Hayyan masuk ke dalam bilik pembedahan. Hayyan melihat doktor masih lagi menjalankan rawatan kepada Frisya. Simpati dia melihat keadaan Frisya yang tidak sedarkan diri. Hayyan memakai pakaian yang sesuai. Dia turut membantu doktor untuk merawat Frisya. Keadaan Frisya begitu parah.
Selepas 2 jam berada di dalam bilik pembedahan, Frisya telah berjaya diselamatkan. Hayyan keluar dengan perasaan yang lega dari bilik pembedahan. Hayyan terus menuju ke arah Tuan Faris dan Puan Alia. Dia tersenyum. Tuan Faris dan Puan Alia yang melihat Hayyan berjalan menuju ke arah mereka. Mereka berlari mendapatkan Hayyan.
“Hayyan,bagaimana keadaan Frisya? Parah ke?”Puan Alia bertanya sebelum sempat Hayyan membuka mulut.
Hayyan memegang bahu Tuan Faris. Dia tersenyum.
“Alhamdulillah pakcik,makcik. Frisya selamat.” Hayyan menepuk perlahan bahu Tuan Faris tanda memberi semangat.
Tuan Faris dan Puan Alia senang mendengar berita yang disampaikan oleh Hayyan. mereka memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. Mereka berasa lega walaupun Frisya masih tidak menyedarkan diri.
“Sekarang ni Frisya masih lagi dalam ICU. Selepas keadaan dia stabil barulah Frisya dimasukkan ke wad biasa. Jadi pakcik dengan makcik janganlah risau ye. Insyallah semuanya selamat.” Hayyan memberi kata semangat.
“Kalau makcik nak tengok keadaan dia boleh tak?”tanya Puan Alia.
Hayyan mengangguk.
“Boleh, tapi dua orang saja dibenarkan masuk untuk satu masa. Jadi kalau makcik nak pergi tengok sekarang bolehlah saya tolong temankan makcik dan pakcik.” Hayyan menawarkan diri.
“Erm, Hayyan tak sibuk ke? Nanti takut menyusahkan pula.”kata Tuan Faris.
“Taklah. Lagipun malam ni kes tak banyak. Jadi taklah sibuk seperti selalu. Jomlah!”ajak Hayyan.
Tuan Faris memegang tangan Puan Alia. Mereka berjalan menuju ke bilik rawatan rapi. Mereka ingin sangat melihat keadaan Frisya. Hayyan pula mengiringi Tuan Faris dan Puan Alia. Mereka memasuki ke pusat rawatan rapi yang menempatkan Frisya
Puan Alia menangis melihat keadaan Frisya. Puan Alia sedih melihat banyak wayar-wayar yang diletakkan di badan Frisya. Frisya masih tidak menyedarkan diri. Dia terlantar sakit di atas katil hospital. Tuan Faris turut berduka dengan kejadian yang menimpa Frisya.
“Kenapalah adik terima nasib macam ni sekali?”keluh Puan Alia.
Tuan Faris memandang ke arah Puan Alia yang seakan-akan merintih.
“Alia. Tak nak macam ni. Tak baik merintih seperti ni. Ini semua ketentuan ALLAH.” Tuan Faris bersuara memberi nasihat.
Hayyan mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh Tuan Faris.
“ALLAH sayangkan Frisyalah tu makcik. Sebab itulah dia pilih Frisya untuk terima dugaan seperti ni. Redha ya makcik.”sampuk Hayyan.
Hayyan banyak belajar ilmu agama ketika berada di Mesir. Walaupun dia mengambil bidang kedoktoran di universiti Al-Azhar, namun Hayyan turut mendalami ilmu-ilmu agama. Jadi ilmu-ilmu agama inilah yang telah berjaya membentuk dia menjadi orang yang berguna walaupun pada suatu hari dulu dia seorang yang jahat.
“Bukannya makcik tak redha tapi……Entahlah. Makcik tak tahu nak cakap macam mana!”
Pipi Puan Alia masih lagi dihujani dengan airmata.
“Banyak-banyakkan berdoa. Insyallah, Frisya akan sedarkan diri.” Hayyan memberi kata peransang kepada Puan Alia dan Tuan Faris.
“Terima kasih sebab membantu untuk menyelamatkan Frisya. Kami amatlah terhutang budi dengan Hayyan.”
Tuan Faris mengucapkan terima kasih serta ucapan kerana turut membantu untuk menyelamatkan Frisya.
“Eh…tak ada apa-apalah. Sikit saja tu. Lagipun diakan bakal isteri saya.” Hayyan merendah diri.
Puan Alia mengukirkan senyuman. Fikirannya yang serabut kini kembali tenang. Diusap-usap kepala Frisya. Puan Alia turut mencium beberapa kali di dahi Frisya. Tanda kasih sayang yang tidak terucap kepada Frisya.
“Pakcik tahu tak lagi kenapa Frisya ditikam?”Hayyan membuka mulut.
Tuan Faris menggeleng. Dia tidak menerima sebarang berita mengenai kejadian yang menimpa Frisya.
“Tak tahu lagi. Hayyan tahu ke?”
Hayyan mengerutkan dahinya.
“Yang saya tahu Frisya dijumpai di tempat letak kereta sedang terbaring tidak sedarkan diri. Kereta dia juga hilang.” Hayyan bercerita panjang. Ketika di dalam bilik pembedahan, kawan Hayyan memberitahu serba sedikit tentang kejadian itu.
Tuan Faris terperanjat. Puan Alia turut memandang muka Hayyan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
“Yakah? Pakcik dapat rasakan yang Frisya mungkin dirompak.”jelas Tuan Faris.
Puan Alia mendekati suaminya.
“Kalau macam tu jomlah pergi buat laporan polis. Mama nak perompak tu ditangkap dan dihukum yang sepatutnya. Biar setimpal dengan apa yang dia buat dekat adik.” Puan Alia berkata geram. Mukanya kelihatan marah.
Tuan Faris tersenyum melihat muka isterinya yang menahan marah.
“Alia… Jangan terburu sangat-sangat. Kita tak tahu cerita sebenar.”nasihat Tuan Faris.
Hayyan mengangguk.
“Tapi pakcik apa salahnya kalau kita buat laporan polis. Mungkin betul tekaan pakcik.”cadang Hayyan.
Puan Alia tersenyum kerana Hayyan menyokong idea dia. Hayyan turut mengukirkan senyuman.
“Kalau seperti itu yang dicadangkan, pakcik ikut saja. Apa-apa pon tak apa janji perompak tu berjaya diberkas.”kata Tuan Faris. Bersetuju dengan cadangan Hayyan.
Hayyan mengalihkan pandangannya melihat Frisya. Setiap kali melihat wajah Frisya pasti hatinya akan terasa sebak. Puan Alia melangkah menuju ke katil Frisya sekali lagi. Dia mencium berkali-kali dahi Frisya. Dia juga berkata-kata perlahan di telinga Frisya. Tuan Faris tidak sanggup untuk melihat Frisya lagi.
“Alia, jomlah. Nanti kita masuk melawat lagi.”ajak Tuan Faris.
Puan Alia mengangguk. Dia melangkah menuju ke arah Hayyan dan Tuan Faris. Ditoleh sekali lagi melihat Frisya sebelum melangkah keluar dari pusat rawatan rapi hospital itu. Hayyan turut begitu. Mereka semua melangkah meninggalkan Frisya yang masih lagi terbaring tidak menyedarkan diri.
“Pakcik nak pergi buat laporan polis bila?”Hayyan memecah kesunyian.
Tuan Faris memandang tepat muka Hayyan.
“Tak tahulah. Siapa yang nak temankan makcik kat sini? Bukannya apa takut dia buat something. Makcik kamu ni cepat sangat emosi.”risau Tuan Faris hendak meninggalkan Puan Alia keseorangan disini.
Hayyan faham perasaan Tuan Faris.
“Kalau macam tu biar saya saja yang pergi buatkan laporan polis. Pakcik tinggal disini temankan makcik.”Hayyan memberi cadangan.
Tuan Faris memandang muka Puan Alia. Puan Alia mengangguk. Dia bersetuju dengan cadangan Hayyan.
“Tak apa ke keluar sekarang ni? Kan Hayyan tengah bekerja?”
Hayyan tersenyum. Dia menggeleng perlahan.
“Tak apa. Saya boleh minta keluar sekejap. Lagipun sekarang ni waktu rehat.”jelas Hayyan.
Tuan Faris mengangguk.
“Oklah kalau macam tu, saya minta diri dulu.” Hayyan meminta izin untuk berlalu dari situ.
Hayyan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tuan Faris. Tuan Faris menyambut tangan Hayyan. Hayyan menyalami dengan penuh rasa hormat. Dia kemudiannya mengangkat kaki untuk pergi menjalankan amanahnya. Dia akan berusaha untuk membantu Frisya agar Frisya pulih dengan sepenuhnya. Dia juga berharap agar perompak itu dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.
------------------------------------------------
Selepas membuat laporan polis, Hayyan bergegas memandu menuju ke hospital semula. Oleh kerana, dia telah melepasi waktu rehatnya, dia menelefon rakannya untuk memberitahu tentang kelewatannya. Dia turut menyuruh rakannya melihat keadaan Frisya.
Selepas beberapa minit perjalanan, dia sampai di hospital. Dia bergegas menuju ke bilik yang menempatkan Frisya. Hayyan melihat Tuan Faris dan Puan Alia masih lagi setia menunggu di luar bilik rawatan.
“Pakcik, makcik.”sapa Hayyan sebaik saja sampai.
Tuan Faris dan Puan Alia menoleh ke arah Hayyan.
“Dah buat laporan polis?”tanya Puan Alia.
Hayyan mengangguk.
“Terima kasih ya Hayyan.”
Tuan Faris mengukirkan senyuman kepada Hayyan. Terharu kerana sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh Hayyan.
“Sama-sama. Pakcik, makcik saya ada kerja nak kena selesaikan. Saya pergi dulu ye?”
Hayyan meminta diri untuk berlalu dari situ. Tuan Faris dan Puan Alia mengangguk. Hayyan melangkah pergi dengan perasaan yang bercampur baur. Bimbang, gembira dan macam-macam lagi.
------------------------------------------------------------------
Hayyan melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia sebelah katil yang menempatkan Frisya. Dia memandang Frisya yang sedang terbaring lesu di atas katil. Frisya memakai alat bantuan pernafasan. Hayyan sedih melihat keadaan Frisya.
Hayyan menyeka air mata yang hampir jatuh. Dia tidak sanggup kehilangan wanita itu. Wanita yang sangat disayanginya. Wanita itu juga telah banyak membahagiakan hatinya selepas kekecewaan dalam percintaan dulu.
Hayyan mengenggam tangan Frisya seerat-eratnya. Dia akan berusaha untuk merawat Frisya sehingga sembuh sebaik-baiknya.
“Frisya, jangan tinggalkan Hay. Hay perlukan Frisya dalam hidup Hay. Hay sangat sayangkan Frisya. Hay tak sanggup kehilangan Frisya. Frisya dah banyak ubahkan hidup Hay. Kuatkan semangat Frisya. Hay tahu Frisya kuat. Kuat untuk hadapi semua ni. Hay tahu Frisya juga sayangkan Hay. Please sayang…”Hayyan berkata perlahan di tepi telinga Frisya. Tangannya masih lagi kuat mengenggam tangan Frisya.
Hayyan tunduk. Di hatinya timbul kerisauan. Frisya mungkin akan menghadapi beberapa masalah yang disebabkan oleh kesan tikaman tersebut. Hayyan meraupkan mukanya. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu berfikir sebelum hasilnya belum keluar. Namun dia akan terima segala yang bakal berlaku.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH