KEAJAIBAN CINTA BAB 11


Bab 11

“You buat apa kat sini?”soal Aqasha cuba menghalang Qaseh dari keluar dari pantry. 

Aqasha sengaja memberi alasan mahu ke tandas kerana ingin bertemu dengan Qaseh. Dia bukannya tidak pernah mencari Qaseh tetapi Aqasha sendiri buntu di mana lagi harus dia mencari gadis yang dia cintai itu. Mana tidaknya, telefon tidak berangkat, mesej tidak berbalas sehinggalah Aqasha pergi sendiri ke rumah sewa Qaseh namun menurut Zizie, Qaseh dah lama pindah. Hancur luluh hati Aqasha. Dia nak tahu kenapa Qaseh melarikan diri daripadanya.

“Tak ada kena mengena dengan you.” Balas Qaseh dingin sedingin-dinginnya.

“Kenapa pula tak ada kena mengena? You tu teman wanita I. Apa salah I sampai you larikan diri macam ni?”

“Kita dah lama putus. You dan I dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Tepilah. I nak lalu.”

Aqasha tidak berganjak. Dulang yang ditatang oleh Qaseh diambil lalu diletakkan di atas meja semula. Dia memegang bahu Qaseh erat. Dia inginkan penjelasan.

“Apa salah I?”tanya Aqasha lagi.

“You tak salah. I saja yang bodoh. Tertipu dengan helah you.” Qaseh mengukirkan senyuman yang begitu sinis buat Aqasha. Dia cuba untuk kuat. Dia tidak boleh lemah di hadapan lelaki ini.

“ Helah apa yang you cuba maksudkan ni, sayang? Please, jangan buat I macam ni. I setengah mati cari you, Qaseh. I sayangkan you.”

Qaseh ketawa dibuat-buat.

“Sayang? Simpanlah sayang you tu untuk perempuan yang sedang mengandungkan anak you tu nanti. I dah tak percaya lelaki macam you. Tepilah.”

“Mengandungkan anak I? Apa ni? I tak faham… Jangan bagi I confuse, sayang.”

“Tak apalah. Nanti you akan faham sendiri. I ni perempuan tak sedar diri sebenarnya. Maafkan I kalau selama ni I ada menyusahkan you. You pergilah teruskan hidup you dan I akan teruskan hidup I seperti biasa.”

Aqasha menggeleng. Dia tidak boleh menerima semua ini. Dia tidak tahu apa puncanya ketika ini. Apa yang cuba dimaksudkan oleh Qaseh?

“ Tak akan you nak lepaskan macam tu aje setelah apa yang kita lalui bersama?”

“Redha dalam keterpaksaan. I terima andai ini yang telah diaturkan. You dan I tak ada jodoh. Terima sajalah.” Ujar Qaseh sebelum berlalu meninggalkan Aqasha keseorangan di situ.

***************

Aqasha mengambil tempat di sebelah Fathir. Dia duduk berhadapan dengan Qaseh yang nampak begitu benci untuk memandang mukanya. Aqasha cuba untuk berfikir. Apa salahnya?

“Jemput minum, Qasha. Jangan nak malu-malu. Loya tekak aku kalau kau malu.” Qayyim berseloroh sambil tergelak kecil.

Aqasha hanya mengukirkan senyuman nipis terus mengambil minuman yang terhidang. Matanya tidak lepas dari terus memandang Qaseh yang kelihatan tidak selesa dengan kehadirannya.

“Ayim, Qasha ni hebat dah sekarang ni. Empayar syarikat dia dah berkembang luas kat luar negara. Cayalah, Qasha.” Fathir memberitahu Qayyim.

Qayyim kelihatan begitu teruja. Air minuman tadi diletakkan di atas meja kembali. “ Betul ke, Qasha?” soal Qayyim inginkan kepastian.

“Taklah hebat sangat, Ayim. Biasa-biasa saja. Kau ni apa cerita? Kenapa kau duduk atas kerusi roda?”Aqasha mengubah topic. Dia juga ingin tahu kenapa Qayyim berkerusi roda. Fathir tidak pula memberitahu dia tentang keadaan diri Qayyim yang sebenar.

“Aku kemalangan dan aku lumpuh.”jawab Qayyim lemah.

“Maafkan aku, Ayim. Aku tak tahu kau kemalangan. Fathir, kau pun tak beritahu aku. Sampai hati kaukan….”

“Tak apa, Qasha. Aku dah okey dah. Dulu mula-mula memang tak dapat terima kenyataan tapi sekarang ni, aku dah boleh terima. Hidup harus diteruskan.” Qayyim berkata dengan penuh semangat. Mulai hari ini dia akan terus bersemangat. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi selepas ini. Apa jua rintangan dan halangan yang dia hadapi dia akan cuba untuk bangkit semula. Dia tidak akan biarkan orang memperlekehkan kebolehan dirinya lagi walaupun keadaan dia seolah-olah tidak bermaya.

“Mestilah kena teruskan hidup sebab si bunga sentiasa ada di sebelah. Kalau si kumbang menyerah kalah, si bunga akan cuba memekarkan bunganya mengeluarkan haruman indah yang akan membangkitkan semangat si kumbang semula.” Fathir mengusik.

Qaseh melirik matanya memandang Fathir. Qayyim juga begitu.

“Sengal kau, Fathir. Berfalsafah bagai. Tak adanya si bunga ke si kumbang. Si pelempang ada kalau kau nak.”

Fathir ketawa terbahak-bahak. Perutnya ditekan-tekan. Muka Qayyim yang putih sudah merah. Sengaja dia mengusik untuk melihat reaksi Qayyim.

“ Aku serius tak faham apa yang korang bincangkan ni. Siapa si bunga dan siapa si kumbang?” Aqasha mencelah. Dia mengangkat kening kanannya. Dahinya berkerut. Cawan diletakkan semula di atas meja. Dia cuba berlagak biasa walaupun matanya asyik memandang Qaseh yang langsung tidak memandang kepadanya. 

“Tak ada apa, Qasha. Fathir ni memang suka merapu.” Qayyim tidak berterus terang.

Fathir tersengih seperti kerang busuk. Dia tahu yang Qayyim malu. Masakan tidak muka Qayyim memerah akibat diusik olehnya tadi.

“Kau dah kahwin belum, Qasha?” soal Qayyim ingin tahu. Umur mereka memang sudah cukup layak untuk berkahwin. Tidak mustahil Aqasha juga turut berkahwin dan tinggalkan Qayyim keseorangan membujang memandangkan Fathir juga telah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata.

Aqasha tersentak. Dia memandang Qaseh tetapi gadis itu langsung tidak memandangnya. Aqasha tahu yang Qaseh sengaja mengangkat buku menutupi wajahnya kerana tidak mahu bertentang mata dengan dirinya.

Aqasha tersenyum sumbing. “Tengah menunggu jawapan daripada seseorang. Tapi tetiba dia larikan diri. Aku pun tak tahu apa salah aku. Gadis molek tepi kau ni masih single kan? Bolehlah aku masuk jarum.”jawab Aqasha sedikit tinggi agar Qaseh memahami apa yang cuba dia maksudkan.

Qayyim mula resah. Patutlah dia perasan yang Aqasha curi-curi memandang Qaseh. Rupanya lelaki ini berkenan dengan si minah ni. Tak boleh jadi ni. Minah senget ni tak boleh jadi milik sesiapa. Qayyim tidak akan membenarkannya berlaku.

Qaseh hanya memasang telinga. Dia malas nak menyampuk. Kang dia kena marah pula dengan Qayyim nanti. Dia tahu yang Aqasha sengaja berkata sedemikian untuk memancing dirinya. Jangan harap!

“Orang gaji aku ni pun kau nak ke? Tak ada yang lebih bergaya ke, Qasha? Agak-agaklah, bro.” Qayyim ketawa dibuat-buat. Hatinya memang sudah tidak tenang lagi. Sesekali dia melirik memandang Qaseh. Ingin memberi amaran untuk tidak melayan Aqasha nanti.

“ Aku low profile, Ayim. Tak kisah siapa pun dia yang penting hati baik. Kalau hati benci, macam mana nak hidup bersama. Tak gitu, Cik PA?” Aqasha membalas membuatkan Qayyim bertambah resah mendengar jawapan itu..

“Jomlah, keluar makan. Aku belanja.” Qayyim terus mengubah topic agar tidak terus membicarakan tentang hal yang membuatkan dia tidak duduk diam.
*************

“Terima kasih, bro sebab sudi datang melawat aku. Ingat juga kau kat aku.”ucap Qayyim sambil tangannya dihulurkan lalu disambut oleh Aqasha.

“Boleh aku bercakap dengan PA kau sekejap, Ayim?”Aqasha dengan slumbernya meminta kebenaran daripada Qayyim untuk bercakap dengan Qaseh.

Qayyim berkerut dahinya. Begitu juga dengan Qaseh. Apa lagi lelaki ini mahu? Harap Qayyim tidak dapat mengesan yang mereka pernah kenal malah pernah menjadi pasangan kekasih suatu ketika dahulu.

“Untuk apa?” Qayyim bertanya. Dia memandang Aqasha tajam sebelum pandangannya jatuh kepada Qaseh yang sedang menunduk.

“Nak pesan sesuatu aje. Sekejap aje. Bolehkan?”Aqasha masih berlagak biasa. Tidak dinafikan dia sedar yang Qayyim seolah-olah berat untuk membiarkan dia berbicara dengan Qaseh. Mungkin sahabat baiknya ini turut menyimpan perasaan kepada Qaseh. Aqasha tidak akan pernah melepaskan Qaseh kepada sesiapapun.

“Okey…” Qayyim membenarkan walaupun dalam keterpaksaan.

“Apa lagi yang you nak, Qasha? I dah cakapkan yang I tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan you?”

“I cuma nak cakap yang I tak akan sesekali lepaskan you. Jadi jangan cuba fikir you boleh lari dari I. I sanggup lakukan apa sahaja agar you tetap milik I termasuklah buat perkara yang you tak sangkakan I akan buat. Ingat tu.”pesan Aqasha separuh berbisik di telinga Qaseh.

“ You jangan nak buat kerja gila!”

Aqasha tersenyum senget.

“Semuanya atas you. Okey, sayang. I balik dulu.”Aqasha menghampiri Qayyim semula meninggalkan Qaseh yang berdebar mendengar amaran itu.

**************


“Kau kenal Aqasha?”                 

Soalan daripada Qayyim itu mengejutkan Qaseh daripada lamunan panjangnya. Dari tadi fikirannya masih tidak lepas untuk memikirkan amaran Aqasha itu. Dia tahu yang Aqasha seorang yang begitu nekad. Sangat nekad. Perkenalan selama 2 tahun cukup membuatkan Qaseh kenal siapa itu Aqasha yang sebenarnya.

“Tak.” Jawab Qaseh pendek. Dia menghela nafas panjang. Telefon bimbitnya yang diletakkan di dashboard kereta diambil. Mereka sudah dalam perjalanan pulang ke rumah.

“ Bohonglah.” Qayyim tidak percaya.

“Suka hati.”

“Cakaplah. Kau kenal Aqasha kan?”

Qaseh mendengus. Lelaki ni suka sangat mendesak. Kalau kenal pun apa masalahnya? Hissh, tak ada privasi langsung.

“Diam tu mesti tengah mengata akulah tu.” Qayyim serkap jarang.

“Aku yang tanggung dosa..”marah Qaseh.

“Aqasha tu sahabat baik aku. Dah lama aku tak jumpa dia. Hari ini dapat jumpa dia kembali. Makin kacak. Dia pun nampak macam tertarik dengan kau. Tak sangka kau ni laku juga yea.”

“Hmmm…”

“Tapi aku tahu kau kenal dia. Kalau tak kenal tak akanlah kau resah semacam aje aku tengok. Kau kenal Aqasha kan?”

“ Tak penting.” Qaseh masih berdolak dalih. Tidak mungkin dia akan ceritakan hal yang sebenar.

“Macam mana kau boleh kenal dia?”soal Qayyim tidak berputus asa walaupun dia tidak mendapat jawapan yang sebenar daripada Qaseh. Dia akan terus mendesak kerana dia percaya yang Qaseh akan berterus-terang juga nanti.

“Sibuklah kau ni. Jangan cuba nak masuk campur dalam kehidupan peribadi aku boleh tak? Aku pun perlukan privasi aku sendiri.” bentak Qaseh tidak puas hati.

“ Aku tanya saja pun. Kau nak melenting apasal?”

“ Dahlah. Cepat turun. Kau tu dahlah….” Qaseh tidak dapat meneruskan bicaranya apabila dia menyedari dia sudah terlepas cakap.

“ Dahlah apa? Nak cakap aku cacatlah tu.”mendatar saja suara Qayyim. Mungkin terasa hati dengan Qaseh. 
Qaseh tidak membalas. Dia membantu Qayyim turun dari kereta apabila mereka sudah tiba di rumah. Dia sedar akan silapnya akibat terlepas cakap tadi. Maafkan aku, sengal! Aku masih marah lagi dengan Aqasha, kau pula asyik mendesak. Nasiblah! 


NOTE : 
terima kasih sudi membaca dan mengikuti kisah Qayyim dan Qaseh. Maaf andai ada yang tersilap ejaan atau apa jua kesilapan. Kalau tak kisah, tinggalkan komen sikit meh..nak kutuk nak maki , tak kisah. Hati kebal bak kereta kebal... hehe.. Terima kasih.

7 comments:

  1. Hai lamenya tunggu n3 niy cik writer.. Cepat taip y.. Dah lama tetunggu tunggu .. B-)

    ReplyDelete
  2. best2..
    dh lame tunggu this entry..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,acu..sekian lama menanti n3 akhrnya ayim muncul




    tp knpe pendek sgt?

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana sudi membaca dan juga drop komen... insyaALLAH saya akan cuba mempercepatkan untuk menaikkan entry terbaru...insyaALLAH...

    ReplyDelete
  5. nak lagi..dah lama tunggu ni...hehe

    ReplyDelete

- Kalau tak kisah boleh tinggalkan komen...
- Setiap komen anda amatlah dihargai...
- Kalau suka bolehlah klik button Like...
- Terima Kasih...

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH