum...” Haikal memberi salam. Mukanya langsung tidak mengukirkan senyuman. Haifa yang sedang sibuk menulis sesuatu mengangkat kepalanya. Kemudian dia bangun sebagai tanda hormat.
“Waalaikumussalam...”jawab Haifa penuh sopan.
Inikah Haikal yang diceritakan oleh Wafi tu? Aduhai, handsomenya. Macam pelakon korealah muka dia. Kalau macam ni lah rupa dia, silap haribulan boleh jatuh cinta ni. Haifa berkata di dalam hati.
“Jadi, kaulah setiausaha baru aku?”tanya Haikal. Namun pertanyaan Haikal tidak dijawab.
Haikal mengerutkan dahinya. Dia pelik melihat muka Haifa yang tersenyum sendiri tanpa menjawab soalan yang ditanya oleh Haikal.
“Hoi...” Haifa terkejut. Dia termalu sendiri. Macam manalah aku boleh berangan ni. Nanti mesti dia kata aku ni kuat berkhayal. Bodohnya aku. Haifa mengutuk dirinya di dalam hati.
“Sorrylah, Encik Dollah. Saya tak sengaja. Tak sangka pula boleh terberangan pulak. Jangan marah ye Encik Dollah.”lancar sahaja Haifa meminta maaf.
Haikal pula membulatkan matanya. Terkedu sebentar selepas mendengar panggilan yang dipanggil oleh Haifa. Encik Dollah? Walaupun nama penuhnya, Muhammad Haikal Abdullah, namun tak pernah lagi sesiapa pun yang memanggilnya sedemikian.
“Eh, siapa Encik Dollah kau?”tanya Haikal tak puas hati. Baru sahaja masuk kerja dah buat Haikal angin satu badan.
“Enciklah, Encik Dollah. Kenapa?”Haifa tersengih seperti kerang busuk.
“Kenapa kau tanya? Kau tahu tak, tak pernah lagi ada orang panggil aku macam tu tau? Semuanya panggil aku Haikal. Bukan Dollah.” Haikal mula meninggikan suaranya.
Wafi yang dari tadi menjadi pemerhati mula mendapatkan Haikal dan Haifa.
“Jadi, biarlah saya orang yang pertama panggil encik, Encik Dollah. Sedap apa nama tu.” Jawapan Haifa menaikkan lagi darah Haikal.
“Kau ni kan saja nak bagi darah aku naik kan?”kata Haikal geram.
“Darah naik? Encik, bahaya tu kalau darah naik. Pak cik saya dulu meninggal sebab darah suka naik. Encik bawa ubat tak?”Haifa berkata cemas.
“Argh.... Manalah walid aku ambik kau ni? Boleh gila aku dapat setiausaha macam kau.”Haikal merengus kasar.
“Eh...Kenapa ni Carl?”Wafi mencelah.
“Kau kutip dari mana dia ni? Mereng semacam ja aku tengok.”kata Haikal membuatkan Wafi tergelak kuat.
“Carl...Carl... Kau ni agak-agaklah. Kenapa ni, bro?”Wafi masih lagi dengan sisa-sisa ketawanya.
Haikal berjalan meninggalkan Haifa yang masih lagi terpinga-pinga. Wafi pula tidak habis lagi ketawanya. Haikal menghempaskan pintu biliknya kuat. Haifa terkejut.
“aku ada buat salah ka?”Haifa berkata perlahan.
“Haifa, jangan risau. Haikal memang macam tu. Dia tu tension.” Kata Wafi sambil berjalan menuju ke bilik Haikal.
---------------------------------
“Wafi, kau tengok si minah mereng tu. Pagi-pagi lagi dah buat aku tension tahu tak? Boleh gila aku kalau macam ni!”Haikal menghamburkan marahnya sebaik sahaja Wafi melangkat masuk ke dalam biliknya.
“Kenapa ni, Carl? Cuba kau cerita kat aku apa yang dia dah buat kat kau?”tanya Wafi sambil tersenyum.
“Kau tahu, tak pernah-pernah orang panggil aku selain nama Haikal, dia boleh panggil aku Encik Dollah. Bengang gila aku.”
Wafi ketawa terbahak-bahak. Haikal pula masam mencuka.
“Haha... Encik Dollah?”Wafi mengulang menyebut nama tersebut.
“Gelaklah, gelaklah lagi. Gelak sampai puas.” Haikal mula naik berang. Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa.
“Alah kau ni. Pasal nama pun kau nak bising-bising. Lagipun Dollah tu nama kau jugakan? Jadi apa yang nak dibengangkan? Biarlah. Baru ada kelainan sikit.” Wafi cuba menenangkan Haikal. Dia cuba mengawal dirinya daripada ketawa.
“Kelainan kepala kau. Dahlah pergi buat kerja kau. Kau datang sini pun bukannya boleh bantu aku pun.” Haikal bangun dari sofa. Dia menuju ke meja kerjanya.
“Okey. Aku mintak diri dulu, Encik Dollah.”
“Aku tumbuk kang.” Haikal menunjukkan penumbuk kepada Wafi.
-------------------------------------
Pintu bilik Haikal diketuk.
“Masuk!” Haikal masih lagi meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan sekeliling.
“Encik Dollah...” Haikal mengangkat kepala. Alahai, minah mereng ni buat apa kat sini?
“Ni saya buatkan encik kopi kaw-kaw untuk encik. Sudilah minum yer. Kecil hati saya kalau encik tak minum.Kalau Encik Dollah nak tahu, saya ni pakar buat kopi tau. Rugi kalau tak rasa.”
“Ha...Letak kat situ. Nanti aku minum.”Haikal tidak menghiraukan Haifa. Haikal meneruskan semua kerjanya.
Haifa meletakkan kopi di atas meja. Namun, Haifa masih lagi tercegat di situ. Haifa memerhatikan bilik Haikal. Dia berasa rimas melihat bilik yang tidak tersusun itu. Haikal yang menyedari Haifa tidak berganjak mengangkat kepalanya memandang muka Haifa. Haikal perhati yang muka Haifa berkerut dan matanya liar memerhati sekeliling.
“Tercegat apa lagi kat situ? Dah tak ada kerja ka nak buat?”Haikal berkata kasar. Haifa yang dari tadi asyik memerhati bilik bosnya itu terkejut.
“Itulah,Encik Dollah. Saya sebenarnya nak tanya kerja apa yang perlu saya buat?  Encik Dollah pun tak kasi tahu saya kerja saya apa.” Haifa berkata jujur. Haifa memandang muka Haikal tepat. Muka kacak tapi susah sungguh nak senyum. Kalau senyum mesti nampak macam Lee Min Ho sikit-sikit. Haifa memuji-muji di dalam hati.
“Kau ni memang menyusahkan aku kan? Wafi tak bagitahu kau ke apa yang perlu kau buat?”Haikal menyandarkan badannya di belakang kerusi. Dia melihat penampilan Haifa dari atas hingga ke bawah. Berbaju kurung dan bertudung ala-ala penyanyi Yuna.
“Tak pun. Dia kata nanti Encik Dollah sendiri yang akan beritahu saya apa yang perlu saya buat. Jadi saya tunggulah encik beritahu tapi tunggu punya tunggu tak juga beritahu. Saya bosan jadi saya buatkan kopi untuk Encik Dollah.” Haifa tersengih.
Haikal mencebik. Ingat elok ke tersengih macam tu? Dahlah mereng pastu suka pula buat aku naik angin satu badan.
“Bertuah sungguh kau, Wafi! Erm... Hari ni aku nak kau duduk ja kat tempat kau. Kalau ada panggilan kau jawab dan kalau ada sesiapa nak jumpa aku, kau buatkan appointment. Itu saja kerja kau buat masa sekarang. Jadi kau dah boleh keluar dari bilik aku ni. Semak kepala aku tengok kau.”
“Tapi kalau encik nak tahu, saya lagi semak kepala bila tengok bilik Encik Dollah ni. Dah macam sarang tikus dah. Saya rasa sarang tikus pun elok lagi daripada bilik encik ni.” Haifa menyuarakan apa yang terlintas difikirannya.
Haikal membulatkan matanya. Eh, minah ni. Berani betul dia kata bilik aku macam sarang tikus? Sarang tikus elok lagi daripada bilik aku? Senang-senang saja dia kata macam tu. Memang nak kena ni.
“Hoi... Kau ni apehal? Biarlah bilik aku macam apa pun. Kau sibuk apasal?” Haikal menengking kuat. 
“Saya minta maaf ye Encik Dollah. Encik jangan marah. Saya cuma suarakan apa yang terlintas di fikiran saya. Itu saja. Tapi kalau encik tak kisah, saya boleh tolong kemaskan bilik encik ni.”Haifa memberi tawaran.
Haikal menggarukan kepalanya dengan pen yang masih lagi di tangan. Minah ni memang suka menguji kesabaran aku.
“Tak payah. Aku kata apa tadi? Pergi duduk kat tempat kau sudah. Tak payah nak sibuk-sibuk pasal bilik aku ni. Tahulah aku kemas sendiri.” Haikal mengarahkan Haifa kembali ke tempatnya semula.  Haifa yang menyedari Haikal dah mula naik angin mula beralah. Dia melangkah perlahan keluar dari bilik Haikal.
“Kalau tahu kemas, takkanlah boleh jadi macam tongkang pecah bilik dia ni. Orang nak tolong sombong pula.” Haifa berkata perlahan sambil berjalan keluar dari bilik.
“Kau kata apa, minah?” Haifa menoleh memandang Haikal yang berada di belakangnya.
“Eh, tak ada apa-apa. Saya keluar dulu yer, Encik Dollah.” Haifa berjalan laju menuju ke tempatnya. Haikal terus sahaja menutup pintu biliknya sebaik sahaja Haifa melangkah keluar. Geram benar dia dengan Haifa.
--------------------------------------

Haikal berjalan keluar dari biliknya sambil menjinjing briefcase. Haifa yang sedang membaca majalah ujang itu bangun apabila Haikal datang menghampirinya.
“Encik dah nak balik ke?”tanya Haifa sejurus sahaja Haikal tiba di mejanya.
“Erm... Kau tahukan jadual kerja kau? Waktu kerja kau pun dah habis. Jadi dah boleh balik.” Haikal berkata tenang. Dia membetulkan tali lehernya. Kemudian dia mengangkat kaki untuk beredar.
Haifa mengangguk. Dia memandang setiap langkah Haikal hingga Haikal hilang dari pandangan matanya.
“Sorry, Encik Dollah. Hari masih muda.” Haifa tersengih. Dia menutup majalah ujang yang dibacanya sebentar tadi untuk menghilangkan rasa bosan. Dia mengatur langkah menuju ke bilik Haikal. Semua staf-staf yang lain mula meninggalkan pejabat. Hanya tinggal beberapa staf sahaja lagi.
Haifa memulas tombol pintu bilik Haikal. Tidak berkunci. Jadi mudahlah kerja dia nak up to date bilik bosnya itu.Haifa memerhati sekeliling. Dia mencari idea dari mana dia nak mula. Akhirnya, Haifa mendapat idea. Dia mula menjalankan kerja kemas mengemas biliknya bosnya itu.
Selepas semuanya selesai, Haifa menghenyakkan badannya di atas sofa. Dia berasa begitu letih. Haifa mencapai gambar yang diletakkan diatas meja kecil di sudut bilik Haikal. Dia menatap foto kaku tersebut.
“Mungkin inilah perempuan yang diceritakan oleh Wafi dulu. Patutlah bos tak dapat nak lupakan Kasih. Cantik orangnya. Persis benar seperti muka pelakon Maya Karin.”kata Haifa sambil membelek foto tersebut. Kemudian, dia meletakkan semula di tempat asalnya.
Haifa tersenyum. Dia berasa puas hati kerana dapat mengemas bilik bosnya yang umpama sarang tikus itu. Haifa bangun dari sofa. Dia berjalan keluar dari bilik Haikal dengan perasaan yang gembira.
-------------------------------------
Pagi itu seperti biasa, Wafi dan Haikal akan minum pagi di restoran yang berdekatan dengan pejabat mereka. Di situlah masing-masing akan menceritakan segala masalah yang dihadapi sama ada masalah kerja atau masalah peribadi .
“Wafi, ni aku nak tanya. Macam mana datuk boleh ambil minah mereng tu?”tanya Haikal memulakan bicara. Wafi yang sedang membaca surat khabar mengangkat kepalanya.
“Minah mereng mana pula ni?” Wafi menatap suratkhabar semula.
“La...Minah mereng , setiausaha aku tu lah. Kau ni buat-buat lupa pula.”kata-kata Haikal membuatkan Wafi ketawa. Dia menutup suratkhabar lalu memandang muka Haikal sambil tersenyum.
“Apa kau panggil dia? Minah mereng?  Ish....Kau ni. Kesian kat dia. Ada pulak panggil dia minah mereng. Kenapa dengan dia?”
Haikal mengangkat keningnya yang  sebelah kanan. Dia menghirup teh tarik yang terhidang di atas meja.
“Kau tahu tak, semalam dua kali dia bagi aku naik angin. Macam manalah aku nak hidup kalau hari-hari kena mengadap muka dia. Huh....” Haikal mengeluh panjang.
“Kau naik angin pasal apa?” Wafi masih lagi tersenyum. Dia tekun mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Haikal.
Firstly, dia panggil aku Encik Dollah. Tak apalah. Dah dia nak panggil macam tu nak buat macam mana. Secondly pula, dia kata dia semak kepala tengok office aku. Dia kata sarang tikus elok lagi daripada office aku ni. Geram betul aku. Macam nak ketuk saja kepala dia.” Haikal berkata sambil mengenggam tangannya erat.
Wafi tergelak terbahak-bahak. Pengunjung restoran semuanya memandang ke arah mereka. Namun, tidak langsung diendahkan oleh Wafi. Dia memegang perutnya kerana tidak tahan untuk menahan ketawanya.
“Kau ni. Itu yang malas cerita kat kau ni. Aku cerita bukan suruh kau gelakkan aku. Sengal betullah kau ni.”marah Haikal. Wafi masih lagi dengan ketawanya.
“Kau ni Carl. Berilah aku masa untuk gelak kejap.”
“Sudahlah. Aku malas nak layan kau. Aku nak naik dulu.” Haikal mengangkat punggungnya.
“Okey-okey. Aku tak gelak dah. Duduklah dulu, bro. Awal lagi ni.” Haikal duduk semula. Dia tidak suka digelak oleh Wafi. Naik geram dengan sikap Wafi.
Wafi menggelengkan kepalanya. Dia seperti mahu ketawa lagi namun disebabkan Haikal yang mula terasa hati, dia berusaha untuk tidak melontarkan gelak-tawanya lagi.
“Kau ni, memang betulkan apa yang dia kata tu? Bilik kau tu kalau bukan aku yang tolong kemas , lama-lama jadi macam tongkang pecah. Bukannya reti nak kemas sendiri. Kau tak suruh dia tolong kemaskan ke?”
Haikal mengurut-ngurut belakang lehernya.
“Tak pun. Tapi dia ada bagi tawaran nak tolong kemaskan. Tapi aku tolak.” Wafi tersenyum. Haikal, Haikal. Degil, ego, panas baran semua ada kat dia.
“Kalau aku kata kat kau bodoh kau marah tak? Orang dah bagi tawaran, yang kau tolak tu apasal? Kalau kau tu pandai kemas tak apalah juga. Ni kemas bilik tidur pun tak reti apa?”duga Wafi.
Haikal memang keras kepala. Penat juga kadang-kadang Wafi hendak melayan Haikal. Wafi kata ini, dia kata itu. Selepas itu berlakulah petengkaran kecil. Selalunya Wafilah yang beralah. Tidak kuasa nak melayan Haikal.
Shit, kau Wafi. Kau pergi tengok bilik tidur aku kemas ja. Cuma office ni ja aku tak berapa nak  suka kemas. Jadi bukan bermakna aku tak reti kemas.”Haikal mempertahankan dirinya.
“Kau jangan nak bohong, Carl. Bilik tidur kau mesti bibik kau yang tolong kemaskan. Kalau tidak mesti macam sarang tikus. Carl,Carl.. Tapi aku tengok Haifa tu kelakarlah.” Wafi terbayangkan wajah Haifa.
“Apa nama dia? Haifa?”tanya Haikal.
“A’ah.. Takkan kau tak tahu nama dia lagi kot. Kau biar betul!”Wafi menampar perlahan bahu Haikal. Haikal tersengih.
“Aku tak tahu langsung pasal dia. Fail maklumat dia langsung aku tak sentuh.”jawab Haikal jujur.
“Jadi kau panggil dia apa?”
“Aku panggil minah mereng.” Haikal ketawa.
“Dia panggil kau Encik Dollah. Eloklah korang dua. Macam ada jodoh ja. Nama pun hampir sama. Haikal dan Haifa. So sweet.” Haikal menolak bahu Wafi. Wafi tersenyum.
“Kau jangan nak mengarut ye, Wafi. Bukan taste akulah. Aku nak cari yang lebih kurang macam Kasih. Lemah lembut, sopan, cantik, bekerjaya, dan yang penting pandai jaga aku. ”Haikal membuat pengakuan.
“Oh... Ada taste rupanya kau ni. Aku ingatkan kau dah tak ada feeling lagi kat perempuan. Aku rasa okey apa si minah mereng kau tu. Dia sebenarnya cantik tahu.” Haikal memandang Wafi.
“Cantik? Cantik kat mana, bagitahu sikit.”
“Aku tak boleh nak bagitahu kat mana cantik, tapi memang ada something yang menarik kat dia. Cuba kau tengok dia betul-betul.” Wafi mengangkat kening. Nampaknya Haikal mula boleh dibawa berbual hal-hal yang berkaitan dengan perempuan.
“Ala... Aku tengok biasa ja. Kasih aku cantik lagi. Macam Maya Karin. Si minah mereng tu? Selekeh ja aku tengok dia.” Haikal mencebik. Dia bermain-main dengan straw minuman.
“Tak apalah kalau kau tak nak percaya. Nanti kau akan dapat tahu juga dia tu sebenarnya memiliki wajah yang begitu cantik..” Wafi mengalah. Dia melihat jam dipergelangan tangannya.
“Kau tu yang lebih-lebih. Dahlah. Jom kita masuk office. Dah lewat.”
Selepas membayar bil, mereka berdua berjalan masuk ke bangunan yang menempatkan pejabat mereka.
------------------------------
“Assalamualaikum Encik Dollah. Selamat pagi.”ucap Haifa ramah sambil mengukirkan senyuman.
“Erm. Waalaikumsalam. Ada apa-apa pesanan untuk aku?”kata Haikal serius. Haifa mengangguk. Dia mengambil buku catatannya lalu diselak untuk melihat pesanan tersebut.
“Hari ni Encik Dollah ada meeting dengan penolong pengarah dari syarikat Gemilang Holdings. Pukul  12.00 tengah hari.”
Haikal mengangguk lalu mengangkat kaki berlalu masuk ke biliknya. Terkejut sebentar melihat keadaan pejabatnya yang begitu kemas dan disusun rapi. Haikal tersenyum. Ini mesti kerja minah mereng tu. Detik Haikal di dalam hati.
Haikal berjalan keluar dari pejabatnya selepas meletakkan briefcase di atas meja kerjanya. Dia berjalan menuju ke meja Haifa.
“Siapa suruh kau kemas office aku?”tanya Haikal serius tanpa senyuman yang terukir di bibir.
Haifa tersengih. Dia nak marah aku ka? Ya ALLAH, selamatkanlah aku dari mamat tension ni. Doa Haifa di dalam hatinya.
“Saya minta maaf Encik Dollah. Saya memang tak boleh tengok kalau bilik bersepah. Jadi saya terpaksa juga senyap-senyap kemaskan bilik encik. Tapi kalau encik Dollah tak suka, nanti encik boleh semakkan semula. Saya tak kisah.”
Haikal seperti ingin mengukirkan senyuman. Namun terpaksa menahan kerana ingin mengusik Haifa yang seperti takut dengan pertanyaan sebentar tadi.
“Okey. Terima kasih. Lain kali kemaskan lagi. Nanti meeting, kau ikut aku.”
“Err...” belum sempat Haifa berkata, Haikal sudah melangkah pergi. Haifa tersenyum. Fuh... Ingatkan nak marah aku tadi. Orang gila ja yang akan marah sebab bilik kemas. Hati Haifa berbunga.
-------------------------------------------------
Haikal dan Haifa pergi tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan staf Gemilang Holdings. Selepas memilih tempat yang sesuai, Haikal dan Haifa hanya mendiamkan diri. Mereka setia menunggu dengan diam membisu.
Telefon Haikal berdering. Haifa hanya memandang muka bosnya yang berkerut ketika menjawab panggilan tersebut.
“Meeting cancel. ”beritahu Haikal ringkas. Dia bangun dari kerusi. Haifa masih lagi duduk.
“Encik, saya lapar. Kalau kita makan dulu boleh tak?” Haikal tidak jadi melangkah. Dia membuka cermin mata hitamnya.
“Kau tak breakfast ke tadi?”tanya Haikal.
Haifa menggelengkan kepalanya. Dia tidak sempat bersarapan pagi tadi kerana lewat bangun dari tidur. Dia bergesa-gesa bersiap dan datang ke pejabat .
Haikal melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 12.30 tengah hari. Sebentar lagi dia ada temu janji dengan kawan lamanya. Haikal memandang muka Haifa. Kesian pula aku tengok muka minah ni. Sempat kot kalau makan.
“Okeylah.”Haikal memberi persetujuan. Haifa pula tersenyum lebar.
“Terima kasih, Encik Dollah.”
Haikal memanggil pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Selepas itu masing-masing hanya berdiam diri. Haikal sedang khusyuk melayan telefon pintarnya. Haifa pula curi-curi memandang muka Haikal yang kacak itu.
“Kau pandang-pandang aku kenapa? Ada apa-apa kat muka aku ni?”Haikal yang menyedari kelakuan Haifa bersuara.  Merah padam muka Haifa. Malu tidak terkira.
“Eh, mana ada saya pandang encik. Saya pandang orang belakang encik tu.”Haifa memberi alasan. Haikal menoleh ke belakang. Dia melihat tiada sesiapa pun di situ. Haifa hanya tunduk.
“Boleh aku tahu latar belakang kau? Aku tak sempat nak belek fail maklumat diri kau tu. Jadi dah kau ada kat sini, cerita sikit tentang kau.”
“Nama saya, Puteri Haifazatul Syakinah binti Ghazali. Umur saya 25 tahun. Saya asal dari Kedah. Saya adalah pemegang ijazah sarjana muda pengurusan pejabat. Saya pernah bekerja sebagai  Pengawai Pentadbir di syarikat Lembah Holdings.” Haifa memberitahu dengan penuh yakin.
“Kenapa kau berhenti dari Lembah Holdings?”
“Saja nak beralih arah.”jawab Haifa ringkas.
“Okey, aku nak panggil kau apa? Haifa, Syakinah or minah?” Haikal tersenyum. Senyuman itu membuatkan Haifa terkedu seketika.
“Panggil je lar apa yang Encik Dollah suka. Saya tak kisah.”
“Okey, memandangkan kau panggil aku encik Dollah, aku akan panggil kau minah. Boleh?”
“Boleh, apa salahnya. First time orang panggil saya minah. Dan yang pastinya Encik Dollah.” Haifa dan Haikal tersenyum.
Makanan yang dipesan sudah pun sampai. Mereka masing-masing makan dengan penuh berselera. Haikal sudah mula menerima Haifa sebagai kawan dan setiausahanya. Sikap Haifa yang kelakar, membuatkan Haikal tidak sunyi.
-------------------------------------------
Haifa  membawa secawan kopi masuk ke dalam pejabat Haikal. Haikal mengukirkan senyuman. Kopi yang dinanti-nantikan olehnya setiap hari.
“Dari tadi  tunggu, akhirnya sampai juga kopi kaw-kaw ni. Ketagih kot minum kopi kau.”Haikal memulakan bicara. Haifa meletakkan kopi tersebut di atas meja.
“Itulah, dulu jual mahal sekarang ni kalau tak minum sehari pun dah kalut.” Haifa memandang bilik Haikal. Aduhai, semak lagi. Haifa mengerutkan dahinya.
“Kau kerut-kerut macam tu mesti rimas tengok bilik aku ni kan?”duga Haikal sambil tersenyum.
“Tahu pun. Ini yang buat saya nak marah kat Encik Dollah ni. Tak reti nak kemas langsung. Memang malang nasib isteri encik nanti.”leter Haifa sambil menyusun buku-buku di atas meja yang berselerak.
“Memang malang. Kalau macam tu kau sajalah kahwin dengan aku. Kaukan pandai mengemas.”
Haifa memandang Haikal. Kemudian dia mengukirkan senyuman.
“Mengarutlah Encik Dollah ni. Takkanlah encik nak kahwin dengan minah mereng macam saya ni kan?”
Haikal tergelak.
“Kenapa pula tak nak? Mereng-mereng kau pun ada guna juga tau.” Haikal berkata dengan nada yang ceria.
“Iya ke? Tapi saya tak sanggup nak jadi mangsa buli encik. Okey, saya keluar dulu.”kata Haifa sebelum menutup pintu bilik Haikal.
“Aku sayang kau.”jerit Haikal dari dalam biliknya.
Kata-kata indah itu didengari oleh Haifa. Hati Haifa berbunga. Dia gembira kerana akhirnya dia tahu, dia bukan bertepuk sebelah tangan.
----------------------------------------------

Petang minggu selalunya Haikal akan berjoging di taman rekreasi yang tidak jauh dari rumah. Selepas penat berjoging dia akan merehatkan dirinya di pondok yang disediakan oleh pihak yang berkenaan. Dia tekun melihat budak-budak yang sedang seronok bermain. Dia tersenyum kerana tiba-tiba teringat kata-kata ibunya beberapa bulan yang lalu.
“Sekarang ni memang Carl boleh cakap macam tu. Carl bayangkan 10 tahun akan datang.Carl tengok orang lain semua bahagia dengan family masing-masing. Kesana ke sini semuanya dengan family. Tapi Carl?  Carl tak teringin ke nak ada family sendiri? Ada anak-anak yang comel dan handsome macam Carl?Carl jangan terlalu yakin mengatakan Carl boleh hidup sendiri.  Suatu hari nanti, Carl akan menyesal.”
Ada benarnya kata ibunya. Aku akan menyesal. Tengoklah tidak sampai setahun pun aku dah mula teringin nak anak-anak yang comel. Tapi siapakah yang akan menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakku nanti? Haikal terbayangkan Haifa.
Semakin hari, hubungan Haikal dan Haifa menjadi rapat. Kadang-kadang bergelak ketawa bersama-sama. Selain itu, di mana ada Haifa di situ ada Haikal. Semua staf dan kawan-kawannya mengatakan bahawa mereka seperti pasangan bercinta. Namun semua itu disangkal oleh Haifa.
Haikal mula merasa ada satu perasaan terhadap Haifa. Bukan perasaan seorang bos kepada stafnya tetapi lebih daripada itu. Namun begitu, dia tidak berani untuk meluahkan kepada Haifa. Mungkin Haifa hanya menganggapnya sebagai seorang bos dan tak lebih daripada itu. Haikal tidak mahu kecewa lagi.  
Haikal mengeluh panjang. Matanya sedang asyik lagi melihat kanak-kanak yang ceria bermain. Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak jatuh dari buaian. Haikal bingkas bangun. Dia berlari anak untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Namun, seorang perempuan datang memberi pertolongan sambil memujuk kanak-kanak tersebut yang sedang menangis. Haikal menghentikan langkahnya. Dia seperti mengenali wajah itu.
Haikal berjalan mendekati perempuan itu. Perempuan itu sedang berusaha untuk menenangkan kanak-kanak lelaki itu. Haikal masih memerhati kedua-dua insan tersebut.
“Aiman kuatkan? Aimankan anak mama yang paling kuat. Mana boleh menangis. Nanti malulah kat adik-adik yang lain. Nanti mama belanja Aiman aiskrim. Nak tak?” perempuan itu memujuk.
Budak lelaki itu mengangguk dan berhenti menangis. Perempuan itu tersenyum. Dia bangun lalu memandang ke arah Haikal.
“Encik Dollah?”
“Haifa!”ujar Haikal semula sambil mata tidak berkelip memandang Haifa.
“Encik Dollah buat apa kat sini?” tanya Haifa selamba. Dia masih lagi mendukung kanak-kanak lelaki tersebut.
“Saja ambil angin kat sini. Siapa ni?”tanya Haikal ingin tahu.
“Oh, ini anak saya, Aiman. Aiman, salam uncle.” Aiman menyalami Haikal tanpa banyak soal. Haikal menyambut dengan wajah yang kelat.
“Kau buat apa pula kat sini?”
“Saya bawa Aiman jalan-jalan sebentar sementara saya cuti. Kalau hari bekerja payah sikit nak bawa dia keluar. Kesian pula asyik terperap saja di rumah.”terang Haifa panjang. Dia sedikit terkejut tiba-tiba melihat wajah bosnya berada di hadapannya. Hatinya turut berdebar-debar.
“Haifa, kenapa dengan Aiman tadi? Dari jauh abang dengar dia menangis.” Seorang lelaki tiba-tiba mencelah. Aiman di ambil oleh lelaki tersebut lalu didukung.
“Dia jatuh buaian. Abang bukan tak tahu Aiman kalau menangis memang payah nak stop.”
Haikal hanya memerhati drama yang sedang ditayangkan dihadapannya dengan hati yang kecewa.
“Eh, lupa pula nak kenalkan. Ni bos Haifa. Encik Haikal or Encik Dollah.” Haifa tersenyum. Lelaki itu bersalam dengan Haikal. Haikal cuba mengukirkan senyuman.
“Okeylah... Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
Haikal mengangkat kaki lemah. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dilihat sebentar tadi. Orang yang dia sangka bujang itu sudah mempunyai keluarga sendiri. Haikal berasa tertipu kerana selama ini Haifa tidak pernah menceritakan tentang keluarganya. Yang dia tahu Haifa masih lagi bujang. Dia telah membukakan pintu hatinya kepada orang yang salah. 
Haikal menekan pedal minyak dengan kuat. Dia sudah terluka. Walaupun dia tidak terlalu meletak harapan namun hatinya terasa begitu pedih. Di fikirannya terbayangkan wajah Kasih yang tersenyum melihat.
“Kasih, tiada orang yang jujur macam Kasih. Kasih, sekali lagi Haikal dilukai. Haikal benci hidup. Haikal tak boleh terima semua ni. Haikal tertipu. Haikal berikan cinta Haikal pada orang yang salah. Haikal dah tak berdaya nak hidup. Haikal nak hidup bersama Kasih. Kasih tunggu Haikal di sana yer. Kita akan bersama tidak lama lagi.”
Air mata Haikal bercucuran. Dia menekan pedal minyak sehingga habis. Dia berada di kelajuan yang maksimum. Dia sudah tidak mempedulikan kenderaan lain yang membunyikan hon kerana pemanduannya yang bahaya itu.
Prang!!! Kenderaan Haikal melanggar kereta yang datang dari arah yang bertentangan.
---------------------------------------
Telefon bimbit Haifa berdering. Haifa cepat-cepat menekan butang hijau untuk menjawab.
“Waalaikumussalam. Ada apa yer?”
“Apa? Okey-okey. Saya pergi sana sekarang.” Haifa bergegas memakai tudung lalu mencapai kunci kereta. Berita yang disampai oleh Wafi tadi benar-benar membuatkan dia risau dan cemas.
Di dalam perjalanan ke hospital, Haifa tidak henti-henti berdoa. Dia berharap agar Haikal tidak apa-apa.  Di dalam hatinya, dia mengaku yang dia sayangkan Haikal. Walaupun dia tahu, Haikal tak mungkin balas cintanya namun dia tidak kisah. Dia sememangnya tidak layak untuk Haikal.
Haifa membelok masuk ke perkarangan hospital. Dia mencari parkir untuk memarkirkan keretanya. Dia berlari anak masuk ke dalam hospital. Kata Wafi tadi, Haikal ditempatkan di unit rawatan rapi.
Haifa melihat Wafi bersama dengan seorang wanita yang sudah berumur duduk menunggu di hadapan bilik tersebut. Haifa mengangkat kaki menuju ke arah mereka.
“Assalamualaikum.”Haifa memberi salam. Wanita itu mengangkat kepala memandang  Haifa.
“Waalaikumussalam.” Haifa bersalam dengan wanita itu.
“Ni Haifa ke?”
“Yer, makcik. Saya Haifa. Mak cik ni siapa?”Haifa pula bertanya ingin tahu.
“Mak cik ni ibu Haikal. Terima kasih kerana datang. Kemungkinan kedatangan Haifa akan dapat memberikan Haikal semangat untuk sembuh. Terima kasih, nak.” Air mata mengalir di pipi Puan Hanisah. Haifa yang terkedu mendengar mengambil tisu lalu mengelap air mata yang mengalir di pipi yang sudah mula kendur itu.
Haifa mengerutkan dahinya. Apa maksud di sebalik kata-kata Puan Hanisah? Memberi semangat untuk sembuh? Haifa tertanya-tanya di dalam hati.
“Macam mana keadaan Encik Haikal, makcik?”
“Panggil saja ibu. Haikal masih lagi dalam bilik pembedahan. Ibu tak dapat apa-apa berita lagi mengenai Haikal. Ibu risau sangat ni.” Puan Hanisah berkata dalam suara yang sebak.
Haifa mengenggam jari Puan Hanisah untuk memberikan semangat. Haifa turut berasa risau dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui tentang Haikal.
“Haikal tu anak yang baik. Dia tak pernah ingkar arahan ibu dan walid. Ibu tak sanggup kehilangan dia. Dia satu-satunya anak ibu. Ibu tak sanggup, Ifa.”Puan Hanisah menangis. Haifa cuba untuk menenangkannya.
“Sabar ya, ibu. Encik Haikal akan selamat. Kita sama-sama berdoa ya.” Haifa memeluk Puan Hanisah. Dia faham benar perasaan Puan Hanisah. Dia juga pernah mengalami nasib yang sama suatu ketika dahulu.
Doktor yang merawat Haikal keluar dari bilik pembedahan. Wafi bingkas bangun. Dia berjalan mendapatkan doktor tersebut.
“Bagaimana keadaan Haikal, doktor?”tanya Wafi. Haifa dan Puan Hanisah hanya duduk sambil memasang telinga untuk mendengar tentang keadaan Haikal.
“Alhamdulillah, Haikal berjaya diselamatkan. Cuma dia mengalami kecederaan yang serius di bahagian kakinya. Dan keadaan itu amat membimbangkan.”terang doktor muda berkenaan.
“Maksud doktor?”
“Haikal berkemungkinan besar tidak akan dapat berjalan lagi. Tapi itu Cuma jangkaan kami. Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Haikal selamat dan sembuh seperti biasa. Saya minta diri dulu.”
“Terima kasih doktor.”Wafi berjalan ke arah Puan Hanisah yang sedang menangis. Haifa yang mendengar berita tersebut turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Haikal.
“Ibu jangan risau yer. Insyallah Haikal akan kembali seperti biasa. Kita semua tahu Haikal kuatkan.” Wafi cuba menenangkan ibu angkatnya itu.
“Ibu berharap apa yang dikatakan oleh doktor itu hanya jangkaan mereka sahaja.”
Haifa mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Dia tidak menyangka Haikal akan menerima nasib yang sedemikian rupa. Di dalam hatinya, kata doktor itu hanya jangkaan semata-mata.
---------------------------------------
Sudah beberapa hari Haifa setia menemani Haikal yang sedang terbaring lesu di atas katil hospital. Pada mulanya, Puan Hanisah sendiri yang mahu menemani Haikal namun Haifa menawarkan diri untuk menjaga. Puan Hanisah hanya bersetuju.
Haifa menatap wajah yang dia sayang itu. Haifa melihat muka Haikal penuh dengan calar-balar. Di dadanya penuh dengan wayar. Haifa menangis. Walaupun dia tahu, Haikal tidak ada perasaan padanya namun dia sangat sayangkan Haikal selepas beberapa bulan mereka berkenalan.
“Haikal, awak kena kuat ya. Awak tak boleh lemah. Saya tahu awak boleh lawan sakit awak ni. Kalau awak tak ada, siapa lagi nak panggil saya Minah? Kalau awak tak ada, nanti tak bolehlah saya panggil awak Encik Dollah lagi sebab saya sorang ja yang  panggil awak dengan  nama yang istimewa tu. Saya rindukan senyuman awak. Awak tak suka senyum tapi bila awak senyum memang buat hati saya cair. Lagi satu sikap yang buat saya nak marah kat awak bila awak suka sangat biarkan pejabat bersepah. Reti kemas konon padahal bilik tu dah macam sarang tikus pun. Awak bangun yer. Bila awak bangun nanti, saya nak beritahu yang saya sayangkan awak walaupun saya tahu awak tak sayangkan saya.”Haifa berkata sebak. Air matanya bercucuran membasahi pipi mulusnya.
Haifa akhirnya tertidur di sisi Haikal.
---------------------------------
Haikal membukakan matanya. Dia cuba untuk bangun namun tidak berdaya. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun di dalam bilik itu. Haikal tertanya-tanya kenapa dia berada di sini. Dia membuka alat bantuan penafasan yang dipasang di mulutnya.
Kedengaran ada orang yang membuka pintu bilik. Haikal menoleh perlahan untuk melihat siapakah gerangannya.
“Kau dah sedar, Carl?” Wafi tersenyum kegembiraan bila melihat sahabat baiknya sudah mula sedar.
“Kenapalah aku masih lagi hidup? Aku patutnya dah mati. Aku benci hidup. Aku benci hidup!” Haikal menjerit sekuat hati. Dia seperti orang hilang akal.
“Hey, kau kenapa ni? Tak baik cakap macam tu. Kau patutnya bersyukur yang kau selamat.”nasihat Wafi. Dia terkejut melihat sikap Haikal yang tiba-tiba mengamuk.
“Aku terluka, Wafi.  Dia buat aku jatuh cinta kat dia tapi selepas tu aku dapat tahu dia dah ada keluarga. Aku tak sangka dia boleh buat aku macam ni. Dia biarkan aku bukakan pintu hati aku ni untuk dia. Aku tak boleh terima, Wafi. Aku benci dia. Aku benci perempuan hipokrit.” Haikal merintih.
Wafi cuba faham siapa yang Haikal maksudkan itu. Tiba-tiba timbul di benak fikirannya, iaitu Haifa.
“Cuba kau cerita kat aku, siapa yang buat kau macam ni? Siapa perempuan yang kau maksudkan ni?” Wafi cuba menenangkan Haikal.
“Haifa... Aku cintakan dia. Tapi petang tu, waktu aku joging aku terserempak dengan dia. Dia sedang memujuk seorang budak lelaki. Bila aku tanya siapa, dia beritahu itu adalah anak dia. Kemudian suami dia pula datang. Sakit hati aku, Wafi. Aku bodoh. Aku mudah berikan cinta aku kepada orang yang tak sepatutnya.”Haikal mengeluh. Air mata yang jatuh, cepat-cepat disapu olehnya.
“Jadi punca kau kemalangan ni sebab kau kecewalah? Kau ni tak sepatutnya bahayakan diri kau hanya kerana perempuan Haikal. Aku tahu kau kecewa tapi kau tak fikir ke orang yang sekeliling kau? Orang yang sayangkan kau? Kesian aku tengok ibu, Carl. Hampir setiap hari dia menangis sebab kau. Dia takut kau tinggalkan dia.”
Kata-kata Wafi memberi kesedaran kepada Haikal. Haikal cukup lemah apabila menghadapi masalah dengan perempuan. Dia lebih suka membahayakan dirinya tanpa memikirkan orang lain.
“Okeylah... Aku nak panggil doktor untuk buat pemeriksaan.” Wafi bangun dari kerusi. Dia berjalan keluar dari bilik Haikal.
--------------------------------
“Kau buat apa kat sini?”tanya Haikal kasar sejurus sahaja Haifa melangkah masuk ke biliknya. Namun pertanyaan itu tidak mengejutkan Haifa. Wafi sudah menceritakan segalanya kepada Haifa.
“Saja. Nak melawat Encik Dollah. Encik Dollahkan bos saya. Takkanlah staf tak boleh nak melawat kot?”kata Haifa dengan nada bergurau.
Haikal masih lagi menayangkan wajah masamnya.
“Aku tak suka kau melawat aku. Aku bukannya sakit sangat. Nanti kerap sangat kau melawat aku, tak pasal-pasal kau bergaduh dengan suami kau. Aku tak nak jadi perosak rumah tangga orang.”
“Encik Dollah ni, suami saya sporting. Dia takkan marah punya. Ni, saya ada bawakan Encik Dollah makanan. Saya masak sendiri tau. Daging masak sos. Kesukaan Encik Dollah kan?” Haifa cuba menyuapkan ke dalam mulut Haikal. Namun, Haikal memandang ke arah lain. Haifa tidak langsung ambil hati.
“Encik Wafi ada beritahu saya tadi yang Encik Dollah ada sesuatu nak beritahu saya. Apa dia yer?” Haifa cuba memancing. Haikal memandang wajah Haifa semula.
“Manalah aku tahu. Tanyalah Wafi. Pandai-pandai saja Wafi ni.”bentak Haikal.
“Okey. Tapi saya dapat tahu tadi yang punca Encik Dollah kemalangan sebab frust. Tapi kalau boleh saya tahu, frust sebab apa yer? Putus cinta ka?” Haifa membuat seolah-olah tidak tahu apa-apa.
“Kau ni sibuk apasal. Suka hati akulah. Kau berambus dari sini. Aku benci tengok muka kau. Kau perempuan hipokrit. Aku benci perempuan macam kau.” Haikal menjerit. Dia cuba untuk bangun namun tidak berdaya.
Akhirnya, air mata Haifa mengalir juga. Dia tidak sangat  kata-kata itu keluar dari mulut Haikal. Namun dia cuba untuk memujuk hatinya supaya sabar dengan setiap karenah Haikal. salah dia juga kerana tidak berterus terang.
“Okeylah. Saya perempuan hipokrit. Saya minta diri dulu.” Haifa bangun meninggalkan Haikal. Dia membiarkan Haikal melayan marahnya itu. Semakin dia di situ, semakin naik angin Haikal nanti.
-----------------------------------
Hari ni Haikal sudah dibenarkan pulang. Selepas doktor memberitahu bahawa, segala andaian sebelum ini tidak benar, Puan Hanisah sangat bersyukur.  Haikal boleh berjalan seperti biasa Cuma kakinya tidak berapa kuat lagi.
“Carl, ibu bersyukur sangat Carl selamat. Tolong jangan buat ibu macam ni lagi. Ibu dah tak sanggup kehilangan Carl.”Puan Hanisah berkata sebak. Dia sudah dapat tahu punca sebenarnya anaknya kemalangan.
“Carl minta maaf, ibu. Carl buat ibu susah hati. Carl tak tahu kerana perempuan Carl jadi macam ni.”
“Carl tahu tak Carl dah silap. Haifa tu masih lagi single. Dia belum berkahwin.”
Haikal memandang ibunya.
“Mana ibu tahu? Dia sendiri yang beritahu Carl yang itu anak dia. Lepas tu ada seorang lelaki yang mengelarkan dirinya abang. Mesti Haifa nak menipu ibu ni.” Haikal tersenyum sinis. Licik juga Haifa ni. Semua orang nak ditipunya.
“Haifa sendiri yang jelaskan pada ibu. Kanak-kanak lelaki tu adalah anak abang Haifa. Jadi anak buah Haifalah.”
“Tapi kenapa Haifa gelarkan diri dia mama?”tanya Haikal ingin tahu.
“Sebab saya teringin sangat nak jadi mama. Jadi saya suruhlah Aiman panggil saya mama.” Haikal menoleh ke arah suara tersebut.
Haifa berjalan ke arah mereka berdua. Puan Hanisah tersenyum. Haifa mencium tangan Puan Hanisah.
“Jadi? Selama ni aku Cuma salah faham?”Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Haifa mengangguk.
“Itulah, Encik Dollah. Suka sangat buat keputusan  terburu-buru. Nasib baik tak arwah, kalau tidak, tak adalah orang nak panggil saya Minah dah.” Haifa tersengih. Puan Hanisah turut tersenyum.
Haikal tergelak. Dia benar-benar menyesal  dengan apa yang telah dia buat. 
“Ibu nak ke dapur sekejap. Korang berbuallah yer.” Puan Hanisah meminta diri. Dia ingin memberi peluang kepada Haikal dan Haifa untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Jom, meh saya tolak Encik Dollah. Kita pergi sembang kat luar nak tak?”ujar Haifa.
Haikal mengangguk. Haikal yang sedang duduk diatas kerusi roda itu ditolak keluar oleh Haifa. DI dalam hatinya penuh dengan rasa bersalah terhadap Haifa kerana kejadia tempoh hari.
 -------------------------------------------
Haifa melabuhkan punggungnya di atas buaian yang diletakkan di taman mini itu. Haikal membelek pokok bunganya dan mencari idea untuk memulakan bicara dengan Haifa.
“Minah, aku nak minta maaf sebab aku tengking kau hari tu. Aku betul-betul tension. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Please, maafkan aku.”pujuk Haikal.
Haifa tersenyum. Dia tidak ambil hati langsung kerana dia tahu masalah yang dihadapi oleh Haikal. Dia menganggap Haikal kemalangan pun disebabkan olehnya.
“Saya dah lama maafkan, Encik Dollah. Lagipun Encik Dollah kemalangan pun sebab saya. Jadi saya turut berasa bersalah.”
“Kau tak perlulah rasa bersalah. Aku ja yang bodoh. Kerana perempuan, aku sanggup bahayakan nyawa aku.”
Haifa memandang muka Haikal. Luka-luka di mukanya sudah hampir sembuh. Cuma dia tidak dapat berjalan lagi buat sementara waktu ini. Kakinya masih tidak begitu sembuh.
“Puteri Haifazatul Syakinah, sudikah kau jadi isteri aku?”
Haifa tersentak. Dia memandang Haikal tanpa berkelip. Dia tidak percaya Haikal akan melamarnya. Di dalam hatinya berdebar-debar dan turut berbunga.
“Aku sayangkan kau dan aku harap kau juga sayangkan aku. Aku dah tak boleh nak tahan perasaan aku ni. Kaulah perempuan yang berjaya bukakan pintu hati aku ni selepas arwah Kasih. Aku dah berjanji dulu yang aku takkan cintakan sesiapa dah selepas Kasih tapi aku tak boleh. Kehadiran kau membawa kebahagiaan dalam hidup aku. Sebab tu lah selepas aku jumpa kau kat taman hari tu aku sakit hati sangat-sangat. Aku kata tiada perempuan yang sejujur Kasih tapi aku silap. Percayalah, Haifa. Aku akan jaga kau macam aku jaga nyawa aku sendiri. Itu janji aku.” Haikal cuba menyakinkan Haifa.
Haifa berasa sebak mendengar pengakuan ikhlas daripada Haikal. Lelaki ini benar-benar mencintai dirinya. Dia tidak dapat menafikan dia juga mencintai Haikal sepenuh hatinya.
“Aku harap kau boleh fikirkan. Aku terima apa saja keputusan kau.” Haikal menolak roda kereta rodanya menggunakan tangan untuk masuk ke rumah.
“Encik Dollah, saya Puteri Haifazatul Syakinah sudi menjadi isteri kepada lelaki yang sangat degil, keras kepala, panas baran dan suka membuat keputusan terburu-buru.  Saya berharap saya akan menjadi permaisuri dihatinya untuk selama-lamanya.” Haifa memberi persetujuan.
Jawapan Haifa itu membuatkan Haikal tersenyum sambil menadah tangan mengucap syukur.
“Betul ni?”tanya Haikal lagi inginkan kepastian.
Haifa mengangguk. Haikal menolak kerusi rodanya ke arah Haifa yang sedang duduk di buaian.
“Aku janji yang aku takkan pernah sia-siakan kau. Aku berharap kau dapat terima aku seadanya.”
-----------------------
Selepas sebaik sahaja Haikal sembuh dari lukanya, mereka telah dinikahkan. Mereka juga dirai dalam majlis yang begitu meriah sekali. Akhirnya, mamat tension telah disatukan juga dengan minah mereng. 

1 comment:

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH