Bab 16
Azan Subuh berkumandang mengejutkan Qaseh dari lena yang panjang.
Dia bangun lalu menenyehkan matanya. Telefon bimbit di atas meja diambil untuk
melihat waktu.
“Aba h,
Qaseh minta maaf.”ujar Qaseh perlahan. Air matanya jatuh lagi. Saat dia membuka
mata, fikirannya terus terfikirkan tentang abahnya. Rasa dosa yang teramat
terhadap abahnya tidak mampu dipadam begitu sahaja walaupun Harris berulang
kali menyakinkan dia bahawa Rasyid sudah memaafkan dirinya. Qaseh terus
dibayangi dosa lalu yang dilakukan olehnya sehingga abahnya bertindak
menghalaunya ketika dahulu. Qaseh teresak-esak.
“Kakak!”kedengaran suara Harris dari luar yang mengetuk pintunya.
Qaseh mengelap air matanya. Dia bangun lalu membukakan pintu.
“Solat?” Harris bertanya.
Qaseh menunduk. Sudah lama dia meninggalkan perkara yang menjadi
kewajipan sebagai seorang Islam. Sejak dia menjadi pelayan kelab malam
sekalipun dahi ini tidak pernah mencecah sejadah sehinggalah hari ini.
Banyaknya dosa yang telah dia lakukan. Sedan gkan
dulu, abah dan maknya sudah cukup memberikan mereka semua didikan agama namun
itu langsung tidak pernah dipraktikan di dalam kehidupan mereka. Malah mereka
menjadi seorang manusia yang banyak melakukan kemungkaran diatas muka bumi ini.
“Solat ya…”Harris yang faham tindak tanduk kakaknya mula memujuk.
Dia tahu Qaseh sudah berubah
“Tapi ALLAH masih terima ke solat kakak ni, Harris?”
Harris mengukirkan senyuman nipis. Bahu Qaseh dipegang.
“Itu antara kakak dengan AL LAH.
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Kakak patut
bersyukur tau yang AL LAH
masih lagi beri peluang untuk kakak bertaubat. Kakak percayalah cakap Harris,
bila kakak solat pasti kakak akan menemui satu ketenangan yang luar biasa.
Terima atau tidak itu hak AL LAH.
Kita sebagai hamba kena terus berusaha untuk mendekatkan diri kita dengan DIA.”
“Tapi kakak malu dengan AL LAH.
Kakak malu sangat.”
“Kakak, seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Tiada manusia yang
tak lakukan kesilapan. Semua orang ada kisah silam. Kembalilah pada ALLAH,
kakak. DIA rindukan kakak sebab tu dia berikan ujian kepada kakak. Cepat
bersiap yea. Harris tunggu kakak.” Harris mengukirkan senyuman lalu melangkah
pergi meninggalkan Qaseh yang masih lagi diselubungi rasa berdosa dan bersalah.
Malunya dia pada AL LAH.
****************
Qaseh menyediakan sarapan pagi itu sambil ditemani oleh Harris.
Harris memang seorang yang ringan tula ng.
Dulu ketika abah masih ada, dialah yang menyediakan segala keperluan mereka.
Sebelum dia pergi kelas, Harris akan menyediakan sarapan dan pada waktu tengah
hari pula sama ada dia akan masak atau membeli makanan di luar. Kepergian
abahnya sangat memberi impak yang besar buat Harris. Kini tiada lagi teman dia
untuk bercerita.
“Kakak….”seru Harris lembut sambil mengelap pinggan. Qaseh yang
sedang menggoreng bihun menoleh memandan adik lelakinya.
“Kakak balik teruskan ni?”soal Harris. Wajah Qaseh dipandang sayu..
Qaseh mengukirkan senyuman. Dia memang berhasrat untuk terus tinggal
di kampung sahaja. Dia sebagai kakak sulung harus mengambil alih tugas yang
dipikul oleh abahnya dulu dalam menjaga adik-adik serta rumah peninggalan
arwah.
“Ya, Harris. Memang kakak balik terus.”jawapan Qaseh membuatkan
Harris tersenyum lebar. Lega menden gar
kata putus daripada Qaseh itu.
“Biar Harris kerja. Kakak duduk rumah saja tau.” Harris beria-ria.
Gembira.
“Eh, mana boleh macam tu. Hang tu masih belajar. Jangan nak gatal
nak bekerja pulak. Itu Harris tak payah risau. Kakak akan cari kerja
nanti.”Qaseh menghalang. Dia nak Harris menumpukan perhatian terhadap
pelajaran. Lagipun sudah menjadi tanggungjawab dia untuk menyara kehidupan
adik-adiknya.
“Tapi….”
“Tak ada tapi-tapi. Jangan degil dengan kakak.”pangkas Qaseh sebelum
sempat Harris meneruskan bicaranya bagi memujuk Qaseh membenarkan dia untuk
bekerja.
Harris menarik muncung. Qaseh mengerling sekilas melihat wajah
Harris yang sudah masam mencuka. Tersenyum dia. Harris memang adik yang manja
dan menden gar
kata. Sikapnya itu membuatkan dia disayangi oleh arwah abah. Aba h… rindunya kat abah. Hati Qaseh mula
diundang pilu.
“Kakak, abang Ayim tu baiklah.”Harris memuji lelaki yang
diperkenalkan oleh Qaseh sebagai majikannya. Semalam mereka berbual panjang.
Dia sangat kagum dengan semangat yang ada pada Qayyim. Dia bangkit setelah
hampir jatuh tersungkur.
“Aba ng
Ayim?” Qaseh tergelak kecil. Pelik bebenar bunyinya tu. Rasa loya tekak apabila
menden gar
panggilan yang dipanggil oleh Harris.
“Awat gela k?”Harris
kehairanan.
“Hang tak payah nak poyo sangat panggil dia abang Ayim. Geli tekak
kakak menden garnya.”
Qaseh tergelak lagi.
“Ehem! Seronok mengutuk aku nampa k.”
Qayyim yang entah bila berada di situ terus menyampuk.
Harris dan Qaseh menoleh memandang Qayyim. Lelaki itu nampa k begitu serius.
“Aba ng
Ayim. Jemput makan.” Harris cuba
bermesra. Dia bangun dari duduknya lalu menolak kerusi roda Qayyim menghampiri meja
makan. Air kopi dituangkan buat Qayyim.
Qaseh meneruskan kerjanya. Api ditutup lalu bihun dicedukkan ke dalam mangkuk untuk
dihidangkan. Selepas semuanya selesai, Qaseh menarik kerusi untuk duduk
bersebelahan dengan Harris. Harris sudah pun mencedukkan bihun goreng ke dalam
pinggan Qaseh dan juga Qayyim. Tinggal untuk dijamah sahaja. Qaseh memandang
Qayyim sekilas.
“Allah, aku lupa!” Qaseh menepuk dahinya.
“Lupa apa?” Harris bertanya.
Qaseh bangun dari duduknya. “ Lupa buatkan milo untuk abang Ayim
hang ni. Dia tak minum kopi. Takut kulit gela p.”
Qaseh menghilang ke dapur menjalankan tugasnya.
“Alhamdulillah, Harris tengok kakak dah mula boleh terima kenya taan.”
Harris bersuara peru bahan
yang dia nampa k
di wajah Qaseh. Gadis itu tidak lagi terus menyalahkan diri serta membangkitkan
segala apa yang telah dia lakukan dulu.
“Jangan risau. Aba ng
akan jaga dia dengan baik.”
Harris menoleh memandang Qayyim di sebelah.
“Tapi kakak dah nak terus tinggal di kampung. Dia cakap nak cari
kerja di sini.”
Qayyim tersentak. Jadi betullah tujuan sebenar minah nak balik ke
kampung adalah nak melarikan diri daripada aku. Nasib baik aku sedar awal. Tapi
macam mana nak paksa dia balik? Kalau aku paksa sekarang mahu mulut dia yang
berpuaka tu tuduh aku tak prihatin dengan keadaan dia. Macam mana ni?
“Aba ng
beri dia ruang untuk menikmati ketenangan. Nan ti
abang akan datang jemput dia balik. Aba ng
nak Harris juga ikut sama nanti.” Qayyim mengukirkan senyuman yang penuh dengan
isi yang tersirat.
‘Kau hadir selepas Sofea. Tak mudah untuk aku lepaskan kau begitu
sahaja, Minah.’
*******************
“Qasha, kejap lagi I ada appointment
dengan doktor. Pukul 2.00 petang. Kandungan I dah masuk 7 bulan. Tak sangka
cepat sangat.” Syarina mengingatkan Aqasha lagi walaupun sudah beberapa kali
diingatkan. Tangan mengurut peru tnya.
“ Hmm..” hanya itu yang respon daripada Aqasha. Dia masih lagi
melekat pada Note 2. Entah apa yang lelaki itu sedang lakukan.
“You ni asyik dengan telefon aje pun dari tadi. Ada masalah ke?”
Aqasha menggeleng. Tidak berminat untuk berkongsi dengan sesiapa.
“You jangan nak bohong
I. I tahu you ada masalah.”Syarina
tidak berputus asa.
“Tak ada kena mengenalah dengan you.”balas Aqasha.
“Tak nak kongsi dengan I ke, Qasha? Selalunya kalau you ada masalah
tak pernah you berahsia apa-apa dari I.
Apa yang buat you nampa k
macam badmood sangat ni?”
“I nak kekasih I balik.”jawab Aqasha pendek.
“Dia pergi mana? I ingat selama ni you tak ada kekasih. Tak pernah
pula you ceritakan semua ni kat I.”
Aqasha mengeluh hampa. Nombor telefon Qaseh cuba dihubungi beberapa kali namun
tiada dalam perkhidmatan. Dia mungkin berada di luar kawasan ataupun sudah
menukar nombor baru, Aqasha tak pasti. Tapi apa yang pasti, nombor itulah yang
diberikan oleh setiausaha Qayyim ketika dia datang ke syarikat Qayyim. Sahabat
baiknya juga tiada di pejabat. Dikhabarkan sudah dua hari Qayyim tidak masuk
kerja. Dimanakah mereka sekarang?
“I tak tahulah apa salah I sampai dia tinggalkan I. I
jujur sangat sayangkan dia.”
“Tak perlulah nak kecewa macam ni sekali. Kalau dia dah tak nak buat
apa diharapkan lagi. You tak perlulah terhegeh-hegeh meraih cinta macam tu
sekali. I kan ada.” Syarina memberi pendapatnya. Sungguh, lelaki di hadapannya
ini berkedudukan. Ramai lagi perempuan lain yang berebut-rebut nak jadi teman
buat Aqasha. Termasuklah dirinya.
“You tak faham.”bentak Aqasha. Dia langsung tidak setuju dengan cara
Syarina.
“Siapa dia?” soal Syarina.
“Qaseh Zulaikha. Kenapa?” Aqasha menjongketkan kening kirinya.
“Kerja apa?”
Aqasha diam. Tak perlu Syarina tahu pekerjaan Qaseh. Dia tidak mahu
kekasihnya itu dipandang rendah.
“Dah! Jom gera k.
Nan ti jalan sesak, lambat pulak sampai
hospital.” Aqasha mengalih topic. Nan ti kalau
dilayan berderet pula soalan yang perlu dia jawab.
****************
Qaseh duduk sambil kakinya direndamkan ke dalam air sungai belakang
rumah yang sangat sejuk. Menikmati angin petang yang sepoi-sepoi mendamaikan
jiwanya. Tempat inilah tempat dia membesar dulu. Tempat dia bermain dan tempat
mereka sekeluarga berkumpul. Dia sangat merindui suasana dulu yang kini
hanyalah tinggal satu memori yang sukar untuk dilupakan. Bersama mak, abah
serta adik-adik.
“Abah, mak…maafkan kakak kerana tak dapat menjadi anak yang baik
untuk mak dan abah. Kakak gagal…” Air mata Qaseh mula terbit lagi. Setiap
ketika, fikirannya asyik teringatkan arwah kedua-dua ibubapanya. Dosanya begitu
banyak. Tidak mudah untuk dia lupakan begitu sahaja.
“Hidup ni tak selalunya indah. Setiap kisah kita di dunia ni pasti
ada pasangannya. Tak selalunya kita akan gembira tanpa kesedihan dan tak
selamanya kita sedih tanpa kegembiraan. Itu baru dinamakan kehidupan. Macam
kitalah. Di mana ada minah di situ ada sengal.”satu suara mengejutkan Qaseh.
Kepalanya pantas menoleh. Sedikit kagum dengan kata-kata yang dilontarkan.
“Kisah silam aku dulu buruk. Sampai aku sendiri malu dengan diri
sendiri.”luah Qaseh.
“Kau bukan tak pakai baju nak malu-malu.”Qayyim berseloroh walaupun
wajahnya serius. Dia tidak suka melihat Qaseh terus dilanda kesedihan seperti
ini. Hati dia turut merasakan yang sama.
Aku rindu nak tengok kau senyum.
“Kau ni bukan nak membantu. Benci betullah aku dengan kau ni.” Qaseh
merengus geram. Tak prihatin langsung dengan keadaan aku. Bukannya nak pujuk ke
apa. Dok buat lawak bodoh pula.
“Kau sayang akukan? Aku tahu.”
Qaseh menjeling. Mulutnya muncung ke hadapan. Protes konon.
Tolonglah nak sayang lelaki macam kau. KLCC runtuh terbina balik pun belum
tentu aku akan sayang kau!
“Muncung ikan keli cantik lagi daripada muncung kau tu.”Qayyim
mengusik lagi. Sengaja nak buat gadis itu lupakan tentang kesedihan dia untuk
seketika.
“Eeee… sakit jiwa! Kau ni tak reti-reti nak balik rumah kau ke? Aku
muaklah tengok muka kau.”balas Qaseh. Geram!
“Aku tak akan balik selagi kau tak ikut aku balik.”Qayyim memberi
kata putus. Baru kau tahu. Kau ingat senang aku nak pergi macam tu saja? Memang
taklah!
Mata Qaseh membulat mendengar perkataan yang seolah berbaur ugutan
itu dari mulut Qayyim. Ini tak boleh jadi. Aku kena halau dia balik juga. Tak
boleh! Tak boleh!
“Aku nak berhenti kerja. Kau pergilah balik. Tak elok kita duduk
satu rumah. Kita bukan muhrim dan nanti apa pula kata orang kampung. Dahlah
sejarah aku buruk. Tak akan kau nak tambahkan lagi.”
“Kisah apa aku. Suka hatilah orang kampung nak cakap apapun. Mulut
orang mana boleh tutup.”balas Qayyim menambahkan rasa sakit dan sebal di hati
Qaseh. Qayyim geli hati. Hilang juga rindu aku nak tengok muka kau yang tak
puas hati ni.
Qaseh mengocak kakinya di dalam air kuat sehingga terpercik terkena
Qayyim. Padan muka kau. Aku memang geram tahap gaban dah dengan kau. Kalau aku
mati nanti memang aku jadi hantu aku cekik kau setiap malam. Biar kau tahu apa
yang aku rasa sekarang ni. Masa tu baru kau tahu erti penyesalan yang sebenar.
“Ayim, cuba kau jadi manusia yang memahami perasaan orang lain.
Jangan asyik fikir diri kau sahaja. Aku baru saja kehilangan abah aku. Jadi aku
perlu ambil tugas untuk jaga adik-adik aku. Tak cukup kukuh ke alasan aku untuk
kau faham?”suara Qaseh mendatar. Tak guna pun kalau dia terus berkeras kerana
lelaki ini tidak akan pernah faham. Lelaki di sebelahnya ini adalah seorang
lelaki yang hanya pentingkan diri sendiri.
“Aku tak faham dan tak nak faham. Kau tu yang kena faham aku. Jom
masuk. Dah nak maghrib.”ajak Qayyim tegas. Gayanya tetap seorang bos yang
memberi arahan kepada pekerja bawahannya.
“Biarlah. Kau siapa nak arah-arah aku. Suka hatilah.”Qaseh berdegil.
Dia rasa macam nak menangis dan menjerit untuk melepaskan segala kekusutan yang
ada tetapi cuba ditahan. Dia juga ada egonya. Tidak akan sesekali menangis
depan lelaki ini.
“Sebelah kau ada siapa tu?”Qayyim bertanya.
Qaseh berkerut dahinya. Dia memerhati sebelah kanannya. Tak ada
sesiapa. Apa pula lelaki ini mengarut?
“Ada apa?”
“Adalah. Perempuan rambut panjang. Tapi aku tak nampak muka.”
Qaseh mula berasa seram. Bulu romanya mula berdiri tegak. Dia pantas
bangun lalu menyarung selipar jepunnya melangkah laju masuk ke dalam rumah.
Qayyim tergelak. Penakut juga kau, minah. Ada bahanlah kalau lepas
ni kau degil!
*****************
Tuk!Tuk!Tuk!
Pintu diketuk dari luar. Qaseh yang baru sahaja habis solat bergegas
menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang malam-malam begini. Sebaik
sahaja pintu dibuka, terjengul wajah orang kampung yang nampak begitu suram.
“Assalamualaikum..”ucap Fuad, tok imam kampung.
“Waalaikumussalam. Ada apa imam?” Qaseh bertanya lembut.
“Ada apa hang cakap? Tak cukup hang jual tubuh hang kat bandar, kat
sini pun hang nak buat jugak?”hambur seorang lelaki yang berusia dalam
lingkungan 50-an.
Qaseh terpempan. Apa maksudnya ini? Kenapa aku dituduh sebegini? Aku
dah tak buat benda tu semua.
“Yus, sabar. Kita tak boleh terus tuduh.” Fuad cuba menenangkan
keadaan. “Kami dapat aduan yang kamu bersekedudukan dengan seorang lelaki di
dalam rumah ini.”
Qaseh menggeleng kepalanya laju. Tak mungkin. Dia hanya berkeseorangan
ketika ini di dalam rumah. Qayyim telah mengikut Harris pergi ke surau untuk
menunaikan solat maghrib. Mereka mungkin salah rumah.
“Saya berkeseorangan sahaja sekarang ni, imam. Tak ada sesiapa.”ujar
Qaseh tenang walaupun dadanya sudah berdengup kencang.
“Minah!”
Qaseh bagaikan ada halintar yang menyambar tubuhnya ketika dia
mendengar suara itu. Dia menoleh.. Lututnya longlai lalu jatuh rebah. Air
matanya mula basah membasuh pipinya. Bala apakah kali ini?
---> maaf lambat untuk naikkan post...hope enjoy dan jika ada yg kurang harap dimaafkan. Jika ada yang ingin dititipkan, sangat dialu-alukan.. Terima kasih kerana sudi menjenguk...