Frisya leka menyiapkan kerjanya. Dia tidak menyedari yang waktu kerja sudah tamat. Selepas selesai menyiapkan kertas projek, dia mula mengeliat panjang. Dia lega kerana berjaya juga menyiapkan. Dia melihat jam. Frisya beristifar panjang.
“Dah dekat pukul 7.00 malam. Patutlah sunyi saja pejabat aku ni. Rupanya dah lepas waktu kerja. Tapi tak apa, tak perlulah aku bawa balik kerja ni. Lapang fikiran aku.” Frisya berkata sendiri.
Frisya tidak menunjukkan mahu pulang ke rumah. Dia duduk sambil termenung jauh. Fikirannya tertumpu kepada pertemuannya dengan Hayyan. Frisya turut tersenyum seorang diri dengan telatah Hayyan yang suka mengusiknya.
Frisya selesa dengan perangai Hayyan. Hayyan jauh berbeza dengan Hayyan dulu. Baginya Hayyan mempunyai ciri-ciri untuk menjadi suami untuk membimbingnya selepas kahwin nanti.Tekad Frisya, dia akan menerima Hayyan.
Frisya tersentak. Lamunannya terhenti. Matanya tertumpu kepada telefon bimbitnya. Telefonnya mengeluarkan bunyi. Ada mesej baru untuknya. Dia mencapai lalu dibaca mesej yang diterimanya.
Frisya, buat apa tu? Dah makan ke belum? Balik ke tak lagi?
Frisya tersenyum lebar. Mesej yang dihantar oleh Hayyan selalu menghiasi dirinya. Tidak senang duduk jika dia tidak menerima mesej dari Hayyan. Mesej itulah yang membuatkan hari-harinya ceria selalu. Jarinya ligat menaip mesej untuk membalas pesanan daripada Hayyan.
Frisya melihat jam di dinding. Dia berasa harus pulang. Kalau tak pasti Puan Alia akan menelefon untuk mengetahui keadaan Frisya. Dia membiarkan sahaja mejanya yang agak berselerak dengan fail-fail kerjanya. Dia mula melangkah keluar menuju ke tempat letak kereta.
Kawasan tempat kereta begitu sunyi. Hanya tinggal beberapa buah kenderaan yang masih lagi setia di tempat letak kereta. Frisya cepat-cepat berjalan menuju ke arah kereta. Dia takut dengan keadaan tempat kereta. Bulu romanya mula menegak.
Frisya merasakan ada orang seperti memerhatinya. Dia tidak menghiraukan. Frisya mencuba untuk membuka pintu keretanya. Pintunya berjaya dibuka. Ketika hendak memasuki ke dalam kereta, tiba-tiba ada orang yang menerpa dari belakang. Orang itu meletakkan pisau rembo di perut Frisya.
Frisya menjerit sekuat hati. Namun mulutnya di tekup dengan tangan lelaki itu.
“Cepat kau bagi engkau punya beg.”arah lelaki yang berbadan besar.
Kawannya sedang memastikan tiada orang yang melihat akan perbuatan yang dilakukan oleh mereka.
“Tak nak.”bantah Frisya yang sedang memeluk begnya. Dia menjerit lagi.
Lelaki itu berang. Dia kemudiannya cuba merampas beg tangan yang dipegang oleh Frisya. Frisya menarik kembali.
“Janganlah. Tolong!Tolong!” Frisya menjerit meminta tolong.
Lelaki itu berang dengan tindakan Frisya. Dia menampar muka Frisya. Tersungkur Frisya di atas lantai. Lelaki itu mengambil beg Frisya yang berada di dalam kereta. Frisya cuba bangun untuk menghalang lelaki itu mengambil begnya. Dia cuba menendang. Namun setakat manalah daya seorang perempuan. Frisya ditikam kerana cuba menghalang tindakan perompak.
Perut Frisya berlumuran darah. Kedua-dua perompak itu panik. Mereka cemas melihat keadaan Frisya yang sedang terbaring di atas lantai. Perompak itu melarikan diri. Dia mengambil beg tangan dan turut mencuri kereta Frisya. Frisya dibiarkan kesakitan bersendirian.
-------------------------------------------------------------
Telefon rumah bordering. Puan Alia cepat-cepat menuju ke telefon untuk menjawab panggilan. Hatinya tidak tenang. Dia berkali-kali menelefon Frisya, namun Frisya tidak menjawab. Belum pernah Frisya bersikap sedemikian. Walau sibuk sekalipun, Frisya akan tetap menjawab panggilan yang di terimanya.
Setelah menjawab panggilan telefon, Puan Alia merasakan dunia ini gelap. Air matanya mula mengalir laju. Kebimbangannya kini telah terjawab. Tuan Faris yang baru sahaja menuju ke ruang tamu, cuba menenangkan isterinya. Tuan Faris masih lagi tidak mengetahui cerita mengenai anak kesayangannya.
“Alia, kenapa dengan awak ni? Kenapa awak menangis ni?”tanya Tuan Faris cemas.
Puan Alia memeluk Tuan Faris.
“Adik!”
Tuan Faris cemas. Dia memimpin Puan Alia untuk duduk di atas sofa bagi menenangkan diri.
“Kenapa dengan adik, Alia? Cuba Alia ceritakan apa yang berlaku!” Tuan Faris menanyakan lagi.
Puan Alia cuba menenangkan dirinya.
“Adik ada di hospital sekarang. Adik kena…..tikam.”tersekat-sekat suara Puan Alia.
Dia menangis tersedu-sedu. Menangis mengenangkan nasib yang diterima oleh anak kesayangannya itu. Tuan Faris terkejut.
“Ha? Betul ke ni? Tuan Faris terdiam.
Dahlah jom kita pergi hospital.”ajak Tuan Faris.
Tuan Faris bingkas bangun. Dia mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja. Tuan Faris turut memimpin tangan Puan Alia yang masih lagi menangis. Puan Alia tidak mampu untuk berjalan sendiri. Dia sudah tidak mampu untuk mengimbangi badannya.
Sepanjang dalam perjalanan menuju ke hospital Kuala Lumpur, Puan Alia tidak henti-henti menangis. Tuan Faris yang memandu juga berdebar-debar ketika memandu. Dia memikirkan kemungkinan yang berlaku kepada anak perempuan tunggalnya. Tuan Faris memecut laju. Dia mahu cepat-cepat sampai ke hospital. Tuan Faris ingin mengetahui keadaan anaknya.
Kereta Tuan Faris membelok ke hospital. Setelah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta, Tuan Faris lekas turun. Dia turut membuka pintu untuk Puan Alia. Dia memimpin tangan Puan Alia dan masuk ke dalam hospital.
Tuan Faris dan Puan Alia menuju ke kaunter pertanyaan.
“Nurse, boleh saya tahu di mana bilik Frisya Zulaikha?”sapa Tuan Faris cemas.
Jururawat mencari nama yang berkenaan.
“Boleh saya tahu encik ni siapa dengan pesakit ye?”tanya jururawat mesra.
“Kami ibubapa Frisya. Bagaimana keadaan dia?”Puan Alia pula bertanya.
Tuan Faris dan Puan Alia memandang muka jururawat yang bertugas. Cemas menunggu berita yang akan disampaikan.
“Cik Frisya masih lagi di dalam bilik pembedahan. Harap encik bersabar.”kata jururawat itu lagi.
Puan Alia mula cemas. Dia menekupkan tangannya di muka. Merah muka Puan Alia dan Tuan Faris.
“Ya ALLAH ya tuhanku. Selamatkanlah anak aku.” Puan Alia menadahkan tangan meminta doa supaya anaknya selamat.
“Sabar ya Alia. Ni dugaan. InsyaALLAH, adik selamat.”
Tuan Faris memeluk bahu Puan Alia. Dia cuba menenangkan isterinya. Di dalam hatinya, tidak putus-putus memanjatkan doa.
---------------------------------------------
Hayyan baru sahaja masuk kerja. Dia berjalan ke bilik pembedahan untuk memulakan kerjanya. Hayyan memandang di satu sudut. Dia melihat ada suami isteri yang sedang kerisaun. Hayyan seperti mengenali wajah itu. Hayyan melangkah ke arah mereka.
“Assalamualaikum, pak cik, mak cik. Apa yang pakcik buat kat sini?”sapa Hayyan sejurus sahaja tiba.
Tuan Faris dan Puan Alia mendongakkan kepala mereka. Mereka memandang tuan punya suara yang menyapa mereka berdua.
“Waalaikumussalam.Eh….Hayyan.” Tuan Faris menjawab salam. Dia kemudiannya bersalaman dengan Hayyan.
Hayyan melihat muka Puan Alia yang sedang menangis. Mata Puan Alia mula membengkak kerana terlalu banyak menangis.
“Kenapa ni pakcik? Kenapa makcik menangis?”tanya Hayyan inginkan jawapan.
Tuan Faris memeluk Hayyan.
“Frisya…..Hayyan!” Tuan Faris tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.
Hayyan tiba-tiba bimbang. Bermacam-macam yang berlegar di ingatannya.
“Kenapa dengan Frisya?” Hayyan bertanya lagi.
Tuan Faris melepaskan pelukkannya. Dia memegang bahu Puan Alia yang sedang duduk menangis.
“Frisya ada dalam bilik pembedahan. Dia ditikam.”jelas Tuan Faris yang tersekat-sekat
Hayyan tersentak. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Tuan Faris. Risau mula menyelubungi dirinya.
“Ditikam? Kenapa boleh jadi macam tu?” Hayyan bertanya lagi.
“Pakcik tak tahu cerita sebenar lagi.”
Hayyan semakin bimbang. Puan Alia hanya diam mendengar perbualan Hayyan dan Tuan Faris. Hati Hayyan berdebar-debar.
“ Ada-apa berita tak lagi tentang keadaan Frisya?”
Tuan Faris hanya menggelengkan kepalanya.
“Ok, kalau macam tu saya pergi masuk tengok keadaan Frisya dulu. Pakcik tunggu sini.” Hayyan memberi cadangan. Kebetulan pula dia pada malam ini dia bertugas. Jadi senanglah untuk dia memasuki bilik pembedahan.
“Yalah. Nanti kalau ada apa-apa berita cepat-cepat beritahu ya?” Puan Alia yang tadinya hanya berdiam membuka mulut.
Hayyan mengangguk. Dia meminta diri untuk pergi. Hayyan berlari anak menuju ke bilik pembedahan untuk mengetahui keadaan Frisya. Hayyan turut bimbang. Dia tidak mahu orang yang dia sayang pergi.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH