Bab 14
“ABAH rindu kakak hang.” ujar Rasyid
pada Harris. Anak lelaki tunggal dalam keluarga yang merupakan pelindung kepada
keluarga.
Harris mengurut belakang abahnya. Dia cuba untuk menenangkan Rasyid. Dia
faham perasaan Rasyid yang sangat merindui kakaknya yang sudah hampir dua tahun
tidak balik ke kampung. Ini semua berlaku kerana Rasyid menghalau kakaknya
akibat tidak tahan menden gar hinaan oran g kampung terhadap
keluarga mereka. Tapi sampai sekarang, kakaknya tidak juga pulang-pulang.
Mungkin masih merajuk dengan Rasyid.
“Ris dah cuba
telefon kakak tapi kakak dah tak guna nombor telefon tu, abah,” ujar Harris.
“Dia masih marahkan abah?” Rasyid bertanya. Jauh di
sudut hatinya dia sangat menyesal dengan perbuatannya menghalau anak perempuan
sulungnya itu. Dia cuma ingin oran g kampung berhenti menghina keluarga mereka.
Itu saja. Tapi tak sangka sampai anaknya merajuk terus tidak pulang ke kampung.
“Tak adalah, abah. Buktinya tiap-tiap bulan dia tak
pernah tak kirim duit untuk kita. Banyak pulak tu. Ris yakin kakak akan balik.
Mungkin dia sibuk dengan kerja dia kot.” Harris mengukirkan senyuman nipis.
Sebak melihat keadaan ayahnya yang memang sangat merindui kakak yang
sememangnya anak kesayangan abahnya dulu.
“Aba h nak ke Kuala Lumpur .”
“Nak buat apa, abah?”
“Aba h
nak pi cari kakak hang. Aba h nak bawak dia balik
kampung.”
“Aba h,
percayalah cakap Ris. Kakak akan balik. Kalau abah pergi KL pun, kat mana abah
nak pi cari? KL tu besar abah. Kita
tak tau kakak dok kat mana. Aba h
pulak tak lega elok lagi. Macam mana nak naik bas pi sana ?”
Harris cuba
memujuk Rasyid. Dia yakin yang kakaknya akan balik. Tersangat yakin.
Rasyid menghela nafas perlahan-lahan. Betul juga kata
Harris tu.Kuala Lumpur bukan bandar kecil. Kalau dia pergi pun belum tentu dia
akan dapat bertemu dengan anak gadisnya itu. Tapi sampai bila dia harus
menunggu sebegini? Dia risau jika dia menutup mata belum sempat dia melihat
wajah anak gadisnya itu buat kali yang terakhir.
“Aba h takut tak sempat
nak minta maaf kat dia. Aba h
nak sebelum abah mati, abah nak tengok muka kakak hang tu. Aba h tau dia marah kat abah. Sebab tu dia tak
balik-balik.” Rasyid berkata lemah. Terbayang-bayang wajah anaknya di fikiran.
Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Tersangat sarat.
Harris diundang rasa sebak. Dia pilu menden gar setiap perkataan abahnya tadi.
Kesihatan abahnya memang tidak mengizinkan sejak belakangan ini. Sekejap sihat,
sekejap sakit. Dan yang paling merisaukan Harris adalah batuk abahnya semakin
hari semakin teruk. Kadang-kadang sampai batuk berdarah. Dia berdoa agar
abahnya dipanjangkan umur. Kat mana lagi dia nak bergantung kalau abahnya
pergi?
Nak mengharapkan
dua oran g lagi
kakaknya?Memang langsung tidak boleh diharap. Sedan gkan semasa abah sedang sakit, mereka
langsung tidak bertanya khabar berita. Buat tak endah sahaja. Semuanya
diuruskan oleh Harris. Yang mereka tahu tiap-tiap hari minta duit daripada
Rasyid walaupun oran g
tua itu sedang sakit. Langsung tidak dipedulikan mereka.
“Aba h , Ri s
janji Ris akan bawak kakak balik. Cuma
Ri s nak abah janji abah akan kuat
dan bertahan. Aba h nak tengok kakak kan ? Aba h kena sihatlah.” Pujuk Harris sambil
mengukirkan senyuman. Air mata yang terkeluar dari tubir disapu supaya abahnya
tidak tahu betapa dia sedih melihat keadaan Rasyid sekarang.
Kakak, mana kakak pergi ni? Abah rindukan kakak sangat
ni. Rintih hati kecil Harris. Berharap kakaknya akan pulang sebelum terlambat.
QASEH membawa beg pakaiannya keluar dari bilik. Sebelum melangkah, dia
memeriksa barang kalau-kalau ada yang tertinggal. Hari ini adalah hari terakhir
dia tinggal di sini. Selepas ini dia akan memulakan hidup barunya di kampung.
Walaupun dia tahu yang abah masih marahkan dirinya tapi kali ini dia tekad.
Qaseh tidak kisah walaupun dihalau oleh abahnya nanti. Yang penting dia dapat
lari dari dunia yang penuh dengan penyeksaan ini.
“Besarnya beg kau. Macam nak pergi tak balik-balik saja gaya nya.” tegur Qayyim
ketika dia melangkah ke ruang tamu. Lelaki itu sedang membaca majalah bola.
Minat bola rupanya lelaki ni.
Qaseh tersengih. Dia cuba berlagak biasa. Lepas ni kau
tak boleh nak buli aku lagi, sengal. Selamat tinggal…
“Dah lama tak balik kampung banyak benda yang aku kena
bawa balik. Biasalah untuk adik-adik kat kampung.” Qaseh menjawab mesra.
Senyuman langsung tidak lekang dari bibir.
“Ke kau nak lari dari aku ni…” duga Qayyim sambil
matanya melirik kepada Qaseh.
Qaseh menggeleng laju. Jangan kau tahu rancangan aku
sudah. Qaseh berkata dalam hati.
“Tak adalah. Aku tahu kalau aku lari dari kau, aku akan menghadapi
kesusahan yang sangat besar. Jangan risau. Lepas seminggu aku balik sini
berkhidmat untuk kau kembali.” Qaseh seolah-olah sedang berjanji.
Qayyim menutup majalah lalu diletakkan di atas meja.
“Pak Dollah hantar kau balik kampung,” ujar Qayyim
serius. Wajah wanita itu dipandang penuh minat. Hari ini Qaseh memakai blouse
merah lalu dipadankan dengan seluar legging hitam. Rambutnya diikat satu. Nam pa k
sangat menarik di pandangan mata Qayyim.
Qaseh mengangguk terus mengangkat kaki ke pintu. Qayyim
turut berbuat demikian. Selepas beg Qaseh dimasukkan ke dalam bonet belakang,
Qaseh masuk ke dalam peru t
kereta. Dia memilih untuk duduk di hadapan seperti selalu.
“Minah, kau duduk belakang.”arah Qayyim.
“Kenapa?”
“Aku nak duduk depan.” jawab Qayyim senada. Dia berwajah
biasa.
Qaseh berkerut dahi. Tidak faham.
“Cepatlah. Nan ti lewat pula sampai
kampung kau.”
Qaseh terus turun dari kereta lalu dia melakukan seperti
yang diarahkan oleh Qayyim tadi.
“Kau ikut jugak ke?” Qaseh bertanya apabila Qayyim turut
masuk ke dalam kereta BMW 5 series milik Qayyim.
“Kenapa? Kau ingat aku tak tahu kau nak lari dari aku
sebenarnya?” Qayyim mengangkat kening. Bibirnya terukir senyuman sinis. “ Pak
Dolah, cepat bergerak. Kan g
terlewat sampai pula.”
Qaseh mengigit bibir. Gagal lagi rancangannya kali ini.
Baru dia fikir dia mahu lari terus daripada kehidupan lelaki ini namun itu
semua hanya angan-angan yang tidak pasti. Qaseh tertunduk sedih. Bilalah dia
boleh terlepas dari semua ini, Qaseh tiada jawapan.
QAYYIM terjaga dari lenanya. Dia menenyehkan matanya supaya penglihatannya
lebih jelas. Dia memandang belakang. Qaseh juga sudah terlena. Wajah itu
dipandang seketika. Simpati tetapi dengan cara ini saja yang membolehkan Qaseh
tetap ada untuk dia. Dia dah terbiasa ada Qaseh dan tak mungkin semudah ABC dia
akan lepaskan Qaseh. Perempuan itu harus tetap ada untuknya sampai bila-bila.
“Lama lagi ke nak sampai Pak Dollah?”tanya Qayyim.
“Lagi setengah jam, Tuan Ayim. Dah nak sampai pun.” Pak
Dollah memberitahu. Dia tetap focus pada pemanduannya.
Qayyim menggangguk. Radio dikuatkan sedikit suaranya.
Lagu Hanya Aku yang didendangkan oleh kumpulan Hyper Act sedang dimainkan di coro ng radio. Qayyim
turut sama-sama menyanyi mengikut rentak lagu itu. Bosan! Tiada apa yang boleh
dilakukan. Sakit pinggangnya apabila hampir 4 jam dia duduk di dalam kereta.
“Kita dah kat mana ni?” tetiba suara Qaseh kedengaran.
Dah bangun pun minah ni. Qayyim menoleh sekilas.
Tersenyum dia melihat keadaan Qaseh ketika itu. Rambut tidak bersikat, ada
sedikit kesan air liur basi di pipi dan matanya masih redup. Nam pa k
sangat manja dan begitu menarik perhatian Qayyim.
“Dah sesat mana tak tahu. Kaulah punya pasal.” Qayyim
mula mencari kunci untuk bergaduh.
“Kenapa aku pula?” Qaseh bertanya. Suaranya masih mendayu-dayu.
Suara oran g
baru bangun tidur.
“Tidur aje kerja kau. Bukannya nak tunjuk jalan pun.” balas Qayyim.
“Aku pun tak ingat jalan balik. Dah lama aku tak balik
kampung.” jawab Qaseh jujur. Masih mamai.
“Ulu juga kampung kau yea?”
“Hmmm..” Qaseh tidak menjawab. Dia memandang ke luar
tingkap. Tidak lama lagi mereka akan sampai di kampungnya. Perasaannya mula
bercampur baur. Takut, sedih, gementar dan semuanya bercampur aduk.
“Kat kampung kau ada siapa lagi?”
“Ada
oran g kampunglah. Ada siapa lagi…”
Qayyim tersenyum.
Sedar akan kesilapan dalam bertanyakan soalan tadi.
“Mana tahu kampung kau ada singa ke nanti. Sebab kau pun
garang macam singa. Kot-kot kau ni ada baka dari singa sikit.” Qayyim berkata
selamba.
Terus tercelik mata Qaseh. Sepantas kilat dia menarik
telinga Qayyim dari belakang. Sekuat yang mungkin!
“Hoi! Sakitlah! Gila ke apa kau ni main tarik-tarik
telinga?” Qayyim cuba
untuk melepaskan tangan Qaseh dari terus menarik telinganya namun tidak
dilepaskan oleh Qaseh. Malah dikemaskan lagi tarikan dia tu.
“Suka hati mak tiri kau saja cakap aku dari keturunan
singa. Mulut kau tu macam longkang tahu tak? Berbisa ya amat!” Qaseh berkata gera m. Perlahan-lahan dia
melepaskan telinga Qayyim. Baru puas hatinya sekarang.
“Gila!”
“Sakit ke abang? Maaflah aku buat kau macam tu. Kesian
kaukan sebab tak ada mama kau nak minta tolong. Kaukan anak manja mama.” Qaseh
mengejek.
Qayyim menggosok telinganya yang sudah merah akibat
ditarik oleh Qaseh tadi. Wajahnya masam. Gera m
sangat! Ditambah lagi apabila Qaseh memerli dirinya. Jaga kau nanti, minah. Aku
balas balik apa yang kau dah buat kat aku.
Qaseh melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Mereka
sudah sampai. Dia kemudian memandang melalui cermin hadapan kereta. Rasa pelik tiba-tiba menerjah di dalam diri.
Qaseh diserbu seribu persoalan. Apa yang sedang berlaku
ni? Qaseh berdoa agar tiada apa-apa yang buruk. Mungkin abahnya mengadakan
kenduri arwah untuk arwah ibunya atau mungkin Harris mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Qaseh cuba untuk menyedapkan hatinya.
No comments:
Post a Comment
- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...
Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH